buku penerangan keusahawanan uhw 2211

Upload: azwan-musa

Post on 08-Jul-2015

850 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Modul 1: Konsep Asas Keusahawanan1.1 Pengenalan Kepada KeusahawananPENERANGAN Usahawan ialah seorang individu yang mendapatkan faktor-faktor pengeluaran dan menggabungkanya untuk menghasilkan barangan yang kemudiannya dijual di pasaran.

1. Definisi dan Sejarah Keusahawanan 1.1 Definisi Keusahawanan Tahun 1776 Adam Smithn menyatakan : Enterpriser - individu yang membentuk organisasi untuk tujuan komersil. Usahawan bertindak sebagai agen ekonomi. Jean Babtiste Say Tahun 1803 menyatakan : Usahawan adalah seorang yang boleh mempengaruhi masyarakat. Usahawan mempunyai seni, ketrampilan serta kebolehan luar biasa untuk mengetahui keperluan masyarakat. Usahawan dapat mengenalpasti kehendak masyarakat lantas memenuhinya dengan pengurusan sumber. Carl Menger 1871 melahirkan idea baru : Perubahan ekonomi bukan hasil keadaan tetapi hasil kesedaran & kefahaman individu terhadap pengembelingan sumber. Mengenalpasti tahap-tahap perubahan dan setiap tahap akan menambah nilai kepada sumber asal yang akan menghasilkan keuntungan.

1.2 Sejarah Keusahawanan Bermula dari cetusan idea dan peralihan era dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Bermula dari zaman Rasulullah SArahanW dan seterusnya beralih ke Zaman Khulafah Al-Rasyidin dan Bani Utmaiyah. Penghijrahan untuk penaklukan sesuatu kawasan/tempat menyumbang ke arah pembentukan ekonomi yang lebih stabil. Peralihan sistem barter kepada sistem wang sebagai satu ganjaran nilai. Pada zaman pra-sejarah barang-barang keperluan contohnya : Hasil tanaman akan ditukarkan dengan hasil laut.

2. Kepentingan Keusahawanan Antara faktor-faktor yang mendorong seseorang individu menceburi bidang perniagaan ialah : I. Untuk menambah sumber pendapatan.

Mendapat keuntungan. Mempunyai bakat, kemahiran dan kemampuan dalam bidang yang diceburi. Mendapat pulangan wang setiap hari. Pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilaksanakan dengan pendapatan yang diperolehi. VI. Menyahut seruan kerajaan untuk memajukan lagi sektor Industri Kecil & Sederhana (IKS) sehingga ke peringkat antarabangsa. VII. Mewarisi perniagaan keluarga.

II. III. IV. V.

Faktor lain yang menggalakkan seseorang individu untuk menceburi bidang perniagaan : I. Dapat menguruskan perniagaan sendiri (ketua/majikan) II. Gaya hidup lebih mewah III. Membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk orang lain IV. Menjadi terkenal apabila perniagaan yang diusahakan berjaya. V. Mendapat perhatian an disegani oleh segenap lapisan masyarakat. Kepentingan Perniagaan Kepada Usahawan : I.Mendapat lebihan pendapatan II.Memberi pilihan kepada masyarakat III.Memenuhi tuntutan agama IV.Mempraktikan kemahiran dan ilmu V.Membuka peluang pekerjaan VI.Meneroka bidang baru VII.Meningkatkan keyakinan diri VIII.Menghadapi risiko dan cabaran IX.Meningkatkan tabungan dan pelaburan. Kepentingan Perniagaan Kepada Masyarakat : I. II. III. IV. V. Mendapat perkhidmatan terbaik Membina jaringan niaga Membantu peluang pemasaran Menjual produk sampingan Menjana peluang ekonomi dan pekerjaan

Kepentingan Perniagaan Kepada Negara : I. II. III. IV. V. VI. VII. Menangani masalah pengangguan Mengurangkan jurang kemisikinan Kurang bergantung kepada tenaga kerja asing Keuntungan dan pelbagai cukai Meningkatkan daya saing negara Meningkatkan kepesatan pembangunan Mewujudkan keharmonian kaum.

3. Perbezaan usahawan dan peniaga 3.1 Definisi Usahawanan Usahawan ialah seorang yang memulakan perniagaan, memilih dan menguruskan perniagaan sendiri sanggup mengambil risiko, inginkan kebebasan dalam perniagaan dan berupaya membuat keputusan. 3.2 Definisi Peniaga Peniaga ialah individu yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau secara besar-besaran semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. 3.3 Senarai perbezaan antara peniaga dan usahawan PENIAGA Sentiasa melibatkan diri dalam usaha jual beli Sentiasa keuntungan berusaha menambah USAHAWAN Melibatkan diri dengan mencipta barangan keluaran sendiri Mementingkan kejayaan bukan keuntungan semata-mata. Mengikut segala perubahan dan pembaharuan untuk menambahkan kreativiti. Memperkenalkan barang baru di pasaran Persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup. Melihat jauh kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkat maju pada masa depan.

Tidak tertarik kepada perubahan teknologi

Menjual barangan yang telah sedia ada dalam pasaran Menghadapi persaingan sebagai cabaran biasa Berfikir hanya masalah harian untuk menyelesaikan

RUJUKAN 1. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie/Habibah Elias Keusahawanan dan Motivasi DiriTerbitan Universiti Putra Malaysia 1997

1.2 Jenis-Jenis Usahawan

1. Jenis-jenis Usahawan Usahawan dikategorikan kepada sembilan (9) jenis iaitu 1.1.1 Individu Bekerja sendirian 1.1.2 Pembina Pasukan 1.1.3 Pencipta Bebas 1.1.4 Pengganda Paten 1.1.5 Usahawan Ekonomi Berskala Besar 1.1.6 Pengumpul Modal 1.1.7 Pembeli Perniagaan 1.1.8 Artis Jual Beli 1.1.9 Usahawan Teknikal 2. Huraian Jenis-jenis Usahawan 2.1 Individu Bekerja Sendirian Usahawan jenis ini selalunya melaksanakan kerja sendiri atau dengan pekerja yang sedikit bilangannya. Kebanyakan usahawan didapati dalam kategori ini. Contoh usahawan dalam kategori ini ialah yang menjalankan perniagaan kedai runcit kecil-kecilan, wakil jualan, peguam, doktor dan lain-lain. 2.2 Pembina Pasukan Usahawan jenis ini selalunya mengembangkan perniagaan yang dijalankan sendirian ke arah perniagaan yang lebih besar, yang memerlukan lebih ramai pekerja. Sebagai contoh, seorang tukang jahit pakaian wanita yang membesarkan perniagaannya hingga menjadi satu butik terkemuka. Selalunya usahawan ini suka kepada kemajuan yang lebih besar. Mereka lebih cekap dalam pengurusan organisasi dan manusia. Pendekatan mereka lebih berorientasikan pekerja dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat. 2.3 Pencipta Bebas Individu jenis ini membentuk syarikat untuk mengeluarkan atau memasarkan barangan yang dicipta sendiri. Usahawan jenis ini selalunya menggunakan nama sendiri sebagai produk mereka. Contohnya Ramly Burger, Kicap Tamin, Sos Aminah Hassan dan yang lain-lain. 2.4 Pengganda Paten Usahawan ini ialah mereka yang menubuhkan beberapa unit perniagaan yang berkesan. Usahawan tersebut mungkin menubuhkan perniagaan atas usaha sendiri, ataupun membeli perniagaan kepunyaan orang lain. Apabila berjaya

dengan perniagaannya, ia menubuhkan cawangan perniagaannya di tempat lain pula. Banyak restoran beroperasi dengan cara ini. 2.5 Usahawan Ekonomi Berskala Besar Kos Pengeluaran purata sesebuah firma akan menjadi rendah apabila kuantiti keluaran semakin bertambah atau pengeluaran dilakukan secara besarbesaran. Oleh itu usahawan akan dapat menjual pada harga yang lebih rendah, dan seterusnya meningkatkan jualan. Contohnya ialah stor jualan murah, pasar raya, dan gedung-gedung perniagaan lain yang mampu memiliki peralatan canggih untuk memudahkan pengurusan perniagaan berskala besar. Mereka mampu melayani lebih ramai pelanggan pada masa yang singkat. 2.6 Pengumpul Modal Usahawan yang berusaha memulakan penubuhan institusi kewangan yang memerlukan sejumlah wang yang besar sebagai modal dikenali sebagai usahawan Pengumpul Modal. Contohnya ialah pemilik bank dan syarikatsyarikat insurans. 2.7 Pembeli Perniagaan Mereka yang menjadi usahawan apabila membeli perniagaan yang sedang wujud akan dikenali sebagai Pembeli Perniagaan. Selalunya usaha ini agak mudah dilaksanakan. Tawaran bagi penjualan dan pembelian perniagaan ini mungkin boleh didapati dalam akhbar-akhbar tempatan. 2.8 Artis Jual Beli Usahawan yang membeli sesebuah perniagaan dan kemudiannya dijual kepada orang lain dikenali sebagai Artis Jual Beli. Selalunya mereka membeli syarikat atau perniagaan yang bermasalah, dan memperbaikinya sebelum menjualnya kepada orang lain. Mereka selalunya tidak suka memiliki sesuatu perniagaan itu dalam tempoh yang lama. 2.9 Usahawan Teknikal Usahawan jenis ini lebih berminat kepada pembaharuan, dan selalunya menggunakan teknologi untuk mencipta sesuatu yang baru.

