book review minda muslim super

2
NAMA SEKOLAH : SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD, PORT DICKSON 1) KOD SEKOLAH: NEA 2053 NAMA GURU : NURULHUDA BINTI ALI @ HASIM 2) JUDUL MINDA MUSLIM SUPER 3) PENGARANG: DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN 4) BIDANG PENGETAHUAN PROFESIONAL 5) SINOPSIS Buku ini mengandungi 13 bab yang menjawab persoalan-persoalan seperti berikut :- Siapakah muslim super? Bagaimanakah mereka dapat menjadi Muslim super? Bolehkah saya menjadi Muslim super seperti mereka? Apakah kelebihan menjadi Muslim super? Di dalam buku ini, penulis mengetengahkan umat Islam sebagai “ummatan wasatan” dan “khaira ummatin” sebagai kualiti asas bagi individu muslim di mana Islam mengajar umatnya nilai kemanusiaan sejagat dan keadilan bagi memastikan kesejahteraan bagi umat manusia. Namun begitu, penulis menegaskan bahawa kualiti sebenar ini sebenarnya bermula dari minda. Ini kerana kejayaan yang sebenar ini tidak akan dicapai tanpa kefahaman yang sebenar tentang ajaran Islam. Jelasnya lagi, Islam adalah misi dan visi setiap umat Islam. Islam mendidik umatnya dalam kesemua aspek kehidupan seharian termasuk perkara-perkara mudah seperti pakaian, pemakanan dan sebagainya. Di awal bab, penulis menjelaskan bahawa Islam adalah acuan penting yang mendidik umatnya untuk menjadi umat yang terbaik dan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai pedoman yang terbaik sepanjang zaman. Ini jelas dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; “Aku tinggalkan kepada kamu (yakni umatku) 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya; iaitu Al-Quran dan Sunnahku”. Selain itu, Islam mengajar ummatnya keseimbangan di antara dua aspek; duniawi dan ukhrawi, dan kedua-dua aspek disebut hendaklah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini hendaklah dicari dan ditimba selagi mana kita masih hidup supaya dapat melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran kedua-duanya sekaligus. Sejarah juga jelas membuktikan di mana kebangkitan Islam yang agung ketika suatu dahulu kerana menegakkan syiar Islam dan berpegang

Upload: nurulhudaali

Post on 01-Feb-2016

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

13 BAB YANG MENGGARISKAN UMAT ISLAM SEBAGAI KHAIRA UMMATIN DAN UMMATAN WASATAN DI MANA MINDA MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK MENDIDIK DIRI MENJADI UMAT YANG TERBAIK MELALUI MINDA YANG SUPER IAITU MELENGKAPI DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN

TRANSCRIPT

Page 1: Book Review Minda Muslim Super

NAMA SEKOLAH : SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD, PORT DICKSON

1) KOD SEKOLAH:NEA 2053

NAMA GURU : NURULHUDA BINTI ALI @ HASIM

2) JUDUL MINDA MUSLIM SUPER

3) PENGARANG: DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

4) BIDANG PENGETAHUAN PROFESIONAL5) SINOPSIS

Buku ini mengandungi 13 bab yang menjawab persoalan-persoalan seperti berikut :-

Siapakah muslim super? Bagaimanakah mereka dapat menjadi Muslim super? Bolehkah saya menjadi Muslim super seperti mereka? Apakah kelebihan menjadi Muslim super?

Di dalam buku ini, penulis mengetengahkan umat Islam sebagai “ummatan wasatan” dan “khaira ummatin” sebagai kualiti asas bagi individu muslim di mana Islam mengajar umatnya nilai kemanusiaan sejagat dan keadilan bagi memastikan kesejahteraan bagi umat manusia.

Namun begitu, penulis menegaskan bahawa kualiti sebenar ini sebenarnya bermula dari minda. Ini kerana kejayaan yang sebenar ini tidak akan dicapai tanpa kefahaman yang sebenar tentang ajaran Islam. Jelasnya lagi, Islam adalah misi dan visi setiap umat Islam. Islam mendidik umatnya dalam kesemua aspek kehidupan seharian termasuk perkara-perkara mudah seperti pakaian, pemakanan dan sebagainya.

Di awal bab, penulis menjelaskan bahawa Islam adalah acuan penting yang mendidik umatnya untuk menjadi umat yang terbaik dan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai pedoman yang terbaik sepanjang zaman. Ini jelas dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; “Aku tinggalkan kepada kamu (yakni umatku) 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya; iaitu Al-Quran dan Sunnahku”.

Selain itu, Islam mengajar ummatnya keseimbangan di antara dua aspek; duniawi dan ukhrawi, dan kedua-dua aspek disebut hendaklah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini hendaklah dicari dan ditimba selagi mana kita masih hidup supaya dapat melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran kedua-duanya sekaligus.

Sejarah juga jelas membuktikan di mana kebangkitan Islam yang agung ketika suatu dahulu kerana menegakkan syiar Islam dan berpegang teguh sepenuhnya kepada dua sumber utama tersebut; Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Justeru, dalam bab terakhir buku ini penulis melontarkan kisah-kisah sahabat Nabi S.A.W dan ciri-ciri unggul yang terdapat dalam kalangan mereka. Banyak pedoman dan iktibar yang dapat digarap melalui kisah-kisah ini supaya kita meneladani tokoh-tokoh terunggul Islam tersebut, misalnya Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan, Ali bin Abi Talib dan sebagainya.NILAI PENGETAHUAN / PENGAJARAN :

1) Muslim Super adalah muslim yang berilmu.2) Muslim Super hendaklah menyeimbangkan aspek duniawi dan ukhrawi dalam kehidupan.3) Tanpa ilmu, kejayaan tidak dapat dicapai.

Page 2: Book Review Minda Muslim Super

APLIKASI ILMU DALAM PDP:

1) Ilmu pengetahuan perlu dicari sebanyak yang mungkin untuk melengkapkan diri setiap individu.2) Ilmu tersebut perlu seimbang dengan aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial supaya kita akan maju ke depan.3) Kefahaman sebenar sangat penting untuk mencapai sesuatu objektif utama. Misalnya, pelajar- pelajar kena memahami kehendak soalan yang diusulkan di dalam peperiksaan, dan kemudian barulah mereka faham apa yang dimaksudkan supaya selari dan tidak terpesong dari kehendak soalan.4) Pengajaran dan iktibar dalam PdP perlu diketengahkan supaya dapat difahami, dihalusi dan juga diteladani dalam kehidupan seharian.5) Semua individu mampu menjadi umat terhebat sekiranya kita sentiasa berusaha ke arahnya.