borang permohonan skim opimis (pembeli)

12
(17.11.2016) 1 SIJ -1 BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI) (sila baca BUKU PANDUAN OPIMIS (PEMBELI) sebelum mengisi borang ini) MAKLUMAT PEMOHON 1. Kategori Pemohon Syarikat Sdn Bhd Pemilik Tunggal / Perkongsian Koperasi Perkongsiaan Liabiliti Terhad (PLT) Agensi Kerajaan Lain-lain:_______________________ 2. Nama Pemohon atau Syarikat atau Ladang __________________________________________________________________ 3. Nama Pegawai Diberi Kuasa bagi Pemohon ___________________________________________________________________ 4. Jawatan Pegawai : ___________________________________________________ 5. Alamat Pemohon : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 6. Poskod: ___________ Daerah/Bahagian :_______________ Negeri:_____________ 7. Alamat emel : _____________________________No Faks : ___________________ 8. No Telefon : ____________________ (Pejabat) _______________________(Bimbit)

Upload: phungdang

Post on 29-Jan-2017

428 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

1

SIJ -1

BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(sila baca BUKU PANDUAN OPIMIS (PEMBELI) sebelum mengisi borang ini)

MAKLUMAT PEMOHON

1. Kategori Pemohon

Syarikat Sdn Bhd Pemilik Tunggal / Perkongsian

Koperasi Perkongsiaan Liabiliti Terhad (PLT)

Agensi Kerajaan Lain-lain:_______________________

2. Nama Pemohon atau Syarikat atau Ladang

__________________________________________________________________

3. Nama Pegawai Diberi Kuasa bagi Pemohon

___________________________________________________________________

4. Jawatan Pegawai : ___________________________________________________

5. Alamat Pemohon :

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

6. Poskod: ___________ Daerah/Bahagian :_______________ Negeri:_____________

7. Alamat emel : _____________________________No Faks : ___________________

8. No Telefon : ____________________ (Pejabat) _______________________(Bimbit)

Page 2: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

2

SIJ -1

MAKLUMAT PERMOHONAN JENTERA & KAWASAN PENGGUNAAN

1. Kod Jentera / Peralatan Yang Dipohon*1 :

2. Pembekal (Syarikat yang menjual Jentera)

:

3. Bilangan Unit Yang Dipohon :

4. Alamat Ladang / Kebun Sawit (jika berbeza dengan alamat pemohon)

:

5. Luas Ladang / Kebun Sawit (hektar) :

*1 KOD JENTERA / PERALATAN DAN NAMA PEMBEKAL BOLEH DIPEROLEHI MELALUI LAMAN

SESAWANG OPIMIS (WWW.MPOB.GOV.MY/OPIMIS)

DOKUMEN SOKONGAN

Sila sertakan dokumen sokongan yang berkenaan untuk permohonan ini seperti yang

ditunjukkan di senarai semak di muka surat akhir dokumen ini. Kegagalan akan

mengakibatkan kelewatan kepada proses permohonan ini.

KAEDAH TUNTUTAN INSENTIF

Pohon tanda diruangan yang disediakan untuk kaedah penebusan jentera/peralatan yang

akan dibeli (tertakluk kepada terma dan syarat OPIMIS):

KOD A Pembelian Jentera Melibatkan Pembiayaan/Pinjaman Bank. Insentif

dituntut oleh Pembekal.

KOD B Pembelian Jentera tidak melibatkan Pembiayaan/Pinjaman Bank. Pembeli

hanya membayar baki Harga Jualan. Insentif dituntut oleh Pembekal.

KOD C Pembelian Jentera tidak melibatkan Pembiayaan/Pinjaman Bank. Pembeli

membayar penuh baki Harga Jualan. Insentif dituntut oleh Pembeli.

Page 3: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

3

SIJ -1

PEMBAYARAN INSENTIF OPIMIS

Panduan Umum: Borang tuntutan diisi berdasarkan KOD kaedah tuntutan insentif

KOD A Pembelian melalui pinjaman (PEMBEKAL YANG MEMBUAT

TUNTUTAN)

KOD B Pembelian tunai

(PEMBEKAL YANG MEMBUAT TUNTUTAN)

KOD C Pembelian tunai

(PEMBELI YANG MEMBUAT TUNTUTAN)

DiIsi Oleh Pihak Yang Membuat Tuntutan:

NAMA BANK :

PENAMA AKAUN :

NO AKAUN :

JUMLAH TUNTUTAN (RM) :

Untuk Kegunaan Pejabat (diisi oleh Pegawai Verifikasi)

PEMOHON :

NO RUJUKAN OPIMIS :

NO INBOIS / NOTA PENGHANTARAN :

KOD MESIN / PERALATAN LADANG :

JUMLAH UNIT DILULUSKAN :

INSENTIF UNTUK SATU UNIT (RM) :

PENGESAHAN (NAMA & TANDATANGAN PEGAWAI VERIFIKASI)

: Tarikh:

Nota :

Pegawai verifikasi mengesahkan jentera / peralatan ladang yang dipohon telah diterima oleh

Pembeli dan berada di lokasi yang telah dinyatakan setelah mendapat kelulusan MPOB.

