borang pengesahan status tesis€¦ · borang pengesahan status tesis♦ judul: pembangunan...

20
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN MAGNET TERHADAP KONDUKTOR PEMBAWA ARUS SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya SHAFIYAH BINTI MOHAMED (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh ___________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 1399 KG DARAT SUNGAI ULAR, 26080 KUANTAN, PAHANG DR NORAFFANDY BIN YAHAYA Nama Penyelia Tarikh: 13 APRIL 2010 Tarikh: 13 APRIL 2010

Upload: others

Post on 16-Oct-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN

BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

MAGNET TERHADAP KONDUKTOR PEMBAWA ARUS

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya SHAFIYAH BINTI MOHAMED

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

_________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

___________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT 1399 KG DARAT SUNGAI ULAR,

26080 KUANTAN,

PAHANG

DR NORAFFANDY BIN YAHAYA

Nama Penyelia

Tarikh: 13 APRIL 2010 Tarikh: 13 APRIL 2010

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

 

 

“Saya aku

ini adalah

S

Tan

Nam

Tari

ui bahawa sa

memadai da

Sarjana Mud

datangan

ma Penyelia

ikh

aya telah me

ari segi skop

da Sains dan

: ........

:

:

mbaca karya

dan kualiti u

Komputer S

....................

DR. NORA

13 APRIL

a ini dan pad

untuk tujuan

Serta Pendid

....................

AFFANDY

L 2010

da pandanga

n penganuge

dikan (Fizik)

....................

BIN YAHA

an saya karya

rahan Ijazah

..........

AYA

ii 

a

h

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

iii  

achine.com http://www.broadgun.com

PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI

SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN MAGNET

TERHADAP KONDUKTOR PEMBAWA ARUS

SHAFIYAH BINTI MOHAMED

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

 

r

 

“Saya aku

ringkasan y

Tan

Nam

Tari

i karya ini a

yang tiap-ti

datangan

ma Penulis

ikh

adalah hasi

iap satunya

: ........

:

:

l kerja saya

telah dinya

....................

SHAFIYA

13 APRIL

a sendiri kec

atakan sumb

....................

AH BINTI M

L 2010

cuali nukila

bernya”

...................

MOHAMED

an dan

iv 

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

vi  

Dedikasi

Buat ibu bapaku…

Buat keluargaku…

Buat keretaku…

Buat teman teristimewaku...

Buat teman-teman baikku…

Buat kawan-kawanku…

Terima kasih semua...

Tanpa kalian siapalah aku…

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

vii  

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah. Dengan limpah kurnianya dapat juga saya

menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada waktunya. Terima kasih yang tidak

terhingga kepada penyelia saya iaitu Dr. Noraffandy Bin Yahaya di atas dorongan

dan kerjasama yang baik darinya. Jasa Dr. amatlah besar pada saya dan saya

bersyukur berada di bawah seliaan Dr.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi semangat

kepada anaknya yang jauh dimata tetapi dekat dihati. Insyaallah anakmu ini akan

terus berjuang sehingga ke akhir hayat. Jutaan terima kasih juga kepada kawan-

kawan baik yang sentiasa ada dikala memerlukan, Jumayah diatas kritikan yang

membina dan ramai lagi. Jasa kalian akan ku kenang selamanya.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung. Moga kalian semua sentiasa berada di bawah

keredaanNya. Semoga kita semua terus berjaya dengan cemerlang pada masa akan

datang. Sesungguhnya kejayaan boleh dicapai oleh orang biasa dengan cara yang

luar biasa.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

viii  

ABSTRAK

Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran

menggunakan objek pembelajaran bagi topik kecil, menganalisis kesan magnet

terhadap konduktor pembawa arus. Kumpulan sasaran bagi pembangunan ini ialah

pelajar sekolah menengah tingkatan 5 khususnya yang mengambil subjek fizik.

