buku keperluan dan prosedur pendaftaran kontraktor 2015

96
BUKU KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR CETAKAN MAC 2015

Upload: leyrey

Post on 03-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Keperluan Dan Prosedur Pendaftaran CIDB

TRANSCRIPT

  • BUKU KEPERLUAN DAN

    PROSEDUR PENDAFTARAN

    KONTRAKTOR

    CETAKAN MAC 2015

  • SENARAI PENGHARGAAN Pihak Kami Amat Berterima Kasih Kepada Organisasi-Organisasi Berikut Yang Telah Memberikan Kerjasama Dalam Menghasilkan Pengkhususan Pendaftaran Dalam Buku Keperluan Dan Prosidur Pendaftaran Kontraktor Ini. Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) Kementerian Kewangan (MOF) Jabatan Parit & Saliran (JPS) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Suruhanjaya Tenaga (ST) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja Bekalan Dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) Unit Pendaftaran Kontraktor & Juruperunding Sarawak (UPKJ) Telekom Malaysia Berhad (TM) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA MALAYSIA)

  • 2

    KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    A - Pengenalan 4

    B - Takrif 5 7

    C - Pendahuluan 8

    D - Syarat-syarat umum 9

    E - Panduan Permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) 10 33

    1.0 Syarat Syarat Am 10 14

    2.0 Kriteria Pendaftaran 15 17

    3.0 Keperluan Tambahan 17 18

    4.0 Pemohonan Baru 19 20

    5.0 Permohonan Pembaharuan / Pendaftaran Semula 20 21

    6.0 Kenaikan Gred 21 22

    7.0 Tambah Kategori / Pengkhususan 22 24

    8.0 Kebenaran Khas Memasuki Tawaran / Menjalankan Kerja Melebihi Gred

    24 25

    9.0 Perubahan Butir Butir Maklumat 25 29

    10.0 Permohonan Perakuan Hilang / Rosak / Pendua / Pembatalan

    30

    11.0 Tanggungjawab Kontraktor Berdaftar 30 32

    12.0 Tindakan Penggantungan / Pembatalan atau Penarikan Semula Perakuan Pendaftaran Kontraktor

    32 33

    F - Panduan Permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) 34 45

    1.0 Pengenalan 34 37

    2.0 Tanggungjawab Syarikat/Pemegang SPKK 37 38

    3.0 Syarat Syarat Am Permohonan SPKK 38 39

    4.0 Permohonan Baru Sijil Perolehan Kerja Kerajaan 40

    5.0 Permohonan Pembaharuan 41

    6.0 Permohonan Kenaikkan Gred 42

    7.0 Permohonan Kebenaran Khas 43

    8.0 Perubahan Maklumat 43

    9.0 Permohonan Perakuan Hilang / Rosak / Pendua 43 - 44

  • 3

    10.0 Tindakan tatatertib kepada Pemegang Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

    44 45

    G Panduan Pendaftaran untuk Syarikat Konsortium Atau Usahasama 46 48

    1.0 Pendaftaran Kontraktor Konsortium atau usahasama tempatan 46

    2.0 Kontraktor Konsortium atau Usahasama Tempatan- Tempatan Dan Tempatan-Asing

    46 47

    3.0 Konsortium Atau Usahasama Kontraktor Asing-Asing 47

    4.0 Perubahan Butiran Kontrak 48 H Panduan Permohonan Pendaftaran Kontraktor Antarabangsa 49

    I Panduan Pendaftaran Kontraktor Asing 50 53

    1.0 Perakuan Pendaftaran Sementara (Masuk Tender) 50

    2.0 Perakuan Pendaftaran (Menjalankan Kerja) 51 53

    Lampiran 1 Alamat CIDB Ibu Pejabat, CIDB Negeri & Cawangan 54

    Lampiran 2 Kriteria Pendaftaran Kontraktor 55

    Lampiran 3 Bayaran Fee 56

    Lampiran 4 Ringkasan Gred, Kategori dan Pengkhususan 57

    Lampiran 5 Ringkasan Bagi Pengkhususan 58 60

    Lampiran 6 Keterangan & Keperluan Bagi Setiap Pengkhususan 61 78

    Lampiran 7 Pengkhususan Yang Melibatkan Agensi lain 79 81

    Lampiran 8 Pengkhususan Yang Diperolehi Oleh Orang Kompeten Elektrik

    82

    Lampiran 9 Pengelasan Kontraktor Elektrik 83

    Lampiran 10 Kelulusan Pegawai Teknikal dan Kelayakan Kategori 84

    Lampiran 11 Kelayakkan Tempoh Pembaharuan Pendaftaran Berdasarkan Mata CCD

    85

    Lampiran 12 Skima Mata CCD 86 87

    Lampiran 13 Ekuiti Asing 88

    Lampiran 14 Senarai Hukuman Kesalahan Bagi Pemegang SPKK 89

    Lampiran 15 Contoh Surat Perakuan Perwakilan 90

    Senarai Semak 1 Senarai Semak Bagi Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad 91

    Senarai Semak 2 Senarai Semak Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad

    92

    Senarai Semak 3 Senarai Semak Koperasi & Lain-lain 93

    Carta Ali Pendaftaran Kontraktor 94

    Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor Atas Talian 95

  • 4

    KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN A - PENGENALAN

    (a) Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994.

    (b) Seksyen 25.(1), Akta 520 Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga.

    (c) Seksyen 25. (2), Akta 520Tiap-tiap perakuan pendaftaran hendaklah

    mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.

    (d) Seksyen 29, Akta 520 Seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan atau menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan tanpa didaftarkan sebagai kontraktor berdaftar dengan Lembaga melakukan suatu kesalahan dibawah akta ini dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit

    (e) Kontraktor yang memohon untuk didaftarkan dikehendaki untuk

    membaca syarat-syarat am Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan.

  • 5

    B - TAKRIF

    (i) Lembaga ertinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia yang ditubuhkan dibawah seksyen 3 Akta 520.

    (ii) Industri Pembinaan ertinya industri berkenaan dengan kerja-kerja pembinaan.

    (iii)Kerja-kerja Pembinaan ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan: (a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok,

    pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

    (b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan

    talian kabel, terusan atau padang terbang; (c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai; (d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau

    telekomunikasi; atau (e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah,

    talian paip, pembetung, akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan,

    dan termasuklah:

    (a) Apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah

    persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam

    perenggan (a) hingga (e), termasuklah pembersihan tapak,

    penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian,

    meletakkan batu asas, pemulihan dan melanskap tapak; atau

    (b) Pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang

    semestinya diperlukan bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam

    perenggan (a) hingga (e).

    (iv) Kontraktor bermaksud seseorang yang menjalankan atau menyiapkan

    atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja

    pembinaan;

    (v) Kontraktor Berdaftar bermaksud kontraktor yang memegang Perakuan

    Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta masih sah tempoh pendaftarannya.

  • 6

    (vi) Kontraktor Tidak Berdaftar bermaksud kontraktor yang tidak memiliki Perakuan pendaftaran Kontraktor dan/atau kontraktor yang memegang Perakuan pendaftaran Kontraktor yang telah tamat tempoh pendaftarannya.

    (vii) Kontraktor tempatan bermaksud syarikat yang diperbadankan di

    Malaysia serta mempunyai pegangan ekuiti tempatan tujuh puluh peratus (70%) dan ke atas melainkan pegangan ekuiti tersebut dinyatakan di dalam Lampiran 13.

    (viii) Kontraktor Asing bermaksud syarikat yang diperbadankan di Malaysia

    atau di luar negara serta mempunyai pegangan ekuiti rakyat asing lebih tiga puluh peratus (30%) dan ke atas melainkan pegangan ekuiti tersebut dinyatakan di dalam Lampiran 13.

    (ix) Kontraktor Antarabangsa adalah Kontraktor tempatan yang telah

    berdaftar dengan CIDB dan akan melaksanakan/telah melaksanakan kerja pembinaan di luar negara.

    (x) Kontraktor Usahasama adalah Syarikat usahasama yang tidak

    diperbadankan di Malaysia yang telah dianugerahkan sesuatu projek pembinaan. Gabungan dua syarikat atau lebih dimana salah satu syarikat tersebut telah diperbadankan di Malaysia dan berdaftar dengan CIDB.

    (xi) Pegawai pengurusan utama (PPU) adalah terdiri daripada samada

    pemilik perniagaan atau ahli lembaga pengarah atau pengarah atau ahli lembaga koperasi atau Presiden atau Yang Di Pertua Persatuan yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan sekurang-kurangnya 2 tahun dan memiliki kad pendaftaran personel binaan yang masih sah. PPU hendaklah terdiri daripada kalangan warganegara Malaysia.

    (xii) Wakil pegawai pengurusan utama (WPPU): adalah kakitangan

    syarikat (Warga Negara Malaysia) yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan sekurang-kurangnya 2 tahun dan memiliki kad pendaftaran personel binaan yang masih sah serta dicarum KWSP. WPPU perlu dilantik oleh Pengarah Syarikat.

    (xiii) Kakitangan syarikat adalah pekerja yang diambil bekerja sepenuh

    masa oleh sesebuah syarikat serta dibuktikan dengan salinan Penyata/Jadual Caruman KWSP (Borang A) terkini dan resit rasmi. Bagi pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas, perlu mengemukakan Jadual Caruman SOCSO terkini dengan salinan resit bayaran untuk tiga (3) bulan terkini atau jadual penyata gaji tiga bulan terkini.

  • 7

    (xiv) Personel teknikal boleh terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah atau kakitangan yang digajikan sepenuh masa dan dibayar caruman KWSP.

    (xv) Ijazah/diploma yang diiktiraf adalah ijazah/diploma yang berkaitan

    dengan bidang pembinaan samada diperolehi dalam atau luar negara serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau Lembaga Akreditasi Negara atau Lembaga profesional yang berkaitan.

    (xvi) Pengalaman Kerja adalah tempoh pengalaman kerja diambil dari tarikh

    Sijil / Diploma / Ijazah diperolehi. (xvii) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) bermaksud Sijil yang

    dikeluarkan oleh CIDB kepada kontraktor mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya.

    (xviii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) memperakukan bahawa

    pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan Kerajaan

    dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan.

    (xix) Sijil Taraf Bumiputera (STB) memperakukan bahawa pemegang STB

    telah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai kontraktor berstatus

    Syarikat Kontraktor Bumiputera. Pemegang STB layak untuk menyertai

    perolehan kerja Kerajaan yang dikhususkan kepada Bumiputera.

    (xx) Warganegara Malaysia bermaksud seseorang rakyat Malaysia yang

    memegang kad pengenalan warna biru.

    Nota :-

    I. PPU, WPPU, Pegawai Teknikal atau Pekerja yang digajikan sepenuh masa tidak boleh wujud di syarikat atau Agensi yang lain.

    II. Pindah Milik PPK: merujuk kepada perubahan yang melibatkan

    Nama Syarikat dan No. Pendaftaran SSM atau No. daftar perniagaan.

