buletin bkj -...
TRANSCRIPT
M E N A R I K :
Sejarah
Penubuhan BKJ
Warga Aktif
Warga Produktif
Pengiktirafan
Sharing and
Caring
Pasca Banjir
B A H A G I A N
K E J U R U R A W A T A N BULETIN BKJ K E M E N T E R I A N
K E S I H A T A N M A L A Y S I A
I S S U E 1 , 2 0 1 6
P A G E 2 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Matron Gowry
Narayanan
Perutusan Editor
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 BKJ
Saya ingin merakamkam tahniah kepada AJK Buletin , Bahagian Kejururawatan,
KKM dalam menerbitkan Buletin Kejururawatan Edisi Pertama ini. Jururawat perlu
peka dengan perkembangan dan transformasi sistem perkhidmatam kesihatan yang
terkini. Pelbagai usaha telah diambil dalam memajukan profesion Kejururawatan
seiring dengan kemajuan sistem kesihatan negara bagi memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada rakyat. Buletin ini akan menjadi media untuk menyampaikan
maklumat kepada jururawat di lapangan mengenai peranan yang dimainkan oleh
BKJ dalam menginkatkan imej profesion ini.
Saya berharap semoga usaha gigih dan sokongan padu di kalangan anggota
BKJ akan berterusan dan penerbitan ini akan menjadi inspirasi bagi semua
Terima Kasih .
Matron Hjh. Rosena
binti Abdul Ghani
Salam sejahtera,
Dengan sukacitanya saya mengalu-alukan anda untuk membaca edisi pertama
Buletin Kejururawatan 2016.
Untuk edisi pertama, fokus kami adalah kepada tinjauan mengenai sejarah
Bahagian Kejururawatan(BKJ) dan sedikit paparan berkaitan Unit Amalan, Bahagian
Kejururawatan.
Dalam keluaran berikutnya, kami berharap untuk berkongsi fungsi dan
tanggungjawab mengenai unit- unit yang lain di BKJ. Diantara segmen-segmen lain yang
telah dimuatkan di buletin ini adalah seperti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh
pasukan BKJ sepanjang tahun 2015-2016, aktiviti Kelab Jururawat Kuala Lumpur, sudut
sharing dan caring, dan penanugerahan anggota BKJ dan kata-kata pujangga untuk tatapan
semua.
Penghujung pena, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan BKJ
terutamanya kepada Pn. Siti Azlina binti Baharuddin dan rakan-rakan yang telah
memberi komitmen dan sokongan yang jitu dalam memastikan buletin ini terbentuk.
Terima kasih.
Sekapur Sirih
Timbalan Pengarah Kejururawatan
P A G E 3 I S S U E 1 , 2 0 1 6
1. Memajukan profesyen Kejururawatan ke tahap nilai yang lebih tinggi
2. Meningkatkan pengetahuan dan inovasi serta mendidik mentaliti kelas pertama
3. Mengurus isu Kejururawatan secara kontsruktif dan produktif
4. Menambahbaik dan mengekalkan piawaian kualiti perkhidmatan Kejururawatan
5. Meningkatkan serta mengukuhkan mekanisma implemantasi dan pemantauan
perkhidmatan Kejururawatan
Visi Bahagian Kejururawatan adalah bersama-sama
menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik
melalui profesionalisma Kejururawatan
BAHAGIAN
KEJURURAWATAN
VISI
MISI
P A G E 4
Penubuhan Bahagian Kejururawatan, KKM
Bermula dengan First Principal Matron iaitu Miss E.Bryant pada tahun 1946 mengetuai Nursing Division dengan
menjalankan tugas-tugas pengurusan kejururawatan. Pada tahun 1970, gelaran Principal Matron ditukar ke Ketua
Penyelia Jururawat sebagai menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia. Nursing Division ditukar ke Cawangan
Jururawat dan Lembaga Jururawat Malaysia dan di tempatkan di bawah Bahagian Perkhidmatan Perubatan dan lebih
tertumpu kepada aspek kuratif. Dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) Fasa 1, Cawangan Jururawat
ditukarkan kepada Lembaga Jururawat walaubagaimanapun, peranannya kurang jelas terutama mengenai
kepimpinan, struktur organisasi dan halatuju profesion Jururawat.
