bitara jun 2011

68
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Meneraju Kegemilangan Ilmu Jun 2011 “Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015) Mencetus Transformasi Pengajian Tinggi ”

Upload: wahaboy

Post on 25-Jul-2015

164 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ipta

TRANSCRIPT

Page 1: Bitara Jun 2011

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGIMeneraju Kegemilangan Ilmu

Jun 2011

“Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015)Mencetus Transformasi Pengajian Tinggi ”

Page 2: Bitara Jun 2011

KANDUNGAN Jun 2011SIDANG REDAKSI

PenasihatYBhg Datuk Hj. Ab Rahim bin Md Noor

Ketua PengarangRaihanah Hj. Khudri

Penolong Ketua PengarangMohd Sabri Abdullah

Pengarang• MohdIzaniMohdZain• AzwarniHerniCheNoh• Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Jabatan, Agensi, IPTA

Urus Setia Penerbitan• NorasikinKhalid•NurulAtiqahMustafa

JurugambarFadzilahNoordin

Edaran MohdFairufAzrinMokhtar

Diterbitkan Oleh:

Unit Komunikasi KorporatKementerian Pengajian TinggiNo 2, Menara 2 Jalan P5/6 Presint 5,62200 Putrajaya.Tel : 03–88706000Faks:03–88706834

ms7 ms 10

www.mohe.gov.my

ms 44 ms56

• BicaraPengarang 3

BERITA KEMENTERIAN•PelanTindakanFasa2PSPTN 4-5• MalaysiaInstituteforSupplyChain Innovation(MISI) 6-7•‘Winning The Hearts and Minds’ Warga 8•MPPIPTKemukaIdeaBernas 9•TransformasiPerkukuhJatiDiri 10•TransformasiMinda-ABRahim 11•Dasare-Pembelajaran:SesuaiKonsep1Malaysia 12•320,000BanjiriKarnivalPengajianTinggi2011 14• KPTHargaiMedia 15• Inovasi@MOHECiptaPerubahan 16•DialogPereratHubunganKPTdanIPTA 17

IKON ILMU• IPTdanPenjanaanPekerjaMahirSektor Pertanian 18

BERITA KEMENTERIAN•SiswaCitraRakyatKPT 20•AnugerahTingkatIltizamKerja 21•SignifikanHariInovasi@MOHE 22-23•SidangAkhbar@MOHE 24•KPTd’MediaCetak 25• WargaSihatPertingkatMotivasi 26

BERITA AGENSI• YTAR :BudidiKenangSepanjangZaman 27•PTPTN:MembayarDenganSenyuman 28•KOLEJ KOMUNITI : •1KolejKomuniti1Masyarakat 29-30• ProgramLatihan1MalaysiaBuatRakyatSarawak 31•POLITEKNIK : •SaluranKomunikasiBerkesanStrategi PenjenamaanPoliteknikMalaysia 31•PoliteknikLahirModalInsanBerkemahiran Tinggi 33•“PERMATANUSANTARA”CiptaSejarahTersendiri 36

PENYELIDIKAN•PenyelidikanJambatanKegemilangan AkademikUniMAP 36-37•DanaBenihTampungPenyelidikandan UjianSebelumkePasaran 39-40•PenyelidikandanInovasiUTeMSeiring Matlamat Transformasi Negara 41-42

INOVASI•UPMJuaraKonvensyenKIKIPTAKategori Pengurusan 43

•UMPSumbangKepakaranRawatLojiAir Kumbahan 44•UPSIAntaraTigaTerbaikAnugerahAIICT2010 45•USIM,UniversitiPertamaTerbitkanAlbumCipta Lagu-LaguInovasiKaryaSeni 46

WAWANCARA•ApakahLangkahYangAkanDiambilUUMUntuk MemastikanPelanTransformasinyaDapat Dicapai? 47

KHIDMAT KOMUNITI•ProgramKhidmatMasyarakat:UniversitiPerlu DiberiSentuhanBaruUntukTingkatPeranan DalamMasyarakat 48-49•KempenKamiPrihatin“ApakahDosaku” PeringkatIPTbanterasisusosialdanbuangbayi 50

PENGANTARABANGSAAN•CadaverTarikanPengajianPerubatan USM-KLE 51-52•UIAMKembangkanSayapKeAmerikaLatindan Perancis 53-54

RENCANA•UMTHasilProjekTernakanKetamKulitLembut 55•UMSAntaraDestinasiPelanconganMenarik diSabah 56-57•‘TangkiPemikir’,UPNMTandatanganiMou TingkatkanKeupayaanTeknologiPertahanan NegaradanBidangAkademik 58-59•BengkelPenyembelihanHalalAnjuran UNiSZA 60•KonferensiAkademikUiTM2011 61

KEBUDAYAAN•UMKterimaAnugerahSaronWangsaUtama MAKUM2010 62

IPTS•Management&ScienceUniversity(MSU) 63

SUKAN•UTHMCemerlangDalamAcaraPencakSilatdan ‘Rowing’ 64-65•SukanCergaskanMinda/PuspanitaBersama Merealisasikan‘Winning The Hearts and Minds’ 66•LarianBergilirTanpaHentidiAtasTrademill- 3PelajarUMCiptaRekodBaru 67

Page 3: Bitara Jun 2011

Bitara meneruskan kelangsungan menemui warga pengajian tinggi diseluruh pelusok tanahair membawa bersama perkhabaran dan wacana penggembur bicara.

Setengah tahun pertama 2011 telah berlalu. Pelbagai program dan inisiatif yang dianjurkan telah menyaksikan kesungguhan KPT yang selari dengan landskap pengajian tinggi yang begitu dinamik serta mudahalih. Di samping itu kepimpinan KPT bersama seluruh warga turut turun padang memperkukuh dan memperkasakan lagi program-program yang berkonsepkan mendekati masyarakat dan memenangi hati dan minda pemegang taruh.

Penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara telah menerima lebih 320,000 pengunjung, satu rekod baru bagi signature program Karnival ‘Jom Masuk U’ ini. Program e-learning yang dilancarkan baru-baru telah memberi dimensi baru kepada kerjasama e-pembelajaran di antara semua IPTA. Program Latihan 1Malaysia yang diteraju oleh Kolej Komuniti pula telah meletakkan KPT di dada-dada akhbar dan media eletronik secara berterusan. Program yang dilihat sebagai usaha murni kerajaan untuk memastikan rakyat mempunyai kemahiran apabila memasuki alam pekerjaan atau menceburi bidang keusahawanan ini mencuri perhatian pihak media.

Inovasi@mohe diperkenalkan untuk membuka ruang mempromosi inisiatif terkini yang terkandung dalam Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif peringkat tertiari. Anugerah inovasi KPT menyeri inovasi @ MOHE dengan memberi pengiktirafan kepada yang berjaya dalam pertandingan sempena minggu inovasi.

Satu agenda penting dalam kalendar 2011 KPT telah juga disempurnakan. Pelan tindakan Fasa 2 PSPTN, Fasa Peningkatan dan Pemerkasaan (2011 – 2015) diperkenalkan kepada umum. Dalam Fasa 2, ketujuh-tujuh teras PSPTN dan lima tonggak institusi akan terus diberi penekanan melalui pelaksanaan inisiatif strategik bagi 23 projek agenda kritikal. Turut diperkenalkan adalah konsep tambatan hati bagi menarik lebih banyak peluang agar kehadiran malaysia lebih dirasai di peringkat serantau antarabangsa dan global.

Sesungguhnya Pengajian tinggi memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Pengembelingan tenaga melalui pendekatan sinergistik, berstrategi, dipasak pula dengan Iltizam akan terus mendokong PSPTN demi melestari dan memperkasakan institusi serta pemangkin transformasi pengajian tinggi Malaysia

KPT terus melaksanakan tranformasi dengan melonjakkan prestasi bagi meletakkan kementerian dan warganya sebagai agen perubahan dalam cara dan acuan tersendiri.

Selamat membaca.

Ketua Pengarang

Pengarang

3

Page 4: Bitara Jun 2011

Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN

Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN digubal bagi pelaksanaan Fasa 2 PSPTN berlandaskan pencapaian

setiap CAP bagi pelaksanaan pada Fasa 1 dan berfokuskan kepada objektif PSPTN seperti yang termaktub dalam dokumen “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020”. Hasil daripada rujukan kepada kedua-dua sumber tersebut, setiap sekretariat CAP telah membentangkan “Perancangan Fasa 2 PSPTN” bagi CAP berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, untuk perbincangan dan cadangan penambahbaikan. Pembentukan Pelan ini juga telah mengambil kira dasar-dasar kerajaan terkini, dengan rujukan khusus dibuat kepada dokumen berikut:• RancanganMalaysiaKesepuluh (RMKe-10)• ModelBaharuEkonomiUntuk Malaysia• PelanHalaTujuProgram Transformasi Kerajaan (GTP)• ProgramTransformasiEkonomi

(ETP): Hala Tuju untuk Malaysia

Objektif Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN

Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara telah digubal secara komprehensif dan holistik bagi tujuan memartabatkan pengajian tinggi Negara sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan Strategik ini telah memberi penekanan kepada tujuh teras utama, iaitu:Teras 1: Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti

Teras 2 : Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran

Teras 3 : Memperteguh penyelidikan dan inovasi

Teras 4 : Memperkasakan institusi pengajian tinggi

Teras 5 : Mempergiat pengantarabangsaan

Teras 6 : Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

Teras 7 : Memperkukuhkan sistem penyampaian KPT

Dalam Fasa 2 PSPTN, ketujuh-tujuh

teras ini kekal dari aspek penekanan yang diberikan dalam Pelan tersebut. Kesemua 23 CAP yang dilaksanakan dalam tempoh Fasa 2 PSPTN memainkan peranan dalam pencapaian objektif ketujuh-tujuh teras tersebut, walaupun tahap peranan tersebut mungkin berbeza antara satu CAP dengan CAP yang lain. Dalam erti kata lain, pelaksanaan dan pencapaian objektif terkumpul bagi semua CAP, akan membawa kepada pencapaian bagi semua teras; pelaksanaan satu CAP saja tidak akan memenuhi objektif satu-satu teras secara eksklusif (contoh: Objektif Teras 5: “Mempergiat pengantarabangsaan” dapat dicapai melalui gabungan pelaksanaan dan pencapaian bagi beberapa CAP, contohnya CAP Pengantarabangsaan, Industri-Akademia, IPTS, CoE dsbnya).

Pelaksanaan Pelan Tindakan Fasa 2

Pelan Tindakan Fasa 2 ini menggariskan mekanisme dan pelan pelaksanaan, serta aspek keberhasilan yang diharapkan hasil daripada

BERITA KEMENTERIAN

4

Page 5: Bitara Jun 2011

pelaksanaan inisiatif yang dirancang. Sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pelaksanaan Fasa 1, aspek-aspek transformasi dan inisiatif yang dirancang berbeza dari segi tempoh pencapaian yang dirancang. Walaupun terdapat inisiatif yang bercorak jangka pendek yang boleh dicapai dalam tempohRMKe-10,iaituselaridengantempoh Fasa 2 PSPTN, terdapat juga sebahagian daripada inisiatif tersebut yang akan menjangkaui tempoh pelaksanaan yang lebih panjang.

Strategi Pelaksanaan

Dalam tempoh pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, setiap institusi telah menetapkan sasaran masing-masing berdasarkan jangkaankemampuan.BagikebanyakanCAP, terdapat jurang antara pencapaian terkumpul institusi dengan sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh pihak CAP sentral.

Pelaksanaan Fasa 2 menetapkan bahawa sasaran yang telah ditetapkan pada peringkat sentral/nasional, diagihkan kepada setiap institusi yang berkaitan. Pendekatan ini penting untuk memastikan bahawa sasaran Negara dapat dicapai dan isu-isu serta cabaran pelaksanaan dapat ditangani secara lebih efektif. Dalam konteks ini, Pasukan Projek CAP memainkan peranan yang penting dalam memacu tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan yang telah dirancang. Hubungan dua hala dengan Pasukan iPMO adalah amat kritikal dan pasukan projek CAP berperanan sebagai pemudah cara kepada pelaksanaan di institusi untuk memastikan sasaran yang diagihkan kepada institusi berjaya dicapai, yang seterusnya akan menyumbang kepada pencapaian sasaran nasional dan akan membawa kepada kejayaan pencapaian CAP berkenaan.

Dalam memastikan pelan yang dirancang dijadikan panduan yang jitu bagi pelaksanaan inisiatif transformasi, pencapaian akan dipantau dan diukur melalui usaha-usaha pemantauan yang dilaksanakan oleh Pejabat Pengurusan Program (PMO). Usaha pemantauan yang berterusan penting untuk memastikan pelan yang dirancang tercapai dan ini dilaksanakan melalui proses penilaian, semak-semula (jika berkeperluan),

program intervensi dan sebagainya. Usaha-usaha pemantauan juga merangkumi penyelesaian isu dan cabaran-cabaran yang menghalang atau melambatkan proses ke arah pencapaian KPI dan seterusnya keberhasilan yang ditetapkan.

Kajian hala tuju pelaksanaan Fasa 2 PSPTN akan dilaksanakan untuk memastikan bahawa kesemua CAP bergerak di atas landasan sama yang ditetapkan dalam dokumen “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020”.

Kaitan dengan Pelan Tindakan Fasa 1

Sehingga Disember 2010, iaitu pada tempoh berakhirnya Fasa 1 PSPTN, 22 CAP telah dilaksanakan dalam usaha mencapai objektif PSPTN. Yang BerhormatMenteriPengajianTinggipadaMajlisAmanatTahunBaharu2011telahdiumumkan Satu CAP tambahan iaitu CAP ‘Program Pemindahan Pengetahuan’ (Knowledge Transfer Programme). Penambahan ini menjadikan bilangan CAP Fasa 2 PSPTN berjumlah 23 kesemuanya.

Sepertimana pelaksanaan Fasa 1, lima daripada CAP tersebut adalah projek-projek yang berpusatkan lima tonggak institusi, iaitu: • TadbirUrus• Kepemimpinan• Akademia• Pengajarandan

Pembelajaran • Penyelidikandan

PembangunanKelima-lima tonggak ini diberi penekanan dalam pelaksanaan Fasa 2 PSPTN dan diperhalusi dari aspek

objektif strategik, pencetus transformasi dan kualiti pencapaian. Pemfokusan kepada kelima-lima tonggak ini penting untuk memastikan kelestarian institusi, peningkatan kualiti institusi serta kualiti produk yang dihasilkan.

18 CAP yang akan berperanan sebagai pemangkin transformasi bagi Fasa 2 PSPTN adalah seperti berikut:

• Pengantarabangsaan

• Industri-Akademia

• KebolehpasaranSiswazah

• InstitusiPengajianTinggiSwasta

• PembangunanHolistikPelajar

• JaminanKualiti

• TransformasiPoliteknik

• AksesibilitidanKelestarian

• MyBrain15

• ProgramPemacuanKeArah

Kecemerlangan (Apex)

• e-Pembelajaran

• SistemPenyampaianKPT

• PembelajaranSepanjangHayat

• TopBusinessSchool

• PusatKecemerlangan(CoE)

• Keusahawanan

• TransformasiKolejKomuniti

• ProgramPemindahanPengetahuanKesemua 18 Pasukan Projek CAP memainkan peranan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyumbang kepada peningkatan kualiti institusi pengajian tinggi Negara, ke arah menjadi setanding dengan institusi tersohor dunia. Pendekatan yang diambil adalah melalui penghalusan aspek-aspek objektif strategik, pencetus transformasi dan kualiti pencapaian, berdasarkan pelan Fasa 1 dan pencapaian yang berkaitan. CAP dalam kategori ini menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pasukan projek lima CAP tonggak institusi (seperti di atas).

5

Page 6: Bitara Jun 2011

On the 16th August 2010 the Economic Council decided that the Minister of Higher Education

will champion an initiative in setting up an institution through collaborative effort with Massachusetts Institute of Technology (MIT). Following up to this decision, a Memorandum of Intent between the Government of Malaysia and MIT was signed on the 14th September 2010.

The partnership between MIT and MOHE through Universiti Teknologi MARA(UiTM)inthesettingupofMalaysia Institute for Supply Chain Innovation (MISI) in the Klang Valley was augmented in an MOA between MIT and UiTM on the 15th January 2011.

Malaysia Logistics Innovation Limited(MLIB)isanewcompanysetupspecially to establish Malaysia Institute for Supply Chain Innovation (MISI). MIT is represented by Center for Transportation & Logistics (CTL).

The goal of the setting up of MISI is to establish Malaysia as the knowledge capital of logistics and supply chain

management in Asia by creating the region’s leading logistics education and research institute.

Key Strengths of Malaysia (a) Conducive Domestic Environment: Large and vibrant manufacturing

base, especially in electrical and electronics (E&E) Strong presence of MNCs and global leaders, such as Intel and Sony, with ample support from domestic SMEs Presence of educated and skilled workforce, supported by enabling infrastructure Government policy emphasis on knowedge creation and innovation

(b) Strong integration with the world,

particularly Asia: Strategically located in the centre

of Asia, particularly between the region’s two strongest growth centres – China and India Strong and diverse trade partnerships both globally and

regionally Malaysia is at the nexus of supply chain activities in South East Asia, where intra-regional trade is rising in importance Strengthening linkages with other emerging economies, such as the Middle East

(c) Malaysia’s commitments: Funding–Committed to fund

USD48 million over the next 10 years Contract and gift payment to MIT CTL: USD4 and USD19 million respectively Operating funds of USD25 million to provide world competitive faculty salaries, financial support for top students and funding for innovative projects Facilitate in raising funds for long-term financial viability

(d) Facility – Committed to provide adequate land space:

Sufficient and well-located land to accommodate the MLI campus and facilities

(e) Networks – Committed to facilitate

partnerships with academia &

BERITA KEMENTERIAN

Malaysia Institute for Supply Chain Innovation (MISI)

6

Page 7: Bitara Jun 2011

industry: Assist in building industry partnerships and coordinating with universities Participate in promoting MISI’s events and activities

(f ) Governance – Committed to grant

independence & autonomy with business efficiency :

Autonomy: MISI to have freedom in hiring professors, admitting students and developing curriculums Independence:BoardofDirectorsof MISI to oversee the operations ofMISIBureaucracy:Expediteandensure efficiency in processes and procedures

(g) MISI – an example in creating a

global centre for supply chain education and research:

Similar local centres of excellence inMalaysiasuchasMITRANScan work and build on establishing a network with MISI promoting nternationalization of research, publication and training through its MIT-CTL (Cambridge, MA USA), the Zaragoza Logistics Center or ZLC (Zaragoza, Spain), and the Center for Latin-America Logistics Innovation orCLI(Bogota,Colombia).

(h) MISI can be a learning hub for universities in the country, promote institution networking and possible

joint-research Joint collaboration will provide and introduce local researchers to global perspective in the field of Logistics and Supply Chain Management.

(i) Events organised by MISI will

attract international participation both in academia and industry players; hosting such events will provide international exposure:

to our Logistics and Supply Chain SMEs and local universities both IPTA and IPTS promotes tourism

Finally, through MOHE and the success of partnership between MIT and UiTM, able to rebrand Malaysia as a major

education centre / global education network (NKEA).

The goal of the setting up of MISI is to establish Malaysia as the knowledge capital of logistics and supply chain management in Asia by creating the region’s leading logistics education and research institute

7

Page 8: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

Majlis Perjumpaan pegawai KPT bersama KSU KPT merupakan platform terbaik bagi memberi

peluang kepada Pegawai-pegawai KPT untuk berdialog dan bertemu dengan lebihdekatdenganYBhg.DatukKSUKPT secara berperingkat-peringkat. Penganjuran majlis ini juga seiring dengan hasrat beliau sendiri untuk beramah mesra dan mengenali warga KPT dengan lebih mendalam sejak memulakan perkhidmatan beliau di KPT pada 25 November 2010 yang lalu

Majlis ini telah dianjurkan sebanyak dua sesi iaitu Majlis pertama, melibatkan pegawai-pegawai KPT Gred 11 hingga 27 yang telah berlangsung pada 21 Februari 2011 di Auditorium Kompleks E melibatkan seramai 520 orang pegawai. Manakala Majlis kedua pula yang telah diadakan bersama Pegawai Gred 28 hingga 48 telah berlangsung pada 4 Mac 2011

di Auditorium Cempaka Sari yang melibatkan seramai 547 orang pegawai.

Seiring dengan objektif penganjuran Majlis Perjumpaan KPT bersama KSU, KPT ini yang bertujuan untuk memberi ruang kepada kesemua pegawai-pegawai di KPT untuk berkongsi pandangan serta membangkitkan isu secara terbuka dan telus, majlis ini telah dianjurkan dengan hanyamelibatkanYBhg.DatukKSUdanWakilPegawaiBPSMsahajatanpa

kehadiran pegawai-pegawai kanan yang lain di KPT.

Sepanjang majlis tersebut berkenaan berlangsung, Datuk KSU telah memberi penekanan yang serius terhadap

Pelan Transformasi Diri (PTD) yang perlu diamalkan oleh semua pegawai tanpa mengira jawatan atau pun

pangkat. Transformasi yang dimaksudkan perlulah bermula daripada transformasi minda dan seterusnya kepada transformasi etika kerja bagi meningkatkan sistem penyampaian dalam menjayakan aspirasi Negara.

Antara lain-lain penekanan yang disampaikan oleh Datuk KSU:-Mengekalkan prestasi dan taraf lima (5) yang Kementerian capai pada tahun 2010 bagi menjadikan KPT sebagai Kementerian

contoh kepada kementerian lain.Menggalakkan warga KPT menjadi

warga berhemah, sama ada di tempat kerja, jalan raya atau di mana sahaja kita berada supaya dapat memberikan imej yang baik kepada masyarakat.

Menggalakkan warga KPT agar sentiasa memberi senyuman. Mengakhiri majlis, Datuk KSU menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi

“Anak kuda atas platform,Sama-sama kita transform”.Daripada pantun tersebut, jelas

telah menerangkan hasrat Datuk KSU yang bersungguh-sungguh menyeru agar kesemua warga KPT, tanpa mengira pangkat dan status untuk bersama-sama melaksanakan Pelan Transformasi KPT bagi meningkat sistem penyampaian perkhidmatan KPT serta meningkatkan taraf pendidikan pengajian tinggi di Malaysia.

‘Winning The Hearts and Minds’ Warga

8

Page 9: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

Bandar Enstek-Akedemi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) buat julung kalinya telah mengadakan syarahan kepemimpinan di

akademibarunyayangdisampaikanolehYBhg.DatukABRahim,KetuaSetiausahaKementerianPengajianTinggi bertajuk “ Transformasi Minda”. Syarahan yang begitu berinformasi ini telah memberikan suntikan motivasai kepada semua yang hadir.

