buku maulidur rasul 1437h
TRANSCRIPT
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIVALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAHD.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan)., D.K.(Pahang)., D.K.(Selangor).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Johor)., D.K.(Terengganu)., D.K.(Perak)., D.K.(Brunei)., D.P.(Sarawak).,D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia),
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM).,Collar of the Supereme Order of thr Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan).,
Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Knight of the Most Illustrious Order ofThe Royal House of Chakri (Thailand)., Order of Rammata Thailand (Thailand)
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONGTUANKU HAJAH HAMINAH
D.M.N., D.K., D.K.H.,Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan).,
Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand)
8
PerutusanYAB Perdana Menteri
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendak dan izin-Nya kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya.
Sesungguhnya sambutan Maulidur Rasul SAW adalah sangat signifikan dengan umat Islam khususnya di Malaysia. Tarikh yang bersejarah ini menjadi lambang lahirnya sinar baharu dalam kehidupan ummah. Suatu sinar yang membawa kemuliaan dan kehebatan sebagai ummah yang bebas daripada belenggu kejahilan dan ketaksuban kepada duniawi.
Sambutan Maulidur Rasul SAW juga adalah terjemahan kecintaan ummah kepada Nabi Muhammad SAW. Kehadiran Nabi Muhammad SAW telah membawa bukan sahaja suatu sistem beragama yang suci dan luhur bahkan turut membawa sistem yang menyatukan ummah seluruhnya. Kesatuan yang dibina bukan sahaja menafikan perbezaan pangkat dan kedudukan, tetapi turut menjalinkan rasa kasih sayang yang berteraskan akidah yang satu. Perpaduan yang dibina juga telah menghasilkan suatu ramuan kejayaan dalam membangun suatu ketamadunan ummah yang mapan bukan sahaja dari sudut rohani bahkan dari sudut pembangunan fizikal.
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAWPERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1437H/2015M
9
Bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”. (Surah A-li ‘Imraan 103)
Kejayaan Nabi Muhammad SAW membangunkan kota Madinah sebagai sebuah Negera yang berjaya wajar menjadi contoh kepada kita dan memberi gambaran bahawa perpaduan adalah penting dalam membangun dan menjana transformasi ummah.
Sehubungan dengan itu, pemilihan tema sambutan pada kali ini iaitu “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” adalah sangat signifikan dengan hasrat Kerajaan untuk membangun negara dengan berteraskan perpaduan antara kaum yang jitu dan kukuh. Hasrat ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan dokongan semua pihak tanpa mengira kaum ataupun fahaman agama. Kejayaan kita dalam membina negara yang hebat amat memerlukan pengorbanan, saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Oleh itu, semangat kerjasama dan cintakan perpaduan adalah amat penting bagi melakukan transformasi negara ke arah baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Akhir bicara, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Semoga segala usaha murni ini akan mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.
Sekian, wassalam.
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
10
Kata Alu-AluanYB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya sekali lagi dapat kita menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1437H/2015 M.
Kecintaan terhadap Baginda Rasulullah SAW tidak setakat melalui ungkapan kata-kata atau seruan nama sahaja, tetapi kecintaan itu bermaksud menjadikan Baginda Rasulullah SAW sebagai pedoman dan metod kehidupan seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah A-li ‘Imraan 31)
Oleh itu, usaha kerajaan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW setiap tahun adalah bagi menghayati risalah rahmat yang dibawa Rasulullah SAW sebagai panduan hidup. Sesungguhnya sunnah Bagin-da Rasulullah SAW wajib dihayati dan diamalkan sepanjang hayat dan bukan terbatas dengan sambutan ta-hunan semata-mata. Contoh teladan Baginda Rasulullah SAW dalam menyatukan golongan Muhajirin dan An-
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAWPERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1437H/2015M
11
sar serta mentadbir Madinah dengan cemerlang harus sekali diterapkan dalam diri kita ke arah mewujudkan persefahaman dan kesatuan umat bertepatan dengan tema sambutan iaitu “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Perpaduan merupakan asas kekuatan dan kemajuan Islam lebih-lebih lagi di saat umat Islam dunia yang berpecah dan bermusuhan sesama sendiri ketika ini.