Salinan muka surat ini perlu disertakan untuk proses pembayaran.

Page 4: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

4

SIJ -1

PERJANJIAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

PERJANJIAN INI (“Perjanjian ini”) dibuat pada ………………………………………………….("Tarikh Perjanjian ini") DI ANTARA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA,, sebuah badan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582] yang mempunyai alamat di No 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor. (kemudian daripada ini disebut sebagai "MPOB" dan ungkapan ini hendaklah jika kandungan ayat membenarkan termasuk pengganti dalam hak milik, penerima (serahhak) dan penama, mengikut mana-mana yang berkenaan) sebagai pihak pertama DAN PEMBELI, orang yang perinciannya dinyatakan dalam butiran 1 dan 2 Jadual (kemudian daripada ini disebut sebagai "PEMBELI" dan ungkapan ini hendaklah jika kandungan ayat membenarkan termasuk pengganti dalam hak milik, penerima (serahhak) dan penama, mengikut mana-mana yang berkenaan) sebagai pihak yang satu lagi BAHAWASANYA: A. Kerajaan Persekutuan telah memilih Minyak

Sawit dan Getah sebagai suatu bidang ekonomi utama negara untuk memacu Program Transformasi Nasional dan geran ini jatuh di bawah salah satu Projek Permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi Minyak Sawit dan Getah;

B. Geran ini diberi di bawah satu skim yang

dikenali sebagai SKIM OPIMIS (sebagaimana ditakrifkan selepas ini) kepada pemohon yang layak bagi menggalakkan penggunaan Jentera (sebagaimana ditakrifkan selepas ini) di sepanjang rantaian pengeluaran buah tandan segar (BTS) terutamanya penuaian, pengangkutan, pemungutan biji relai dan penjagaan tanaman, meransangkan pengilangan tempatan bagi Jentera dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja terutamanya dari luar negara sebagai balasan antara lain bagi Kerajaan, Kementerian yang terlibat dan MPOB untuk mendapat maklumat dan dokumen tertentu daripada PEMBELI;

C: PEMBELI telah memohon untuk mendapatkan

Geran (sebagaimana ditakrifkan selepas ini) dan Geran ini digunakan untuk melaksanakan Skim ini bagi tujuan antara lain membeli Jentera pada harga yang dikurangkan;

D: MPOB ialah satu badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit 1998 [Akta 582] yang mempunyai kepakaran dalam antara lain, minyak sawit dan keluaran minyak sawit. MPOB telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan dengan tanggungjawab bagi memantau dan mengagihkan geran kepada penerima yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Minyak Sawit dan Getah NKEA;

E: MPOB dan PEMBELI telah bersetuju untuk

memasuki Perjanjian ini tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini:

DENGAN INI PERJANJIAN MENYAKSIKAN yang berikut: 1. TAFSIRAN

Definisi Ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Perjanjian ini, selain daripada yang ditafsirkan sebelum ini mempunyai makna-makna yang berikut dan makna-makna yang tersebut hendaklah dipakai dalam semua variasi gramatis dan perbahasan seasal perkataan yang didefinisikan, jika konteksnya memerlukannya- “Diskaun” ertinya diskaun atau rebat yang diberikan oleh PEMBEKAL sebagaimana yang ditentukan MPOB daripada Geran yang memberi kesan kepada pengurangan Harga Jualan sesuatu Jentera sehingga menjadi Harga Jualan Yang Didiskaunkan; “Geran” ertinya geran yang diluluskan oleh MPOB untuk diberi di bawah Skim ini; “GST” ertinya cukai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan oleh Jabatan Kastam Diraja atau cukai lain yang seumpamanya yang terpakai kepada Jentera; “Jentera” ertinya jentera yang diperihalkan dalam butiran 4 Jadual dan jentera itu hendaklah jentera baru yang bukan terpakai yang bilangan, spesifikasi, kegunaan, jaminan, teknologi, pemasangan, pengilangan, harta intelek dan perkara lain yang diluluskan oleh MPOB bagi tujuan Skim ini;

“Harga Pengeluaran (Ex Factory)” ertinya harga ex factory sesuatu Jentera yang ditetapkan oleh MPOB bagi tujuan Skim ini yang TIDAK termasuk –

(a) kos pembungkusan; (b) pengangkutan; dan (c) kos lain yang ditentukan MPOB;

Page 5: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

5

SIJ -1

“Harga Jualan” ertinya harga sesuatu

Jentera yang diluluskan MPOB bagi tujuan Skim ini yang dijual oleh PEMBEKAL dan dikira menurut Fasal 6;

“lokasi” berhubungan dengan penggunaan Jentera ertinya lokasi yang dinyatakan dalam butiran 4 yang isytiharkan oleh PEMBELI dan diluluskan MPOB bagi penggunaan Jentera; “institusi kewangan” ertinya institusi kewangan yang didaftarkan di bawah undang-undang bertulis mengenai institusi kewangan;