Transformasi Minda - AB Rahim

9

Page 10: Bitara Jun 2011

Kursus Pengukuhan Kerja BerpasukanbagiPengurusanTertinggi KPT telah pun diadakan

selamaduaharibertempatdiResortTristle,PortDikson.Banyakperkaramenarik yang berlaku sepanjang berlangsungnya kursus ini. Kursus yang pesertanya adalah terdiri daripada Pihak Pengurusan Tertinggi kementerian ini menyaksikan maklum balas yang sangat positif dalam pembentukan kumpulan pengurusan yang berwibawa. Malam pertama di Port Dickson dimulakan dengan sesi perkenalan ice breaking bagi memperkukuhkan jalinan silatulrahim antara peserta. Memang benar kata madah pujangga ‘Tak kenal maka tak cinta’. Dingin angin malam tidak menghalang malahan membakar semangat pegawai yang bertempur dalam Candle War Game di resort, seusai sahaja sesi ice breaking. Pertempuran dibuat sebanyak

dua pusingan, dua pasukan besar iaitu pasukan penyerang dan pasukan yang bertahan masing-masing bertukar peranan supaya dapat memperlihatkan skil taktikal masing-masing bagi menjayakan misi meniup lilin pihak yang bertahan.

Ybhg. Datuk KSU telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan menyatakan hasratnya yang ingin menjadikan KPT sebagai sebuah kementerian pujaan dan terbilang. Selepas mendengar ucapan alu-aluan tersebut,

para peserta telah menduduki Ujian Personaliti dan melalui aktiviti inilah para peserta dapat mengenal karektor peribadi melalui pengenalan warna emas, hijau, jingga dan biru. Pengajaran dari aktiviti ini ia akan dapat meningkatkan kefahaman, penerimaan keunikan diri peribadi dan orang lain, menjanakan

perkembangan diri yang lebih seimbang dan lebih menyeluruh serta penyesuaian dan penyerasian diri yang lebih berkesan mengikut keperluan persekitaran.

Antara aktiviti lain yang berlangsung semasa kursus tersebut adalah, pertandingan mencipta kasut telur. Yang mana melalui aktiviti ini, kreativiti setiap kumpulan diuji dan seterusnya elemen pengujian ala ISO juga disuntik ke dalam permainan, aktiviti Coaching and Mentoring, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti Treasure Hunt, aktiviti “Samurai Warrior” iaitu aktiviti pertarungan.Melalui aktiviti ini juga para peserta dapat menerap semangat samurai yang mempunyai discipline, determination dan dedication yang boleh diamalkan oleh para peserta dalam kehidupan seharian.

Kursus ini diakhiri dengan penyerahan sijil secara kendiri oleh peserta kepada setiap peserta yang lain sambil mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada rakan peserta yang lain dengan mesra.

Pelaksanaan Kursus Pengukuhan KerjaBerpasukanBagiPengurusanTertinggi Kementerian Pengajian Tinggi ini dapat mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan bekerja secara berpasukan bagi mencapai misi dan visi organisasi, memperbaiki sikap, amalan dan dedikasi ke arah bekerja dengan lebih cemerlang dalam satu pasukan serta mengharmonikan matlamat individu dengan matlamat organisasi.

BERITA KEMENTERIAN

10

Transformasi Perkukuh Jati Diri

Page 11: Bitara Jun 2011

Mesyuarat Majlis Perundingan PelajarKebangsaan(MPPK)Bil.1/2011 yang telah berlangsung

di Dewan tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 111 perwakilan daripada 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 10 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh Malaysia. Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan seperti berikut:• DayaKeusahawanan,Kreativiti Dan Inovasi Pelajar Dalam Memenuhi Keperluan Abad 21; • MengantarabangsakanMindaPelajar Melalui Projek Kemanusiaan;

• MasaDepanNegaraDanPeranan Pelajar Dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP); • KecukupanMakananDiMalaysia DanBagaimanaMalaysiaTidakLagi• BergantungPadaNegaraLuarBagi MakananRakyat;dan1Malaysia Dan Cabaran Perpaduan Antara Kaum di Malaysia.

MPPK merupakan platform yang diwujudkan Kerajaan sejak Oktober 1999 sebagai satu pengiktirafan terhadap para pemimpin pelajar selaku perwakilan untuk memberikan idea

dan pandangan mereka dalam apa jua perkara. Ini adalah kerana suara generasi muda amat penting sebagai pewaris negara dalam mengemukakan idea yang bernas di samping menunjukkan kematangan yang tinggi.

MPPK diadakan

secara tertutup tanpa kehadiran media atau pengurusan tertinggi Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ia dirancang sedemikian rupa bagi memberi peluang kepada perwakilan pelajar untuk memberi pandangan konstruktif kepada kerajaan

melalui mekanisme dan platform yang telah dibentuk. Golongan pelajar di IPT diyakini dapat bersama-sama Kerajaan berperanan dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada pembangunan negara.

MPP IPT Kemuka Idea BernasBERITA KEMENTERIAN

11

Page 12: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

e-Learning adalah salah satu daripada 21 Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project

atau CAP) yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Setiap satunya mempunyai objektif strategik dan indikator-indikator serta sasaran yang perlu dicapai melalui pelbagai aktiviti yang telah dirangka dan perlu dilaksanakan sama ada di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi atau Agensi-agensi di bawah KPT termasuk semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia

Dalam usaha menjayakan pembangunan CAP: e-Learning, Pengerusi Majlis Ketua-Ketua Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pasukan Pelaksana CAP: e-Learning dengan kerjasama ahli

MEIPTA telah mengambil inisiatif untuk membukukan pelaksanaan sedia ada e-pembelajaran di IPTA. MEIPTA yang telah ditubuhkan sejak 12 November 2007 adalah wadah terbaik bagi IPTA untuk berkongsi kepakaran dan amalan terbaik dalam memperkukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran yang menjadi pendekatan pembelajaran dan pengajaran masa kini.

Objektif penubuhan Majlis adalah untuk menjadi platform kepada usaha perkongsian dan kerjasama antara IPTA berkaitan e-pembelajaran serta menggembleng kepakaran dan sumber bagi memajukan e-Pembelajaran di IPTA.Melalui25babdalamBukue-Pembelajaran di IPTA Malaysia, kesemua 20 IPTA telah berkongsi pengalaman yang dilalui sepanjang pelaksanaan e-pembelajaran yang meliputi latar belakang, tadbir urus, dasar, infrastruktur, sistem pengurusan (LMS), pembangunan e-kandungan, tahap penggunaan, latihan, insentif dan anugerah, pembudayaan, penyelidikan, cabaran dan perancangan masa hadapan.

Pengalaman-pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama untuk penambahbaikan dalam pembangunan serta pelaksanaan pada peringkat seterusnya.

Buku Kajian Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Walaupun e-Pembelajaran telah mula digunakan seawal tahun 2000 di beberapa IPT Malaysia, namun belum terdapat kajian menyeluruh tentang pelaksanaannya di Malaysia. Justeru itu, satu kajian berkenaan amalan, keberkesanan dan cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia telah dilaksanakan. KPT telah menyalurkan peruntukan kepada penyelidik yang diketuaiolehYBhg.Prof.Dr.MohamedAmin Embi dari Universiti Kebangsaan

Dasar e-Pembelajaran: Sesuai Konsep 1Malaysia

12

Page 13: Bitara Jun 2011

Malaysia (UKM) dengan dibantu oleh tiga (3) lagi kepakaran dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta kerjasama MEIPTA telah melaksanakan penyelidikan tersebut.

Kajian bertujuan untuk mengenal pasti amalan, keberkesanan dan cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia dari lapan (8) aspek, iaitu polisi, tadbir urus, sistem pengurusan pembelajaran (LMS), latihan, pembangunan e-kandungan, integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran, jaminan kualiti serta perancangan masa depan. Skop utama kajian merangkumi status dan amalan pelaksanaan, trend atau keberkesanan serta masalah atau cabaran pelaksanaan. Sampel kajian melibatkan 27 pentadbir e-Pembelajaran, 1,635 pensyarah dan 6,301 pelajar dari 30 IPT Malaysia yang terdiri daripada 20 IPTA, tujuh (7) IPTS dan tiga (3) Politeknik.

Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN)

Hasil daripada kajian mendapati pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia belum cukup mantap. Malah, tiada penanda aras bagi dijadikan kayu pengukur kepada pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pasukan Pelaksana CAP: e-Learning telah membangunkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN). DePAN di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta merujuk kepada inisiatif untuk menyediakan satu kerangka e-Learning berkualiti yang sesuai dengan konsep 1MalaysiadanModelBaruEkonomi(MBE).DasarinijugamendukungintipatistrategikRancanganMalaysiake-10(RMK10)danAgendaInovasiMalaysia(AIM).

Objektif dasar tersebut ialah menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua yang dapat direalisasikan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi e-Learning yang terkini jelas berupaya menghasilkan graduan yang mampu bersaing di arena global serta berupaya memudah cara P&P seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme para akademik. e-Learning akan membuka akses dan memberi

peluang kepada masyarakat Malaysia melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

KerangkadanRoadMapDePANmempunyai lima (5) tunggak asas iaitu infrastruktur, struktur organisasi, kurikulum dan kandungan, perkembangan

profesional dan pembudayaan. Lima (5) tunggak ini adalah kerangka e-Pembelajaran yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011. Setiap tunggak mempunyai bidang fokus dan setiap bidang fokus mempunyai aktiviti yang akan dilaksanakan fasa demi fasa. DePAN mempunyai tiga (3) fasa dan akan berjalan selama enam (6) tahun bermula dari tahun 2011 hingga 2016 dan setiap fasa akan memakan masa selama dua (2) tahun.

DePAN berupaya meningkatkan keupayaan IPT agar lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat global selaras dengan objektif untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi e-pembelajaran yang terkini jelas berupaya menjadikan IPT lebih berdaya saing dan kompetitif di peringkat global serta berupaya menyediakan graduan, pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan pendidikan yang bertaraf dunia.

Malaysia Education Online (MEdO)

Di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan oleh YABPerdanaMenteriMalaysiapadaOktober2010,sebanyak12BidangUtama Ekonomi Negara (NKEA) telah dijadikan fokus penting di mana salah satunya adalah NKEA Pendidikan.

Matlamat utama ialah untuk menjadikan eksport pendidikan sebagai penyumbang kepada keluaran negara kasar (GNI). Pemilihan Asia e-Universiti sebagai gerbang atau gateway bagi inisiatif memperluaskan pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran atas talian amat bertepatan dengan statusnya yang terkenal

di Asian Cooperation Dialogue (ACD) dan disokong oleh 31 buah negara anggota. Ini juga selaras dengan salah satu agenda KPT, iaitu pengantarabangsaan yang memperjuangkan jenama pendidikan untuk semua di peringkat antarabangsa.

AeU sebagai Gateway University berperanan membantu IPT untuk menembusi pasaran antarabangsa. Sehubungan

itu, pelancaran Malaysia Education Online (MEdO) adalah platform yang akan digunakan untuk membawa program pendidikan IPT Malaysia ke arena antarabangsa. Portal ini bertujuan menjadikan Malaysia sebagai satu (1) jenama utama di rantau Asia bagi menyediakan perkhidmatan pengajian tinggi secara atas talian. Ia juga akan menjadi portal utama bagi semua program atas talian yang ditawarkan oleh IPT di Malaysia. Dengan kewujudan portal ini, bilangan pelajar antarabangsa akan meningkat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai ‘one stop centre’ untuk pembelajaran, pengajian dan pentadbiran pelajar antarabangsa.

Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), Buku-Buku e-Pembelajaran dan Malaysia Education Online MEdO)

DePAN dan MEdO akan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan program e-Pembelajaran dalam menjana kecemerlangan berterusan untuk negara. DePAN diharap mampu melonjak kecemerlangan IPT negara ini, selaras dengan falsafah pendidikan negara yang menekankan kepada kepentingan usaha berterusan dalam memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh, baik dari segi jasmani, emosi dan rohani.

13

Page 14: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

Matlamat kerajaan bagi menyediakan pendidikan berkualiti kerana ia merupakan

landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran sejajar dengan aspirasi Negara untuk meningkatkan daya saing melalui

peningkatan kualiti modal insan ini telah disambut baik oeleh masyarakat dari pelbagai latar belakang apabila seramai 67,000 telah membanjiri zon 11 yang juga merupakan zon terakhir bagi Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2011 yang menutup tirai untuk tahun ini

KPTN 2011 menyaksikan sambutan luar biasa pengunjung yang memcecah 322,000 orang pengunjung sejak ia

dianjurkan pada 14 Januari lalu di setiap lokasi terpilih. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam ucapannya semasa merasmikan majlis perasmian penutup berkata,” dengan adanya tawaran melanjutkan pengajian sama ada ke IPT mahupun institut latihan dan teknikal, ia dapat memberi pilihan kepada penuntut untuk mengikuti kursus-kursus diminati sekaligus mampu menampung keperluan negara dari segi tenaga kerja mahir”.

Selain daripada kunjungan para pelajar, KPTN 2011 juga melihat masyarakat semakin sedar tentang kepentingan ilmu itu sendiri. Peningkatan yang sangat ketara dikalangan penyertaan ibu bapa yang datang untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai peluang pengajian tinggi yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS, POLITEKNIK,

KOLEJ KOMUNITI serta Institusi Latihan Kemahiran yang lain, memberi maklumbalas yang positif kepada kementerian untuk mengajurkan lagi Karnival seumpama ini pada tahun hadapan.

Dengan tagline, ’Jom Masuk U’ KPTN telah menjadi Karnival yang ditunggu-tunggu saban tahun dengan pembaharuan-pembaharuan yang sentiasa dipertingkatkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi memberikan nafas yang lebih segar kepada KPTN.

320,000 Banjiri

14

Page 15: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

Memahami bahawa media memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghebahkan dasar serta program yang dianjurkan, KPT telah mengadakan Lawatan Mesra Media ke Karangkraf, Shah Alam .

Lawatan mesra media yang merupakan kali pertama diadakan pada tahun ini diketuaiolehYBDato’SeriMohamedKhaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Delegasi lawatan seramai 25 orang yang terdiri daripada pengurusan atasan kementerian serta pegawai perhubungan awam agensi dan IPTA ini disambut baik

oleh Pengarah Urusan Kumpulan,Y.BhgDato’ Hussamuddin Hj Yaacub.

Lawatan yang diisi dengan taklimat mengenai proses penghasilan akhbar dan majalah di Karangkraf telah dapat membuka persepsi baru kepada para peserta terhadap kaedah pengoperasian sesebuah akhbar dan majalah yang dikeluarkan oleh KumpulanKrangkrafSdnBhd.

Sesi soal jawab yang berlangsung di antara peserta lawatan bersama dengan Pengarah Urusan Kumpulan, Y.BhgDato’HussamuddinHj Yaacub serta editor dari pelbagai majalah keluaran Karangkraf adalah berkisar tentang penambahbaikan dalam hubungan dua hala di antara KPT dan Kumpulan

Karangkraf. Lawatan mesra media ini telah berjaya

mencapai sasaran objektifnya iaitu untuk menjayakan agenda pembangunan Negara, dapat mengetahui lebih mendalam berkenaan struktur organisasi, latar belakang serta perkembangan yang sedang dihadapi oleh agensi media massa yang dilawati. Di samping itu juga, ianya dapat mewujudkan peluang kerjasama yang lebih mantap dalam merangka pelbagai program atau aktiviti bersama di antara institusi pengajian tinggi dengan pihak media massa.

KPT Hargai Media

15

Page 16: Bitara Jun 2011

Inovasi adalah perubahan cara berfikir untuk mendapatkan hasil atau produktiviti yang lebih baik dari semasa

ke semasa. Ia bukan hanya berkaitan sains dan teknologi semata-mata. Inovasi juga bukan hanya untuk golongan profesional tetapi perlu difahami oleh masyarakat dari pelbagai taraf sosial tidak kira di bandar atau pedalaman.

SeiringdenganhasratY.A.B.PerdanaMenteri untuk melakukan perubahan melalui inovasi secara menyeluruh untuk membawa negara ke tahap ekonomi yang lebih maju. ‘Innovative Leadership for 1United, Innovative Malaysia’, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan Pelan Pembangunan Modal Insan untuk memperkasakan usaha mengatasi jurang inovasi dalam menghasilkan modal insan inovatif yang berkualiti serta dapat mengkomersilkan inovasi mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa. Inovasi yang ditarifkan sebagai pengenalan produk (barangan atau perkhidmatan) atau proses yang baru atau yang ditambahbaik, atau, pengenalan kaedah pemasaran yang baru atau kaedah organisasi baru dalam amalan perniagaan, organisasi tempat kerja atau hubungan luar ini membuka dimensi baru terhadap cara permikiran seluruh warga KPT. Pelan

yang dilancarkan ini mengandungi 45 strategi,112 pelan tindakan,108 kpi dan ditunjangi oleh 12 dimensi tonggak utama yang mana tonggak utama itu ialah;

Dasar Inovasi Negara1. Kesedaran dan penghayatan rakyat 2. terhadap inovasiModal insan berkompetensi3. Pemikiran kritis4. Kebolehlaksanaan dan dorongan 5. pasaranPengkormersilan harta intelek6. Perkongsian Profesional 7. Inkubater bagi aktiviti pra 8. pengkormersilanPenyediaan akses dan kemudahan ICT9. Iltizam politik10. Pelabur utama dan modal teroka11. Pendaftaran dan pemilikan harta 12. intelek

Sesebuah rekacipta dan inovasi itu tidak semestinya satu proses atau produk yang

mahal dan hanya bergantung kepada golongan profesional untuk membuatnya. Persepsi ini perlu diubah supaya masyarakat sedar bahawa rekacipta dan inovasi ini boleh dihasilkan oleh semua golongan masyarakat tidak kira peringkat umur, jawatan serta latar belakang. Inovasi boleh tercetus melalui pemikiran kreatif berkonsepkan penyelesaian sesuatu masalah dalam masyarakat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Inovasi @mohe berkata ,” Pelan ini mempunyai matlamat untuk menutup jurang inovasi sedia ada, mencipta ekosistem inovasi yang kondusif sekaligus membantu Negara menjayakan ekonomi berasaskan inovasi ke arah Negara maju berpendapatantinggi”.Beliaujugaturut memaklumkan bahawa KPT akan menyediakan dana sekitar satu juta sebagai insentif penggalakkan aktiviti pengkormersilan dan inovasi.

DiMajlisitujugaYBMenteriturutmenyampaikan Anugerah Inovasi KPT kepada Universiti Perguruan Sultan Idris yang mengungguli tempat pertama, Universiti Kebangsaan Malaysia di tempatkeduadanPoliteknikKotaBharumeraih tempat ke tiga. Kejaan mereka telah membuktikan bahawa warga KPT telah mempunyai paradigma baru dalam menginterpritasikan idea kepada inovasi yang boleh memberi nilai tambah kepada institusi.

Inovasi@MOHE Cipta PerubahanBERITA KEMENTERIAN

16

Page 17: Bitara Jun 2011

MajlisDialogantaraYBMenteriPengajian Tinggi dengan Naib Canselor/Rektoryangjulung

kali diadakan bagi tahun 2011 telah diadakan bertempat di Gateway A, Hotel Pan Pacific KLIA. Majlis ini merupakan platform yang penting dalam hubungan antara KPT dengan IPTA dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan modal intelek negara.

MajlisinidipengerusikanolehYBMenteriPengajianTinggi,YBDato’Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan turutdihadiriolehYBTimbalanMenteriPengajianTinggi1,YBDato’Dr.HouKokChung,KetuaSetiausahaKPT,YBhg.DatukAb.RahimbinMdNor,TimbalanKetuaSetiausaha(Pengurusan),YBhg.DatukHj.OmarbinAbdulRahman,Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, YBhg.Dato’Prof.Dr.RujhanbinMustafadan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor IPTA),JabatanPengajianTinggi,YBhg.Prof. Dr. Morshidi bin Sirat.

Sebanyak 8 kertas kerja telah dibentangkan dalam majlis tersebut iaitu:• SkimperkhidmatanpensyarahdiIPTA• Perkembanganpelaksanaanautonomi di IPTA• Networkofnetworks• Mobilitiakademikdankenaikan pangkat• MoUdenganuniversitiluarnegara:

Kolaborasi akademik dengan negara- negara Eropah• PengurusanpelajartajaanKPT• KemasukanpelajarasingkeMalaysia: Isu dan cabaran• Mengupayapenyelidikandaninovasi

Dialog Pererat Hubungan KPT dan IPTA

BERITA KEMENTERIAN

17

Page 18: Bitara Jun 2011

Isu kecukupan makanan atau food security sememangnya menjadi antara isu global yang semakin meruncing di

rata-rata negara seluruh dunia. Malaysia yang kini mempunyai jumlah penduduk seramai 27 juta orang tidak terlepas daripada polemik tersebut.

Negara dilaporkan berbelanja sebanyakRM13bilionsetiaptahununtuk mengimport keperluan makanan seperti sayur, ikan, daging, kentang dan buah-buahan. Ini bermakna, Malaysia masih lagi bergantung kepada negara luar bagi memastikan sumber makanan yang mencukupi. Jumlah perbelanjaan itu sememangnya besar dan dijangka meningkat jika tiada tindakan berstrategi dilakukan.

Isu kecukupan makanan sememangnya diambil perhatian serius malah dalam konteks sektor pengajian tinggi, isu ini dipilih antara bidang penyelidikan berimpak tinggi bagi membantu kelestarian Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dan harmoni. Ini bermakna, meskipun Malaysia dihasratkan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, negara diharap dapat menjamin kecukupan makanan untuk keperluan rakyat.

Bagimencapaitujuantersebut,sistem pengeluaran lestari atau sustainable

production systems yang mapan perlu dilakukan. Ini termasuk keperluan menjana modal insan yang berkualiti dan pekerja mahir yang mencukupi dalam sektor pertanian oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Kini negara mempunyai Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berstatus universiti penyelidikan dan sebuah universiti yang berakarkan pertanian. Tidak dinafikan, sumbangan UPM dalam melahirkan pekerja mahir dalam sektor pertanian di negara cukup besar. Peranan universiti ini semakin signifikan dengan terwujudnyaUPMkampusBintulu(UPMKB)yangmemberifokuskepadapengajian berkaitan pertanian.

Kampus yang ditubuhkan untuk merealisasikan Dasar Pertanian Negara (DPN) dan menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan di negara ini menawarkann tujuh program di peringkat diploma seperti Diploma Pertanian, Diploma Pengurusan dan Perladangan Makanan, Diploma Perhutanan, Diploma Perikanan, Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan, Diploma Kejuruteraan Pertanian dan Diploma Perniagaan Tani.

Walau bagaimanapun, kita tidak menafikan bahawa terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani dengan segera dan bijaksana. Ini termasuk

kemerosotan enrolmen dan jumlah pengambilan pelajar ke program berkaitan pertanian berkenaan. Sebagai contohnya,kampusBintuluyangmampumenampung pelajar seramai 5,000 orang pelajar tetapi hanya menerima kehadiran 1,700 orang pelajar sahaja.

Situasi ini wajar dilihat secara serius kerana jika ia tidak diselesaikan, ia akan memberi kesan kepada penjanaan pekerja mahir dalam sektor pertanian. Kumpulan kerja ini sememangnya diperlukan dalam pembangunan negara. Dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) kluster pertanian, sebanyak 74,600 pekerjaan baharu akan disediakan dan menyasarkan sumbanganklustersebanyakRM49bilionkepada Pendapatan Negara Kasar atau PNK menjelang tahun 2020.

Dalam konteks di Sarawak sahaja, sebanyak 300,000 peluang pekerjaan dalam sektor pertanian melalui Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau SCOREakandiwujudkanmenjelangtahun 2030 menunjukkan bidang itu juga berpotensi menjamin kerjaya masa depan.