Saya amat optimis bahawa penganjuran Sambutan Maulidur Rasul SAW ini akan memberi kesan yang sangat baik dalam diri kita dengan penghayatan dan amalan positif dalam setiap aspek kehidupan seiring dengan sunnah Baginda Rasulullah SAW.
Saya juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Semoga diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah SWT.
Terima kasih.
MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)
12
Kata Alu-AluanKetua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama Islam yang kemudiannya telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan, iaitu sebagai agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita meyakini akan kebenaran agama Islam ini.
Rasulullah SAW sebagai seorang insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingannya, maka baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam susah dan senang).” (Surah Al-Ahzaab : 21)
Jelaslah, sesiapa sahaja yang menginginkan kehidupan di dunia hingga akhirat berjalan sempurna sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT, maka tiada jalan lain kecuali kembali mengamalkan ajaran al-Quran dan Hadis dalam kehidupannya kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa.
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAWPERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1437H/2015M
13
Semoga dengan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M ini, akan terus memberi inspirasi kepada umat Islam untuk terus mencontohi keperibadian Baginda Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan.
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
14
Majlis Sambutan MAULIDUR RASUL SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARASEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1437H/2015M
Kejayaan Rasulullah SAW mengukuhkan dua sisi perpaduan iaitu dimensi sesama umat Islam dan pelbagai kabilah, merupakan model perpaduan terbaik dalam kehidupan beragama, bermasyarakat dan bernegara. Bahkan menerusi peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah membawa kepada satu transisi peradaban yang memacu transformasi kegemilangan tamadun manusia. Terasnya adalah kejayaan mempromosi dan melaksana prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial sehingga berupaya menyusun serta mengatur landskap kehidupan masyarakat yang pelbagai dan mewujudkan konsep Unity in Diversity – perpaduan dalam kepelbagaian.
Prinsip Perpaduan - Penerimaan Fitrah alam dicipta dalam pelbagai bentuk dan ragam. Namun dalam menjamin kelestarian dan keharmonianhidup, Islam yang tegas dengan prinsipnya turut meraikan kepelbagaian tersebut kerana ia adalah anugerah dariMaha Pencipta. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berta’aruf dan berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)…”
‘Bersatu teguh, bercerai roboh’ - begitulah pepatah yang sinonim dengan perpaduan. Menerusi firman Allah SWT di atas jelas bahawa Islam amat menekankan persefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama demi kepentingan bersama. Konsep ta’aruf dalam kemajmukan iaitu sentiasa mengikis prasangka dan salah faham serta saling menerima mampu mencerna masyarakat bernegara yang bersatu padu. Di samping itu, rakyat mestilah berusaha mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan. Sekiranya sensitiviti itu berjaya diurus dengan pertimbangan toleransi, persefahaman dan penerimaan sepenuhnya, maka ia mampu memperkukuhkan perpaduan sedia ada sehingga mampu digembleng menjadi kekuatan dan nadi kepada transformasi sebuah Negara.
15
Prinsip Perpaduan - KenegaraanPiagam Madinah merupakan dokumen pertama yang menjadi asas kepada urus tadbir sebuah negara. Kejayaan Rasulullah SAW ini telah menghasilkan suasana kehidupan rakyat yang menitikberatkan hal persaudaraan dan bersatu padu menjaga negara. Dalam konteks sebuah negara berdaulat yang memiliki komuniti majmuk dan berlatarbelakangkan rakyat pelbagai, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan merupakan punca kuasa dan rujukan terpenting dalam usaha menjamin hak-hak kepelbagaian tersebut. Selain itu, kestabilan politik dalam urus tadbir negara turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh penyatuan berteraskan persefahaman, kerjasama, perundingan dan persetujuan. Pendekatan eksklusif dan inklusif yang dijadikan mekanisme dalam meraikan kepelbagaian, telah berjaya menghasilkan suasana perpaduan, saling menghormati dan bertoleransi yang menghiasi kehidupan bermasyarakat seterusnya menjadi nadi kepada perubahan yang lebih baik. Natijahnya, kesejahteraan hidup terpelihara, semangat patriotisme rakyat meningkat serta imej keselamatan dan keamanan negara dapat diperkasakan.