Pada tahun 2005, pindaan Skim Perkhidmatan Jururawat kepada skim perkhidmatan bersepadu melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 2005 Jururawat Gred U29, U32, U36, U41/42, U44,U48. Penyusunan
semula struktur organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia telah dibuat pada 1 Jun 2006 dan Bahagian
Kejururawatan diwujudkan semula dengan diketuai oleh Pengarah Kejururawatan. YBhg. Dato’ Matron Hjh.
Bibi Florina Abdullah merupakan Pengarah Kejururawatan Kementerian Kesihatan yang pertama. Manakala
YBhg. Dato’ Matron Hjh. Fathilah Abd Wahab merupakan Pengarah Kejururawatan yang pertama dianugerahkan
Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’ semasa beliau masih berkhidmat di Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Pada tahun 2009 Bahagian ini juga telah mendapat kelulusan bagi kumpulan pengurusan dan profesional
mengguna pakai gelaran Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah , Penolong Pengarah Kanan dan
Penolong Pengarah Kejururawatan. Pada tahun 2013 Pengarah Kejururawatan dinaikkan ke jawatan Jusa C, bagi
memperkukuhkan fungsi dan kuasa Bahagian Kejururawatan pertambahan jawatan dari Gred U54, U52, U48 dan
U44 sebagai Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Unit yang menerajui 6 Unit mengikut fungsi-fungsi dalam
mengawalselia serta penguatkuasaan Amalan Kejururawatan dan Regulatori Kejururawatan.
Pada tahun 2014 Bahagian ini telah melalui pengstrukturan semula dengan penambahan cawangan dan sub unit
di antaranya ialah termasuk Cawangan Dasar, Sub Unit Penyelidikan & Evidence Base Practise serta Unit
Perhubungan Antarabangsa Kejururawatan.
Pemantapan Bahagian Kejururawatan ini amat diperlukan bagi memastikan perkembangan dan amalan
kejururawatan di Malaysia terjamin. Pengiktirafan ini melambangkan peningkatan dan pemantapan imej profesion
kejururawatan selaras dengan perkembangan masakini. Pengukuhan Bahagian ini dibuat berdasarkan peranan dan
fungsi yang lebih luas dalam memantau, mengawalselia dan menentukan pembangunan kerjaya kejururawatan lebih
efisyen disektor awam mahupun di sektor swasta.
Disediakan oleh :
Urusetia Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
P A G E 5 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Carta Organisasi BKJ
Unit Pemantauan Pelatih Kejuru-rawatan IPTA/IPTS di Fasiliti KKM
Unit Pem-bangunan
Piawaian Kualiti
Unit Pem-bangunan
Profesion (CPD)
Unit Penyelidikan Kejururawatan &
Nursing Evidence
Unit Perhubungan Antarabangsa Kejururawatan
Unit Pendaftaran
APC
Unit
Peperiksaan
Unit Kurikulum
Unit Amalan Kejururawatan
(Kes.Awam)
Unit Amalan Kejururawatan
(Perubatan)
Pengarah Kejururawatan JUSA C
Unit Pembangunan & Penggubalan Akta & Etika Kejururawatan
Timb. Pengarah Kejururawatan Kanan U52
Unit Pentadbiran &
Kewangan
Timbalan Pengarah Kejururawatan Kanan U54
Cawangan Amalan
Cawangan Dasar
Cawangan Pendaftaran & Penguatkuasaan
Cawangan Regulatori
Timb. Pengarah Kejururawatan Kanan U52
Unit Kredentialling & Previlling / Specialization
& Subspesialization
Unit Pendaftaran
TPC/
Petunjuk :
= Penjenamaan /Unit Baru
= Fokus
P A G E 6
Cawangan Amalan
Cawangan Amalan
Cawangan Amalan Bahagian Kejururawatan KKM merangkumi 3 unit iaitu Unit Amalan Hospital,
Unit Amalan Kesihatan Awam dan Unit Pemantauan Pelatih Kejururawatan IPTA/IPTS di Fasiliti
KKM. Cawangan ini bertanggungjawab mengawalselia amalan kejururawatan di perkhidmatan
perubatan dan kesihatan awam bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kejururawatan
yang optima sejajar dengan misi dan visi Bahagian Kejururawatan serta memantau penempatan pelatih kejururawatan IPTA/IPTS untuk latihan amali di fasiliti KKM.
