bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

22
Bahagian C Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan Ibu menyuruh Amran pergi ke kedai untuk membeli barang. Meskipun dia sedang mengulang kaji pelajaran pada masa itu, dia tidak membantah . Dia terus pergi ke kedai. Sungguhpun mempunyai basikal, namun dia lebih gemar berjalan kaki kerana ingin mengekalkan kecergasannya . Dia merupakan atlet olahraga sekolah. Amran tidak pernah cuai ketika di jalan raya . Dia berjalan di bahu jalan dan menentang arus lalu lintas. Sewaktu hendak melintas, Amran ternampak seorang lelaki tua yang ingin melintas jalan. Dia berasa amat kasihan melihat orang tua itu . Dia memimpin tangan lelaki itu menyeberang jalan itu bersamanya. Selepas itu, dia terus ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibunya itu. Amran memastikan semua barang yang dipesan telah dibeli. Setelah selesai, dia terus pulang ke rumah. Dia memulangkan baki wang kepada ibunya. Ibu Amran mengucapkan terima kasih kepadanya. Amran berasa gembira kerana dapat membantu ibunya . Kata Nama Kata Bantu Nilai/Pengajaran Contoh/Huraian Kita hendaklah Kita mestilah 1

Upload: murugamah-muru

Post on 09-Aug-2015

129 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Ibu menyuruh Amran pergi ke kedai untuk membeli barang. Meskipun dia sedang

mengulang kaji pelajaran pada masa itu, dia tidak membantah. Dia terus pergi ke

kedai. Sungguhpun mempunyai basikal, namun dia lebih gemar berjalan kaki kerana

ingin mengekalkan kecergasannya. Dia merupakan atlet olahraga sekolah. Amran

tidak pernah cuai ketika di jalan raya. Dia berjalan di bahu jalan dan menentang arus

lalu lintas.

Sewaktu hendak melintas, Amran ternampak seorang lelaki tua yang ingin

melintas jalan. Dia berasa amat kasihan melihat orang tua itu. Dia memimpin tangan

lelaki itu menyeberang jalan itu bersamanya. Selepas itu, dia terus ke kedai untuk

membeli barang yang dipesan oleh ibunya itu. Amran memastikan semua barang

yang dipesan telah dibeli.

Setelah selesai, dia terus pulang ke rumah. Dia memulangkan baki wang

kepada ibunya. Ibu Amran mengucapkan terima kasih kepadanya. Amran berasa

gembira kerana dapat membantu ibunya.

Kata Nama Kata Bantu Nilai/Pengajaran Contoh/Huraian

Kita hendaklah

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita patutlah

1

Page 2: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang

jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan

kamu dalam satu perenggan.

6.00 pagi Saya bangun pagi seperti biasa. Selepas mandi, saya sembahyang dan mengemaskan tempat tidur sebelum bersiap pergi ke sekolah.

6.45 pagi Saya bersarapan bersama-sama keluarga. Saya membasuh pinggan dan cawan yang telah digunakan. Saya tidak lupa bersalaman dengan ibu bapa sebelum pergi ke sekolah.

7.00 pagi Saya menaiki basikal ke sekolah. Biasanya saya berbasikal dengan rakan-rakan yang lain. Kami sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya. 7.30 pagi Saya dan rakan-rakan beratur sebelum masuk ke kelas. Rakan- rakanku yang bertugas sedang bertungkus-lumus membersihkan kelas.

7.45 pagi Kami bangun memberi salam apabila guru masuk ke dalam kelas. Kami sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar dan menjaga tingkah laku agar tidak mengganggu pengajaran guru.

10.30 pagi Selepas menikmati sepinggan nasi lemak dan segelas air, saya ke perpustakaan untuk membaca buku. Hari ini, saya memilih buku cerita untuk dipinjam selama seminggu.

1.00 petang Saya segera pulang ke rumah kerana sudah pukul 3.00 petang.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

2

Page 3: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian CTulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang

jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan

kamu dalam satu perenggan.