RUJUKAN 1. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie/Habibah Elias Keusahawanan dan Motivasi DiriTerbitan Universiti Putra Malaysia 1997

1.3 Ciri-Ciri UsahawanPENERANGAN Seorang individu yang berjaya dalam bidang keusahawanan ataupun ingin membina diri sebagai seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang diwarisi semenjak seseorang itu dilahirkan tetapi ia dapat dipelajari dan dibangunkan. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan dapat diterangkan seperti dibawah:

1. Ciri-ciri Usahawan 1.1 Berdikari 1.2 Yakin diri 1.3 Berwawasan 1.4 Kreatif dan inovatif 1.5 Mencari maklumbalas 1.6 Desakan supaya berjaya 1.7 Bekerja secara pasukan 1.8 Berorientasikan peluang 1.9 Boleh dipercayai dan jujur 1.10 Kemampuan fizikal yang memuaskan 1.11 Tabah menghadapi kesamaran dan kegagalan 1.12 Mengambil risiko yang sederhana 2. Huraian ciri-ciri usahawan 2.1 Berdikari Bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya, sikap suka bergantung pada orang lain perlu dikikis, sebaliknya sikap berdikari perlu dipupuk. Sesorang usahawan mesti berusaha melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri. 2.2 Yakin Diri Dalam mengejar kejayaan, seseorang usahawan perlu yakin pada dirinya sendiri dan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Mereka tidak percaya kejayaan dapat dicapai hanya melalui tuah ataupun takdir untung nasib, sebalikn ya melalui usaha. Bagi meningkatkan keyakinan diri terutamanya apabila berhadapan dengan kesukaran, usahawan perlu meluahkan perasaannya kepada orang yang rapat dengannya seperti pasangan ataupun keluarga. 2.3 Berwawasan Seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakan lencongan. Dengan adanya hala

tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan. 2.4 Kreatif dan Inovatif Sikap kreatif dan inovatif perlu dipupuk supaya perniagaan yang diusahakan itu berbeza daripada pesaing. Melalui sikap kreatif dan inovatif, keluaran yang dihasilkan dan ditawarkan kepada pengguna kelihatan berbeza dan unik. 2.5 Mencari Maklum balas Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu pelanggan membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan. 2.6 Desakan Supaya Berjaya Seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai kuasa dalam diri yang mendesaknya supaya berjaya. Beliau perlu menetapkan piawaian tertentu dalam kerjayanya dan cuba mengatasi piawaian tersebut. Usahawan perlu meletakkan kecemerlangan dalam apa jua usaha yang dilakukan. 2.7 Bekerja Secara Berpasukan Walaupun seorang usahawan memerlukan autonomi dan bersifat berdikari yang tinggi, beliau tidak dapat mengetepikan aspek kerja berpasukan. Ini kerana, tidak semua kerja dapat dilakukan secara bersendirian. Usahawan memerlukan orang lain membuat kerja-kerja pengeluaran, perkeranian ataupun pemasaran semasa beliau merancang dan menetapkan matlamat. Kerja berpasukan dapat memastikan kejayaan sesuatu urusniaga. 2.8 Berorientasikan Peluang Kejayaan sesuatu perniagaan bukan sahaja bergantung pada strategi, struktur dan sumber yang tertentu tetapi juga bergantung pada peluang. Sesudah peluang dikenalpasti, seorang usahawan membiarkan peluang tersebut menentukan corak strategi, struktur dan sumber yang diperlukan. Seseorang individu yang bijak mengenal pasti peluang yang wujud di persekitaran mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2.9 Boleh Dipercayai Dan Jujur Kejayaan seseorang usahawan juga bergantung pada cara ia menjalankan perniagaan iaitu sama ada secara jujur ataupun tidak beretika. Kejujuran dan sikap boleh dipercayai yang ditonjolkan oleh usahawan dapat membantu pembinaan keyakinan dan kepercayaan oleh orang lain seperti pelanggan, pembekal dan pemiutang.

2.10 Kemampuan Fizikal Yang Memuaskan Tugas mengurus sesuatu urusniaga adalah suatu tugas yang berat dan meletihkan. Oleh itu, seseorang individu yang ingin menceburi bidang ini perlu mempunyai kemampuan fizikal yang tertinggi. Bagi mencapai tujuan tersebut, seseorang usahawan perlu memantau corak pemakanannya, riadah dan cara berehat.

2.11 Tabah Menghadapi Kesamaran dan Kegagalan Kerjaya sebagai seorang usahawan sering berhadapan dengan kesamaran dan kegagalan akibat perubahan yang berlaku dipersekitaran. Ini kerana, tiada suatu garis panduan yang tepat dan jelas bagaimana seseorang usahawan perlu bertindak dan bergelagat terhadap perubahan. Oleh yang demikian, usahawan perlu tabah menghadapi kesamaran dan kegagalan Kegagalan perlu dijadikan teladan oleh usahawan supaya kesilapan yang sama tidak diulangi lagi. 2.12 Mengambil Risiko Yang Sederhana Usahawan bukanlah seorang penjudi seperti yang dikatakan oleh mitos keusahawanan, sebaliknya mereka adalah seorang sederhana dalam pengambilan risiko. Apabila berhadapan dengan ketidakpastian, usahawan menimbangkan semua aspek yang mungkin dan berhati-hati membuat sebarang pilihan. Usahawan tidak sukar mengucapkan perkataan tidak sekiranya beliau berasa tidak berupaya mencapai sesuatu matlamat yang terlalu tinggi. Mereka juga cuba mengelakkan diri daripada terjebak dengan risiko yang tidak munasabah.

RUJUKAN 1. Zafir Mohd Makhbul/Fazilah Mohamad Hasun Menjadi Usahawan Terbitan PTS Publication & Distributors SDN BHD

Modul 2: Motivasi Keusahawanan2.1 Peluang-Peluang Perniagaan / Kemudahan PembiayaanPENERANGAN :

Memberi penerangan dan pendedahan tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh pelajar-pelajar IKBN/IKTBN/KKBN dan juga kemudahan pinjaman serta tempat perniagaan daripada Agensi kerajaan/Swasta/Institusi Kewangan contohnya Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) yang menyelaras pembangunan keusahawan Belia .

1

: PERANAN AGENSI KERAJAAN

1.1 Majlis Penggalakan ekonomi Belia adalah merupakan badan penyelaras pembangunan keusahawanan belia .Keanggotaan Majlis ini adalah terdiri daripada enam buah Kementerian ,Wakil Majlis Belia dan Ahli yang dilantik oleh Y.B Menteri Belia dan Sukan Malaysia seperti berikut : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Kementerian Kemajuan Luar Badar dan Wilayah Kementerian Pengajian Tinggi Wakil Majlis Belia Malaysia Ahli yang dilantik oleh Y.B Menteri Belia dan Sukan .

1.2 Semua Agensi kerajaan ini adalah bertanggung jawab untuk membantu usahawan bagi memulakan perniagaan dengan menyediakan peluang perniagaan /kemudahan pinjaman modal dan juga tapak perniagaan . 1.3 Agensi tersebut boleh dipanggil untuk memberi ceramah dan penerangan tentang peluang dan kemudahan pinjaman bagi menjalankan perniagaan seperti berikut :-

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia STEBKementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan MARA/TEKUN

2 :Peranan Bank-Bank tempatan/Agensi Swasta. 2.1 Antara pihak bank yang memberikan bantuan kewangan kepada para usahawan di Malaysia Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bank pembangunan Malaysia Berhad Bank SME Perbadanan Nasional Berhad Bank-bank Perdagangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.RUJUKAN

1. Modul Kursus Asas Usahawan STEB Cawangan Pembangunan Ekonomi KBS. 2. Keusahawanan diterbitkan oleh MEDEC UITM Shah Alam Selangor tahun 2002. 3. Syarifah Akmam Syed Zakaria dan Hardiman Muhammad Yatim,Rancangan Perniagaan ,PTS Profesional 2007.

2.2 Peluang-Peluang Perniagaan / Kemudahan Pembiayaan

Menerang dan memberi pendedahan tentang penglibatan sebagai seorang usahawan dan risiko-risiko yang mungkin akan dihadapi oleh bakal usahawan . Menceritakan pengalaman yang telah dilalui oleh role model dan cara mengatasinya.

