bmk gelaran warisan etc

4
1 | Page GELARAN WARISAN Gelaran warisan disebut juga sebagai gelaran keturunan. Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu. Gelaran warisan atau keturunan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu; a) Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah, sama ada pada zaman dahulu atau sekarang seperti yang berikut: Gelaran Negeri Raja Perak dan Selangor Tunku/Ungku Johor dan Kedah Tuanku Negeri Sembilan Tengku/Engku Kelantan, Pahang dan Terengganu Pangeran, Pangeran Anak, dan Pangeran Muda Negara Brunei Darussalam b) Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar adalah seperti yang berikut: Gelaran Negeri Abang Sarawak Awangku. Pangeran, Dayangku Negara Brunei Darussalam Datu Sabah Megat dan Puteri Perak Meor Perak Nik Kelantan Tan Kedah Tuan Terengganu Wan Kelantan dan Terengganu

Upload: maxlyn-asim

Post on 30-Jun-2015

351 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMK GELARAN WARISAN ETC

1 | P a g e

GELARAN WARISAN

Gelaran warisan disebut juga sebagai gelaran keturunan. Gelaran ini diwarisi sejak

lahirnya seseorang itu. Gelaran warisan atau keturunan dapat dibahagikan kepada

empat jenis iaitu;

a) Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah, sama ada pada

zaman dahulu atau sekarang seperti yang berikut:

Gelaran Negeri

Raja Perak dan Selangor

Tunku/Ungku Johor dan Kedah

Tuanku Negeri Sembilan

Tengku/Engku Kelantan, Pahang dan Terengganu

Pangeran, Pangeran Anak, dan

Pangeran Muda

Negara Brunei Darussalam

b) Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar adalah seperti yang

berikut:

Gelaran Negeri

Abang Sarawak

Awangku. Pangeran, Dayangku Negara Brunei Darussalam

Datu Sabah

Megat dan Puteri Perak

Meor Perak

Nik Kelantan

Tan Kedah

Tuan Terengganu

Wan Kelantan dan Terengganu

Page 2: BMK GELARAN WARISAN ETC

2 | P a g e

c) Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad S.A.W seperti Syed atau

Sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Ada sesetengah pihak yang

mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syeikh dan Siti juga tergolong dalam

gelaran jenis ini.

d) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti

Raden dari Jawa, Daeng dari Tanah Bugis, Sidi dan Sutan dari Minangkabau,

serta Teuku dan Teungku dari Aceh.

GELARAN KURNIAAN

Gelaran kurniaan pula diperoleh melalui pencapaian dan sumbangan seseorang.

Gelaran ini dapat dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah dan gelaran

kurniaan akademik atau ikhtisas. Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang

dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang banyak berjasa kepada

masyarakat, bangsa, negara dan sebagainya. Gelaran-gelaran tersebut ditunjukkan

dalam jadual yang berikut ini.

Gelaran kurniaan Catatan

Tun Gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan

yang tertinggi kepada lelaki dan

perempuan.

Toh Puan Gelaran untuk isteri Tun

Tan Sri Gelaran (di bawah Tun) kurniaan Kerajaan

Persekutuan kepada lelaki dan

perempuan.

Puan Sri Gelaran untuk isteri Tan Sri

Datuk (Dato’, Datuk Seri, Datuk Paduka,

Datuk Setia)

Gelaran kurniaan kerajaan-kerajaan negeri

kepada lelaki dan juga perempuan.

Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) Gelaran kurniaan kerajaan Sarawak.

Datin Paduka Gelaran kurniaan kerajaan Selangor

kepada orang perempuan.

Tok Puan Gelaran untuk isteri Datuk di Terengganu.

Page 3: BMK GELARAN WARISAN ETC

3 | P a g e

Orang yang menyandang gelaran tersebut iaitu gelaran kurniaan pemerintah, tidak

perlu diberi rujukan Tuan, Puan, Cik atau Encik lagi.

Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh sebagai hasil kejayaan seseorang dalam bidang

akademik atau ikhtisas.

Gelaran-gelaran ini adalah seperti yang berikut:

(a) Profesor Diraja – untuk professor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai

kemuncak dalam lapangan akademik.

(b) Profesor Emeritus – untuk professor yang telah bersara tetapi mengekalkan

gelaran itu sebagai suatu penghormatan.

(c) Profesor – untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling

tinggi dalam bidang akademiknya.

(d) Profesor Madya – untuk lelaki dan perempuan yang sudah mencapai pangkat

paling tinggi dalam bidang akademiknya.

(e) Doktor – untuk lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu

perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan) serta

penerima Doktor Kehormat.

(f) Cikgu – untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru.

(g) Ustaz atau Ustazah – untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru agama

Islam.

Selain gelaran kurniaan pemerintah dan ikhtisas, gelaran kurniaan juga termasuklah

gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan atau institusi tertentu. Contoh gelaran

ini adalah seperti:

(a) Gelaran Bapa Kemerdekaan yang diberikan kepada Almarhum Tunku Abdul

Rahman Putra Al-Haj atau gelaran Bapa Pembangunan yang diberikan kepada

Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein.

(b) Gelaran Pendeta yang diberikan kepada Allahyarham Tan Sri Dr. Hj. Zainal

Abidin bin Ahmad (Za’ba).

(c) Gelaran Seniman Agung yang diberikan kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

dan Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang.

Page 4: BMK GELARAN WARISAN ETC

4 | P a g e

(d) Gelaran Biduan Negara yang diberikan kepada Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

GELARAN KEAGAMAAN

Gelaran keagamaan biasanya diberikan kepada orang lelaki dan perempuan yang telah

menunaikan fardu haji dan kepada lelaki yang berpengetahuan dalam agama Islam.

Lelaki yang telah menunaikan fardu haji bergelar Haji manakala yang perempuan

bergelar Hajah. Lelaki yang berpengetahuan dalam agama Islam pula digelar Lebai.

Dalam komunikasi yang bersifat rasmi, gelaran Tuan hendaklah digunakan sebelum

gelaran Haji dan Lebai. Contohnya seperti Tuan Haji Baharudin Omar dan Tuan Lebai

Fuad. Sebaliknya, untuk gelaran Hajah, gelaran Puan mestilah digunakan sebelum

gelaran itu, misalnya Puan Hajah Maimunah Iskandar.

Dalam bahasa lisan pula, gelaran Cik dan Pak boleh digunakan di hadapan gelaran

Haji atau Lebai tersebut menjadi Cik Haji Bahar atau Pak Haji Bahar dan Cik Lebai

Fuad atau Pak Lebai Fuad. Manakala untuk gelaran Hajah pula, gelaran Mak boleh

digunakan di hadapan gelaran itu menjadi Mak Hajah Maimunah.

GABUNGAN GELARAN

Seterusnya dalam hal gabungan gelaran, gelaran kurniaan kerajaan mestilah

mendahului semua gelaran lain. Gelaran-gelaran boleh digabungkan menurut urutan

yang berikut:

(a) Kekeluargaan+keagamaan – Mak Haji, Pak Haji, Pak Lebai

(b) Pergaulan tak bersahaja (kecuali saudara) + keagamaan – Tuan Haji, Tuan

Lebai, Puan Hajah.

(c) Kekeluargaan + Warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) – Pak Ungku, Mak

Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan tak bersahaja+keagamaan+warisan (Nik sahaja) – Tuan Haji Nik.

(e) Warisan (kecuali Nik) + keagamaan – Tengku Hajah, Raja Haji

(f) Kurniaan kerajaan+akademik/ikhtisas+warisan+keagamaan – Tan Sri Prof.

Dr. Ungku Haji Omar.