buku panduan sarjana kerja sosial perubatan 2018 · pembangunan sosial, pembangunan manusia,...

27
1 BUKU PANDUAN SARJANA KERJA SOSIAL PERUBATAN 2018

Upload: votuyen

Post on 21-Apr-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

BUKU PANDUAN

SARJANA

KERJA SOSIAL

PERUBATAN

2018

2

PENDAHULUAN

Bidang Kerja Sosial Perubatan (KSP) telah mula wujud di hospital kerajaan di Malaysia sejak tahun 1950-an lagi. Ia telah berjaya membantu ramai pesakit dalam menangani permasalahan sosial mereka, khususnya yang berkaitan dengan aspek kemudahan rawatan di hospital dan kekeluargaan. Kursus yang dirangka ini diharap dapat memberikan latihan yang komprehensif dan berkesan bagi melengkapkan ilmu dan ketrampilan pekerja sosial perubatan pada masa hadapan.Inisiatif ini amat penting demi mempersiapkan para kakitangan perubatan untuk menangani masalah sosial yang kian meningkat di negara kita.

LATARBELAKANG Perkhidmatan kebajikan telah diperkenalkan di hospital-hospital kerajaan di Malaysia sejak tahun 1948. Manakala pada tahun 1952, latihan pertama untuk pekerja sosial dimulakan di Singapura. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan. Sehingga kini, terdapat seramai 336 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan di seluruh Malaysia yang meliputi hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Dengan pertambahan masalah sosial di negaraini kebelakangan ini, sumbangan dan peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan menjadi semakin mencabar. Atas kesedaran betapa pentingnya perkhidmatan atau pendekatan rawatan sosial yang dijalankan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan,bidang jawatan ini di Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditambahkepada 276 jawatan.Malah,perkhidmatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan ini juga telah ditawarkan di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara dan sekaligus mendorong kepada keperluan permintaan latihan yang semakin meningkat.

Syarat lantikan bagi jawatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan ialah Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Sosial dengan pengkhususan di mana-mana bidang seperti Kerja Sosial,

3

Pembangunan Manusia, Psikologi, Kaunseling dan Antropologi dan Sosiologi.

Dengan kelulusan tersebut di atas, seseorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan belum lagi mempunyai kemahiran dalam bidang perkhidmatan sosial perubatan (medical social work) dan pengalaman hanya diperolehi setelah beberapa lama berkhidmat di bidang ini tanpa pendedahan/pembelajaran yang berstruktur. Pembelajaran yang berstruktur bagi bidang perkhidmatan sosial perubatan adalah sangat perlu bagi Pegawai Kerja Sosial Perubatan kerana pesakit-pesakit yang mempunyai pelbagai gejala/masalah sosial di hospital akan dirujuk kepada pegawai ini untuk tindakan sewajarnya.

Memandangkan peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan

adalah seiring dan sama penting dengan kakitangan perubatan lain dalam penjagaan/perawatan pesakit di hospital-hospital, maka Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu diberi latihan atau kursus setaraf dengan kepesatan kemajuan dan kemodenan bidang perubatan. Kursus Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan membolehkan Pegawai Kerja Sosial Perubatan berfungsi di tahap optima serta dilengkapi dengan pengetahuan dan kepakaran yang khusus di bidang ini.

Apabila Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Kementerian

Kesihatan Malaysia dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang perkhidmatan kebajikan perubatan, ia boleh membawa kepada perkembangan perkhidmatan kebajikan perubatan dan akan meningkatkan aspek sosial perubatan dalam skop penjagaan kesihatan rakyat selari dengan keadaan semasa. Di samping itu,ia dapat memelihara kepentingan imej profesional kerja sosial perubatan.

TUJUAN PROGRAM

1. Membuka peluang kepada graduan dari pelbagai bidang pengajian

untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perkhidmatan kerja sosial ke peringkat ijazah Sarjana Kerja Sosial Perubatan.

2. Menambah bilangan graduan dalam bidang perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan bagi menangani masalah sosial yang meningkat dalam kalangan pesakit di hospital atau klinik dan masyarakat luar di sekitarnya.

4

3. Memenuhi keperluan profesional Kerja Sosial Perubatan yang berkualiti dan sesuai dengan skop kerjaya yang lebih luas untuk memenuhi keperluan negara Malaysia yang sedang menuju ke arah status negara maju.

4. Mengeluarkan profesional Kerja Sosial Perubatan yang kompeten dalam kesihatan masyarakat serta dapat membawa masyarakat dan negara ke arah yang lebih berwawasan.

JANGKAMASA PENGAJIAN

Jangkamasa program ini adalah selama 4 semester (2 tahun) dan dijalankan sepenuh masa. Tahun 1 (2 semester) dijalankan di Universiti (Jabatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, PPUKM di Kampus Cheras, KL)dan diikuti dengan Tahun 2 (2 semester) yang dijalankan di hospital-hospital terpilih di Malaysia yang mempunyai MOA (Memorandum of Agreement) dengan UKM. Kuliah eksekutif dijalankan selama seminggu dalam setiap 2 bulan sekali sebaik tamat menjalani setiap bidang posting di hospital berkenaan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN Calon yang ingin memohon mengikuti Program Siswazah ini mestilah mempunyai kelayakan seperti Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains atau sains sosial/dengan pengkhususan dalam mana-mana bidang atau lain-lain bidang seperti Kerja Sosial, Pembangunan Sosial, Pembangunan Manusia, Psikologi, Kaunseling dan Antropologi &Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat, UKM.

PERMOHONAN Permohonan hendaklah dibuat melalui borang-borang yang telah ditetapkan dan disampaikan kepada Dekan, Pusat Pengajian Siswazah UKM.

5

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen akademik. Setiap permohonan hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Siswazah Fakulti Perubatan. Keputusannya hendaklah disampaikan kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah untuk tindakan selanjutnya.

