borang dan syarat-syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

43
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ 1 :…………………………………………………………………… :…………………………………………………………………… :…………………………………………………………………… .…………………………………………………………………… :……………………………………………………………………

Upload: tzz1

Post on 25-Jul-2015

815 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

Page 1: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

1

Page 2: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

PERTANDINGAN AZAN

1.0 Pengenalan

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan

masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya

berkumpul untuk mengerjakannya. Azan adalah dua perkara sunat dilakukan

sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu. Azan disunatkan ketika

hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’.

Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini

bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua

2

PROGRAM EXPLORIA KESENIAN & KEBUDAYAAN MPSJ 200919 – 20 DISEMBER 2009, UPTOWN NIGHT WALK, TAMAN PUCHONG UTAMA

PERTANDINGAN NASYID # MARHABAN # LAUNGAN AZAN # KOMPANG # MEWARNA # BERBAGAI LAGIANJURAN : MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (BAHAGIAN BELIA, SUKAN & KEBUDAYAAN)

USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E. 03-8026 3131 samb 3186/3187/4353/4354/4355/3299/3184

Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam Borang Pertandingan ini adalah benar dan saya akan menanggung apa-apa jua kesulitan, masalah, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda anak / jagaan sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung . Bersama dengan ini disertakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM 10.00. (RM : SEPULUH SAHAJA) .

_____________________T.Tangan Ketua Kumpulan Tarikh :……………………

Nama Ibubapa

No. MykadAlamat

No. Tel / HP

:……………………………………………………………………

:……………………………………………………………………

:……………………………………………………………………

.……………………………………………………………………:……………………………………………………………………

Page 3: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan

kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

Azan terbahagi kepada 2 segi bahasa iaitu

a) “al-i`lam” (pemberitahuan) dapat dilihat di dalam Al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”

(Surah at-Taubah: 3)

b) “an-nida” (seruan) dapat dilihat di dalam Al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”

3

Page 4: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

(Surah al-Haj: 27)

2.0 Syarat-syarat Penyertaan Petandingan Azan

2.1 Penyertaan adalah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

2.2 Penyertaan adalah kepada peserta yang berumur bawah 16 tahun

sahaja.

2.3 Dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 sahaja untuk seorang.

4

Page 5: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

2.4 Hendaklah dengan bahasa Arab, dan hendaklah diperdengarkan dengan

tertib dan muwalat.

2.5 Masa yang diberikan adalah antara 5 - 7 minit sahaja.

2.6 Pakaian hendaklah bersesuaian dengan pertandingan.

2.7 Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak

dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak

empat kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.

2.10 Lafaz tersebut adalah seperti berikut:

5

Page 6: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

3.0 Penghakiman

Penghakiman dibuat dari segi :

a) Sebutan ayat = 40 markah

b) Tarannum = 40 markah

c) Tajwid (panjang dan pendek harakat) = 20 markah

6

Page 7: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

4.0 Hadiah

Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan

Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 250.00 Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 150.00 Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.

7

Page 8: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

5.0 Lain-lain

5.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak penganjur.

5.1 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sila hubungi :

En. Hasan Abdullah = 03-80264352 Cik Syazana = 03-80264476

8

Page 9: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

9

Page 10: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

PERTANDINGAN MARHABAN

1.0 Pengenalan

Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat

Datang“ satu cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Seni

marhaban ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan

mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka

berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara

yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian

10

PROGRAM EXPLORIA KESENIAN & KEBUDAYAAN MPSJ 200919 – 20 DISEMBER 2009, UPTOWN NIGHT WALK, TAMAN PUCHONG UTAMA

PERTANDINGAN NASYID # MARHABAN # LAUNGAN AZAN # KOMPANG # MEWARNA # BERBAGAI LAGIANJURAN : MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (BAHAGIAN BELIA, SUKAN & KEBUDAYAAN)

USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E. 03-8026 3131 samb 3186/3187/4353/4354/4355/3299/3184

Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam Borang Pertandingan ini adalah benar dan saya akan menanggung apa-apa jua kesulitan, masalah, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung . Bersama dengan ini disertakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM 30.00. (RM : TIGA PULUH SAHAJA) ._____________________

T.Tangan Ketua Kumpulan Tarikh :……………………

Page 11: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.

