buku skrap seni 1.doc
TRANSCRIPT
1. Batik
1.1 Perkaitan budaya
Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf
tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu.
Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang
tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-
rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah
wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan
Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan
perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik
di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan.
1.2 Fungsi kraf
1.2.1 Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik
digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai
contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada
batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis
keramaian.
1.2.2 Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas
meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain
lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik
begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik
dan unik.
1
1.2.3 Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang oleh pelancong ke
negara masing-masing merupakan salah satu identity Malaysia
1.3 Jenis – jenis batik
Batik tulis Batik cap Batik printing (sablon)
1.4 Proses pembuatan / penghasilan
1.4.1 Kain direntang di atas papan yang telah disediakan. Kemudian, ditarik dari
hujung ke hujung utk menegangkan kain tersebut bagi memudahkan
proses seterusnya, iaitu membuat lakaran.
2
1.4.2 Corak kain dilukis / lakaran menggunakan pensel (lakaran adalah bebas,
mengikut kreativiti dan citarasa pembuat itu sendiri)
1.4.3 Setelah kain selesai dilakar, dengan menggunakan canting yang diisi
dengan wax (lilin yg cair), design yang dibuat tadi dilapis / diikut lagi
lakarannya (tujuan penggunaan wax di sini adalah supaya ketika diberikan
perwarna ke atas kain, bahagian yang dilukis menggunakan wax tidak
akan terkena ataupun terkeluar)
1.4.4 Permukaan yang kosong kemudiannya, diisi dengan dye (warna). Warna
yang dipilih adalah bebas mengikut citarasa.
1.4.5 Selesai mewarna, hasil pembuatan batik hendaklah dikeringkan (minimum
24 Jam).
3
1.4.6 Bagi batik rekaan atau bukan untuk dijual, batik yang sudah dikeringkan
tadi kemudiannya digosok menggunakan sterika (tujuannya ialah untuk
menghilangkan lapisan lilin). Bagi batik yang dijual atau yang akan
dikomersilkan, batik yang sudah dikeringkan itu kemudiannya direbus
dengan air panas selama beberapa minggu (tujuannya juga sama seperti
batik yang bukan untuk dijual; adalah untuk menghilangkan lapisan lilin
sehingga tulisan lilin yang ditulis sebelumnya dapat dilihat dengan lebih
jelas).
1.5 Ragam hias
Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak
atau ragam hias yang menarik. Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti
bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk
menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri
dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung
digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran
gaya organik dan geometri.
Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan
sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan
agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus,
4
kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali
digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan
peminat batik.
2. Seni Tekat
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam
benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan
pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang
emas untuk membentuk bunga tekat.
2.1 Perkaitan budaya
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan
kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana.
Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu
semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman
5
dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka.
Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul
Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan
merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul
benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai
tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan
tekat perada.
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni
tekat.Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah
kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang
emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada
masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah
menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia,perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-
program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan
menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya
yang terjamin.
2.2 Fungsi kraf
2.2.1 Seni kraftangan tekat digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia
digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan,
kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya.
2.2.2 Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan
seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas
kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.
6
2.3 Proses pembuatan / penghasilan
2.3.1 Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas
beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai.
2.3.2 Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap
batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter.
2.3.3 Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan
dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega
bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
2.3.4 Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang
berbulu halus dan berkilat ditegangkanpada pemidang kayu. Kain baldu
yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah
tua, ungu, hijau tua dan hitam.
7
2.3.5 Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki.
Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
2.3.6 Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih
yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu n menjadi tegang.
2.3.7 Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih
melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan
supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar.
2.3.8 Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan
benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-
benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak
kelihatan dari atas. Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.
2.4 Ragam hias
Ragam hias tekat terbahagi kepada dua iaitu :
2.4.1 Dua dimensi seperti lapik dulang (tetampan), tikar, kipas, penyangkut
kelambu, dan selempang.
Antara barangan tekat dua dimensi
2.4.2 Tiga dimensi seperti tepak sireh, bekas pensel, kasut dan tudung saji
8
Antara barangan tekat tiga dimensi
3. Tembikar
Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah
diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar
tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih
dan kalis air.
