borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · borang pengesahan status tesis ... (peka) dalam...

25
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya AZHAR B. HAMZAH @ YA ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap BLOK E-55, EN. MOHD ALI B. IBRAHIM TAMAN RANTAU MAS, 17200 RANTAU PANJANG, KELANTAN. Tarikh : APRIL 2006 Tarikh : APRIL 2006 TAHAP KEBERKESANAN PEKA DALAM MATA PELAJARAN SAINS TULEN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL:

SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya AZHAR B. HAMZAH @ YA ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap BLOK E-55, EN. MOHD ALI B. IBRAHIM TAMAN RANTAU MAS, 17200 RANTAU PANJANG, KELANTAN. Tarikh : APRIL 2006 Tarikh : APRIL 2006

TAHAP KEBERKESANAN PEKA DALAM MATA PELAJARAN SAINS TULEN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : EN. MOHD ALI B. IBRAHIM

Tarikh : April, 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

TAHAP KEBERKESANAN PEKA DALAM MATA PELAJARAN SAINS TULEN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH

JOHOR BAHRU, JOHOR

AZHAR B. HAMZAH @ YA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : AZHAR B. HAMZAH @ YA

Tarikh : April 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

iii

Untuk kedua ibubapa yang disayangi,

Hamzah @ Ya B. Husin dan Rafiah Bt. Ibrahim,

Kasih sayang dan berkat doa serta dorongan mu

menjadi petunjuk untukku berjaya

Untuk adik-beradik dan anak-anak buah dikasihi,

Kak Sue, Abg Razak, Izham, Atirah, Syafiqah,

Abg Adi, Kak Eli, Jamil, Kak Long,

Yati dan Mat

serta yang teristimewa Zai

yang banyak menjadi sumber inspirasiku dalam

menempuhi perjalanan hidup

tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan,

akan kuingati sepanjang hayatku....

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.........

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

penulis menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya serta selawat serta

salam keatas junjungan Baginda Rasullullah S.A.W.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah di

Fakulti Pendidikan, UTM terutamanya buat pensyarah pembimbing En Mohd Ali B.

Ibrahim di atas bimbingan, tunjuk ajar dan galakan tanpa jemu yang diberikan

sepanjang proses penyelidikan ini.

Kerjasama daripada guru-guru, pelajar serta pentadbir sekolah-sekolah yang

terlibat di daerah Johor Bahru didahului dengan jutaan terima kasih.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung menyiapkan laporan projek sarjana muda ini.

Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian......Insyallah.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan Penaksiran Kerja

Amali Sains (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses

sains dan kemahiran manipulatif, dan aspek nilai murni dalam mata pelajaran sains tulen

di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Responden kajian terdiri daripada 130

orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Kimia, Fizik dan Biologi. Alat kajian

yang digunakan ialah soal selidik mengandungi 30 item bagi mengukur tahap

keberkesanan PEKA terhadap aspek-aspek yang dikaji. Nilai kebolehpercayaan alat

kajian soal selidik ialah 0.89 pada skala Alpha Cronbach. Analisis deskriptif digunakan

untuk menganalisis data. Data kajian di analisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 13.0. Secara keseluruhannya

tahap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan kefahaman konsep sains (min 2.96,

sisihan piawai 0.46), kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (min 3.53,

sisihan piawai 0.49), dan nilai murni (min 3.63, sisihan piawai 0.42) di kalangan pelajar

adalah berada di tahap sederhana.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the Science Practical Work Interpretation

(PEKA) efficiency level in enhancing the understanding of science concept, science

process skills and manipulative skills, and good value aspect in pure science subject

among the secondary school students. Study respondents consist of 130 teachers that

teach Science, Chemistry, Physics and Biology. The study tool that is used consists of 30

items to measure the PEKA efficiency level towards the studied aspects. The reliability

of the questionnaires tool is 0.89 by using the Alpha Cronbach scale. The descriptive

analysis was used was used to analyze the data. The data of the study was analyzed by

using Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 13.0. In overall, the PEKA

efficiency level in enhancing the understanding of science concept (mean 2.96, standard

deviation 0.46), sciences process skills and manipulative skills (mean 3.53, standard

deviation 0.42) and good value (mean 3.63, standard deviation 0.42) among the students

is at the intermediate level.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop dan Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Penilaian Dalam Pendidikan 17