Pelajar yang telah diterima masuk tetapi belum mendaftar boleh memilih untuk menangguhkan rancangan pengajiannya selama tidak kurang daripada satu semester dan tidak melebihi dua semester dengan membuat permohonan secara bertulis kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah.

PENDAFTARAN DAN BAYARAN Pendaftaran Pada Awal Semester

Calon yang telah diterima masuk mestilah membayar segala yuran dan mendaftar pada awal tiap-tiap semester di sepanjang tempoh pengajian. Calon tidak dibenarkan mendaftar selepas empat minggu pertama semester bermula. Calon yang tidak mendaftar pada sesuatu semester tanpa kebenaran untuk menggantungkan pendaftaran boleh dibatalkan pendaftarannya sebagai seorang calon. Bentuk Pendaftaran

Calon perlu mendaftar untuk mengikuti program ini selama 4 semester. Penggantungan Pendaftaran

1. Calon yang mendaftar boleh memohon untuk menggantungkan

pendaftarannya atas sebab-sebab yang munasabah. Tempoh penggantungan ini tidak akan diambilkira sebagai sebahagian daripada tempoh pengajian yang ditetapkan.

2. Penggantungan boleh dibenarkan tidak kurang daripada satu semester dan tidak melebihi dua semester sepanjang tempoh pengajiannya.

3. Calon yang diluluskan penggantungan pendaftaran tidak dianggap sebagai calon Universiti yang berdaftar dan dengan itu ia tidak layak menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan oleh

6

pihak Universiti kecuali untuk mendapatkan nasihat bagi menyambung semula pengajiannya.

4. Calon yang tidak berjaya meneruskan ke semester berikutnya, dibenarkan melengkap keperluan tidak melebihi dua semester.

STRUKTUR PROGRAM

JENIS PENGAJIAN Kursus Semua pelatih dikehendaki lulus keempat-empat semester untuk layak dikurniakan Ijazah Sarjana Kerja Sosial Perubatan. Semester 1 dan 2 Tahun 1 adalah dalam bentuk kursus sepenuh masa di Fakulti Perubatan UKM. Pelatih hendaklah lulus semua kursus yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 45 jamkredit. Posting Hospital di Semester 3 (FK7464) dan di Semester 4 (FK7474) Dalam semester 3 dan 4 Tahun 2, terdapat penempatan pelatih di hospital-hospital untuk mengikuti pengalaman terancang (jam kontak 1520 : 38 x 40 jam). Mereka akan menghadiri kuliah eksekutif selama 1 minggu setiap 2 bulan sekali. Mereka belajar melalui pengalaman dan dengan melakukannya sendiri. Tiap-tiap pelatih dikehendaki bekerja sambil belajar di hospital-hospital. Pengajaran akan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah dari Pusat Perubatan UKM, Pegawai Kerja Sosial Perubatan dan Pakar-pakar Klinikal dari hospital berkenaan dalam bentuk pembentangan kes, tugasan, bengkel berkala dan juga pendidikan jarak jauh. Mengikuti amali di hospital dan lulus dalam semua tugasan adalah satu pra-syarat untuk pelajar-pelajar mendapat ijazah sarjana. Penempatan Elektif (FK7482) Di semester 3, pelatih-pelatih akan melalui program elektif di mana mereka boleh memilih melakukan penempatan di jabatan-jabatan klinikal atau institusi-institusi yang mempunyai kerja sosial seperti rumah orang tua, institusi kanak-kanak yang berkeperluan khas,

7

pusat-pusat rehabilitasi, wad neurologi, wad spastik dan sebagainya. Penempatan ini perlu dibincangkan tentang kesesuaian dan keperluan pelatih serta dipersetujui oleh penyelia akademik pelatih. Penilaian akan dilakukan bersama oleh penyelia akademik pelatih dan ketua jabatan/unit/bahagian yang ditempatkan. Penilaian adalah dalam bentuk berterusan dan penulisan satu laporan akhir. Program elektif ini adalah sebagai satu prasyarat dan wajib lulus sebelum pelatih dianugerahkan ijazah sarjana. Projek Penyelidikan (FK7496) Pelatih juga dikehendaki melakukan satu projek kajian dan menulis satu disertasi tentang kajian ini. Disertasi ini merupakan kesinambungan dari proposal yang disediakan di dalam modul Metodologi Penyelidikan (FK6143). Disertasi ini bernilai 6 jam kredit.

PENYELIA Penyelia Akademik

Calon yang menjalankan penyelidikan dan penyediaan projek penyelidikan akan dibimbing oleh seorang penyelia dan/atau penyelia bersama.

Apabila dilantik penyelia bersama, maka penyelia utama akan memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih manakala penyelia bersama menjadi pembantu kepada penyelia utama.

Penyelia juga akan bertanggungjawab menasihati calon mengenai pengambilan kursus-kursus dan mengenai kemajuan calon semasa mengikuti kerja kursus. Status Penyelia

Penyelia mestilah terdiri daripada ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di Universiti ini. Ahli akademik yang dipinjamkan ke tempat lain, berhenti atau pencen dari Universiti, atau individu dari institusi lain yang berkelayakan hanya boleh dilantik sebagai penyelia bersama dalam kes-kes tertentu berdasarkan perjanjian khas.

8

Penukaran Penyelia, Ahli Jawatankuasa Siswazah dan Penasihat Akademik

Jika kerana sesuatu sebab, penyelia akademik atau penyelia bersama tersebut tidak dapat menjalankan tugasnya, seorang tenaga pengajar lain perlu dilantik untuk menjalankan tugas-tugas itu.