3.1 Perkaitan budaya
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini
sejak beribu tahun dahulu. Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada
9
seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai
Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat
yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan
rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur
memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan
alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya.
3.2 Fungsi kraf
3.2.1 Di Perak tembikar dikenali sebagai labu. Ia digunakan sebagai tempat
menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk dan segar apabila
diminum.
3.2.2 Di Negeri Sembilan tembikar digunakan sebagai lapik tiang rumah.
Banyak digunakan di Cenor dan Jelebu.
3.2.3 Di Sarawak tembikar digunakan oleh Suku Kelabit untuk menyimpan
mayat dalam tempayan. Suku Dayak membuat pekasam ikan dan
disimpan didalam tempayan untuk upacara Hari Gawai.
3.2.4 Di Sabah Tempayan digunakan untuk memanggil hujan. Suku kaum
murut menyimpan air tapai atau tuak dalam tempayan. Tempayan juga
sebagai hadiah perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian.
3.2.5 Dalam Masyarakat Melayu Tradisi tembikar digunakan sebagai tempat
perembunan, perasap kemenyan, dan menyimpan air.
3.3 Proses pembuatan / penghasilan
3.3.1 Teknik picit - Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari
bahagian tengah.
10
3.3.2 Teknik lingkaran - Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran
panjang dan dilingkar membentuk tembikar.
3.3.3 Teknik acuan - Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of
paris dan dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang
keluar.
3.3.4 Teknik putaran - Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke
atas mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar.
11
3.3.5 Teknik kepingan - Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip
tanah/tanah liat cair untuk mendapatkan bentuk.
3.4 Ragam hias
3.4.1 Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif
yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan
motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri
daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya
susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan
bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan
motif tembikar.
3.4.2 Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi
alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala
motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah
lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan
sebagainya.
3.5 Proses pembuatan / penghasilan labu sayong
3.5.1 Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-
peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula
dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-
tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur
sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.
12
Tanah liat bleh ditemui di tebing-tebing sungai
3.5.2 Proses seterusnya ialah pemyediaan tanah. Tanah-tanah itu kemudiannya
ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk
memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada.
3.5.3 Setelah nyata bersih, tanah itu diuli supaya ia menjadi padat. Proses ini
memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas
daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi
silinder untuk memudahkan proses berikutnya.
Membentuk tanah liat
3.5.4 Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam
kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.
3.5.5 Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan
labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar
menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.
3.5.6 Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini
dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan
muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu
13
supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk
memampatkan badan labu.
3.5.7 Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan
bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi
bahagian tapak labu.
4. Seni ukiran kayu
Ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan
masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik
Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang
dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain
cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu
berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-
kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang
sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.
4.1 Perkaitan budaya
14
Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni
ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu
dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada
sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah
memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti
istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan
peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni
ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa
indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut.
Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling
ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri
Sembilan.
4.2 Fungsi kraf
4.2.1 Sebagai hiasan - fungsi ukiran yang dibuat semata-mata hanya sebagai
hiasan dan tidak mengandung makna tertentu.
4.2.2 Sebagai magis - fungsi ukiran yang mengandung simbol -simbol tertentu
dan sebagai benda magis berkaitan dgn kepercayaan untuk kepentingan
spiritual.
4.2.3 Sebagai simbolik - Fungsi ukiran tradisional selain sebagai hiasan, juga
berfungsi menyimbolkan hal tertentu yang berhubungan dengan spiritual.
4.2.4 Sebagai konstruksi - penempatan selain untuk menghias, biasanya
digunakan sebagai pendukung sebuah bangunan.
15
4.2.5 Sebgai ekonomis - penambahan-penambahan (ukiran) yang akan
menambah nilai jual suatu benda yang diukir
4.3 Proses pembuatan / penghasilan
4.4 Ragam hias
4.4.1 Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar
dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan,
agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada
pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran.
Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni
Khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif
fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti
matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf
ukiran.
16
4.4.2 Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya,
bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk
3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil
dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai
tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan
betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta
kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.
5. Seni anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan
untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan
yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan
sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Jenis-jenis anyaman
1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang
-Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan - Daun pandan duri
17
-Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai
- Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses
-Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa
-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu - Paku pakis ribu-ribu.