Fungsi Cawangan Amalan
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas pengurusan teknikal (clinical governance) berkaitan
perkhidmatan kejururawatan merangkumi penggubalan dan penguatkausaan surat pekeliling
dan Standard Operating Procedure yang berkaitan amalan kejururawatan kepada anggota bawahan.
Menyediakan statistik serta merancang penempatan dan pengagihan jururawat bersama pihak
sumber manusia untuk memastikan pengagihan jururawat yang cukup dan saksama. Cawangan
memberi input mengenai perancangan tenaga manusia termasuk mengenalpasti jenis bidang
pengkhususan dan latihan yang diperlukan serta menyediakan norma keperluan tenaga manusia
untuk perkhidmatan kejururawatan.
Tugasan klinikal dan penguatkuasaan merangkumi penyeliaan dan pemantaun
di fasiliti-fasiliti kesihatan bagi mengkaji, menilai dan memberi nasihat mengenai kualiti perawatan
pesakit. Kualiti perawatan yang diberikan adalah berpandukan pada Standard Guidelines dan
sentiasa memastikan amalan kejururawatan dilakukan mengikut Kod Etika Kejururawatan. Latihan
berterusan diberikan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kejururawatan.
Cawangan ini juga bertanggungjawab dalam penyelarasan dan pemantauan serta
penguatkuasaan penempatan pelatih kejururawatan di fasiliti KKm mengikut MOA/MOU dan
garispanduan. Cawangan memastikan Standard Operating Prosedut Penempatan pelatih
kejururawatan IPTA/IPTS dipatuhi.
P A G E 9 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Hari Keluarga BKJ Sambutan Hari Keluarga BKJ telah diadakan pada 20 Feb 2016 di Wet World Pedas, Negeri Sembilan dengan
kerjasama Kelab Lembaga Jururawat Kuala Lumpur bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota serta ahli
keluarga BKJ. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik,
telematch dan cabutan bertuah. Acara ini telah mendapat
sambutan yang menakjubkan kerana hampir semua warga
BKJ mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.
P A G E 1 0 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Khidmat Kemasyarakatan Sempena sambutan Hari Jururawat ini juga aktiviti membantu
golongan gelandangan telah diadakan untuk memberikan sedikit
sumbangan kepada ‘homeless’. Bantuan berupa pakaian daripada
warga BKJ manakala makanan dan minuman ditaja oleh Kelab
Jururawat Kuala Lumpur .
Pasca Banjir Bahagian Kejururawatan Malaysia (BKJ) telah
mengadakan inisiatif membantu mangsa banjir yang
terlibat di negara kita. Pengumpulan barangan
keperluan dan uniform telah diadakan di bahagian ini.
Pengagihan barangan ini telah dilakukan secara
berperingkat. BKJ telah memberikan bantuan kepada
hospital yang terlibat dengan banjir. Pembersihan
kawasan hospital telah dilakukan oleh sukarelawan
BKJ
P A G E 1 1 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Program Warga Aktif Warga Produktif
P A G E 1 2 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Senamrobik di Bahagian
Kejururawatan yang telah
bermula pada 18 Jun 2014
merupakan salah satu aktiviti sempena
Program Warga Aktif Warga Produktif
yang diwujudkan di IPKKM. Aktiviti
senamrobik ini telah mendapat kelulusan
dan sokongan daripada Pengarah
Kejururawatan Kementerian Kesihatan
Malaysia . Program Warga Aktif Warga
Produktif di Bahagian Kejururawatan
dikendalikan oleh warga BKJ. Senamrobik
ini diadakan pada setiap hari Selasa
bermula jam 4.30 petang. Sambutan yang
diterima amatlah memberangsangkan
kerana selain dari kakitangan Bahagian
Kejururawatan, senamrobik ini juga
disertai oleh kakitangan dari bahagian lain.
