bmk sumatif2 upsr 2013

9
1 Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Menurut peserta-peserta ekspedisi itu, _____________ akan memulakan perjalanan ke Gunung Tahan selepas waktu subuh. A kami C mereka B kalian D beliau Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2. Kerja-kerja menjaga pokok bunga ___________________ oleh ibu selepas kami adik-beradik pergi ke sekolah. A melakukan C berlaku B dilakukan D dilaku 3 Rumah dua tingkat yang terletak di hujung kampung itu musnah __________ api. A menjilat C dijilat B berjilat D jilatan 4 Halimah merebus ubi kayu itu sehingga __________________ . A kental C mekar B empuk D ranum 5 ______________ cacat, __________________ dia pintar dan rajin. A Sungguhpun ..... namun B Walaupun ...... dan C Meskipun ...... kecuali D Jikalau ..... tetapi 6 Dua orang ________ telah ditangkap oleh _________ di Selat Melaka. A pencuri ....... tentera B perompak ....... askar

Upload: saenaldo-soulfly

Post on 26-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan BM

TRANSCRIPT

1

8

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.1.Menurut peserta-peserta ekspedisi itu, _____________ akan memulakan perjalanan ke Gunung Tahan selepas waktu subuh.

Akami

Cmereka

Bkalian

Dbeliau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2.Kerja-kerja menjaga pokok bunga ___________________ oleh ibu selepas kami adik-beradik pergi ke sekolah.

Amelakukan

Cberlaku

Bdilakukan

Ddilaku

3Rumah dua tingkat yang terletak di hujung kampung itu musnah __________ api.A menjilat

C dijilat

B berjilat

D jilatan4Halimah merebus ubi kayu itu sehingga __________________ .

Akental

Cmekar

Bempuk

Dranum5______________ cacat, __________________ dia pintar dan rajin.

ASungguhpun ..... namun

BWalaupun ...... dan

CMeskipun ...... kecuali

DJikalau ..... tetapi6Dua orang ________ telah ditangkap oleh _________ di Selat Melaka.A pencuri ....... tenteraBperompak ....... askarC lanun ..... polis marinDpemandu ...... trafik

7Siti Nurhaliza merupakan _________ yang tersohor di negara kita.

A seniwati

B seniman

C wartawanD olahragawati

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.8Ibu ________ tepung gandum itu hingga _________ untuk dibuat kuih.

Amenggaul ....... kenyal

Bmenguli ...... sebati

Cmengacau .......lembik

Dmenebar ........ kental9______ malangnya nasibku, sudahlah ketinggalan bas, duit pula hilang entah ke mana, keluh Ah Long.

AEh

CAduhai

BNah

DWahaiSoalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10Kemalangan __________ sebuah lori ___________ kereta Proton Waja itu mengorbankan empat nyawa.

Adi antara ...... dengan

Bantara ...... dengan

Cdi antara ...... serta

Dantara ....... juga11Ayah memikul se ____________ pisang untuk dibawa pulang.

Abiji

Csisir

Bsikat

Dtandan12____________ sikap penduduk yang kita ingini ? kata wakil rakyat itu dengan nada yang meninggi.

ASiapakah

BBeginikah

CAdakah

DApalah13Kasut saya yang hilang itu ______________ berjenama Nike tetapi Adidas.

Ajuga

Cbukan

Btidak

DmalahSoalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14Budak perempuan yang mahir mengendalikan komputer itu _______________

adik kawan baik saya.

Asiapalah

Cadalah

Bentahlah

Dialah15Ayah ____________abang sebuah basikal sempena hari jadinya.

Amenghadiahkan

Cdihadiahkan

Bmenghadiahi

Ddihadiah16 Beta sangat lapar dan hendak ____________ sekarang. Siapkan makanan

dengan segera, titah sultan itu dengan bengisnya.

Asantap

Cbersiram

Bberadu

Dberangkat

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17Chef Salmiah memasukkan ________________ garam dan dua __________ daun limau purut ke dalam masakan tom yam ayam yang dimasaknya.