    III. Pindah Milik SPKK: merujuk kepada perubahan yang melibatkan

    pemegang saham atau ekuiti seperti mana yang ditetapkan dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

  • 8

    C - Pendahuluan

    Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) adalah satu kaedah yang

    menggabungkan prosidur pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri

    Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan

    Usahawan (BPKU) dahulunya dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor

    (PKK)

    SSPK memperkenalkan tiga (3) jenis sijil seperti berikut :

    a) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

    Perakuan yang memperakukan bahawa pemegang sijil tersebut telah

    berdaftar mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

    Malaysia, 1994 serta boleh melaksanakan kerja-kerja pembinaan seperti

    yang dinyatakan di dalam seksyen 25, akta yang sama. Sijil ini dikeluarkan

    oleh CIDB.

    b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK)

    Memperakukan bahawa pemegang SPKK layak menyertai mana-mana

    perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang

    ditetapkan. Sijil ini dikeluarkan oleh CIDB

    c) Sijil Taraf Bumiputera (STB)

    Sijil ini memperakukan bahawa pemegang STB telah memenuhi kriteria

    yang ditetapkan sebagai kontraktor berstatus Syarikat Kontraktor

    Bumiputera. Pemegang STB layak untuk menyertai perolehan kerja

    Kerajaan yang dikhususkan kepada Bumiputera. Sijil ini dikeluarkan oleh

    BPKU.

    SSPK juga memperkenalkan satu tarikh tamat untuk kesemua sijil-sijil di

    atas.

  • 9

    D - Syarat Syarat Umum

    a. Perakuan Pendaftaran Kontraktor adalah hak CIDB. Pihak CIDB boleh membatal, menarikbalik atau menggantung Perakuan Pendaftaran kontraktor yang dikeluarkan. Pemegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor hendaklah memulangkan Perakuan Pendaftaran tersebut apabila diarah untuk berbuat demikian.

    b. Pemegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor adalah bertanggungjawab

    untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran kontraktor, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya serta undang-undang bertulis yang lain pada sepanjang tempoh sah Perakuan Pendaftaran kontraktor.

    c. Semua kontraktor dikehendaki untuk mematuhi arahan/pekeliling yang

    dikeluarkan oleh CIDB dari masa ke semasa samada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah yang difikirkan wajar akan disifatkan telah diterima oleh pihak kontraktor.

    d. Semua maklumat/dokumen yang dikemukakan kepada CIDB adalah

    menjadi milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat-maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.

  • 10

    E - PANDUAN PERMOHONAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)

    1.0 Syarat Syarat Am

    Semua permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi CIDB (www.cidb.gov.my) atau mengemukakan borang permohonan di kaunter. Pemohon hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap bersama-sama dengan dokumen sokongan yang telah disahkan dan penyerahan boleh dibuat melalui kaunter atau melalui pos. Dokumen permohonan yang telah lengkap boleh diserahkan di mana-mana pejabat ClDB Negeri dan Cawangan yang dipilih. Permohonan yang tidak disertakan fee proses tidak akan diterima. CIDB juga berhak untuk meminta maklumat tambahan atau temuduga berkaitan dengan permohonan yang dikemukakan.

    1.1 Skop Pendaftaran

    Setiap kontraktor didaftarkan mengikut: a) Gred b) Kategori c) Pengkhususan

    1.1.1 Gred Pendaftaran Kontraktor

    Setiap kontraktor akan didaftarkan oleh CIDB mengikut gred pendaftaran berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kontraktor memenuhi syarat-syarat kriteria pendaftaran kontraktor yang telah ditetapkan. Gred pendaftaran kontraktor adalah untuk menentukan had keupayaan menender / menjalankan kerja (rujuk Lampiran 2)

    1.1.2 Kategori Pendaftaran Kontraktor

    Terdapat tiga (3) Kategori Pendaftaran iaitu:

    (i) Pembinaan Kejuruteraan Awam (ii) Pembinaan Bangunan dan (iii) Mekanikal dan Elektrikal Kontraktor boleh memohon kategori tersebut di atas berdasarkan kepada kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun penetapan Kategori adalah berdasarkan

  • 11

    kepada kelulusan akademik dan pengalaman pegawai teknikal seperti di Lampiran 10.

    1.1.3 Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor

    Setiap pengkhususan akan didaftarkan dibawah kategori dan gred pendaftaran kontraktor.Pada umumnya permohonan baru akan diberi ialah pengkhususan B04 atau CE21 atau M15 berdasarkan kepada pegawai teknikal atau pengalaman seperti dilampiran 10. Bagi pengkhususan yang lain seperti di lampiran 6 penetapan pengkhususan berdasarkan kepada Surat Tawaran kerja dan bukti Siap Kerja bagi kontraktor utama (MC), Surat tawaran kerja dan bukti pembayaran bagi kontraktor yang dinamakan(NSC), Surat perjanjian di antara kontraktor dengan pemilik yang telah dimatikan stem bagi kontraktor kecil atau Sijil Kecekapan Pengurusan bagi pengkhususan yang berkaitan yang telah dikeluarkan oleh CIDB kepada pengurusan syarikat yang telah lulus kursus yang dianjurkan oleh Pusat latihan Bertauliah Kontraktor CIDB. Pengkhususan yang melibatkan Akta / Peraturan lain hendaklah dirujuk di para 1.1.4.

    1.1.4 Pengkhususan Melibatkan Akta / Peraturan lain

    Pemohon yang memohon pengkhususan seperti di Lampiran 7 perlu memenuhi keperluan seperti yang ditetapkan. Pada amnya pemohon yang memohon pendaftaran hendaklah memenuhi mana-mana undang-undang atau peraturan bertulis yang melibatkan aktiviti yang akan dilaksanakan jika beliau didaftarkan. Mana-mana pengkhususan yang melibatkan Akta lain dan telah tamat pendaftarannya dengan Agensi berkenaan akan menyebabkan pengkhususan tersebut terbatal.

    1.2 Status Pengkelasan Pendaftaran Kontraktor

    Pengkelasan Perakuan Pendaftaran kontraktor adalah seperti berikut: a. Aktif : Kontraktor tempatan yang di award projek dalam

    tempoh tiga (3) tahun terkini.

  • 12

    b. Separa Aktif : Kontraktor yang tidak dianugerahkan sebarang projek sepanjang tempoh tiga (3) tahun terkini tetapi aktif dalam menyertai tender.

    c. Dorman : Kontraktor yang tidak dianugerah sebarang projek

    serta tidak menyertai sebarang tender sepanjang tiga (3) tahun terkini.

    d. Baru : Kontraktor yang baru berdaftar.

    Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan maklumat projek yang dilaksanakan sepanjang tempoh tiga (3) tahun terkini pendaftaran sebelumnya untuk penetapan status pengkelasan

    Perubahan status pengkelasan Perakuan Pendaftaran Kontraktor boleh dilakukan dengan mengisi borang perubahan maklumat (R6) dan mengemukakan bukti kerja/tender (yang telah disahkan) dipejabat CIDB Negeri/Cawangan. Setelah keputusan diperolehi pemohon dikehendaki membawa bersama Perakuan Pendaftaran asal CIDB. Setiap perubahan/penggantian Perakuan Pendaftaran akan dikenakan bayaran proses dan bayaran sijil seperti di Lampiran 3.

    1.3 Fee Prosesan

    Semua permohonan hendaklah disertakan bersama fee proses yang berkaitan. Jumlah fee yang perlu dibayar seperti di Lampiran 3. Pembayaran boleh juga dibuat melalui atas talian (online) atau wang pos atau `bankers cheque atau bank deraf atas nama "Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia". Pembayaran menggunakan cek syarikat atau cek peribadi tidak diterima. Semua fee proses yang dibayar tidak akan dikembalikan. Bayaran secara tunai hanya boleh dibuat di kaunter pejabat CIDB sahaja.

    1.4 Penyerahan Permohonan/Dokumen Sokongan

    Permohonan boleh dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberikuasa. Permohonan yang dikemukakan oleh orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15. Sekiranya CIDB memerlukan apa-apa rujukan dari pihak Bank atau Klien atau Perunding professional yang berkaitan dengan permohonan pendaftaran yang dikemukakan, pemohon hendaklah

  • 13

    menanggung apa-apa bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak Bank atau Klien atau Perunding professional ke atas CIDB berhubung dengan pertanyaan/rujukan yang dibuat. Permohonan secara online hendaklah dihantar bersama-sama dengan dokumen sokongan dan bayaran yuran proses dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan dijana. Jika gagal berbuat demikian permohonan tersebut akan terbatal secara automatik. Sekiranya fee proses telah dibuat tetapi dokumen sokongan gagal dikemukakan dalam tempoh yang sama permohonan tersebut juga akan dibatalkan dan fee proses tidak akan dikembalikan.

    1.5 Pengesahan Dokumen

    Semua dokumen sokongan yang dikemukakan bersama borang permohonan hendaklah disahkan oleh:-

    (i) Agensi pengeluar dokumen berkaitan, atau (ii) Pengarah Syarikat, Pemilik Perniagaan, Setiausaha

    Pendaftaran Syarikat

    Pemohon hendaklah merujuk Senarai semak 1 atau 2 atau 3 untuk menentukan dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan mengikut operasi perniagaan semasa permohonan dibuat. Pemalsuan dokumen sokongan Pemohon yang mengemukakan dokumen sokongan yang disahkan palsu bagi tujuan pendaftaran akan dihalang daripada berdaftar dengan CIDB.

    1.6 Masa Prosesan

    Permohonan yang lengkap iaitu membayar fee proses dan mengemukakan dokumen sokongan akan diproses dan keputusan permohonan dimaklumkan kepada pemohon selepas sepuluh (10) hari bekerja.

    1.7 Keputusan Permohonan Dan Pemakluman

    Gred, kategori dan pengkhususan yang dipohon akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Sekiranya permohonan tidak memenuhi syarat untuk gred, kategori dan pengkhususan yang dipohon, CIDB berhak menentukan gred, kategori dan pengkhususan berdasarkan dokumen yang dikemukakan atau menetapkan permohonan tersebut gagal. Keputusan permohonan boleh disemak dalam laman web cidb atau

  • 14

    melalui sistem pendaftaran kontraktor atas talian. (www.cidb.gov.my atau smb.cidb.gov.my). Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon seperti berikut;-

    (i) Keputusan Lulus

    Pemohon diingatkan agar menyemak keputusan permohonan sebelum membuat pembayaran fee Perakuan Pendaftaran Kontraktor. Apabila Perakuan Pendaftaran Kontraktor telah dicetak ianya adalah muktamad.

    (ii) Keputusan Gagal

    Sebab-sebab gagal adalah seperti yang dinyatakan didalam surat pemberitahuan. Sebarang rayuan hendaklah dikemukakan semula dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat keputusan permohonan dikeluarkan. Surat rayuan beserta dokumen sokongan perlu dikemukakan kepada CIDB bagi tujuan memproses semula permohonan. Apa-apa permohonan rayuan hendaklah dihantar ke pejabat CIDB negeri yang memproses permohonan tersebut.

    1.8 Fee Pendaftaran

    Fee Pendaftaran akan dimaklumkan melalui surat kelulusan permohonan dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Kelulusan permohonan akan terbatal dengan sendirinya tanpa sebarang notis sekiranya fee pendaftaran gagal dijelaskan dalam tempoh tersebut. Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru sekiranya ingin mendapatkan semula Perakuan Pendaftaran Kontraktor setelah permohonan tersebut terbatal. Surat kelulusan permohonan Perakuan Pendaftaran kontraktor tidak boleh dianggap sebagai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor melainkan bayaran pendaftaran telah dijelaskan.

    Pembayaran boleh dibuat melalui atas talian (online) / wang pos / bank deraf atas nama "Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia" atau CIDB Malaysia. Pembayaran dalam bentuk tunai, kad kredit dan kad debit hanya boleh dilakukan di kaunter CIDB sahaja, manakala pembayaran menggunakan cek syarikat atau cek peribadi tidak diterima. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) akan dicetak setelah fee pendaftaran dijelaskan.

  • 15

    2.0 KRITERIA PENDAFTARAN

    Pemohon hendaklah mematuhi keperluan pendaftaran sebelum permohonan pendaftaran dapat dipertimbangkan seperti di bawah.

