borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pdf filebertajuk pembangunan perisian multimedia...
TRANSCRIPT
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau
disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA TINGKATAN
EMPAT BAGI TAJUK GARAM DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya :
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO 20 LORONG 3, TAMAN LIMAUAN KINARUT, 89600 PAPAR, SABAH.
DR. NORAFFANDY YAHAYA
Tarikh: MEI 2009_
Tarikh: MEI 2009_
MOHAMMAD AZLIZAN BIN LAWI
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
Nama Penyelia
“Saya akui bahawa telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penyelia : DR. NORAFFANDY YAHAYA
Tarikh : 24 APRIL 2009
i
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA TINGKATAN EMPAT
BAGI TAJUK GARAM DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH PEMBELARAN INKUIRI
MOHAMMAD AZLIZAN BIN LAWI
Tesis projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penulis : MOHAMMAD AZLIZAN BIN LAWI
Tarikh : 24 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Istimewa untuk...
Ayahanda dan Bonda..
Lawi Jiris & Dg. Jastih Misdih.
Tidak lupa buat adik-adikku…
Norazian & Mohd Affizan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya serta berkat dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini yang
bertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4
bagi Tajuk Garam.
Setinggi perhargaan saya ucapkan kepada Dr Noraffandy Yahaya selaku
pensyarah pembimbing atas nasihat, tunjuk ajar dan keprihatinan yang diberikan kepada
saya sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak membantu
dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada keluarga yang
telah memberikan semangat dan sokongan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberikan sokongan dan bantuan secara langsung atau tidak langsung
dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Perkembangan teknologi komputer pada zaman ini membawa perubahan besar
kepada masyarakat dunia. Perkembangan ini juga berlaku dalam bidang pendidikan.
Penggunaan Perisian Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah merupakan
suatu perkembangan dalam bidang pendidikan ia juga adalah satu alternatif untuk
menggantikan keadah pengajaran tradisional. Perisian pembelajaran berbantukan
komputer bertajuk Garam dihasilkan bagi membantu pelajar memahami tajuk ini.
Kandungan dalam perisian ini adalah dihasilkan berpandukan sukatan pelajaran Kimia
Tingkatan Empat. Perisian ini dihasilkan berasaskan kaedah pembelajaran inkuiri.
Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Adobe Flash dan beberapa perisian
sokongan yang lain. Diharapkan agar perisian ini dapat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran dikalangan guru dan pelajar.
vi
ABSTRACT
Computer technology development in this era brings changes our world
community. It also occurs in our education system. Computer Aided Instruction’s (CAI)
use in education is was one development in education system and an alternative to
replace traditional education method. Computer Aided Instruction entitled Salt was
develop to help students to understand this subject. This software content is develop by
guided the syllabus of Chemistry Form four. This software is developed based on
inquiry leaning method. This software is developed using Adobe Flash's software and
other support software. Is hoped so that this software can help lesson and learning
process among teachers and students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Rasional Projek 7
1.6 Kepentingan Projek 7
1.7 Skop dan Batasan 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9
1.8.2 Multimedia 9
1.8.3 Simulasi 10