Marhaban adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan

Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah

selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah Taala. Seiring dengan

pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan masyarakat Arab,

ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap

Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala. Di

Malaysia, seni marhaban ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul

s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan

majlis-majlis kesyukuran serta khatam Al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian

kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia

serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala.

11

Page 12: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

2.0 Syarat-syarat Penyertaan

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan untuk pertandingan Marhaban. Syarat

berikut menjadi garis panduan untuk para peserta yang menyertai pertandingan

ini adalah seperti berikut ;

12

Page 13: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

i. Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.

ii. Ahli kumpulan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 10 orang

termasuk vokalis dan pemuzik (jika ada). Ahli kumpulan tidak boleh

bercampur anggota antara lelaki dan perempuan.

iii. Penyertaan boleh terdiri dari wakil badan kerajaan, agensi swasta,

sekolah, universiti, persatuan, kumpulan persendirian dan sebagainya.

Wakil bagi organisasi boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

iv. Yuran penyertaan adalah RM 30.00 bagi setiap kumpulan.

v. Perbelanjaan dan segala kos yang berkaitan bagi tujuan ini adalah

tanggungjawab masing-masing.

13

Page 14: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

vi. Pakaian peserta hendaklah yang menutup aurat, bersopan dan

bersesuaian dengan nilai-nilai Islam.

3.0 Lagu, Muzik dan Persembahan

3.1 Untuk lagu marhaban, bacaan rawi tidak diperlukan. Masa yang

diperuntukkan adalah 8 minit. Tiada had umur untuk peserta marhaban.

3.2 Persembahan diwajibkan menampilkan persembahan yang menarik dan

menepati kesopanan ketimuran.

14

Page 15: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

4.0 Penghakiman

Penghakiman akan diadili jawatankuasa penghakiman yang berkuasa memberikan keputusan muktamad. Penghakiman berdasarkan pada :

i. Vokal = (40 Markah)ii. Nahu/Lahjan = (20 Markah)iii. Persembahan = (20 Markah)iv. Keterampilan = (20 Markah)

4.0 Hadiah

Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00

15

Page 16: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

Sijil Penyertaan

Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00 Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.

5.0 Lain-lain

6.0 Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang

akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi

mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada

semua pihak.

16

Page 17: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

6.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan

ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak

penganjur.

6.2 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan

boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,

Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sila hubungi :

En. Hasan Abdullah = 03-80264352 Cik Syazana = 03-80264476

17

Page 18: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

18

Page 19: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

PERTANDINGAN KOMPANG

1.0 Pengenalan Mengenai Asal Usul Kompang

Kompang merupakan salah satu warisan Melayu yang dikatakan berasal dari Negara Arab dan dikenalpasti dibawa ke Malaysia semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-14 oleh pedagang-pedagang India-Muslim. Kompang biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu untuk perarakan pengantin dalam sesuatu majlis perkahwinan, perarakan tetamu kehormat dalam sesuatu majlis rasmi, majlis marhaban, majlis berkhatan, perasmian sesuatu program atau acara yang melibatkan ”gimik” dan boleh juga digunakan oleh kelab penyokong untuk memeriahkan acara sukan seperti kelab bolasepak, kumpulan orkestra, nasyid dan kumpulan-kumpulan muzik Melayu yang lain.