    2.1 Status Dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan

    Pendaftaran Syarikat Pemohon hendaklah mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia, sebelum mereka boleh dipertimbangkan untuk berdaftar dengan CIDB. Pihak berkuasa tersebut adalah seperti dinyatakan di bawah:-

    (i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pendaftaran Perniagaan/

    Perkongsian Liabiliti Terhad/Pendaftaran Syarikat). (ii) Pendaftar Koperasi/Persatuan (iii) Pendaftaran Perniagaan (Cap 64), Ekstrak Perniagaan & Lesen

    Perdagangan Borang I (negeri Sarawak) (iv) Lesen Perniagaan - Borang B (negeri Sabah) (v) Pendaftaran Pertubuhan (Persatuan)

    Aktiviti atau operasi firma/ syarikat/ koperasi/ persatuan dan seumpamanya hendaklah melibatkan kerja-kerja pembinaan serta dinyatakan di dalam;

    (i) Daftar Syarikat (Memorandum & Articles of Association), (ii) Daftar Perniagaan (Borang A), (iii) Undang-Undang Kecil Koperasi/Persatuan, (iv) Borang I (negeri Sarawak), atau (v) Borang B (negeri Sabah)

    2.2 Kelayakan Pemohon Permohonan untuk berdaftar sebagai kontraktor binaan. PPU hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang pembinaan,

    Sekiranya PPU tidak mempunyai kelayakan, beliau boleh menamakan wakil yang akan bertindak sebagai WPPU. WPPU mestilah mempunyai pengalaman dalam industri pembinaan sekurang-kurangnya 2 tahun. PPU/WPPU bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara bersabit dengan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan. Nota : PPU/WPPU hendaklah memiliki Kad Pendaftaran Personel

    Binaan yang dikeluarkan oleh CIDB dan masih sah.

  • 16

    2.3 Kelayakan Kewangan

    Pemohon hendaklah memiliki dan mengekalkan punca kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh pendaftaran mereka. Had minima kewangan (Modal berbayar / modal terkumpul) yang perlu dimiliki oleh pemohon adalah seperti di Lampiran 2. 2.3.1 Penilaian Keupayaan Kewangan

    Keupayaan Kewangan pemohon akan dinilai berdasarkan kepada dokumen yang dikemukakan serta jenis syarikat: (i) Syarikat Sendirian Berhad/Berhad.

    Keupayaan kewangan pemohon akan dinilai dari jumlah Modal Berbayar syarikat tersebut. Saham Keutamaan (Preference Shares) dan Modal Dibenarkan (Authorized Capital) tidak diambilkira.

    (ii) Firma Milik Tunggal/Perkongsian/Perkongsian

    Liabiliti Terhad (PLT) Keupayaan kewangan akan dinilai dari segi nilai modal bersih (net capital worth) yang dikira berdasarkan salah satu atau semua daripada berikut;

    a. Akaun Semasa

    Penyata Akaun Semasa bank pemohon untuk tiga bulan terkini dan atau

    b. Simpanan Tetap

    Simpanan tetap yang tidak dicagarkan pada mana-mana bank atau institusi kewangan serta belum luput tempoh matangnya dan atau

    c. Kemudahan Overdraft Amaun kemudahan overdraf (OD) yang dinikmati

    oleh pemohon. Nota: (Pemohon perlu mendapatkan pengesahan

    OD dari bank serta penyata 3 bulan terkini akaun OD tersebut) dan atau

    d. Akaun Simpanan

    Termasuklah akaun simpanan, saham ASB, sijil Simpanan Premium BSN, akaun Tabung Haji yang terkini (semua atau salah satu). Bagi syarikat

  • 17

    perkongsian setiap rakan kongsi perlu mengemukakn maklumat di atas.

    2.3.2 Koperasi / Persatuan

    Keupayaan kewangan akan dinilai dari modal syer anggota. Dokumen rujukan adalah akaun audit terkini atau Akaun pengurusan yang disahkan.

    2.4 Kelayakan Teknikal

    Personel Teknikal hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia yang memiliki pengalaman dan pengetahuan melaksanakan kerja-kerja pembinaan . Personel Teknikal hendaklah memenuhi keperluan seperti di Lampiran 2. Tempoh pengalaman kerja personel teknikal diambilkira dari tarikh Sijil / Diploma / Ijazah diperolehi. Personel teknikal hendaklah tidak terikat secara profesional atau digaji sepenuh masa oleh mana-mana pihak selain dari syarikat/firma yang memohon. Personel teknikal hendaklah memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang dikeluarkan oleh CIDB dan masih sah.

    2.5 Syarikat/Firma yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Tenaga

    Syarikat/firma yang ada pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga akan didaftarkan seperti di dalam Lampiran 9

    3.0 Keperluan Tambahan

    Pemohon hendaklah memenuhi/mematuhi lain-lain terma dan syarat pengeluaran Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang dikeluarkan oleh CIDB dari masa ke semasa iaitu;

    3.1 Kursus Integriti Untuk Kontraktor Baru

    Semua kontraktor baru yang telah berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri serta lulus Kursus Integriti Untuk Kontraktor dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran kontraktor dikeluarkan.

  • 18

    Kursus Integriti Untuk Kontraktor adalah wajib dihadiri oleh seperti berikut:-

    a. Pemilik Perniagaan atau b. Ahli Lembaga Pengarah atau c. Pengarah (PPU) atau d. Wakil Pegawai Pengurusan Utama (WPPU).

    Permohonan pembaharuan Perakuan Pendaftaran bagi kali pertama hendaklah disertakan dengan Sijil Kursus Integriti. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan pembaharuan Perakuan Pendaftaran tidak dapat dipertimbangkan. Pemohon boleh berhubung terus dengan mana-mana pejabat CIDB Negeri atau Cawangan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan penganjuran Kursus Integriti Untuk Kontraktor.

    3.2 Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (Mata CCD)

    Permohonan pembaharuan untuk melanjutkan tempoh perakuan pendaftaran kontraktor akan diluluskan berdasar kepada jumlah mata CCD yang dapat dikumpul oleh pemohon seperti di lampiran 11. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti sijil penyertaan, sijil kehadiran, surat sokongan atau lain-lain sebagai bukti penganugerahan mata CCD seperti di lampiran 12. Pemohon boleh berhubung terus dengan mana-mana pejabat CIDB Negeri atau Cawangan atau merujuk web www.cidb.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus-kursus yang mendapat mata CCD.

  • 19

    4.0 PERMOHONAN BARU

    Permohonan boleh dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberikuasa. Permohonan yang dikemukakan orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15.

    4.1 Syarat-Syarat Permohonan

    (a) Membuat permohonan baru secara atas talian atau melalui

    borang SSPK 1RoC/2012. (b) Membayar fee proses sebanyak RM50.00. (c) Pemohon telah berdaftar dengan pihak berkuasa pendaftaran

    syarikat atau yang berkaitan mengenai operasi perniagaannya. (d) Pemohon hendaklah mempunyai keupayaan kewangan yang

    mencukupi serta mengekalkan punca kewangan tersebut di sepanjang tempoh pendaftarannya (rujuk Lampiran 2).

    (e) Pemohon hendaklah menggajikan sepenuh masa pegawai teknikal yang berkelayakan dan mencukupi serta mengekalkan pegawai tersebut sepanjang tempoh pendaftarannya. (rujuk Lampiran 2).

    (f) PPU atau WPPU mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun.

    (g) Memenuhi syarat sebagai kontraktor tempatan.

    4.2 Fee Pendaftaran

    Fee pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada CIDB setelah permohonan diluluskan, sila rujuk Lampiran 3

    4.3 Dokumen Sokongan

    Dokumen sokongan tersebut perlu disahkan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada CIDB untuk diproses. Rujuk Senarai Semak 1atau 2 atau 3.

    4.4 Tempoh Pendaftaran

    Semua pendaftaran baru akan diberi kelulusan bersyarat untuk tempoh satu (1) tahun sahaja. Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri Kursus Integriti Untuk Kontraktor Binaan yang dianjurkan oleh CIDB dalam tempoh tersebut serta perlu memenuhi syarat mata CCD minimum seperti di lampiran 11 dalam tempoh kelulusan tersebut.

    Perakuan Pendaftaran tidak akan diperbaharui jika kontraktor gagal mematuhi syarat-syarat di atas.

  • 20

    4.5 Penawaran Gred/Kategori/Pengkhususan Untuk Didaftarkan

    CIDB boleh menawarkan gred/kategori/pengkhususan yang bersesuaian berdasarkan dokumen/maklumat yang dikemukakan semasa permohonan.

    5.0 PERMOHONAN PEMBAHARUAN / PENDAFTARAN SEMULA

    Permohonan boleh dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberikuasa. Permohonan yang dikemukakan orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15.

    5.1 Syarat-Syarat Pembaharuan (Pendaftaran yang belum tamat)

    (a) Membuat permohonan pembaharuan secara atas talian atau

    melalui borang SSPK 1RoC/2012. (b) Membayar fee proses sebanyak RM30.00 (c) Mematuhi syarat-syarat dan keperluan pendaftaran. (d) Mengikuti kursus Integriti untuk kontraktor pembinaan bagi

    pembaharuan kali pertama. (e) Mengumpul jumlah mata CCD yang ditetapkan (rujuk Lampiran

    11. (f) Permohonan hendaklah dikemukakan seawal-awalnya

    seratus dua puluh (120) hari sebelum luput tempoh Perakuan Pendaftaran.

    (g) Denda lewat sebanyak RM200.00 akan dikenakan kepada permohonan yang dibuat kurang dari tiga puluh (30) hari dari tarikh luput pendaftaran.

    (h) Mana-mana permohonan lengkap yang diterima selepas tarikh tamat pendaftaran akan dikira sebagai pendaftaran semula.

    (i) Bebas daripada tindakan tatatertib / mahkamah

    5.2 Syarat-Syarat Pendaftaran Semula (Pendaftaran yang sudah tamat)

    (a) Membuat permohonan pembaharuan secara atas talian atau melalui borang SSPK 1RoC/2012.

    (b) Membayar fee proses sebanyak RM50.00 (c) Mematuhi syarat-syarat dan keperluan pendaftaran seperti

    permohonan baru (d) Telah mengikuti kursus Integriti untuk kontraktor pembinaan

    bagi pembaharuan kali pertama. (e) Mengumpul jumlah mata CCD yang ditetapkan (f) Bebas daripada tindakan tatatertib

  • 21

    5.3 Penilaian Semula Gred/Kategori/Pengkhususan Berdaftar

    CIDB berhak untuk membuat penilaian semula gred/ kategori / pengkhususan pendaftaran kontraktor yang sedia ada. Berdasarkan dokumen/maklumat yang dikemukakan semasa pembaharuan / pendaftaran semula.

    5.4 Fee Pendaftaran

    Fee pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada CIDB setelah permohonan diluluskan (rujuk Lampiran 3)

    5.5 Tempoh Pendaftaran

    Tempoh Perakuan Pendaftaran akan ditentukan berdasarkan mata CCD minimum mengikut gred seperti di Lampiran 11

    6.0 KENAIKAN GRED

    Permohonan boleh dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberikuasa. Permohonan yang dikemukakan orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15.

    6.1 Syarat-Syarat Permohonan Kenaikkan Gred

    (a) Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau melalui borang SSPK 1 RoC/2012

    (b) Membayar fee proses sebanyak RM30.00 (c) Memenuhi keperluan kewangan untuk gred yang dipohon (rujuk

    Lampiran 2 ). (d) Memenuhi keperluan dan kriteria personel teknikal bagi gred

    yang dipohon (rujuk Lampiran 2 ). (e) Bebas daripada tindakan tatatertib / mahkamah (f) Tempoh pendaftaran PPK tidak kurang dari seratus dua puluh

    (120) hari. Jika kurang hendaklah dikemukakan bersama-sama permohonan pembaharuan.