Melihat kepada potensi bidang pertanian ini, maka amat wajar langkah dan strategi yang tepat diambil khususnya dalam menambah jumlah enrolmen dan pengambilan pelajar dalam program berkaitan pertanian.

Pertama, menambah akses dan

IPT dan Penjanaan Pekerja Mahir Sektor Pertanian

IKON ILMU

18

Page 19: Bitara Jun 2011

jumlah pengambilan pelajar. Dalam hal ini, pujian harus diberikan kepada UPM kerana telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Program Persediaan Diploma yang bertujuan menambah

bilangan kemasukan ke program berkaitan pertanian.

Difahamkan, kumpulan sasaran pelajar yang akan mengikuti Program Persediaan Diploma ini rata-ratanya terdiri daripada mereka yang berada di sekolah yang serba kekurangan dan ketinggalan dari segi kemudahan pembelajaran sehingga menyebabkan mereka tidak mencapai tahap pendidikan yang cemerlang seperti pelajar di bandar. Selain itu, program ini juga membuka peluang kepada golongan pelajar yang berasal daripada keluarga yang terpinggir dari segi sosio-ekonominya.

Kita percaya, dengan pengambilan 80 orang pelajar setahun melalui Program Persediaan Diploma ini, ia akan melonjakkan purata peratusan pelajar-pelajar dari Sarawak dan juga Sabah khususnya ke program-program diploma diUPMkampusBintuluyangsebeluminitidak mencecah 10 peratus untuk setiap sesi kemasukan.

Justeru itu, Program Persediaan Diploma ini akan memberi mereka peluang melalui bimbingan khusus dengan memperbaiki beberapa kelemahan mereka terutama dalam pengetahuan dalam Sains dan Metamatik di samping memantapkan penggunaanBahasaInggerisselamaduasemester atau setahun sehingga layak

meneruskan pengajian ke peringkat diploma.

Selain memperkenalkan Program Persediaan Diploma, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan

mempertimbangkan beberapa perubahan struktural antaranya membenarkan UPM mencari sendiri calon tanpa melalui Unit Pusat Universiti atau UPU. Kita percaya, melalui kaedah outreach dan proses temuduga yang dijalankan di seluruh negara, universiti boleh mendapatkan calon-calon yang benar-benar berminat dan berpotensi dalam pengajian bidang pertanian.

Kedua, minat untuk memilih program berkaitan pertanian sebagai bidang pilihan boleh dibangunkan dengan menyediakan laluan kerjaya yang jelas dan menarik. Dalam hal ini, bidang pertanian mesti dizahirkan menjadi satu profesion yang menarik dan pelbagai. Ini kerana bidang pertanian bukan lagi satu bidang yang berbentuk konvensional tetapi berkait rapat dengan soal penggunaan sains dan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.

Saya dimaklumkan bahawa sebenarnya berlaku peningkatan dari segi peratusan mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian pada tahun 2010 berbanding 2009 dalam konteks di UPM.

Daripada Exit Survey yang dilakukan oleh UPM menunjukkan bahawa seramai 66.2 peratus graduanBacelorSainsPertanian

mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan bergraduat pada tahun 2010 berbanding hanya 57.8 peratus sahaja tahunsebelumnya(2009).BagiBacelorSains Hortikultur, seramai 75.0 peratus mendapat pekerjaan pada tempoh yang sama tahun 2010 berbanding 59.2 peratus tahun2009.ManakalaBacelorSains(Perniagaan Tani), seramai 59.6 peratus tahun 2010 berbanding 56.8 peratus tahun 2009.

Tidak dinafikan bahawa bidang pertanian sebenarnya masih mendapat tempat di Malaysia. Justeru itu, isu kemerosotan enrolmen dan jumlah pengambilan pelajar dalam bidang tersebut harus ditangani segera bagi memastikan tenaga kerja mahir mencukupi untuk keperluan negara.

Potensi dalam bidang pertanian amat bergantung kepada sejauhmanakah kita mampu menjana tenaga kerja mahir yang berupaya mendukung dan menggerakkan bidang tersebut. Malaysia tidak bersendiri dalam hal ini. Australia atau lebih khususnya University of Queesland turut menghadapi masalah yang sama dan sedang giat mencari jalan keluar untuk mengangkat bidang pertanian sebagai pilihan utama para pelajar mereka.

Kesimpulannya, universiti mesti mengambil langkah kreatif untuk menarik minat masyarakat menyokong bidang pertanian dan menjadikan bidang pengajian pertanian sebagai satu pengajian yang popular dan setanding dengan bidang-bidang yang lain. Ia boleh dilakukan dengan menambah akses, melakukan perubahan struktural, menyediakan laluan kerjaya yang jelas selain menawarkan kualiti yang pengajian yang tinggi dan relevan dengan kehendak pasaran.

Oleh Mohamed Khaled Nordin

19

Page 20: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

ProgramCSRKPTyangjulungkalinya membawa KPT mendekati masyarakat orang asli

diPosBersihUluSlim,PerakinitelahdisempurnakanperasmiannyaolehYBMenteri Pengajian Tinggi. Program ini melibatkan kehadiran 200 pelajar IPT, 500 masyarakat orang asli dan 100 tetamu yang turut sama memeriahkan suasana. Program yang mendekatkan lagi KPT dengan masyarakat orang asli antara lain bertujuan untuk menunjukkan keprihatinan KPT bagi menjadikan IPT

dan mahasiswa sebagai agen transformasi pembangunan masyarakat. Selain itu, usaha untuk membangunkan masyarakat termasuk masyarakat orang asli secara khususnya hendaklah dilaksanakan secara strategik, kreatif, inovatif dan kolaboratif dan dibuat secara berterusan dan melalui program seperti ini diharapkan masyarakat orang asli dapat belajar dan seterusnya meningkat tahap pemikiran sehingga mereka boleh maju dan mampu berintegrasi dengan masyarakat umum yang lain.

Siswa Citra Rakyat KPT

20

Page 21: Bitara Jun 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah satu bentuk penghargaan Kerajaan kepada

anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberikan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Pekeliling KemajuanPentadbiranAwamBilangan2Tahun 2002 telah menggariskan bahawa asas penilaian untuk pemilihan anggota menerima APC adalah berdasarkan kepada markah yang diperolehi dalam penilaian prestasi tahunan dan sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini diadakan pada setiap tahun untuk meraikan anggota yang telah terpilih. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan menerima insentif dan hadiah berupa Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi sebanyak

RM1000.Penerimaberpeluangdiberikursus di luar negara bagi memajukan kerjaya dan meningkatkan prestasi kerja, serta diberi peluang untuk dicalonkan sebagai penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan negeri.

Majlis yang berlangsung di Dewan D2, Malaysia Agro Exhibition Park Serdang (MAEPS) ini telah menyaksikan seramai 1083 orang pegawai (termasuk 53 pegawai di Kementerian, 31 pegawai di Jabatan Pengajian Tinggi, 23 pegawai di Jabatan Pengajian PoliteknikdanJabatan Pengajian Kolej Komuniti,711 pegawai di Politeknikserta265 pegawai di Kolej Komuniti) telah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010.

Anugerah Tingkat Iltizam KerjaBERITA KEMENTERIAN

Penerima berpeluang diberi kursus di luar negara bagi memajukan kerjaya dan meningkatkan prestasi kerja, serta diberi peluang untuk dicalonkan sebagai penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan negeri.

21

Page 22: Bitara Jun 2011

Laungan ucapan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi pada 25 April 2011 sememangnya

cuba menyampaikan sebuah mesej yang amat signifikan dalam konteks pembentukan dan penghasilan modal insan bagi menjamin sebuah masyarakat yang berdaya saing, berguna, kebolehpasaran serta menuju ke arah negara maju. Pelbagai perancangan telah disusun dengan rapi oleh KPT antaranya pelancaran Pelan Pembangunan Modal Insan Inovasi, Penyampaian Tawaran Pembiayaan Pengajian Program MyBrain15danAnugerahInovasiKementerian Pengajian Tinggi di mana KPT bertanggung jawab sebagai sebuah badan yang berusaha keras sebagai sektor berkritikal tinggi dalam pengajian tinggi.

Ternyata mesej ini disampaikan dengan baik dan diharap dapat disambut dengan baik oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjamin kelangsungan academia negara dan masa depanmasyarakatMalaysia.Rangkapelandan pelaksanaan jangka masa panjang yang diketengahkan dalam ucapan Menteri KPT menekankan tentang jurang kepada keperluan modal insan inovasi.

Usaha menuju ke tahap ini sukar diccapai sekiranya masyarakat tidak bergerak secara progresif dan perlu berdaya saing bukan sahaja di peringkat lokal malah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Mengapa inovasi yang diangkat sebagai suatu kepentingan dalam konteks percambahan ilmu pada hari ini? Seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri KPT bahawa, inovasi dan keusahawanan berupaya mentransformasikan masyarakat ke satu tahap yang lebih tinggi sehingga berjaya memperolehi pendapatan

yang lebih stabil dan tinggi melalui beberapa program yang diperkenalkan oleh KPT. Malah sejak tahun 2007, Model Inovasi Negara telah dibentuk dan penekanan dibuat terhadap kerajaan supaya mentransformasikan pembangunan ekonomi negara melalui inovasi dan kreativiti. Walaupun bidang sains dan teknologi sangat penting dalam menjayakan program tersebut, keseimbangan perlu dicapai dalam bidan yang bukan berasaskan sains dan teknologi, di mana bidang sains sosial umpamanya merupakan penggerak kepada penghasilan produk modal insan yang berjaya dalam segala bidang. Keseimbangan dalam kedua-dua disiplin ini perlu dirangkumkan supaya produk modal insan yang dihasilkan boleh berfikiran secara kritis tanpa menafikan hakikat ilmu yang sebenarnya.

Sokongan yang padu diperolehi oleh KPT dalam menjayakan pelan ini apabila agensi-agensi yang terlibat seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan

Signifikan Hari Inovasi@MOHE

Inovasi dan keusahawanan berupaya mentransformasikan masyarakat ke satu tahap yang lebih tinggi sehingga berjaya memperolehi pendapatan yang lebih stabil dan tinggi melalui beberapa program yang diperkenalkan oleh KPT

TINTA ILMU

22

Page 23: Bitara Jun 2011

Perkhidmatan Awam (JPA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),LembagaKemajuanPerindustrian Malaysia (MIDA), Perbadanan Harta Intelek Negara (MyIPO) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersetuju untuk membantu sama ada secara konsultatif dan sumbangan-sumbangan yang lain. Langkah sebegini sangat penting kerana penglibatan agensi-agensi ini boleh menarik lebih banyak partisipasi dan memartabatkan pelan ini ke peringkat yang lebih tinggi dan serius.

Sejajar dengan peranan KPT yang sentiasa membantu menghasilkan sebuah masyarakat Malaysia yang berpendidikan tinggi, KPT juga mendukung beberapa elemen penting dalam dunia academia seperti meletakkan sasaran yang lebih tinggi kepada jumlah para academia negara yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dan mendalami ilmu sehingga ke peringkat pasca doctoral dan sebagainya. Penglibatan dan sokongan daripada university amat relevan dalam mendorong lebih ramai golongan muda dan pensyarah universiti malah para pendidik untuk mengambil peluang ini supaya meletakkan mereka sebagai golongan cendekiawan negara yang berinovasi dan keusahawanan mengikut acuan masing-masing.

Melalui program MyId, permohonan ke peringkat pasca siswazah semakin meningkat dan ini merupakan mesej atau isyarat positif kepada keberdayaan saing

masyarakat Malaysia. KPT perlu diberi pujian dalam usaha untuk melahirkan golongan intelektual dan cerdik pandai serta sentiasa bersifat terbuka untuk melonjakkan para akademia negara ke tahap yang membanggakan. Anugerah juga disediakan oleh KPT bagi menobatkan calon-calon yang layak diberi pengiktirafan dalam usaha dan bidang yang mereka sumbangkan selama ini. Penganugerahan Anugerah Inovasi ini tidak hanya tertakluk kepada bidang-bidang tertentu sahaja dan terbuka kepada semua IPTA, Politeknik, Jabatan, BahagiandanAgensidibawahnya.

Kredit yang diberikan oleh KPT kepada semua pihak yang terlibat harus berterusan bagi memastikan kelangsungan dan survival bidang inovasi dankeberhasilanNKRAyangperludicapai selari dengan konsep 1Malaysia. Program-program yang diperkenalkan di bawah pelan ini, juga mengharapkan system pembelajaran universiti menjadi

lebih efektif dan tidak hanya terhad kepada cara tradisional sahaja walaupun pendekatan konvensional ini sangat efektif tetapi keterbukaan dalam mencuba teknik-teknik pembelajaran yang lebih kontemporari sangat dialu-alukan.

Oleh itu, sempena Hari Inovasi di KPT ini di mana KPT merupakan antara sektor kritikal negara perlu diambil serius dalam usaha memastikan kebolehcapaian objektif yang disuarakan. Tanpa penglibatan, sokongan, inisiatif daripada semua pihak pelan ini tidak akan berjaya dan ternyata imej positif yang diterima oleh KPT, menunjukkan betapa serius perkara ini perlu ditonjolkan kepada umum. Sebagai langkah memartbatkan inovasi negara, KPT mengambil langkah ke hadapan untuk menggerakkan semua lapisan masyarakat terutamanya para

pendidik dan pelajar supaya tidak sentiasa berada pada zon yang selesa dan berlumba-lumba untuk menjadi ikon kepada keintelektualan negara. Justeru, KPT amat berharap usaha ini sentiasa disambut baik oleh semua kelompok masyarakat melangkaui kaum, agama, latar belakang, pemikiran dan lain-lain.

Oleh : Noor Sulastry Yurni Ahmad

23

Page 24: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

Sidang Akhbar@MOHE

24

Page 25: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

KPT d’ Media Cetak

25

Page 26: Bitara Jun 2011

BERITA KEMENTERIAN

Selaras dengan hasrat Yang BerbahagiaDatukAb.RahimMd. Noor, Ketua Setiausaha

Kementerian Pengajian Tinggi yang mahukan Kementerian ini terkehadapan dalam membudayakan Tanggungjawab SosialKorporat(CSR),beberapaprogramtelah pun dimulakan sejak bulan Mac 2011.BahagianSukanKPTselakuurussetiaprogramCSRyangmelibatkanpelajar IPT telah mengemukakan tiga pendekatan utama iaitu program Pelajar Untuk Pelajar, Pelajar Untuk Komuniti/Warga, Komuniti/Warga Untuk Pelajar.

Program Sihat Warga KPT

Pada 2 dan 3 Mac 2011, Kementerian dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Program Sihat Warga KPT. Program berbentuk pemeriksaan kesihatan asas ini dan julung kali diadakan telah melibatkan seramai 5 orang pensyarah dan 50 orang pelajar FakultiSainsKesihatanBersekutuUKM yang membantu menjayakan program ini. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan merangkumi kumpulan darah, kandungan gula dalam darah, kumpulan darah, berat badan ideal,

nasihat pemakanan dan cara hidup sihat.Di sepanjang dua hari berlangsungnya

program ini, sambutan daripada warga KPT amat memberangsangkan. Seramai 450 warga KPT telah mengambil bahagian di dalam program ini. YangBerbahagiaDatukKetuaSetiausaha turut sama melakukan pemeriksaan kesihatan asas tersebut. Program ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada warga KPT dan akan diperluaskan kepada jenis-jenis pemeriksaan kesihatan yang lain pula seperti pemeriksaan penglihatan, pergigian, pendengaran dan sebagainya.

Kempen Derma Darah KPT

Lanjutan daripada Program Sihat Warga KPT, Kementerian dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah melaksanakan Kempen Derma Darah Warga KPT pada 28 Mac 2011. Program ini bertujuan untuk membantu PDN mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi keperluan kecemasan dan kepada pesakit yang memerlukan.

Sambutan yang telah diberikan oleh warga KPT terhadap program ini juga amat memberangsangkan. Daripada 88 orang yang telah berdaftar seramai 68 orang telah berjaya sebagai penderma. Ini merupakan pencapaian yang baik bagi Kementerian sebagai langkah permulaan untuk mengalakkan warga melakukan usaha murni ini.

YBMenteriPengajianTinggidanYangBerbahagiaDatukKSUturutsinggah sebagai tanda sokongan terhadap programini.BahagianSukanKPTselaku urusetia dan Pusat Darah Negara mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan warga yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Warga Sihat Pertingkat Motivasi

26

Page 27: Bitara Jun 2011

YayasanTunkuAbdulRahman(YTAR)telahmengadakansatumajlis makan tengah hari bagi

memperingati ulangtahun keputeraan AlmarhumYTMTunkuAbdulRahmanPutraAl-Haj,BapaMalaysia.Majlisitu,pada 10 Mac 2011, diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Tetamu Kehormat pada majlis tersebutialahYBDato’SeriMohamedKhaled bin Nordin, Menteri Pengajian TinggiMalaysia,selakuPengerusiYTAR.Turut hadir sebagai tetamu istimewa ialah YTM Tunku Dato’ Khadijah Tunku Abdul RahmanPutra,puterisulungPerdanaMenteri Pertama itu.

Disamping meraikan para penderma yang telah memberi sumbangan derma kepadatabungYTAR,majlisitujugadisinari dengan kehadiran Tunku Scholars, iaitupelajaryangmenerimaBiasiswaTunkuAbdulRahmanyangmerupakanpemberianutamaYTAR.

Majlis diserikan dengan penyampaian replika cek bagi menandakan pemberian DermasiswaTunkuAbdulRahman,daripadaYTARkepadaPTPTN,sebagaibayaran balik pinjaman PTPTN untuk 102 orang graduan yang telah dipilih melalui permohonan dan temubual.

BayaransebanyakRM1,664,318.40ituadalah untuk tahun 2010. Nilai bayaran Dermasiswa ini yang diperkenalkan pada tahun 2009, kini mencapai hampir RM2.9juta.

Kemuncak majlis adalah pengumuman dan penyerahan anugerah Pingat Tunku (Emas) kepada saudara DanialbinAbdulRahman,graduanundang-undang Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia. Hadiah berupa sebutir pingat emas (emas padu, 32 gm) bersertawangtunaiRM5,000adalahuntuk pencapaian Danial sebagai graduan Tunku Scholar terbaik 2010. Untuk melayakkan diri dipertimbangkan bagi menerima hadiah ini, seseorang Tunku Scholar mesti mencapai purata nilai gred kumulatif sekurang-kurangnya 3.80, dan telah sangat aktif dan mencapai kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum sepanjang pengajian peringkat sarjana muda.

Dalam ucapan aluan beliau, YBMenteriPengajianTinggijuga mengumumkan satu skim pemberianbaruolehYTAR,yangdipanggilBantuanPelajaranTunkuAbdulRahman.Tujuanpemberian ini adalah untuk

membantu pelajar IPTA daripada keluarga termiskin yang, walaupun terdapat kemudahan pinjaman untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, terpaksa menggunakan wang pinjaman untuk membantu keluarga yang memerlukannya. Melalui skim ini,hadiahsebanyakRM250.00sebulanselama 10 bulan akan diberi kepada pelajar dari keluarga termiskin, tanpa mengira tahap pencapaian akademik mereka. Sebagai permulaan, sebanyak RM540,000diperuntukkanuntukhadiahini. Pemberian akan dimulakan dalam sesi baru akademik 2011/2012. Cara permohonan dan pemilihan sedang diperkemaskanolehpentadbiranYTARdan akan diumumkan melalui pihak HEP IPTAdanlamanwebYTAR.

YTAR

Budi diKenang Sepanjang Zaman

27

Page 28: Bitara Jun 2011

PTPTN telah memperkenalkan kaedah membayar dengan senyuman kepada peminjam

PTPTN untuk menyelesaikan pembiayaan pendidikan terutamanya kepada peminjam yang telah dikenakan tindakan senarai hitam atau saman. Melalui konsep ini, PTPTN telah membuka ruang dan peluang kepada peminjam untuk tampil dan mengadakan rundingan bersama bagi

mempertimbangkan permohonan rayuan membayar balik secara ansuran.

Para peminjam boleh berkunjung ke Ibu Pejabat PTPTN, Wisma Chase Perdana, Damansara Heights atau ke Kaunter Perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral, Kuala Lumpur bagi mengadakan rundingan.

Peminjam dan pegawai PTPTN akan bersama berbincang berkaitan amaun

pembayaran pendahuluan yang mampu dijelaskan oleh peminjam seterusnya membuat komitmen bayaran secara ansuran yang fleksibel melalui melalui potongan gaji atau arahan tetap bank.

Hubungi dan berkunjunglah ke PTPTN bagi mengadakan rundingan dalam merancang jadual pembayaran balik pinjaman yang bersesuaian. PTPTN sentiasa menggalakkan

peminjam membuat bayaran balik berasaskan kaedah mesra pelanggan membayar dengan senyuman dan sentiasa ingin merapatkan hubungan baik dengan para peminjam selaras dengan usaha PTPTN untuk memanifestasikan moto “Pelanggan Gembira, Kami Ceria”. Maklumat lanjut, sila layari laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my atau hubungi Call Center PTPTN di talian 03-2080 4455.

PTPTN

Membayar Dengan Senyuman

Para peminjam boleh berkunjung ke Ibu Pejabat PTPTN, Wisma Chase Perdana, Damansara Heights atau ke Kaunter Perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral, Kuala Lumpur bagi mengadakan rundingan.

28

Page 29: Bitara Jun 2011

Keusahawanan merupakan elemen penting yang ingin diterapkan dalam Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia kerana keusahawanan mendorong kepada penghasilan inovasi yang akhirnya menggerakkan ekonomi berpendapatan tinggi.

Dalam konteks Institusi Pengajian Tinggi (IPT), kementerian telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT yang bertujuan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan menyeluruh.

Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) memberi tumpuan dalam usaha mewujudkan pelajar Kolej Komuniti dan masyarakat setempat yang memiliki ciri dan kompetensi keusahawanan, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi selari dengan Dasar Pembangunan Keusahawanan, Institusi Pengajian Tinggi.

“Menerusi program keusahawanan ini juga pihak Kolej Komuniti boleh mengambil pendekatan turun padang dengan masuk ke kampung-kampung bagi menerangkan kursus yang ditawarkan dan seterusnya menjalankan kursus-kursus di kampung mengikut permintaan masyarakat.

ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majis Perasmian Program Karnival Keusahawanan di Kolej

Komuniti Kuala Langat, 22 April 2011.Selepas Pusat Keusahawanan

Kolej Komuniti atau PUSKOM dirasmikan Ogos tahun lalu, sambutan terhadap aktiviti keusahawanan amat menggalakkan. Melalui tujuh zon yang dikenalpasti iaitu Zon Utara, Zon Perak, Zon Selangor, Zon Melaka dan Negeri Sembilan, Zon Johor, Zon Timur dan Zon Borneo,seramai28,491orangpesertatelah melibatkan diri dalam program keusahawanan.

Daripada jumlah itu, PUSKOM Zon Timur menyumbang peserta paling ramai iaitu 9,743 orang dan diikuti PUSKOM Zon Wilayah Utara seramai 7,355 orang peserta. Dari sudut penawaran program pula, PUSKOM Utara adalah penyumbang yang terbesar dengan 163 program.