Prinsip Perpaduan - Keadilan SosialIslam adalah agama keadilan dan kesaksamaan. Peristiwa peletakkan ‘hajarul al-aswad’ membuktikan bahawa Islam membawa mesej keadilan yang menjamin kesejahteraan hidup. Pelaksanaannya juga merangkumi segenap aspek kehidupan yang meliputi ekonomi, politik, sosial dan pelbagai lagi serta merentasi segenap lapisan masyarakat tanpa diskriminasi. Di samping itu, kebertanggungjawaban, penzahiran dan ketelusan serta imbangan merupakan asas nilai dan etikanya. Dalam hal ini, komitmen individu dan pemerintah sangat penting sebagai penentu kejayaan dalam usaha merealisasikan misi tersebut. Sesungguhnya masyarakat yang mengerti mahalnya harga perpaduan tidak akan membuat tuntutan yang melampau sehingga mencetuskan riak-riak permusuhan. Sebaliknya, masyarakat yang cintakan perpaduan dan keamanan adalah masyarakat yang akan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan kelompok dan kepartian. Natijahnya, nilai integriti jadi budaya, kejayaan yang dikecapi dapat dinikmati secara bersama dan kemakmuran dapat dikongsi dengan lebih meluas.
Perpaduan Nadi Transformasi NegaraHakikatnya, keunikan negara Malaysia adalah kerana kemajmukannya. Kontrak sosial, latar belakang sejarah dan perlembagaan negara perlu menjadi kerangka perpaduan dalam membina satu ummah yang hebat dan mampu memacu tranformasi negara. Dalam mendepani cabaran global, usaha melaksana ketiga-tiga prinsip tersebut dalam menghasilkan kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan pembangunan modal insan, seharusnya dijadikan agenda transformasi utama dan indikator kepada dimensi sebuah negara maju yang seimbang. Ia selari dengan kehendak maqasid al-syariah yang bersifat sejagat berteraskan maslahah, keadilan dan berhikmah serta mempunyai tujuan yang amat jelas. Sesungguhnya kesejahteraan negara menuntut integrasi, keikhlasan dan komitmen semua pihak dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman terus segar. Bahkan ia dibina di atas landasan kesederhanaan, kesantunan dan kesatuan dengan satu matlamat ke arah kemajuan dan pembangunan seimbang yang menatijahkan ‘Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur’ (Negara yang baik dan diampuni Tuhan).
Pe r p a d u a n Na d i Tra n s f o r m a s i Ne g a ra
16
17
18
Majlis Sambutan MAULIDUR RASUL SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
ATUR CARA
Dif jemputan lelaki yang menyertai perarakan berkumpul di Pintu 1, MAEPS manakala Dif jemputan wanita mengambil tempat di Dewan A, MAEPS
Perarakan bermula
Perarakan tamat.
