borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELEMAHAN PENCAPAIAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM
MATA PELAJARAN KEJURUTERAAN JENTERA ( KJ )
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KEMAMAN,
TERENGGANU.
SESI PENGAJIAN: Semester 2 Sesi 2003/2004
Saya : MD.ZAINI BIN MD.LAZIN @ MD.LAZIM (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (√ )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya/kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : .......................................................................
Nama Penyelia : En.Yusri bin Kamin
Tarikh : ......................................................................
* Potong yang tidak berkenaan
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELEMAHAN PENCAPAIAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM MATA PELAJARAN
KEJURUTERAAN JENTERA ( KJ ) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
KEMAMAN, TERENGGANU.
MD.ZAINI BIN MD.LAZIN @ MD.LAZIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2004
ii
iii
DEDIKASI
Al-Fatihah
ALLAHYARHAM HJ. MD.LAZIN @ MD.LAZIM BIN HJ. YUNUS
ALLAHYARHAM HJ.WAN SULAIMAN BIN HJ.CHE SAMAD
( Ayahanda )
HJH.KHALIJAH BT HJ.AWANG
HJH WOOK BT HJ.DRIS
( Bonda )
WAN NORAINI BT WAN SULAIMAN
( Isteri )
MUHAMMAD UZAINI ZARIZI BIN MD.ZAINI
MUHAMMAD UZAINI ZAHINI BIN MD.ZAINI
( Anakanda )
Dan semua adik beradik yang dikasihi, segala budimu tetap dikenang sepanjang
hayat. Pengorbanan, dorongan dan sokongan daripada kalian telah menguatkanku
menempuh cabaran dan mengajar erti ketabahan. Kejayaan ini adalah untuk kita
semua.
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi yang Mahakuasa kerana dengan limpah dan kurniaNya
dan dengan izinNya, laporan ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya En. Yusri Bin Kamin yang tidak
pernah mengenal erti jemu dalam memberi tunjukajar, bimbingan , nasihat dan
teguran sepanjang menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pengetua Sekolah Menengah
Teknik Kemaman dan guru-guru matapelajaran Kejuruteraan Jentera disekolah
tersebut yang telah bersusah payah membantu saya ketika proses pengumpulan data
dijalankan.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
Semoga Allah akan membalas segala budi dan sumbangan yang telah mereka berikan.
v
ABSTRAK
Kajian secara deskriptif ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kelemahan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kejuruteraan
Jentera. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat di
Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu. Populasi kajian adalah lima puluh
lapan orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Kejuruteraan Jentera. Kaedah
yang dipilih oleh penyelidik adalah menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian
SPSS 11.5 ( Statistical Package For Sosial Science ) dan data telah dinyatakan dalam
bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa
kemerosotan pencapaian matapelajaran Kejuruteraan Jentera adalah dipengaruhi oleh
faktor sikap pelajar dan faktor kemudahan yang disediakan disekolah. Manakala
faktor guru, faktor minat dan faktor isi kandungan matapelajaran tidak mempengaruhi
kemerosotan pencapaian pelajar. Sebagai kesimpulan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Kejuruteraan Jentera ini boleh dipertingkatkan lagi sekiranya faktor sikap
pelajar dan faktor kemudahan sekolah diberikan tumpuan serta penekanan
sepenuhnya.
vi
ABSTRACT
This descriptive study was conducted to identify factors that influence students
achievement in Mechanical Engineering subject. The subject stands from the Form
Four students of Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu. About fifty-eight
of the Form Four Mechanical Engineering students are involved in this study. The
data were collected and processed using Statistical Package For Social Science for
Windows Release 11.5 (SPSS software) and the findings presented by percentage and
frequency. The findings show that the students’ achievements are influenced by factor
of attitude and factor of learning facilities. However the factor of teachers, factor of
interest and factor of subject syllabus have already fulfilled the needs of students. As
a conclusion, the achievement of students in Mechanical Engineering can be
improved if the factors that still haven’t got any attention by the students are
emphasized and are given full attention by the school.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN TATANAMA xiii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Minat 8
1.8.2 Sikap 8
viii
1.8.3 Kemudahan 8
1.8.4 Pengajaran 9
1.8.5 Mata Pelajaran Kejuruteraan Jentera 9
II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar 11
2.1.1 Faktor Minat Pelajar 12
2.1.2 Faktor Sikap Pelajar 13
2.1.3 Faktor Guru 15
2.1.4 Faktor Kemudahan Yang Disediakan
Di sekolah 18
2.1.5 Faktor Isi Kandungan Pelajaran ( Kurikulum ) 20
III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 22
3.1 Reka Bentuk Kajian 22
3.2 Tempat Kajian 23
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 23
3.4 Instrumen Kajian 24
3.5 Tatacara Kajian 25
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 26
3.7 Analisis Data 27
IV ANALISA DATA
4.0 Pengenalan 29
4.1 Bahagian A
4.1.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 30
4.1.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keturunan 30
4.1.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa/Penjaga 31
4.1.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Peringkat
Pendidikan Ibubapa/Penjaga
4.1.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keputusan
Matapelajaran Matematik PMR. 32
ix
4.1.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Markah.