PEPERIKSAAN

Sepanjang pengajian selama 2 tahun (4 semester), pelajar akan dinilai melalui peperiksaan akhir semester dan penilaian berterusan. Penerangan lanjut mengenai pecahan penilaian peperiksaan adalah seperti berikut :-

Bil

Tahun

Semester

Pecahan Markah

1

1

Semester 1

Peperiksaan : 40% Penilaian Berterusan : 60% (7 kursus = 17 kredit)

Semester 2

Peperiksaan : 40% Penilaian Berterusan : 60% (7 kursus = 14 kredit)

2

2

Semester 3

Posting Elektif : 100% (2 kredit) Posting Hospital : 100% (4 kredit)

Semester 4

Posting Hospital : 100% (4 kredit) Projek Penyelidikan : 100% (Disertasi = 60%) (Viva = 40%) (6 kredit)

9

Penilaian Kerja Kursus dalam Semester 1 dan Semester 2 Tahun 1

Penilaian dilakukan untuk setiap kursus yang diambil oleh calon untuk pendaftaran wajib dan tanpa gred. Calon dikehendaki menghadiri semua kuliah/tutorial/seminar bagi kursus yang didaftarkan. Kehadiran tidak kurang daripada 70% diperlukan untuk melayakkan calon menduduki peperiksaan. Kehadiran di bawah 70% mengakibatkan calon tidak layak untuk menduduki peperiksaan dan dianggap gagal kursus tersebut pada semester berkenaan. Seseorang calon boleh membuat rayuan bertulis memohon menangguh peperiksaan dengan menyatakan alasan yang munasabah, yang kemudiannya tertakluk kepada pertimbangan jabatan. Markah yang diberikan dalam peratus akan ditukar kepada gred dalam jadual di bawah. Calon dikehendaki untuk memenuhi purata nilai gred kumulatif (PNGK) dengan minimum 3.0 untuk dianugerahkan ijazah sarjana.

Gred Markah Nilai Gred

A 80 dan ke atas (Lulus Dengan Cemerlang)

A = 4.00

A- 75 - 79 (Lulus Dengan Cemerlang)

A- = 3.67

B+ 70 - 74 (Lulus Dengan Kepujian) B+ = 3.33

B 65 - 69 (Lulus Dengan Kepujian) B = 3.00

B- 60 - 64 (Lulus) B- = 2.67

C+ 55 - 59 (Lulus) C+ = 2.33

C 50 - 54 (Lulus) C = 2.00

C- 45 - 49 (Gagal) C- = 1.67

D 40 - 44 (Gagal) D = 1.00

E Kurang 39 (Gagal) E = 0.00

Penilaian Posting Hospital Semester 3 dan 4 Tahun 2

Penilaian adalah dalam bentuk penilaian berterusan, tugasan (pembentangan kes, tugasan penyakit, kritikan jurnal dan seminar kes) dan buku log dan penilaian profesional oleh penyelaras lapangan. Keputusan penilaian adalah berasaskan lulus/gagal. Penilaian untuk Semester 3 Tahun 2

i. Posting Elektif

Dinilai dengan penilaian berterusan dan laporan posting elektif.

10

Penilaian untuk Semester 4 Tahun 2

i. Projek Penyelidikan

Peperiksaan projek penyelidikan terdiri daripada dua komponen iaitu disertasi dan viva. Pecahan markahnya adalah:

a) Disertasi : 60% b) Viva : 40% Satu Lembaga Pemeriksa Siswazah yang terdiri daripada Naib Canselor, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Dekan Fakulti Perubatan, Ketua Jabatan/Penyelaras Program berkenaan dan penasihat akademik akan mempertimbangkan keputusan peperiksaan calon berkenaan dan jika berpuashati, memperakukan kepada Senat untuk pengurniaan ijazah. Syarat-Syarat Untuk Mengulang Kerja Kursus

Calon yang gagal mana-mana kursus yang didaftarkan secara wajib dikehendaki mengulang kursus berkenaan pada semester berikutnya. Calon yang gagal kursus yang diulang akan ditamatkan pengajian kecuali calon boleh mendapat kelulusan khas untuk menyambung pengajian dari Fakulti yang akan bersandarkan kepada alasan yang munasabah.

Sekiranya calon ingin memperbaiki gred kursus yang diperoleh, calon boleh berbuat demikian pada peperiksaan di semester berikutnya. Gred kursus yang terkini akan diambil sebagai gred muktamad.

Tempoh minimum yang dibenarkan untuk melengkapkan program adalah 24 bulan sementara tempoh maksimum adalah 30 bulan.

PENGURNIAAN IJAZAH Ijazah sarjana boleh dianugerahkan kepada calon yang telah: 1. Memenuhi semua kehendak Akta Pengajian Siswazah. 2. Memenuhi semua kehendak Jadual kepada Akta Pengajian

Siswazah ini. 3. Diperakui supaya diberi ijazah berkenaan oleh Lembaga

Pemeriksa Siswazah dan diluluskan oleh senat. 4. Menjelaskan segala bayaran yang telah ditetapkan. 5. Mencapai kehadiran yang memuaskan (sekurang-kurangnya

70%).

11

6. Lulus semua kursus pada keempat-empat semester. 7. Melengkapkan sejumlah 47 unit dan mencapai PNGK

minimum 3.0

PEMBERHENTIAN CALON

Calon yang mendapat PNGK kurang daripada 2.0 pada peperiksaan di semester pertama akan ditamatkan pengajian.

Seseorang calon yang sedang mengikuti Program Pengajian Siswazah boleh diberhentikan dengan persetujuan senat apabila calon tidak mencapai sekurang-kurangnya purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.0 selama 2 semester berturut-turut atau pada bila-bila masa calon tidak menunjukkan kemajuan yang memuaskan.

UMUM 1. Senat berhak mengambil sesuatu tindakan yang wajar jika

seseorang calon itu didapati memberi maklumat yang tidak benar berkenaan pencalonannya.