Pembangunan perisian ini berlandaskan model rekabentuk ADDIE. Aplikasi ini

telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash 8 dan perisian

sokongan seperti Adobe Photoshop CS3 dan Sony Sound Forge. Perisian ini juga

dilengkapi dengan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan

animasi untuk menarik perhatian dan meningkatkan keberkesanan proses

pembelajaran menjadi suatu pembelajaran yang interaktif. Adalah diharapkan

perisian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar untuk mengukuhkan

kefahaman tentang konsep elektromagnet dan sekaligus menarik minat untuk belajar.

Selain itu, pembangunan ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah pelajar yang

menganggap topik ini sukar untuk difahami.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

ix  

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a courseware for the subtopic

analyzing magnetic effect of a current carrying conductor. The target group for this

software is Form 5 science stream students. The courseware is developed based on

ADDIE instructional design model, and is built by using Macromedia Flash 8 and

other supporting applications such as Adobe Photoshop CS3 and Sony Sound Forge.

The courseware incorporated various elements such as texts, graphics, audio and

animation to attract students’ attention and create a more interactive learning

environment. It is hoped that this courseware would help student in understanding

electromagnetic concepts better, hence provide a better learning environment to

them, besides overcoming student’s perception on the topic as difficult to understand.

 

   

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

x  

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN x

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 4

1.4 Objektif kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.5.1 Guru 6

1.5.2 Pelajar 6

1.5.3 Ibu Bapa Dan Masyarakat 7

1.5.4 Sekolah 7

1.6 Rasional Kajian 7

1.7 Skop Dan Batasan 8

1.8 Definisi Istilah 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

xi  

1.8.1 Multimedia 9

1.8.2 Perisian Pengajaran Berbantukan

Komputer

9

1.8.3 Objek Pembelajaran 9

1.8.4 Pembelajaran 10

1.8.5 Elektromagnet 10

1.9 Penutup 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Masalah Pembelajaran 12

2.2.1 Masalah Subjek Fizik 12

2.2.2 Konsep Elektromagnet 13

2.3 Objek Pembelajaran 14

2.4 Perkembangan PBK dalam P&P 17

2.5 Kepentingan PBK Dalam P&P 19

2.6 Teori Pembelajaran 20

2.6.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme

(Tingkah laku)

21

2.6.2 Teori Pembelajaran Kognitif

(Kognitivisme)

23

2.6.3 Teori Pembelajaran Konstruktif

(Konstruktivisme)