2.2.1 Jenis Penilaian 19

2.3 Penilaian Amali Sains 21

2.4 Peranan Kerja Amali Sains 24

2.5 Pendekatan Penerokaan Sains Dalam Makmal 25

2.6 Kefahaman Konsep 27

2.7 Kemahiran Proses Sains dan Manipulatif 28

2.8 Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan 29

2.8.1 Kaedah Pengukuran Nilai 33

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Sampel Kajian 35

3.4 Batasan Kajian 35

3.5 Alat Kajian 36

3.6 Tatacara Kajian 38

3.6.1 Kajian Rintis 39

3.6.2 Kajian Sebenar 40

3.7 Analisis Data 40

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

ix

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Bilangan Guru Mengikut Sekolah 44

4.2.2 Bilangan Guru Mengikut Jantina 45

4.3 Analisis Keberkesanan PEKA 45

4.3.1 Analisis Terhadap Kefahaman Konsep

Sains 45

4.3.2 Analisis Terhadap Kemahiran Proses

Sains Dan Kemahiran Manipulatif 49

4.3.3 Analisis Terhadap Nilai Murni 53

4.4 Analisis Data Ujian-t: Keberkesanan PEKA

Terhadap Perbezaan Jantina Guru 56

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan Kajian 60

5.2.1 Tahap Keberkesanan PEKA dalam

Meningkatkan Aspek Kefahaman

Konsep Sains 60

5.2.2 Tahap Keberkesanan PEKA dalam

Meningkatkan Aspek Kemahiran Proses

Sains dan Kemahiran Manipulatif 62

5.2.3 Tahap Keberkesanan PEKA dalam

Meningkatkan Aspek Nilai-nilai Murni 64

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

x

5.3 Keberkesanan PEKA Terhadap Perbezaan

Jantina Guru 66

5.4 Rumusan 68

5.5 Cadangan 68

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 75

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Item-item Dalam Soal Selidik 37

3.2 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi Daripada

Rowntree (1981)

39

3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 41

4.1 Bilangan Guru Mengikut Sekolah 44

4.2 Bilangan Guru Mengikut Jantina 45

4.3 Analisis Peratus dan Purata Nilai Min

Responden Bagi Kefahaman dan Konsep

Sains (KKS) Dalam PEKA

47

4.4 Analisis Peratus dan Purata Nilai Min

Responden Bagi Kemahiran Proses Sains dan

Manipulatif (KPM) dalam PEKA

51

Analisis Peratus dan Purata Nilai Min

Responden Bagi Nilai-Nilai Murni (NM) dalam

PEKA

55

4.6 Ujian-T (Independent Samples Test) Untuk

Mengesan Kewujudan Perbezaan Di antara

Jantina Guru

57

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses pengajaran merupakan edaran yang

berterusan

18

2.2 Perkaitan penilaian,pengajaran dan

pembelajaran

19

2.3 Elemen FPN 31

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 75

B Surat Kebenaran EPRD dari Kementerian

Pendidikan Malaysia

83

C Surat Kebenaran Pengesahan Pelajar Untuk

Menjalankan Kajian Dari Fakulti Pendidikan, UTM

85

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Penaksiran Kerja Amali” (PEKA) merupakan satu pendekatan baru yang

digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains di sekolah. PEKA digubal adalah

bertujuan untuk menggantikan peperiksaan amali bagi mata pelajaran sains seperti

Biologi, Fizik dan Kimia (perkataan sains selepas ini adalah merujuk kepada mata

pelajaran sains tulen iaitu Biologi, Fizik dan Kimia). Ini kerana penaksiran mata

pelajaran sains semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

diperkenalkan pada tahun 1993 hinggalah tahun 1998 dijalankan dalam tiga kertas iaitu

Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

Matlamat utama perlaksanaan PEKA adalah untuk mempertingkat penilaian

prestasi pelajar khususnya melibatkan penguasaan kemahiran saintifik pelajar dan

penerapan nilai murni, yang dilakukan secara formatif di peringkat sekolah. Menurut

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

2

(LPKPM,1999) PEKA sains adalah merujuk kepada mata pelajaran utama sains iaitu

Biologi, Fizik, dan Kimia di mana setiap mata pelajaran mempunyai PEKA tersendiri.

PEKA ialah instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan

rujukan kriteria yang menjurus kepada penjaminan kualiti.

Instrumen pentaksiran dalam pendidikan ialah perkara atau bahan yang

digunakan dalam menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna

untuk membuat pertimbangan berhubung dengan produk sesuatu proses pendidikan

(Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).

Ujian Rujukan Kriteria ialah satu pendekatan penaksiran di mana prestasi pelajar

ditaksir berdasarkan kriteria yang telah di tentukan dan ditakrifkan dengan jelas dan

tidak di banding dengan prestasi pelajar lain (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).