-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serbaguna dan lain-lain.
5.1 Perkaitan budaya
5.1.1 Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari
luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan
seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah
menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar
dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan
anyaman.
5.1.2 Menganyam bakul bukan sahaja sekadar untuk kegunaan harian, menurut
masyarakat Iban, kemahiran menganyam bakul yang cantik akan
menaikkan taraf seseorang wanita itu di dalam masyarakatnya. Adat ini
diperkayakan lagi oleh kehadiran pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.
Bakul dan hasil anyaman setiap kumpulan etnik memiliki corak khas dan
menggunakan teknik tersendiri.
5.1.3 Orang Penan amat terkenal dalam menghasilkan tikar rotan yang
digunakan untuk tidur/baring dan bakul yang amat halus buatannya. Tikar
18
dan buluh tersebut dianyam dengan teliti dan dicorakkan dengan warna
coklat kekuningan dan coklat gelap atau hitam dan digubah menjadi corak
5.1.4 burung enggang, labah-labah dan motif bunga-bungaan. Bakul yang paling
terkenal dipanggil ajat, diperbuat daripada rotan yang halus berbentuk
silinder dan dipasangkan dengan dua tali pengikat untuk disangkut pada
kedua-dua bahu.
5.1.5 Bakul ingan, berbentuk silinder yang disokong dengan empat kayu yang
tertacak pada setiap tepinya sebagai kaki. Bahagian atasnya sedikit terbuka
dan diperbuat daripada rotan yang lebar, digunakan untuk membawa
barang atau sebagai bekas penyimpanan. Bakul ini dikaitkan khas dengan
orang Kayan yang sering menggunakannya. Bakul jenis ini digunakan
untuk membawa barang dalam perjalanan jauh, menyimpan padi dan
barangan peribadi di rumah panjang.
5.1.6 Orang Bidayuh membuat pelbagai jenis bakul yang berbagai-bagai saiz.
Yang paling popular ialah tambok. Seperti ingan orang Kayan, ia
berbentuk silinder dan disokong dengan empat kayu. Orang Bidayuh
membawa hasil yang diperolehi dari hutan dengan menggunakan bakul ini
di bahu dan tali lebar disangkutkan pada dahi mereka. Tidak seperti
masyarakat etnik yang lain, orang Bidayuh menganyam bakul mereka
dengan rotan yang disusun menegak dan melintang.Chantong adalah bakul
lain yang juga dihasilkan oleh orang Bidayuh. Ia dianyam dengan begitu
halus dan ditambah dengan kulit dan ditutup seperti bakul dram.
Bentuknya seperti ingan orang Kayan dan ianya digunakan untuk
menyimpan barangan peribadi. Dahulu, semasa aktiviti memburu kepala
19
dijalankan, kepala-kepala yang diperolehi disimpan di dalam bakul ini dan
digantung di anjung rumah.
5.1.7 Orang Melanau yang menduduki persisiran pantai menghasilkan pelbagai
bakul daripada yang berpenutup bulat yang dikenali sebagai bakul rejang
sehinggalah dompet, tas tangan moden dengan kombinasi tradisional
berwarna semulajadi, hitam dan merah. Bakul-bakul ini dihasilkan
daripada rotan atau bemban.
5.1.8 Masyarakat etnik ini juga amat dikenali dengan topi tradisionalnya iaitu
terendak. Ianya besar dan berbentuk kon, selalunya dibuat daripada daun
nipah dan dihiasi dengan buluh dan nipah bermula daripada bahagian
tengah atas dan berwarna hitam dan merah. Tali rotan dijahit di sekeliling
topi berkenaan untuk mengukuhkannya.
5.1.9 Antara bakul terkenal yang dihasilkan oleh orang Iban adalah bakul raga.
Saiz bakul ini kecil, lebih kurang 10 inci tinggi dengan lengkungan kayu
lembut pada atasnya dan bersegi empat di bahagian bawahnya tanpa kayu
sebagai penyokong. Ia dianyam dengan begitu halus dan sering dihiasi
simbol-simbol yang menggambarkan upacara penuaian padi. Bakul-bakul
ini sering disangkut pada bahu dan diikat pada pinggang untuk
menyenangkan si pemakai dalam kerja-kerja penanaman .