Disamping itu, katanya, beliau menyifatkan majlis ini mempunyai signifikan yang tersendiri dan tepat pada masanya kerana sejak saya merasmikan

KOLEJ KOMUNITI

1Kolej Komuniti 1Masyarakat

Saya yakin, melalui pendekatan ini, Kolej Komuniti akan merasai lebih kuat denyut nadi masyarakat yang memerlukan bantuan dan bimbingan.” kata Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin

29

Page 30: Bitara Jun 2011

Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM) dan Pelan Pengukuhan Keusahawanan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti bulan Ogos tahun lalu di Grik, telah banyak program keusahawanan telah, sedang dan akan dijalankan.

Beliaujugamelihat,program-program keusahawanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan komuniti setempat dan ini membuktikan bahawa perancangan program-program

keusahawanan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti diterima baik oleh mereka.”

Pelan pengukuhan ini mempunyai empat teras program keusahawanan iaitu Pendedahan, Penerapan, Peningkatan dan Pengukuhan Kelestarian

Pada hari ini kita akan menyaksikan antara usaha yang digerakkan oleh Kolej Komuniti ialah dengan membuka peluang perniagaan sekaligus berperanan sebagai ONESTOPCENTRE.

Program Karnival Keusahawanan yang telah berlangsung di Kolej Komuniti Kuala Langat tempohari mendapat sambutan yang positif dari usahawan-usahawan tempatan dan masyarakat setempat.

Program ini dijalankan bagi membantu para pelajar dan masyarakat mendekatkan diri dengan program-program yang dijalankan oleh Kolej Komuniti.

Sambutan terhadap aktiviti keusahawanan amat menggalakkan. Melalui tujuh zon yang dikenalpasti iaitu Zon Utara, Zon Perak, Zon Selangor, Zon Melaka dan Negeri Sembilan, Zon Johor, Zon Timur dan Zon Borneo, seramai 28,491 orang peserta telah melibatkan diri dalam program keusahawanan.

30

Page 31: Bitara Jun 2011

Program yang mendekatkan Kolej Komuniti dengan Masyarakat di Sarawak melalui Program Latihan

1Malaysia.Melalui program ini , masyarakat

umumnya di Sarawak dapat mempelajari pelbagai kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti

Antara program yang ditawarkan dalam Program Latihan 1 Malaysia ini adalah kursus solekan, bakeri, fesyen , pelancongan dan pelbagai program lain.

Baru-baruini,satumajlisperasmianProgram Latihan 1 Malaysia peringkat Zon Sarawak telah dirasmikan oleh Yang BerhormatDato’SeriMohamedKhaledNordin , Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Majlis tersebut diadakan di Kolej Komuniti Kuching pada 4 April 2011.

Program Pembangunan Komuniti Usahawan Negeri Sarawak

Program yang berlangsung di Kampung Gedong, Simunjan Sarawak telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak UNIMAS dan Unit Pembangunan Usahawan Sarawak.

Program yang berlangsung pada 11 April 2011 telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung gedong.

Pameran dari Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti juga dipamerkan bagi memberi lebih input kepada masyarakat di Kampung Gedong.

Program Keusahawanan Anjuran Kolej Komuniti Zon Sarawak

Usaha Kolej Komuniti melalui program mobiliti di Zon Sarawak tercapai apabila satu majlis penyampaian

sijil program keusahawanan telah berlangsung di Kampung Seberang, Sarikei.

Program Mobiliti ini adalah saranan dari Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,YB.Dato’SeriMohamedKhaled Nordin.

Melalui program ini seramai 120 penerima sijil program keusahawanan dan 100 peserta Program Latihan 1 Malaysia menerima sijil masing-masing.

Antara program Latihan 1 Malaysia yang telah berlangsung dikampung tersebut adalah kursus pembuatan roti, donut, pizza, menjahit langsir dan senireka arca cermin.

Program yang telah berlangsung ini mendapat sambutan yang positif dari penduduk kampung dan pihak kolej

komuniti juga mendapat permintaan agar menjalan program disitu secara berterusan

KOLEJ KOMUNITI

Program Latihan 1Malaysia Buat Rakyat Sarawak

31

Page 32: Bitara Jun 2011

POLITEKNIK

Penjenamaan merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi baik di Malaysia mahupun di

seluruh dunia. Syarikat-syarikat korporat berlumba-lumba mempromosikan jenama keluaran mereka. Institusi Pendidikan tidak kurang hebatnya dalam mempromosi produk dan perkhidmatan mereka. Mengapa ini berlaku? Adakah jenama penting? Adakah jenama bagi perkhidmatan pendidikan juga perlu? Bagaimanauntukmenghasilkanjenamayang baik? Apakah strategi penjenamaan yang berkesan?

Jenama merupakan nama yang digunakan untuk mengenalpasti produk, perkhidmatan atau perniagaan tertentu. Jenama sangat penting kerana ia dapat membezakan antara suatu produk dengan yang lain. Produk berjenama mempunyai identiti tersendiri serta memudahkan promosi dan pemasaran produk tersebut. Penjenamaan juga membantu pengguna membuat pilihan berdasarkan cirri-ciri yang dijamin oleh jenama tersebut seperti kualiti dan sebagainya.

Strategi penjenamaan yang berkesan dapat meningkatkan imej dan daya saing jenama tersebut. Antara aspek utama yang

perlu diambil kira dalam merangka strategi penjenamaan ialah komunikasi dan perhubungan awam. Perhubungan awam yang dimaksudkan ialah komunikasi berterusan dan berkesan bertujuan untuk mengekalkan persefahaman antara organisasi dengan orang awam termasuk warga organisasi itu sendiri.

Institusi pendidikan tidak terkecuali dari keperluan mempunyai jenama supaya dapat memberi kepercayaan kepada orang awam terhadap program pengajian yang ditawarkan. Sebagai contoh, jenama institusi pendidikan yang terkenal dipercayai dapat memastikan graduan yang dihasilkan berdaya saing, berkebolehan dan berkemahiran tinggi dalam bidang yang diceburi. Ini secara langsung akan meyakinkan agensi awam dan syarikat swasta untuk menawarkan

pekerjaan dan pendapatan lumayan kepada graduan institusi tersebut.

Justeru, menyedari peri pentingnya impak jenama terhadap program pengajian di politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pengajian Tinggi telah mengorak langkah pertama dengan menganjurkan seminar bertajuk CommunicationsandBrandingofPoliteknik Malaysia pada 30 Mac hingga 1 April 2011 di Holiday Villa, Subang Jaya. Seramai 65 orang peserta yang terdiri dari pegawai kanan JPP, Pengarah dan Pegawai Perhubungan Awam Politeknik serta wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi telah hadir program tersebut.

Antara tajuk perbincangan yang menarik perhatian peserta seminar ialahPublicRelationsintheEducationSector,ItAllStartswithaBrand,HowtoFormulateaPR/CommunicationsStrategy, Perception and Value of Communications, dan Digital Communications and Social Media.

Berpaksikanmatlamatuntukmeningkatkan imej dan jenama politeknik, seminar ini telah berjaya membuka minda, mengumpul ide serta menggembeling tenaga ke arah mewujudkan kefahaman terhadap kepentingan komunikasi dan strategi perhubungan awam yang berkesan di kalangan pemimpin dan nadi penggerak utama politeknik.

Oleh:ZainahRujihan

Saluran Komunikasi Berkesan Strategi Penjenamaan Politeknik Malaysia

32

Page 33: Bitara Jun 2011

Kuching 10 Februari - Politeknik seluruh negara digesa meningkatkan keupayaan dan peranan masing-

masing dalam mendominasi Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET) berbanding institusi pengajian tinggi lain sekaligus menjadi peneraju dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.

Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dalam usaha memantapkan lagi agenda transformasi negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi, kerajaan berhasrat untuk mengarusperdanakan TVET yang disasarkan mampu menawarkan 1.5 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

“Dalam menjayakan aspirasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju, rakyatnya tidak hanya perlu berpengetahuan tinggi, malah perlu memiliki kemahiran tinggi dan di sinilah peranan Politeknik diperlukan.

Ujarnya bagi mencapai jumlah 45 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja mahir yang dikeluarkan Politeknik, kerajaan akan menambah bilangan Politeknik di seluruh negara termasuk

sebuah Politeknik Metro di Sarawak serta meningkatkan jumlah pengambilan pelajar bagi menampung sasaran enrolmen 150,000 orang pelajar.

“Ketika ini hanya kira-kira 20 peratus pelajar mengikuti program pengajian berbentuk teknikal manakala selebihnya berbentuk akademik. Kita akan merapatkan jurang nisbah ini dengan meningkatkan jumlah pelajar

yang mengikuti program pengajian berbentuk teknikal,” ujarnya ketika berucap pada MajlisMesraBersamaMenteriPengajian Tinggi di sini baru-baru ini.

Katanya, Politeknik perlu bersedia memperluaskan program-program yang ditawarkan disamping menarik keyakinan masyarakat bahawa Politeknik bukan pilihan kedua sebaliknya turut sama memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda sektor pengajian tinggi negara.

Dalam pada itu beliau turut menggesa seluruh warga Kementerian Pengajian Tinggi termasuk Jabatan Pengajian Tinggi serta Jabatan Pengajian

Kolej Komuniti di setiap peringkat untuk bersama-sama kementerian dalam memahami dan mendukung hasrat kerajaan melalui peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hub pengajian tinggi di peringkat antarabangsa..

“Kejayaan agenda transformasi negara bergantung kepada modal insan yang dilahirkan dan kualiti graduan Kementerian Pengajian Tinggi menjadi faktor penentu kejayaan proses transformasi negara.

Majlis makan malam anjuran Politeknik Kuching Sarawak itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Mejar Prof. Madya Kamarudin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Haji Mohlis Jaafar, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Kuching Sarawak serta pengarah dan wakil Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Sarawak.

Oleh: Herlina Ainizawati Zakaria

POLITEKNIK

Politeknik LahirModal Insan Berkemahiran Tinggi

Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dalam usaha memantapkan lagi agenda transformasi negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi, kerajaan berhasrat untuk mengarusperdanakan TVET yang disasarkan mampu menawarkan 1.5 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

33

Page 34: Bitara Jun 2011

34

Page 35: Bitara Jun 2011

Kementerian Pengajian Tinggi

KPT

35

Page 36: Bitara Jun 2011

Seiring dengan transformasi Politeknik, kemunculan Album Dian “Permata Nusantara” bukan sahaja merupakan

pengiktirafan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) kepada bakat warganya yang berjaya menghasilkan album nasyid kontemporari, setanding dengan album nasyid komersial yang berada di pasaran sekarang. Wujudnya hubungan kolaborasi antara JPPdanBahagianPromosiPelanconganMelaka membantu melonjakkan lagi imej JPP sebagai peneraju Technical and Vocational Education and Training (TVET) dan Negeri Melaka sebagai bandaraya warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.

Kesungguhan sekumpulan pensyarah dan pelajar ini menghasilkan album ‘Permata Nusantara’ memberi isyarat jelas bahawa gabungan di antara keusahawanan dan pendidikan sebenarnya diperlukan untuk melahirkan modal insan yang benar-benar memenuhi kriteria tertentu dalam usaha membangunkan masyarakat.

Pembabitan Kumpulan Dian dalam industri nasyid tanahair bermula semenjak penubuhan Kelab Nasyid, Politeknik Melaka pada tahun 2005. Matlamat utama penubuhan kelab bukan

sahaja untuk memperkasa sahsiah dan jati diri pelajar melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan, malahan penyertaan di dalam pelbagai pertandingan dan festival nasyid memberi pengalaman baru serta cabaran berhadapan masyarakat terutamanya belia yang dahagakan suatu bentuk hiburan sihat dan mampu mendidik kerohanian jiwa mereka.

Keistimewaan DIAN ini terletak dikeunikan suara tujuh staf Politeknik Melaka dan dua bekas pelajar Politeknik Melaka iaitu Amira yang kini sedang menyambungkan pengajiannya di Politeknik Seberang Perai. Manakala Wahida pula dikhabarkan baru sahaja menamatkan pengajiannya di

Politeknik Merlimau, Melaka. Lebih istimewa Afham Zulhusmi adalah merupakan abang kepada salah seorang penyanyi remaja yang lahir dari salah sebuah rancangan realiti popular stesen televisyen swasta di Malaysia iaitu Akim.

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Penerbitan danEdaranBersamaAlbum Nasyid antara Koperasi Politeknik KotaMelakaBhddenganHijjazRecordsSdn.Bhd.telahtermeterai pada julai 2010 menyaksikan kewujudan kumpulan ini bukan untuk mencari

populariti murahan tetapi berniat murni mengenengahkan kreativiti seni pendidikan dari sudut agama melalui luahan ciptaan lagu dan lirik nukilan sendiri.

POLITEKNIK

“Permata Nusantara” Cipta Sejarah Tersendiri

Keistimewaan DIAN ini terletak dikeunikan suara tujuh staf Politeknik Melaka dan dua bekas pelajar Politeknik Melaka iaitu Amira yang kini sedang menyambungkan pengajiannya di Politeknik Seberang Perai.

36

Page 37: Bitara Jun 2011

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) – sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan kini mengorak langkah

dengan menetapkan sasaran untuk menjadi Universiti Teknikal Penyelidikan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Bagimembolehkanhasratitudicapai,UniMAP kini sedang gigih memantapkan aspek penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Naib Canselor UniMAP, Brig,,JeneralDatoProf.Dr.KamarudinHussin berkata, berdasarkan pencapaian cemerlang UniMAP dalam penarafan My ResearchAssesment(MyRA)iaitutigabintang dengan menghuni kedudukan ke-7 daripada keseluruhan 20 IPTA, UniMAP yakin sasaran itu mampu dicapai.

Dan kini melalui Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang baru, Prof. Dr. Ismail Daut, UniMAP terus berazam untuk memacu agenda penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan selaras dengan hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin.

“Mantan TNC P&I UniMAP (Prof. Dr. Zul Azhar) telah menjalankan tugasnya dengan baik sepanjang 8 tahun yang lalu dan beliau telah membangunkan aspek penyelidikan dan inovasi di UniMAP, dan kini sebagai TNC baru yang dilantik, saya akan meneruskan kegemilangan UniMAP agar kita mampu

mencapai sasaran menjadi Universiti Teknikal Penyelidikan,” kata Prof. Dr. Ismail Daut.

Sepanjang tahun lalu, antara kejayaan yang telah berjaya diraih UniMAP ialah :• Lebih 570 artikel penyelidikan UniMAP

tersenarai di pangkalan data SCOPUS (2003-2010)

• Pengiktirafan MS 1722:2005 dan OHSAS18001:2007(BidangKeselamatan & Kesihatan Pekerjaan) –

• ‘Green House’ di Sungai Chuchuh • BangunanKhasmenempatkankluster-

kluster di UniMAP • Makmal penyelidikan yang maju Menjadi pusat aktiviti konsultansi oleh

banyak syarikat/agensi terkemuka seperti Agilent(M)Sdn.Bhd.,PenangSkillDevelopment Centre dan lain-lain lagi.

• Pusat rujukan setempat (Perlis & Kawasan Utara) – Kerajaan negeri telah memperuntukan sebidang tanah untuk tujuanpenyelidikan‘BuahMempelamHarum Manis’.

Dalam aspek pengkomersialan, 2 produk telah memperoleh Hak Cipta Perisian, 11 produk berjaya dipatenkan manakala 5 produk telah berjaya dikomersialkan.Sebanyak 6 lagi produk kini sedang menunggu giliran untuk dikomersialkan.

Tidak cukup dengan pencapaian yang telah diraih, UniMAP dari semasa ke semasa terus merangka pelbagai strategi

yang cemerlang dan gemilang di Malaysia dan seluruh dunia. Sebagai sebuah universiti yang menjurus kepada bidang kejuruteraan, maka sudah semestinya bidang tujahan (niche area) merupakan antara aspek yang perlu diberi perhatian yangserius.Berdasarkanperancangandanpenelitian yang rapi, lapan buah kluster penyelidikan telah ditubuhkan semenjak tahun 2005 lagi. Pemilihan 8 niche area atau kluster ini adalah berdasarkan kepakaran serta kemudahan infrastruktur penyelidikan yang terdapat di UniMAP.

Bagimemastikankebekersanankluster-kluster ini, UniMAP turut melantik seorang ketua bagi setiap kluster-kluster ini yang memang telah terbukti mempunyai kepakaran dan pengalaman luas didalam bidang-bidang berkenaan. Disamping itu juga, kluster-kluster ini mempunyai penasihat yang terdiri dari pakar-pakar di peringkat antarabangsa di dalam bidang berkaitan yang sentiasa akan memberi nasihat serta memantau aktiviti penyelidikan yang dijalankan di sesebuah kluster tersebut.

Hasil yang paling ketara dari penubuhan kluster penyelidikan di UniMAP ini adalah dengan peningkatan jumlah projek penyelidikan serta yang paling menonjol adalah dengan tertubuhnya Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE). Kluster ‘Microelectronic and Nanotechnology’

Penyelidikan Jambatan Kegemilangan Akademik UniMAP

PENYELIDIKAN

Bersambung di muka 34 37

Page 38: Bitara Jun 2011

telah dinaiktarap ke INEE pada akhir tahun 2008 yang lalu dan ia merupakan pusat rujukan utama dalam bidang kejuruteraan nano bukan sahaja di bahagian utara tanah air malah diperingkat kebangsaan.

Geran Penyelidikan Unimap Meningkat

Aktiviti penyelidikan di UniMAP telah dimulakan sejak tahun 2003 yang lalu. Perkembangannya sangat jelas dari tahunketahun.Bermuladenganjumlahpenrimaan geran sekitar 200 ribu, kini jumlah itu telah meningkat dengan ketara sehinggamencecahlebihRM32juta.Bagitahun2010sahaja,parapenyelidikUniMAP telah berjaya memperolehi RM7,120,440.00melalui222buahpenyelidikan dari pelbagai sumber dana. Kebanyakannya adalah dari geran ‘FundamentalResearchGrantScheme’dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selain itu, UniMAP turut memperuntukan sejumlah dana tahunan untuk tujuan penyelidikan jangka pendek yang dikhususkan kepada para penyelidik muda UniMAP.

Lebih membanggakan, UniMAP turut memperoleh geran antarabangsa iaitu daripada King Abdul Aziz Science andTechnologybernilaiRM1.5jutabagimenjalankan penyelidikan Development of Green Polymeric Concrete. Perolehan geran antarabangsa itu menjadikan UniMAP universiti kedua di Malaysia yang menerima geran antarabangsa tertinggi.

Terkini pada 13 Januari lalu, delegasi UniMAP yang diketuai sendiri oleh YBhg.Brig.Jen.Prof.Dr.KamarudinHussin, Naib Canselor UniMAP dan pegawai-pegawai lain telah mengadakan perbincangan penyelidikan bersama dengan KACST yang diketuai oleh PengarahProgramBahanTermajuiaituProfDrMohammedBinHussain.

Dalam pertemuan itu, beberapa isu penyelidikan telah dibincangkan yang mana fokus utama ialah mengenai status penyelidikan yang sedang berjalan antara kedua-dua organisasi iaitu Development of Green Polymeric Concrete yang telah mendapatdanasebanyakRM1.5jutadaripada KACST.

Perbincangan juga menyentuh isu pengkormesilan bahan tersebut menggunakan bahan mentah sedia ada di Arab Saudi. Penyelidikan ini diketuai oleh Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian KejuruteraanBahaniaituMohdMustafaAlBakriAbdullah.TuruthadirbersamaialahProf.Dr.MohdRizonMohamedJuhari, Profesor dari King Saud Universiti.

Dalam masa yang sama juga, KACST juga bersetuju untuk mengembangkan lagi penyelidikan bersama untuk penyeldikan lain. Antara yang dibentangkan adalah Development of High Potential and High Efficiency of Magnesium Sacrificial Anodes for Cathodic Corrosion Protection yangdiketuaiolehEnShaifulRizamShamsudin dan juga projek Production Of Effective Microorganism (EM) Using HalalBasedSourcesyangdibentangkanolehProf.MadyaCheMohdRuzaidiGhazali.

Jika dilihat dari sudut pencapaian dan kejayaan penyelidikan UniMAP, ia bukan hanya bergantung kepada jumlah projek penyelidikan atau perolehan dana semata-mata. Malah ia lebih dari itu. Ia juga boleh diukur dari sudut jumlah pengiktirafan atau anugerah yang diterima dari pihak luar. Saban tahun, UniMAP telah menghantar para penyelidiknya ke pertandingan rekacipta dan inovasi samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ia bukan sekadar untuk membuktikan UniMAP sangat aktif dalam bidang penyelidikan & inovasi bahkan ia dijadikan kayu ukuran bagi menilai mutu sesuatu projek penyelidikan yang telah dijalankan. Data dibawah boleh menerangkan kejayaan serta pengiktirafan yang diperolehi UniMAP dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, UniMAP tidak mengenepikan aspek pengkomersialan yang merupakan salah satu cabang dari penyelidikan & inovasi yang dititik

beratkan di UniMAP. Dengan saranan kerajaan untuk mempertingkatkan jumlah pengkomersilandarihasilR&DdiIPTbagi tujuan penjanaan pendapatan, UniMAP telah mula mengorak langkah di dalam menembusi pasaran bagi produk-produk penyelidikan yang telah di hasilkan.Berikutadalahproduk-produkpenyelidikan yang telah mula dipasarkan dengan kerjasama pihak industri yang juga merupakan rakan kongsi UniMAP.

Aspek penyelidikan bukan sahaja difokuskan kepada tenaga pengajar atau penyelidik. Malah, UniMAP turut menitikberatkan aspek penyelidikan di kalangan mahasiswa melalui penubuhan ENVEXYoungResearcherClub(EYReC).Kumpulan penyelidik muda ini telah didedahkan dengan pelbagai pertandingan di peringkat tempatan dan terbaru pada bulan Disember lalu, meraih kejayaan membanggakan dalam penyertaan kali

pertama di pertandingan antarabangsa. Tujuh penyelidik muda ini berjaya membolot enam pingat emas dan satu pingat gangsa serta empat anugerah khas pada pertandingan penyelidik muda dan pameran antarabangsa kali-7 (7th IEYI 2020) di Hanoi, Vietnam.

Kejayaan generasi penyelidik muda itu merupakan bukti nyata bahawa aspek penyelidikan dan inovasi diterapkan di peringkat akar umbi di UniMAP.

Sebagai bukti, produk penyelidikan bersama makmal penyelidikan bahan sensor UniMAP dan Sekolah Menengah Sains Tuanku (SMS) Syed Putra membabitkan peserta termuda, Nooraishah Zul-Qarnain meraih pingat emas dan dua anugerah khas iaituAnugerahKhasInternationalBestInvention, Hong Kong dan Anugerah Utama IEYI 2010 iaitu pingat emas World Intellectual Property Organization (WIPO).

Nooraishah meraih kedua-dua anugerah berkembar itu melalui produknya Conducting Polymer Sensor For Fertigation Control In Green House.

“Ini merupakan pertandingan antarabangsa pertama yang disertai siswa UniMAP. Selepas ini, kita akan mendedahkan mereka dengan lebih banyak pertandingan di peringkat antarabangsa bagi memartabatkan lagi bidang penyelidikan dan inovasi di kalangan generasi muda,” katanya.