PENERANGAN 2.02

:

: ROLE MODEL

Seorang Usahawan jaya terdiri daripada bekas pelatih IKBN/MARA/DEWAN Perniagaan Melayu dan laian-lain agensi yang dikenalpasti akan dipanggil sebagai penceramah/ahli forum bagi menceritakan sejarah penglibatan mereka dalam bidang perniagaan. Diantara perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut: Pengenalan diri dan biodata diri Bidang perniagaan yang sedang dijalankan Modal memulakan perniagaan Menguruskan perniagaan Menceritakan pengalaman sebagai usahawan Memberi pendedahan dan maklumat mengenai risiko akan dihadapi oleh bakal usahawan dan mengatasinya. Membantu memberikan petua dan tips untuk terus dan berdaya saing dalam bidang perniagaan yang diceburi. Membantu bakal usahawan menjalinkan hubungan networking antara satu sama lain. Mendorong bakal usahawan menjadi seorang bermotivasi serta mempunyai jati diri yang mantap.

yang cara maju akan atau yang

Modul 3: PENUBUHAN PERNIAGAAN

3.1 Jenis-Jenis Perniagaan

PENERANGAN Pada umumnya perniagaan bermaksud urusan jual beli barang-barang atau perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Hasil dari kegiatan perniagaan, para peniaga memperolehi keuntungan, sementara pelanggan mendapat barangan dan perkhidmatan yang dihajati. Matlamat utama di dalam perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan, dan keuntungan yang diperolehi pula akan menjadi kayu ukur prestasi perniagaan bagi sesebuah syarikat. Ciri-ciri yang perlu ada di dalam perniagaan i. Memberi barangan untuk dijual semula. Harga barangan yang dibeli mestilah lebih murah berbanding dengan harga jualan. Seseorang peniaga mesti mampu menguruskan perniagaannya dengan teratur dan sistematik dalam semua aspek, termasuk urusan kewangan, pekerja-pekerja, barangan dan kedai / premis. Membeli barangan dari penguasaha kemudian menjualnya kepada pelanggan.

ii. iii.iv.

Bentuk-Bentuk Perniagaan 1.1 Pada dasarnya bentuk perniagaan terbahagi kepada enam (6) iaitu 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4 1.1.5 1.1.6 Perniagaan Milik Tunggal Perniagaan Perkongsian Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad Perbadanan Awam Koperasi

Huraian Bentuk Perniagaan Perniagaan Milik Tunggal Perniagaan milik tunggal ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978). Ia adalah jenis perniagaan yang paling mudah di daftarkan dan mudah ditamatkan. Modal/sumber perniagaan diperolehi dari wang simpanan sendiri atau pinjaman dari rakan-rakan atau pinjaman dari institusi kewangan. Pemilik perniagaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap modal, urusan dan penakatan perniagaan. Pengurusan perniagaan yang cekap, mampu menghasilkan keuntungan yang akan dinikmati oleh pemilik tanpa perlu berkongsi dengan orang lain.

Perniagaan milik tunggal tidak tertakluk kepada cukai pendapatan. Sebaliknya, pemilik perniagaan yang dikenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi hasil dari keuntungan perniagaannya. Contoh perniagaan milik tunggal yang terdapat dinegara kita adalah perniagaan runcit, insuran, pertanian dan perkhidmatan. Meskipun perniagaan milik tunggal ini agak popular, bebas dan memberi kepuasan kepada pemilik, namun ianya mempunyai beberapa kelemahan, antaranya i. Sukar mendapatkan pinjaman secara besar-besaran dari bank-bank atau institusi kewangan untuk membiayai perniagaan. ii. Tidak ada keselanjaran / kesinambungan di dalam perniagaan milik tunggal. Sekiranya pemilik meninggal dunia, perniagaan tersebut akan terhenti begitu sahaja kecuali ada individu yang sanggup mengambilalih untuk meneruskan perniagaan tersebut. iii. Tanggungjawab dan liabiliti pemilik perniagaan tidak terhad. Jika perniagaan tersebut gagal, segala aset perniagaan akan digunakan untuk membayar hutang yang ditanggungnya dan jika hutang-hutang tersebut masih berbaki pemilik dikehendaki menyelesaikan semua hutang tersebut. Perniagaan Perkongsian Perniagaan ini wujud secara perkongsian, melibatkan dua rakan kongsi atau lebih. Meskipun saiz perniagaan ini lebih besar dari perniagaan milik tunggal, namun ianya masih dikategorikan sebagai perniagaan kecil-kecilan. Bentuk urus niaganya lebih tertumpu kepada peruncitan, perumahan, pengangkutan dan perkhidmatan professional. Untuk menubuhkan perniagaan ini, bakal rakan kongsi mestilah sama-sama bersetuju membuat satu perjanjian yang mengariskan syarat dan cara di dalam mengendalikan perniagaan tersebut. Antara maklumat penting yang perlu ada di dalam perjanjian perkongsian adalah: i. Nama ahli yang berkongsi ii. Jenis perniagaan yang diceburi iii. Modal perniagaan dan sumbangan modal ahli-ahli iv. Kaedah pengagihan keuntungan v. Keadaan yang membawa kepada pemansuhan perkongsian. Di Malaysia, sekiranya penubuhan perkongsian perniagaan tidak disertai dengan sebarang pembentukan perjanjian yang sah dikalangan ahli kongsi, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, memperuntukan peraturan untuk diguna pakai oleh semua ahli

i. Setiap ahli perkongsian berhak di dalam perniagaan dan menanggungsecara sama rata terhadap sebarang kerugian yang dialami. ii. Semua ahli tidak mempunyai hak ke atas faedah modal sebelum keuntungan ditentukan. iii. Setiap ahli berhak atau turut serta di dalam pengurusan harian perniagaan.

iv. Semua ahli perkongsian tidak berhak menuntut ganjaran dari kerja-kerja yang dilakukan di dalam sesebuah perkongsian. v. Ahli-ahli tidak dibenarkan membawa masuk ahli baru ke dalam perkongsian tanpa kebenaran semua ahli yang sedia ada. vi. Jika berlaku perselisihan faham di dalam urusan perniagaan, keputusan perlu dibuat berdasarkan pungutan suara dikalangan rakan kongsi. Sekiranya hendak menukar jenis perniagaan, persetujuan dari semua ahli diperlukan untuk urusan pertukaran perniagaan tersebut. vii. Semua rekod perkongsian mestilah disimpan ditempat perniagaan atau di pejabat perniagaan yang didaftarkan. Setiap ahli perkongsian berhak melihat dan memeriksa maklumat yang terkandung di dalamnya. Kebaikan Perkongsian i. Kekurangan modal tambahan dapat di atasi melalui sumbangan dari ahli perkongsian. Dengan ini perniagaan akan terus berkembang seterusnya menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi. ii. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh ahli berupaya melancarkan urusan perniagaan seterusnya melengkapkan pengurusan perkongsian dengan lebih cekap dan kuat. iii. Perkongsian perniagaan tidak tertakluk kepada pembayaran cukai, sebaliknya cukai dikenakan kepada pemiliknya. Sekiranya perkongsian melibatkan ramai ahli, sudah tentu syer keuntungan untuk setiap ahli rendah. Apabila pendapatan ahli rendah, maka cukai yang perlu dibayar juga rendah. Kelemahan Perkongsian i. Setiap ahli kongsi bertanggungjawab secara individu dan bersama ke atas segala tanggungan dan liabiliti perniagaan. ii. Sekiranya perniagaan mengalami kerugian sehingga memaksa penutupan , kesemua ahli terpaksa bertanggungjawab membayar hutang perkongsian yang ditanggungnya. iii. Seseorang ahli perkongsian tidak dibenarkan menarik keluar modal sahamnya kecuali setelah mendapat persetujuan dari semua ahli yang lain. Walau bagaimanapun sekiranya ahli tersebut menjualkan syernya kepada pihak yang boleh menggantikannya, ia boleh berbuat demikian, namun ianya tertakluk kepada syarat perkongsian. iv. Perbezaan pendapat dan perselisihan faham yang berlaku dikalangan ahli boleh menyebabkan perkongsian dibubarkan. Contoh rakan kongsi pecah amanah terhadap harta syarikat.

Syarikat Sendirian Berhad Pembentukan Syarikat Sendirian Berhad mesti mengandungi sekurangkurangnya dua orang tetapi tidak melebehi lima puluh orang pemegang saham pada satu-satu masa, tidak termasuk pekerja syarikat. Syarikat ini

amat sesuai ditubuhkan sebagai syarikat milik keluarga atau rakan rapat sahaja. Ini kerana Syarikat tidak dibenarkan membuat sebarang iklan, di dalam usaha mendapatkan saham-saham baru. Disamping itu saham-saham milik syarikat susah untuk dipindahmilik kerana ianya tidak diniagakan di pasaran saham. Syarikat sendirian berhad mestilah berdaftar dengan pendaftar syarikat di bawah Akta Syarikat 1975. Istilah Berhad dikaitkan dengan nama syarikat yang di daftarkan. Semua pemegang saham dilindungi daripada liabiliti syarikat. Sekiranya syarikat mengalami kerugian hingga ke tahap tutup, kerugian yang ditanggung oleh pemegang saham hanyalah tertakluk kepada bilangan saham yang dimilikinya sahaja. Kewujudan syarikat hanyalah sebuah entiti yang berasingan dari pemilik-pemiliknya. Ini bermakna syarikat akan terus hidup dan beroperasi meskipun pertukaran pemilik berlaku dengan silih berganti. Namun begitu, disebabkan terdapat batasan di dalam bilangan pemegang saham, maka jumlah modal yang terkumpul di dalam syarikat ini juga agak terhad. Mungkin inilah sebabnya mengapa syarikat sendirian berhad ini agak sukar untuk berkembang dan membesar dengan pesat berbanding dengan syarikat besar yang lain seperti syarikat tanggungan berhad. Dalam keadaan tertentu, Syarikat Sendirian Berhad boleh dijadikan Syarikat Umum Tanggungan Berhad dengan menghapuskan fasal yang terkandung di dalam tataurusan syarikat yang menghadkan hak pemindahan saham. Perubahan ini mestilah dimaklumkan kepada Pendaftar Syarikat terlebih dahulu, bagi mendapatkan kelulusan. Kesan nyata dari perubahan ini adalah saham-saham syarikat boleh terus diniagakan di pasaran saham. Syarikat Awam Berhad Ekuiti pertamanya adalah milikan kerajaan. Ini bermakna sahamsaham syarikat yang tercacat di Papan Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) adalah pendapatan kerajaan, tetapi Syarikat Awam Berhad boleh melabur /menjana pendapatan mereka di luar negara tanpa mendapat persetujuan dari pihak kerajaan terlebih dahulu. Perbelanjaan syarikat juga tidak tertakluk kepada perbelanjaan dan warta kerajaan. Namun begitu, unjuran keuntungan tahunan perlu mendapat persetujuan dari kerajaan dan agihan pendapatan akan dilakukan selepas penjelasan cukai contoh syarikat TNB, UEM, DRB HiCom

Koperasi Syarikat koperasi adalah syarikat yang ditubuhkan berlandaskan kepada pembahagian keuntungan bersama. Ini bermakna keuntungan yang diperolehi oleh syarikat koperasi menjadi modal pusingan semula kepada syarikat tersebut.