Tujuan senamrobik adalah bagi meng-
galakkan warga BKJ supaya lebih aktif,
di samping mempromosikan gaya hidup
sihat di kalangan kakitangan Bahagian
Kejururawatan.
1st National Nursing Research Colloquium 2015
P A G E 1 3 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Bahagian Kejururawatan telah menganjurkan The 1st National Nursing Colloquium 2015. Jururawat dari setiap
negeri telah mengambil Bahagian di dalam colloquium ini. Sebanyak 20 oral dan 20 poster telah dipertandingkan.
Tema bagi tahun ini adalah ‘ Evidence Based Nursing : Cost Effective, Care Effective Towards A Better Healthcare” .
Tujuan program ini adalah untuk menggalakan perkongsian ilmu pengetahuan di arena penyelidikan kejururawatan
di kalangan jururawat di seluruh negara. Program ini juga menjadi platform kepada jururawat untuk membentangkan
hasil kajian mereka . Pemenang tempat pertama menerima piala pusingan dan sijil penyertaan.
Pemenang tempat
pertama kategori oral
adalah Matron Hee
Kim Lan ,Jururawat
U44 dari Hospital
Tuanku Jaafar ,
Seremban , Negeri
Sembilan dengan tajuk
kajian The Effects of
Mindfulness Training
Programme on Reducing
Stress and Promoting
Well-Being among
Nurses in Critical Care
Units
Kelab Lembaga Jururawat Kuala Lumpur
P A G E 1 4 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Kelab Lembaga Jururawat Kuala Lumpur adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan ber-
daftar sejak 10hb September 2004. Keahlian kelab ini terbuka kepada semua warga Bahagian
Kejururawatan, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Penubuhan kelab ini bertujuan
unutk mengeratkan hubungan ahli-ahli kelab melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, sukan, sosial dan
sebagainya. Setiap tahun kelab akan mengendalikan beberapa program yang menanam
semangat muhibbah dan harmoni di antara ahli-ahli. Kelab ini juga menjalankan aktiviti
berbentuk kemasyarakatan dengan memberi bantuan kebajikan masyarakat.
Sambutan Hari Raya
BKJ
Per
sara
an
Bacaan Yassin
Bertukar Keluar
P A G E 1 5 I S S U E 1 , 2 0 1 6
BERTUKAR KELUAR
KENAIKAN PANGKAT
BERSARA
NAMA JAWATAN (TERKINI)
NOREISAH BT AB.RAHIM JURURAWAT GRED U36
NOR MILAH BT MOHAMED KUTTY JURURAWAT GRED U36
NAMA JAWATAN
NORHAYATI BT IBRAHIM JURURAWAT GRED U42
ZAITON BT MAT ARIS JURURAWAT GRED U42
NOOR ASIAH BT MD.NASIR JURURAWAT GRED U36
SAUDAH BT ALIAS PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N 17
NAMA JAWATAN
CHE ROPANI BINTI TALIB JURURAWAT GRED U48
JAMILAH BINTI ITHNIN JURURAWAT GRED U48
HASNAH BINTI SELAMAT JURURAWAT GRED U42
PUTERI MAIZATUL AKMAR BINTI M.ABDULLAH JURURAWAT GRED U42
JALILAH BINTI MOHAMAD JURURAWAT GRED U42
FARIZA BINTI ABD. RAZAK JURURAWAT GRED U36
PULANG KE RAHMATULLAH
NAMA FARIDAH BINTI OMAR
TARIKH 7 APRIL 2016
JAWATAN JURURAWAT GRED U44
P A G E 1 7 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Pensijilan semula MS ISO 9001:2008
Bahagian kejururawatan KKM telah berjaya melaksanakan satu Bengkel Juruaudit
Dalaman 9-11 September 2015. Pihak SIRIM telah mengaudit BKJ pada 19 hingga
20 Disember 2015, dan pensijilan semula telah diluluskan untuk 2 tahun pada
5 Februari 2016 hingga 4 September 2018
EKSA 2015 BKJ telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan EKSA IPKKM 2015. .