38

Page 39: Bitara Jun 2011

PENYELIDIKAN

DanaBenihuntukpenyelidikanakan digunakan bagi melakukan penyelidikan lanjut dan ujian

terhadap produk yang dihasilkan dari penyelidikan di peringkat pra-komersialan sebelum dipasarkan.

Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Datuk Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang berterima kasih setelah Kementerian Pengajian Tinggi meluaskan skop pembiayaan untuk projek penyelidikan, berkata sering kali produk inovasi universiti berada pada tahap di mana ia menghadapi keadaan pasaran tidak menentu dan berisiko.

Lantas di sinilah perlunya Dana Benih,katanyaketikaberucappadaMajlisPelancaran Syarikat Terbitan Universiti (STU) dan Perasmian Pusat Pembangunan Keusahawanan (UKM-CESMED) dan Syarikat Kecil dan Sederhana (EKS) 1 Februari lalu bertempat di UKM.

“Satu kajian menunjukkan bagi setiap dolar Amerika Syarikat dibelanjakan bagi

inovasi akademik sejumlah AS$10,000 lagi diperlukan untuk membawa hasil penyelidikan itu ke pasaran.

“DanaBenihbolehmembantukitamenyeberangi ‘Lembah Maut’ dalam usaha membawa produk penyelidikan daripada tahap pra-komersialan untuk dipasarkan sepenuhnya,” kata beliau.

Prof. Sharifah Hapsah menjelaskan berdasarkan pengalaman melesen universiti lain, UKM mengambil keputusan untuk mencari hasil menggunakan strategi syarikat terbitan.

Kebanyakan daripada Harta Intelek (HI) UKM adalah di tahap pra-komersialan dengan 10 daripada HI itu sedang dikomersialkan melalui satu program khas dipanggil UKM-MTDC Simboisis.Bermulapadatahun2005,UKM yang ketika itu hanya mempunyai 140 HI kini sudah memiliki 490 HI.

Daripada daya usaha mensyarikatkan hasil akademik, 33 syarikat terbitan universiti telah ditubuhkan melalui UKM

Dana Benih Tampung Penyelidikan dan Ujian Sebelum ke Pasaran

YB Dato’ Seri Khaled Nordin menandatangani plak sebagai simbolik perasmian UKM-CESMED

“Bagi menambah strategi latihan UKM-Steven kita telah menubuhkan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) yang membolehkan pelajar dan kakitangan akademik daripada pelbagai bidang untuk bersama-sama mengenali masalah rakan kongsi Syarikat Kecil dan Sederhana (SKS) dan menyelesaikannya dengan mengkaji keperluan pasaran.

39

Page 40: Bitara Jun 2011

TechnologySdn.Bhd.untukmembawaproduk yang dihasilkan dari penyelidikan ke pasaran.

“Syarikat-syarikat yang dilancarkan ini masih mempunyai perjalanan yang jauh dan akan menghadapi cabaran getir di masa hadapan dalam usaha menjana hasil daripada pengkomersialan teknologi,” kata beliau.

Prof. Sharifah Hapsah berkata bahawa ModelEkonomiBarumemerlukannegarabergerak lebih cergas ke arah ekonomi inovasi di mana menjana ciptaan dan pertumbuhan perniagaan selain produk dan perkhidmatan baru adalah kegiatan ekonomi yang penting.

Untuk mencapai matlamat ini, negara memerlukan lebih ramai graduan di peringkat Sarjana dan PhD yang mahir dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D),inovasidanpengurusanteknologi di samping pengalaman dalam keusahawanan dan inovasi.

Memandangkan kehendak ini, UKM telah menggabungkan Inovasi dan KeusahawanandalamR&DUniversitidi samping dalam kurikulum dan pengalaman pembelajaran di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

Dengan sokongan satu geran khas daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Steven Institute of Technology, fakulti dan usahawan berpengalaman telah mengadakan bengkel mengenai cara membawa idea ke pasaran.

“BagimenambahstrategilatihanUKM-Steven kita telah menubuhkan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) yang membolehkan pelajar dan kakitangan akademik daripada pelbagai bidang untuk bersama-sama mengenali masalah rakan kongsi Syarikat Kecil dan Sederhana (SKS) dan menyelesaikannya dengan mengkaji keperluan pasaran.

“Langkah ini boleh menghasilkan pembuatan produk baru atau pembaikan kepada yang sedia ada. Program latihan dalaman SKS ini disokong oleh SME Corp dari segi pelaburan modal dan pemantauan. Sebahagian daripada hasil akan diperolehi UKM dan penciptanya.

“Di samping itu, CESMED akan bertanggungjawab bagi memilih dan melatih pelajar usahawan daripada pelbagai fakulti.

“Mereka boleh membida untuk menjalankan perniagaan di premis terletak

di Ecobusiness Terrace iaitu suatu premis yang direka khas untuk menekankan peri pentingnya kelestarian dan konsep mesra alam dalam perniagaan,” kata beliau.

Beliauberkatabahawadiperingkatpascasiswazah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan bersama dengan Pusat Kolaboratif Inovasi dan UKM Tech sedang merintis satu program inovatif yang dipercayai adalah yang pertama di Malaysia,dimanapelajarMBAbekerjadengan penyelidik dan teknologi ciptaan mereka untuk menyediakan perancangan perniagaan membolehkan idea dibawa ke pasaran.

Sebanyak14pelajarMBAsedangmembuat tugasan sepenuh masa selama tiga bulan di syarikat-syarikat terbitan UKM Tech. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung menguruskan perniagaan syarikat terbitan terbabit.

“Kami harap bahawa ini akan mewujudkan minat dan merangsang mereka untuk menyahut cabaran keusahawanan dengan menguruskan sesetengah daripada syarikat terbitan itu sendiri,” tambah beliau.

Oleh: Abdul Ghani Nasir

YB Menteri dan para tetamu menunjukkan minat terhadap produk syarikat pembuatan coklat probiotik yang merupakan sebahagian daripada syarikat-syarikat yang bernaung di bawah UKM-CESMED

40

Page 41: Bitara Jun 2011

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selaku perintis pengajian tinggi bidang teknikal di negara

ini terus unggul dengan pencapaian yang cemerlang dalam penyelidikan dan inovasi. Sedekad penubuhannya melihatkan kematangan dari sudut penyelidikan dan inovasi yang semakin mendapat perhatian umum.

BerdasarkanprestasipenyelidikanUTeM pada tahun 2010, sebanyak 41 pingat telah diraih dalam pertandingan rekacipta dan inovasi yang diadakan di dalam dan di luar negara. Jumlah tersebut merangkumi pengiktirafan peringkat antarabangsa di World ExhibitiononInnovation,Researchand New Technologies (INNOVA) Brussels,BelgiumdanSeoulInternationalInvention Fair (SIIF) Korea Selatan serta beberapa pencapaian cemerlang pada pertandingan inovasi peringkat kebangsaan.

Kecemerlangan UTeM dalam bidang

penyelidikan dan inovasi diteruskan lagi melalui pencapaian gemilang ketika menyertai Malaysia Technology Expo

2011 (MTE 2011) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Pada pertandingan tersebut, penyelidik UTeM telah meraih dua pingat emas, lima perak dan 11 gangsa. Lebih membanggakan apabila salah satu produk inovasi yang merangkul emas iaitu ‘My 2nd Eye’ dinobatkan Anugerah Terbaik(BestAward)serta menggondol Hadiah Khas (Special Prize) oleh Asia Invention Association.

Penyelidik di UTeM sentiasa diberikan sokongan padu oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

(CRIM)untukmemanfaatkanpelbagaigeran yang disediakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta demi melahirkan inovasi yang mampu mengangkat nama universiti di pentas antarabangsa. Pelbagai program berbentuk dialog, ceramah mahupun bengkel telah dilaksanakan untuk menggalakkan serta membudayakan penyelidikan dan inovasi di kalangan warga universiti ini.

Usaha tersebut turut diperkasakan dengan jalinan kerjasama strategik dengan pihak industri yang dilaksanakan oleh Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (ICNet). Melalui rangkaian strategik yang meluas, UTeM mula mendapat perhatian pihak industri antaranya Infineon Technologies, Honda Malaysia, Muehlbauer serta Western Digital.

Bagimerealisasikanhasratmenjalankan penyelidikan bersama, beberapa siri rundingan dan perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai dengan beberapa organisasi industri dan

Penyelidikan dan Inovasi UTeM Seiring Matlamat Transformasi Negara

Penyelidik UTeM yang telah mengharumkan nama negara di Seoul International Invention Fair (SIIF) Korea Selatan

Bidang penyelidikan berfokus di UTeM telah berjaya menaikkan nama Malaysia setanding dengan negara-negara maju lain. Penerokaan Green Technology, Human Technology Interaction, System Engineering dan Emerging Technology dilihat bakal menyumbang kepada kekayaan negara melalui inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik universiti ini.

PENYELIDIKAN

41

Page 42: Bitara Jun 2011

Penyelidik di UTeM sentiasa diberikan sokongan padu oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) untuk memanfaatkan pelbagai geran yang disediakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta demi melahirkan inovasi yang mampu mengangkat nama universiti di pentas antarabangsa

Pertukaran MOU antara UTeM dan YNU, UTeM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan (2 dari kiri) manakala YNU pula oleh Suzuki Kunio (2 dari kanan).

institusi pengajian tinggi dari dalam mahupun luar negara bagi memacu penyelidikan di universiti ini.

Komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan universiti pimpinan Naib Canselor untuk memartabatkan penyelidikan dapat dilihat dengan jelas melalui permeteraian MoU dengan Yokohama National University (YNU) yang menjalankan penyelidikan bersama dalam bidang mekatronik dan elektronik kuasa.

Sementara itu, jumlah geran penyelidikan yang berjaya disalurkan pada tahun 2010 kepada penyelidik UTeM dari pelbagai fakulti berjumlah RM5,534,912.80yangdigunakanuntuk membiayai 226 projek melalui Penyelidikan Jangka Pendek (PJP), Skim GeranPenyelidikanFundamental(FRGS)dan Science Fund. Geran-geran tersebut diperolehi daripada dana universiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pihak industri.

Turut menjadi kebanggaan apabila Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) berjayameraihgerandaripadaUBSOptimus Foundation yang berpangkalan di Zurich, Switzerland melalui projek yang bernilaiRM434,130.

Dalam pada itu, keunggulan UTeM dalam bidang penyelidikan turut

mendapat perhatian beberapa institusi pengajian tinggi antarabangsa antaranya dari Indonesia, China dan Amerika Syarikat. Kunjungan delegasi antarabangsa ke universiti ini untuk melihat perkembangan penyelidikan UTeM membuktikan bahawa statusnya sebagai universiti teknikal pertama di Malaysia berjaya membawa pembaharuan kepada sistem pengajian yang sedia ada.

Kecemerlangan UTeM tidak terhenti setakat itu sahaja, delegasi Thurgood Marshall College Fund yang mewakili 47 institusi pengajian tinggi awam Amerika Syarikat yang melawat UTeM baru-baru ini begitu teruja melihat kemajuan penyelidikan di sini. Menurut Presiden Thurgood Marshall College Fund, Johnny Clayton Taylor, Jr. berpendapat bahawa konsep aplikasi dan amalan yang diamalkan di UTeM wajar dijadikan role model oleh universiti-universiti di Amerika Syarikat.

Secara umumnya, bidang penyelidikan berfokus di UTeM telah berjaya menaikkan nama Malaysia setanding dengan negara-negara maju lain. Penerokaan Green Technology, Human Technology Interaction, System Engineering dan Emerging Technology dilihat bakal menyumbang kepada kekayaan negara melalui inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik universiti ini.

Berdasarkanprestasisemasa,NaibCanselor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak terutama sekali industri untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak universiti yang memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan pengurusan teknologi.

Antara laporan akhbar mengenai kejayaan UTeM dalam bidang penyelidikan.

42

Page 43: Bitara Jun 2011

SERDANG,4Mac-UniversitiPutraMalaysia (UPM) muncul johan pertandingan Konvensyen Kumpulan

Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ketujuh bagi kategori Pengurusan yang diadakan di UPM, baru-baru ini.

UPMyangdiwakilikumpulanBESTdari Pejabat Pendaftar UPM menghasilkan projek bertajuk ‘Pegawai Menghadiri LatihanTidakRelevandenganKemahiranyang Diperlukan’.

Hasil inovasi projek itu menyaksikan ‘Sistem Pengurusan Latihan’ telah dicipta dan mendapat pengiktirafan di peringkat IPTA.

Ketua kumpulan, Norman Azlan Osman berkata, sistem yang dibangunkan itu bertujuan mewujudkan kaedah bersistematik untuk mengenal pasti latihan yang diberikan kepada staf relevan dengan kemahiran yang diperlukan atau sebaliknya.

“Kalau kita perhatikan masih ramai staf di UPM yang pergi kursus atau latihan tidak mengikut kemahiran atau keperluan yang diperlukan. Jadi kita bangunkan satu sistem yang dapat mengatasi masalah ini.

“Melalui sistem ini penyelia akan mengenal pasti tugas staf mereka dan kemahiran yang diperlukan sebelum menghadiri sesuatu kursus atau latihan,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup konvensyen itu di sini.

Menurutnya, sistem yang dibangunkan atas kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM (I-DEC) itu dijangka akan digunakan secara meluas di UPM dalam masa terdekat bagi menggalakkan penyertaan kursus mengikut keperluan staf.

Kumpulan itu turut dianggotai oleh NorhanisahSadun,RedzuanZamberi,RoziahHanumRamli,NoraizanHusin,Zuyati Yahaya, Hendrik Mulyady Samian, Fazreena Ali Napiah Diyana Paimon, Siti Nur Ain Isa.

RafidahSadarudinyangbertindaksebagai fasilitator kumpulan itu turut dinobat sebagai penerima Anugerah Fasilitator Terbaik pada konvensyen KIK kali ini.

Mereka berjaya membawa pulang hadiahwangtunaibernilaiRM3,000,plakdan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Naib CanselorUPM,Dato’Ir.Dr.RadinUmarRadinSohadidanPendaftarUPM,Dato’Wan Azman Wan Omar. Turut hadir pada majlis itu Ketua Setiausaha Kementerian PengajianTinggi,DatukAb.RahimMd.Noor.

Satu lagi kumpulan yang mewakili UPM iaitu V-Care dengan projek ‘Kadar Kematian Ikan yang Tinggi Selepas Dimasukkan dalam Akuarium di Unit Kesihatan Haiwan Akuatik’ menerima

Anugerah Inovasi Terbaik bagi kategori Teknikal.

Terdahulu,Dato’Ir.Dr.RadinUmardalam ucapannya berkata, konvensyen KIK merupakan satu platform terbaik kepada IPTA mengetengahkan projek inovasi dan menterjemah amalan peningkatan kualiti untuk perkongsian bersama.

“Usaha dalam KIK ini bukan sahaja dapat menyelesaikan pelbagai masalah di institusi malah memberi memberi peningkatan dalam pembangunan modal insan, menggalakkan budaya kerja kreatif dan membina semangat kerja berpasukan,” katanya.

Sementara itu, mengulas kemenangan kumpulan UPM, Dato’ Wan Azman berkata, ia adalah hasil usaha gigih setiap ahli kumpulan yang membuat persiapan secara menyeluruh dan terperinci.

“Mereka telah berusaha dengan gigih untuk memikirkan sesuatu perkara yang boleh memberi impak berguna kepada warga universiti serta meningkatkan kepuasan pelanggan,” katanya sambil menyifatkan kemenangan itu mencetus semangat kepada kumpulan KIK lain di UPM untuk menghasilkan produk inovasi.

Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ketujuh yang diadakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mac lalu menyaksikan seramai 39 kumpulan daripada 20 IPTA berentap dalam dua kategori iaitu Pengurusan dan Teknikal.

Program itu bertujuan menggalakkan budaya inovatif dan kreatif dalam kalangan anggota Perkhidmatan Awam menyelesaikan masalah dalam organisasi untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada pelangan.

Kali terakhir UPM memenangi konvensyen KIK peringkat IPTA adalah pada tahun 2009 melalui kumpulan Smart Reg-OdalamkategoriPengurusanyangtelah diadakan di Universiti Malaysia Sabah.

Oleh: Mohd. Martin Abdul Kahar

INOVASI

Kumpulan BEST Bersama Pendaftar UPM Dato Wan Azman Wan Omar

UPM Juara Konvensyen KIK IPTA Kategori Pengurusan

43

Page 44: Bitara Jun 2011

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyumbang kepakaran apabila penyelidiknya yang merupakan

pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Abdul Syukor Abd.Razakberjayamenemuikaedahmerawat loji kumbahan menggunakan beberapa jenis tumbuhan yang boleh digunakan untuk mengolah dan menghilangkan bahan cemar dalam air kumbahan domestik.

Di antara tumbuh-tumbuhan yang digunakan adalah keladi bunting/ (eichhornia crassipes), keladi agas/ (monochoria vaginalis), purun/ (lepironia articulata),ekor kucing/ selinsing (typha angustifolia), kiambang/ (pistia stratiotes), selimpat/ keladi senduk (limnocharis flava) dan teratai/ (nymphaea odorata).

Projek perintis melibatkan kerjasama antaraUMPdanRanhillUtilitiesBerhad(RUB)dilojikumbahanTamanAnggerikFasa1diJohorBahruyangmerupakanpertama diadakan di Malaysia dalam menyelenggara dan merawat sisa olahan air kumbahan menggunakan sistem python green dan inclined plate clarfier .

Selain Universiti Malaysia Pahang, antara pihak terbabit adalah kerajaan negara Denmark (DANIDA), DGE GroupdanHitachiPlantBerhad.

Projek ini bermula pada tahun 2009 sehingga kini. Proses ini melibatkan beberapa fasa, antaranya adalah “construction phase”, “installation phase” dan “operating phase”.

Taraf air terawat yang telah dicapai adalah Standard A yang merupakan standard terbaik. Ianya dibuktikan apabila effluent iaitu air yang keluar sebelum dilepaskan ke sungai diuji dan diaudit melalui makmal yang telah diakreditasikan oleh pihak berkuasa.

Penurunan parameter-parameter sepertiBOD(biologicaloxygendemand),COD( chemical oxygen demand), TSS (total suspended solid), ammoniakal nitrogen, ammonium dan nitrate ini memenuhi standard yang ditetapkan oleh Piawaian Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pindaan 2010.

Loji kumbahan berfungsi sebagai tempat takungan bagi bahan buanganan domestik dari sisa manusia dan rumah, juga berfungsi sebagai tempat rawatan air bahan buangan terbabit. Kaedah rawatan di loji ini adalah penting untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar.

Hasil kajian UMP mengenai phytoremediation seperti ini mendapati effisiensi tumbuhan yang digunakan amat sesuai dan berkesan dari segi

aspek kejuruteraan alam sekitar hinggalah kepada aspek kelestarian ekosistem (eco-sustainable) sama ada dalam jangka masa pendek ataupun panjang.

Menerusi projek ini, pihak Ranhillmenyediakansokongankewangan dan kemudahan, manakalaMBJBmenyediakankawasan kajian selaku pemilik kawasan yang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan projek ini.

Penyelidikan ini menggunakan kaedah yang lebih efektif dan kos yang rendah berbanding penggunaan teknologi rawatan oksidasi yang sedia ada.

Menariknya, bersempena Hari Air Sedunia yang disambut di seluruh negara, pihak Majlis

BandarayaJohorBahru(MBJB),RanhillUtilitiesBerhad(RUB)danUMPmenganjurkan Hari Terbuka Loji ini yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar,YB.TanKokHongbertemakan“AirUntukBandar:KeperluandanCabaran” baru-baru ini.

Kerjasama melibatkan agensi swasta, pihak berkuasa tempatan dan universiti dalam menyumbang kepakaran dalam menangani masalah loji kumbahan di kawasan petempatan berdekatan kawasan perumahan. Teknologi yang sedang dalam peringkat komersil ini mampu diperluas untuk dilaksanakan di tempat lain di seluruh Malaysia.

BersempenadenganitujugaturutdiadakanprogramBerjalanBersamaKomuniti dengan tajaan pihak Nestle melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa UMP dalam memupuk budaya hidup sihat serta menyokong kepada teknologi hijau.

Kini loji kumbahan bukan sahaja lokasi yang terpinggir, malah sesuai untuk dijadikan tempat beriadah seperti di taman rekreasi lain.

UMP

UMP Sumbang Kepakaran Rawat Loji Air Kumbahan

INOVASI

44

Page 45: Bitara Jun 2011

Pada 24 Februari 2011 bertempat diDewanKonvensyen,BangunanE-Learning, pihak Panel bagi

Anugerah AIICT 2010 seramai 20 orang yangdiketuaiolehPengarahBahagianPembangunan dan Pengurusan EG, Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Puan Parmjit Kaur telah melawat ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Lawatan ini merupakan rentetan daripada proses penilaian pertama terhadap projek yang telah dikemukakan

UPSI melalui satu pembentangan yang dinamakan “SISTEM MAKLUMAT BERSEPADUUNIVERSITI(SMBU)”yang diadakan di Cyberjaya pada 22 Februari 2011 yang lalu.

Semasa sesi penilaian tersebut, Pengarah ICT, UPSI, Tuan Haji Nazri Md Saad diamanahkan untuk memberi taklimat mengenai sistem-sistem yang digunapakai oleh semua warga Universiti kepada para Panel Anugerah AIICT 2010. Penerangan beliau melibatkan modul-modul sistem yang terdapat dalam Sistem Maklumat Pentadbiran dan Sumber Manusia(MyHRA),,SistemMaklumatKewangan (MyFIS), Sistem Pembelajaran Elektronik (Myguru2), Sistem Maklumat AkademikdanRekodPelajar(MySIS)danSistem Portal Komuniti (MyUPSI).

Selepas itu, ahli-ahli panel dibawa ke tapakPelaksanaanSMBUdiBangunanCanseloriiaitudiBahagianBendahari,BahagianSumberManusiadanBahagianAkademik untuk penerangan yang lebih lanjut serta melihat sendiri bagaimana sistem-sistem tersebut diaplikasikan.

Berdasarkankepadapenilaiansertalawatan yang dijalankan oleh ahli-ahli Panel Penilai Anugerah AIICT 2010, UPSI tersenarai di antara 3 buah

organisasi Kerajaan yang terbaik di antara kesemua organisasi Kerajaan yang mengambil bahagian.

Organisasi yang ingin merangkul Anugerah AIICT ini mestilah melepasi tiga tahap proses penilaian iaitu Penilaian Jawatankuasa Tapisan (Pemarkahan dan penyenaraian pendek berdasarkan Laporan Pencalonan), Penilaian Panel Penilai ( Pemarkahan, penyenaraian pendek dan perakuan berdasarkan Laporan Pencalonan, lawatan tapak dan persembahan organisasi), Perakuan Panel (Perakuan Panel Penilai AIICT dibawa ke Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P)) dan produk yang dihasilkan mestilah berkesan, berkualiti, relevan,

berinovasi, signifikan, diiktiraf dan wayforward.

Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) merupakan pengiktirafan dan anugerah terunggul yang diberikan kepada agensi kerajaan. Anugerah ini diberikan kepada agensi yang berjaya menghasilkan inovasi dan kecemerlangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.