Urusniaga perdagangan yang dijalankan adalah melalui sirkulasi/peredaran pendapatan bulanan kepada ahli yang mencarum. Syarikat koperasi mempunyai ahli-ahli seumur hidup yang melaluinya akan dikenakan syarat serta mendapat faedah dari keahliannya. Contoh Koperasi Awam Berhad, Koperasi Tentera, Koperasi Polis dan lain-lain. RUJUKAN 1. Jaafar Muhamad Asas Pengurusan Perniagaan Terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd 1993

3.2 Pendaftaran PerniagaanPENERANGAN Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan,pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau pengajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti berikut: 1. Perniagaan Milik Tunggal- seorang pemilik 2. Perniagaan Perkongsian- 2 orang pemilik dan tidak melebihi 20 rakan kongsi PROSEDUR PENDAFTARAN 1. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadangkan daipada SSM. Isikan borang PNA 42 jika mengunakan nama tred. Nama diri seperti di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama Perniagaan. 2. Lengkapkan borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) dengan mengisikan butirbutir maklumat seperti berikut: a) Nama Perniagaan b) Jenis Perniagaan c) Tarikh Memulakan Perniagaan d) Alamat da tempat perniagaan e) Cawangan Perniagaan f) Maklumat pemilik g) Bagi perkongsian lampirkan perjanjian perkongsian (jika ada) 3. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang A. SYARAT 1. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur 18 tahun keatas boleh mendaftar perniagaan. 2. Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaa. 3. Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang.

4. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau kebenaran. 5. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos. 6. Sertakan dokumen berikut: - salinan kad pengenalan - salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada) - Permit, lesen, surat kebenaran atau surat sokongan dari agensi lain (jika ada) BAYARAN PENDAFTARAN 1. Perniagaan milik tunggal mengunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan - RM30.00 2. Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian menggunakan nama tred RM60.00 3. Pendaftaran Cawangan RM 5.00 setiap cawangan 4. Salinan Maklumat Perniagaan RM10.00 PANDUAN AM 1. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos. 2. Keputusan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam. AMARAN Seseorang yang menjadi seorang yang diperlukan untuk mendaftar perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ini menjalankan perniagaan itu tanpa mendaftarkan perniagaan itu atau melakukan sesuatu kesalahan dan hendaklah jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM50, 000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN Untuk perubahan maklumat perniagaan, pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab atas perniagaan perlu melengkapkan borang berikut:1. 2. 3. 4. BORANG BORANG BORANG BORANG B1 B2 B3 B4 Perubahan Perubahan Perubahan Perubahan Alamat Perniagaan Jenis Perniagaan Maklumat Cawangan Maklumat Pemilik/Rakan Kongsi

PROSEDUR PENDAFTARAN PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN 1. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang B.

SYARAT 1. Rakan kongsi baru mestilahmerupakan Warganegara Malaysia atauPenduduk Tetap berumur 18 tahun ke atas. 2. Sebelum mendaftar perubahan maklumar perniagaan, pastikan Sijil Perakuan pendaftaran Perniagaan telah diperbaharui. 3. Daftarkan perubahan maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan. 4. Perubahan jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan nama perniagan. 5. Pemilik tunggal berdaftar yang menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan tidak boleh menambah rakan kongsi. Walaubagaimanapun perkongsian boleh menukar status kepada pemilik tunggal dan sebaliknya menggunakan nama tred. 6. Perubahan pada maklumat pemilik perniagaan meliputi alamat kediaman, penarikan atau penambahan rakan kongsi, kematian dan perubahan jawatan dalam perkongsian. 7. Sertakan dokumen berikut: - salinan kad pengenalan rakan konsi baru - salinan sijil kematian jika rakan kongsi meninggal dunia - salinan surat kelulusan atau sokongan bagi perniagaan yang perlukan permit/lesen BAYARAN PENDAFTARAN 1. Pendaftaran Borang B RM20.00 2. Pendaftaran menambah cawangan RM 5.00 3. Salinan maklumat perniagaan RM 10.00 PANDUAN AM 1. Hantar permohonan pendaftaran perubahan maklumat perniagaan di mana-mana cawangan SSM yang terdekat atau melalui pos. Denda RM10, 000.00 atau penjara satu tahun atau keduanya mengemukakan perubahan pada butir-butir pendaftaran perniagaan. jika tidak

PENAMATAN PERNIAGAAN Sesuatu perniagaan boleh ditamatkan dengan mengemukakan notis penamatan perniagaan melalui Borang C. Perniagaan boleh ditamatkan atas sebab berikut:1. 2. 3. 4. Tidak berminat untuk meneruskan perniagaan kebangkrapan kematian Perintah Mahkamah

5. Menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undan,memudaratkan kepada atau tidak bersesuaian dengan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atauprinsip moral. PROSEDUR PENAMATAN PERNIAGAAN 1. Lengkapkan Borang C (Pendaftaran Penamatan Perniagaan) dengan mengisikan butirbutir maklumatseperti berikut: a) Tarikh penamatan perniagaan b) Alasan-alasan penamatan perniagaan 2. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang C. SYARAT 1. Failkan Borang C dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perniagaan. 2. Failkan notis penamatan atas sebab kematian dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kematian. 3. Waris simati hendaklah memfailkan notis penamatan jika perniagaan milik tunggal ditamatkan apabila berlaku kematian. Bagi perniagaan perkongsian, rakan kongsi yang lain boleh memfailkan notis tersebut. 4. sertakan dokumen berikut: - perakuan pendaftaran perniagaan (borang D) - salinan perintah mahkamah jika penamatan atas perintah mahkamah - salinan sijil kematian jika berkaitan kematian - lampirkan dokumen yang berkaitan bankrap jika pemilik bangkrap 5. Nyatakan alasan-alasan penamatan perniagaan BAYARAN PENDAFTARAN Tiada bayaran dikenakan bagi pendaftaran penamatan perniagaan. PANDUAN AM 1. Hantar permohonan pendaftaran penamatan perniagaan di mana-mana cawangan SSM yang terdekat atau melalui pos. Jika gagal mematuhi peraturan seperti diatas denda akan dikenakan tidak melebihi RM10 ribu atau penjara 1 tahun atau keduanya terhadap waris, rakan kongsi atau wakil peribadi. PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN PROSEDUR

1. Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperbaharui di mana-mana pejabat SSM berhampiran. Borang A1 hendaklah dilengkapkan (Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan) seperti berikut: - maklumat perniagaan - status perniagaan - perubahan yang telah didaftarkan - tandatangan pemilik atau rakan kongsi SYARAT Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran perniagaan. BAYARAN PENDAFTARAN 1. Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut K/P RM30.00 2. Perniagaan miik tunggal menggunakan nama tred RM60.00 3. Perkongsian RM60. 00 4. Pembaharuan pendaftaran cawangan RM5.00 setiap cawangan PANDUAN AM 1. Permohonanpembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat untuk tempoh 1 hingga 5 tahun. 2. Hantar permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan di mana-mana Cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terhampir atau melalui pos. 3. Jika pendaftaran perniagaan telah luput pembaharuan pendaftaran perniagaan hanya boleh dibuat cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang yang terhampir. Pemilik perniagaan yang meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran atau melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit kesalahan denda tidak melebihi RM50, 000.00 atau dipenjara selama temph tidak melebihi 2 tahun. RUJUKAN - Suruhanjaya Syarikat Malaysia. - Ab. Aziz Yusof Prinsip Keusahawanan-prentice Hall Pearson Education.