24

2.7 Model Rekabentuk Pengajaran 25

2.7.1 Model ASSURE 26

2.7.2 Model Air Terjun (Waterfall) 27

2.7.3 Model ADDIE 28

2.8 Penutup 29

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

xii  

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 30

3.2 Teori yang dipilih 31

3.3 Strategi Yang Dipilih 31

3.4 Model Yang Dipilih 31

3.5 Rasional Pemilihan Model ADDIE 32

3.6 Model Rekabentuk Pengajaran ADDIE 32

3.6.1 Analisis 33

3.6.2 Fasa Reka Bentuk 33

3.6.2.1 Reka Bentuk Informasi 34

3.6.2.2 Reka Bentuk Interaksi 34

3.6.2.3 Reka Bentuk Antaramuka 34

3.6.3 Fasa Pembangunan 35

3.6.4 Fasa Perlaksanaan 35

3.6.5 Fasa Penilaian 35

3.7 Carta Aliran Aplikasi Multimedia 36

3.8 Pemilihan Perisian Dan Perkakasan Bagi

Membangunkan Aplikasi Multimedia

37

3.9 Penyebaran Aplikasi Multimedia 39

3.10 Elemen-Elemen Multimedia 40

3.10.1 Teks 41

3.10.2 Grafik 41

3.10.3 Audio 41

3.11 Penutup 42

4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Aturan Aliran Perisian 44

4.3 Ciri-Ciri Aplikasi Multimedia 45

4.3.1 Reka Bentuk Informasi 47

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

xiii  

4.3.1.1 Objektif Pembelajaran

Yang Jelas

48

4.3.1.2 Kandungan Yang

Menyokong Matlamat

Pendidikan

48

4.3.1.3 Sistem penyampaian yang

sesuai

49

4.3.1.4 Struktur Aktiviti Yang

Sesuai

50

4.3.1.5 Memberi Pilihan Kepada

Pelajar Dalam Objek

Pembelajaran

50

4.3.1.6 Memberi Pelbagai Ruang

Aktiviti Yang Boleh

Menangani Pelbagai Mod

Pembelajaran

51

4.3.2 Reka Bentuk Interaksi

52

4.3.3 Rekabentuk Antaramuka

54

4.4 Penutup

56

5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Refleksi 58

5.3 Perbincangan 58

5.4 Masalah Dan Kekangan Yang Dihadapi 59

5.4.1 Kekangan Kemahiran Dan

Kepakaran

59

5.4.2. Pengurusan Masa 60

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

xiv  

5.5 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 60

5.5.1 Kekuatan Perisian 60

61 5.5.2 Kelemahan Perisian 5.6 Cadangan 62 

5.6.1 Penguasaan Kemahiran Dalam Perisian

62

5.6.2 Menambah Elemen Soalan 62 

5.6.3 Meningkatkan Prestasi Komputer 63 

5.6.4 Menjalankan Pengujian Dan

Penilaian Formal Terhadap Perisian

63 

5.6.5 Memperluas Penyebaran Perisian 63 

5.6.6 Varifikasi Pembangunan 64

5.7 Penutup 64 

RUJUKAN 65 

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

xv  

SENARAI RAJAH

BIL. RAJAH PERKARA MUKA SURAT

2.1  Model Teori Tingkah Laku  22

2.2   Model Air Terjun  27

3.1   Model Addie  32

3.2  Carta Aliran Aplikasi Multimedia  36

4.1   Skrin Montaj 46

4.2   Paparan Pertama Faktor Mempengaruhi

Kekuatan Magnet

46

4.3   Paparan Pertama Aplikasi  47

4.4  Objektif  48

4.5   Isi Kandungan Pelajaran  49

4.6   Format Exe  49

4.7   Aktiviti Dalam Aplikasi  50

4.8   Pilihan Pelajar  51

4.9   Ruang Aktiviti Pelbagai Mod Pembelajaran  52

4.10   Kebebasan Memilih  52

4.11   Kebebasan Memilih Menu  53

4.12   Kepelbagaian Warna  54

4.13  Kepelbagaian Warna   54

4.14   Tulisan Bell Gothic Std Light   55

4.15   Kepelbagaian Tulisan  55

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

xvi  

SENARAI SINGKATAN

ABM  Alat Bantu Mengajar 

CD-ROM   Compact Disk Read Only Memory 

CPU  Unit Pemprosesan Pusat 

KBSM  Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah  

KPM Kementerian Pengajian Malaysia

P&P   Pengajaran dan Pembelajaran 

PBK  Pengajaran Berbantukan Komputer 

PPBK  Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer 

RAM  Ingatan Capaian Rawak  

 

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

      1 

 

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Dunia dilanda gelombang arus perdana yang kian hebat dari semasa ke

semasa. Setiap sektor terkena bahang dari kemajuan dan kecanggihan teknologi

yang berkembang. Ini termasuklah sektor pendidikan yang kian berkembang.

Manusia semakin bijak menguruskan masalah yang melanda. Ini telah membawa

perubahan yang besar dalam sektor pendidikan dari segi pengajaran dan

pembelajaran.

Menurut Hjetland(1995 dalam Rozinah, 2003), menyatakan bahawa teknologi

dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan

teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Ini

tidak dapat disangkal lagi,memandangkan mahu atau tidak kita tidak boleh lari dari

kemajaun. Jika kita lari, kita akan ketinggalan tetapi orang lain terus maju ke depan.

Justeru itu, teknologi telah meresap masuk dalam dunia pendidikan, subjek yang

diperkenalkan dalam dunia pendidikan semakin bertambah. Oleh itu, diharapkan

teknologi yang dihasilkan akan memberi impak yang positif terutama dalam bidang

pendidikan bagi melahirkan generasi yang mantap dan berjiwa kental selari dengan

aspek rohani.