    6.2 Dokumen-dokumen Sokongan

    Dokumen-dokumen yang perlu disertakan rujuk senarai semak 1, 2 atau 3. Dokumen sokongan tersebut perlu disahkan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada CIDB untuk diproses.

  • 22

    6.3 Fee Pendaftaran Kenaikan Gred

    Fee dikenakan adalah mengikut perbezaan antara fee gred baru dan fee gred sebelumnya. Perakuan Pendaftaran yang baru akan dikeluarkan setelah fee kenaikan gred dijelaskan.

    6.4 Tempoh Perakuan Pendaftaran (a) Bagi Permohonan kenaikan gred sahaja. Tempoh tamat sah

    laku Perakuan Pendaftaran adalah seperti tempoh sediada.

    Nota : Sekiranya tempoh sah laku Perakuan sediada masih belum luput, Perakuan Pendaftaran asal hendaklah dipulangkan semula semasa membuat pembayaran yuran pendaftaran.

    (b) Bagi permohonan kenaikan gred bersama pembaharuan.

    Tempoh sah laku Perakuan Pendaftaran adalah mengikut tempoh yang diluluskan.

    7.0 TAMBAH KATEGORI/PENGKHUSUSAN

    Permohonan boleh dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberikuasa. Permohonan yang dikemukakan orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15.

    7.1 Syarat-Syarat Tambah Kategori

    (a) Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau melalui borang SSPK 1RoC/2012. Pemohon hendaklah menyatakan kategori yang dipohon di dalam borang permohonan mereka (rujuk Lampiran 4, 5 dan 6).

    (b) Membayar fee proses sebanyak RM30.00. (c) Tempoh sah pendaftaran tidak kurang dari 120 hari. (d) Bebas daripada tindakan tatatertib / mahkamah. (e) Tambahan kategori boleh dipohon sekiranya kontraktor dapat

    membuktikan salah satu daripada berikut:-

    i. Orang Teknikal yang berkelayakan seperti dilampiran 10 ii- Bukti Kerja iii- Pendaftaran dengan Agensi lain iv- Orang Kompeten v- Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP)

  • 23

    7.2 Syarat-Syarat Tambah Pengkhususan

    (a) Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau melalui borang SSPK 1RoC/2012. Pemohon hendaklah menyatakan pengkhususan yang dipohon di dalam borang permohonan mereka (rujuk Lampiran 4, 5 dan 6).

    (b) Membayar fee proses sebanyak RM30.00. (c) Tempoh sah pendaftaran tidak kurang dari 120 hari. (d) Bebas daripada tindakan tatatertib / mahkamah. (e) Tambahan pengkhususan hanya boleh dipohon sekiranya

    kontraktor dapat membuktikan salah satu daripada berikut:-

    i) Syarikat telah melaksanakan kerja dalam pengkhususan yang dipohon dengan mengemukakan surat tawaran kerja dan bukti siap kerja bagi kontraktor utama (MC), surat tawaran kerja dan bukti pembayaran bagi kontraktor yang dinamakan (NSC), surat perjanjian diantara kontraktor dengan pemilik yang telah dimatikan stem bagi kontraktor kecil.

    atau ii) Mempunyai Orang Kompeten berkaitan dalam bidang

    tersebut (rujuk lampiran 7). atau iii) Pendaftaran dengan mana-mana agensi pendaftar di bawah

    Akta Parlimen (rujuk lampiran 7). iv) Mempunyai Sijil Kecekapan Pengurusan di dalam bidang

    yang dipohon

    7.3 Dokumen-Dokumen Sokongan Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan bagi Tambah Kategori & Pengkhususan :- (i) Maklumat personel teknikal yang berkaitan Lampiran 6 & 7. (ii) Surat tawaran kerja dan bukti siap kerja bagi setiap

    pengkhususan yang dipohon (rujuk Lampiran 6) atau; (iii) Sijil Kecekapan Pengurusan bagi pengkhususan yang dipohon

    ( rujuk lampiran 6 ) bagi menentukan dokumen yang perlu dikemukakan. Nota : Dokumen sokongan (rujuk senarai semak 1,2 dan 3)

    perlu disahkan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada CIDB untuk diproses.

  • 24

    7.4 Fee Pendaftaran Bagi Tambah Kategori/Pengkhususan

    Fee yang dikenakan bagi tambahan kategori/pengkhususan adalah seperti berikut :

    (a) Permohonan Dalam Tempoh Berkuatkuasa Pendaftaran

    Fee dikenakan sebanyak RM100.00 bagi pengeluaran perakuan yang baru.

    (b) Permohonan Serentak Tambah Kategori/Pengkhususan dan Pembaharuan Pendaftaran Fee dikenakan adalah fee pembaharuan sahaja.

    7.5 Perakuan Pendaftaran

    Perakuan Pendaftaran yang baru akan dikeluarkan setelah fee dijelaskan seperti di Lampiran 3. Pemohon dikehendaki membawa bersama Perakuan Pendaftaran asal CIDB semasa mengambil Perakuan baru.

    8.0 KEBENARAN KHAS

    Permohonan boleh dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberikuasa. Permohonan yang dikemukakan orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15.

    Terdapat 2 jenis permohonan bagi kebenaran khas seperti berikut :-

    (i) Kebenaran Khas menyertai tawaran kerja diluar pengkhususan. (ii) Kebenaran Khas menjalankan kerja melebihi gred. 8.1 Syarat-Syarat Am Permohonan

    a. Memiliki Perakuan Pendaftaran yang masih sah.atau b. Bebas daripada tindakan tatatertib / mahkamah

    8.2 Permohonan Kebenaran Khas Menyertai Tawaran Kerja Diluar

    Pengkhususan.

    8.2.1 Syarat Pemohonan

    1. Tidak melibatkan pengkhususan di Lampiran 7. 2. Pengkhususan yang dipohon hendaklah didalam kategori

    dan gred berdaftar. 3. Salinan iklan tender / surat tawaran menyertai tender

  • 25

    4. Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau melalui borang R6.

    5. Membayar fee proses RM30.00

    8.3 Permohonan Kebenaran Khas Menjalankan Kerja Melebihi Gred Berdaftar

    8.3.1 Kelayakan Pemohon

    1. Salinan Surat setuju terima / Award 2. Mempunyai kedudukan kewangan setaraf dengan Gred

    yang dipohon. 3. Memenuhi kriteria personal teknikal setaraf gred yang

    dipohon. 4. Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau melalui

    borang R6. 5. Membayar fee proses RM30.00

    Nota :Kebenaran khas menjalankan kerja pembinaan

    melebihi gred hanya diberi sekali sahaja dalam sesuatu gred berdaftar.

    8.4 Kebenaran khas di luar kategori.

    Permohonan kebenaran khas di luar kategori tidak dibenarkan.

    Pemohon perlu mendapatkan kategori tersebut terlebih dahulu. (contoh, pada masa ini ada kategori Binaan Bangunan (B) sahaja dan ingin memohon kategori pembinaan kejuruteraan awam (CE)).

    8.5 Tempoh pemprosesan dan keputusan Permohonan akan diproses dan keputusan akan dimaklumkan

    selepas tiga (3) hari bekerja sekiranya fee dan dokumen sokongan yang lengkap dikemukakan.

    9.0 PERUBAHAN BUTIR-BUTIR MAKLUMAT

    Permohonan boleh dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberikuasa. Permohonan yang dikemukakan orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15. Semua kontraktor dikehendaki untuk memaklumkan kepada CIDB apa-apa perubahan butir-butir maklumat mengenai syarikat mereka dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh perubahan tersebut. Jenis-jenis Perubahan butir-butir adalah seperti berikut :- a) Perubahan butir-butir Perniagaan (ROB) b) Perubahan butir-butir Syarikat (ROC)

  • 26

    c) Perubahan Teknikal baru / berhenti / Penama dalam syarikat d) Perubahan bagi kontraktor Usahasama / Asing e) Perubahan alamat surat menyurat / no.tel & no.faks

    9.1 Perubahan Butir-Butir Perniagaan (ROB/PLT)

    9.1.1 Jenis-jenis perubahan berkaitan status perniagaan adalah seperti berikut :

    a) Pertukaran Status Daripada Firma Milik Tunggal Kepada

    Perkongsian atau Sebaliknya. (No. SSM bertukar) b) Pertukaran Nama Syarikat (No. SSM bertukar) c) Pertukaran Perniagaan Milik Tunggal atau Perkongsian

    atau Perkongsian Liabiliti Terhad Kepada Syarikat Sendirian Berhad.

    Syarat Syarat Permohonan adalah seperti berikut :

    i. Mengemukakan surat permohonan pertukaran status

    syarikat. Sila nyatakan didalam surat permohonan tersebut sekiranya personel dan pengalaman lepas ingin dipindahkan kepada syarikat baru serta memohon pembatalan pendaftaran kontraktor bagi firma lama.

    ii. Mengemukakan permohonan pendaftaran baru (rujuk

    bab pendaftaran baru)

    Nota : Perakuan pendaftaran syarikat lama akan dibatalkan apabila Perakuan pendaftaran syarikat baru dikeluarkan.

    9.1.2 Perubahan Alamat Berdaftar Syarikat

    Pemohon perlu:- a) Melengkapkan borang R6 dengan fee proses RM30.00 b) Membayar fee mencetak semula Perakuan Pendaftaran

    bernilai RM100.00 c) Mengemukakan borang D terkini (bagi syarikat

    perseorangan, atau perkongsian) d) Mengemukakan Perakuan Pendaftaran Kontraktor

    Tempatan yang asal

    9.1.3 Rakan Kongsi Meninggal Dunia/Menarik Diri (a) Bagi operasi perniagaan yang dijalankan secara

    perkongsian, apabila berlaku salah seorang rakan kongsi

  • 27

    meninggal dunia atau menarik diri dari perkongsian. Pihak syarikat hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :- i. Melapor kepada SSM samaada meneruskan

    perniagaan / menamatkan pendaftaran dengan SSM. ii. Melapor kepada CIDB status pendaftaran syarikat

    dengan SSM Status pendaftaran syarikat dengan CIDB tertakluk kepada status SSM.

    (b) Syarikat sediada perlu memaklumkan kepada CIDB bagi

    perkara berikut untuk menentukan samada PPK atau SPKK atau STB layak kekal. (i) Perubahan Maklumat dengan membawa bukti

    daripada SSM (Cetakan perubahan maklumat) bahawa rakan kongsi telah keluar dan rakan kongsi baru telah didaftarkan (jika ada)

    (ii) Bukti perjanjian pemilikan saham yang baru dimana rakan baru jika ada mesti pegang saham kurang dari 49% daripada pemilik asal.

    (iii) Jika rakan kongsi baru menjadi majoriti dalam perjanjian pemilikan saham maka SPKK akan terbatal (jika ada) dan STB juga terbatal (jika ada).

    (iv) Jika rakan kongsi meninggal dunia, pendaftaran sediada boleh diteruskan sekiranya pemilik yang tinggal mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan sekurang-kurangnya dua tahun dan memiliki kad pendaftaran personel binaan. Jika tiada, mereka perlu melantik wakil PPU yang berpengalaman dua tahun dalam bidang pembinaan dan memiliki kad pendaftaran personel binaan yang masih sah.