Matapelajaran KJ Dalam Peperiksaan Penggal
Pertama 32
4.2 Bahagian B
4.2.1 Adakah Faktor Minat Mempengaruhi Pencapaian
Dalam Matapelajaran KJ. 33
4.2.2 Adakah Faktor Sikap Mempengaruhi Pencapaian
Dalam Matapelajaran KJ. 35
4.2.3 Adakah Faktor Kemudahan Mempengaruhi
Pencapaian Dalam Matapelajaran KJ. 37
4.2.4 Adakah Faktor Guru Mempengaruhi Pencapaian
Dalam Matapelajaran KJ. 39
4.2.5 Adakah Faktor Isi Kandungan Mempengaruhi
Pencapaian Dalam Matapelajaran KJ. 41
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Perbincangan Kajian
5.2.1 Adakah Faktor Minat Pelajar Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Kejuruteraan Jentera. 44
5.2.2 Adakah Faktor Sikap Pelajar Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Kejuruteraan Jentera. 45
5.2.3 Adakah Faktor Pengajaran Guru Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Kejuruteraan Jentera. 46
5.2.4 Adakah Faktor Kemudahan Pelajar Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Kejuruteraan Jentera. 46
5.2.5 Adakah Faktor Isi Kandungan Pelajaran
x
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Kejuruteraan Jentera. 47
5.3 Rumusan 48
5.4 Cadangan 49
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 50
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 51
LAMPIRAN A ( SURAT KEBENARAN EPRD ) 55
LAMPIRAN B ( SURAT KEBENARAN JPN
TERENGGANU ) 56
LAMPIRAN C ( SURAT PERMOHONAN UNTUK
MENJALANKAN KAJIAN ) 57
LAMPIRAN D ( SURAT KEBENARAN
MENJALANKAN KAJIAN DARI
PIHAK UTM ) 58
LAMPIRAN E ( BORANG SOAL SELIDIK ) 59
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1.1 Analisis peperiksaan Pengajian Kejuruteraan
Jentera SPM 1999. 3
Jadual 1.2 Analisis bilangan pelajar yang mendapat kepujian
( A1 – C6 ) Dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan
empat bagi matapelajaran Kejuruteraan Jentera di
Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu
dari 1999 hingga 2002. 4
Jadual 1.3 Analisis bilangan pelajar yang mendapat kepujian
( A1 – C6 ) Dalam peperiksaan SPM bagi
matapelajaran Kejuruteraan Jentera di Sekolah
Menengah Teknik Kemaman, Terengganu dari
1997 hingga 2002. 4
Jadual 3.1 Faktor Kajian Dan Taburan Nombor Item Soalan 24
Jadual 3.2 Skala Likert 25
Jadual 3.3 Pengkelasan Skala Likert 28
Jadual 3.4 Pemarkatan Skala Likert Yang Dimudahkan 28
Jadual 4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 30
Jadual 4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keturunan 30
Jadual 4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pekerjaan Bapa/Penjaga 31
Jadual 4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Peringkat Pendidikan
Ibubapa/Penjaga 31
Jadual 4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keputusan
Matapelajaran Matematik PMR. 32
Jadual 4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Markah
xii
Matapelajaran KJ Dalam Peperiksaan Penggal Pertama. 32
Jadual 4.7 Respon pelajar terhadap faktor minat mempengaruhi
pencapaian dalam matapelajaran KJ. 33
Jadual 4.8 Respon pelajar terhadap faktor sikap mempengaruhi
pencapaian dalam matapelajaran KJ. 35
Jadual 4.9 Respon pelajar terhadap faktor kemudahan mempengaruhi
pencapaian dalam matapelajaran KJ. 37
Jadual 4.10 Respon pelajar terhadap faktor guru mempengaruhi
pencapaian dalam matapelajaran KJ. 39
Jadual 4.11 Respon pelajar terhadap faktor isi kandungan mempengaruhi
pencapaian dalam matapelajaran KJ. 41
xiii
SENARAI SINGKATAN TATANAMA
EPRD - Education Palanning And Research Department
( Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan )
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KJ - Kejuruteraan Jentera
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SPSS - Statistical Package Of Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan.