Di dalam kehidupan kita seharian, banyak aktiviti yang berlaku. Sedar atau

tidak, ini semua melibatkan fizik. Fizik adalah satu cabang sains yang menghuraikan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

      2 

 

fenomena semulajadi merangkumi sifat bahan dan tenaga. Ianya perlu diterokai

kerana fizik adalah suatu bidang yang luas. Atas alasan inilah, pihak kerajaan

melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggariskan fizik sebagai satu

subjek yang perlu diambil bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5 di peringkat sains tulen.

Bagi mengelakkan kekeliruan silibus, KPM turut menyediakan sukatan pelajaran

yang dijadikan garis panduan dalam pengajaran.

Walau bagaimanapun, fizik bukanlah suatu cabang yang mudah untuk

dikuasai. Malah para saintis dan para cendekiawan masih lagi mencari jawapan bagi

setiap perkara yang melibatkan persoalan di dalam hidup kita. Berdasarkan

pengalaman pembangun dan rakan-rakan sebagai guru pelatih, ramai pelajar

menyatakan bahawa subjek fizik merupakan satu subjek yang paling susah untuk

mereka kuasai berbanding subjek biologi dan kimia. Oleh itu, pelajar yang dapat

menguasai subjek ini dikatakan pelajar yang paling hebat di dalam sekolah.

Disebabkan kesukaran untuk menguasai subjek fizik ini, kebanyakan pelajar tidak

berminat dan hanya segelintir sahaja yang mengambil subjek ini.

Setiap individu adalah unik. Mereka mempunyai stail pembelajaran yang

tersendiri yang memudahkan mereka untuk mengingat. Menurut Howard

Garner(1983), manusia mempunyai 8 aras kecerdikan yang berbeza. Menurutnya,

aras kecerdikan ini terbahagi kepada 8 aras iaitu:

i. Perkataan (linguistic intelligence)

ii. Nombor atau logik (logical-mathematical intelligence)

iii. Gambar (spatial intelligence)

iv. Muzik (musical intelligence)

v. Refleksi kendiri (intrapersonal intelligence)

vi. Pengalaman fizikal (bodily-kinesthetic intelligence)

vii. Pengalaman sosial (interpersonal intelligence)

viii. Pengalaman dengan alam semulajadi (naturalist intelligence)

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

      3 

 

Oleh itu, guru sebagai medium pengajaran yang utama perlulah mengambil

inisiatif dalam pengajarannya. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai tahap

kecerdasan yang berbeza serta stail pembelajaran yang berbeza. Dengan reka bentuk

dan stail pengajaran yang berbeza, ini sekaligus akan menarik minat pelajar dan lebih

bermotivasi. Memandangkan zaman teknologi telah melanda, penggunaan teknologi

dalam pembelajaran dan pengajaran perlulah dimanfaatkan sepenuhnya sebagai suatu

usaha bagi menyampaikan ilmu kepada pelajar. Ini diharapkan dapat memupuk dan

meningkatkan semangat pelajar untuk terus meneroka sesuatu yang baru dan persepsi

mereka tentang fizik dapat diubah kepada yang lebih baik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mengikut pengalaman pembangun dan rakan- rakan semasa menjalani latihan

mengajar, kebanyakan pelajar tidak menunjukkan pencapaian akademik yang

memuaskan. Pelajar tidak menguasai subjek berkenaan kerana mereka tidak faham

bagaimana sesuatu proses sains itu berlaku. Mereka juga mengalami masalah

kesukaran dalam menghubungkaitkan konsep fizik dalam kehidupan seharian. Ini

menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara diantara pelajar yang cemerlang dan

pelajar yang lemah dalam subjek ini. Ini sekaligus akan menyebabkan minat mereka

merosot dan kurang motivasi untuk belajar fizik.