    9.1.4 Perubahan Rakan Kongsi

    Pemohon perlu:- (a) Melengkapkan Borang R6 berserta fee proses RM30.00 (b) Mengemukakan borang B iaitu dokumen perubahan

    butir (yang diakui sah) daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

    (c) Mengemukakan salinan perjanjian kongsi diantara rakan kongsi yang dimeteri setem dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Perjanjian tersebut mestilah menyatakan peratus saham yang dipegang antara rakan kongsi.

  • 28

    9.2 Perubahan Butir-Butir Syarikat (ROC)

    9.2.1 Perubahan Nama Syarikat

    Pemohon perlu:- a) Melengkapkan borang R6 dengan fee proses RM30.00 b) Membayar fee mencetak semula Perakuan Pendaftaran

    bernilai RM100.00 c) Mengemukakan borang 13 - Perakuan Pemerbadanan

    Atas Pertukaran Nama Syarikat d) Mengemukakan Perakuan Pendaftaran Kontraktor

    Tempatan yang asal

    9.2.2 Perubahan Alamat Berdaftar Syarikat Pemohon perlu:- a) Melengkapkan borang R6 dengan fee proses RM30.00 b) Membayar fee mencetak semula Perakuan Pendaftaran

    bernilai RM100.00 c) Mengemukakan borang 44 - Notis Pemberitahuan

    Alamat Berdaftar dan Waktu Pejabat dan Butir-Butir Perubahan.

    d) Mengemukakan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Tempatan yang asal

    9.2.3 Perubahan Maklumat Pengarah

    Pemohon perlu:- (a) Melengkapkan borang R6 berserta fee proses RM30.00 (b) Mengemukakan borang 49 - 'Return Giving Particulars

    In Register Of Directors, Managers And Secretaries And Changes Of Particulars' bersabit dengan perubahan.

    9.2.4 Perubahan Maklumat Struktur Ekuiti/Pemegang Saham

    Pemohon perlu:- (a) Melengkapkan borang R6 dengan fee proses RM30.00. (b) Mengemukakan cetakan Profail syarikat dengan SSM

    yang terkini.

  • 29

    9.2.5 Perubahan Modal Berbayar Syarikat Pemohon perlu:- (a) Melengkapkan borang R6 dengan fee proses RM30.00. (b) Mengemukakan Borang 24 - 'Return of Allotment of

    Shares' bersabit dengan perubahan.

    9.2.6 Penggulungan Syarikat Pemohon perlu:- (a) Mengemukakan surat pemakluman penggulungan

    syarikat serta mengembalikan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Tempatan yang asal untuk tujuan pembatalan.

    (b) Notis Berkanun Pengisytiharan Penggulungan Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Suruhanjaya Insovensi.

    9.3 Perubahan Pegawai Teknikal / Penama dalam syarikat

    Pemohon perlu:- (a) Melengkapkan borang R6 dengan fee proses RM30.00 (b) Mengemukakan nama personel teknikal /penama yang baru

    bersama Penyata EPF syarikat dan resit bayaran. (c) Sekiranya pegawai teknikal / penama wujud disyarikat yang lain,

    pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan berhenti kerja dari syarikat tersebut.

    9.4 Perubahan Alamat surat menyurat / No. Telefon dan No. Fax

    Kontraktor hanya perlu memaklumkan kepada CIDB dengan mengemukakan surat pemberitahuan pertukaran alamat perhubungan tersebut dan tiada fee dikenakan bagi tujuan ini.

    9.5 Tempoh Pemprosesan Dan Keputusan Perubahan Butir-Butir

    Maklumat

    Permohonan akan diproses dan keputusan akan dimaklumkan selepas tiga (3) hari bekerja sekiranya fee dan dokumen sokongan yang lengkap dikemukakan.

  • 30

    10.0 Permohonan Perakuan Hilang / Rosak / Pendua / Pembatalan

    10.1 Perakuan Pendaftaran Hilang / Rosak

    Pengeluaran semula Perakuan Pendaftaran hilang / rosak hendaklah disertakan salinan akuan berkanun atau Laporan Polis mengenai kehilangan/ kerosakan Perakuan Pendaftaran kontraktror/Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan bayaran sebanyak RM100.00 bagi setiap sijil hendaklah dikemukakan sebelum Perakuan/Sijil baru dikeluarkan sebagai menggantikan sijil yang hilang / rosak.

    10.2 Salinan Pendua Perakuan Pendaftaran

    Kontraktor yang memerlukan salinan Pendua Perakuan Pendaftaran/Sijil Perolehan Kerja Kerajaan perlu mengemukakan surat permohonan daripada syarikat kepada CIDB beserta dengan bayaran sebanyak RM20.00 sesalinan.

    10.3 Permohonan Pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor

    Permohonan untuk membatalkan Perakuan Pendaftaran kontraktor hanya boleh dipohon oleh pemilik / ahli lembaga pengarah syarikat kontraktor. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan daripada syarikat kepada CIDB. Bagi syarikat yang mempunyai lebih dari seorang pemilik Perakuan Pendaftaran, kebenaran bertulis dari semua pemilik adalah diperlukan.

    Perakuan Pendaftaran yang masih belum tamat tempoh sah laku perlu dikembalikan kepada CIDB. Syarikat yang membatalkan Perakuan Pendaftaran tidak boleh mengaktifkan semula (mendapatkan Perakuan Pendaftaran) dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh pembatalan dilakukan.

    11.0 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR BERDAFTAR

    11.1 Syarat Am

    (a) Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan tidak boleh dipindah milik.

    (b) Lembaga mempunyai hak mengkaji semula gred pendaftaran

    kontraktor dari masa ke semasa

  • 31

    11.2 Tanggungjawab dan Obligasi Kontraktor

    (a) Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (AKTA), peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya dan apa-apa terma, syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dari masa ke semasa.

    (b) Kontraktor tidak boleh menyertai mana-mana tender atau

    melaksanakan apa-apa kerja pembinaan selepas habis tempoh Perakuan ini dan sehingga ianya diperbaharui.

    (c) Kontraktor tidak boleh mengakujanji untuk membina apa-apa

    projek pembinaan yang melebihi nilai kerja pembinaan yang dinyatakan di bawah gred pendaftaranya dan tidak boleh melaksanakan apa-apa projek pembinaan di luar kategori pendaftarannya.

    (d) Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat mengenai

    apa-apa kerja pembinaan atau kontrak dalam tempoh satu bulan selepas diaward.

    (e) Kontraktor hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat yang

    dikehendaki oleh Lembaga dari masa ke semasa. (f) Kontraktor hendaklah mempamerkan Perakuan Pendaftaran

    yang dikeluarkan oleh Lembaga atau salinan Perakuan Pendaftaran yang diperakui oleh Lembaga di tempat perniagaannya.

    (g) Kontraktor hendaklah mempamerkan nombor pendaftaran atas

    papan tanda di setiap tapak pembinaannya. (h) Kontraktor hendaklah memohon untuk memperbaharui

    pendaftaran dalam tempoh enam puluh hari sebelum tarikh tamat tempoh yang dinyatakan dalam Perakuan itu. Permohonan yang diterima oleh Lembaga kurang dari 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh Perakuan Pendaftaran akan dikenakan denda sebanyak RM200.00 kerana lewat memperbaharui Perakuan Pendaftaran.

    (i) Kontraktor hendaklah mematuhi prinsip-prinsip yang

    dinyatakan dalam Buku Kod Etika Kontraktor CIDB. (j) Kontraktor hendaklah melantik perkerja binaan mahir dan

    penyelia tapak yang diakreditasi dan diperakui oleh Lembaga.

  • 32

    (k) Semua pekerja ditapak bina hendaklah mempunyai Kad Personel Binaan yang masih sah.

    12.0 Tindakan Penggantungan atau Pembatalan atau Penarikan Semula Perakuan Pendaftaran Kontraktor

    (a) CIDB boleh atas daya usahanya sendiri atau berdasarkan aduan

    yang telah ditentusahkan daripada mana-mana pihak, menggantung atau membatal atau menarik semula Perakuan Pendaftaran mana-mana kontraktor yang telah melakukan apa-apa kesalahan seperti yang tersenarai di perenggan (b) di bawah.

    (b) Mana-mana sebab di bawah ini boleh menyebabkan Perakuan

    Pendaftaran Kontraktor digantung, atau ditarik balik:

    (i) Pemegang Perakuan telah dihukum sebagai bankrupt; atau (ii) Petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor telah

    diserahkan; atau

    (iii) Pemegang Perakuan gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau peraturan-peraturan pendaftaran; atau

    (iv) Pemegang Perakuan telah memperoleh Perakuan dengan

    membuat perakuan atau penyataan palsu secara bertulis atau sebaliknya; atau

    (v) Pemegang Perakuan meninggalkan kerja pembinaan yang

    sedang dijalankan; atau

    (vi) Pemegang Perakuan didapati bersalah oleh mahkamah atau mana-mana badan penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis kerana cuai dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan; atau

    (vii) Pemegang Perakuan telah melanggar atau gagal mematuhi;

    atau telah membantu pelanggaran mana-mana terma, syarat-syarat atau batasan yang dikenakan oleh CIDB.

    (c) Pendaftaran mana-mana kontraktor akan terbatal secara automatik :-

    I. Apabila pendaftarannya dengan Pendaftar Perniagaan telah tamat, atau berubah.

    II. Apabila seorang kontraktor yang menjalankan operasi secara milik tunggal (nama syarikat dan nama pemilik adalah sama) meninggal dunia kecuali waris memohon kebenaran dari

  • 33

    CIDB dalam masa 1 bulan dari tarikh kematian, dimana dengan kelulusan CIDB, pendaftaranya boleh diteruskan sehingga kerja-kerja semasa yang sedang dilaksanakan siap.

    (d) Tindakan pembatalan, pengantungan atau menarik balik Perakuan

    Pendaftaran mana-mana kontraktor :- Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Kontraktor (Industri Pembinaan) 1995.

    kecuali bagi kes-kes yang dinyatakan dalam (c) di atas.

    (e) Kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan, digantung atau

    ditarik balik tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana tender baru atau meneruskan mana-mana kerja pembinaan.

    (f) Pihak CIDB boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktor

    yang Perakuan Pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.

  • 34

    F PANDUAN PERMOHONAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)

    1.0 Pengenalan

    SPKK adalah suatu kebenaran kepada pemegang menyertai perolehan kerajaan mengikut had nilai perolehan kerajaan, kawasan operasi serta pegangan ekuiti tempatan/asing yang ditetapkan. Pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan.

    1.1 Syarat Am Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

    a) Sijil ini dikeluarkan berdasarkan maklumat-maklumat yang telah

    diberikan oleh Pemohon/Syarikat semasa permohonan. b) Sijil ini tidak boleh digunakan sebagai perakuan bagi

    memulakan/mengakujanji untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan. Sijil ini hanya boleh digunakan untuk menyertai perolehan kerja Kerajaan atau agensi yang berkaitan dengan kerajaan sahaja.

    c) Sijil ini akan terbatal dengan sendirinya jika Perakuan

    Pendaftaran Kontraktor telah tamat tempoh sahlaku atau dibatal/ditarikbalik/digantung menurut Peraturan 15, Peraturan Pendaftaran Kontraktor (Industri Pembinaan) 1995.

    d) Sijil ini hendaklah dikemukakan bersama-sama Perakuan

    Pendaftaran Kontraktor semasa menyertai tender kerja Kerajaan atau agensi yang berkaitan dengan kerajaan sahaja.

    e) Sijil ini hendaklah diperbaharui bersama-sama dengan Perakuan

    Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

    f) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang tidak diperbaharui dalam

    tempoh satu (1) tahun dari tarikh tamat SPKK akan terbatal. Mana-mana permohonan yang dibuat selepas tempoh tersebut akan dianggap sebagai permohonan baru dan perlu mematuhi syarat-syarat pengeluaran Sijil Perolehan Kerja Kerajaan bagi permohonan baru.

    g) Perubahan oleh syarikat/pemegang sijil yang boleh menjejaskan

    pematuhan syarat kelayakan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan akan menyebabkan sijil ini terbatal.