Safina : Ibu, kelas saya akan melawat rumah orang tua, tidak lama lagi. Boleh saya

ikut?

Ibu : Bilakah lawatan itu, apakah tujuannya?

Safina : Hari Sabtu depan. Lawatan itu bertujuan melihat lebih dekat kehidupan dan

nasib orang tua yang tinggal di sana. Bolehkah saya ikut, ibu?

Ibu : Baiklah Safina, ibu benarkan. Setidak-tidaknya lawatan kamu dan kawan-

kawan nanti dapat menghiburkan hati dan perasaan sedih mereka.

Safina : Saya hendak membawa makanan dan buah-buahan sebagai buah tangan, ibu.

Ibu : Kalau begitu, baguslah. Kita mesti membantu mereka atau orang susah yang

lain. Bantuan diberi tidak semestinya berbentuk wang ringgit, tetapi apa

sahaja asalkan dapat membantu mereka.

Safina : Kenapa mereka tinggal di sana, ibu?

Ibu : Mereka tidak mempunyai tempat tinggal, keluarga dan sanak-saudara.

Safina : Saya dengar dalam kalangan mereka ada anak yang berjawatan tinggi.

Ibu : Betul. Ada anak menghantar ibu bapa mereka ke sana kerana tidak mahu

menjaganya. Perbuatan itu salah, Safina. Kita sepatutnya membalas jasa

dan pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita dengan penuh kasih

sayang. Hairan, ibu bapa dapat menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh

orang anak tidak dapat menjaga seorang ibu atau bapa.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

3

Page 4: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

............................................................................................................................................................

............

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Sofiya menyusun buku-bukunya di rak agar kelihatan kemas dan teratur.

Kemudian, dia merujuk kepada jadual belajarnya. Buku latihan Bahasa Melayu

dikeluarkan dari begnya lalu dibaca. Ibu mengajaknya makan bersama-sama. Sofiya

menutup buku tersebut lalu makan bersama-sama keluarganya. Sudah menjadi

kebiasaan dalam keluarganya untuk makan bersama-sama. Adab-adab semasa

makan sentiasa dipatuhinya.

Selepas makan, Sofiya menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk dan

mengelap meja makan. Selesai membantu ibunya, Sofiya meminta izin untuk

mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang membuat catatan tentang bahan yang

dibaca, adiknya datang kepadanya untuk bertanyakan beberapa soalan. Sofiya

membantu adiknya menjawab soalan tersebut. Jika soalan itu tidak dapat dijawab, dia

akan merujuk kepada abangnya. Sofiya amat sayang akan adik dan abangnya. Dia

juga sayang akan ibu dan ayahnya. Dia hendak menjadi anak yang baik.

4

Page 5: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Arif dan Aiman baru balik dari perpustakaan awam. Mereka membaca buku

sambil menunggu bas di perhentian bas. Tatkala itu, mereka terpandang seorang

wanita tua sedang menuju ke arah perhentian bas sambil menjinjing banyak barang.

Arif bangun lalu memberikan tempat duduk kepada wanita tua itu. Wanita tua itu

mengangguk-angguk kepalanya sambil tersenyum.Mereka berbual dengan nada lembut

dengan wanita itu. Wanita tua itu menjelaskan bahawa dia hendak pergi ke rumah

anaknya. Secara kebetulan rumah anaknya berhampiran dengan rumah Aiman dan

Aiman mengenalinya. Anak wanita tua itu merupakan seorang yang peramah dan

dihormati oleh penduduk setempat.

Apabila bas tiba, mereka membantu membawa barang-barang wanita tua itu.

Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Arif dan Aiman.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

5

Page 6: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada suatu petang, hujan lebat dan disertai angin yang kencang. Encik Lim

sekeluarga sedang duduk berbual-bual di ruang tamu sambil menikmati minum petang.

Mereka sekeluarga tidak berani keluar rumah kerana ribut petir.