Kontinjen perarakan mengambil tempat di Dewan A, MAEPS
Ketibaan Dif jemputan dan kenamaan
Ketibaan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Seri Hamidah Khamis
Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor
Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
Lagu Negaraku
Bacaan doa
7.00 pagi
8.15 pagi
9.00 pagi
9.15 pagi
9.20 pagi
9.30 pagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
19
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran
Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Ceramah Agama
Pengumuman Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
Upacara Pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
Lagu Negaraku
Selawat Nabi SAW
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat meninggalkan majlis
YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor meninggalkan majlis
YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Seri Hamidah Khamis meninggalkan majlis
Majlis bersurai
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pe r p a d u a n Na d i Tra n s f o r m a s i Ne g a ra
20
Majlis Sambutan MAULIDUR RASUL SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
PENERIMA ANUGERAH PERDANA MAULIDUR RASUL SAW
PENERIMA ANUGERAH MAULIDUR RASUL SAW
YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad
YBhg. Dato’ Haji Saleh bin Haji Mad@Ahmad
YBhg. Dato’ Mahamud bin Abdul
YBhg. Prof. Madya Dr. Hafidzi bin Mohd Noor
YBhg. Prof. Madya Dr. Syarifah Hayaati binti Syed Ismail
Kolonel Haji Mohd Sakri bin Haji Hussin
Encik Nazrey bin Johani
Encik Muhamad bin Abdullah
Encik Mohammad Azlan bin Mat Lazin
PENERIMA ANUGERAH TAHUN 1436H/2015M
21
JAWATANKUASA INDUKMAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1437H/2015M
PengerusiYB Menteri di Jabatan Perdana Menteri
SetiausahaKetua Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA
Jawatankuasa Penerangan dan SerantaKetua Setiausaha,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Jawatankuasa Perhimpunan, Persembahan dan Perjalanan MajlisPengarah, Bahagian Perhubungan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jawatankuasa PerarakanTimbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan),
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jawatankuasa Pemilihan Penerima AnugerahTimbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jawatankuasa Sambutan VVIP, VIP dan ProtokolSetiausaha Bahagian, Bahagian Istiadat dan Urusetia
Persidangan Antarabangsa, JPM
Pe r p a d u a n Na d i Tra n s f o r m a s i Ne g a ra
Jawatankuasa Keraian dan JamuanPengarah, Bahagian Kemajuan Islam,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
22
Majlis Sambutan MAULIDUR RASUL SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
Jawatankuasa Kebajikan dan Pertolongan CemasPengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jawatankuasa Jemputan VVIP dan VIPPengarah, Bahagian Perhubungan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jawatankuasa KewanganPengarah, Bahagian Kewangan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jawatankuasa Penyiaran, Penyediaan Pentas dan PerhiasanPengarah, Bahagian Media,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jawatankuasa Keselamatan dan Lalu LintasKetua Polis Kuala Lumpur,
Polis Diraja Malaysia
Jawatankuasa Percetakan Buku Atur CaraKetua Pengarah,
Jabatan Penerangan Malaysia
Jawatankuasa PengangkutanKetua Pengarah,
Jabatan Pengangkutan Jalan
Jawatankuasa Penerbitan KhasPengarah, Bahagian Penerbitan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jawatankuasa Persiapan TempatPengarah, Bahagian PerhubunganJabatan Kemajuan Islam Malaysia
Urus SetiaPengarah, Bahagian Perhubungan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
23
Pe r p a d u a n Na d i Tra n s f o r m a s i Ne g a ra
PENGHARGAAN
ISTANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
KEMENTERIAN KEWANGAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
POLIS DIRAJA MALAYSIA
JABATAN PENYIARAN MALAYSIA
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA
TAMAN EKSPO PERTANIAN MALAYSIA SERDANG (MAEPS) SELANGOR
PERTUBUHAN AKHBAR, BERITA DAN PIHAK MEDIA
SYARIKAT SWASTA DAN ORANG PERSEORANGAN
dan semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakanMajlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
24
Majlis Sambutan MAULIDUR RASUL SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
25
Pe r p a d u a n Na d i Tra n s f o r m a s i Ne g a ra
26
Majlis Sambutan MAULIDUR RASUL SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
27
NOTA
Pe r p a d u a n Na d i Tra n s f o r m a s i Ne g a ra
28
Majlis Sambutan MAULIDUR RASUL SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M
NOTA