Building Services (Hot Water System)

Download Building Services (Hot Water System)

Post on 24-Jan-2016

13 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sistem paip

TRANSCRIPT

BAHAGIAN 2 : SISTEM BEKALAN AIR PANAS

2.1 Pengenalan

Sistem air panas merupakan salah satu sistem yang menjadi pilihan dalam rekabentuk pemanas air untuk kepelbagaian penggunaan bagi bangunan-bangunan kerajaan terutamanya klinik kesihatan dan hospital. Kebiasaannya terdapat tiga jenis sumber pemanas air yang terdapat di pasaran iaitu pemanas air dengan tenaga elektrik, gas, dan matahari. Oleh itu, pemilihan sistem yang betul penting sebelum pemasangan sistem air panas dilakukan bagi memastikan sistem tersebut berkebolehan tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna. Selain itu, beberapa faktor lain diambilkira sebelum pemasangan dilakukan antaranya mengenalpasti lokasi, mendapatkan saiz sistem yang betul, mengambilkira kos awalan sesuatu sistem pemanasan air dan perbandingan harga antara sistem. Sistem yang sering menjadi pilihan untuk digunapakai dalam pemasangan air panas di dalam bangunan kerajaan adalah pemanas air elektrik dan dandang. Sistem ini menjadi pilihan kerana pemasangan yang mudah dan pemanasan yang cepat.

2.2 Sistem Bekalan Air Panas Langsung

Sistem bekalan air panas terbahagi kepada dua iaitu secara langsung (direct) dan tidak langsung (indirect). Air yang dipanaskan secara langsung dari sumber haba sama ada dengan pemanas rendam atau dengan kaedah dandang merupakan sistem bekalan air panas langsung. Air panas adalah kurang tumpat berbanding air sejuk dan ini mewujudkan satu aliran di dalam litar. Air dari dandang yang digunakan akan mengalir ke silinder air panas. Air yang telah panas akan kembali ke dandang semula melalui bahagian bawah silinder. Silinder air panas mungkin tidak disambung ke dandang sama sekali, dan hanya mempunyai rendaman elemen pemanas di dalam untuk memanaskan air. Kebiasaannya sistem air panas secara langsung menggunakan pemanas air elektrik untuk memanaskan air kerana kapasiti yang diperlukan adalah rendah.

Gambar pemanas air yang digunakan untuk memanaskan air dalam sesebuah bangunan

2.3Pengenalan Sistem Air Panas Secara Tak Lansung

Sistem air panas merupakan salah satu sistem yang menjadi pilihan dalam rekabentuk pemanas air untuk kepelbagaian penggunaan bagi bangunan-bangunan kerajaan terutamanya klinik kesihatan dan hospital. Kebiasaannya terdapat tiga jenis sumber pemanas air yang terdapat di pasaran iaitu pemanas air dengan tenaga elektrik, gas, dan matahari. Oleh itu, pemilihan sistem yang betul penting sebelum pemasangan sistem air panas dilakukan bagi memastikan sistem tersebut berkebolehan tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna. Selain itu, beberapa faktor lain diambilkira sebelum pemasangan dilakukan antaranya mengenalpasti lokasi, mendapatkan saiz sistem yang betul, mengambilkira kos awalan sesuatu sistem pemanasan air dan perbandingan harga antara sistem.

Sistem yang sering menjadi pilihan untuk digunapakai dalam pemasangan air panas di dalam bangunan kerajaan adalah pemanas air elektrik dan dandang. Sistem ini menjadi pilihan kerana pemasangan yang mudah dan pemanasan yang cepat. Namun begitu memandangkan pembangunan negara dan penambahan penduduk yang terus meningkat yang memerlukan kepada sumber tenaga yang banyak, menyebabkan penggunaannya tenaga elektrik yang semakin meluas dan permintaan kepada gas asli meningkat yang boleh menyumbang kepada pemanasan global dan meningkatkan kos tenaga.

Sebagai alternatif lain, teknologi baru telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem ini dengan menggunakan sumber semulajadi suria (solar thermal) untuk menjana tenaga kepada sistem air panas. Penggunaan tenaga suria lebih ekonomik kerana Malaysia mempunyai radiasi pancaran suria yang tinggi di mana purata radiasi suria setiap hari adalah 4000- 5000 Whr/m2 dan tempoh pancaran suria selama 4 hingga 8 jam sehari dengan suhu persekitaran 27 C (Sopian dan Othman,1992). Pemasangan sistem ini mewujudkan persekitaran yang selamat dan mengurangkan pergantungan kepada penggunaan bahan bakar (fossilfuel) yang meningkat dari semasa ke semasa.Namun begitu, penggunaan ini terhad kerana bergantung kepada cuaca persekitaran. Oleh itu, kawasan yang mempunyai kadar radiasi tenaga suria yang tinggi dan lokasi bangunan yang tidak terlindung daripada cahaya matahari dipertimbangkan untuk dijadikan lokasi yang sesuai.

Walaupun terdapat pelbagai sistem air panas yang digunakan silih berganti namun masih tidak mencapai matlamat kerajaan dalam penjimatan tenaga yang optimum. Oleh itu, kajian ini akan mengfokuskan kepada perbandingan dari segi kos dan teknikal beberapa sistem pemanasan air yang terdapat di pasaran Malaysia seperti pemanas air elektrik, pam haba dan solar. Untuk mengenalpasti sistem yang bersesuaian dengan keperluan serta memberi penjimatan yang optimum, pemilihan perlu berdasarkan kepada jenis sistem air panas yang terdapat di pasaran dan jenis sumber penjanaan yang betul.