Modul 4: DOKUMEN PERNIAGAAN4.1 Definasi Dokumen PerniagaanPENERANGAN

Setiap urusniaga mesti direkod dan dicatit supaya dapat dirujuk pada masamasa yang diperlukan dalam urusan yang melibatkan kewangan Merekodkan setiap urusniaga adalah sangat penting untuk mengelakan dari berlakunya ketidakseimbangan dalam perakaunan seperti imbangan duga dan kunci kira-kira yang akan menentukan keuntungan dan kerugian di akhir sesuatu tempoh perakaunan. Dokumen Perniagaan merupakan i. Satu bukti bertulis bahawa sesuatu urusniaga telah berlaku.

iii.

dalam buku catatan pertama iaitu pada buku tunai dan lejar.. Semua maklumat hendaklah disikan dengan jelas dan lengkap serta difailkan/disimpan secara sistematik untuk rujukan apabila perlu.

ii. Maklumat dalam dokumen perniagaan merupakan asas untuk merekod ke

4.2 Jenis-jenis Dokumen PerniagaanPENERANGAN Apabila sesebuah perniagaan telah memulakan operasinya, dokumen perniagaan sangat diperlukan Setiap urusniaga yang dicatit hendaklah menggunakan format tertentu untuk membezakan setiap dokumen perniagaan.

Berikut adalah dokumen perniagaan yang selalu digunakan.1. Borang Pesanan/Pesanan Belian 2. Nota hantaran/nota serahan 3. Invois 4. Nota Debit 5. Nota Kredit 6. Cek dan keratan cek 7. Resit 8. Memo 9. Bil tunai 10.Baucer Bayaran 11.Sebutharga 12.Slip Bank

Borang Pesanan

Borang Serahan

Invois

Nota Debit

Nota Kredit

Cek Dan Keratan Cek

Resit

Memo

Bil Tunai

Baucer Bayaran

Sebutharga

Modul 5: ASAS PERAKAUNAN5.1 Sistem Rekod perniagaanPENERANGAN Asas perakaunan diwujudkan bagi memastikan kaedah merekod dan melapur prestasi serta kedudukan kewangan dibuat dengan betul dan saksama. Perakaunan dan sistem rekod dibuat berdasarkan kepada pengalaman dan amalan yang lazim digunakan oleh akauntan dalam bidang perakaunan. Sistem rekod perniagaan mesti diamalkan semasa mengelas, merekod dan membentangkan maklumat tersebut memberi gambaran yang benar dan saksama Prinsip asas perakaunan o o Pemadanan dari hasil yang diperolehi hendaklah dipadankan dengan perbelanjaan(ada yang masuk dan ada yang keluar) Ketekalan bermaksud kaedah mesti sama, satu akaun untuk butiran yang sama, dan tutup akaun untuk tahun yang sama.

Materialiti merupakan tahap kepentingan dalam pembentangan penyata kewangan, apa yang dimiliki adalah nilai(wang) dalam perniagaan. o Catatan bergu adalah kaedah merekod urusniaga sebanyak 2 kali dalam 3 akaun yang berlainan, satu akaun dikreditkan dan satu didebitkan dan diakhirnya imbangan kedua-dua akaun ini dikenali sebagai persamaan. 1. Rekod sebagai asas pengurusan kewangan o 1.1 Untuk memenuhi kehendak undang-undang samada dari segi pendaftarannya Maupun dari segi tujuan 1.2 Untuk mengawal penggunaan dan aliran harta dalam perniagaan supaya tidak ada penyalahgunaan atau kekeliruan. 1.3 Untuk memudahkan pihak luar seperti pembekal, pendaftar pertubuhan dan Peminjam wang menilai kemampuan dan keteguhan kewangan perniagaan sebelum mereka dapat menerima, memulakan atau meneruskan urusan dengan Organisasi yang berkenaan. 1.4 Untuk membolehkan pemegang saham, pengguna atau keahlian/kakitangan mengetahui dan mengkaji perkembangan kemajuan atau kemampuan organisasi dari masa ke semasa

2. Jenis rekod-rekod urusniaga kewangan 2.1 Rekod hasil Hasil merupakan wang tunai yang diterima atau tuntutan wang yang akan diterima daripada jualan, perkhidmatan, faedah, komisyen, dividen dan sewa. a) Hasil operasi Hasil yang diperolehi dari aktiviti utama perniagaan(Jualan barangniaga/perkhidmatan yang diberi) b) Hasil bukan operasi Hasil yang diperolehi dari aktiviti lain selain dari aktiviti utama seperti faedah simpanan tetap, sewa diterima, dividen dan dari jualan aset c) Hasil dikreditkan dalam lejar d) Hasil dikreditkan dalam imbangan duga e) Hasil menambah ekuiti pemilik 2.2 Rekod perbelanjaan Perbelanjaan ataupun belanja merupakan kos barang/perkhidmatn

digunakan untuk memperolehi hasil sesuatu belanja dianggap telah berlaku apabila belanja itu dilibatkan untuk mendapat hasil dalam sesuatu tempoh perakaunan samada belanja itu telah dibayar atau belum. Belanja operasi Belanja operasi merupakan belanja yang terlibat dalam menjalankan Aktiviti biasa perniagaan seperti gaji, sewa, iklan, bil telefon dan sebagainya. Belanja bukan operasi Belanja bukan operasi merupakan belanja yang terlibat yang bukan aktiviti biasa perniagaan seperti rugi atas jualan aset tetap, kecurian dan kerugian luar jangka. Belanja mengurangkan ekuiti pemilik Belanja didebitkan dalam lejar Belanja didebitkan dalam imbangan duga

2.3Rekod Harta/Aset Harta adalah harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan. Harta yang telah dibiayai oleh pemilik perniagaan dengan nama perniagaan dan bukannya harta peribadi pemilik atau keluarganya. Harta ini seperti kenderaan, kelengkapan pejabat, perabot, mesin, tanah dan sebagainya. a) Harta/Aset tetap Aset tetap adalah harta yang mempunyai jangka hayat yang lama(Contoh Kenderaan, tanah, bangunan, mesin) Harta ini digunakan dalam perniagaan untuk mendapatkan hasil dan bukannya untuk dijual serta ada susutnilainya kecuali tanah. b) Harta/Aset semasa Harta semasa adalah harta yang jangkamasanya singkat(Contohnya wang tunai, stok diakhir tahun/tempoh perakaunan,penghutang, belanja terdahulu) Aset ini berbentuk tunai dan hak penjagaan yang boleh dijual semulai dalam waktu yang singkat dan boleh berubah. 2.4Rekod Tanggungan/Liabiliti Tanggungan adalah hutang-hutang yang perlu dijelaskan kepada pihak luar dalam masa yang ditetapkan(Contohnya pinjaman bank, hutang pembekal , belanja terakru, hasil terdahulu) a) Liabiliti jangka Panjang Hutang-hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang panjang (Contoh; Pinjaman dengan pihak bank/agensi lain) b) Liabiliti jangka Pendek Hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka yang pendek (Contoh; Overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu dan Pemuitang) 2..5 Rekod Hak Milik/Ekuiti pemilik

Hak milik adalah modal yang dilaburkan merupakan hak mutlak perniagaan. Ia terdiri daripada modal dan untung bersih yang diperolehi/untung terkumpul.

5.2 Buku Tunai

PENERANGAN Di dalam sesebuah organisasi, pengurusan kewangan sangat penting bagi mendapatkan dana untuk meneruskan dan memajukan perniagaan. Pengurusan kewangan yang cekap dan sistematik membolehkan organisasi terus maju dan berkembang. Jika pengurusan kewangan lemah, organisasi ataupun perniagaan boleh muflis. Pentingnya mengawal tunai dalam sesebuah organisasi adalah aspek utama dalam membangunkan perniagaan. Seorang usahawan yang mengamalkan sikap merancang kewangan dalam operasi perniagaannya bakal tersenarai dalam kalangan usahawan yang berjaya kerana dapat mengembangkan perniagaannya serta mendapat jaminan dari agensi kewangan. Pentingnya mengawal tunai Mengelakan kehilangan tunai akibat penyelewengan dan kecurian ii. Mampu membayar hutang jangka pendek iii. Mengelakan kehilangan hasil akibat terlalu banyak tunai terbiar dan tidak terurus. 1. Definasi Tunai dan pengawalannya 1.1 Tunai adalah aset cair yang mudah disalahguna dan dicuri tetapi sukar dikesan. Oleh itu satu sistem pengendalian penerimaan dan pembayaran tunai yang baik perlu diadakan supaya semua urusniaga direkod dengan tepat berasaskan dokumen perniagaan seperti resit, keratan cek dan baucer bayaran. 1.2 Pemeriksaan rekod perakaunan dari masa ke semasa juga penting supaya sebarang penyelewengan dapat dikesan dengan segera. i.

1.3 Peniaga mesti memastikan terdapat tunai yang cukup untuk membayarsegala bil , belanja operasi perniagaan serta hutang kepada pemiutang 1.4 Memegang terlalu banyak tunai merugikan peniaga kerana tunai itu sepatutnya dilaburkan untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik. Misalnya peniaga boleh menyimpan tunai dalam akaun simpanan tetap untuk memperolehi faedah .

2. Buku Tunai Buku tunai merupakan Buku Catatan Pertama untuk merekod semua urusniaga Tunai. Buku tunai adalah gabungan Akaun tunai dan Akaun bank. Akaun tunai dan Akaun bank bermaksud wang tunai yang disimpan dalam bank dan ditangan. Fungsinya adalah sama dengan Akaun Tunai dan Akaun Bank. Jika sesebuah organisasi perniagaan menggunakan buku tunai, maka akaun tunai dan akaun bank tidak perlu dibuka dalam lejar. Buku ini dapat menunjukan baki wang tunai dan dapat merancang pengeluaran wang dari masa ke semasa. Jika tiada pendapatan, wang pasti tidak boleh dikeluarkan untuk mengelakkan dari berhutang atau terlebih belanja.