“MPIC” ertinya Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi atau nama lain yang ditentukan Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa;

“Pembekal” ertinya pembekal yang diluluskan oleh MPOB untuk menjual Jentera dalam bilangan yang diluluskan MPOB dengan Harga Jualan setelah ditolak Diskaun menjadikannya Harga Jualan Yang Didiskaunkan;

“Pengilang” ertinya entiti perundangan yang membuat, memasang atau mengilang Jentera dan jika Pengilang itu menjual Jentera, Pengilang disifatkan sebagai Pembekal dan tertakluk kepada Perjanjian ini;

“Tempoh Jaminan” ertinya tempoh

yang diberi oleh Pengilang dan/atau PEMBEKAL berhubungan dengan jaminan perkhidmatan selepas jualan Jentera;

“Tempoh Larangan Jual” ertinya

tempoh di mana PEMBELI tidak boleh menjual, menyewa atau selainnya menyebabkan hilang kepentingannya dalam Jentera atau sebahagian daripadanya termasuk assesori kecuali dengan keizinan MPOB;

“Tempoh Perjanjian” ertinya tempoh

bagi Perjanjian ini berkuatkuasa iaitu selama 2 tahun daripada tarikh perjanjian ini.

2. TARIKH KUATKUASA PERJANJIAN INI 2.1 Perjanjian ini hendaklah berkuatkuasa pada

Tarikh Perjanjian ini dan masih terus berkuatkuasa sehingga tamat Tempoh Perjanjian atau ditamatkan sebelum itu.

3. SKIM OPIMIS 3.1 Skim OPIMIS ialah satu skim yang dikendalikan

oleh MPOB di mana antara lain Diskaun diberi supaya Harga Jualan bagi Jentera oleh Pembekal dikurangkan sehingga menjadi Harga Jualan Yang Didiskaunkan untuk dibeli PEMBELI

supaya menggalakkan penggunaan Jentera dalam industri sawit.

3.2 PEMBELI hendaklah mematuhi semua terma

dan syarat Skim OPIMIS. 3.3 MPOB berhak untuk meminda terma dan

syarat Skim ini tanpa memberi notis kepada PEMBELI dan pindaan terma dan syarat itu adalah mengikat PEMBELI pada tarikh yang ditentukan MPOB dan MPOB berhak untuk membelakangkan tarikh itu.

4. KEBENARAN PEMBELI MEMBELI JENTERA

DALAM SKIM OPIMIS 4.1 Tertakluk kepada Perjanjian ini, MPOB

membenarkan PEMBELI untuk membeli Jentera dengan Harga Jualan Yang Didiskaunkan bagi tujuan Skim OPIMIS daripada Pembekal.

5. PEMBAYARAN GERAN KEPADA PEMBELI 5.1 Tertakluk kepada Perjanjian ini, MPOB

membayar Geran dengan cara yang ditentukan MPOB yang menyebabkan PEMBEKAL memberi Diskaun kepada PEMBELI bagi Jentera dan PEMBELI membeli Jentera daripada Pembekal pada Harga Yang Didiskaunkan.

5.2 Tertakluk kepada Fasal 5.3, tuntutan boleh

dibuat oleh Pembeli di MPOB jika PEMBELI membukti sebagaimana yang ditentukan MPOB bahawa PEMBELI telah membayar penuh kepada Pembekal serta MPOB mendapat pengesahan daripada Pembekal dan tertakluk pada syarat lain yang ditentukan MPOB.

5.3 Jika PEMBELI menggunakan pembiayaan atau

pinjaman institusi kewangan, PEMBELI tidak layak untuk mendapat bayaran tunai terus daripada MPOB dan hanya Pembekal akan dibenarkan untuk membuat tuntutan.

5.4 Jumlah pembiayaan atau pinjaman institusi

kewangan hendaklah tidak boleh melebihi jumlah Harga Yang Didiskaunkan atau satu jumlah lain yang ditentukan MPOB. Jika jumlah pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan melebihi jumlah Harga Yang Didiskaunkan atau satu jumlah lain yang ditentukan MPOB, maka PEMBELI tidak layak untuk menikmati Skim ini.

6. HARGA JUALAN, DISKAUN DAN HARGA

JUALAN YANG DIDISKAUNKAN 6.1 Bagi tujuan Perjanjian ini, Harga Jualan yang

dijual oleh Pembekal kepada PEMBELI dalam Skim OPIMIS dikira seperti berikut:

Page 6: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

6

SIJ -1

Harga Jualan = Harga Pengeluaran (Ex

Factory) + GST 6.2 Pembekal hendaklah menolak Diskaun

daripada Harga Jualan apabila menjual Jentera kepada PEMBELI di bawah Skim OPIMIS menjadikannya Harga Jualan Yang Didiskaunkan menurut formula ini:

Harga Jualan Yang Didiskaunkan =

Harga Jualan – Diskaun

6.3 Tiada apa-apa dalam Perjanjian ini menghalang Pembeli untuk membeli apa-apa aksesori atau membayar kos tambahan lain seperti pembungkusan atau pengangkutan tetapi formula menjadikannya Harga Jualan Yang Didiskaunkan tidak boleh diubah oleh Pembekal.