  • 35

    1.2 Had Nilai Perolehan Kerja Kerajaan

    Had nilai perolehan kerja Kerajaan untuk kerja-kerja bangunan

    / awam / mekanikal dan elektrik adalah seperti yang

    dinyatakan didalam Jadual 1.

    Jadual 1

    Had Nilai Perolehan Kerja ( Bangunan/Awam/Mekanikal)

    GRED

    PENDAFTARAN

    HAD NILAI PEROLEHAN KERJA

    (RM)

    G1 200,000.00 dan ke bawah

    G2 200,001.00 hingga 500,000.00

    G3 500,001.00 hingga 1,000,000.00

    G4 1,000,001.00 hingga 3,000,000.00

    G5 3,000,001.00 hingga 5,000,000.00

    G6 5,000,001.00 hingga 10,000,000.00

    G7 Melebihi 10,000,000.00

    Had Nilai Perolehan Kerja (Elektrikal)

    GRED

    PENDAFTARAN

    HAD NILAI PEROLEHAN KERJA

    (RM)

    G1 Sehingga 200,000.00

    G2 Sehingga 500,000.00

    G3 Sehingga 1,000,000.00

    G4 200,001.00 hingga 3,000,000.00

    G5 200,001.00 hingga 5,000,000.00

    G6 200,001.00 hingga 10,000,000.00

    G7 200,001.00 dan ke atas

  • 36

    1.3 Kawasan Operasi 1.3.1 Kerja Tender

    a) Diseluruh Negara:

    I. Gred G7, G6, G5 dan G4

    II. Gred G3, yang bertaraf Bumiputera

    b) Di Negeri Berdaftar Sahaja :

    i. Gred G3 (bukan bertaraf Bumiputera)

    1.3.2 Kerja Sebutharga

    I. Gred G2 (Negeri)

    II. Gred G1(Taraf Bumiputera) di daerah didaftarkan

    1.3.3 Kerja Undi dan Requisition

    Gred G1 Bumiputera dalam kawasan pentadbiran atau

    wilayah yang didaftarkan.

    Jadual Kawasan Operasi

    Jenis

    Perolehan

    Kawasan

    Operasi Gred

    Tender

    Di seluruh Negara

    a. Gred G7, G6, G5 dan

    G4

    b. Gred G3 (Taraf

    Bumiputera)

    Di Negeri

    Berdaftar Gred G3

    Sebutharga

    Di Daerah

    didaftarkan Gred G1

    Di Negeri

    Berdaftar Gred G2

    Kerja Undi &

    `Requisition

    Di Daerah

    didaftarkan Gred G1

  • 37

    1.4 Had Nilai Perolehan Kerja Kerajaan Bagi Kontraktor Yang

    Mempunyai Ekuiti Tempatan Sahaja / Tempatan & Asing

    a) Syarikat kontraktor pembinaan dengan 100% ekuiti tempatan boleh menyertai tender mengikut had nilai perolehan kerja didalam gred dan kategori yang didaftarkan atau

    b) Syarikat tempatan gred G7 yang mempunyai ekuiti tempatan

    sekurang-kurangnya 70% boleh menyertai tender melebihi 30 juta.

    c) Syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, iaitu

    syarikat-syarikat yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh warganegara Malaysia dengan syarat pegangan saham individu asing tidak melebihi tiga puluh peratus (30%) dan Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja dianggotai seratus peratus (100%) oleh warganegara Malaysia. Syarikat ini boleh menyertai tender diantara RM30 juta sehingga RM50 juta.

    d) Syarikat usahasama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira

    sama ada disenaraikan di Bursa Malaysia atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi empat puluh sembilan peratus (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara Malaysia. Syarikat ini boleh menyertai tender melebihi RM50 juta.

    1.5 Penama Dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

    a) Hanya pegawai-pegawai syarikat yang dinamakan di dalam

    SPKK dibenarkan untuk menandatangani dokumen kontrak syarikat dan mengambil dokumen tawaran.

    b) Hanya Penama-penama dalam sijil yang boleh menghadiri lawatan tapak bagi Kerja Undi, Sebut Harga dan Tender. Nota: Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain bagi perkara 1.5 a) dn b) diatas.

    2.0 TANGGUNGJAWAB SYARIKAT/PEMEGANG SIJIL PEROLEHAN

    KERJA KERAJAAN

    a) Syarikat/Pemegang sijil tidak boleh meminjamkan, memajak, memindahmilik, membenarkan atau menyebabkan apa-apa perkara yang menyebabkan sijil ini digunakan oleh seseorang yang tidak dinamakan untuk menggunakan sijil ini bagi tujuan mendapatkan perolehan Kerajaan.

  • 38

    b) Hanya pegawai-pegawai syarikat yang dinamakan di dalam SPKK dibenarkan untuk menandatangani dokumen kontrak syarikat dan mengambil dokumen tawaran serta menghadiri lawatan tapak bagi Kerja Undi, Sebut Harga dan Tender. Syarikat juga tidak boleh mewakilkan pegawai lain bagi perkara dinyatakan.

    c) Syarikat/Pemegang sijil hendaklah memastikan semua syarat-syarat

    yang ditetapkan bagi mendapatkan sijil ini dipatuhi disepanjang tempoh sahlaku sijil ini.

    d) Sebarang perubahan maklumat hendaklah dimaklumkan kepada

    Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan tersebut itu berlaku

    e) Syarikat/Pemegang sijil hendaklah mematuhi semua arahan dan

    ketetapan yang dikeluarkan oleh Kerajaan melalui Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling CIDB yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

    3.0 Syarat Syarat Am Permohonan SPKK

    Semua permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi CIDB (www.cidb.gov.my) atau mengemukakan borang permohonan di kaunter. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat berikut:

    a) Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah, dan b) Memenuhi syarat Modal Berbayar atau Modal Terkumpul, Had

    Kewangan dan Personel Teknikal kecuali bagi Gred G1 hendaklah mempunyai Modal Berbayar atau Modal Terkumpul sekurang-kurangnya RM10,000.00, dan

    c) Syarikat kontraktor pembinaan yang ditubuh dan diperbadankan di

    Malaysia, dan d) Memenuhi syarat pensijilan bagi permohonan baru seperti berikut:

    i. Memperolehi sijil penilaian SCORE sekurang-kurangnya 3 bintang

    bagi kontraktor gred G5, G6 dan G7.

    ii. Memperolehi sijil penilaian SCORE sekurang-kurang 2 bintang bagi kontraktor gred G2, G3 dan G4.

    iii. Memperolehi pensijilan ISO 9001:2008 yang masih sah bagi gred G7.

  • 39

    iv. Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa

    mengemukakan permohonan.

    e) Memenuhi syarat pemilikan ekuiti dalam syarikat lain, dan

    i. Pemegang saham syarikat/individu yang telah memiliki SPKK tidak boleh memiliki ekuiti melebihi 5% atau RM50,000.00 atau mana-mana yang terendah dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.

    ii. Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Pengurusan dan Pegawai Teknikal

    syarikat yang telah memiliki SPKK tidak boleh wujud/didaftarkan dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK. Nota : Pengecualian diberi kepada konsortium, Koperasi dan GLC

    (Ahli Lembaga)

    f) Perubahan Ekuiti

    i. Perubahan ekuiti tidak dibenarkan (samada melalui pindahmilik atau tambah saham) yang mana jumlah saham yang dimiliki oleh pemegang saham baru adalah melebihi 49% daripada modal berbayar / terkumpul syarikat, ATAU

    ii. Pemilik saham yang baru (samada orang perseorangan atau

    syarikat) telah menjadi pemegang saham individu terbesar didalam syarikat mengatasi pemegang saham utama (major shareholder) sedia ada.

    g) Perubahan saham tidak dibenarkan melalui pindahmilik atau tambahan saham kecuali.

    i. Pemegang saham baru (individu atau syarikat) tidak dibenarkan

    memiliki jumlah saham terbesar (pemegang saham utama) untuk

    tempoh 2 tahun bagi gred G2 hingga G7 manakala bagi gred G1

    selama 5 tahun dari tarikh kelulusan perubahan saham diluluskan..

    ii. Pemegang saham baru hendaklah memegang saham tidak melebihi

    49% daripada modal berbayar / terkumpul syarikat, ATAU

    iii. Pemilik saham yang baru (samada orang perseorangan atau

    syarikat) tidak dibenarkan menjadi pemegang saham individu

    terbesar didalam syarikat mengatasi pemegang saham utama (major

    shareholder) sedia ada.

  • 40

    4.0 PERMOHONAN BARU SPKK Permohonan hendaklah dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberi kuasa. Permohonan yang dikemukakan orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15. 4.1 Syarat-syarat permohonan

    a) Melengkapkan borang CIDB SSPK 1 RoC/2012 atau secara

    atas talian di laman sesawang www.cidb.gov.my b) Membayar fee proses sebanyak RM50 c) Mengemukakan dokumen sokongan seperti disenarai semak 1

    atau 2 atau 3 d) Memenuhi Lampiran 2 bagi kewangan e) Memenuhi syarat-syarat am permohonan SPKK seperti 3.0.

    4.2 Masa Prosesan Permohonan yang lengkap iaitu membayar fee proses dan mengemukakan dokumen sokongan akan diproses dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon selepas 10 hari bekerja.

    4.3 Fee Pendaftaran

    Permohonan baru SPKK tidak dikenakan sebarang fee.

    4.4 Tempoh Pendaftaran Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dikeluarkan berdasarkan bermula dari tarikh kelulusan permohonan dan tarikh tamat adalah sama dengan tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

  • 41

    5.0 PERMOHONAN PEMBAHARUAN SPKK

    Permohonan hendaklah dibuat oleh PPU atau WPPU yang dilantik atau orang yang diberikuasa. Permohonan yang dikemukakan orang yang diberikuasa hendaklah dikemukakan bersama borang di Lampiran 15.

    5.1 Syarat-Syarat Permohonan

    a) Melengkapkan borang CIDB SSPK 1 RoC/2012 atau secara atas

    talian di laman sesawang www.cidb.gov.my b) Membayar fee proses sebanyak RM30 c) Mengemukakan dokumen sokongan seperti disenarai semak 1

    atau 2 atau 3 d) Memenuhi Lampiran 2 bagi kewangan e) Memenuhi syarat-syarat am permohonan SPKK seperti 3.0. f) Permohonan boleh dikemukakan seawal-awalnya seratus dua

    puluh (120) hari sebelum tarikh luput SPKK g) Bebas daripada tindakan tatatertib / mahkamah

    5.2 Masa Prosesan

    Permohonan yang lengkap iaitu membayar fee proses dan mengemukakan dokumen sokongan akan diproses dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon selepas 10 hari bekerja.

    5.3 Fee Pendaftaran Permohonan pembaharuan SPKK tidak dikenakan sebarang fee.

    5.4 Tempoh Sahlaku Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

    Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dikeluarkan berdasarkan bermula dari tarikh fee bayaran Perakuan Pendahtaran Kontraktor dan tarikh tamat adalah sama dengan tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

    5.5 Penilaian Semula Gred Pendaftaran Semasa Pembaharuan

    CIDB berhak membuat penilaian semula Gred pendaftaran kontraktor semasa pembaharuan kecuali penurunan kepada Gred G1. Gred baru yang ditawarkan berdasarkan Undang-Undang dan penilaian berdasarkan maklumat yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Gred baru yang ditawarkan tidak menjejaskan SPKK (tidak terbatal)

  • 42

    6.0 Permohonan Kenaikkan Gred Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

    Permohonan untuk kenaikan gred SPKK hendaklah dibuat bersama-sama

    dengan kenaikan gred PPK.