1.8.4 Analisis Kualitatif Garam 10
viii
1.8.5 Garam 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Komputer dan Teknologi dalam Pendidikan 12
2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 13
2.4 Multimedia dalam Pendidikan 16
2.4.1 Elemen-elemen multimedia 17
2.4.1.1 Teks 18
2.4.1.2 Grafik 18
2.4.1.3 Audio 19
2.4.1.4 Video 19
2.4.1.5 Animasi 20
2.4.1.6 Interaktiviti 20
2.5 Teori Pembelajaran 21
2.5.1 Teori Behaviorisme 21
2.5.2 Teori Kognitivisme 23
2.5.3 Teori Konstruktivisme 24
2.5.4 Kekuatan dan Kelemahan Teori 26
Pembelajaran
2.6 Pendekatan Inkuiri 27
2.7 Strategi Pembelajaran 29
2.7.1 Simulasi 29
2.7.2 Permainan 31
2.7.3 Latihtubi 32
2.8 Model Reka Bentuk Perisian 32
2.8.1 Model ADDIE 32
2.8.2 Model ASSURE 33
2.8.3 Model Hannafin & Peck 34
2.8.4 Model Dick & Carey 35
2.8.5 Model Robert Glasea 36
ix
2.8.6 Model Waterfall 37
2.9 Penutup 37
BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN PERISIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Model Reka Bentuk Pembangunan Perisian 39
3.2.1 Model ADDIE 40
3.3 Fasa Analisis 41
3.3.1 Pemilihan Tajuk 41
3.3.2 Skop Tajuk 42
3.3.3 Pengguna Sasaran 42
3.3.4 Matlamat yang ingin dicapai 43
3.3.5 Persekitaran Pembelajaran 44
3.3.6 Pengumpulan Sumber Bahan 44
3.4 Fasa Rekabentuk 45
3.4.1 Carta Alir 45
3.4.2 Teori Pembelajaran 49
3.4.3 Pendekatan Pengajaran 49
3.4.4 Jenis Media dan Teknologi 50
3.5 Fasa Pembangunan 51
3.5.1 Pembinaan Isi Kandungan 51
3.5.2 Mengarang/ Mengaturcara Tajuk 52
3.5.3 Penggunaan Perisian Pembangunan 52
3.5.4 Perisian Sokongan 53
3.5.5 Penggunaan Perkakasan 54
3.5.5.1 Perkakasan Pembangun Perisian 55
3.5.5.2 Spesifikasi Perkakasan Minimum 55
Pengguna
3.6 Fasa Perlaksanaan 56
3.7 Fasa Penilaian 57
3.8 Penutup 57
x
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 58
4.2 Kandungan Perisian 59
4.3 Menu Utama 59
4.4 Paparan Eksperimen 60
4.4.1 Paparan Kandungan Eksperimen 62
4.5 Kuiz 66
4.6 Aktiviti 69
4.7 Glossari 71
4.8 Penutup 72
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN & CADANGAN
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan 73
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi 75
5.4 Kelebihan Perisian 76
5.5 Kekurangan Perisian 77
5.6 Kesimpulan 78
5.7 Cadangan 79
5.8 Penutup 79
RUJUKAN 80
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Aliran Kerja berdasarkan Model ADDIE 40
3.2 Carta Alir Menu Utama Perisian 46
3.3 Carta Alir Menu Eksperimen 47
3.4 Carta Ali Menu Kuiz 48
4.1 Paparan Menu Utama 60
4.2 Paparan Menu Eksperimen 61
4.3 Paparan Ujian Anion 61
4.4 Paparan Pernyataan Masalah 63
4.5 Paparan Hipotesis 63
4.6 Paparan Bahan Kimia 64
4.7 Paparan Prosedur Eksperimen 64
4.8 Paparan Merekod Pemerhatian 65
4.9 Paparan Kesimpulan 65
4.10 Paparan Menu Kuiz 67
4.11 Paparan Soalan Objektif 67
4.12 Paparan Soalan Subjektif 68
4.13 Paparan Soalan Padanan 68
4.14 Paparan Skor Pengguna 69
4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata 70
4.16 Paparan Aktiviti Hangman 70
4.17 Paparan Glossari 71
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah untuk mewujudkan
masyarakat yang berteknologi selaras dengan perubahan zaman industri ke zaman
teknologi maklumat. Ianya juga menjadi semakin dominan disebabkan setiap aspek
kehidupan memerlukan penggunaan komputer.
Menjelang tahun 2010, pakar-pakar meramalkan bahawa semua jenis pekerjaan
akan melibatkan penggunaan komputer. Ini disokong oleh pendapat Irwin (2000), yang
menyatakan bahawa komputer sudah menjadi alat yang diperlukan untuk melibatkan diri
dengan pertukaran maklumat global, perdagangan antarabangsa, pertumbuhan ekonomi
dan pendidikan. Justeru itu, penggunaan komputer dalam bidang pendidikan seharusnya
tidak menjadi suatu perkara yang asing.