6.4 Untuk mengelakkan was was, PEMBELI masih

bertanggungjawab untuk GST, pembungkusan, pengangkutan dan kos lain berhubungan dengan pembelian Jentera.

7. SYARAT JENTERA 7.1 PEMBELI hendaklah mematuhi syarat yang

ditentukan MPOB berhubungan dengan Jentera dalam Skim OPIMIS ini.

8. OBLIGASI PEMBELI 8.1 Sebagai tambahah kepada obligasi,

tanggungjawab dan tugas dalam Perjanjian ini, PEMBELI hendaklah dalam Tempoh Perjanjian -

(a) memastikan PEMBELI masih layak

menikmati Skim ini menurut kelayakan yang diluluskan MPOB;

(b) mendapat kelulusan MPOB sebelum membeli Jentera dengan menggunakan borang yang ditentukan MPOB;

(c) membeli Jentera daripada Pembekal yang diluluskan sahaja oleh MPOB dalam Skim ini;

(d) membeli Jentera dengan bilangan, jenis, kualiti, spesifikasi dan Harga Pengeluaran (Ex Factory) dan Harga Jualan yang diisytiharkan kepada MPOB selaras dengan maklumat yang diberikan kepada MPOB;

(e) memastikan representasi, maklumat, waranti, jaminan dan dokumen yang diberikan kepada MPOB bagi tujuan permohonan Skim OPIMIS adalah benar keseluruhannya, betul atau tidak mengelirukan sepanjang Tempoh Perjanjian;

(f) membayar baki daripada jumlah Harja Jualan Yang Didiskaunkan dan yang ditambah antara lain dengan kos pembukusan dan pengangkutan supaya

hakmilik Jentera dipunyai oleh PEMBELI; (g) memastikan Jentera yang dibelinya adalah

sesuai bagi maksud (fit for purpose) PEMBELI;

(h) jika menggunakan pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan, hendaklah mematuhi Perjanjian pembiayaan atau pinjaman daripada institusi kewangan dan memastikan bayaran ansuran dibayar menurut Perjanjian itu;

(i) mematuhi cara pembelian Jentera menurut Skim ini;

(j) mengisytiharkan lokasi di mana Jentera akan digunakan dan mendapat kelulusan MPOB bagi lokasi itu;

(k) Jentera hendaklah digunakan di dalam Malaysia sahaja;

(l) Jentera hendaklah digunakan bagi tujuan yang dizahirkan atau yang tersirat kepada MPOB yang hendaklah berkaitan dengan industri minyak sawit sahaja dan bukan bagi tujuan selain industri minyak sawit;

(m) menggunakan Jentera secara optimum – (i) menurut arahan manual dan

arahan Pengilang/Pembekal; (ii) dan menyenggaranya mengikut

sela atau lat masa Pengilang/Pembekal;

(iii) pada lokasi yang isytiharkan oleh PEMBELI dan diluluskan MPOB;

(n) mendapat kelulusan MPOB jika ada perubahan kepada lokasi penggunaan Jentera dalam masa dua (2) minggu dari tarikh perubahan;

(o) mengisi buku rekod jentera (BRJ), buku log atau dokumen lain yang ditentukan MPOB jika dibekalkan bersama Jentera berkaitan operasi Jentera;

(p) memberi bukti kepada MPOB dengan cara dan pada sela atau lat masa yang ditentukan MPOB mengenai penggunaan Jentera termasuk buku rekod jentera (BRJ), buku Log dan jam beroperasi pada Jentera pada sela atau lat masa yang ditentukan MPOB;

(q) menyimpan Jentera dengan sempurna supaya selamat dan tidak hilang;

(r) menyenggarakan Jentera secara berkala dan dengan sela atau lat masa menurut menurut arahan manual dan arahan Pengilang/Pembekal;

(s) tidak boleh menjual, menyewa atau selainnya menyebabkan hilang kepentingannya dalam Jentera atau sebahagian daripadanya termasuk assesori kecuali dengan keizinan MPOB dalam Tempoh Larangan Jual.

(t) memberi indemniti kepada MPOB jika Jentera hilang dan membayar balik Geran jika Jentera hilang atau tidak boleh digunakan disebabkan kecuaian atau fraud atau salahlaku PEMBELI;

(u) membuat laporan Polis jika ada

Page 7: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

7

SIJ -1

kehilangan Jentera atau ada elemen rasuah, jenayah, salahlaku atau fraud;

(v) meletakkan atau menyebabkan diletakkan tanda pengenalan atau tanda lain yang ditentukan MPOB pada Jentera bagi tujuan pengenalan dan pemantauan Skim ini;

(w) hanya boleh menyewa Jentera kepada subsidiarinya sahaja dalam kes syarikat untuk kegunaan sendiri PEMBELI sahaja. Bagi Entiti perundangan yang bukan syarikat, dibenarkan hanya jika entiti yang disewa dipunyai sepenuhnya oleh PEMBELI;