Penjaminan kualiti pula merujuk kepada tindakan yang terancang dan tersusun yang

perlu dilaksanakan bagi memberi keyakinan yang mencukupi bahawa produk yang akan

dilahirkan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan. Produk dalam konteks ini ialah

individu yang telah melalui satu proses pendidikan manakala kualitinya ialah ciri-ciri

individu yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sehubungan dengan itu panduan PEKA telah dihasilkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum, melalui beberapa siri mesyuarat, bengkel dan perbincangan

yang melibatkan guru pakar, guru kanan dan guru yang pengalaman dalam mata

pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Sains di samping pegawai kurikulum dan pengawai

penilai. Panduan PEKA mengandungi maklumat yang berkaitan dengan konsep, prinsip,

kriteria serta prosedur bagaimana cara untuk melaksanakan proses penilaian berkesan

dalam mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains.

PEKA merupakan sistem penaksiran yang dilaksanakan (dirancang, ditadbir,

diskor, dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada proses

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan dimoderatkan.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

3

Di mana penaksiran yang dilakukan mestilah berdasarkan prinsip-prinsip penaksiran.

Prinsip-prinsip penaksiran yang digunakan di dalam PEKA ialah :

i. Pentaksiran terhadap pelajar hanya boleh dilakukan sekiranya pelajar

tersebut telah mengikuti proses pembelajaran.

ii. Pelajar hendaklah diberitahu apa yang hendak ditaksir terhadap dirinya.

iii. Pelajar bersedia untuk ditaksir.

Berikut adalah penjelasan mengenai perlaksanaan PEKA yang dibuat oleh

LPKPM pada tahun 1999 dalam panduan PEKA yang dipetik secara umum oleh

penyelidik dari ketiga-tiga panduan PEKA iaitu Panduan PEKA Biologi, Panduan

PEKA Fizik dan Panduan PEKA Kimia. Secara umumnya penyelidik dapat merumuskan

bahawa PEKA:

• Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

Pelajar yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan penaksiran,

siapa yang terlibat dalam penaksiran, pemilihan atau pembinaan

instrumen penaksiran, pembinaan skema penskoran dibuat oleh pihak

sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PEKA yang telah

disediakan bagi setiap mata pelajaran sains.

• Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul

maklumat pentaksiran yang akan di organisasi dan dilaksanakan oleh

mereka yang terlibat secara langsung dalam pembelajaran seseorang

pelajar.

• Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor

secara kuantitatif kepada apa yang ditaksir berdasarkan skema penskoran

yang dibina oleh guru. Penskoran boleh dibuat oleh pelbagai pentaksir.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

4

Walau bagaimanapun guru adalah orang yang akan merumuskan skor. Ini

adalah kerana penglibatan secara langsung antara guru dengan pelajar.

Pelbagai maklumat boleh didapati daripada pelbagai pentaksir seperti

guru, pelajar itu sendiri, rakan sepembelajaran, ibu bapa pelajar dan

pentaksir lain.

• Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada proses mengumpul dan

merumus skor oleh guru yang mengajar bagi mendapatkan tahap

penguasaan pelajar. Perumusan akan dibuat di peringkat mikro dan

makro berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan dan peraturan

penggredan yang telah dibina.

• Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan yang tiap-tiap

pelajar ditaksir berdasarkan aspek-aspek kuantitatif dan kualitatif yang

sama. Usaha ini dibuat melalui pernyataan kriteria yang jelas ,

mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

• Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada aspek kuantitatif dan

kualitatif pentaksiran itu sendiri. Aspek kuantitatif dalam PEKA sains

merujuk kepada apa yang ditaksir, iaitu elemen yang dihasratkan akan

diperkembangkan dalam diri pelajar menerusi mata pelajaran sains

(Biologi, Fizik Dan Kimia). Dengan itu semua sekolah akan

menumpukan kepada penaksiran yang merujuk kepada elemen yang

sama. Aspek kualitatif merujuk kepada di mana penaksiran itu

didasarkan. Pencapaian pelajar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan

agar semua sekolah dapat menumpukan kepada kriteria yang sama.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

5

Memandangkan perlaksanaan PEKA ini masih baru pastinya banyak masalah

yang timbul hasil dari perlaksanaan PEKA ini. Tambahan pula ia perlu dikendalikan

oleh guru mata pelajaran sains itu sendiri. Justeru itu penyelidik telah membuat

keputusan untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan PEKA dalam mata pelajaran

sains tulen di sekolah menengah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebolehan pelajar mengingati semula pengetahuan, mempersembahkan

kefahaman dan mengaplikasikan pengetahuan diukur menerusi Kertas 1 dan Kertas 2.