Petunjuk Paip berwarna biru adalah air sejuk Pair berwarna merah adalah air panas Empat segi bergaris adalah collector Silinder berwarna merah adalah tangki dan pemanas air Rajah 1 : contoh sistem agihan air di rumah

2.4Jenis Sistem Air Panas

Sistem bekalan air panas terbahagi kepada dua iaitu secara langsung (direct) dan tidak langsung (indirect). Kebiasaannya sistem air panas secara langsung menggunakan pemanas air elektrik untuk memanaskan air kerana kapasiti yang diperlukan adalah rendah manakala sistem tidak langsung menggunakan penukar haba untuk memanaskan air bagi menjana keperluan air panas yang lebih besar seperti digunapakai di hotel, hospital, bangunan-bangunan komensil. Kedua-dua sistem ini digunakan bergantung kepada kesesuaian permintaan keperluan pengguna.

Manakala, kebiasaanya keperluan permintaan yang tinggi menggunakan penyimpan air jenis storan kerana mempunyai jumlah kapasiti simpanan yang besar dan menghasilkan kadar aliran lebih tinggi. Penyimpan air jenis instantaneous banyak dipasang pada rumah dimana air dipanaskan apabila diperlukan bergantung kepada kadar keperluan pengguna.Rajah 2 menunjukkan jenis- jenis sistem air panas yang biasa diguna pakai.

Rajah 2 :Jenis-jenis sistem air panas

2.5Jenis sistem penjanaan tenaga

Terdapat pelbagai jenis sistem penjanaan bagi air panas diantaranya elektrik, pam pemanas, gas dan tenaga suria. Pemilihan sumber yang betul akan memberi penjimatan dari segi kos operasi (running cost).

i. Elektrik

Penggunaan sumber elektrik sering digunakan untuk menghasilkan tenaga kerana cepat dan pemasangan yang mudah melibatkan penyambungan dengan sumber elektrik. Kebiasaannya sistem ini banyak digunakan di rumah kerana tidak banyak keperluan air panas diperlukan berbanding di bangunan komersil yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap penggunaan air panas seperti hotel dan hospital. Walaupun kecekapan pemanas air elektrik lebih daripada 95 peratus namun penggunaan yang berlebihan meningkatkan kos penggunaan tenaga dan menyumbang kepada pemanasan global.

ii. Pam haba

Pam haba ini mempunyai tahap kecekapan prestasi tinggi di dalam pemanasan air berbanding penggunaan pemanas elektrik dan gas. Pemanas pam haba ini bertindak seperti pemanas elektrik biasa tetapi bekalan elektrik digunakan untuk meningkatkan kualiti (suhu) tenaga haba bukan menjana tenaga haba. Sistem ini menyerap haba daripada sumber suhu rendah (udara ambien atau air buangan) menggunakan bahan penyejuk gas dan dimampatkan sebelum digunakan untuk memanaskan air di dalam tangki. Namun begitu, pam haba ini memerlukan penyelenggaraan yang tinggi pada pemampat memandangkan peranan penyejat dan kondenser menjadi terbalik.

iii. Tenaga suria

Penggunaan tenaga suria ini memang paling menjimatkan elektrik kerana menggunakan tenaga matahari sebagai sumber pemanasan. Tenaga ini dapat menjana sekurang-kurang 60% - 70% bekalan air panas tanpa penggunaan tenaga lain . Biasanya sistem ini menggunakan back-up system untuk memanaskan air semasa kekurangan tenaga suria. Terdapat beberapa jenis pengumpul tenaga suria yang biasa digunakan antaranya evacuated tube collectors dan glazed flat plate collectors kebiasanya digunakan untuk air panas tempatan; dan unglazed plastic collectors kebiasaannya digunakan di dalam kolam-kolam renang. Penggunaan ini dapat mengurangkan pemanasan global dan menjimatkan penggunaan tenaga pada masa akan datang tetapi oleh kerana kos awalan lebih mahal dan pemasangan lebih rumit jika dibandingkan dengan sumber lain menyebabkan sumber ini kurang digunakan

2.6 Rawatan Air : Pemasangan domestik air panas

i. Bakteria : Secara umumnya, bakteria yang paling popular yang hadir dalam air ialah Pseudomanas. Ianya hadir apabila terdapat kekurangan pergerakan air pada paip yang tidak ada sambungan yang berterusan. Suhu didalam paip yang dibenarkan adalah antara 20 hingga 40 darjah celsius.

ii. Tujuan :Rawatan air panas bertujuan untuk menghapuskan phytoplasma di dalam air tanpa mengubah kapasiti yang terkandung di dalam air. Rawatan air panas juga untuk menghapuskan bakteria, hama, serangga, telur, sebarang bahan yang hadir daripada bahan berkayu.

iii. Tanda-Tanda : Tanda-tanda awal apabila air tercemar adalah air mengeluarkan bau yang sangat busuk dan terdapat cecair seperti lendir berwarna coklat pada lapisan permukaan air.

iv. Cara Pembasmian : Cara pembasmiannya adalah dengan melarutkan cecair biosid dan masukkan dalam paip tersebut. Untuk mengelakkan paip di dalam tidak berkarat pastikan ianya berada dalam keadaan bersih dan bebas dari sebarang kekotoran. Bina satu lapisan magnetit untuk kurangkan pelepasan karbon yang akan menyebabkan pembiakan kuman. Untuk membuang serpihan logam, fluks perlulah diselenggara contohnya adakan pengubahsuaian paip atau sistem sedia ada pada yang baru dan membuat rawatan. Untuk mencegah pengumpulan gas yang akan membiakkan bakteria, boleh gunakan benzonate natrium silikat,

Recommended

View more >