(x) tidak menanggalkan atau menyebabkan ditanggalkan pengenalan atau tanda lain yang ditentukan MPOB sama ada diletakkan pada Jentera oleh Pembekal dan/atau PEMBELI bagi tujuan pengenalan dan pemantauan Skim ini;

(y) tidak mengubahsuaikan atau menukar spesifikasi Jentera tanpa kebenaran MPOB;

(z) memberi maklumat mengenai pengurangan penggunaan tenaga kerja bagi tempoh sebelum, semasa dan selepas penggunaan Jentera dalam sela atau lat masa yang ditentukan MPOB;

(aa) memberi maklumat yang ditentukan MPIC berhubungan dengan penggunaan Jentera;

(bb) membenarkan MPOB untuk mengaudit penggunaan Jentera oleh PEMBELI di lokasi, penggunaan tenaga kerja dan dan kos operasi PEMBELI bagi memastikan pematuhan Skim ini;

(cc) memaklumkan kepada MPOB apa-apa perubahan atau pindaan kepada representasi, maklumat, waranti, jaminan dan dokumen yang diberikan kepada MPOB bagi tujuan permohonan Skim ini dalam masa dua (2) minggu selepas berlakunya perubahan atau pindaan itu.

(dd) membenarkan data yang diperolehi MPOB untuk dikongsi atau dihebahkan bagi tujuan industri sawit melalui penulisan journal, pembentangan dan laporan Skim ini;

(ee) bersetuju MPOB tidak bertanggungjawab terhadap pembaikan, apa-apa jaminan, alat ganti, kemalangan dan sebarang masalah berkaitan Jentera dan penggunaan Jentera;

(ff) membayar balik apa-apa wang yang tersalah bayar dalam masa dua (2) minggu daripada tarikh tuntutan;

(gg) tidak melanggar mana-mana undang-undang; dan

(hh) mematuhi obligasi lain yang ditentukan MPOB dari semasa ke semasa.

9. OBLIGASI MPOB 9.1 Tertakluk kepada pematuhan berterusan

PEMBELI kepada Perjanjian ini, MPOB, jika difikirkan sesuai, membenarkan PEMBELI membeli Jentera dengan Harga Jualan Yang Didiskaunkan tertakluk kepada tatacara, syarat dan dalam tempoh yang ditentukan MPOB.

9.2 MPOB tidak bertanggungjawab dalam apa segi

pun atas apa-apa risiko dan kerugian yang timbul sama ada secara langsung atau tidak dalam Skim ini.

9.3 MPOB tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa

kos dan perbelanjaan dalam Skim ini melainkan dinyatakan secara khusus dalam Perjanjian ini.

10. REPRESENTASI DAN WARANTI PEMBELI 10.1 PEMBELI dengan ini mengakujanji dan

memberi representasi dan waranti kepada MPOB bahawa:

(a) PEMBELI adalah entiti undang-

undang yang ditubuhkan dengan sah di bawah undang-undang dan mempunyai kuasa untuk memasuki dan mematuhi Perjanjian ini;

(b) Penyempurnaan dan pelaksanaan

Perjanjian ini oleh PEMBELI tidak melebihi kuasa PEMBELI atau melanggar apa-apa peruntukan -

(i) undang-undang di bawah

mana PEMBELI adalah tertakluk; atau

(ii) Perlembagaan, Memorandum, Articles atau dokumen penubuhan PEMBELI; atau

(iii) kontrak atau perjanjian di mana PEMBELI menjadi pihak atau di mana PEMBELI adalah terikat;

(c) Segala kebenaran dan lesen yang

perlu berhubung dengan penyempurnaan, pelaksanaan, pengesahan dan penguatkuasaan Perjanjian ini telah pun diperolehi oleh PEMBELI dan adalah berkuatkuasa dan berkesan;

(d) Tidak ada sebarang prosiding,

tindakan mahkamah atau tuntutan yang melibatkan PEMBELI yang wujud atau pada pengetahuan PEMBELI yang diancam terhadap PEMBELI, yang akan memberi kesan buruk yang material kepada perniagaan atau keadaan PEMBELI

Page 8: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

8

SIJ -1

atau yang akan menahan penyempurnaan atau pelaksanaan Perjanjian ini; dan

(e) PEMBELI tidak mempunyai sebarang

liabiliti kontingen atau lain-lain obligasi kewangan yang material secara aggregatnya melainkan yang telah dinyatakan dalam penyata kewangan dan lain-lain data yang dibekalkan oleh PEMBELI kepada MPOB.

11. AUDIT DAN REKOD 11.1 PEMBELI hendaklah menyenggarakan buku

akaun, rekod, dokumen dan apa-apa bukti lain berhubungan pematuhan Perjanjian ini.

11.2 PEMBELI hendaklah membenarkan MPOB,

pegawai atau mana-mana pihak lain yang diberi kuasa untuk melawat PEMBELI di premisnya atau premis di bawah kawalannya pada waktu bekerja dan mempunyai akses kepada rekod dan maklumat termasuk rekod penggunaan Jentera dan kewangan PEMBELI bagi tujuan pematuhan Skim ini.