2. Senat boleh membenarkan sebarang pengecualian yang

difikirkan sesuai daripada kehendak-kehendak jadual ini.

3. Setiap permohonan dan rayuan yang berkaitan dengan Akta dan jadual ini daripada calon yang berdaftar hendaklah dikemukakan kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah melalui penyelia atau penasihat akademik pelatih. Dekan PPS akan merujuk permohonan atau rayuan tersebut kepada Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti Perubatan untuk mendapatkan pandangan atau perakuan yang akan disampaikan kepada Dekan PPS melalui Dekan Fakulti Perubatan. Jika perlu, Dekan PPS akan merujuk keputusan tersebut kepada Senat untuk mendapatkan kelulusan atau pengesahan sebelum dimaklumkan kepada calon.

12

PERINCIAN PROGRAM SARJANA KERJA SOSIAL PERUBATAN

Program ini merupakan program pascasiswazah sepenuh masa selama 2 tahun atau 4 semester di mana Semester 1 dan Semester 2 (Tahun 1) akan dijalankan di Universiti dan diikuti dengan Semester 3 dan Semester 4 (Tahun 2) yang dijalankan di posting hospital iaitu ditempatkan di hospital-hospital di seluruh Malaysia yang telah diakreditasi dan menghadiri kuliah eksekutif di Universiti dalam 2 bulan sekali selama 1 minggu untuk membentangkan kes-kes yang dikaji di hospital. Semester 1 dan Semester 2 (Tahun 1)

Calon-calon akan mengikuti kursus-kursus di Fakulti selama 2 semester. Calon diwajibkan mengambil kesemua 7 modul yang ditawarkan dengan jumlah 17 unit keseluruhannya pada semester 1. Pada semester tersebut, mereka juga dikehendaki menyediakan Proposal Penyelidikan di dalam modul Metodologi Penyelidikan. Pada Semester 2 pula, calon akan mengikuti kursus-kursus dalam bidang pengkhususan iaitu Kerja Sosial Perubatan dan diwajibkan mengambil kesemua 7 modul yang diwartakan dengan jumlah 14 unit keseluruhannya. Peperiksaan Akhir Semester akan diadakan bagi setiap kursus yang diberikan pada semester berkenaan. Semester 3 dan Semester 4 (Tahun 2)

Sepanjang Semester 3 dan Semester 4, calon-calon akan mengikuti posting hospital di hospital-hospital yang telah diakreditasi di seluruh Malaysia. Calon-calon akan mengikuti posting berdasarkan jabatan-jabatan di hospital seperti Perubatan, Psikiatri, Pediatrik, Obstetrik &Ginekologi, Surgeri, Ortopedik mengikut jumlah minggu yang ditetapkan. Calon-calon akan membentangkan kes-kes pesakit, tugasan penyakit, jurnal dan seminar kes apabila hadir dalam kuliah eksekutif setiap 2 bulan sekali iaitu selama seminggu sepanjang Semester 3 dan Semester 4 ini. Buku Log C yang akan ditandatangani oleh Penyelaras Lapangan dan Borang Penilaian Profesional yang akan dinilai oleh Penyelaras Lapangan akan disediakan untuk setiap calon untuk membantu pengawasan sepanjang calon menjalani posting hospital di Semester 3 dan Semester 4 ini.

13

Calon-calon juga perlu melakukan posting elektif selama 6 minggu di dalam Semester 3 ini di agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Calon-calon juga akan menyiapkan projek penyelidikan sepanjang pengajian mereka dari Semester 1 hingga Semester 4 dan mereka akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester 4 yang melibatkan Penilaian Projek Penyelidikan iaitu Disertasi dan Viva.

Untuk lulus program ini, siswazah perlu lulus sekurang-kurangnya 47 unit kursus bagi keseluruhan pengajian (17 unit kursus asas, 14 unit kursus pengkhususan, 8 unit posting hospital, 2 unit posting elektif dan 6 unit projek penyelidikan) serta mengikuti kursus, posting hospital dan posting elektif dengan memuaskan. i) Penyelaras Lapangan

Di dalam semester 3 dan 4 Tahun 2, pelajar-pelajar akan ditempatkan di hospital terpilih di seluruh Malaysia untuk menjalani posting hospital. Mereka akan berada di bawah seliaan Penyelaras Lapangan yang terdiri daripada Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan di setiap hospital. Pelajar perlu sentiasa mengikuti penyelia-penyelia pada minggu permulaan (minggu 1 dan 2) untuk orientasi kepada aktiviti rutin dan khusus. Penyelaras Lapangan perlu menyelia pelajar-pelajar SKSP dalam mengendalikan pengurusan kes-kes yang dirujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Mereka juga perlu berbincang dengan pelajar mengenai Buku Log Harian (A) dalam masa 1 jam hingga 2 jam dalam seminggu dan berbincang dengan pelajar tentang kerja kes (case work) (kerja rutin) yang dilakukan dan juga aktiviti-aktiviti khusus (contohnya pembelajaran berterusan, melawat agensi, kumpulan sokongan sosial) dan sebagainya. Mereka juga perlu menggalakkan para pelajar agar menghadiri kelas-kelas pembentangan sesi klinikal yang akan diadakan secara berkala seperti CPC (Clinical Case Conference), CME (Continuous Medical Education) dan sebagainya. Selain itu, bagi memberikan pengajaran dari aspek klinikal, Penyelaras Lapangan boleh melibatkan para pelajar bersama Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang lain di dalam sesi rondaan wad (ward round) sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu secara rutin yang turut dihadiri oleh pakar-pakar klinikal. Ini dapat membantu pelajar memahami aspek klinikal, diagnosa penyakit

14

dan lain-lain lagi dalam pengurusan kes sosial pesakit di dalam posting hospital. Penyelaras Lapangan juga perlu membuat penilaian ke atas pelajar dengan melengkapkan Borang Penilaian Profesional (Borang B) di penghujung setiap semester dengan melihat gambaran tentang pencapaian pelajar yang diperolehi melalui pemerhatian dan perbincangan bersama pelajar serta memberikan pengisian dan berkongsi pengalaman kepada pelajar tentang ilmu-ilmu, ketrampilan dan nilai yang baik untuk Pegawai Kerja Sosial Perubatan dalam pengurusan kes-kes danaktiviti-aktivitimereka.