Anugerah AIICT diwujudkan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada organisasi di atas inisiatif inovasi yang dilaksanakan, di samping berjaya memanfaatkan ICT. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memprofilkan pelaksanaan ICT yang inovatif bagi menggalakkan perkongsian maklumat melalui benchmarking.

Bahkandenganadanyaanugerahseperti ini dapat mencetuskan persaingan positif dalam carta kedudukan (ranking) di kalangan organisasi dalam penggunaan ICT ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.

Oleh : Azrul Faiz Mohd Shairudin

Berdasarkan kepada penilaian serta lawatan yang dijalankan oleh ahli-ahli Panel Penilai Anugerah AIICT 2010, UPSI tersenarai di antara 3 buah organisasi Kerajaan yang terbaik di antara kesemua organisasi Kerajaan yang mengambil bahagian.

INOVASI

UPSI Antara Tiga Terbaik Anugerah AIICT 2010

45

Page 46: Bitara Jun 2011

Program Festival Cipta Lagu Patriotik ( CIPTA ) merupakan program berjiwa Malaysia yang diadakan

secara tahunan bermula pada tahun 2008, 2009 dan terbaru pada 2010. Ianya merupakan anjuran bersama diantara pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Orkestra Dewan BandarayaKualaLumpurdanPerbadananPutrajaya.

Setelah 3 tahun Program Festival Cipta Lagu Patriotik ( CIPTA ) diadakan, hasil karya seni muzik ini akhirnya diabadikan dengan penerbitan sebuah Album Cipta Lagu-Lagu Inovasi Karya Seni dan seterusnya menjadikan Universiti Sains Islam Malaysia universiti pertama seumpamanya yang menghasilkan album lagu berjiwa patriotik.

BermuladarisaranandanideaYangBerbahagiaProfesorDato’Dr.MuhamadMuda, Naib Canselor USIM dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti(JKPU)Bil33/2010bertarikh1SeptemberdanY.BhgKJPDatukWira Hj. Zulkifli Omar, Ketua Pengarah

Penjara Malaysia, satu perbincangan penerbitan album CIPTA telah diadakan pada 2 September 2010 bertempat di Ibupejabat Jabatan Penjara Malaysia dan hasil perbincangan bersetuju untuk mengesyor dan mengangkat Penerbitan Album Cipta Lagu- Inovasi Karya Seni ini ke pihak pengurusan tertinggi. Sebanyak hampir 100 lagu dan lirik patriotik telah dihasilkan dikalangan mahasiswa dan penghuni penjara sepanjang program ini berlangsung dari tahun 2008 hingga 2010.

Melalui kolabrasi diantara pelajar USIM dan penghuni penjara di dalam penghasilan inovasi karya seni sebegini, ianya dapat mewujudkan persekitaran yang menggalakkan inovasi dikalangan mahasiswa dan boleh mencetuskan fenomena yang sihat untuk memacu ke arah peningkatan sahsiah dan kemahiran insaniah yang tinggi nilainya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Hou Kok Chung berkata kolaborasi antara mahasiswa dan penghuni penjara dalam menghasilkan album ini amat dibanggakan dan wajar mendapat perhatian umum.

Kata beliau “Program CIPTA berupaya mendekatkan mahasiswa dengan segolongan masyarakat yang telah tersasar daripada kehidupan mereka dan mahasiswa juga perlu menjadi contoh dan teladan terbaik kepada penghuni penjara yang memerlukan sokongan dan dorongan untuk kembali ke pangkal jalan”

Tambah beliau lagi “Melalui penglibatan mahasiswa di dalam aktiviti-aktivi sebegini, ianya membuktikan bahawa mahasiswa datang ke universiti bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi juga dapat menyumbangkan sesuatu yang baik kepada masyarakat dan juga meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan mahasiswa itu sendiri.

Dalam pada itu, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata Jabatan Penjara Malaysia sentiasa terbuka dalam mempelbagaikan kaedah pemulihan termasuklah membuka pintu penjara kepada masyarakat dan organisasi untuk turut sama membantu mereka.

Keunikkan Penerbitan Album CIPTA ini adalah kerana genre lagu yang pelbagai rentak kontemporari yang disukai pelbagai lapisansepertiJazz,PopRock,Inang,RnB,KeroncongdanBalada.Sebanyakenam lagu terbaik ciptaan mahasiswa dan penghuni penjara daripada pertandingan CIPTA 2008 hingga 2010 telah disatukan di bawah album CIPTA - Inovasi Karya Seni yang melibatkan barisan artis dan komposer tanah air seperti Adibah Noor,Siso,AndyFlopPoppy,Roy,FauziMarzuki dan juga Pelajar USIM sendiri.

Album tersebut dijual pada harga RM16.90danbagiyangberminatbolehmendapatkanya di USIM dan di Jabatan Penjara Malaysia.

Oleh: Khairul Azizi Elias

INOVASI

USIM, Universiti Pertama Terbitkan Album Cipta Lagu-Lagu Inovasi Karya Seni

46

Page 47: Bitara Jun 2011

WAWANCARA

LapanBidangKeberhasilanUtama(KeyResultAreas[KRAs])akandigunakan untuk memantau dan

mengukur sejauh manakah setiap program dan pelan transformasi mencapai apa yangsepatutnyatercapai.LapanKRAini ialah, pertama kelestarian kewangan, kedua, pusat rujukan isu-isu organisasi di seluruh dunia, ketiga, pilihan utama dalam pendidikan pengurusan, keempat, kerjasama strategik dengan industri, alumni dan masyarakat, kelima, khidmat profesional dan penyelidikan yang berkualiti tinggi, keenam, graduan yang berkualiti tinggi melalui teknologi pembelajaran dan pengajaran terkini, ketujuh, program yang diiktiraf serata dunia dan yang kelapan ialah, kepemimpinan dan governan.

Saya sedia maklum bahawa untuk menjadi sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka bukan satu usaha yang mudah. Oleh kerana itu, banyak pelan tindakan atau pelan transformasi telah kita rancang dan susun untuk dilaksanakan. Bagaimanapun,bagimenjayakanwawasankita, pelaksanaan pelan tansformasi perlu dibuat mengikut bidang-bidang keutamaan (key priority areas), agar sumber-sumber yang kita ada dapat digembelengkan ke arah pencapaian bidang-bidang keutamaan ini.

Buatpermulaan,kitaakanmemberikan keutamaan kepada lima bidang utama. Pertama, kita harus

menumpukan seluruh usaha dan tenaga kita ke arah menjadikan universiti ini sebuah Universiti Penyelidikan menjelang tahun 2013, dan inilah intipati Teras Strategik Satu. Sesuai dengan tumpuan yang pertama tadi, tumpuan kedua kita adalah untuk membangunkan dan menggerakkanTopBusinessSchooldanCentres of Excellence, kerana kedua-dua platform ini akan membantu kita menyemarakkan aktiviti penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

Tumpuan kita yang ketiga adalah untuk mencapai 40 peratus pelajar pascasiswazah daripada jumlah keseluruhan pelajar di universiti ini. Sebarang usaha untuk meningkatkan bilangan pelajar pascasiswazah, terutama mereka yang benar-benar layak, perlu ditingkatkan kerana bilangan pelajar pascasiswazah bukan sahaja membantu kita mendapat penarafan yang baik, tetapi dengan meningkatnya populasi pelajar pascasiswazah, kelestarian sumber kewangan kita akan turut tercapai.

Keempat, kita juga perlu menggembeleng usaha kolektif kita untuk meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di universiti sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar kita. Kita perlu ingat bahawa pelajar antarabangsa merupakan ambasador kecil negara mereka. Dengan layanan yang baik yang dapat kita berikan kepada mereka, contohnya melalui suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif, maka kita akan mampu

membina nama dan imej yang baik di persada antarabangsa. Secara tidak langsung, dengan cara ini kita mampu menjadi sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka. Dengan kata lain, kita tidak akan bermimpi di siang hari.

Tumpuan kita yang terakhir adalah ke arah menambah baik penarafan dalam SETARA.Padatahunini,iaitupadatahun2011, semua institusi pengajian tinggi akandinilaisemulabagitujuanSETARA.Walaupun kita telah mendapat penarafan dalamkategoriSangatBaik(Tier4)padapenilaianSETARA2009lalu,kiniseluruhwarga universiti ini sedang bekerja keras untuk mencapai tahap Cemerlang (Tier 5) malah jika dapat tahap terbilang (Tier 6)dalampenilaianSETARA2011,itulah yang kami cita-citakan. Saya percaya melalui usaha yang kolektif, kami akan dapat pastikan peningkatan pencapaian dalam penarafan ini.

Apakah Langkah Yang Akan Diambil UUM Untuk Memastikan Pelan Transformasinya Dapat Dicapai?

Bilangan pelajar pascasiswazah bukan sahaja membantu kita mendapat penarafan yang baik, tetapi dengan meningkatnya populasi pelajar pascasiswazah, kelestarian sumber kewangan kita akan turut tercapai.

47

Page 48: Bitara Jun 2011

Program khidmat masyarakat universiti perlu diberi sentuhan baru bagi meningkatkan peranan

universiti dalam masyarakat. Universiti sememangnya sentiasa memberi peluang kepada mahasiswa untuk melibatkan diri dengan aktiviti kemasyaratan. Kita lihat setiap kali cuti semester berbas-bas mahasiswa kita ke seluruh pelusuk negara dari pelbagai universiti untuk bersama masyarakat khususnya ke kawasan pendalaman.Pelbagai jenama diberi dan ribuan ringgit telah kita belanjakan untuk program-program seumpama ini. Kita cukup kagum dengan niat, usaha dan semangat yang ditunjukkan mahasiswa kita untuk membantu masyarakat.

Usaha ini yang sememangya direka bersifat serampang dua mata, iaitu disamping untuk membantu masyarakat di kawasan berkenaan, ia merupakan aktiviti untuk meningkatkan sahsiah diri mahasiswa dari segi keprihatinan mereka dari segi nilai insaniah, kepimpinan dan jati diri. Ia cukup penting dalam kita

melahirkan graduan berketerampilan dari segi diri, jiwa dan rohaninya.

Menyentuh objektif program ini sememangnya kita tidak boleh menolak kerelevanannya dalam pembentukan sahsiah mahasiswa. Namun setelah sekian lama program ini dilaksanakan ianya perlu diberi nilai tambah agar dapat menampakkan kesarjanaannya sesuai dengan peranan universiti masa kini dan kedudukan sosial ekonomi penduduk di negara ini.

Sebagai sebuah institusi ilmu yang bukan berorientasikan keuntungan, semestinya sumbangan yang kita berikan adalah berasaskan inovasi baru, kepakaran yang ada di universiti berkenaan yang boleh diaplikasi secara realiti. Di sinilah peranan universiti berkongsi apa yang mereka lakukan di universiti dan mereka faham fungsi sarjana dalam masyarakat. Contohnya mahasiswa bidang kejuruteraan air boleh membantu menyelesaikan isu pencemaran air di kawasan mereka, membuat kajian dalam

saliran, mereka di bidang arkitek boleh membantu pejabat Daerah merekabentuk masjidatauDewanRaya,merekadibidangveterinar boleh membantu dari segi khidmat nasihat usaha penternakan yang memberi manfaat penduduk setempat meningkatkan taraf pendapatan dan kemudahan sosial mereka. Malah projek-projek ini boleh dijadikan projek penyelidikan mereka samada di peringkat ijazah pertama maupun pasca ijazah.

Selama ini mahasiswa menjalani progam khidmat masyarakat hanya memberi tumpuan terhadap aktiviti bercorak fizikal dan bersifat rutin dan boleh disumbangkan oleh pelajar sekolah menengah atau persatuan belia dan tidak memerlukan skil tertentu untuk melaksanakannya. Contohnya aktiviti gotong royong membersihkan surau, kubur, rumah mangsa banjir, ceramah motivasi kepada anak-anak penduduk setempat. Aktiviti yang dilaksanakan oleh mahasiswa universiti seharusnya ada nilai dan impaknya dengan kesarjanaan mereka

Program Khidmat Masyarakat: Universiti Perlu Diberi Sentuhan Baru Untuk Tingkat Peranan Dalam Masyarakat

KHIDMAT KOMUNITI

48

Page 49: Bitara Jun 2011

yang mengaji di sebuah universiti. Selaras dengan hasrat berkenaan Prof

Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, Naib Canselor UTM telah menubuhkan satu unit di universiti yang bertanggungjawab bagi memberi nilai tambah terhadap program ini. Inilah yang cuba di bawa oleh beliau dalam membawa universiti kepada masyarakat dan industri.

Transformasi ini telah membawa penubuhan satu unit kecil yang diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas ini. Unit ini dikenali sebagai Unit Tanggungjawab Sosial. Tugas utamanya adalah memberi input nilai tambah terhadap usaha-usaha program bersama masyarakat yang dikendalikan oleh pelajar maupun staf. Ia membaw misi kesarjanaan universiti perlu dimanfaatkan oleh komuniti setempat. Usaha ini dilihat mampu membantu universiti berdamping dengan masyarakat. Hal ini adalah selari dengan dasar pembangunan negara yang meletakkan tanggungjawab semua pihak memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial. Unit ini telah mendapat penghargaan apabila telah dirasmikan

olehYBDato’SeriMohamedKhaledNordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 30 Jun 2009.

Berikutadalahadalahfungsiutama Unit Tanggungjawab Sosial Universiti;

Sebagai ’one stop centre’ untuk menghubungkan UTM dengan pihak luar seperti agensi kerajaan, badan korporat dan sebagainya dan juga penghubung antara unit/jabatan di dalam UTM Merancang dan menyelaras aktiviti

USRdiperingkatuniversitiagardapatmencapai objektif yang digariskan iaitu:

Mempertingkatkan kualiti kehidupan, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat termasuk staf, pelajar dan masyarakat sekitar.

Sebagai mekanisme universiti untuk mencapai matlamat yang berkaitan dengan fungsi asasnya iaitu penyelidikan, akademik dan perkhidmatan disamping merapatkan hubungan antara Universiti dengan masyarakat luar.

Membantu pelajar untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar/mahasiswa.

Memberi khidmat kepada masyarakat dari segi kebajikan, ilmu pengetahuan dan teknologi sejajar dengan aspirasi negara dan UTM khususnya.

Sebagai tanda bahawa aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial dipandang serius, UniversititelahmenjadikanUSRsebagaiPetunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti. DenganadanyaUSRinikepakaranyang

dimiliki oleh UTM seperti dalam bidang wireless, IT, water recycling, solar dan perancangan bandar/kampung dapat dikongsi dan akan dapat dimanfaatkan bersama masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.

Sehingga kini sebanyak 300 program telah dianjurkan dengan kerjasama jawatankuasa kolej-kolej kediaman pelajar dan juga fakulti-fakulti yang terlibat.

Contohnya mahasiswa bidang kejuruteraan air boleh membantu menyelesaikan isu pencemaran air di kawasan mereka, membuat kajian dalam saliran, mereka di bidang arkitek boleh membantu pejabat Daerah merekabentuk masjid atau Dewan Raya, mereka dibidang veterinar boleh membantu dari segi khidmat nasihat usaha penternakan yang memberi manfaat penduduk setempat meningkatkan taraf pendapatan dan kemudahan sosial mereka

49

Page 50: Bitara Jun 2011

Institusi pengajian tinggi harus memainkan peranan dalam membentuk mahasiswa yang bukan

sahaja berpengetahuan dalam akademik, malah bijak untuk seimbangkan ilmu bukan akademik bagi membentuk satu masyarakat yang mulia.

Justeru, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kementerian Pengajian Tinggi dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) mengambil inisiatif menangani gejala sosial dan pembuangan bayi daripada terus menghantui institusi sosial di negara ini dengan penganjuran Kempen Kami Prihatin “Apakah Dosaku” Peringkat IPT ini.

Kempen dilancarkan isteri Perdana Menteri,DatinPadukaSeriRosmahMansur di Kompleks Sukan UMP yang menyarankan agar institusi rumahtangga dan kekeluargaan dapat diperkasakan bagi melahirkan masyarakat yang bermoral serta beretika.

Beliauberkata,palingmembimbangkan apabila semakin ramai belia dan remaja terlibat dengan jenayah buang bayi sedangkan golongan ini cukup berharga untuk memacu kecemerlangan pembangunan dan kesejahteraan Negara.

Katanya, akibat desakan ekonomi dan tekanan kos hidup yang tinggi, terdapat segelintir ibu bapa yang lalai menumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab membesarkan anak-anak dengan baik dan sempurna.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah.

Sementara itu, Dato’ Shahrizat berkata, kesedaran warga IPT terhadap seriusnya gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi sewajarnya diterjemahkan dala apa jua bentuk yang menambah nilai kepada usaha penyelesaian isu gejala sosial di Negara ini.

Beliaumengharapkankempenini dijadikan sebagai landasan mengimplimentasikan Dasar perlindungan Kanak-kanak di sekolah, IPT dan kawasan tumpuan awam agar mesej melindungi kanak-kanak disebar luas.

Manakala, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim menyatakan pihaknya amat berbesar hati kerana berpeluang untuk turut memanfaatkan platform Kempen Kami Prihatin yang diterajui secara bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Katanya, pelaksanaan Kempen Kami Prihatin Apakah Dosaku di peringkat Institusi Pengajian Tinggi sebahagian besarnya didukung mahasiswa melalui suara rasmi Majlis Perwakilan Pelajar.

Menurut Dato’ Daing, UMP sendiri mengubah lagu khusus, `Ini Dosa Siapa’ ciptaan S.Atan bagi menunjukkan komitmen dan mengajak orang ramai

sama-sama menangani permasalahan gejala sosial yang akhirnya membawa kepada isu pembuangan bayi.

Mahasiswa UMP juga mengadakan program `Kami Prihatin Kami Memimpin’ yang bergerak di beberapa negeri, iaitu Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan bagi menyampaikan risalah mengenai isu menangani pembuangan bayi, gejala sosial serta mengajak masyarakat bersikap ambil berat dalam membanteras gejala tidak sihat di Negara ini.

Bersempenaitu,DatinSeriRosmahturut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Puisi IPTA 2011 yang dimenangi Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan tajuk Takut, Naib Johan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tajuk Seperti Inikah Dunia dan Suratan Lara oleh Universiti Malaya (UM) di tempat ketiga.

Sementara itu, tempat keempat disandang Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) dan UMP di tempat kelima.

Pertandingan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, Persatuan Wanita UMP (Matahari) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) ini sebahagian daripada pengisian kempen UMP yang disertai 13 IPT.

Menyemarakkan kempen turut diadakan pameran kesedaran dan pendidikan dari agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Antidadah Kerajaan (AADK), Jabatan Pelajaran negeri (JPN) dan program bual bicara bersama ustaz Akhil Hayy, Imam Muda Ashraf dan persembahan artis Adira AF8.

UMP akan meneruskan kempen dengan pelbagai program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Wanita UMP(Matahari) sepanjang tahun ini bagi membanteras gejala sosial dan pembuangan bayi.

KHIDMAT KOMUNITI

UMP

Kempen Kami Prihatin “Apakah Dosaku” Peringkat IPT Banteras Isu Sosial dan Buang Bayi

50

Page 51: Bitara Jun 2011

PENGANTARABANGSAAN

PULAU PINANG, 27 Jan – Pengajaran dan pembelajaran dengan mayat sebenar (cadaver) menjadi

keistimewaan utama dalam kerangka Program Antarabangsa Doktor Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan KLEUniversitydiBelgaum,Bangalore,India (USM-KLE).

KLE adalah singkatan kepada Karnataka Lingayat Education (KLE), yang pada asasnya ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pendidikan dalam pelbagai bidang di kawasan utama Karnataka dan Selatan Maharashtra, India.

Dengan kemudahan pembelajaran dan penginapan bertaraf lima bintang, USM-KLE dilihat sebagai lokasi alternatif terbaik dan signifikan bagi pelajar di negara ini yang berminat mengikuti kursus perubatan di luar negara.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Tan Sri Dato’ DzulkifliAbdulRazakberkata,palingpenting, kemudahan cadaver menjadi antara kelebihan yang tidak harus disia-siakan dalam usaha mereka mendapatkan

pengalaman pembelajaran lebih mantap.Katanya, sehingga kini, tidak ada

mana-mana universiti di dunia yang mampu menyediakan cadaver bagi menampung keperluan pembelajaran ekoran kesukaran untuk mendapatkannya, berbeza dengan di India yang mana ia didermakan untuk tujuan pembelajaran yang bermanfaat kepada kehidupan manusia.

``Kita perlu mengambil peluang keemasan ini bagi mendapatkan pendidikan terbaik dan sudah tiba masanya persepsi kita terhadap India perlu diubah kerana tidak semuanya buruk mengenai mereka,’’ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Dzulkifli menekankan pelbagai kelebihan mengikuti pengajian di India di bawah program usahama USM dengan JHN India, termasuk kemudahan pembelajaran dan penginapan yang jauh lebih baik dari yang disediakan USM di sini.

``Pelajar berpeluang memilih penginapan sama ada secara seorang atau dua orang sebilik dengan kemudahan

seperti bilik air, peti ais dan sebagainya dalam setiap bilik. Gimnasium juga turut disediakan untuk aktiviti riadah mereka di asrama,’’ katanya.

Tambah beliau, selain memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu di perantauan, KLE turut berpotensi menjadi medan untuk pelajar mendapatkan nilai tambah dan memperkukuhkan kemahiran komunikasi kerana bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi pembelajaran.

``Pelajar juga akan terdedah kepada bahasa tempatan dan melihat kepada pengalaman kumpulan pertama pelajar yang telah enam bulan mengikuti pengajian di sana, mereka turut berupaya berkomunikasi dengan pesakit dalam loghat tempatan iaitu Kannada.

``Baikdariaspekpembelajaranmahupun keselesaan tempat tinggal, semuanya sangat mengagumkan dan ia menunjukkan KLE begitu komited dalam memperjuangkan disiplin ilmu mengikut acuan yang tidak jauh berbeza dari USM,’’ katanya.

Tambahnya, USM mula menghantar kumpulan pertama seramai 43 pelajar ke

Cadaver Tarikan Pengajian Perubatan USM-KLE

51

Page 52: Bitara Jun 2011

sana bermula September tahun lalu dan dijangka untuk tempoh akan datang, bidang pergigian dan kejururawatan turut akan dimuatkan dalam program pengajian di USM-KLE.

``Kita juga turut akan menambah bilangan sehingga 100 ke 120 pelajar untuk pengambilan seterusnya pada tahun ini,’’ jelas beliau sambil menyifatkan keberkesanan kurikulum perubatan bersepadu yang digunapakai USM menjadikan ia terpilih untuk diadapatasikan di KLE.

Dzulkifli turut menggesa kumpulan kedua yang masih boleh mendaftar sehingga Mei depan menjadikan USM-KLE sebagai pilihan utama kerana kemudahan yang disediakan mampu menjadikan persekitaran pembelajaran lebih baik dan selesa.

``Tinggalkan persepsi buruk kita mengenai India yang didakwa mundur, miskin, kotor dan sebagainya kerana persekitaran yang ada di USM-KLE adalah jauh lebih baik dari yang disangka,’’ katanya.