    6.1 Syarat-Syarat Permohonan Kenaikan Gred SPKK

    i. Melengkapkan borang CIDB SSPK 1 RoC/2012 atau secara atas talian di laman sesawang www.cidb.gov.my

    ii. Membayar fee proses sebanyak RM30 iii. Mengemukakan dokumen sokongan seperti disenarai semak 1

    atau 2 atau 3 iv. Memenuhi Lampiran 2 bagi kewangan v. Memenuhi terma dan syarat SPKK vi. Permohonan boleh dikemukakan tidak kurang seratus dua

    puluh (120) hari sebelum tarikh luput SPKK vii. Bebas daripada tindakan tatatertib / mahkamah

    6.2 Masa Prosesan

    Permohonan yang lengkap iaitu membayar fee proses dan mengemukakan dokumen sokongan akan diproses dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon selepas 10 hari bekerja.

    6.3 Fee Pendaftaran Tiada sebarang fee pendaftaran dikenakan ke atas SPKK.

    6.4 Tempoh Sahlaku Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

    Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dikeluarkan berdasarkan bermula dari tarikh fee bayaran Perakuan Pendahtaran Kontraktor dan tarikh tamat adalah sama dengan tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

    6.5 Permohonan Turun Gred SPKK

    Mana-mana kontraktor yang memohon menurunkan Gred Perakuan

    Pendaftaran Kontraktor (PPK) akan menyebabkan Sijil Perolehan

    Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) akan

    terbatal dengan sendirinya .Walau bagaimanapun Sijil Perolehan

    Kerja Kerajaan boleh dipohon semula dengan syarat pemohon

    hendaklah memenuhi/mematuhi syarat permohonan baru SPKK

    iaitu SCORE dan (ISO 9001:2008 untuk G7 sahaja).

  • 43

    7.0 KEBENARAN KHAS SPKK

    Kebenaran Khas Memasuki Tender Di Luar Pengkhususan/Kebenaran

    Khas Menjalankan Kerja Melebihi Gred Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

    (Spkk) Pemohon perlu merujuk tatacara permohonan kebenaran khas

    Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).

    8.0 PERUBAHAN MAKLUMAT SPKK

    8.1. Pemohon perlu mengemukakan borang SPKK 1 RoC/2012 bersama-

    sama permohonan perubahan maklumat Perakuan Pendaftaran Kontraktor bagi perkara berikut;

    i. Perubahan Nama Syarikat ii. Perubahan alamat berdaftar iii. Perubahan penama/Penandatangan Cek/Pekerja Teknikal

    8.2 Fee proses perubahan maklumat SPKK

    Setiap permohonan perubahan SPKK akan dikenakan bayaran fee proses sebanyak RM30.00

    8.3 Masa Prosesan

    Permohonan yang lengkap iaitu membayar fee proses dan mengemukakan dokumen sokongan akan diproses dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon selepas 3 hari bekerja.

    8.4 Fee Pendaftaran

    Tiada sebarang fee pendaftaran dikenakan ke atas SPKK.

    8.5 Tempoh Sahlaku Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

    Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dikeluarkan berdasarkan bermula dari tarikh fee bayaran Perakuan Pendahtaran Kontraktor dan tarikh tamat adalah sama dengan tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Kontraktor

    9.0 Permohonan Perakuan Hilang / Rosak / Pendua

    9.1. Pengeluaran semula SPKK hilang/rosak Salinan akuan berkanun atau Laporan Polis mengenai kehilangan/ kerosakan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan bayaran

  • 44

    sebanyak RM100.00 hendaklah dikemukakan sebelum SPKK baru dikeluarkan bagi menggantikan SPKK yang hilang/rosak.

    9.2 Salinan Pendua SPKK

    Kontraktor yang memerlukan salinan pendua SPKK perlu mengemukakan surat permohonan daripada syarikat kepada CIDB beserta dengan bayaran sebanyak RM20.00 sesalinan

    10.0 Tindakan Tatatertib Ke Atas Pemegang Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

    (SPKK)

    Berikut adalah jenis-jenis kesalahan melanggar syarat tender/kontrak yang

    sekiranya dilakukan oleh kontraktor boleh diambil tindakan oleh CIDB ke

    atas SPKK setelah menerima aduan daripada agensi yang menyelia projek.

    a. Pemalsuan atau Pindaan Maklumat/Dokumen Bagi Tujuan

    Menyertai Tender Atau Mendapat Kontrak

    Bagi tujuan menyertai tender atau mendapatkan kontrak, syarikat

    kontraktor telah memalsukan atau meminda apa-apa

    maklumat/sijil/dokumen yang berkaitan perolehan Kerajaan.

    b. Menarik Diri Sebelum Keputusan Tender

    Syarikat kontraktor yang menyertai perolehan Kerajaan seperti

    tender/sebut harga/eBidding yang dikeluarkan oleh klien tetapi menarik

    diri sebelum keputusan tender (kontrak belum ditawarkan) dalam

    tempoh sahlaku tawaran.

    c. Menarik Diri Setelah Kontrak Ditawarkan

    Syarikat kontraktor yang menyertai perolehan Kerajaan menarik diri

    setelah kontrak ditawarkan oleh pihak klien.

    d. Sub-kontrak Tanpa Persetujuan Klien

    Syarikat kontraktor menyerah hak atau assign kepada syarikat

    kontraktor lain tugas membina dan menyiapkan keseluruhan atau

    sebahagian daripada kerja pembinaan yang diperoleh tanpa

    persetujuan terlebih dahulu daripada klien projek terbabit .

  • 45

    e. Gagal mematuhi Obligasi

    Syarikat kontraktor gagal mematuhi obligasi kontrak. Kesalahan di

    bawah kegagalan mematuhi obligasi kontrak antaranya adalah seperti

    berikut:

    (i) Lewat

    Syarikat kontraktor lewat membina dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan mengikut tarikh yang ditetapkan dalam kontrak.

    (ii) Tidak menepati spesifikasi

    Syarikat kontraktor gagal membina dan menyiapkan kerja-kerja

    pembinaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

    f. Penamatan Kontrak Bagi Kerja Yang Dipanggil secara tender

    Syarikat kontraktor telah diberi notis penamatan kontrak oleh klien

    projek atas salahlaku atau pelanggaran kontrak atau syarat yang

    ditetapkan.

    g. Penamatan Kontrak Bagi Kerja Yang Dipanggil Secara

    Sebutharga/Requisition

    Syarikat kontraktor telah diberi notis penamatan kontrak oleh klien

    projek atas salahlaku atau pelanggaran kontrak atau syarat yang

    ditetapkan.

    h. Kontraktor Secara Sengaja Menyertai Perolehan Kerajaan Dalam

    Tempoh Penggantungan

    Syarikat kontraktor secara sengaja menyertai perolehan Kerajaan

    samada (tender, sebutharga atau requisition) semasa dalam tempoh

    penggantungan SPKK.

    i. Kesalahan lain Yang Berkaitan Dengan Syarat Tawaran Dan

    Syarat Kontrak

    Kesalahan lain merujuk kepada apa-apa salahlaku kontraktor selain

    daripada yang dinyatakan dalam perkara a,b,c,d,e,f,g,h seperti di atas.

    Nota : Tindakan Tatatertib sila rujuk di Lampiran 14

  • 46

    G PANDUAN PENDAFTARAN UNTUK SYARIKAT KONSORTIUM ATAU USAHASAMA YANG TIDAK DIPERBADANKAN

    Syarikat kontraktor konsortium atau usahasama yang tidak diperbadankan dengan SSM dan telah dilantik untuk melaksanakan sesuatu projek pembinaan perlu berdaftar dengan CIDB berdasarkan projek yang dianugerah. Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan hanya sah untuk melaksanakan projek seperti yang tertera di dalam Perakuan Pendaftaran tersebut sahaja.

    1.0 Pendaftaran Kontraktor Konsortium atau Usahasama.

    Secara amnya, terdapat dua (2) jenis pendaftaran kontraktor konsortium atau usahasama dengan CIDB iaitu:-

    (i) Kontraktor konsortium atau usahasama tempatan (ii) Kontraktor konsortium / usahasama asing

    2.0 Kontraktor Konsortium atau Usahasama Tempatan-Tempatan Dan Tempatan-Asing

    Kontraktor perlulah memenuhi kriteria seperti berikut:-

    (i) Projek Mempunyai surat lantikan/surat setuju-terima untuk melaksanakan

    satu-satu projek

    (ii) Pendaftaran Sebagai Kontraktor Tempatan-Tempatan: Salah satu Kontraktor tempatan perlu

    berdaftar dengan CIDB mengikut gred berdasarkan nilai projek yang hendak dijalankan.

    Tempatan-Asing : Kontraktor tempatan perlu berdaftar dengan

    CIDB mengikut gred berdasarkan nilai projek yang hendak dijalankan.

    2.1. Syarat Permohonan

    Syarat permohonan seperti berikut:- i. Melengkapkan borang CIDB SSPK (1RoC)/2012 ii Membayar fee proses RM 50.00 iii. Mengemukakan surat tawaran kerja rasmi yang lengkap iv. Menyertakan bersama salinan Perakuan Pendaftaran

    sebagai kontraktor bagi rakan kongsi yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan di tapak.

    v Menyertakan borang L1/96

  • 47

    2.2. Fee Pendaftaran

    Fee pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada CIDB setelah permohonan diluluskan, rujuk Lampiran 3.

    2.3. Masa Pemprosesan

    Jika permohonan lengkap dan teratur, pemohon akan dimaklumkan keputusan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penyerahan permohonan.

    3.0 Konsortium atau Usahasama Kontraktor Asing-Asing

    Kontraktor perlulah memenuhi kriteria seperti berikut:- (i) Projek

    Mempunyai surat lantikan/surat setuju-terima untuk melaksanakan

    satu-satu projek (iii) Pendaftaran Sebagai Kontraktor

    Salah satu syarikat hendaklah diperbadankan di Malaysia (Borang 9 / Borang 83) dan memenuhi syarat-syarat berikut : (a) Mempunyai sumber kewangan minimum RM750,000.00. (b) Menggajikan sekurang-kurangnya dua orang pemegang Ijazah

    warga tempatan dalam bidang pembinaan, dimana salah seorang berpengalaman melebihi lima tahun.

    3.1. Syarat Permohonan

    Syarat permohonan seperti berikut:- (a) Melengkapkan Borang R3/2013 (b) Mengemukakan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya

    Syarikat Malaysia (SSM) (c) Mengemukakan Surat Tawaran Kerja rasmi. (d) Membayar fee proses RM50.00 (e) Mengemukakan fee pendaftaran RM5000.00 semasa

    permohonan. (f) Mengemukakan Borang SCORE secara online / menggunakan

    borang SCORE. (g) Menyertakan borang L1/96 (Borang Pemberitahuan Projek) (h) Semua pegawai teknikal dan pekerja di tapak bina perlu

    mempunyai Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah.

  • 48

    4.0 Perubahan Butiran Kontrak (Perubahan melibatkan tarikh mula atau siap kerja, Nilai kontrak dan sebagainya)

    Pemohon perlu:- a) Melengkapkan borang R6 dengan fee proses RM30.00 b) Mengembalikan Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang asal c) Membayar Fee pendaftaran sebanyak RM100.00 d) Mengemukakan dokumen sokongan daripada klien yang mengesahkan perubahan tersebut.