Penyelaras Lapangan juga perlu menandatangani Buku Log Harian (A) dan terlibat dengan penilaian tugasan calon SKSP seperti yang terdapat di dalam buku log C mereka.

KURSUS DITAWARKAN Semester 1 (Kursus Asas Kesihatan Masyarakat)

FK 6143 Metodologi Penyelidikan (Research Methodology) FK 6313 Prinsip Pengurusan Kesihatan (Principles of Health

Management) FK 6513 Dasar Kesihatan Keluarga (Basic Family Health) FK 7322 Penggunaan Komputer dan Statistik(Use of Computer

& Statistics) FK 7392 Pengurusan Kerja Sosial Perubatan

(Management of Medical Social Work) FK 7712 Asas Sains Perubatan & Kesihatan Masyarakat

dalam Kerja Sosial Perubatan(Basic Medical Science & Community Health in Medical Social Work)

FK 7192 Pembelajaran Terarah (Directed Learning)

Jumlah unit = 17

15

Semester 2 (Kursus-kursus yang berkaitan dengan kerja sosial)

FK 7342 Teori Psikologi (Theory of Psychology) FK 7362 Perundangan Sosial berkaitan Kerja Sosial Perubatan

(Social Legislation related to Medical Social Work)

FK 7382 Prinsip, Piawaian dan Etika Kerja Sosial (Standard and Principles of Social Work Ethics)

FK7412 Sosiologi dan Antropologi Perubatan dalam Kerja Sosial Perubatan (Medical Sociology and Anthrophology in Medical Social Work)

FK 7422 Teknik Kaunseling dan Konsultasi Mental (Techniques of Counseling and Mental Consultation)

FK 7432 Pengurusan Perubahan Tingkahlaku (Management of Behavioral Change)

FK 7442 Pengurusan Komunikasi Perubatan dan Kesihatan (Management of Medical and Health Communication)

Jumlah unit = 14

Semester 3 (Posting Hospital di Semester 3) FK 7464 Posting Hospital di Semester III (Hospital Posting in

Semester III) FK 7482 Penempatan Elektif (Elective Posting)

Jumlah unit = 6

Semester 4 (Posting Hospital di Semester 4)

FK 7474 Posting Hospital di Semester IV (Hospital Posting in

Semester IV) FK 7496 Projek Penyelidikan (Research Project)

Jumlah unit = 10

JUMLAH KESELURUHAN UNIT = 47 unit

16

KETERANGAN KURSUS

FK 7322 : Penggunaan Komputer dan Statistik

Kursus ini merupakan kursus pengenalan terhadap statistik perubatan. Ia meliputi kaedah-kaedah pengambilan, pengumpulan dan penyajian data, nilai student t, khi-kuasa dua, korelasi dan regresi linear dan ANOVA. Kursus ini memperkenalkan mikrokomputer dalam penganalisaan data kajian perubatan. Kaedah kursus meliputi 2 jam kuliah dan 1 sesi amali 2 jam setiap minggu. Rujukan

1. Beth, D., G. T. & Robert, T. 2004. Basic & Clinical

Biostatistics. Lange Medical Books/Mc Graw Hill. Medical Publishing Division

2. Colton T. 2000. Statistics in Medicine. Little Brown and

Co. Boston. 4st. Ed.

3. David, G. 2005. Introduction to the Practice of Statistics. 4th Edition Prentice-Hall International Inc.

4. Dawson-Sounders, B. & Trapp, R.G. 2001. Basic and Clinical Biostatistics. Prentice-Hall International Inc.

5. Geoffrey, R. & David, L. S. 2000. Biostatistics The Bare

Essentials : 2nd Edition.

FK 6313 : Prinsip Pengurusan Kesihatan

Kursus ini bertujuan menyediakan pelajar pengetahuan asas pengurusan dalam praktis kesihatan masyarakat dan memberi bimbingan dan pengalaman kemahiran dalam membuat keputusan yang mana penting dalam menyelesaikan masalah kesihatan masyarakat. Kursus ini meliputi aspek biologi, sosial, budaya, psikologi dan persekitaran yang mempengaruhi kesihatan, status kesihatan, interpretasi ‘need’ dan ‘demand’ kesihatan dan sistem jagaan kesihatan. Kursus ini juga

17

membincang konsep, metoda dan teknik pengurusan moden dalam sistem jagaan kesihatan, termasuk dalam mengenalpasti masalah, membuat keputusan, perancangan, pelaksanaan, pengawasan dan penilaian program atau perkhidmatan kesihatan serta metodologi penyelidikan kesihatan. Aspek organisasi, fungsi pengurus dan kakitangan, komunikasi dan pembangunan organisasi juga dibincangkan. Kaedah kursus meliputi 2 jam kuliah dan 1 jam perbincangan setiap minggu. Rujukan

1. Robert, L. 2002.Foundations of Management: Basics and

Best Practices. New York: Thompson.

2. Blum, H.L. 2000. Planning for Health Services for the Eighties (4th Edition). New York: Human Science Press.

3. Robbin, S.P. 2002. Management Concepts and Practice.

New Jersey: Prentice-Hall Inc.

4. Shonell, S.M. & Kaluzzy, A.D. 2000. Health Care Management: A Text in Organizational Theory and Behavior (4th Edition). New Jersey: John Wiley and Sons.