2.1

Jenis buku tunai mengikut perakaunan. Buku tunai ini boleh didapati sedia ada di kedai-kedai alatulis ataupun dengan menggunakan buku kajang(Foolscape book) di mana lajurnya dibuat sendiri a) Buku tunai dua lajur Format Buku tunai dua lajur mengandungi: i. lajur tunai dan lajur bank di kedua-dua belah debit dan kredit BUKU TUNAI DUA LAJUR

DEBIT KREDITTARIKH BUTIR FOLIO TUNAI BANK TARIKH BUTIR FOLIO TUNAI BANK

RMsemua Rekod semua penerimaan tunai Rekod semua Wang yang Dibankan Rekod semua pembayaran tunai cek Rekod

pembayaran dengan

b) Buku tunai tiga lajurFormat Buku tunai tiga lajur mengandungi lajur, Lajur diskaun, lajur tunai dan lajur bank di kedua-dua belah Debit dan kredit

BUKU TUNAI TIGA LAJUR DEBIT KREDITRujukan muka surat Akaun lejar catatan bergu

TARIK H

BUTI R

FOLI O

DISKAU N

TUNA I

BANK

TARIK H

BUTI R

FOLI O

DISKAU N

TUNAI

BANK

RMrekod semua diskaun diberi rekod semua penerimaan tunai

rekod semua wang di bank

2.2

Merekod penerimaan /Debit dan perbelanjaan/Kredit A ) Istilah perakaunan Debit adalah ruangan untuk penerimaan atau Pendapatan dan Kredit adalah ruangan untuk perbelanjaan ataupun pengeluaran B) Lajur tunai disebelah debit Buku Tunai merekod semua penerimaan tunai manakala lajur tunai disebelah kredit Buku Tunai merekod semua pembayaran tunai C) Lajur bank disebelah debit merekod semua tunai dan cek yang Dimasukan ke dalam bank. Lajur bank disebelah kreditnya mencatat segala pembayaran melalui cek. D) Buku tunai merupakan sebahagian daripada lejar utama dan cara merekodnya adalah berasaskan sistem catatan bergu. E) Semua catatan dalam buku tunai (kecuali catatan kontra) mesti diposkan ke akaun tertentu di lejar untuk melengkapkan catatan bergu.

2.3

Kebaikan menggunakan buku tunai Catatan dalam lejar utama dapat dikurangkan Mudah merujuk kepada akaun tunai dan bank Seseorang kakitangan dapat dikhaskan untuk merekod ke dalam buku tunai Pengurusan kewangan lebih kemas

2.4 Buku tunai yang diperkenalkan masa kini Format buku tunai ini dicadangkan bagi organisasi/perniagaan yang baru memulakan perniagaan a) 2 buah buku tunai ini diasingkan dari i . Wang tunai di tangan /wang panjar(petty cash) ii. Tunai di bank(cek) b) Format buku tunai ini mangandungi i. Lajur tarikh.lajur no baucer bayaran, butiran/perkara , jumlah dan baki bagi tunai di tangan

ii. Lajur tarikh, no baucer bayaran, butiran/perkara, no cek, jumlah dan baki bagi buku tunai di bank BUKU TUNAI DI TANGANDEBIT/PENERIMAAN/PENDAPATAN TARIKH NO BAUCER BAYARAN/ SLIP BANK BUTIRA N JUMLAH TARIKH KREDIT/PERBELANJAAN/PENGELUARAN NO BAUCER BAYARAN BUTIRA N JUMLAH BAKI

BUKU TUNAI DI BANKDEBIT/PENERIMAAN/PENDAPATAN TARIK H NO BAUCER BAYARAN/ SLIP BANK BUTIRA N NO CEK JUMLAH KREDIT/PERBELANJAAN/PENGELUARAN TARIKH NO BAUCER BAYARA N BUTIRA N NO CEK JUMLAH BAKI

2.5 Maklumat penting yang perlu ada di dalam format semua jenis buku tunai. a) Tarikh : semua tarikh menerima tunai dan menerima cek b) Tarikh : semua tarikh mengeluarkan tunai dan mengeluarkan cek c) No Baucer bayaran: catitkan no siiri dokumen perniagaan ini apabila mengeluarkan tunai dan mengeluarkan cek untuk apa jua pembayaran d) Slip bank: nombor siri slip bank bagi wang tunai di tangan/wang panjar yang diterima hendaklah dicatitkan e) Butiran : semua maklumat mengenai penerimaan tunai (Contoh: tunai wang panjar bulan Ogos) dan pengeluaran tunai (Contoh: membeli alatulis untuk pejabat) f) Butiran: semual maklumat mengenai penerimaan cek (Contoh: Pinjaman dari MPEB ataupun Rainbow Stationery jelas hutang Jun 08) dan mengeluarkan/bayaran dengan cek (Contoh: sewa premis bulan Julai 08) g) Nombor cek: catitkan no cek yang tertera di atas cek yang diterima dan yang dikeluarkan/bayar h) Jumlah: Catitkan jumlah yang diterima tunai dan jumlah cek ataupun Jumlah cek yang diterima dan jumlah yang dikeluarkan i) Baki : catikan jumlah baki setiap urusniaga mengikut tarikh jika terima di

Tambah jika pengeluaran di kurangkan

5.3 Akaun LejarPENERANGAN Di dalam sesebuah organisasi, semua urusniaga mesti direkodkan. Pengrekodan sangat penting supaya penerimaan dan perbelanjaan dapat dilaksanakan dengan terperinci. Apabila urusniga telah direkodkan ke dalam buku tunai, semua maklumat urusniaga akan diposkan ke akaun lejar bagi melihat urusniga yang diterima dan dibelanjakan mengikut kemampuan dan perancangan bagi mengelakkan kerugian dan lebihan belanja. Pentingnya merekodkan ke dalam akaun lejar i. Memastikan aliran wang yang diterima dan dikeluarkan direkodkan ii. Mengetahui jumlah sebenar pendapatan dan perbelanjaan iii. Membolehkan pengagihan bajet pada tempoh-tempoh tertentu iv. Mengetahui nama-nama pembekal yang berurusan v. Menyakinkan organisasi mampu menguruskan kewangan dengan baik

1. PENGENALAN

Buku Akaun Utama yang digunakan untuk merekod segala urusniaga perniagaan. Catatan urusniaga yang telah direkodkan ke dalam Buku Catatan Pertama/Buku Tunai akan dipindahkan ke lejar. Membolehkan semua maklumat tentang perubahan baki akaun tertentu dikumpulkan. Catatan perakaunan direkodkan secara sistematik mengikut prinsipprinsip asas perakaunan dan dikumpulkan dalam beberapa buah buku yang dipanggil lejar. Setiap penerimaan dan pengeluaran dalam buku tunai dibuka akaun lejar hendaklah

2.

FORMAT LEJAR Setiap lejar dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu debit dan kredit. Debit : Merekodkan semua perbelanjaan dalam buku tunai Kredit : Merekodkan semua pendapatan Tarikh: Merekodkan tarikh penerimaan dan pengeluaran Butir : Merkodkan samada urusniaga bank atau tunai Folio: Rujukan no baucer/slip bank/no cek jika ada

Nama Akaun Setiap Penerimaan dan Perbelanjaan Dalam Buku Tunai Debit Tarikh Butir Jumlah Folio Jumlah Tarikh Kredit Butir Folio

Tarikh urusniaga

Rujukan (punca & halaman catatan diperolehi) No Baucer/Slip Bank

Jenis Urusniaga Bank (Cek) atau Tunai

Nilai wang sesuatu urusniaga

Contoh : Urusniaga : Jan 5 Membayar sewa kedai RM 800 tunai

Akaun terlibat 1.Akaun Belanja Sewa (Belanja) 2. Akaun Tunai (Aset)

Akaun Terlibat

Jenis

Kesan

Catatan Lejar Dt Kt

Belanja Sewa Tunai

Belanja Aset

Bertambah Berkurang

800 800

Akaun Belanja Sewa Jan 5 Tunai 800

Akaun Tunai

Jan 5

Belanja Sewa

800

4. PENGELASAN AKAUN

(1)

AKAUN PERORANGAN

Akaun-akaun yang digunakan untuk merekodkan semua aktiviti yang berkaitan urusniaga secara kredit. Terdiri daripada : Akaun Penghutang akaun untuk pelanggan yang membeli secara

(ii)

kredit (iii) Akaun Pemiutang akaun untuk pembekal yang menjual secara kredit

(2)

AKAUN BUKAN PERORANGAN

Mencatat semua urusniaga atau akaun lain yang tidak melibatkan nama orang, syarikat atau firma. Terdiri daripada : (i) Akaun Nyata atau Akaun Aset

Merekodkan perkara yang dimiliki perniagaan contohnya tunai, alatan pejabat, mesin, premis dan kenderaan bermotor. (ii) Akaun Nominal

Merekodkan semua belanja dan semua hasil perniagaan seperti sewa dibayar, insurans dibayar, komisen diterima dan faedah diterima. Akaun Belian dianggap sebagai akaun belanja manakala akaun Jualan dianggap sebagai pendapatan.