Manakala kebolehan pelajar menguasai kemahiran saintifik, iaitu kemahiran proses

sains, diukur menerusi Kertas 3. Oleh itu kemahiran manipulatif saintifik dan juga

kemahiran nilai murni masih lagi tidak dapat diukur menerusi mana-mana Kertas. Dari

itu Kementerian Pendidikan Malaysia telah memansuhkan peperiksaan amali iaitu

Kertas 3 dan menggantikannya dengan PEKA dengan tujuan untuk mempertingkatkan

keberkesanan pentaksiran prestasi mata pelajaran sains di peringkat SPM. Ianya mula

berkuat kuasa menggantikan Ujian Amali Sains pada tahun 1999. Ini menunjukkan

bahawa perlaksanaan PEKA merupakan satu kaedah yang baru sahaja diterapkan dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Mengembangkan potensi individu pelajar seperti yang tersurat dalam Falsafah

Pendidikan Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia,1990) merupakan hasrat murni

yang seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya. Demi mencapai hasrat

tersebut,semua pihak yang terlibat dalam alam pendidikan di negara ini seharusnya

mengerahkan tenaga dan di fikiran untuk memastikan ia menjadi kenyataan.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

6

Dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang berbudaya sains dan teknologi

serta bersedia menghadapi cabaran globalisasi, para guru mempunyai kesan yang besar

dari segi membina ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh mereka (Shaharom,1996).

Menurut Shaharom (2000) , “Pembelajaran di katakan berkesan apabila para pelajar

mengusai sebahagian besar bahan pembelajaran yang diharapkan”.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah

baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains bagi memastikan produk yang

terhasil dari industri pendidikan adalah satu produk yang berkualiti serta memenuhi cita

rasa permintaan sektor industri negara. Pendekatan baru yang dimaksudkan di sini

adalah perlaksanaan PEKA dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pendekatan PEKA ini dijalankan terhadap

pelajar aliran sains bermula dari tingkatan empat sehinggalah mereka tamat pengajian

tingkatan lima.

Dalam memperkembangkan kemahiran proses sains, pelajar akan dilibatkan

dengan mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, merancang dan menjalankan kajian,

mentafsirkan data,membuat inferens dan kesimpulan. Semasa merancang dan

menjalankan kajian yang berorientasikan amali, tumpuan diberi terhadap kemahiran

membuat pemerhatian, perekodan, pengolahan dan persembahan maklumat secara

sistematik. Penguasaan kemahiran manipulatif melibatkan pelajar dalam penggunaan

dan pengendalian radas makmal secara betul dan selamat. Melalui penguasaan

kemahiran proses sains dan manipulatif, pelajar akan dapat meningkatkan lagi

kemahiran berfikir secara rasional, analitis dan kritis serta memperkembangkan

kemahiran pelajar dalam mengendalikan maklumat dan menyelesaikan masalah.

Nilai murni yang sewajarnya dipupuk melalui pengajaran dan pembelajaran sains

ialah seperti hormat-menghormati, jujur, rajin, kerjasama dan rasional, manakala nilai

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

7

intrinsik pula ialah seperti bersemangat ingin tahu, berfikiran terbuka serta tekun dan

tabah dalam menjalankan sesuatu kajian serta bersikap objektif dalam segala usaha dan

tindakan.

PEKA merupakan komponen penting dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Proses penilaian melibatkan sebarang kaedah, sama ada secara formal atau tak formal ,

dalam usaha untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian atau prestasi pelajar.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah memberi penekanan dalam kemahiran proses

sains dan kemahiran manipulatif melalui aktiviti – aktiviti amali. Mereka bentuk

eksperimen mudah dalam penyiasatan sains dan membina model bagi menunjukkan idea

atau prinsip sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Di samping itu , menguasai

kemahiran saintifik merupakan salah satu daripada objektif dalam mata pelajar Sains

(PPK, 2001).

Pada hakikatnya, penilaian PEKA memberikan maklumat secara langsung

tentang prestasi pembelajaran pelajar yang berorientasikan, kemahiran saintifik, dengan

berasaskan kriteria tertentu. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru penilai boleh

mengetahui tahap pencapaian kemahiran tertentu individu pelajar; dan dengan ini

membolehkan dia memperbaiki mutu pembelajaran pelajar melalui tindakan susulan

yang diambil untuk memastikan pencapaian objektif pengajaran.