Bahagian Kejururawatan telah dikenali dengan nama ZON
KEJURURAWATAN. Penjenamaan semula EKSA
( Ekosistem Kondusif Sektor Awam) dan
perlaksanaannya telah dilakukan pada tahun 2014
di peringkat IPKKM.
P A G E 1 9 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Learning Experience from Abroad Bismillah hir Rahman nir Rahim
It is an honour for me to be given the chance to share my experiences and my quest for skills
enhancement in the nursing profession. First and foremost, I would like to thank our Nursing Division and
the Ministry of Health, Malaysia for giving me the opportunity to enhance my knowledge and skills in the
area of Orthopaedic and Spinal nursing. The Masters program at the University of Adelaide provided me
with a unique learning experience. I had a great opportunity to engage with experts and international
academicians from various backgrounds. They allowed me to develop myself theoretically and on the field,
which equipped me with relevant practical knowledge, for me to keep up with the advancement of the
global nursing practices. In addition to specific knowledge in nursing, studies in the areas of Leadership,
Management, Professional Practices and Research Methods were also included in the programme, with the
objective to develop an all-rounded elite batch of nurses to lead the nursing field in a more
proactive and innovative manner.
Another plus point of this Masters program was that, aside from the 2-year academic
session at the University of Adelaide, I was also fortunate to have a year of clinical posting
at the Royal Adelaide Hospital and Hampstead Rehabilitation Facility; where I was able to
put all my in-class knowledge into practice. I recommend nurses with sincere passion and
motivation to advance and upgrade their knowledge, either domestically or beyond our
borders in order to enable us to provide quality health care in Malaysia. My journey in
grasping new knowledge in the field of nursing is motivated by my passion to serve the
people and make my profession as an ‘ibadah’ – an opportunity given to me by Allah the All
Mighty to provide better health services to the community. And the journey was made easy
with the support and motivation from my family. I thank Allah for the gift and success, for without HIM
none of this would be a reality.
Thank you.
Sharina Bibi binti Amir
MASTER OF NURSING SCIENCES (ORTHOPAEDIC) ,
UNIVERSITY OF ADELAIDE
Fungsi Pelengkap Automatik
Fungsi ‘pelengkap automatik’ merupakan ciri yang biasa terdapat pada e-mel. Sedang anda menaip nama penerima
e-mel tersebut, aplikasi e-mel anda akan memilih penama alamat e-mel secara automatik. Dengan cara ini anda tidak
perlu mengingati kesemua alamat e-mel kenalan, hanya nama penerima sahaja. Masalah fungsi pelengkap automatik
ini adalah apabila kenalan anda mempunyai nama yang sama. Ia akan mengakibatkan anda memilih alamat e-mel yang
salah untuk anda. Sebagai contoh, anda mungkin mahu menghantar e-mel yang mengandungi maklumat kewangan
organisasi anda kepada “Fred Smith”, rakan sekerja anda di perakaunan. Sebaliknya fungsi lengkap automatik
memilih “Fred Johnson”, jiran anda. Akibatnya anda terhantar maklumat sulit kepada mereka yang tidak berkenaan.
Untuk melindungi diri anda, sentiasa semak nama dan alamat e-mel sebelum anda menekan butang hantar.
Cc/Bcc
Kebanyakan pelanggan e-mel mempunyai dua pilihan selain To:, iaitu Cc: dan Bcc:. “Cc” bermaksud “Salinan karbon
(Carbon Copy)” yang bermaksud anda mahu memastikan penerima menerima salinan dan dimaklumkan. “Bcc”
bermaksud “Salinan selindung (Blind Carbon Copy)”, serupa dengan Cc tetapi tiada siapa dapat melihat senarai
penerima yang telah anda Bcc. Kedua-dua pilihan ini boleh membawa masalah kepada anda. Apabila seseorang
menghantar e-mel kepada anda dan telah Cc kepada penerima lain dalam e-mel tersebut, anda perlu membuat
keputusan sama ada mahu membalasnya kepada pengirim sahaja atau kesemua di dalam senarai Cc tersebut. Jika
maklum balas anda sensitif, anda mungkin mahu menghantarnya kepada pengirim sahaja.