FK 6513 : Dasar Kesihatan Keluarga

Kursus ini memberikan dasar-dasar kesihatan keluarga yang berlaku pada masa kini di peringkat tempatan dan antarabangsa. Penekanan diberi kepada faktor-faktor biologi, sosial dan tingkahlaku terhadap status kesihatan keluarga. Kursus ini menekankan konsep keluarga sebagai unit pengurusan kesihatan di tahap mikro. Kaedah kursus meliputi 2 jam kuliah dan 1 jam perbincangan setiap minggu.

Rujukan

1. Helen M.Wallace and G.I.Ebrahim (eds). 2001.Maternal

and Child Health around the World. London. Macmillan.

18

2. Indra Pathmannathan et al. 2003.Investing in Maternal Health: Learning from Malaysia and Sri Lanka. Washington D.C: The World Bank.

3. Margaret,B. Arbuckle and Charlotte, A. Herrick. 2006. Child and Adolescent Mental Health: Interdisciplinary System of Care. Sudbury Mass:Jones and Bartlett

Publisher.

4. Bonnie Brandl et al. 2007. Elderly Abuse Detection and Intervention: A Collaborative Approach. New York:

Springer.

5. Long Term Care for Older People. 2005. Paris:OECD

6. Doling, J., Jones, F.C. and Maltby,T. 2005.Ageing Matters: European Policy Lessons from the East. Aldershot, Hants, England, Burlington, VT: Ashgate.

7. Quinn, W.H. 2004.Family Solutions for Youth at Risk: Applications to Juvenile Delinquency, Truancy and Behaviour Problems. New York: Brunner Routledge.

8. Sloan, E. 2002.Biology of Women. Albany, New York: Delmar Thompson Learning.

9. Condon, M.C. 2004. Women’s Health: Body, Mind, Spirit:An Integrated Approach to Wellness and Illness. Upper Sadle River N.J.: Prentice Hall.

10. Lips, H.M. 2006.A New Psychology of Women: Gender, Culture and Ethnicity. Boston: Mc Graw Hill.

FK 6143 : Metodologi Penyelidikan

Kursus ini meliputi kaedah melakukan tinjau-selidik dari perancangan sehingga pelaksanaannya. Ia meliputi kaedah penyediaan objektif, hipotesis, rangka masalah, jadual patung, soal-selidik dan pra-survei. Kursus ini juga meliputi prinsip asas penyelidikan penilaian dan kaedah melakukannya. Ini termasuk cara memilih rekabentuk, validiti kajian dan analisis kajian. Suatu proposal tinjau-selidik untuk menentukan masalah atau menilai

19

suatu program perlu disediakan oleh setiap calon secara individu. Kaedah kursus meliputi 2 jam kuliah, 2 jam perbincangan dan/atau sesi amali (2 jam) setiap minggu. Rujukan:

1. Geoffrey, R.M., David, D. & David, F. 2005. Essentials of

Research Design and Methodology. Essentials of

Behavioral Science. Prentice Hall Inc.

2. Dawson, B. & Trapp, R. G. 2001. Basic and Clinical Biostatistics (3rd Edition) Prentice Hall International Inc.

3. John, W. C. 2002. Research Design Qualitative,

Quantitative and Mixed Methods Approaches. (2ndEdition). Sage Publications.

4. Kothari, C.R. 2004. Research Methodology: Methods and

Techniques(2nd Edition).

5. Goddard W, Melville Stuart. 2011. Research Methodology: An introduction. (2ndEdition).

FK 7392 : Pengurusan Kerja Sosial Perubatan

Proses pengurusan kerja sosial dan unsur-unsurnya seperti kajian, penilaian (assessment) dan intervensi akan dibahaskan. Ketrampilan mendapatkan sejarah pesakit dan latarbelakangnya akan dibincangkan. Teknik-teknik kaunseling, penulisan laporan dan melakukan diagnosa sosial akan dikaji serta lawatan-lawatan ke institusi kebajikan sama ada kerajaan atau bukan kerajaan akan dilakukan. Rujukan

1. Gehlert, S. & Browne, T. 2011. Handbook of Health Social

Work (2nd Edition). New Jersey: John Wiley and Sons.

2. Hepworth, D. H., Rooney, R. & Larsen, J. A. 2002. Direct Social Work Practice: Theory & Skills (6th Edition). Wadsworth Publishing.

20

3. Johnson, J. L. & Grant, G. 2004. Medical Social Work (Casebook Series). Allyn & Bacon Casebook Series for Medical Social Work. Pearson.

4. Turner, F. J. 2011. Social Work Treatment: Interlocking

Theoretical Approaches (5th Edition). USA: Oxford University Press.

5. Zastrow, C.H. 2006. Social Work with Groups:

AComprehensive Workbook (6th Edition). USA: Thomson Brokks/Cole.

6. Beder, J. 2006. Hospital Social Work : The Interface of

Medicine and Caring. USA: Taylor & Francis.

7. Dziegielewski, S. 2003. The Changing Face of Health Care Social Work : Professional Practice in Managed Behavioral Health Care. (2nd Edition). USA : Springer Publishing Company.

8. Egan, M. & Kadushin, G. 2007. Social Work Practice in

Community-Based Health Care. USA : Taylor & Francis.

9. Hepworth, D. H., Rooney, R. & Larsen, J. A. 2002. Direct Social Work Practice: Theory & Skills (6th Edition). CA : Wadsworth Publishing.

10. McCoyd, J. L. M, Kerson, T. B. 2010. Social Work in Health

Settings: Practice in Context. (3rd Edition). USA : Taylor & Francis.