Sementara itu, program antarabangsa USM-KLE dijalankan di sebuah kompleks akademik yang baru dan canggih, dilengkapi dengan dewan kuliah, makmal, bilik tutorial dan perpustakaan moden, selain mempunyai lebih 40 pensyarah berkelayakan.

Selain cadaver, pembelajaran menggunakan peralatan canggih termasuk

paparan televisyen plasma, peralatan makmal terkini, bilik persidangan yang boleh menjalankan tele-sidang merentas sempadan global dan sebagainya sangat menguntungkan pelajar.

Kompleks ini turut mempunyai hospital latihan yang tersendiri dengan memuatkan 500 katil pesakit, selain turut mendedahkan pelajar dengan penagalam pembelajaran ‘hands-on’ di hospital-hospital berdekatan.

Maklumat lanjut berhubung permohonan dan kelayakan mengikuti kursus pengajian ini boleh diperoleh dengan melayari laman web www.usm.my”

Oleh ; Marziana Mohamed Alias

Dengan kemudahan pembelajaran dan penginapan bertaraf lima bintang, USM-KLE dilihat sebagai lokasi alternatif terbaik dan signifikan bagi pelajar di negara ini yang berminat mengikuti kursus perubatan di luar negara.

52

Page 53: Bitara Jun 2011

PENGANTARABANGSAAN

Nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semakin hari semakin dikenali ramai bukan sahaja

di negara ini malah di seluruh pelosok dunia terutama dalam kalangan negara Islam. Idea menubuhkan UIAM mula dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Januari 1982 dengan sokongan kuat OIC dan beberapa negara Islam seperti Turki, Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Libya, Bangladesh,danMaldives.

Ia berdasarkan falsafah penubuhan UIAM yang disokong oleh Persidangan Dunia Mengenai Pendidikan Islam yang diadakan di Mekah pada 1977. UIAM ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Mei 1983 di kampus awalnya di Petaling Jaya. UIAM ditubuhkan dengan rasminya

pada 20 Mei 1983 di kampus awalnya di Petaling Jaya. UIAM kini menjadi pilihan ribuan pelajar dari dalam dan luar negara kerana kejayaan yang diciptanya selama ini. Ia kini mempunyai seramai 22,000 siswazah dari 100 negara di dunia dan daripada jumlah ini, 4,800 pelajar antarabangsa. Daripada keseluruhan jumlah di atas, 5009 pelajar lepasan ijazah.

Antara contoh antara warga dan

alumni UIAM yang mencipta nama pada peringkat antarabangsa ialah Menteri Hal Ehwal Agama Guinea, Prof. Datuk Dr. Sano Koutub Moustapha; Menteri Kehakiman Gambia Marie Saine Firdaus; Menteri Luar Turki, Prof. Dr. Ahmed Davutoglu (bekas pensyarah); Peguam Negara Maldives, Ahmad Muizzu; GabenorBankPusatGambia,MomodouBambaSohodanPenasihatSyariahBankPusat Indonesia, Dr. Muhammad Syafi’I Antonio. Di dalam negeri pula UIAM melahirkantokohsepertiMenteriBesarPerak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar; Pakar Undang-undang Prof.Dr.AzizBaridanbekasMuftiPerlis,

UIAM Kembangkan Sayap Ke Amerika Latin dan Perancis

Di Perancis terdapat banyak sekolah agama seperti di Lyon iaitu Al-Kindi yang terdapat kira-kira 438 pelajar

53

Page 54: Bitara Jun 2011

Walaupun UIAM setakat ini mencapai tahap dibanggakan dan merangkumi hampir seluruh pelosok dunia, ada negara yang belum dapat ditembusinya seperti di benua Amerika Latin yang menpunyai minoriti umat Islam. Setakat ini hanya seorang pelajar dari benua berkenaan iaitu dari Columbia. Penduduk Islam di Amerika Latin ramai didominasi oleh orang Mesir.

Dr. Mohd Asri Zainil Abidin.Walaupun UIAM setakat ini mencapai

tahap dibanggakan dan merangkumi hampir seluruh pelosok dunia, ada negara yang belum dapat ditembusinya seperti di benua Amerika Latin yang menpunyai minoriti umat Islam. Setakat ini hanya seorang pelajar dari benua berkenaan iaitu dari Columbia. Penduduk Islam di Amerika Latin ramai didominasi oleh orang Mesir. Justeru, bagi memenuhi visi dan misi UIAM iaitu pengislaman, integrasi, dan pengantarabangsaan serta kecemerlangan komprehensif bagi seluruh Ummah di dunia UIAM kini berusaha mengembangkansayapnyakeBrazil,Venezuela, Argentina dan Perancis.

Olehitubaru-baruiniRektorUIAM Prof. Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid melawat negara berkenaan. Dalam lawatanituRektordanrombongannyadapat merasai sendiri betapa dahaganya umat Islam di negara berkenaan mengenai ilmu pengetahuan, di samping memeterai beberapa memorandum persahabatan (MoU) dan kejasama dengan komuniti Islam di sana bertujuan mendapatkan manfaat bersama termasuk pertukaran pakar dalam bidang pendidikan. Masyarakat Islam di negara-negara tersebut memberi sambutan yang begitu baik sekali kepada rombongan pelawat dari UIAM.

Brazilmempunyaikira-kira1.5jutadaripada 198 juta rakyatnya beragama Islam. Ini adalah hasil penghijrahan umat Islam dari Timur Tengah dan Asia Tenggara. Kebanyakan umat Islam tinggal di Wilayah Sao Paulo. Ada kira-kira 60 masjid, pusat Islam, Persatuan Islam, Pusat Kesenian Islam, dan Perpustakaan Islam di Brazil.TerdapatjugasebilangankecilumatIslam di tempat-tempat seperti Santos, Parana, dan Curitiba.

DiBrazil,rombonganUIAMmenjalinkan silaturahim dengan Persatuan MuslimBrazil.MerekamembuatMoUdengan Pengarah Eksekutif persatuan berkenaan Dr. Mohamad Hussein Zogbi untuk menghantar pelajarnya ke UIAM, serta mengeluarkan sijil produk halal. Mereka membabitkan diri dalam perniagaan dan mengeluarkan sijil halal bagi penjualan daging lembu dan ayam. Dalam bidang pendidikan masyarakat Islam di sini tidak mempunyai banyak masalah pada peringkat rendah dan menengah, tetapi sukar untuk mendapat tempat bagi peringkat pengajian tinggi.

BuatpermulaanBrazilakanmenghantarseorang pelajarnya Imam Sheikh Khaled Taky El Din bagi mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usulluddin di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Kampus UIAM Kuala Lumpur. Malah,PersatuanMuslimBrazilakanmenubuhkan sebuah yayasan untuk membiayai pelajarnya yang mengikuti pengajian di UIAM.

DiSaoPauloRektorUIAMmelawatbeberapa universiti dan sekolah agama dan berbincang mengenai kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, kejuruteraan, jana kuasa, dan pengajian Islam.

Di Venezuela pula terdapat kira-kira 300,000 umat Islam daripada seluruh 27,233,228 penduduk di negara berkenaan.BilanganpendudukIslamdi sini agak kecil, tetapi berpengaruh. Kebanyakan mereka berasal dari negara-negara Arab seperti Lubnan, Palestin, Syria, dan Turki.

Ibu negaranya Caracas mempunyai penduduk Islam seramai 15,000 orang. Masjid Sheikh Ibrahim Al-Ibrahim di Caracas adalah masjid terbesar di Amerika Latin. Di Venezuela iaitu di Pulau Margarita yang mempunyai 2,500 umat Islam satu perjanjian kerjasama antara UIAM dengan Persatuan Muslim di sana diadakan bagi membolehkan pelajarnya melanjutkan pengajian di

UIAM di samping kerjasama dalam bidangpelancongandanmaritim.Buatpermulaan seorang pelajar dari Venezuela iaituAbdulRahmanMadhuljugaakanmengikuti pengajian ijazah sarjana dalam bidangIlmuBerteraskanWahyudiKampus UIAM, Gombak.

Mengenai Argentina jumlah penduduknya ialah seramai 41,343,201 orang. Daripada jumlah ini kira-kira 600,000 beragama Islam. Mereka terdiri daripada penduduk Arab kebanyakannya dari Syria dan Lubanan yang berhijrah ke negara berkenaan pada awal abad ke-20. Kebanyakan penduduk Islam Argentina tinggaldiBuenosAires,Rosario,danbeberapawilayahlain.DiBuenosAiresmemorandum persefahaman bagi menghantar pelajar ke UIAM diadakan dengan Persatuan Islam Latin Amerika dan Carrebean. Argentina akan menghantar pelajarnyadariRosario,OsmanRauljuga seorang imam untuk pengajian PhD diUIAM.PusatkebudayaanIslamRajaFahddiBuenosAiresadalahantaramasjidterbesar di Amerika Selatan. Ada juga beberapa masjid di bandaraya dan wilayah lain. Pertubuhan Islam Amerika Latin yang berpusat di Argentina begitu aktif menyatu dan mengembangkan syiar Islam di Amerika Latin dan Carebean.

DiParis,Perancis,RektormelawatInstitut Sains Kemanusiaan Eropah dan menandatangani perjanjian kerjasama dengan pengarahnya Dr. Ahmad Jaballah untuk memperkenalkan perbankan Islam di sana. Dari sini bidang perbankan Islam akan dijadikan hub untuk di kembangkan di benua Eropah. Perancis juga akan menghantar seorang pelajar untuk mengikuti pengajian PhD dalam bidang perbankan Islam di UIAM.

Di Perancis terdapat banyak sekolah agama seperti di Lyon iaitu Al-Kindi yang terdapat kira-kira 438 pelajar dan sekolah agama lain di Paris yang dikendalikan oleh “ Association Education and savoir” dipimpin oleh Presidennya Mahmoud Awad mempunyai 180 orang pelajar. Semua sekolah ini memerlukan bimbingan dalampengajianIslamdanBahasaArab.

Malah ramai lagi masyarakat Islam di empat negara yang dilawati menunjukkan minat untuk menyambung pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang di Malaysia.

Oleh Abdul Halim Taib

54

Page 55: Bitara Jun 2011

RENCANA

UMT Hasil Projek Ternakan Ketam Kulit Lembut

Ketam bakau merupakan salah satu jenis makanan laut yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.

Pelbagai resipi telah dicipta untuk memasakketambakauini.Berbezadengan ketam laut yang kadang-kadang bersaiz kecil dan mempunyai isi yang sedikit. Ketam bakau menjanjikan kepuasan kepada peminat makanan laut. Penternakan ketam bakau telah dikenal pasti sebagai sektor penternakan yang mempunyai potensi menjanjikan pendapatan tinggi kerana pemintaan yang semakin meningkat di peringkat global ketika ini.

Sektor akuakultur ketam bakau ini telah bermula sejak 100 tahun dahulu yang dipelopori oleh negara China dan ia dijadikan salah satu pendukung utama bagi sektor perikanan di Asia. Di Malaysia khususnya, penternakan ketam bakau ini lebih tertumpu di kawasan paya bakau termasuk di Sarawak,Sabah, Perak, Kedah, Perlis, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.Kenaikkan harga dan permintaan menjadikan penternakan ketam bakau ini sebagai salah satu pilihan perniagaan yang menguntungkan.

Ketam bakau ini sebenarnya sangat popular di negara Jepun sebagai salah satu hidangan masyarakat Jepun yang dinamakan “Ketam Kulit Lembut”. Amalan normal untuk memakan ketam adalah dengan membuka kulit keras ketam tersebut dan memakan isinya, tetapi dengan ketam kulit lembut ini pengemar ketam tidak perlu membuka kulit keras

ketam kerana kulit tersebut telah menjadi lembut dan boleh dimakan.

Di Malaysia sendiri, jika kita berkunjung ke kedai-kedai makanan Jepun, ketam kulit lembut ini dijual denganhargadiantaraRM20.00hinggaRM35.00untukseekorketam.Jadisememangnya jika terdapat cara terbaik untuk menggunakan ketam bakau di Malaysia ini untuk penghasilan ketam kulit lembut sememangnya permintaan dari luar negara akan semakin meningkat.

Dr. Mhd Ikhwanunddin Abdullah, Pensyarah daripada Institut Akuakultur Tropika(AKUATROP),UniversitiMalaysia Terengganu (UMT) telah berjaya mencari altenatif lain untuk menghasilkan ketam kulit lembut ini seterusnya penyelidikan beliau akan menjadi tunggak untuk menolong meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

“Ketam kulit lembut terhasil semasa proses bersalin kulit yang merupakan proses semulajadi yang berlaku kepada ketam dan udang dan proses ini sebenarnya adalah untuk membesar dan menggantikan anggota yang hilang,” jelas Dr Ikhwan ketika ditemui baru-baru ini.

“Uniknya haiwan ini, jika ada anggota yang terputus akibat pergaduhan atau tersepit, ketam tersebut mempunyai deria yang sangat sensitif dan ketam itu akan mula bersalin kulit,” kata beliau lagi.

Ketam kulit lembut ini dipilih sebagai bidang penyelidikan beliau kerana pembinaan fasiliti asas yang mudah, permintaan pasaran yang tinggi, tempoh ternakan yang singkat

dan menguntungkan kerana hanya memerlukan 3 hingga 5 minggu sahaja untuk ketam tersebut bersalin kulit dan tahan lebih lama berbanding dengan ketam bakau yang berkulit keras.

Teknik yang digunakan untuk pemprosesan ketam kulit lembut ini adalah teknik “Limb Autonomy” di mana kaki ketam tersebut akan dibuang.Dr. Ikhwan bersama ahli kumpulan penyelidik lain akan membuat pemerhatian yang khusus dimana air akan ditukar secara berkala, pemakanan akan dijaga dan ketam tersebut akan diternak di dalam tempat yang berasingan.

“Bergantungkepadasaizketamtersebut, ia akan memakan masa selama 3 hingga 5 minggu untuk ketam tersebut bersalin kulit dan apabila kulit ketam tersebut menjadi lembut, ia harus diletakkan ke dalam peti sejuk bagi mengekalkan kelembutan kulitnya,” ulas beliau lagi.

“Pada waktu ini, kami sedang mengkaji altenatif lain untuk menghasilkan ketam kulit lembut ini kerana pemotongan badan ketam tersebut adalah agak ekstrem jadi kami telah mencuba untuk menggunakan kaedah suntikan hormon kepada ketam tersebut untuk bersalin kulit dan ujian ini masih ditahap kajian dan jika berjaya dilakukan maka altenatif suntikan akan kami gunakan untuk menghasilkan ketam kulit lembut ini,” jelas beliau lagi.

Setakat ini, sebuah syarikat akuakultur MHKAquacultureSdn.Bhd.daripadakampungMengabangBakong,BatuRakit,Terengganutelahmencubasistemternakan ini yang hanya menggunakan modalsebanyaklebihkurangRM10,000tetapi mendatangkan pendapatan lebih kurang empat kali ganda lebih besar daripada pendapatan biasa.

Penyelidikan baru penghasilan ketam kulit lembut ini akan menjadi salah satu usaha UMT untuk menambah pendapatan ekonomi masyarakat setempat di negeri Terengganu ini.

Oleh:LailatulAkmalAbdRahman

55

Page 56: Bitara Jun 2011

RENCANA

Universiti Malaysia Sabah terus mengorak langkah maju ke hadapan selaras dengan agenda dan

pembangunan aspirasi negara. Pelbagai usaha terus digandakan dalam menyokong dan mendokong wawasan kerajaan ke arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Selain peningkatan ketara dalam bidang penyelidikan dan inovasi, UMS kini dilihat semakin berpotensi sebagai sebuah destinasi pelancongan para pelancong tempatan dan antarabangsa.

Terletak berhadapan dengan Laut China Selatan dan berlatarkan Gunung Kinabalu, universiti yang terletak di Teluk Sepanggar ini nyata kini semakin membuka mata masyarakat antarabangsa yang ingin menikmati suasana pemandangan menarik dan mengujakan. Ini ditambah lagi dengan keindahan kampus UMS melalui hiasan landskap yang bertemakan keceriaan dan kehijauan alam semulajadi. Malah universiti yang berkeluasan 999 ekar ini juga telah diiktiraf sebagai antara universiti tercantik di Malaysia apabila muncul

Johan Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004 dan tahun 2005. Malah ramai menyifatkan universiti ini merupakan universiti tercantik di Asia Tenggara sekaligus menyumbang kepada kehadiran lebih ramai pelancong di Sabah khususnya di UMS sendiri.

Selain pemandangan yang indah, UMS juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Antara yang sering dikunjungi adalah muziumnya yang terletakdiBangunanCanseloriiaitusebuah bangunan berkembar yang mirip dengan Menara Petronas Kuala Lumpur. Muzium yang dibina secara eksklusif dan

korporat itu mempamerkan barang-barang bersejarah serta detik-detik keramat universiti semenjak penubuhannya pada tahun 1994. Muzium ini tidak pernah kosong dan sentiasa mempunyai pengunjung pada setiap minggu. Ini ditambah lagi dengan adanya sebuah galeri penyelidikan yang berkonsepkan futuristik di aras dua dan tiga bangunan yang sama. Muzium dan Galeri Penyelidikan ini bukan sahaja menjadi kegemaran para pengunjung malah turut menjadi destinasi lawatan sambil belajar para pelajar sekolah termasuk sekolah rendah dan murid tadika.

Bagikebanyakanpelancongasingdan tempatan, berkunjung ke Muzium Marin adalah satu kemestian sekiranya bertandang ke universiti ini. Muzium itu yang terletak di Institut Penyelidikan MarinBorneomampumemberipengalaman yang luar biasa kerana berada di sana seolah-olah berada di dalam sebuah habitat hidupan akuatik. Muzium aquaria yang dibuka setiap hari kecuali Rabu,kiniantarasalahsatutempatyang

UMS Antara Destinasi Pelancongan Menarik di Sabah

56

Page 57: Bitara Jun 2011

menjadi tumpuan masyarakat pelbagai peringkat. Malah pelbagai penggambaran telah dilaksanakan di muzium ini kerana keunikan yang dimilikinya. Ini termasuklah penggambaran selebriti Hong Kong oleh salah sebuah syarikat penyiaran yang terkenal di negara tersebut.

BagimasyarakatSabahyangberagama Islam khususnya yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu, Masjid UMS merupakan antara lokasi pilihan untuk menunaikan Solat Jumaat. Malah terdapat juga tetamu kenamaan termasuk Menteri turut menunaikan tanggungjawab bersama-sama dengan Kaum Muslimin yang lain. Sebahagian besar pengunjung mengatakan keunikan masjid ini terletak pada lokasinya yang kelihatan seperti terapung jika dilihat daripada luar kawasan UMS.

Dewan Canselor UMS yang tersergam megah di tengah-tengah kampus universiti mencerminkan betapa gahnya universiti ini dalam memacu kecemerlangan institusi pendidikan negara. Konsep rekaan yang diambil mengikut rekabentuk sebuah gong juga sekaligus memberi gambaran bahawa universiti ini terus maju ke hadapan tanpa mengabaikan pemeliharaan adat resam dan budaya masyarakat pelbagai etnik

yang ada. Dewan ini yang menjadi Pentas Konvokesyen pada setiap tahun terus menjadi destinasi pelbagai aktiviti dan program anjuran dari dalam mahu pun luar UMS apatah lagi dengan kapasitinya yang mampu memuatkan 5000 orang dalam satu-satu masa. Antara majlis-majlis besar yang pernah diadakan di Dewan ini adalah Festival Filem Malaysia (FFM), Persembahan Koir Antarabangsa Music AcrossBorders,MajlisPestaKaamatanPeringkat Kebangsaan dan pelbagai lagi aktviti yang lain termasuk konsert Michael LearnstoRockdankonsertAnuarZain.

Sebuah lagi tempat menarik yang menjadi faktor kedatangan pengunjung ke UMS adalah Pusat Kegiatan Luar yang terletak di tepi pantai kampus tersebut. Pusat itu sebenarnya ditubuhkan bagi meningkatkan kecerdasan fizikal, mental, dan pembentukan pelajar yang berfikiran kreatif, berinovatif, berkeyakinan serta berkebolehan untuk menghadapi sebarang cabaran. Pelbagai aktiviti disediakan termasuk‘HighRopes’,pengembaraandalam hutan, aktiviti air dan permainan kreatif. Namun keindahan pemandangan pantainya yang amat memukau menyebabkan ramai pengunjung selalu singgah untuk menikmati kesegaran udara dan kejernihan air lautnya. Malah jeti

yang ada di pantai itu sering menjadi tumpuan oleh para penggemar fotografi untuk dijadikan objek lensa kamera mengikut selera dan citarasa masing-masing.

PenubuhanRadioKampus KKFM pada Julai tahun lalu juga

telah merancakkan lagi kemasukan parapengunjungkekampusini.Ramaipelancong datang ke UMS khususnya pelancong tempatan akan singgah ke radio KKFM bagi melihat dan mengalami sendiri suasana dunia penyiaran. Malah, artis-artis tempatan dan pihak-pihak yang lain seperti agensi-agensi penguatkuasaan danBadanBukanKerajaan(NGO)turut berkunjung ke radio ini untuk ditemuramah sekaligus membantu dalam menyalurkan perkembangan maklumat semasa kepada warga universiti serta secara tidak langsung meningkatkan lagi jumlah kemasukan pelawat di UMS.

Secara keseluruhannya, UMS pada tahun lalu telah menerima hampir 6000 pelawat yang berjaya direkodkan melalui permohonan dan surat. Manakala sebanyak 7 rombongan tetamu kenamaan telah dicatatkan merangkumi rombongan antarabangsa dari negara China. Jumlah ini tidak termasuk kehadiran pelancong luar atau tempatan yang datang bersama keluarga untuk menikmati sendiri suasana kehijauan dan membuat lawatan terhadap tempat-tempat menarik di universiti ini.

Malah daripada bulan Januari hingga Mac tahun ini sahaja, UMS telah merekodkan 950 kehadiran pelawat dan 5 rombongan tetamu kenamaan dari serata tempat. Jumlah ini akan terus meningkat dan dijangka akan berganda apabila Taman BotaniUMSmulaiberoperasikelak.Sesungguhnya pihak universiti akan terus berusaha untuk merealisasikan segala matlamat dan saranan kerajaan bukan sahaja dalam bidang kecemerlangan pendidikan, tetapi turut memainkan pernanan dalam pelbagai bidang termasuk merancakkan industri pelancongan selari dengan matlamat kerajaaan ke arah sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Oleh: Salbinous Saribun

57

Page 58: Bitara Jun 2011

Universiti hari ini bukan sahaja berperanan dalam menyediakan graduan berkualiti, malah lebih

dari itu bertindak selaku ‘tangki pemikir’ kepada kerajaan. Kerajaan memerlukan sokongan dari cendekiawan dalam memastikan kelangsungan Malaysia untuk terus relevan melangkah di mata dunia dan di mata rakyat Malaysia sendiri. Sumbangan kepada kerajaan menerusi hasil kajian atau penemuan mampu dimanipulasi bagi menjana pembangunan negara Malaysia secara holistik yang mana faedahnya adalah kepada rakyat. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam konteks ini berperanan sebagai tangki pemikir dalam bidang pertahanan negara. Malah semakin penting peranan duduk UPNM bukan sahaja dalam bidang pertahanan bahkan lebih dari itu kepimpinan, penyelidikan

polisi,R&Ddanindustripertahanan.Dalam usaha mempertingkatkan kemampuan UPNM menyumbang kepada pembangunan teknologi pertahanan negara dan pengembangan bidang akademik , satu majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga syarikat tempatan iaitu MIMOSBerhad,SecureTechnologyInnovationsSdn.Bhd.danSkyviewCommunication and Technologies Sdn.BhdtelahberlangsungserentakdiBangunanCanselori,UPNM.