5. CARA MEREKOD

5.1 Urusniaga 1 : Analisis (b)

Encik Nazlee membeli sebuah komputer RM 5000 secara tunai : (a) Aset Alatan pejabat bertambah sebanyak RM 5000 Aset Tunai berkurangan sebanyak RM 5000

Akaun terlibat Alatan Pejabat Tunai

Jenis Aset Aset

Kesan Bertambah Berkurang

Catatan Lejar Dt Kt 5000 5000

Catatan dalam akaun : Akaun Tunai Dt Kt Alatan Pejabat 5000

Akaun Alatan Pejabat Dt Tunai 5000 Kt

6. MENGIMBANG DAN MENUTUP AKAUN Semua akaun diimbang atau ditutup pada hujung tempoh perakaunan.Tempoh perakaunan adalah dipastikan sendiri oleh organisasi(Contoh yang terbaik adalah pada setiap bulan supaya dapat mengetahui berapakah pendapatan dan perbelanjaan pada akhir bulan)

Mengimbang akaun bererti mencampur kedua-dua belah debit dan kredit sesuatu akaun untuk mencari selisih di antara jumlah debit dengan jumlah kredit akaun itu.

Jika jumlah debit melebihi jumlah kredit, maka baki h/b terletak di sebelah kredit. Baki b/b pada awal bulan yang berikut akan terletak di sebelah debit. Akaun ini dikatakan mempunyai baki debit. Misalnya Akaun Aset, Akaun Penghutang,, Akaun Ambilan dan Akaun Belanja.

Jika jumlah kredit melebihi jumlah debit, maka baki h/b terletak di sebelah debit. Baki b/b pada awal bulan yang berikut akan terletak di sebelah kredit. Akaun ini dikatakan mempunyai baki kredit. Misalnya Akaun Pemiutang, Akaun Modal, Akaun Liabiliti dan Akaun Hasil.

Menutup akaun bererti selisih di antara jumlah debit dan jumlah kredit sesuatu akaun dipindah ke Akaun Penamat iaitu Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi. Contoh urusniaga : Mei a) 8 Jual barang yang bernilai RM880 kepada Ah Huat

Menutup Akaun

Akaun Jualan Mei 31 Pindah ke Akaun Mei Perdagangan RM880 =====

8

Ah Huat

880

Selisih debit dan kredit dipindah ke Akaun Penamat

b)

Mengimbang Akaun Ah Huat Mei 8 Jualan Jun 1 Baki b/b RM 880 ====== 880 Mei 31 Baki h/b RM 880 =======

Selisih debit dan kredit dihantar ke bulan yang berikutnya Jumlah baki setiap akaun akan dibawa ke dalam Imbangan duga/trial balance.Setelah akaun diimbangkan antara debit dan kredit barulah akaun untung rugi dan kunci kira-kira dibuat.

5.4 Sistem Catatan BerguPENERANGAN Sistem catatan bergu dikenali juga sebagai Double Entry. Urusniaga yang direkodkan ke dalam akaun lejar dengan menggunakan sistem catatan bergu lebih mudah dan operasi kewangan lebih kemas dan teratur. Pentingnya merekodkan ke dalam akaun lejar menggunakan sistem catatan bergu i. Mengetahui akaun belanja dan hasil/pendapatan ii. Mengasingkan antara akaun pendapatan dan belanja

iii.

Membolehkan pengagihan bajet pada tempoh-tempoh tertentu

1. PENGENALAN SISTEM CATATAN BERGU

LUCA PICIOLI Pengasas catatan bergu Bukan peniaga dan bukan ahli perniagaan kira Seorang guru matematik dan teologi yang mengajar di beberapa buah universiti di Perugia, Florence, Pisa, Bologna dan selepas itu di Akademi Rom Beliau tidak mereka sistem catatan bergu Sistem yang dihuraikankannya itu merupakan kaedah yang sedang digunakan di Venice yang bermula kira-kira 100 tahun sebelumnya

SISTEM CATATAN BERGU KREDITSEBELAH PIHAK MEMBERI

DEBITSEBELAH PIHAK LAGI MENERIMA

Peraturan catatan bergu yang perlu diambil kira sewaktu merekod setiap urusniaga yang berlaku. PERATURAN CATATAN BERGU JENIS AKAUN ASET LIABILITI EKUITI DEBIT Aset Bertambah Liabiliti Berkurang Ekuiti Berkurang KREDIT Aset Berkurang Liabiliti Bertambah Ekuiti Bertambah

HASIL BELANJA

Hasil Berkurang Belanja Bertambah

Hasil Bertambah Belanja Berkurang

2. CARA MEREKODKAN AKAUN LEJAR DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM CATATAN BERGU 2.1 2.2 2.3 2.4 Akaun setiap penerimaan dan perbelanjaan dalam akaun lejar terlibat dalam menggunakan sistem ini. Jika dalam buku tunai penerimaan disebelah DEBIT , dalam akaun lejar hendaklah DIKREDITKAN Jika dalam buku tunai perbelanjaan dikreditkan, dalam akaun lejar di debitkan Pada masa yang sama ke dua-dua akaun mesti ada kaitan antara satu sama lain

CONTOH:

AKAUN LEJAR Akaun Belanja Sewa

Jan 5

Tunai

800

Akaun sewa adalah belanja jadi didebitkan Dalam akaun lejar SEWA Akaun Tunai Jan 5 Belanja Sewa

Akaun tunai dikreditkan kerana wang dikeluarkan untuk bayar sewa

Modul 6: PEMASARAN6.1 Pengenalan Konsep pemasaranPENERANGAN Konsep Pemasaran ialah :1. Satu kaedah yang mengatur aliran barangan dan perkhidmatan daripada pengeluar hingga kepada pengguna 2. Merupakan satu kelompok kegiatan manusia membantu melicinkan proses agihan barang atau perkhidmatan sebelum ianya diterima oleh pengguna

Kegunaan Strategi Pemasaran ialah :1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai aliran produk 2. Menjadi garis panduan untuk penyusunan sistem agihan 3. Mengkaji dan menilai samaada produk keluaran dapat dipasarkan ataupun tidak. 4. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

1. Harga

Definisi : Harga ialah nilai wang yang diukur sebagai alat pertukaran sesuatu barangan atau perkhidmatan yang perlu ditukarkan oleh pembeli atau pengguna untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan 1i a) Faktor permintaan b) Imej perniagaan c) Peraturan dan undang-undang d) Keadaan ekonomi tempatan e) Faktor persaingan f) Kemampuan pelanggan g) Tahap kitaran hayat keluaran h) Saluran pengedaran i) Nilai keluaran itu sendiri j) Keuntungan yang diharapkan Definisi : Produk ialah barangan atau perkhimatan yang dikeluarkan atau dijual oleh pengeluar atau pengusaha untuk mendapatkan pulangan keuntungan yang maksimum kepada diri sendiri atau syarikat. Definisi : Lokasi merupakan tempat atau kedudukan sesuatu produk atau perkhidmatan keluaran akan diedarkan untuk pasaran bagi meningkatkan jumlah hasil keluaran bagi menambah keuntungan Ciri-Ciri lokasi yang baik 3 a) Terdapat laluan pejalan kaki yang banyak b) Adanya kemudahan pengangkutan awam c) Mudah dilihat dan tidak tersorok d) Mudah untuk keluar masuk oleh kenderaan atau pejalan kaki e) Syarat penyewaan yang adil dan baik f) Berdekatan dengan perniagaan sokongan dan pelengkap g) Berdekatan dengan tempat tumpuan kumpulan sasaran h) Kurang persaingan bagi perniagaan tertentu

1i. Faktor-faktor mempengaruhi penentuan harga

2. Produk

3. Lokasi

4. Promosi Definisi : Promosi merupakan komunikasi yang digunakan oleh pengeluar atau pengusaha sesuatu keluaran atau perkhidmatan untuj memberitahu, memujuk, menggalakkan serta meyakinkan pembeli-pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan membeli keluaran yang dipasarkan Objektif Promosi : i ) Untuk menyampaikan maklumat kepada bakal pelanggan tentang keluaran yang ditawarkan dan di mana ianya boleh didapati ii ) Untuk mengingati pelanggan dan juga bakal pelanggan supaya dapat terus kekalkan minat mereka untuk membeli produk yang dikeluarkan iii) Untuk memujuk dan memberitahu pelanggan tentang kelebihan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan Terdapat 3 cara utama Promosi: i ) Pengiklanan ii ) Publisiti iii ) Promosi Jualan Definisi : Agihan merujuk kepada sekumpulan organisasi atau individu yang bergabung dalam proses penyediaan atau pemindahan barangan atau perkhidmatan dari pengeluar atau pembekal untuk kegunaan pengguna akhir Jenis- Jenis Perantaraan / Pemasaran Orang Tengah Agen iii) Pemborong iv) Peruncit v) Broker vi) Saudagar Pemborong Bagaimana a) b) c) d) e) f) g) Hendak Memilih Pengedar : Keupayaan dan pengalaman Keupayaan memberi khidmat sokongan Peliputan kawasan pasarannya Kesungguhan dalam memasarkan produk Bidang pengkhususan untuk produk keluaran Keupayaan dari segi teknikal dan teknologi Kedudukan kewangannya

5.Agihan / Edaran

6. Khidmat Selepas Jualan Definisi : Khidmat selepas jualan merupakan jaminan kepada produk keluaran bagi meyakinkan serta menarik minat pengguna atau pembeli mengenai mutu sesuatu produk serta kecekapan syarikat dalam memastikan setiap pengguna dan belian yang telah dilakukan

Jenis- Jenis Khidmat selepas jualan a ) Penghantaran barangan ke lokasi pembeli b ) Pembelian secara ansuran bulanan untuk barangan yang mempunyai harga yang tinggi c ) Pembaikan terhadap kerosakan yang berlaku dalam satu tempoh yang tertentu d ) Pemulangan semula wang yang telah dibuat oleh pembeli sebagai ganti rugi kos kerosakan e ) Ganti rugi terhadap kecederaan atau kematian yang berlaku terhadap pengguna berpunca dari kecuaian mutu pengeluaran f ) Produk-produk keluaran yang telah diinsurankan secara sah mengikut peruntukan undang-undang

RUJUKAN-Asas Keusahawanan oleh Pusat Pembnagunan Usahawan Malaysia MEDEC - Outline for a Bisiness Plan-Arthur Young. .