FK7342 : Teori Psikologi

Kursus ini mendedahkan para pelatih kepada pengetahuan dan kemahiran sebagai ahli psikologi klinikal profesional dalam psikologi klinikal seperti psikopatologi, psikoterapi, dan isu etika dan profesional. Latihan amali adalah dalam bentuk kajian kes dan penyelidikan yang berkaitan dengan kanak-kanak, remaja, orang dewasa, orang tua, golongan orang kurang upaya dan kes penyalahgunaan dadah.

21

Rujukan

1. Mahmood Nazar Mohamed. 2000. Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia. Dewan Bahasa &Pustaka: Kuala Lumpur.

2. Charles G. Morris & Albert A. Maisto. 2003. Basic Psychology (6th Edition). New Jersey: Prentice Hall Pearson.

3. Charles G. Morris & Albert A. Maisto. 2006. Understanding

Psychology (7th Edition).New Jersey: Pearson Education.

4. Dominelli, L. 2002.Anti-Oppressive Social Work: Theory and Practice.Hampshire: Palgrave Macmillan.

5. Healy,K.2005.Social Work Theories in Context: Creating

Frameworks for Practice.London: Palgrave.

6. Hepworth, D. H. 2013. Direct Social Work Practice: Theory and Skills. Australia: Brooks/Cole, Cengage Learning.

7. Payne, M. 2005. Modern Social Work Theory. Basingstoke:

Palgrave Mac.

8. Samuel E. Wood, Ellen Green Wood & Denise Boyd. 2006. Mastering the World of Psychology. USA:Pearson

Education.

9. Turner, F. J. 1996. Social Work Treatment: Interlocking Theoretical Approaches. New York: Free Press.

FK 7362 : Perundangan Sosial Berkaitan Kerja Sosial

Perubatan

Perundangan-perundangan berkaitan dengan keluarga dan pekerja akan dibincangkan. Implikasi perundangan di antara rawatan dan pemulihan pesakit dan ahli keluarga akan dikaji. Contohnya Akta Perlindungan Kanak-kanak, Akta Keganasan Rumahtangga, SOCSO/ EPF, Akta Perlindungan Wanita dan lain-lain.

22

Rujukan

1. Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) Dalam Undang-Undang Malaysia.Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

2. Faizah Yunus (pnytn). 2006. Khidmat Sosial Malaysia.

Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

3. Johns, R. 2006. Using the Law in Social Work. Exeter: Learning Matters.

4. Noor, A. H. M. A. 2003. Pengenalan kepada sistem

perundangan di Malaysia. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: International Law Book Services.

5. Sabitha Merican. 2001. Dasar Awam di Malaysia: Isu dan

Konsep. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

6. Siti Hajar Abu Bakar Ah. 2006. Kebajikan Sosial : Aplikasi Dalam Perkhidmatan Manusia.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

7. Wan Arfah Hamzah & Ramly Bulan. 2006. An Introduction

tothe Malaysian Legal System. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

8. Wu Min Aun. 2005. The Malaysian Legal System. Edisi

Ketiga. Petaling Jaya: Pearson Malaysia.

FK 7382 : Prinsip, Piawaian dan Etika Kerja Sosial Perubatan

Prinsip kerja sosial di peringkat antarabangsa akan dikaji. Isu dalam etika kerja, konflik kepentingan, peranan dan fungsi akan dibincangkan. Kaedah-kaedah dalam kerja sosial adalah sama ada di peringkat individu, kelompok ataupun di dalam masyarakat. Pelatih diajar supaya sedar dan mengetahui isu-isu dan etika dalam kerja profesional mereka.

23

Rujukan

1. Banks, S. 2006. Ethics and Values in Social Work. (3rd

Edition). New York: Palgrave MacMillan.

2. Skidmore, R.A et. al. 1994. An Introduction to Social Work. New Jersey. Parentice Hall.Pub. Co.

3. Raemer, F. G. 1995. Social Values and Ethics. Columbia Univ. Press.

4. Gambrill, Epruger, R. 1996. Controversial Issues in Social

Work Ethics, Values and Obligations. Allyn & Bacon.

FK 7412 : Sosiologi dan Antropologi Perubatan dalam Kerja Sosial Perubatan

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelatih tentang isu-isu penting yang berkaitan dengan kesihatan dan kemahiran dalam konteks sosiobudaya. Kursus meliputi peranan pengetahuan dan kemahiran dalam sosiologi perubatan dan antropologi perubatan (etno perubatan, etno psikiatri dan ekologi perubatan) dalam konteks jagaan kesihatan yang komprehensif. Aspek penting yang ditekankan adalah peranan masyarakat, teori penyakit, golongan perawat, sistem perubatan dan etika perubatan. Nilai ahli masyarakat yang relevan seperti agama dan kepercayaan Islam khususnya perlulah diambilkira dalam perbahasan.

Rujukan

1. Hashim Awang A.R. 1990. Pengantar Antropologi

Perubatan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Pelto, P.J. dan Pelto G.H., 1989. Penyelidikan Antropologi :

Struktur Penilaian. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Cockerham W.C. 1997. Medical Sociology (7th Edition)

Prentice Hall College Div.

24

FK 7422 : Teknik Kaunseling dan Konsultasi Kesihatan

Mental

Kursus ini akan membincangkan teori dan kaedah kaunseling dalam kesihatan mental di samping pemerolehan kemahiran untuk melakukannya. Konsep kesihatan mental, masalah dalam masyarakat, perancangan program pencegahan dan aspek perundangan yang berkaitan juga akan diliputi. Setiap pelatih dikehendaki sekurang-kurangnya melakukan satu sesi kaunseling dan satu sesi konsultasi kesihatan mental dan melaporkannya dalam bentuk laporan kes. Kaedah kursus meliputi kuliah, sesi amali dan sesi perbincangan. Rujukan

1. Doudherty, M. 2000. Consultation: Psychological and

Collaboration in School andCommunity Setting.(3rd Edition).

Belmont, CA : Brooks/Cole.