12. PENAMATAN 12.1 MPOB boleh menamatkan Perjanjian ini

dengan menyerahkan notis penamatan secara bertulis kepada pihak PEMBELI dan notis penamatan itu hendaklah berkuatkuasa pada akhir tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis penamatan itu jika –

(a) PEMBELI melanggar obligasi atau

tanggungawab mereka menurut Perjanjian ini dan pelanggaran itu tidak diperbetulkan dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh perlanggaran itu;

(b) sekiranya mana-mana representasi dan waranti yang diberi oleh PEMBELI di bawah Perjanjian ini didapati tidak benar keseluruhannya, tidak betul atau mengelirukan selagi mana Perjanjian ini berkuat kuasa;

(c) sekiranya terdapat rasuah, penipuan (fraud) atau salahnyata (misrepresentation) dalam pelaksanaan obilgasi PEMBELI menurut Perjanjian ini;

(d) sekiranya PEMBELI tidak lagi menjalankan perniagaan yang menggunakan Jentera;

(e) sekiranya tindakan tahan harta atau proses pelaksanaan atau lain-lain proses mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang layak dikenakan atau dikeluarkan terhadap mana-mana harta PEMBELI dan tindakan tahan harta tersebut atau proses pelaksanaan atau lain-lain proses tidak dielak dan diselesaikan dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh proses tersebut

dikena atau dikeluarkan; (f) sekiranya sebarang prosiding undang-

undang, guaman atau tindakan diambil terhadap PEMBELI dan MPOB berpendapat (yang pendapatnya adalah muktamad) bahawa prosiding, guaman atau tindakan tersebut menjejaskan atau akan menjejaskan secara material kemampuan PEMBELI membayar balik Pinjaman tersebut dan lain-lain wang yang diakui kena dibayar oleh PEMBELI di dalam Perjanjian ini; atau

(g) sekiranya PEMBELI melanggar mana-mana undang-undang di dalam atau luar Malaysia.

12.2 Walau apa-apa pun yang dinyatakan dalam

Perjanjian ini, MPOB boleh dengan memberi notis tiga puluh hari (30) menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa alasan atau sebab.

12.3 Selepas notis penamatan menurut Fasal 12.1

atau 12.2 Perjanjian ini berkuatkuasa, tiada pihak mempunyai apa-apa hak atau tanggungjawab selanjutnya di bawah Perjanjian ini tetapi ini tidak menjejaskan apa-apa hak atau tanggungjawab kedua-dua pihak di bawah Perjanjian ini sebelum penamatan itu.

12.4 Walau apa-apa pun yang berlawanan dalam

Perjanjian ini, selepas notis penamatan menurut Fasal 12.1 atau 12.2 Perjanjian ini berkuatkuasa, PEMBELI hendaklah jika diarahkan MPOB –

(a) membayar balik semua wang yang

diterima oleh PEMBELI di bawah Skim ini atau MPOB berhak untuk mendapat bayaran semula (clawback) semua Geran yang diterima PEMBELI dan PEMBELI bersetuju untuk membayar balik semua wang itu atau bayaran semula (clawback) semua Geran dalam masa dua (2) minggu daripada tarikh tuntutan;

(b) mengemukan apa-apa dokumen yang perlu diberikan menurut Perjanjian ini kepada MPOB hendaklah diberikan kepada MPOB dalam masa satu (1) minggu dari tarikh efektif penamatan; dan

(c) melaksanakan arahan lain MPOB dalam tempoh yang ditetapkan MPOB.

12.5 Jika PEMBELI gagal untuk membayar kepada

MPOB menurut Fasal 12.4 ianya disifatkan sebagai hutang yang boleh dituntut dalam mahkamah menurut undang-undang.

12.6 Sebagai tambahan kepada hak di bawah

Perjanjian ini, MPOB berhak untuk menyenarai hitam PEMBELI berhubungan dengan Geran atau kerjasama lain dengan MPOB dan/atau

Page 9: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

9

SIJ -1

Kerajaan jika berlaku penamatan di bawah Fasal 12.1 atau 12.2.

12.7 PEMBELI dan Pembekal yang berkenaan adalah bersesama dan berasingan bertanggungan untuk membayar balik dan/atau menanggung kerugian yang dialami MPOBH jika kedua-duanya disabit rasuah, kecuaian, salahlaku, penipuan (fraud) atau salahnyata atau kepalsuan maklumat (misrepresentation).

13. INDEMNITI 13.1 PEMBELI hendaklah, dengan serta-merta,

apabila dituntut oleh MPOB, membayar balik apa-apa kos, kerugian dan kerosakan sama ada secara langsung atau tidak yang ditanggung atau dialami oleh MPOB akibat daripada kecuaian, perbuatan atau peninggalan PEMBELI yang timbul daripada Perjanjian ini.