  • 49

    H PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR ANTARABANGSA

    Kontraktor Antarabangsa adalah Kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan CIDB dan akan melaksanakan/telah melaksanakan kerja pembinaan di luar negara.

    1.0 Syarat Permohonan

    1.1 Pendaftaran Syarikat

    a. Mengemukakan Borang CIDB SSPK (1RoC)/2012 b. Membayar fee proses RM30.00 c. Pemohon hendaklah berdaftar dengan CIDB bagi tempoh

    sekurang-kurangnya 3 tahun. d. Status Pengkelasan adalah aktif

    2.0 Dokumen Sokongan

    a. Salinan Perakuan Pendaftaran CIDB b. Salinan Sijil ISO 9001:2008 c. Surat tawaran atau apa-apa surat kontrak untuk kerja pembinaan

    yang telah siap dilaksanakan samada di dalam Negara atau di luar Negara.

    d. Addendum (permohonan antarabangsa) - Sila Rujuk Bahagian Antarabangsa CIDB.

    3.0 Fee Pendaftaran

    Apabila diluluskan dan dimaklumkan oleh CIDB, permohonan yang berjaya hendaklah membayar fee pendaftaran berjumlah RM100.00 dan membawa bersama Perakuan Pendaftaran asal sebelum Perakuan Pendaftaran yang baru dikeluarkan.

    4.0 Tempoh Pendaftaran

    Perakuan Pendaftaran adalah sah sama dengan tempoh Perakuan Pendaftaran tempatan sedia ada kecuali dibatal, digantung atau ditarik balik oleh CIDB.

    5.0 Masa Pemprosesan

    Jika permohonan lengkap dan teratur, pemohon akan dimaklumkan keputusan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penyerahan permohonan.

  • 50

    I PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR ASING

    1.0 PERAKUAN PENDAFTARAN SEMENTARA

    Perakuan Pendaftaran Sementara hanya dikeluarkan kepada kontraktor asing bagi tender yang akan disertai sahaja Kontraktor asing tidak dibenarkan menyertai apa-apa tender sebelum memperolehi Perakuan Pendaftaran sementara dari CIDB.

    1.1 Syarat Permohonan

    Syarat-syarat permohonan untuk mendapatkan pendaftaran sementara untuk kontraktor asing adalah seperti berikut:

    (a) Melengkapkan Borang R2/2013 (b) Membayar fee proses RM50.00 (c) Mengemukakan Iklan tender / surat jemputan daripada klien. (d) Mengemukakan maklumat pengalaman dalam bidang

    pembinaan (e) Mempunyai sumber kewangan minimum RM750,000.00 /

    bersamaan dengan nilai mata wang negara asal. (f) Mengemukakan maklumat personel teknikal syarikat. (g) Mengemukakan Fee Pendaftaran sebanyak RM500.00 jika

    permohonan diluluskan. 1.2 Masa Prosesan

    Jika permohonan lengkap dan teratur, pemohon akan dimaklumkan keputusan selepas tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penyerahan permohonan.

    1.3 Syarat Pemegang Perakuan Pendaftaran Sementara

    (a) Perakuan tidak boleh dipindahmilik. (b) Tempoh sah Perakuan Pendaftaran Sementara adalah

    sehingga tamat sah laku tender tersebut atau tarikh yang dilanjutkan.

    (c) Kontraktor tidak boleh menyertai mana-mana tender lain kecuali tender yang dinyatakan dalam perakuan ini.

    (d) Jika kontraktor berjaya dalam tawaran tendernya, dia hendaklah memohon untuk mendapatkan suatu Perakuan Pendaftaran sebagai seorang kontraktor Asing berdaftar sebelum memulakan apa-apa kerja. Sila rujuk 2.0 untuk permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing.

  • 51

    2.0 PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR ASING

    Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing hanya dikeluarkan kepada kontraktor asing bagi menjalankan projek pembinaan seperti yang dinyatakan didalam Perakuan tersebut. Kontraktor Asing tidak dibenarkan menjalankan atau mengakujanji untuk menjalankan apa-apa projek pembinaan melainkan setelah memperolehi Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing.

    2.1 Syarat Permohonan

    Syarat-syarat permohonan untuk mendapatkan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing. adalah seperti berikut:

    (a) Melengkapkan Borang R3/2013 (b) Mengemukakan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya

    Syarikat Malaysia (SSM) (c) Mengemukakan Surat Tawaran Kerja. (d) Mempunyai sumber kewangan minimum RM750,000.00. (e) Menggajikan sekurang-kurangnya dua orang pemegang Ijazah

    warga tempatan dalam bidang pembinaan, serta mempunyai Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah. Salah seorang pegawai tersebut hendaklah mempunyai pengalaman melebihi lima tahun dalam industri pembinaan.

    (f) Membayar fee proses RM50.00 (g) Mengemukakan Borang SCORE (h) Menyertakan borang L1/96 (Borang Pemberitahuan Projek)

    2.2 Fee Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing

    Fee pendaftaran kontraktor asing adalah seperti di dalam jadual fee pendaftaran kontraktor asing (rujuk Lampiran 3) dan hendaklah dijelaskan kepada CIDB setelah permohonan diluluskan.

    2.3. Masa Prosesan Dan Keputusan

    Jika permohonan lengkap dan teratur, pemohon akan dimaklumkan keputusan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penyerahan permohonan.

  • 52

    2.4 Syarat Pemegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing

    2.4.1 Syarat-syarat Am

    (a) Perakuan ini tidak boleh dipindahmilik. (b) Perakuan ini membenarkan pemegang Perakuan itu

    menjalankan hanya projek yang dinyatakan dalam Perakuan ini.

    (c) Perakuan ini tidak membenarkan pemegang Perakuan itu menyertai suatu tender bagi apa-apa kerja pembinaan atau untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan yang lain.

    2.4.2 Tempoh Sah Laku Perakuan

    Perakuan ini sah sehingga tarikh tamat tempoh projek yang

    dinyatakan dalam Perakuan ini.

    2.4.3 Tanggungjawab dan Obligasi Kontraktor

    (a) Kontraktor Asing hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 ( Akta), Peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya dan apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dari semasa kesemasa.

    (b) Kontraktor Asing hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

    (c) Jika oleh kerana apa-apa sebab tarikh penyiapan projek itu dilanjutkan, kontraktor hendaklah memohon kepada Lembaga dalam tempoh empat belas hari sebelum habis tempoh kesahan Perakuan ini untuk melanjutkan kesahan Perakuan ini. Permohonan ini hendaklah disokong dengan dokumentar.

    (d) Kontraktor Asing hendaklah mempamerkan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Lembaga atau suatu salinan sah diperakui Perakuan itu oleh Lembaga ditempat perniagaan.

    (e) Kontraktor Asing itu hendaklah mempamerkan nombor pendaftarannya atas papan tanda disetiap tapak pembinaan.

  • 53

    2.4.4 Tindakan Tatatertib

    Pendaftaran Kontraktor Asing hendaklah dibatal, digantung atau ditarik balik jika (a) Kontraktor Asing itu tidak mematuhi kehendak mana-mana

    undang-undang bertulis lain; (b) Kontraktor Asing itu telah dihukum menjadi bankrap; (c) Petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor

    asing itu telah diserahkan; (d) Kontraktor asing itu telah melanggar atau tidak mematuhi

    mana-mana peruntukan Akta; (e) Kontraktor asing itu telah mendapat Perakuan dengan

    membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa akuan, permerakuan atau representasi palsu atau fraud sama ada secara bertulis atau selainnya;

    (f) Kontraktor asing itu telah meninggalkan apa-apa kerja pembinaan yang diakujanji tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

    (g) Kontraktor asing itu didapati cuai oleh mahkamah atau mana-mana lembaga penyiasatan yang ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan mana-mana kerja pembinaan yang telah diakujanji; atau

    (h) Kontraktor asing telah melanggar, apa-apa terma dan syarat Tanggungjawab dan Obligasi Kontraktor seperti yang dinyatakan dalam perenggan 2.4.3.

    2.5 Perubahan Maklumat Projek (Perubahan melibatkan tarikh mula

    atau siap kerja, Nilai kontrak dan sebagainya)

    Pemohon perlu:-

    a) Melengkapkan borang R6 dengan fee proses RM30.00 b) Mengembalikan Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang

    asal c) Membayar fee pendaftaran sebanyak RM100.00 d) Mengemukakan dokumen sokongan daripada klien yang mengesahkan perubahan tersebut.

  • 54

    IBU PEJABAT CIDB Level 10, Menara Dato Onn, Putra World Centre (PWTC) No. 45 jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur

    Tel: 03-4047 7000 Faks: 03-4047 7070

    CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat Bawah, Blok E, Lot 8, Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur Tel : 03-9281 6070 Faks : 03-9281 6079

    CIDB Kedah Lot 7 & 8, Kompleks Perniagaan Asas Jaya, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah. Tel : 04-733 1243 Faks : 04-733 1175

    CIDB Perlis No. 10, Jalan Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar-Alor Star, Seriab, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9781 243 Faks : 04-9781 244

    CIDB Terengganu Tingkat 7, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-624 5311 Faks : 09-623 8973

    CIDB Perak Lot 5.02, Tingkat 5, Bangunan KWSP, Jalan Greentown, 30450 Ipoh, Perak Perak. Tel : 05-2423 488 Faks : 05-2555 488

    CIDB Sabah Blok A, Tingkat 4 Bangunan KWSP 88100, Kota Kinabalu, Sabah Tel :088-242 495 Faks :088-242 481

    CIDB Pahang A1, Ground 1

    st,2

    nd & 3

    rd Floor,

    Jalan Seri Kuantan 2, Sri Kuantan Square, 25050 Kuantan, Pahang. Tel : 09-517 8734/8953 Fax : 09-517 8751

    CIDB Sarawak Tingkat 1, Blok A Kompleks CIDB, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching , Sarawak. Tel :082-445 883/446 833 Faks :082-447 833/442833

    CIDB Melaka / N. Sembilan. No. 31-1, Jalan TU 49A Kompleks Kommersial Boulevard, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh Melaka Tel :06-232 8885 Faks :06-232 8950

    CIDB Pulau Pinang Tingkat 9, Bangunan KWSP, No.3009 Off Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tel : 04-390 2448 Faks : 04-390 7448

    CIDB Sabah (Cawangan Tawau) Tingkat 1, Wisma Gek Poh, Batu 1 Jalan Dunlop/Kuhara, Beg Berkunci No. 7, 91009 Tawau, Sabah Tel :089-777 841/842 Faks :089-777 840

    CIDB Johor Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor. Tel : 07-234 4808 Faks : 07-234 4807

    CIDB Sarawak (Cawangan Miri) Lot 1140, Block 9 Miri Concession Land District Miri Water Front 98000 Miri, Sarawak. Tel : 085-417 431 Fax : 085-417 432

    CIDB Kelantan No. U7.2, Tingkat 7, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-744 4311 Faks : 09-743 4311

    CIDB Selangor Tingkat 5 Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Persiaran Perbandaran Seksyen 14, 40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel :03 5512 8600 Faks :03 5512 8620

    CIDB Negeri Sembilan D30, Lot 27076 Persiaran Utama, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Tel : 06-6016 311 Faks : 06-6017 311

    Lampiran 1

  • 55

    JADUAL B : KRITERIA PENDAFTARAN KONTRAKTOR

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Gred

    Keupayaan Menender/

    Menjalankan Kerja

    Modal Berbay