Selepas hujan berhenti, Encik Lim keluar dari rumh untuk mengetahui apa yang

berlaku. Dia terkejut apabila melihat rumah jirannya Encik Rahim musnah ditimpa

pokok yang tumbang. Dia segara ke rumah Encik Rahim untuk mengetahui keadaan

keluarganya. Encik Lim gembira melihat Encik Rahim sekeluarga selamat.

Encik Lim memberitahu kejadian itu kepada ketua kampung. Sebagai ketua

kampung, Encik Osman mengadakan mesyuarat tergempar untuk membantu keluarga

Encik Rahim. Sementara menunggu rumah dibaiki, Encik Rahim tinggal di rumah

saudaranya, Encik Zainal. Encik Zainal menerima dengan hati yang terbuka. Encik

Rahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang membantu keluarganya.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita patutlah

6

Page 7: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada suatu hari, Hafiz dan Chong ke hospital untuk melawat rakan sekelas

mereka, Ravi yang dimasukkan ke wad kerana kemalangan jalan raya. Mereka

membawa buah tangan ketika melawat Ravi.

Ketika Hafiz dan Chong masuk ke wad, Ravi melambai-lambai tangan ke arah

mereka. Ayah dan ibu Ravi turut berada di sisi katilnya. Hafiz dan Chong bersalam-

salaman dengan mereka. Hati Hafiz tersentuh apabila melihat keadaan kaki Ravi yang

bersimen. Ravi memberitahu mereka bahawa kakinya patah. Dia perlu dirawat di

hospital untuk beberapa hari lagi.

Mengimbau kembali kemalangan itu, Ravi mengakui bahawa dia cuai ketika

menunggang basikal. Oleh sebab hendak cepat ke sekolah, dia mengayuh basikal

dengan laju. Ketika tiba di kawasan selekoh, dia gagal mengawal basikalnya lalu

berlanggar dengan sebuah motosikal. Ravi amat menyesali perbuatannya itu.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita patutlah

7

Page 8: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sudah acap kali Pak Dolah menasihati Sudin tentang sampah sarap di belakang

rumahnya itu. Botol-botol plastik, tin kosong, malah tayar buruk juga dilonggokkan di

situ. Malangnya Pak Sudin keras kepala orangnya. Nasihat Pak Dolah langsung tidak

diendahkannya.

Suatu hari, anaknya Amir jatuh sakit. Pak Sudin membawa anaknya berjumpa

doktor. Rupa-rupanya, Amir disahkan menghidap demam denggi. Keadaannya itu

menyebabkan Amir terpaksa ditahan di wad.

Pak Sudin kesal dengan sikap keras kepalanya selama ini. Kedegilannya

menyebabkan anaknya terlantar di hospital. Dia sedar akan kesilapannya. Dia bertekad

untuk membersihkan kawasan belakang rumahnya secepat mungkin.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita patutlah

8

Page 9: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan

kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

Rosli tinggal bersendirian di rumah. Ibu dan ayahnya tiada kerana menghadiri majlis

kenduri kahwin sahabat mereka. Semasa dia mengulang kaji pelajaran di biliknya, tiba-

tiba pintu rumahnya diketuk oleh seseorang.

Rosli terperanjat lantas bangun membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya

Rosli apabila melihat seorang pemuda memegang bahunya yang berlumuran darah

dalam keadaan yang mencurigakan. Rosli segera memapah pemuda tersebut lalu

membantu merawat lukanya. Tanpa membuang masa, Rosli meninggalkan pemuda itu

seketika untuk menghubungi pihak polis.

Pihak polis segera berkejar ke rumah Rosli dan menangkap pemuda itu. Polis

mengucapkan terima kasih kepada Rosli kerana telah membantu menangkap

penjenayah yang paling dikehendaki. Rupa-rupanya pemuda itu ialah penjenayah yang

cuba melarikan diri setelah ditembak oleh pihak polis.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita patutlah

9

Page 10: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan

kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

6.40 pagi – Setelah siap memakai uniform sekolah,Liza bersarapan bersama-sama

Dengan ibu dan ayah.Liza makan dua keping roti ,sebiji telur dan minum

segelas susu.Liza bersalam dan mencium tangan mereka sebelum

menaiki bas sekolah.