2
Untuk meningkatkan lagi pengintegrasian komputer dalam pendidikan, pelbagai
usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melaksanakan
penggunaan komputer khususnya Teknologi Multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara usaha yang dilakukan adalah Projek sekolah bestari. Sekolah
bestari ini bertanggungjawab untuk menyediakan generasi baru yang mampu
mengharungi cabaran dunia baru teknologi maklumat dan mampu bersaing dengan
negara-negara membangun yang lain.
.
Pelaksanaan Sekolah Bestari ini juga menukar cara pengajaran di sekolah
daripada kaedah tradisional kepada kaedah pengajaran yang berasaskan teknologi moden
dan canggih. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan
pelajar yang mana pelajar aktif untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Fokus utama Sekolah Bestari adalah kepada kurikulum seperti
pembelajaran koperatif, berfikiran kritis dan pengembangan kreativiti, kerohanian, sikap
dan nilai, pengembangan pelbagai kecerdasan rekreasi, pengayaan diri dan khidmat serta
kemahiran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang cemerlang, dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan juga sahsiah.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris juga telah meningkatkan lagi penggunaan komputer khususnya teknologi
multimedia di sekolah. Pengintegrasian elemen-elemen multimedia seperti grafik,
animasi, audio dan video digital ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
menarik minat pelajar untuk belajar.
Oleh yang demikian aplikasi Teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bukanlah suatu perkara yang mustahil dan sukar untuk dilaksanakan.
3
Sekiranya semua pihak dapat mengembleng tenaga demi menjayakan proses pengajaran
dan pembelajaran menggunakan teknologi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bidang sains khususnya matapelajaran kimia merupakan matapelajaran yang
menyeronokkan kerana ia banyak berkait rapat dan sebati dalam hidup kita. Tetapi
matapelajaran kimia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipelajari kerana ianya adalah
bersifat abstrak dan memerlukan daya pemahaman yang mendalam dan imaginasi yang
tinggi untuk memahami sesuatu teori dan konsep. Keadaan ini juga menyebabkan
kebanyakkan pelajar di sekolah sukar untuk menguasai matapelajaran kimia dengan
baik.
Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang tidak berminat dengan sains
khususnya kimia merasakan bahawa matapelajaran ini suatu yang membebankan kerana
kebanyakkan konsep dan teori adalah abstrak dan sukar untuk difahami (Subahan,
1999). Selain itu juga proses yang berlaku di dalam kimia juga tidak boleh dilihat
dengan menggunakan mata kasar, ini memerlukan imaginasi yang tinggi. Kesukaran
untuk mengaitkan teori dalam kehidupan seharian juga membuatkan pelajar merasa
bosan untuk mempelajari matapelajaran kimia.
Berdasarkan sukatan pelajaran kimia tingkatan empat, terdapat beberapa topik
yang memerlukan tumpuan yang lebih mendalam kerana ianya adalah sukar bagi pelajar.
Antara topik yang perlu difokuskan adalah topik elektrokimia, asid dan bes, struktur
atom dan garam. Topik ini sering kali menyebabkan masalah kepada pelajar dan terdapat
4
kekeliruan atau miskonsepsi yang berlaku kepada pelajar. Kejadian miskonsepsi ini
menyebabkan pelajar membentuk idea mereka sendiri yang tidak selaras dengan konsep
kimia yang sebenar (Lilia Halim et al, 2002).
Penggunaan bahan pengajaran yang kurang menarik serta pengajaran guru yang
masih menggunakan kaedah tradisional tidak mampu menarik minat untuk mempelajari
matapelajaran kimia. Pelajar juga tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan
konsep dalam kehidupan seharian mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
aktif mampun untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran kimia
berbanding menggunakan kaedah tradisional. Menurut Chiapetta, Collette dan Koballa
(1998), berdasarkan pandangan ahli psikologi dan teori pembelajaran, pelajar yang
meminati sains atau kimia adalah pelajar yang menganggapkan pembelajaran merupakan
suatu proses yang bermakna bagi dirinya.
Pembelajaran bermakna berlaku apabila pelajar itu sendiri diberi peluang untuk
terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pelajar diberi
peluang untuk membandingkan maklumat yang baru dengan pengetahuan sedia ada.
