bmm 3133 - tajuk 4

28
BMM 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 Pensyarah: En. Mohd Aris Bin Anis Pembentang: Mohamad Adam ha!ie Bin Magi Mohd "isyam#ddin Bin $he io%

Upload: cik-melati

Post on 07-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pembentangan

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

BMM 3133PENYELIDIKAN TINDAKAN 1Pensyarah:En. Mohd Aris Bin Anis

Pembentang:Mohamad Adam Shafie Bin MagiMohd Hisyamuddin Bin Che Siok

KONSEPPenyelidikan dibuat untuk menguji idea mengenai ciri dan operasi beberapa aspek alam mini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik atau buruk daripada kaedah lain.Bukti juga diperlukan untuk menyokong sama ada sesuatu program itu dapat menambah motivasi, minat atau pencapaian pelajar. Satu jalan keluar untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah adalah melalui penyelidikan. Untuk membuat penyelidikan, guru perlu memahami proses menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah mengenal pasti satu masalah yang boleh diselidik. Bagi meneruskan proses itu, seseorang itu harus mempunyai idea yang jelas mengenai apa maksud penyelidikan.

2

DEFINISITerdapatbeberapadefinisiyang sering dirujuk tentang kajiantindakan:Elliot(1981)Suatu kerangka penilaian kendiri (framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan, kepentingan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang berkepentingan.Kajian tindakan juga merupakan penyelidikan situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri.

DEFINISIEbbut (1985)Suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.McNiff (1988)Satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.

DEFINISI Kemmis dan McTaggart (1988) - Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi amalan itu dilakukan.

DEFINISICochran & Lytle (1990) Penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka.Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan.Kember & Gow (1992) Kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.

CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN GURU Pada asasnya kajian tindakan mempunyai ciri-ciri berikut: Boleh digunakan oleh guru untuk mengkaji masalah yang relevan dengan bilik darjah.Melibatkan refleksi di setiap langkah dalam proses inkuiri Boleh digunakan untuk meningkatkan amalan, menyelesai masalah, perubahan institusi atau meningkatkan perkembangan guru.Dijalankan dalam situasi sebenar dan selalunya menggunakan teknik participant observation untuk mengkaji sesuatu fenomena.

CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN GURU

Merupakan proses kolaboratif, dengan individu-individu yang bertanggungjawab kepada tindakan yang menjalankan kajian Melibatkan penyelesaian masalah praktikal dan meneroka isu-isu bilik darjah Mengembangkan pengetahuan professional guru dalam disiplin spesifik Dinamik dan perubahan merupakan bahagian yang penting dalam proses kajian tindakan Guru-guru terlibat dalam proses merancang, bertindak dan mereflek (gelungan kajian tindakan)

KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN GURUMengisi jurang antara teori dan praktis.Saya sudah boleh melakukannya

Ejen perubahanGuru berpeluang mengutip data sendiri dan membuat keputusan profesional mengenai sekolah atau bilik darjah mereka.Guru dapat mengaplikasikan metodologi yang berpadanan dengan falsafah dan gaya pengajaran masing-masing.Perkembangan profesionalSebagai latihan perkembangan staf.Memberikan pengalaman tersendiri.Mendatangkan kepuasan kerana dapat menyelesaikan masalah.

KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN GURU