19

PROGRAM EXPLORIA KESENIAN & KEBUDAYAAN MPSJ 200919 – 20 DISEMBER 2009, UPTOWN NIGHT WALK, TAMAN PUCHONG UTAMA

PERTANDINGAN NASYID # MARHABAN # LAUNGAN AZAN # KOMPANG # MEWARNA # BERBAGAI LAGIANJURAN : MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (BAHAGIAN BELIA, SUKAN & KEBUDAYAAN)

USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E. 03-8026 3131 samb 3186/3187/4353/4354/4355/3299/3184

Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam Borang Pertandingan ini adalah benar dan saya akan menanggung apa-apa jua kesulitan, masalah, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung . Bersama dengan ini disertakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM 20.00. (RM : DUA PULUH SAHAJA) .

_____________________T.Tangan Ketua Kumpulan Tarikh :……………………

Page 20: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

2.0 Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Kompang.

2.1 Peserta

2.1.1 Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.2.1.2 Setiap pasukan bebas menentukan bilangan lelaki dan perempuan.2.1.3 Setiap pasukan mestilah mempunyai ahli di antara 12 - 16 orang. 2.1.4 Hanya kompang sahaja yang dibenarkan dan hendaklah

disediakan oleh pasukan masing-masing.

2.2 Tema, Lagu & Persembahan

2.2.1 Setiap kumpulan WAJIB menyampaikan dua buah lagu. 2.2.2 Masa persembahan adalah diantara 10 - 12 minit. 2.2.3 Markah akan dikira berdasarkan 5 minit untuk pukulan rawi (tanpa

lagu) dan 5 minit untuk pukulan kreatif (serta lagu).

20

Page 21: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

2.2.4 Bendera HIJAU akan diangkat oleh penjaga masa bagi menunjukkan persembahan dan masa bermula.

2.2.5 Bendera KUNING akan diangkat oleh penjaga masa menunjukkan masa 10 minit telah berlalu.

2.2.6 Bendera MERAH akan diangkat menunjukkan masa telah tamat (12 minit) dan peserta dikehendaki menamatkan persembahan mereka.

2.2.7 Markah tidak akan dikira setelah masa tamat.

2.3 Fokus Pemarkahan

2.3.1 Pemarkahan adalah dibahagikan seperti berikut:

a. Pukulan 40 %

b. Lagu/Selawat 30 %

21

Page 22: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

c. Kreativiti 20 %

d. Disiplin/ Pakaian 5 %

e. Masa 5 %

Jumlah 100 %

3.0 Penghakiman

3.1 Para juri terdiri daripada golongan profesional dan mereka yang arif dalam

bidang kompang.

3.2 Tiga orang atau juri/hakim akan mengadili pertandingan ini dan dibantu

oleh seorang penjaga masa.

22

Page 23: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

3.3 Segala keputusan juri adalah muktamad.

3.4 Sebarang bantahan berhubung keputusan pertandingan hendaklah dirujuk

kepada Ketua Juri berserta bayaran sebanyak RM 100.00. Wang tidak

akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

4.0 Hadiah

Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00 Sijil Penyertaan

Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan

23

Page 24: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja5.0 Lain-lain

5.1 Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (‘LIVE’)

tanpa mikrofon.

5.2 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dibatalkan

penyertaannya.

5.3 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan

ini adalah dibawah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat

sebarang tuntutan.

24

Page 25: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

5.4 Segala perbelanjaan pakaian dan persediaan termasuk peralatan adalah

dibawah tanggungan pasukan masing-masing.

5.5 Yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 untuk setiap pasukan.

5.6 Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang

akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi

mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada

semua pihak yang terlibat

5.7 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan

boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,

Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sila hubungi :

25

Page 26: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

En. Hasan Abdullah = 03-80263184 Cik. Syazana = 03-80264476

26

Page 27: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

27

Page 28: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

PERTANDINGAN NASYID

1.0 Pengenalan

Permulaan nasyid didendangkan di tanah Arab khususnya di tanah Syam, dalam bentuk rakaman kaset, adalah pada sekitar akhir 1960-an. Pada ketika ini, hanya terdapat munsyid-munsyid secara solo, yang biasanya bernasyid di majlis-majlis tertentu seperti hari kebesaran Islam, dan majlis-majlis perkahwinan. Munsyid pertama yang dikesan sekitar akhir tahun 1960-an sehingga ke tahun 70-an, adalah beberapa orang antaranya Abu Mazen (bukan Mahmoud Abbas ya!), Abul Jud atau nama penuhnya Muhammad Munzir Sarmini. Kedua-dua mereka dari Syria, yang banyak mendendangkan nasyid-nasyid sufi diiringi kompang atau duff yang biasa.