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan menuju ke arah
sebuah negara maju. Jika direnung kembali segala perubahan yang berlaku dari setahun
ke setahun bermula dari mula merdeka hingga kini, Malaysia telah banyak berubah dalam
segala aspek. Untuk mencapai hasrat menjadikan Malaysia pusat pendidikan bertaraf
dunia maka perubahan perlu dilakukan. Perubahan yang dilakukan perlu agar masyarakat
Malaysia mampu berfikir dan bersaing di peringkat global.
Menurut Ee Ah Meng ( 1994 ), manusia yang kamil sentiasa berani dan tabah
menguasai pelbagai jenis perubahan. Banyak perubahan yang berlaku sama ada dalam
bidang sains dan teknologi mahupun pendidikan. Sejajar dengan Wawasan 2020 untuk
membentuk masyarakat yang maju dalam bidang industri dan perdagangan, maka
pembangunan sumber manusia hendaklah dimulai dari sekarang. Bagi memenuhi
tuntutan ini, maka kurikulum sekolah, maktab dan universiti hendaklah diubah. Lantaran
itu, komponen perkembangan dan perlaksanaan kurikulum dalam struktur pelajaran asas
pendidikan turut diberi penekanan baru.( Ee Ah Meng , 1994 )
Fenomena yang berlaku sekarang menyebabkan cara menilai kejayaan seseorang
dalam pelajaran sudah berbeza. Ibubapa akan berbangga jika anak mereka berjaya dengan
cemerlang dalam semua peringkat peperiksaan. Oleh itu pelbagai usaha dilakukan supaya
anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan. Berjaya dalam peperiksaan akan
2
mencerahkan peluang untuk terus melanjutkan pelajaran dan lebih mudah menempuh
cabaran hidup di masa hadapan. Kebiasaannya pelajar yang mencapai kelulusan yang
cemerlang dianggap sebagai pelajar yang berjaya, manakala pelajar yang tidak
menunjukkan prestasi pencapaian yang baik dianggap sebagai pelajar yang lemah.
Ee Ah Meng ( 1994 ), menyatakan penilaian kurikulum boleh dilakukan dalam
pelbagai peringkat kategori individu yang berlainan. Pihak berkuasa mungkin ingin tahu
sejauh manakah keberkesanan kurikulum itu secara keseluruhannya. Guru akan menilai
dari segi pencapaian murid-muridnya. Murid-murid pula akan membuat penilaian tentang
apa yang mereka telah pelajari dan setakat mana mereka telah mencapai objektif-objektif
yang ditentukan. Pihak ibubapa pula akan menilai keberkesanan kurikulum menerusi
pencapaian anak mereka.
Kejayaan pelajar menguasai ilmu dalam bidang sains dan teknologi merupakan
aset yang paling berharga bagi sesebuah negara. Pelajar merupakan pemangkin kepada
pembangunan teknologi serta pelapis kepada kepimpinan negara di masa akan datang.
Kementerian Pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan ahli
teknologi yang mantap dan cemerlang. Untuk mencapai hasrat ini penguasaan mata
pelajaran sains dan teknologi perlu dipupuk dan disemai di peringkat awal lagi.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa setiap pelajar wajib
mengambil sekurang-kurangnya satu matapelajaran dari kumpulan II ( Vokasional dan
Teknologi ) yang terdiri daripada Perinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains
Pertanian, Ekonomi Rumahtangga, Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan
Jentera, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,
Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Negara Malaysia telah berubah dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada
sebuah negara industri dalam menuju wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju. Untuk
mencapai hasrat tersebut, langkah awal yang diambil ialah mewujudkan banyak pusat
latihan bagi menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir. Sekolah
menengah Teknik adalah salah satu pusat pendidikan yang akan melahirkan pelajar-
pelajar yang berpengetahuan asas mengenai kemahiran tertentu yang bakal menyumbang
kepada kemajuan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) telah mensasarkan 60 peratus pelajar
sains memasuki universiti tempatan dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan
datang ( Utusan Malaysia 1 Mac 2000 ). Kelemahan pelajar untuk menguasai
matapelajaran sains dan teknologi sudah tentulah akan menimbulkan masalah kepada
mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Matapelajaran
teknologi adalah salah satu matapelajaran wajib diikuti oleh pelajar aliran teknik dan
vokasional. Mata pelajaran ini boleh dianggap sebagai salah satu matapelajaran yang
agak sukar untuk dikuasai oleh pelajar.
Jadual 1.1 : Analisis peperiksaan Pengajian Kejuruteraan Jentera SPM 1999.