7.10 pagi – Tiba di sekolah ,Liza bergegas ke sekolah kerana hari ini Liza bertugas

menyapu sampah bersama-sama Mina dan Humaira.Liza meminta maaf

kepada mereka kerana lambat tiba.Mina dan Humaira gembira melihat

kedatangan Liza.Mereka faham keadaan Liza. Liza mencapai penyapu

lalu pergi kebahagian belakang kelas.Setelah tugas mereka selesai,

mereka berhimpun di tapak perhimpunan.

7.25 pagi – Loceng berbunyi .Mereka beratur .Murid-murid yang lain turut

beratur.Mereka berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyikan lagu

“Negaraku”. Mereka menyanyi dengan penuh semangat. Cikgu Anita

tampil ke depan perhimpunan sambil memegang alat pembesar suara.

Beliau menegur sikap segelintir murid yang suka membuang sampah

merata-rata.Ada sampah yang dibuang di kantin ,di dalam longkang ,

dan di bawah pokok.Kami mengangguk tanda faham.

7.35 pagi – Setelah Cikgu Anita selesai berucapa, mereka berjalan dalam barisan

untuk masuk ke kelas.

10

Page 11: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita patutlah

Pengajaran terdapat dalam petikan adalah______________________seperti

_______________________________________________.Selain itu, kita hendaklah

________________________seperti _____________________________________.

Di samping itu, kita perlulah _________________________ seperti _____________

_______________________________.Seterusnya, kita mestilah _______________

seperti _____________________________.Akhir sekali, kita haruslah __________

___________________ seperti _________________________________________.

11

Page 12: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan

kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

Hari ini Badrul membawa bekalan ke sekolah.Dia mengajak Kamal bersarapan

bersamanya.Selepas makan , Badrul memasukkan sisa makanan ke dalam tong

sampah. Kamal pula mengucapkan terima kasih kepada Badrul.

Setelah itu , mereka menjalankan tugas membersihkan kelas.Mereka menyusun

kerusi dan menyapu sampah.Kerja itu dilakukan bersama-sama rakan yang lain.

Apabila loceng berbunyi , mereka segera berbaris. Kemudian, mereka

mendengar pesanan daripada guru yang bertugas.Selepas itu, mereka berjalan masuk

ke kelas dengan tenan dan senyap.

Kata nama Kata bantu Nilai / Pengajaran Contoh / Huraian

12

Page 13: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan

kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

Hari ini sekolah Ramli mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Awal-awal lagi

Ramli telah bangun untuk ke sekolah. Setelah mengerjakan solat subuh dan bersarapan

bersama keluarga, dia terus pergi ke sekolah. Hari ini, Ramli pergi ke sekolah bersama-

sama ibu bapanya. Wajah Ramli begitu ceria sekali. Dalam perjalanan, Ramli tidak

henti-henti bercerita kepada ibu bapanya tentang cita-citanya untuk menjadi seorang

jurutera.

Kedatangan ibu bapa Ramli disambut oleh dua orang guru. Mereka membawa

ibu bapa Ramli ke dewan sekolah. Semasa berjalan ke dewan sekolah, Ramli melihat

beberapa orang guru sedang sibuk menyusun kerusi dan membuat pendaftaran

kedatangan ibu bapa. Selepas setengah jam menunggu, majlis pun bermula. Ramli

semakin berdebar-debar. Apabila namanya diumumkan, Ramli pun bangun dan berjalan

dengan bangganya ke pentas. Ramli mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang

memberi hadiah.