5.1.10 Masyarakat Kelabit menghasilkan pelbagai bakul untuk membawa dan
menyimpan padi. Saiznya besar dan berbentuk silinder dan seakan-akan
kon serta disokong dengan kayu yang tercacak di bahagian tepinya. Pada
kebiasaannya, ia dicorakkan dengan lengkungan horizontal yang berkait
rapat dengan percambahan padi.
5.2 Fungsi anyaman
20
5.2.1 Bakul adalah bekas yang sering digunakan untuk membawa dan
meletakkan barang. Apa yang menarik adalah setiap bakul yang dibuat
mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Ada bakul yang disediakan khas
untuk bercucuk tanam, menuai, menyimpan dan membanting padi
termasuklah bakul khas untuk mengumpul buluh dan paku-pakis, untuk
memancing dan menyimpan barangan peribadi.
5.2.2 Topi juga mempunyai peranan yang berbeza-beza. Ada terendak dibuat
khas untuk kegunaan petani-petani semasa mereka berada di sawah bagi
melindungi diri daripada panas dan hujan.
5.2.3 Tikar bukan sahaja dimanfaatkan untuk berehat dan tidur tetapi juga
digunakan untuk menjemur padi, membanting padi dan digunakan secara
meluas di pesta-pesta menuai serta upacara keagamaan.
5.3 Proses pembuatan / penghasilan
5.3.1 Memulakan proses mengayam dengan melakukan proses melurut bilah
mengkuang dengan menggunakan pelurut.. proses melurut bertujuan untuk
melembutkan bilah mengkuang supaya mudah dianyam.
5.3.2 Mulakan anyaman pada bahagian tengah kelarai yang dipilih. Kelarai yang
dipilih kelarai bunga api.
21
5.3.3 Anyaman yang dimulakan ditengah dikembangkan sehingga membentuk
kelarai. Kemaskan anyaman dengan merapatkan jarak antara bilah-bilah
mengkuang.
5.3.4 Mulakan langkah mengayam untuk kelarai kedua apabila kelarai pertama
sudah siap di anyaman.
5.3.5 Terbalikkan anyaman.Selitkan bilah mengkuang yang lebih pada bahagian
belakang anyaman.
5.3.6 Kemaskan lebihan mengkuang yang diselit pada bahagian belakang
anyaman. Ianya bertujuan supaya anyaman lebih kemas.
5.4 Ragam hias
22
5.4.1 Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan
kelarai (motif)dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang
"berbentuk" (selalunya unsur alam)sementara corak dimaksudkan kepada
susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunanwarna dan bentuk
motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Anyaman
kelaraibiasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman
Dua jenis warna kontradigunakan bagi menunjukkan kesan . Susunan
warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan ‘corak’.
5.4.2 Bagi tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat
dalam pelbagaimotif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam
tenunan, iaitu sebagai suatu ciriperhiasan. Anyaman kelarai disusun secara
tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun didalam ruang tertentu.
Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng,
kelaraiserong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai
khusus iaitu kelarai pucuk rebung.
5.4.3 Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan
masyarakat Melayu,motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada
bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur,berembang, cengkih dan cengkih
beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bungapecah lapan,
bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan
yang laintermasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang,
manggis, pinang). Unsur faunapula, terdapat motif haiwan dan serangga,
seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing, tapak harimau, anak
ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, sikukeluang,
sisik kelah dan tulang ikan.
23
5.4.4 terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisarmengiri,
kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai,
perkara utamayang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada
bilah daun yang digunakan.Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak.
Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilahdigunakan warna yang berlainan
atau kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu,atau putih dan
perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar
corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-
seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.
5.4.5 Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias
anyaman dimana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk.
Teknik sulam adalah teknik susunsusup. Kesan bentuk bunga yang dibuat
lebih merupakan kesan geometri asas sepertisusunan bentuk tiga, segi
empat, potong wajik dan sebagainya lagi.
5.4.6
Rujukan
http://myxsement.blogspot.com/2012/06/hbae-3103-kraf-tradisional.html
http://apbbatik2011.wordpress.com/pengenalan/ (batik)
http://warisanmelayuseniukiran.weebly.com/proses-mengukir.html (seni ukiran)
eprints.usm.my/.../ESTETIKA_TEMBIKAR_TRADIS...
24