2. Egan, G. 2002.The Skilled Helper: A Problem-Management and Opportunity-Development Approach To Helping.(7th

Edition). Pacific Grove: Brooks/Cole.

FK 7432 : Pengurusan Perubahan Tingkahlaku

Teori perubahan tingkahlaku dibincangkan dengan dikaitkan pada tahap mikro dan makro. Seterusnya, pembentukan ketrampilan merancang, menilai dan menguruskan projek penyelidikan dalam bidang tingkahlaku kesihatan dan perawatan yang positif akan dibincangkan. Juga kursus ini akan menganalisa peranan, kaedah dan teknik perubahan tingkahlaku di wad dan klinik atau di dalam kelompok. Aspek-aspek seperti komplian terhadap rawatan, perubahan gaya hidup untuk tujuan perawatan seterusnya akan difokuskan. Rujukan

1. Alen, E.K. 2001. Behavior Modification in Applied Settings.

6th Edition.Singapore: Wardworth.

25

2. Ariffin Hj. Zainal & Fatimah Yusof. 2002. Modifikasi Tingkahlaku. Bangi : Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM.

3. Sarafino, E.P. 2001. Behavior Modification: Understanding

Principles of Behavior Change. Mountain View, CA: Mayfield Publishing Company.

4. Miltenberger, R.G. 2004. Behavior Modification: Principles

and Procedures. 2nd. Edition Belmont. CA. Wardworth.

5. Thorpe, G.L., & Olson, S.L. 1990. Behavior Therapy: Concepts, Procedures and Application. Boston, MA, Allyn & Bacon.

FK 7442 : Pengurusan Komunikasi Perubatan dan

Kesihatan

Kursus ini memperkenalkan pelbagai pendekatan terhadap pengurusan masalah-masalah perubatan dan kesihatan yang memfokus kepada aspek komunikasi dalam hubungan-hubungan kompleks antara pelbagai pihak seperti antara pesakit dengan doktor, keluarga dan masyarakat; antara organisasi dengan media massa, khususnya. Kursus ini menyediakan pakej yang mengandungi teori komunikasi, prinsip perhubungan awam pembangunan, teknik pengurusan krisis, rekabentuk kempen komunikasi, elemen komunikasi antara peribadi, kaedah komunikasi antara budaya serta strategi-strategi komunikasi dalam pengurusan mikro dan makro. Rujukan

1. Graeff, J.A. et al. 1993. Communication for Health and

Behavior Change. Academy for Educational Development, Washington D.C.

2. Schultz, D.E. & Barnes, B.E. 1999. Strategic Brand Communication Campaigns. NTC Business Books. Lincolnwood, Illinois.

3. Backer, T.E. & Rogers, E.M. 1993. Organizational Aspects

Of Health Communication Campaign: What Works?. Sage Publications, Newbury Parks.

26

4. Manoff, R.K. 1985. Social Marketing: New Imperative for Public Health. Praeger : New York.

5. Jurnal Komunikasi Terbitan Pusat Pengajian Media

Komunikasi, FSSK, UKM. FK 7712 : Asas Sains Perubatan dan Kesihatan Masyarakat dalam Kerja Sosial Perubatan

Pelatih diperkenalkan kepada pengetahuan asas sains perubatan dan klinikal seperti Anatomi, Fisiologi dan Perkembangan Manusia, Patologi, Mikrobiologi, Farmakologi dan Perubatan. Terminologi-terminologi yang biasa digunakan dalam perubatan sosial akan dibincangkan. Konsep sihat, sakit, rawatan komprehensif, pencegahan dan pemulihan dalam perubatan sosial akan dihuraikan. Asas rumah sihat, pemakanan seimbang, perkhidmatan kesihatan dari kerajaan atau bukan kerajaan, asas Fertiliti dan Kependudukan, asas Kesihatan Kerja dan Persekitaran semuanya akan dibincangkan. Kursus adalah dalam bentuk kuliah dan tugasan. Rujukan

1. Casseno B.J. 1992. Preventive Medicine and Public Health.

Harwal Publishing. Beltimove.

2. Osman Ali. 1990. Kaedah Epidemiologi . Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Levey S. and Lomba N.P. 1984.Health Care Administ A Managerial Perspective. J.B. Lippicoff Co. Phildelphia.

27

Pejabat Am No. Telefon

Jabatan Kesihatan Masyarakat - 03-91455888

Faksimili:- - 03-91456670

Penyelaras

Prof. Dr. Zaleha Md. Isa - 03-91455902

Pen. Penyelaras

Dr. Hazlina Mohd. Miskam - 03-91458403

Kakitangan Akademik

Profesor Dr. Mohd. Rizal Abd. Manaf - 03-91455886/5892

Profesor Dr. Noor Hassim Ismail - 03-91455893

Profesor Dr. Shamsul Azhar Shah - 03-91458787

Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh - 03-91455891

Prof. Madya Dr. Azmi Mohd. Tamil - 03-91455890

Prof. Madya Dr. Mohd. Hasni Jaafar - 03-91455720

Prof. Madya Dr. Aniza Ismail - 03-91455906

Prof. Madya Dr. Rosnah Sutan - 03-91455896

Prof. Madya Dr. Rozita Hod - 03-91455901

Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin - 03-91458782

Prof. Madya Dr. Idayu Badilla Idris - 03-91458784

Prof Madya Dr. Mohd.Rohaizat Hassan - 03-91458785

Prof. Madya Dr. Norfazilah Ahmad - 03-91458781

Prof. Madya Dr. Azmawati Mohammed - 03-91458780 Nawi Dr. Hanizah Mohd Yusoff - 03-91455904

Dr. Nazarudin Safian - 03-91458786

Dr. Halim Ismail - 03-91458783

Dr. Rosnah Ismail - 03-91455900

Dr. Faiz Daud - 03-91455903