Apabila sampai ke tempat duduknya, kedua-dua ibu bapa Ramli memeluk dan

mencium Ramli. Ramli menangis gembira. Tidak sia-sialah usahanya selama ini yang

memberi tumpuan semasa guru mengajar dan selalu mengulang kaji pelajaran. Ramli

bersyukur kepada tuhan atas kejayaannya itu.

Kata nama

Kata bantu

Nilai / Pengajaran

Contoh / Huraian

Bahagian C

13

Page 14: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan

kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

Apabila abangnya ditawarkan melanjutkan Jepun, Amira mengucapkan rasa

syukur. Namun jauh di sudut hatinya, berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan

abangnya. Hal ini diluahkan kepada ibunya. Ibu memujuknya supaya bersabar . Kata

ibu, abang pergi untuk menuntut ilmu dan hanya mengambil masa empat tahun sahaja.

Kini empat tahun sudah berlalu. Minggu depan abangnya akan pulang dengan

membawa segulung ijazah. Amira gembira kerana cita-cita abangnya untuk menjadi

doktor sudah tercapai. Sementara menunggu kepulangannya, dia membantu ibu

mengemas bilik abang.

Hari yang ditunggu semakin hampir. Amira sentiasa berdoa semoga abangnya

pulang dalam keadaan sihat. Tepat jam 5.45 petang, di Lapangan Terbang Bayan

Lepas, dia bersama keluarganya menyambut kepulangan abang. Apabila terlihat saja

abangnya, dia terus berlari mendapatkan abangnya itu. Mereka berpelukan untuk

melepaskan rasa rindu.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita patutlah

Bahagian C

14

Page 15: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan

kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

Kini tiba giliran guru disiplin menyampaikan ucapan. Sebelum menyampaikan

ucapan, Cikgu Halim memerhatikan anak muridnya seorang demi seorang.

“ Saya kumpulkan kamu semua di dewan ini memerhatikan anak muridnya

seorang demi seorang.

“ Saya kumpulkan kamu semua di dewan ini kerana beberapa sebab. Pertama, di

dalam kelas ketika guru mengajar, kamu tidak memberi tumpuan terhadap apa yang

diajar. Kamu selalunya berbuat bising, “ kata Cikgu Halim.

“ Kedua, kelas kamu didapati kotor. Sudah berulang kali saya ingatkan, sebelum

sesi pembelajaran bermula, kamu harus pastikan kelas dalam keadaan bersih. Semua

sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah, bukan dibiarkan bertaburan di

lantai,” kata Cikgu Halim.

“ Perkara ketiga, saya dapati kamu tidak memakai pakaian yang lengkap. Selain

uniform sekolah, kamu diwajibkan memakai lencana , tali leher, dan stoking. Manakala

baju perlu dimasukkan ke dalam seluar. Mulai hari ini, jika kamu melanggar peraturan

sekolah, kamu akan didenda, “ tegas Cikgu Halim.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita patutlah

15

Page 16: Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]

Bahagian C

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan

kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

dalam satu perenggan.

Pada tengah hari itu, Siti Haliza membaca buku cerita sambil menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Berjaya.Tiba-tiba dia dikejutkan dengan tangisan seorang murid perempuan yang duduk tidak jauh daripada bangku kayu tempat duduk dia duduk.

Siti Haliza menghampiri murid perempuan itu dan bertanya apa yang berlaku.Murid perempuan itu memberitahu Siti Haliza bahawa dia kehilangan duit untuk membayar tambang bas.Siti Haliza terus menghulurkan RM 2 baki duit dia membeli buku latihan kepada murid perempuan itu.

Murid perempuan itu mengucapkan terima kasih kepada Siti Haliza.Tidak lama kemudian , bas pun tiba.Siti Haliza beratur sebelum menaiki bas itu. Dia memberikan peluang kepada murid-murid Tahap Satu dan dua orang tua untuk menaiki bas itu dahulu.

Kata nama Kata bantu Nilai/pengajaran Huraian

Kita mestilah

Kita perlulah

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita patutlah

16