13.2 Fasal ini hendaklah wujud walaupun Perjanjian

ini ditamatkan. 14. PENGGANTUNGAN PEMBELI 14.1 Jika PEMBELI melakukan sesuatu yang

menyebabkan Perjanjian ini boleh ditamatkan, sebagai tambahan kepada haknya yang lain, MPOB berhak untuk menggantung PEMBELI dalam Skim ini tertakluk kepada terma daa syarat yang ditentukan MPOB yang mengakibatkan yang berikut:

(a) PEMBELI tidak lagi boleh membeli Jentera

dalam Skim OPIMIS; (b) lain-lain akibat yang ditentukan MPOB.

15.1 KERJASAMA BUKAN PERKONGSIAN 15.1 Tiada apa-apa dalam Perjanjian ini yang

disifatkan sebagai melahirkan perkongsian di antara kedua-dua pihak dan tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk mengikat pihak yang lain dan tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk menjadi ejen bagi pihak yang lain.

16. KERAHSIAAN 16.1 PEMBELI tidak boleh menzahirkan dengan apa

cara pun kepada pihak ketiga tanpa keizinan bertulis MPOB mengenai kandungan Perjanjian ini.

17. KEBOLEHASINGAN 17.1 Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini

menjadi tak sah atau menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa-apa keadaan di bawah undang-undang Malaysia, keesahan peruntukan yang lain dalam Perjanjian ini tidak terjejas.

18. UNDANG-UNDANG TERPAKAI 18.1 Perjanjian ini disifatkan sebagai sebuah kontrak

yang dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan hendaklah bagi semua tujuan ditentukan oleh undang-undang Malaysia.

19. PERJANJIAN INI MENGGANTIKAN SEMUA

PERJANJIAN LAIN 19.1 Perjanjian ini merupakan semua dan segala

perjanjian di antara pihak-pihak ini mengenai hal perkara yang dinyatakan dalam ini dan apa-apa dan semua representasi, waad-waad, akujanji, waranti dan Perjanjian sama ada secara lisan atau tidak sebelum ini adalah dibatalkan dan diganti dengan Perjanjian ini.

20. MASA ADALAH INTIPATI 20.1 Apa-apa tarikh, masa atau tempoh dalam

Perjanjian ini hendaklah disifatkan sebagai intipati Perjanjian ini.

21. PENGGANTI DIIKAT 21.1 Perjanjian ini mengikat likuidator, penerima,

wakil, penerima (serahhak) yang diizinkan dan pengganti dalam hakmilik setiap pihak dalam Perjanjian ini.

21.2 Tanggungan dan/atau obligasi yang

diwujudkan dalam Perjanjian ini hendaklah terus menjadi sah dan mengikat bagi semua tujuan.

22. TIADA TOLAKAN 22.1 PEMBELI tidak boleh menolak atau menahan

apa-apa amaun yang kena dibayar pada tarikh yang sepatutnya dibayar dalam apa hal keadaan sekalipun dan PEMBELI hendaklah membayar amaun tersebut dengan penuh.

23. PELEPASAN 23.1 Tiada kegagalan untuk menjalankan atau tiada

kelewatan dalam menjalankan apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan oleh mana-mana pihak boleh menghalang apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan yang lain. Hak dan remedi yang diperuntukkan dalam Perjanjian ini adalah kumulatif dan tidak menjadi habis oleh hak dan remedi yang selainnya diperuntukkan oleh undang-undang.

24. NOTIS 24.1 Apa-apa notis atau komunikasi yang akan diberi

di bawah Perjanjian ini hendaklah diserahkan secara peribadi atau dihantar melalui pos atau secara faks atau emel. Alamat bagi penyerahan setiap pihak adalah seperti alamat di bawah;

Page 10: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

10

SIJ -1

Pusat Penjenteraan Ladang Stesen Penyelidikan Usahasama MPOB/UKM Jalan Sekolah, Pekan Bangi Lama, 43000 Kajang Selangor Tel: 03-89201504 Fax: 03-89261852 E-mail: [email protected] Untuk perhatian Ketua Unit Mekanisasi Ladang PEMBELI Sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 24.2 Notis atau komunikasi hendaklah disifatkan sebagai diserahkan seperti yang berikut:

(a) jika dihantar secara peribadi, pada

masa penyerahan; (b) jika dihantar dengan pos, pada

tamatnya tempoh 72 jam selepas sampul surat yang mengandungi notis atau komunikasi itu diserah kepada pihak pos (termasuk peti surat pos);

(c) jika dihantar secara faks, pada masa dihantarkannya; dan

(d) jika dihantar melalui emel, pada masa dihantarkannya.

24.3 Dalam membuktikan penyerahan telah dibuat,

adalah memadai dengan membuktikan bahawa penyerahan secara peribadi dibuat atau bahawa sampul surat yang telah dibayar kos posnya yang mengandungi notis atau komunikasi itu dialamatkan secara betul dan telah diserahkan dalam jagaan pihak pos (termasuk peti surat pos) atau faks telah dihantar dan jawapan balik yang betul dilaporkan, mengikut mana-mana yang berkenaan atau salinan asal emel.