Asegengam .......... tangkai

Bsecubit ........... helai

Csesudu ......... untai

Dsejemput .......... keping18 Fikri menjadi _____________ untuk memilih barang di kedai cenderamata itu.

Aberat hati

Chilang akal

Bbuta huruf

Drambang mata19Budak itu terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya. Apa lagi, ________lah budak itu.

Anaik minyak

Cnaik lemak

Bnaik angin

Dnaik tangan20Aiman memiliki kesemua ciri yang diperlukan. ___________ , dialah yang paling

layak menjadi ketua pasukan.

ADalam pada itu

CNamun begitu

BDi samping itu

DJika demikianSoalan 21 berdasarkan gambar di bawah.

21Kami berasa terharu apabila melihat kesusahan yang dialami mangsa kebakaran itu.

Perkataan seerti bagi terharu ialah

A bimbang

C marah

B gelisah

D sedih22Ana didenda kerana enggan menuruti arahan gurunya.

Perkataan berlawan bagi enggan ialah

Aingkar

Cmahu

Bbenci

DturutSoalan 23Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang diberi.23Kita mesti tolong-menolong apabila membuat sesuatu pekerjaan.

Aringan sama dijinjing, berat sama dipikul

Brambut sama hitam, hati lain-lain

Ckerana mulut, badan binasa

Dringan tulang, berat perutSoalan 24Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

24Mereka ke sana untuk membantu kami memadamkan api di rumah Kamal.A Siapakah yang ke rumah Kamal?

B Apakah yang terjadi di rumah Kamal?C Mengapakah mereka membantu Kamal?

D Apakah tujuan mereka ke sana?

Soalan 25Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

25Mengapakah mereka tertawa terbahak-bahak?A Mereka geli hati melihat aksi badut itu.B Mereka memang ketawa terbahak-bahak.C Ya, kerana geli hati melihat aksi badut itu.

D Kadang-kadang mereka akan ketawa dengan lebih kuat lagi.Soalan 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26Cadangan Azri itu disokong oleh Cikgu Azizah.

ACikgu Azizah dan Azri menyokong cadangan itu.

BCikgu Azizah menyokong Azri untuk memberikan cadangan itu.

CCikgu Azizah mengemukakan cadangan yang menyokong Azri.

DCikgu Azizah menyokong cadangan Azri itu.Soalan 27 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.27IBekas tapak kakinya masih kelihatan di lantai bersimen itu.

IIHaji Karim ialah seorang bekas anggota pasukan bomba.

IIITolong ambilkan bekas air di atas meja itu.

IVPenjenayah itu telah polis bekas malam tadi.

AI dan II sahaja

BI, II dan III sahaja

CII, III dan IV sahaja

DI, II, III dan IV

28 I Beberapa ekor kelawar ditembak oleh Pak Malik.II Polis sedang ekor pemuda yang berambut panjang itu.III Ekor kucing itu berbulu lebat dan berwarna kekuningan.IV Ekor matanya menjeling ke arah bapanya yang sedang bercakap.AI dan III sahaja

BIII dan IV sahaja

CI, II dan IV sahaja

DI, III dan IV sahaja

Soalan 29 30

Pilih ayat yang betul

29APensyarah itu berasal dari Jepun.

BPuisi itu ialah tentang nilai murni.

CBahasa Melayu terpenting sekali dalam pendidikan.

DZali merasa malu kerana sering diejek oleh kawan-kawannya.

30 I Para-para penonton berbaris untuk membeli tiket di stadium itu.II Abang ingin melanjutkan pengajarannya ke luar negara.III Kedua-dua abang Sazali sangat sayang akan dirinya.IV Sesetengah murid didapati sengaja tidak menyiapkan kerja sekolah.AI dan II sahaja

BIII dan IV sahaja

CI, III dan IV sahaja

DII, III dan IV sahajaSoalan 31 35Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Majalah Wawasan,Sekolah Kebangsaan Sekalung Budi,

21600 Marang, Terengganu.

Dr.Radhiah binti Abdul Salam,Ketua Eksekutif,

Time System Net Sdn. Bhd.,

1441 Persiaran Tun Perak,

56200 Kuala Lumpur.

12 APRIL 2013.Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK WAWANCARA

Dengan segala hormatnya , saya sebagai Ketua Editor Majalah Wawasan sekolah ini ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk diwawancara sebagai Tokoh Usahawan.