Mata pelajaran Bil. Ambil Peratus peringkat Peratus
Jumlah
Sangat Baik ( 1 & 2 )
Kepujian ( 3 & 6 )
Lulus ( 7 & 8 ) Lulus
Peng.Kejuruteraan Jentera 2714 1.5 33.0 58.8 93.3
Merujuk Jadual 1.1, sebahagian besar pelajar yang mengambil matapelajaran
teknologi tidak menunjukkan prestasi pencapaian yang baik dalam matapelajaran
Kejuruteraan Jentera (KJ). Kegagalan pelajar untuk menguasai matapelajaran ini,
menjadi penghalang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
4
khususnya dalam bidang Kejuruteraan Jentera. Pencapaian pelajar yang rendah dalam
matapelajaran KJ ini menggambarkan wujudnya beberapa masalah yang telah dihadapi
oleh pelajar untuk menguasai matapelajaran tersebut. Begitu juga dalam analisis
peperiksaan akhir tahun tingkatan empat di SMT Kemaman sepanjang tiga tahun lalu,
dapat diperhatikan bahawa keputusan pelajar yang mendapat kepujian dalam mata
pelajaran KJ adalah rendah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.2.
Jadual 1.2 : Analisis bilangan pelajar yang mendapat kepujian ( A1 – C6 ) Dalam
peperiksaan akhir tahun tingkatan empat bagi matapelajaran Kejuruteraan Jentera di
Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu dari 1999 hingga 2002.
Jumlah % Kepujian Cemerlang GRED
Tahun Calon Lulus %( 1 - 6 ) %( 1 & 2 ) 1A 2A
2000 35 97.1 54.3 0.0 0 0
2001 138 56.4 12.9 0.0 0 0
2002 112 83.0 33.9 0.9 0 1
Jadual 1.3 : Analisis bilangan pelajar yang mendapat kepujian ( A1 – C6 ) Dalam
peperiksaan SPM bagi matapelajaran Kejuruteraan Jentera di Sekolah Menengah Teknik
Kemaman, Terengganu dari 1997 hingga 2002.
Jumlah % Kepujian Cemerlang GRED
Tahun Calon Lulus %( 1 - 6 ) %( 1 & 2 ) 1A 2A
1997 63 58.73 33.33 1.59 0 1
1998 35 28.57 68.57 2.86 0 1
1999 36 72.22 11.11 0.00 0 0
2000 68 51.47 48.53 0.00 0 0
2001 35 48.57 22.86 0.00 0 0
2002 139 51.08 24.46 0.72 0 1
5
Merujuk jadual 1.1, jadual 1.2 dan jadual 1.3, keputusan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran KJ adalah rendah. Fenomena sebegini seharusnya tidak perlu dibiarkan
berterusan, ia amat perlu dibuat satu kajian mengenalpasti masalah yang timbul di
kalangan pelajar KJ.
Keputusan peperiksaan menunjukkan terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi keputusan pencapaian akademik pelajar dalam matapelajaran ini.
Sekiranya fenomena ini berterusan, hasrat negara untuk menjadi pusat kecemerlangan
akademik di rantau ini akan terbantut.
Adakah faktor-faktor seperti minat, sikap, kemudahan,guru dan sukatan pelajaran
mempengaruhi pencapaian dalam peperiksaan. Melalui analisis pengkaji menunjukkan
perlu untuk menjalankan kajian ini untuk mengenalpasti faktor yang terlibat.
1.3 Pernyataan Masalah
Pencapaian akademik seseorang pelajar diukur melalui penilaian ujian
peperiksaan sekolah dan peperiksaan umum seperti UPSR, PMR, SPM, SPMV dan
STPM, yang mana menjadi penentu hala tuju masa depan pelajar tersebut. Berjaya atau
gagal seseorang pelajar itu akan dihubungkaitkan dengan faktor yang mempengaruhi
seperti suasana pembelajaran difokuskan kepada guru, sikap pelajar terhadap pengajaran
dan pembelajaran, minat pelajar terhadap matapelajaran itu, kemudahan pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan dan isi kandungan sukatan pelajaran tersebut. Sehubungan
itu pengkaji ingin mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan
pencapaian pelajar tingkatan empat dalam matapelajaran KJ di SMT Kemaman,
Terengganu.
6
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini ialah
i. Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
matapelajaran KJ?
ii. Adakah faktor sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
matapelajaran KJ?
iii. Adakah faktor kemudahan yang disediakan pihak sekolah memepengaruhi
pencapaian pelajar dalam matapelajaran KJ?
iv. Adakah faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
matapelajaran KJ?
v. Adakah faktor isi kandungan sukatan pelajaran mempengaruhi pencapaian
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran KJ?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kelemahan pencapaian pelajar tingkatan empat kursus Kejuruteraan Jentera dalam
matapelajaran Kejuruteraan Jentera. Di antara objektif kajian ialah:-
i. Mengenalpasti adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam matapelajaran KJ.
ii. Mengenalpasti adakah faktor sikap mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam matapelajaran KJ.
iii. Mengenalpasti adakah faktor kemudahan yang disediakan pihak sekolah
memepengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran KJ.
iv. Mengenalpasti adakah faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam matapelajaran KJ.