28

PROGRAM EXPLORIA KESENIAN & KEBUDAYAAN MPSJ 200919 – 20 DISEMBER 2009, UPTOWN NIGHT WALK, TAMAN PUCHONG UTAMA

PERTANDINGAN NASYID # MARHABAN # LAUNGAN AZAN # KOMPANG # MEWARNA # BERBAGAI LAGIANJURAN : MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (BAHAGIAN BELIA, SUKAN & KEBUDAYAAN)

USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E. 03-8026 3131 samb 3186/3187/4353/4354/4355/3299/3184

Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam Borang Pertandingan ini adalah benar dan saya akan menanggung apa-apa jua kesulitan, masalah, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung . Bersama dengan ini disertakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM 30.00. (RM : TIGA PULUH SAHAJA) ._____________________

T.Tangan Ketua Kumpulan Tarikh :……………………

Page 29: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

2.0 Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Nasyid.

2.1 Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.2.2 Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Terbuka MPSJ

diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.

2.3 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30.00 untuk satu kumpulan.2.4 Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada 6-8 orang ahli. 2.5 Sesuatu kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini

sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri daripada penyanyi professional. (Penyanyi professional ialah mereka yang telah membuat album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat baik secara solo mahupun berkumpulan).

29

Page 30: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

2.6 Setiap persembahan hendaklah secara ‘live’ / langsung dan bagi kumpulan yang menggunakan kaedah ‘Minus One’ hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur 2 hari sebelum pertandingan.

2.7 Setiap kumpulan dikehendaki menyertakan lirik lagu semasa menghantar borang peryertaan dan lirik lagu hendaklah berunsurkan nilai – nilai Islam.

2.8 Pakaian bagi peserta lelaki hendaklah bersopan dan sesuai dengan kehendak nilai-nilai Islam manakala wanita adalah baju kurung.

3.0 Lagu

3.1 Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan satu lagu sahaja samada lagu tradisional atau lagu moden. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah :

a) Lagu Tradisional

30

Page 31: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

- berunsurkan Bayati, Nahwan, Sikah, Ras, Sobah dan Hijjaz.

b) Lagu Moden - berunsurkan selain dari lagu tradisional tidak termasuk rentak Rock, Heavy Metal, Jazz dan Rap.

3.2 Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu nasyid dan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 6 minit.

3.3 Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya.

3.4 Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan lirik lagu.

31

Page 32: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

4.0 Peralatan Muzik

Alat – alat muzik untuk Nasyid adalah :

a) Yenkee (Gendang Turki)

b) Kompang

c) Bonggo

d) Tamborin

e) Marakas

f) Congga

g) Rebana

h) Shaker

32

Page 33: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

5.0 Penghakiman

5.1 Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad. Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut : i. Vokal - 40 markahii. Persembahan - 30 markahiii. Pakaian - 15 markahiv. Penyampaian - 15 markah

5.2 Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam. Manakala pakaian bagi peserta wanita adalah baju kurung.

6.0 Hadiah

33

Page 34: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,500.00 Sijil Penyertaan

Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00 Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja

7.0 Lain-lain

7.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan

ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak

penganjur.

34

Page 35: Borang Dan Syarat-Syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang

7.2 Semua peraturan wajib dipatuhi.

7.3 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan

boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,

Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sila hubungi :

En. Hasan Abdullah = 03-80264352 Cik Syazana = 03-80264476

35