bm ppt penanda wacana
TRANSCRIPT
-Nuridayu
-
Nur Asyikin
Unit
bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas tinggi. Peringkat tertinggi hierarki bahasa. Lisan dan tulisan. Lisan: ceramah, pidato, ucapan, khutbah, forum
dan dialog. Tulisan: laporan, surat, rencana,cerpen, novel dan puisi.
Wacana
AyatKlausa Frasa Kata Morfem Fonem
Dalam
wacana, unsur-unsur bahasa seperti kata, frasa, klausa dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran yang utuh. Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan penggunaannya. Contoh: Mengapa bising sangat.
Ciri-ciri
wacana dapat ditelitikan daripada
segi: Tujuan Hubungan penghasil wacana dengan khalayak Keutuhan susunan (berturutan). Maklumat (mengandungi maklumat baharu dan
tiada maklumat yang bertentangan)
Setiap
wacana yang dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana yang dihasilkan.
Wacana
mestilah berlandaskan hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak. Lisan Penutur dengan pendengar. Tulisan penulis dengan pembaca. Sebelum menghasilkan sesuatu wacana, seseorang seharusnya menyedari dan menimbangkan khalayaknya.
Keutuhan
wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu: Runtutan atau koheren (kesinambungan idea yang
menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami). Tautan dan kohesi (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain)
Seterusnya,
keutuhan wacana dapat dianalisiskan dengan wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal dan gramatikal.
Hubungan wacana daripada aspek semantik Hubungan
ini bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Hubungan semantik dapat diperincikan seperti berikut:
Sebab dan akibat Sebab dan hasil Sebab dan tujuan Latar dan kesimpulan Syarat dan hasil Perbandingan Memperkuatkan isi atau hubungan penjelasan
Hubungan wacana daripada aspek leksikal Hubungan
ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana . Pemilihan kosa kata yang serasi adalah sangat penting. Beberapa cara untuk memperoleh hubungan leksikal:
Mengulang kata yang sama. Penggunaan sinonim Penggunaan antonim Penggunaan hiponim Penggunaan kolokasi Unsur bersambut
Hubungan wacana daripada aspek gramatikal Berkaitan
dengan tatabahasa. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda penggantian, elipsis dan penanda penghubung.
Maklumat
yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada maklumat lama dan maklumat baharu. Contoh: Saya membela seekor kucing. Kucing itu sangat
comel. Dalam
wacana itu , frasa kucing itu dalam ayat kedua adalah maklumat lama manakala frasa sangat comel ialah maklumat baharu.
Fungsi (a) (b) (c) Tambahan Tambahan dan penegasan Pertentangan
Contoh Selanjutnya; seterusnya; selain itu; di samping itu; begitu juga; demikian juga; tambahan lagi Lebih-lebih lagi; tambahan pula; malah; malahan; bahkan; lagipun Namun; namun begitu; namun demikian; bagaimanapun; walau bagaimanapun; walaupun demikian; akan tetapi; sungguhpun begitu Oleh sebab itu; oleh itu; jesteru; dengan itu; dengan ini; dengan demikian; oleh yang demikian; jadi; sebagai akibatnya; sebagai hasilnya Sehubungan dengan itu; dalam hal ini; berhubung dengan; berkaitan dengan; dari segi; dari sudut; dari aspek; seiring dengan; sejajar dengan; selaras dengan; merujuk kepada
(d)
Sebab dan kesan atau lanjutan
(e)
Perkaitan
(f)
Waktu
Sebelum itu; sebelum ini; kini; pada masa ini; sementara itu; selepas itu; setelah itu; beberapa minit kemudian; kemudian; pada waktu yang sama; lama-kelamaan; lambatlaun; pada mulanya; akhirnya Di sini; di sana; di samping itu; berhampiran dengan; bersebelahan dengan; bertentangan dengan; berdekatan dengan Lain halnya; seperti; dalam hal yang sedemikian; sebagaimana; seperti juga; serupa dengan; sesuai dengan; sama juga denganSebagai contohnya; misalnya; sebagai contoh; contohnya Iaitu; yakni; dengan kata lain
(g)
Tempat
(h)
Perbandingan
(i) (j)
Contoh Pernyataan semula
(k) (l)
Urutan Tujuan dan maksud
Pertama; kedua; selepas itu; kemudian; kemudian daripada itu; akhirnya Untuk tujuan ini; untuk maksud tersebut; hal ini bermaksud; hal ini bermakna; hal ini bererti; hal ini membawa pengertian; maksudnya
(m)(n)
HarapanPendahuluan
Semoga; moga-moga; mudah-mudahanSebagai pendahuluan; sebagai permulaan; mulanya; pertamanya; yang pertama; sebagai mukadimah Kesimpulannya; sebagai kesimpulan; akhir kata; sebagai penutup; sebagai rumusan; secara keseluruhan Ringkasnya; pendek kata; secara ringkas
(o)
Rumusan
(p)
Singkatan
(q)
Generalisasi
Pada umumnya; secara amnya; secara umumnya
(r)
Penekanan atau penegasan
Sesungguhnya; sebenarnya; sememangnya; tegasnya; sewajarnya; tentulah; pastilah; nyatalah; jelaslah; tidak dapat dinafikan; tidak dapat disangkal Hatta; maka; syahadan; adapun; alkisah; kalakian; sebermula; sekali peristiwa; arakian
(s)
Bahasa klasik