2. Sebagaimana pihak tuan sedia maklum, kejayaan tuan sebagai ahli perniagaan yang terkemuka amat membanggakan. Sebagai usahawan terkemuka dalam bidang teknologi maklumat, nama dan syarikat tuan sering kali terpapar di dada-dada akhbar. Kami turut tumpang gembira , apatah lagi tuan merupakan bekas pelajar sekolah ini.3 Bagi merakamkan rasa kegembiraan ini, kami amat berharap agar tuan sudi diwawancara dan menceritakan pengalaman dan susah payah tuan berusaha untuk berjaya.

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan jawapan mengenai permohonan kami ini secepat mungkin. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak amat kami hargai. Sekian, terima kasih.Saya yang menjalankan tugas,

Shafira(NUR SHAFIRA BINTI SHAMSUDDIN)

Ketua Editor,

Majalah Wawasan,

Sekolah Kebangsaan Sekalung Budi.

31Apakah jawatan penulis surat rasmi ini?

ATokoh usahawan

CKetua Editor

BKetua Eksekutif

DPenerbit32Apakah bidang perniagaan yang diceburi oleh Tokoh Usahawan di atas?

ATeknologi Maklumat

CPercetakan

BTelekomunikasi

DHartanah33Di manakah tokoh usahawan tersebut pernah belajar?

ASekolah Kebangsaan Wawasan

BSekolah Kebangsaan Sekalung Budi

CSekolah Kebangsaan Persiaran Tun Perak

DSekolah Kebangsaan Time System34Kesemua yang berikut merupakan tujuan wawancara ini diadakan kecuali

Ameningkatkan kehebatan tokoh tersebut

Bcontoh dan teladan kepada pelajar sekolah

Ctanda penghargaan sebagai bekas pelajar

Dmeningkatkan motivasi pelajar agar belajar besungguh-sungguh35Perkataan terpapar amat sesuai digantikan dengan perkataan

Aterbentang

Cterlihat

Bterdapat

DterbukaSoalan 36 - 40

Teliti dan fahami puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya,BondaKasih sayangmu tiada terbalas

Membesarkanku dengan penuh kasih sayang

Bonda

Sedari kecil aku dibelai

Dengan kasihmu

Kini aku telah dewasa menempuh alam hidup

Penuh dengan dugaan

Bonda

Kau tiada lagi

Pergi buat selama-lamanya

Menyahut panggilan Ilahi

Aku rindukan kasih sayangmuAku rindukan saat-saat bersamamu

Ketika takbir raya bergema

Kerinduan kepadamu semakin terasa

Aku kehilangan seorang ibu

Yang amat aku sayangi

36Di manakah ibu penulis sekarang?

ADi kampung

BKe luar negara

CTelah meninggal dunia

DTinggal bersama penulis37Apakah jenis puisi di atas?

ASajak

BSyair

CPantun

DGurindam38Apakah tujuan penulis menghasilkan puisi di atas?

ABerasa sedih kerana akan kehilangan ibunya

BBerasa terharu kerana telah menjadi dewasa

CBerasa rindu akan kasih sayang ibunya

DIngin membalas jasa ibunya39Bilakah masa penulis begitu teringatkan ibunya ?

ASemasa kecil

BSemasa ibunya balik kampung

CSemasa mendengar takbir raya

DSemasa dia sedang membesar40Frasa penuh dengan dugaan dalam puisi di atas bermaksud

APenulis sering menduga ibunya

BDipenuhi dengan pelbagai peristiwa

CPenuh dengan kenangan manis

DPenuh dengan cabaranKERTAS SOALAN TAMAT