Privasi
Akhir sekali, ingatlah bahawa e-mel anda hanya mempunyai beberapa perlindungan privasi yang membolehkan e-mel
dibaca oleh sesiapa yang mempunyai capaian kepadanya. Selain itu, ianya bukan seperti panggilan telefon atau
perbualan peribadi kerana apabila anda telah menghantar e-mel tersebut anda tiada kawalan ke atasnya lagi. E-mel
anda boleh dipanjangkan kepada sesiapa, diletakkan di forum awam, dan sentiasa boleh dicapai di internet untuk
selamanya. Sekiranya anda ada sesuatu yang peribadi untuk disampaikan, gunakan telefon. Penting untuk diingat
bahawa di kebanyakan negara, e-mel boleh dijadikan bukti di mahkamah. Akhirnya, jika anda menggunakan
komputer pejabat untuk menghantar e-mel, ingatlah bahawa majikan anda mempunyai hak untuk memantau dan
membaca e-mel anda. Ini termasuklah e-mel peribadi anda jika anda menggunakan komputer pejabat untuk
membuat capaian kepada e-mel peribadi anda. Semak dengan penyelia anda jika anda mempunyai soalan tentang
privasi di tempat kerja.
Sumber dari : SANS (http://securingthehuman.sans.org/resources/newsletters/ouch/2014)
Apa Yang Anda Boleh dan Tidak Boleh Lakukan Dalam E-Mel
P A G E 2 0 I S S U E 1 , 2 0 1 6
P A G E 2 1 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Sumber : Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan (Jilid 2: Resepi Seisi Keluarga)
Tips Makanan Sihat
P A G E 2 2 I S S U E 1 , 2 0 1 6
Aktiviti Dari Lapangan
KEMPEN PROMOSI SUSU IBU
PEMBANGUNAN POLISI
HARI DIABETIS, PROGRAM MAKANAN SIHAT
WARGA AKTIF WARGA PRODUKTIF (SARINGAN)
CONFERENCE INFECTION CONTROL
KEMPEN CEGAH DENGGI
SEKOLAH DALAM HOSPITAL
(HOSPITAL UMUM SARAWAK)
PELANCARAN MODUL BUDAYA KORPORAT
PERTANDINGAN KIK/QA/INOVASI PERINGKAT
NEGERI SELANGOR
PENYAMPAIAN SUMBANGAN IKHLAS : PROGRAM ‘THE GIRL CHILD EDUCATION FUND’
Setiap keluaran Buletin akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di lapangan. Berikut adalah diantara
aktiviti yang terdapat di Negeri Selangor dan Perlis
Pn. Rosena bt Abdul Ghani (Penasihat)
Pn. Gowry Narayanan (Penyunting)
Pn. Siti Azlina bt Baharuddin (Penyunting/IT)
Pn. Lee Mui Yung @ Scholastica Lee (Penyunting)
Pn. Monica Chee Soon Nyuk (Penyunting)
Pn. Haslina bt Jamaludin (Penyunting)
Pn. Nor Milah bt Mohamed Kutty (Koordinator)
Pn. Rusfariza bt Baharudin (Koordinator)
Pn. Salinah bt Abd. Rahman (Koordinator)
Pn. Maznah bt. Abdullah (Koordinator)
Pn. Fariza bt Ab. Razak (Koordinator)
Cik Sayani bt Yusof (Koordinator)
Aras 3, Blok E1, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 Wilayah Perseketuan Putrajaya
Phone: 03-8883 1358
Fax: 03-8883 1329
E-mail: [email protected]
BAHAGIAN
KEJURURAWATAN
Ahli Jawatankuasa
Website : nursing.moh.gov.my