Modul 7: KOMUNIKASI PERNIAGAAN

1.0GELAGAT PENGGUNA1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GELAGAT PENGGUNA

Gelagat pembeli di pasaran pengguna adalah merujuk kepada penglibatan atau proses yang dilalui oleh individu atau isi rumah yang merupakan pengguna akhir ketika mmilih, membeli, mengguna dan melupus sesuatu produk dan servis untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Pasaran pengguna pula merupakan semua individu dan isi rumah yang membeli atau mendapatkan sesuatu produk dan servis untuk keperluan diri. Sejauh mana pengguna melibatkan dirinya didalam proses membuat keputusan pembelian bergantung kepada anggaran risiko yang akan dihadapinya. Umumnya pengguna akan lebih teliti untuk pembelian berisiko tinggi seperti membeli kereta atau rumah berbanding pembelian rutin seperti membeli susu atau gula.Memahami gelagat pengguna adalah kajian yang berkaitan dengan proses pembuatan keputusan belian oleh pembeliuntuk membuat pembelian dan menggunakan keluaran Pembeli keluaran tidak semestinya menjadi pembeli akhir keluaran. Individu mungkin membuat pembelian keluaran untuk digunakan oleh keluarga atau rakan-rakannya. Situasi ini menunjukkan bahawa pemahaman tentang prosespembuatan keputusan pengguna amatlah penting dalam merangka startegi pemasaran yang lebih berkesan. Gelagat pengguna ini dipengaruhi oleh factor-faktor budaya, social, personal dan psikologi. Selalunya factor-faktor ini adalah di luar kawalan pemasar. Namun, ia mesti diambil kira dalam penentuan strategi pemasaran.

a)

Fator budaya Budaya merupakan nilai asas kehidupan atau corak gelagat berdasarkan kepada perkongsian makna, adat dan tradisi di kalangan ahli sesuatu masyarakat. Ia mempengaruhi sikap, kepercayaan, perilaku, kehendak, dan keutamaan terhadap sesuatu idea, kreativiti dan produk. Setiap budaya mempunyai beberapa sub budaya. Sub budaya merupakan sesuatu kumpulan didalam masyarakat yang mempunyai kelainan tertentu yang dikongsi bersama berasaskan pengalaman kehidupan yang sama .

b)

Faktor Taraf Sosial

Pada setiap masyarakat terdapat struktur sosial yang menentukan bagaimana individi atau kumpulan diiktiraf atau dihormati. Individu-individu bagi sesuatu taraf selalunya mempunyai nilai, minat, dan gelagat yang tertentu. Penentuan taraf sosial bukan sekadar bergantung kepada jumlah pendapatan, tetapi juga merangkumi jenis pekerjaan, pendidikan, harta, keturunan dan sebagainya. Bagi pemasar, taraf sosial membantu mengenal pasti kumpulan manusia yang besar dengan persamaan yang jelas terutamanya dalam penentuan jumlah, gaya dan bagaimana mereka berbelanja. Contoh taraf sosial ialah klasifikasi kelas atasan, kelas pertengahan dan keals bawahan. Bagi setiap kelas ini, mereka terbukti mempunyai pilihan tertentu dalam pemakaian, perabot, rekreasi dan kenderaan. Selain taraf sosial, pengguna juga sering berbelanja menuruti penngaruh kumpulan rujukan. Kumpulan rujukan merupakan kumpulan yang mempengaruhi penguna secara langsung dan tidak langsung. Penguna selalunya meras perlu untuk meniru pemilihi barangan sebagaimana yang diamalkan oleh kumpulan rujukan agar mereka diangggap sebagai setaraf atau menghampirtaraf tertentu kumpulan rujukan. c) Faktor Personal

Ciri-ciri personal seperti umur , kitaran hidup, pekerjaan, kedudukan ekonomi, gaya hidup, personaliti dan konsep hidup juga mempengaruhi gelagat penguna. Pengguna menukar keperluan produk atau barangan dalam kehidupan menuruti kitaran hidup keluarga masing-masing. Pekerjaan juga menentukan pemilihan sesuatu barangan. Gaya hidup pula merupakan corak hidup yang boleh dilihat menerusi aktiviti, minat dan pendapat sesorang. Selalunya penentuan gelagat pengguna berasaskan gaya hidup adalahlebih menyeluruh berbanding dengan taraf sosial dan personaliti lain.

d)

Faktor Psikologi

Gelagat pengguna juga dipengaruhi oleh empat jenis faktor psokologi yang utama iaitu motivasi, persepsi, pembelajaran dan sikap. Motivasi merupakan kehendak dalam yang menentukan perilaku untuk memenuhi kehendak-kehendak tersebut.

Persepsi merupakan proses di mana manusia memilih, menyusun dan menerjemah informasi untuk mendapatkan gambaran keseluruhan persekitaran mereka. Terdapat tiga proses persepsi seperti berikut: 1. Penumpuan Terpilih manusia hanya akan memilih informasi tertentu untuk diberi tumpuan 2. Gangguan Terpilih manusia akan memberi makna kepada sesuatu informasi secara menyokong kepada sesuatu yang mereka percayai. Simpanan Terpilih manusia akan memilih untuk manyimpan atau mengingati hanya sebahagian daripada informasi yang didedahkan kepada mereka dan ini selalunya bergantung kepada sikap dan kepercayaan.

3.

Pembelajaran merupakan perubahan ke atas gelagat pengguna berdasarkan pengalaman. Pembelajaran merupakan kombinasi kemahuan, motif dan rangsanganrangsangan yang menentukan bila, di mana dan bagaimana seseorang itu bertindak balas. Teori pembelajaran membolehkan pemasar mendapatkan permintaan pelanggan jika produk dikaitkan dengan motivasi dan pengukuhan positif. Sikap merupakan kedudukan positif atau negatif yang konsisten terhadap nilai, perasaan yang dikeluarkan seharusnya bersesuaian engan sikap pengguna sedia ada dan tidak cuba mengubah pendirian mereka.

RUJUKAN :

1. 2.

PRINSIP KEUSAHAWANAN, Abdul Aziz Yusof, Zakaria Yusof. ASAS KEUSAHAWANAN, Mohd Rasih Sibir

2.0

: PERHUBUNGAN PELANGGAN

1. Memahami Komunikasi Perniagaan: a. Pengenalan

Persekitaran Perniagaan memerlukan efektif komunikasi. komunikasi membolehkan mereka bekerjasama dan menjalin hubungan satu sama lain. Dalam peringkat organisasi - meningkatkan produktiviti dan membetulkan

Dalam peringkat personel - mencapai maklamat, peluang pekerjaan dan interaksi sesama lain. b. Kepentingan Komunikasi Perniagaan komunikasi melibatkan peringkat mesej menghantar dan mendapat tindak balas. Komunikasi merupakan salah satu kerja harian. 4 peringkat diperlukan menulis, bercakap, mendengar & komunikasi interaksi. komunikasi adalah efektif apabila mesej disampaikan adalah difahami komunikasi yang baik dapat membuka halatuju peluang perkerjaan.

c. Kepentingan bentuk dalam komunikasi

Dalaman Operasi komunikasi. Luaran - Operasi komunikasi. komunikasi luaran yang tidak formal. Personel komunikasi.

2. Halangan KomunikasiKomunikasi sering dikatakan sebagai masalah utama dalam suatu hubungan. Jika dua orang memahaminya, dan berusaha untuk memiliki komunikasi yang baik, tetapi bagaimana mereka masih memiliki masalah? Alasannya, banyak faktor yang tidak diketahui menyebabkan hubungan tidak dapat disampaikan disebabkan: a. Bahasa b. Budaya c. Kejujuran dan kebenaran d. Harapan e. Orang ke tiga f. Pengalaman masa lalu g. Salah pengertian

RUJUKAN : 1. 2. PRINSIP KEUSAHAWANAN, Abdul Aziz Yusof, Zakaria Yusof. ASAS KEUSAHAWANAN, Mohd Rasih Sibir