Bertitik tolak dari kewujudan PEKA yang masih muda umurnya inilah maka

penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik ingin memastikan sama ada keberkesanan PEKA

ini benar-benar berkesan atau sebaliknya berdasarkan kepada penerimaan pelajar

terhadap perubahan dalam kurikulum. Pengkaji ingin melihat keberkesanan PEKA dari

aspek kefahaman dan konsep sains,kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif

dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

8

1.3 Pernyataan Masalah

Kebanyakan pelajar didapati lemah dalam menguasai kemahiran proses sains.

Meskipun guru-guru begitu perihatin terhadap pemahaman asas, banyak kritikan yang

mengatakan konsep asas yang dimiliki pelajar adalah terlalu kabur dan samar serta

mereka tidak cekap menguasai beberapa kemahiran asas yang di perlukan (Gilbert,

1979). Pada hakikatnya, penilaian merujuk kepada sebarang aktiviti untuk mengukur

pencapaian atau prestasi pelajar. Hasil pembelajaran yang dilakukan di sekolah adalah

bertujuan untuk membantu pelajar membina pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan

sikap. Melalui teknik penilaian yang sesuai , guru dapat mengawal kemajuan seseorang

pelajar terhadap hasil pembelajaran tertentu. Oleh kerana PEKA baru diperkenalkan di

negara kita, sudah tentu banyak masalah yang timbul.

Dewasa ini, permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang sains semakin

meningkat sejajar dengan perkembangan sektor pendidikan negara kita. Dalam

kepesatan ekonomi kini, keperluan terhadap tenaga mahir dalam bidang ini adalah

sangat tinggi. Namun untuk menghasilkan generasi-generasi muda yang celik sains

mungkin tergugat akibat dari pendekatan yang kurang berkesan.

Amali dalam sains bertujuan untuk membangunkan kemahiran saintifik,

pemahaman konsep, sikap saintifik, pemikiran kreatif dan keupayaan kognitif (Gangoli;

Mysove; Gurumarthy; 1995). Aktiviti sains dalam makmal amat penting kepada

pembelajaran sains kerana memberi pengalaman baru serta gambaran yang jelas

terhadap konsep sains yang abstrak.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

9

1.4 Persoalan Kajian

Oleh itu kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan PEKA dalam

mata pelajaran sains tulen. Kajian dijalankan berpandukan kepada persoalan-persoalan

berikut :

i. Apakah tahap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan aspek

kefahaman konsep sains di kalangan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran

sains (Biologi, Fizik, Kimia,Sains) ?

ii. Apakah tahap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan aspek

kemahiran proses sains dan manipulatif di kalangan pelajar-pelajar dalam

mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia,Sains ) ?

iii. Apakah tahap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan aspek nilai-nilai

murni di kalangan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sains (Biologi,

Fizik, Kimia,Sains ) ?

iv. Adakah tidak terdapat perbezaan signifikan keberkesanan PEKA terhadap

perbezaan jantina guru yang melaksanakan PEKA dalam meningkatkan

aspek kefahaman konsep sains di kalangan pelajar-pelajar dalam mata

pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Sains) ?

v. Adakah tidak perbezaan signifikan keberkesanan PEKA terhadap

perbezaan jantina guru yang melaksanakan PEKA dalam meningkatkan

aspek kemahiran proses sains dan manipulatif di kalangan pelajar-pelajar

dalam mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Sains) ?

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... (PEKA) dalam meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif,

10

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :

i. Mengenal pasti tahap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan aspek

kefahaman konsep sains di kalangan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran

sains (Biologi, Fizik, Kimia,Sains).

ii. Mengenal pasti tahap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan aspek

kemahiran proses sains dan manipulatif di kalangan pelajar-pelajar dalam

mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia,Sains).

iii. Mengenal pasti tahap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan aspek

nilai murni di kalangan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sains

(Biologi, Fizik, Kimia,Sains).

iv. Mengenalpasti tidak terdapat perbezaan signifikan antara jantina guru

terhadap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan aspek kefahaman

konsep sains di kalangan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sains

(Biologi, Fizik, Kimia,Sains).

v. Mengenalpasti tidak terdapat perbezaan signifikan antara jantina guru

terhadap keberkesanan PEKA dalam meningkatkan aspek kemahiran

proses sains dan manipulatif di kalangan pelajar-pelajar dalam mata

pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia,Sains).