(Driver, Squires, Rushworth, Wood-Robinson, 1994). Oleh itu, keadah pengajaran kimia
perlu diubahsuai daripada kedah tradisional kepada pembelajaran aktif atau
pembelajaran bermakna.
Penggunaan perisian PBK dalam pendidikan dilihat suatu jalan yang terbaik
untuk menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik dalam matapelajaran kimia
khususnya dan matapelajaran sains amnya. Perisian PBK juga dapat memberikan
peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. PBK juga dilihat dapat meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam
matapelajaran kimia selain mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran guru. Ini terbukti
dengan beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini.
5
Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengukur keberkesanan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Daripada
kajian yang dilakukan keseluruhannya menyatakan bahawa penggunaan teknologi
multimedia dalam pendidikan adalah memberikan kesan positif berbanding kaedah
pengajaran tradisional. (Wang dan Seleman, 1994).
Kulik, Bergert dan William (1983) membuat kajian tentang keberkesanan
penggunaan PBK terhadap 48 orang pelajar. Hasilnya seramai 39 orang pelajar yang
menggunakan komputer memperoleh markah yang lebih tinggi berbanding dengan
pelajar yang menggunakan kaedah tradisional.
Robyler (1988) dalam penelitiannya ke atas literatur berkenaan keberkesanan
mikrokomputer dalam pendidikan mendapati PBK dapat memberikan kesan yang
signifikan dan positif terhadap pembelajaran pelajar.
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan penggunaan perisian PBK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan berbanding penggunaan
kaedah tradisional. Keadah ini juga membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam
proses pembelajaran dan pelajar dapat menerima pembelajaran adalah suatu bermakna
bagi dirinya. Penggunaan perisian PBK juga dijangka mampu untuk menyelesaikan
kekeliruan ataupun miskonsepsi yang berlaku dikalangan pelajar. Namun begitu,
diingatkan bahawa penggunaan teknologi multimedia tidak dapat menggantikan guru
sebagai perantaraan proses pengajaran dan pembelajaran tetapi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan, teratur dan efektif.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah yang berlaku dalam pembelajaran subjek kimia adalah, pelajar sukar
untuk memahami topik bagi eksperimen analisis kualitatif garam dalam Bab 8 Kimia
tingkatan 4 banyak ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti sesuatu garam tersebut.
Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelajar untuk menentukan sesuatu garam.
Oleh itu, satu perisian pembelajaran berbantukan komputer yang berasaskan
CD-ROM dibangunkan untuk mendedahkan kepada terlebih dahulu kepada pelajar
tentang eksperimen yang dilakukan sebelum menjalankan eksperimen sebenar.
1.4 Objektif Projek
Membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer yang
mengandungi elemen-elemen multimedia bagi matapelajaran kimia tingkatan 4,
eksperimen Analisis Kualitatif Garam dalam Bab 8 tajuk Garam.
7
1.5 Rasional Projek
Matapelajaran sains khususnya kimia adalah berkait rapat dengan kehidupan
seharian kita. Kita seharusnya memahami, mendalami konsep-konsep dalam
matapelajaran kimia untuk dipraktikan dalam kehidupan. Tetapi kebanyakkan
masyarakat khususnya pelajar sekolah kurang memahami teori dan konsep dalam
matapelajaran kimia.
Dalam kehidupan kita, masyarakat beranggapan bahawa garam merupakan bahan
yang berasa masin dan digunakan sebagai perasa dalam makanan. Tetapi dalam kimia
garam bukanlah seperti apa yang dianggapkan oleh kita. Garam dalam kimia terdiri
daripada berbagai-bagai jenis dan warna.
Jenis-jenis garam ini boleh ditentukan melalui ujian yang dijalankan. Penentuan
garam ini juga melibatkan banyak prosedur dan ia boleh mengelirukan pelajar tentang
tindak balas yang dijalankan. Eksperimen untuk penentuan garam ini juga memerlukan
masa yang agak panjang dan memerlukan kemahiran saintifik yang tinggi.
Oleh sebab itu, perisian ini dibangunkan bagi membantu guru untuk
menyampaikan pengajaran dengan teratur dan efektif bagi topik eksperimen Analisis
Kualitatif Garam.