24.4 Setiap pihak hendaklah memaklumkan kepada

semua pihak mengenai apa-apa pertukaran alamat dalam masa empat belas (14) hari pertukaran itu. Tiada pertukaran bagi alamat penyerahan mengikat mana-mana pihak kecuali ianya telah sebenarnya menerima pertukaran alamat bagi penyerahan.

25. DUTI SETEM DAN KOS LAIN 25.1 PEMBELI bertanggungan untuk membayar duti

setem dan kos lain termasuk kos guaman jika diarahkan MPOB berhubungan dengan Perjanjian ini dan tidak boleh menggunakan Pinjaman atau sebahagian daripadanya bagi tujuan ini.

26. PENYERAHHAKAN 26.1 PEMBELI tidak boleh menyerahkan apa-apa hak

di bawah Perjanjian ini kepada mana-mana

orang tanpa persetujuan bertulis terdahulu dari MPOB.

27. PINDAAN PERJANJIAN 27.1 Perjanjian ini boleh dipinda dengan

persetujuan bertulis kedua-dua pihak kecuali perkara-perkara dalam Perjanjian ini yang hanya memerlukan keputusan, ketentuan atau kelulusan MPOB.

28. PELBAGAI 28.1 Tajuk-tajuk yang digunakan dalam Perjanjian

ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan tidak menyentuh tafsiran Perjanjian ini.

28.2 Setiap individu yang menyempurnakan

Perjanjian ini bagi pihak dalam Perjanjian ini mewakili dan mewajarkan bahawa dia diberi kuasa sepenuhnya oleh pihak itu untuk menyempurnakan Perjanjian ini dan segala tindakan yang diperlukan untuk memberi kuasa penyempurnaan Perjanjian ini telah diambil oleh pihak itu.

28.3 Setiap jadual, appendiks dan lampiran dalam

Perjanjian ini dan mukadimahnya adalah merupakan sebahagian daripada Perjanjian ini.

28.4 Istilah mufrad termasuk istilah majmuk dan

sebaliknya. 28.5 Bagi tujuan pengiraan hari, adalah dikira

termasuk hari minggu dan hari cuti umum. 29. TIMBANG TARA 29.1 Apa-apa pertikaian, kontroversi, atau tuntutan

yang timbul daripada Perjanjian ini atau pelanggaran, kemungkiran, penamatan, atau ketaksahan hendaklah diselesaikan dengan cara timbang tara menurut KLRCA Rules for Arbitration.

29.2 Bilangan penimbang tara adalah satu. 29.3 Tempat timbang tara adalah di Kuala Lumpur,

Malaysia. ______________________________________________

Page 11: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

11

SIJ -1

DENGAN INI, pihak-pihak di sini telah menandatangani Perjanjian ini:

DITANDATANGANI untuk dan bagi pihak LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) OLEH

________________________ _________________________________ Nama: Nama: No KP: No KP: Jawatan: Jawatan: dalam kehadiran dalam kehadiran _________________________________ _________________________________ Nama saksi: Nama saksi: No KP: No KP: Jawatan: Jawatan: DITANDATANGANI untuk dan bagi pihak PEMBELI _____________________ ___________________ Nama: Nama:

No KP: No KP Jawatan: Jawatan: dalam kehadiran dalam kehadiran ____________________________ ____________________________ Nama saksi: Nama saksi: Jawatan: Jawatan: No KP: No KP:

Page 12: BORANG PERMOHONAN SKIM OPIMIS (PEMBELI)

(17.11.2016)

12

SIJ -1

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA

(Dikemaskini oleh Pengawal Dokumen)

NO RUJUKAN PEMOHON :

TARIKH TERIMA BORANG PERMOHONAN :

NAMA & TANDATANGAN PEGAWAI YANG MENERIMA BORANG (Data dimasukkan ke dalam sistem)

:

(Dikemaskini oleh Setiausaha)

STATUS : (LULUS / GAGAL / KIV ) – gariskan status permohonan

TARIKH KELULUSAN :

TARIKH SURAT KELULUSAN :

TARIKH MEMO PEMBAYARAN :

SENARAI SEMAK (diisi oleh Pegawai Verifikasi):

NO PERKARA

1 Borang Permohonan (SIJ-1) yang lengkap (Semua)

2 Dokumen sokongan seperti berikut:

Salinan Pendaftaran Pemohon daripada SSM/SKM/dll (Syarikat/Kontraktor/Koperasi)

Salinan geran tanah (Persendirian) atau lesen MPOB (Pekebun Kecil/Estet)

Salinan sebut harga jentera / peralatan daripada pembekal (Semua)

Salinan kontrak kerja (Kontraktor/Koperasi)

Salinan Surat Kelulusan Bank atau Dokumen lain yang ditentukan MPOB Bagi Pembiayaan/Pinjaman, jika berkaitan

Salinan nota penghantaran jentera atau inbois PEMBEKAL kepada PEMBELI (Semua)

NAMA & TANDATANGAN PEGAWAI VERIFIKASI

TANDATANGAN :

NAMA :

TARIKH :