Suatu proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan berkesan apabila

penerima memahami apa yang diajarkan oleh penyampai. Secara tidak langsung,

guru perlu memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aras pembelajaran

mereka. Terdapat juga segelintir pelajar yang mengambil subjek fizik hanya kerana

ingin memenuhi tuntutan pekerjaan yang diingininya tanpa memikirkan minat

mereka. Oleh yang demikian, guru seharusnya memainkan peranan dalam mengesan

pelajar ini supaya tidak megganggu pelajar lain sekaligus menimbulkan minat

mereka terhadap subjek ini. Oleh itu, pembelajaran secara tradisional tidak lagi

boleh digunapakai dalam pengajaran guru.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

      4 

 

Dewasa ini, KPM telah membekalkan ABM dalam bentuk CD kepada guru-

guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Ini diharapkan dapat menerapkan

elemen teknologi dalam sistem pendidikan. Oleh yang demikian, pendidikan yang

diintegrasikan dengan teknologi amat digalakkan penggunaannya. Oleh itu, satu

aplikasi yang interaktif diperlukan bagi menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan

kepada pelajar. Maka pembangunan perisian berasaskan objek pembelajaram

merupakan satu alternatif kepada guru dan pelajar untuk belajar.

Objek pembelajaran bukan sesuatu yang baru pada dunia sekarang. Tetapi

objek pembelajaran masih kurang pendedahan yang diberikan di negara kita. Objek

pembelajaran adalah satu sumber, biasanya digital dan berbentuk web ynag boleh

digunakan dan boleh digunapakai untuk menyokong pembelajaran yang berlaku

(Metros,2002). Justeru itu, objek pembelajaran menawarkan konsep terbaru,

berbanding konsep tradisional yang lebih kecil, kendiri dan satu unit yang boleh

diguna semula. Objek pembelajaran ini adalah merupakan satu teknologi yang akan

berkembang luas dalam bidang sistem pengurusan pembelajaran. Pembelajaran yang

berinteraktif dapat membantu pelajar memahami konsep dengan lebih baik.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah kesukaran dalam pembelajaran fizik di kalangan pelajar bagi tajuk

elektromagnet telah menyebabkan pelajar tidak mendapat pencapaian yang baik

dalam akademik mereka. Hal ini kerana timbulnya salah faham konsep bagi topik

elektromagnet. Menurut Hapkiewicz (1992), pelajar beranggapan semua besi akan

tertarik pada magnet. Selain itu, pelajar beranggapan hanya magnet yang dapat

menghasilkan medan magnet. Tambahan lagi, penggunaan aplikasi dalam topik

elektromagnet juga kurang memandangkan aplikasi ini kurang terdapat di pasaran.

Oleh itu, satu aplikasi perisian berasaskan objek pembelajaran dibangunkan.

Tujuannya adalah supaya pelajar dapat mengatasi salah faham konsep fizik dan

menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran fizik. Selain itu, perisian ini

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN

      5 

 

juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar dan tidak mudah berputus

asa.

Dengan mengaplikasikan perisian yang interaktif, pelajar akan lebih berminat

untuk belajar. Tambahan lagi, pelajar akan dapat membina konsep yang betul dalam

diri mereka. Konsep objek pembelajaran ini diaplikasikan bagi memberi peluang

kepada pelajar menjadi peserta dalam perisian dan bukan sekadar pemerhati semata-

mata. Ini sekaligus dapat membina hubungan dua hala pelajar dan bukan berteraskan

sistem tradisional. Dengan itu, pembelajaran yang dialami oleh pelajar lebih tenang

dan gembira.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama pembangunan perisian berasaskan objek pembelajaran adalah

untuk menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran fizik dan memberi

motivasi untuk belajar fizik. Aplikasi ini dibangunkan bagi:

i. merekabentuk aktiviti pembelajaran mengunakan pendekatan objek

pembelajaran bagi tajuk elektromagnet dalam subjek fizik tingkatan 5.

ii. membangunkan perisian objek pembelajaran bagi tajuk elektromagnet dalam

subjek fizik tingkatan 5.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting dan boleh memberi manfaat kepada banyak pihak dalam

pelbagai bidang khususnya pendidikan. Secara umumnya, kajian ini memberi

manfaat kepada guru, pelajar, ibubapa dan masyarakat serta sekolah.