MoU pertama diantara UPNM denganMIMOSBerhad(MIMOS),bertujuan melaksanakan projek-projek berkenaan penyelidikan dan pembangunan(R&D)danbidangtawaran akademik iaitu dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat serta teknologi maklumat keselamatan.

Projek-projek yang bakal dilaksanakan melalui MoU selama 3 tahun ini meliputi komunikasi tanpa wayar, informasi keselamatan, simulator, mikroelektronik dan semikonduktor, malah projek-projek bukan hanya meliputi bidang yang dinyatakan sebaliknya turut meneroka bidang-bidang lain yang berkaitan. MIMOS merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan yang penting dalam menjana teknologi teras di Malaysia selain bertanggungjawab membantu melaksanakan penyelidikan dan pembangunan kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih kompetatif dan inovatif.

MoU kedua diantara UPNM dengan Secure Technology Innovations Sdn.Bhd.(STI),bertujuanmemajukanbidang penyelidikan dan pembangunan projek Malaysian Maritime Simulator

‘Tangki Pemikir’, UPNM Tandatangani MOU Tingkatkan Keupayaan Teknologi Pertahanan Negara dan Bidang Akademik

RENCANA

58

Page 59: Bitara Jun 2011

Initiative (MyMSI) iaitu simulator pengendalian kapal, penyelidikan dan latihan, perkongsian fasiliti untuk tujuan latihan dan ujian serta lain-lain bidang yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Tempoh MoU adalah selama 5 tahun di mana objektif utama membangunkan projek MyMSI dalam usaha mencipta Simulator Maritim buatan Malaysia yang pertama. STI adalah sebuah pertubuhan yangdimilikisepenuhnyaolehBumiputradan sebuah organisasi berstatus MSC yang dilengkapi dengan kepakaran dalam bidang pembangunan, latihan dan penjagaan latihan mengenai pengendalian alat simulator kapal tentera.

Manakala MoU ketiga yang ditandatangani adalah diantara UPNM dengan Skyview Communication and TechnologiesSdn.Bhd.(SKYVIEW),bertujuan memantapkan kluster pembangunan dan penyelidikan (R&D)danlatihansertapenyelidikan-penyelidikan lain yang berkaitan dengan teknologi ‘Unmanned Vehicles’ untuk kegunaan komersial, pertahanan, marin dan operasi mencari dan menyelamat. SKYVIEW merupakan sebuah syarikat tempatan yang terlibat dalam pemantauan

udara,lautdandarat.Bidangkerjasamayang dijalinkan meliputi isu kerjasama penyelidikan dan pembangunan teknologi ‘Unmanned Vehicles’, bidang kepakaran yang melibatkan teknologi ICT dan ‘Unmanned Vehicles’, perkongsian fasiliti bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan serta latihan dan ujikaji. Melalui perjanjian selama 3 tahun ini dijangkakan pelbagai bidang lain yang

berkaitan dengan teknologi “Unmanned Vehicle” akan diteroka. Usaha pertama dalam merealisasikan kejayaan MoU ini adalah Projek Mencari dan Menyelamat dengan menggunakan ‘Unmanned Aerial Vehicles’ yang akan diintegrasikan denganperisianSARTAMyangtelahdibangunkan oleh pihak UPNM.

YBhgLtJenDato’WiraAllatifbinMohd Noor, Naib Canselor UPNM Mewakili UPNM dalam Majlis Menandatangani MoU ini adalah manakala MIMOS diwakili Abd Aziz bin Abd Kadir, Ketua Pegawai Operasi. En. Mohd Yusuf bin Yacob Carlos Wakil dari SecureTechnologyInnovationsSdn.Bhd.Manakala Puan Zuraidah binti Abdul Latif merupakan Pengarah Urusan dan wakil dari Skyview Communication and TechnologiesSdn.Bhd.

Dengan termeterainya ketiga-tiga MoU ini, UPNM akan terus memperkukuhkan langkah ke arah merealisasikan Visi UPNM menjadi sebuah Universiti Pertahanan Primier untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu sekaligus terus menyumbang kepada negara sebagai ‘tangki pemikir’ khusus dalam bidang pertahanan.

Projek-projek yang bakal dilaksanakan melalui MoU selama 3 tahun ini meliputi komunikasi tanpa wayar, informasi keselamatan, simulator, mikroelektronik dan semikonduktor, malah projek-projek bukan hanya meliputi bidang yang dinyatakan sebaliknya turut meneroka bidang-bidang lain yang berkaitan.

59

Page 60: Bitara Jun 2011

Pusat Pengembangan & Khidmat Komuniti, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPVTRG),JabatanKesihatanNegeriTerengganu (JKNT) dan Wilayah EkonomiPantaiTimur(ECERDC)telah mengajurkan satu sesi begkel penyembelihan halal.

Bengkelyangberlangsungpada22hingga 23 Februari 2011 ini disertai oleh 31 orang peserta terdiri dari JHEAT, JKNTdanJPVTRG.

Majlis dimulakan dengan sesi ceramah oleh Tuan Haji Mokhtar Salleh wakil JHEAT dengan tajuk ‘Penyembelihan Halal & Isu-Isu Semasa Penyembelihan Halal’. Manakala ceramah kedua berkaitan ‘Kebajikan Haiwan Dalam Penyembelihan Halal’ yang telah disampaikan oleh wakil UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohamad Aziz Haji Taib.

Ceramah seterusnya disampaikan oleh Dr. Siti Nurashikin Zaiton dari JPVTRGberkaitan‘PostMortem’&Hubungan Dengan Kesihatan Awam dan ceramah terakhir disampaikan oleh Mohd Fadzil Yaakob dari JKNT dengan tajuk `Pengendalian & Penyimpanan Daging

Selaras Dengan Perundangan.’ Objektif bengkel ini diadakan adalah

untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses dan konsep pengurusan penyembelihan halal selain menambah pengetahuan serta kemahiran dalam penyembelihan haiwan mengikut hukum syarak.

Ujian praktikal penyembelihan ayam dilakukan di Makmal Pemprosesan Makanan, Fakulti Teknologi Makanan, UniSZA Kampus Kota sementara praktikal penyembelihan lembu dan kambingdilakukandiRumahSembelihKg. Serating, Merchang. Ujian ini dinilai oleh panel dari JHEAT.

Perasmian penutup bengkel dan

penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Dato’ Prof. Dr. Alias Daud, Naib Canselor UniSZA.

Hadir sama pada majlis penutup ialah wakil Pesuruhjaya JHEAT, wakil Pengarah Eksekutif MAIDAM, wakil Pengarah JPVTRGdanwakilPengarahJKNT.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menyalurkan maklumat berkaitan konsep dan sains penyembelihan halal, kepentingan penyembelihan halal dalam konteks kesihatan umum veterinar serta teknologi semasa penyembelihan halal di Malaysia disamping dapat mewujudkan jalinan kerjasama antara UniSZA dan masyarakat luar.

Bengkel Penyembelihan Halal Anjuran UNiSZA

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses dan konsep pengurusan penyembelihan halal selain menambah pengetahuan serta kemahiran dalam penyembelihan haiwan mengikut hukum syarak.

RENCANA

60

Page 61: Bitara Jun 2011

Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)UiTMtelahmengadakanKonferensi Akademik UiTM 2011

di Dewan Agong Tuanku Canselor pada 10 hingga 12 Mac 2011. Konferensi selama tiga hari yang bertemakan Menjuarai Kecemerlangan Universiti tersebut turut menjalankan aktiviti-aktiviti seperti Amanat Naib Canselor 2011, pembentangan kertas kerja, penganugerahan tokoh akademik dan penyerahan watikah Universiti Negeri, forum Naib Canselor bersama media dan pertunjukan fesyen oleh pelajar-pelajar FakultiSeniLukis&SeniReka.

Konferensi akademik UiTM merupakan landasan percambahan ilmu, pengembangan idea dan juga penyebaran amalan-amalan terbaik dalam bidang akademik dalam kalangan warga UiTM. Konferensi pada kali ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengajaran melalui penyelidikan dan pembangunan akademik, berkongsi amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran, pengantarabangsaan, penyelidikan dan jaringan industri, memperhebatkan penglibatan staf dan menyusun strategi

operasi pengantarabangsaan untuk mencapai matlamat universiti.

Satu forum bertajuk Perlunya RejuvenasiBudayaAkademikUniversititelah berlangsung pada hari kedua konferensi. Forum tersebut dipengerusikan oleh Saudara Fahrin Ahmad, alumni UiTM yang juga merupakan pengacara serta pelakon terkenal tanah air. Forum ini menampilkan tiga orang ahli panel iaitu Dato’ Zaini Hassan, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Dato’ Mior Kamarul Shahid,PengarangKumpulanBeritaHarian dan Dato’ Profesor Ir. Dr. Sahol HamidAbuBakar,NaibCanselorUiTM.

Pada hari ketiga konferensi Datuk Seri Mohamed Khaled Noordin selaku tetamu khas menyampaikan ucaptama. Dalam ucaptama tersebut, Menteri Pengajian Tinggi itu menyatakan bahawa UiTM adalah sebuah entiti yang merupakan tonggak kepada keutuhan ilmu bangsa. Kata beliau, budaya kecemerlangan bangsa sangat penting untuk dipupuk, lantaran itu untuk menjayakan usaha ini satu perubahan paradigma mesti berlaku. “Warga UiTM mesti terus memperjuangkan ke arah menyediakan

akses dan peluang supaya lebih ramai pelajar dapat melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang kerjaya”, tegas beliau dalam ucaptamanya.

Konferensi Akademik dihadiri oleh lebih kurang 4000 orang terdiri daripada Majlis Pengurusan Kanan (MPK) UiTM, kakitangan akademik dan bukan akademik kategoriA-BUiTMkampusShahAlam,kampus Puncak Perdana dan kampus Puncak Alam, Pegawai Tadbir dari fakulti dan kampus cawangan memeriahkan majlis seterusnya memberi sokongan kepada UiTM.

RENCANA

Konferensi Akademik UiTM 2011

Konferensi akademik UiTM merupakan landasan percambahan ilmu, pengembangan idea dan juga penyebaran amalan-amalan terbaik dalam bidang akademik dalam kalangan warga UiTM.

61

Page 62: Bitara Jun 2011

Usaha Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam memartabatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan

terus mendapat pengiktirafan apabila berjaya merangkul Anugerah Saron Wangsa Utama, Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2010 di Majlis Anugerah Seni MAKUM 2010 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertempat di Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis baru-baru ini.

Walaupun baru berusia tiga tahun, UMK telah membuktikan mampu menganjurkan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan setanding dengan universiti-universiti yang lebih berpengalaman.

Ketua Unit Kebudayaan, Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Ko-Kurikulum UMK, Puan

Linira Ghazali menyifatkan anugerah ini satu penghargaan yang cukup bermakna sebagai simbolik penyerahan kepimpinan kepada universiti.

Katanya, selain itu anugerah ini bertujuan untuk memberi penghormatan

dan penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan

aktiviti-aktiviti MAKUM sepanjang tahun 2009 dan 2010.

“Anugerah ini diberikan kepada IPTA-IPTA yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam menganjurkan sebarang aktiviti pertandingan dan program yang diperakui oleh MAKUM dengan jayanya,” katanya.

Antara program yang di anjurkan oleh UMK adalah BengkelMakYongUMK-MAKUM 2010 dan Program Keusahawanan Festival

Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2010.

Pada majlis itu, dua pelajar UMK juga telah dicalonkan untuk menerima AnugerahBonangEmasMAKUM2010iaitu pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Alif HafizuddinZakariadanRosyihaSedik.

KEBUDAYAAN

UMK Terima Anugerah Saron Wangsa Utama MAKUM 2010

Anugerah ini diberikan kepada IPTA-IPTA yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam menganjurkan sebarang aktiviti pertandingan dan program yang diperakui oleh MAKUM dengan jayanya

62

Page 63: Bitara Jun 2011

IPTS

MSU is one of Malaysia’s top universities. It provides specialize programmes of studies in the areas

of medicine, health sciences, business, management, information sciences, engineering, education and hospitality.

MSU gives priority to quality education and the significance of creative teaching towards generating quality graduates. A total students’ learning experience which incorporates international and industry exposure, community engagement activities and several other undertakings are areas of which importance is given towards determining the employability of MSU’s graduates.

As one of Malaysia’s premier universities, MSU has received numerous recognitions from the local and international bodies. It is rated as an “Excellent University” by the Ministry of Higher Education of Malaysia through a rating system done on all Malaysian universities(SETARA2009).MSUis ranked as one of the top private universities in the world through an accreditation exercise conducted by the Accreditation Services for International Colleges (ASIC), UK. It is also ranked

as one of the top five private universities through en establishment audit done by Ernst & Young.

Most recent, MSU was awarded accreditation by the Alliance of BusinessEducationandScholarshipforTomorrow(ABEST21).ABEST21isan international accreditation agency based in Japan that awards accreditation to institutions which run quality business programmes Through this accreditation MSU became the first university in MalaysiatogainrecognitionfromABEST21.

Programme of studies ranging from diploma, undergraduate to post-graduate are offered through the Faculty of Health and Life Sciences, Faculty ofBusinessManagement& Professional Studies, Faculty of Information Sciences & Engineering, School of Pharmacy, International Medical School, School of Graduate Studies and the Graduate Management Centre.

The first and second phases of the

new campus is another iconic marvel for the city of Shah Alam. Subsequently, construction of phase three will begin which will also see the development of its hotel and hospital as support to the areas of specialization offered by the university .

Special attention is given to cater the needs of the campus community with food, banking, travel, wellness and recreation facilities being appropriately locatedwithinreachatthecampus.BuiltatacostofRM500million,MSU’scampus development will alleviate and solidify MSU’s position as the University of Choice in Malaysia and beyond.

Management & Science University (MSU)

63

Page 64: Bitara Jun 2011

UTHM memang sudah sinonim dengan Sukan Pencak Silat. Daripada sejarah MASUM, UTHM

telah melahirkan ramai atlit Pencak Silat yang telah mewakili negeri dan negara di dalam kejohanan sukan yang besar seperti Sukan Universiti Asean (SUA), Sukan Malaysia (SUKMA) dan juga Sukan Kejohanan Kebangsaan. UTHM juga kerap membangunkan Sukan Pencak Silat agar menjadi salah satu sukan yang berprestij. Atas dasar kepercayaan ini, maka KPT telah memberi amanah kepada UTHM untuk menjadi Pusat Sukan Tumpuan Pencak Silat selain merealisasikan harapan dan hubungan baik dengan Persatuan Silat Malaysia (PESAKA), Persatuan Silat Singapura (PESISI) dan Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI).

Pasukan pesilat UTHM terdiri daripada 28 orang mahasiswa dan dua orang daripadanya telah dicalonkan sebagai atlet silat terbaik universiti iaitu Mohammad Ikbal bin Jusuf dan Mohd. Faizul bin Sarif. Kedua-duanya merupakan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik

dan Elektronik. Pada tahun 2010, dua orang pesilat

UTHM tersebut telah berjaya membawa pulang pingat emas tunggal negara melalui Kategori Silat Seni (Ganda Putera) di Asean University Game(AUG)yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand.

UTHM juga telah berjaya menganjurkan Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa 2010 Piala Timbalan Perdana Menteri yang telah diadakan di IOIMall,BandarPutra,Kulai,Johor.Kira-kira 28 buah institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara telah menyertai kejohanan yang berlangsung selama 6 hari itu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Melalui aktiviti silat ini dapat membentuk jati diri bagi seorang mahasiswa, mempelajari bagaimana untuk berpersatuan, bertoleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Ianya bukan sahaja dapat melatih mempertahankan diri sendiri, malah secara tidak langsung kita dapat

meningkatkan lagi kemahiran insaniah. Semua usaha ini bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi persilatan, keilmuan, pemikiran dan keagamaan.

Sementara itu, pasukan rowing juga telah berjaya mengharumkan nama UTHM lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya mencipta nama di dalam The MalaysiaBookofRecorddengan48jammendayung tanpa henti oleh mahasiswa UTHM. Pasukan ini berjaya membuat beberapa pencapaian lain yang amat membanggakan Universiti iaitu melalui:1. Kejohanan UNITEN Rowing

Invitational 2010: 3 Emas, 3 Perak & 4 Gangsa bagi Acara Mendayung & Ergo Machine

2. Kejohanan Varsity Boat Race 2010: 4 Emas, 4 Perak dan Juara

kesuluruhan kejohanan kategori rowing antarabangsa

3. MSUM 2010: 4 Emas, 2 Perak & 1 Gangsa menerusi rowing lelaki

3 Emas, 1 Perak & 4 Gangsa menerusi rowing wanita

4. MTUN 6: Emas bagi Ergo Machine

UTHM Cemerlang Dalam Acara Pencak Silat Dan ‘Rowing’

SUKAN

64

Page 65: Bitara Jun 2011

yang berlangsung di Sungai Serayu Daerah BanjarnegaraJawaTengahdanSungaiProgo, Kabupaten, Magelang, Indonesia.

Kejayaan ini sekaligus membukti

bahawa Malaysia mampu bersaing dengan pasukan luar Negara seperti Indonesia, Kazakstan, Iran dan Slovakia yang terkenal dengan sukan kayak dan berakit arus deras (whitewaterrafting).Beliaumerupakanjurulatih bagi pasukan rowing UTHM.

Pasukan Paddlers juga telah berjaya menjulang nama UTHM di persada antarabangsa dalam sukan air setelah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan buat kali ke 2 berturut-turut di Kejohanan VarsityBoatRace2010PeringkatAntarabangsa yang berlangsung di Pusat RekreasiSukanAir,Precint6,Putrajaya.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakanolehYBDato’SaifuddinAbdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Pasukan UTHM Paddlers yang terdiri daripada 54 orang peserta rowing dan kayak berjaya menggondol 4 pingat emas dan 7 pingat

perakdalamAcaraRowing,KayakdanRowingMachinesertamenjadipasukanterbaikbagiacaraRowingMachine.

Langkah seterusnya ialah apabila pasukan ini dijemput dan bakal menyertai Kejohanan Hong Kong Open Indoor RowingChampionships&CharityRowathonyangakanberlangsungpada19 & 20 Mac akan datang bertempat di Kowloon, Hong Kong. Mereka akan bertandingdalamkategoriOpen:RaceDistance 500m, 2000m, Lightweight: RaceDistance2000mdanTeam(4x500m relay).

Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (tengah) melakukan gimik pelancaran UTHM sebagai Pusat Sukan Tumpuan Pencak Silat yang telah diadakan di Hotel TheZon,JohorBahru,Johor.

Salah seorang staf UTHM, En. Shaid Jaffar juga telah mengharumkan nama Universiti dan Malaysia apabila Berjaya membawa pulang pingat gangsa pada Kejohanan International Rafting Federation (IRF) Australasian Rafting Champs 2010

Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menandatangani Plak Perasmian Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa 2010 Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menyampaikan piala bagi Johan Keseluruhan

Pasukan Rowing UTHM bersama Dato’ Naib Canselor (baju kelabu) ketika menerima Sijil Pengiktirafan dari Pegawai Malaysia Book of Record.

65

Page 66: Bitara Jun 2011

SUKAN

Sukan Cergaskan Minda

PUSPANITA Cawangan KPT turut berperanan dengan mendekati warga KPT dan seterusnya menerapkan

pendekatan konsep “Winning The Hearts and Minds” dengan mengadakan PerlawananBolingPUSPANITAKementerian Pengajian Tinggi pada 3 Julai 2011. Seramai hampir 100 orang ahlinya mengambil bahagian terdiri daripada wakil Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Politeknik, Kolej Komuniti, MQA dan PTPTN. Perlawanan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPT, Datin Hasmah binti Hasan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Pemenang tempat pertama adalah pasukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, kedua Jabatan Pengajian Politeknik dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Puspanita Bersama Merealisasikan ‘Winning The Hearts and Minds’

66

Page 67: Bitara Jun 2011

SUKAN

Larian Bergilir Tanpa Henti di Atas Trademill - 3 Pelajar UM Cipta Rekod Baru

Tiga pelajar Universiti Malaya (UM) berjaya mencipta rekod baru dalam TheMalaysiaBookofRecords

bagiacaraLarianBergilirTanpaHentidi atas Treadmill selama 72 jam (Lelaki sahaja). Percubaan bagi mencipta rekod baru ini bermula jam 8.00 malam pada 4 Mac 2011 (Jumaat) hingga jam 8.00 malam pada 7 Mac 2011 (Isnin) di Pusat Membeli-BelahTropicanaCity,PetalingJaya.

Pelajar tersebut adalah Amirul SyazwanSamad,22,PrasadMoneyRajS,21 dan Mohd Nor Hafizan Abdul Hamit, 23. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar Pusat Sukan, UM.

Percubaan untuk memecahkan rekod ini merupakan satu aktiviti di bawah projek“5thRecordsBreakers”anjuranKolej Kediaman Kelima, UM yang buat kali pertama dianjurkan bagi menyebarkan mesej tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, acara ini juga dianjurkan bagi menyebarkan mesej tentang kepentingan untuk berbakti kepada negara, UM dan kolej kediaman.

BermulasekitarbulanSeptember2010 dengan saringan awal melibatkan 25 peserta sebelum disenarai pendek kepada 6 peserta terakhir yang berjaya melepasi tahap-tahap yang ditetapkan. 6 peserta terakhir ini dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana kesemua mereka terlibat dalam cubaan ini. Satu lagi kumpulan terdiri daripada See Tiam

You, 23 dari Fakulti Kejuruteraan, Mohd AminuddinAbdulRazak,19dariPusatAsasiSainsdanAzwanBunjing,22dariFakulti Ekonomi & Pentadbiran.

Sebanyak 3 treadmill dari jenama GINTELL digunakan bagi setiap kumpulan. Setiap peserta akan memulakan larian selama 2 jam diikuti dengan rehat selama 4 jam sebelum kembali memulakan larian bagi memberikan masa rehat secukupnya kepada treadmill yang telah digunakan. Kebiasaannya, treadmill memerlukan rehat selama 5 jam sebelum boleh digunakan kembali.

Mekanisme larian adalah seperti berikut:• Peserta pertama akan memulakan larian

di atas Treadmill A selama sejam tanpa henti diikuti larian selama 1 jam lagi diatasTreadmilBbagimemastikanTreadmil A mendapat masa rehat

secukupnya.• Peserta kedua akan berlari selama 1

jam tanpa henti di atas Treadmill C diikuti larian selama 1 jam lagi di atas Treadmill D bagi memastikan Treadmil C mendapat masa rehat secukupnya.

• Peserta ketiga akan berlari selama 1 jam tanpa henti di atas Treadmill E diikuti larian selama 1 jam lagi di atas Treadmill F bagi memastikan Treadmil E mendapat masa rehat secukupnya.

• Peserta pertama akan memulakan kembali larian menggunakan mekanisme yang sama.

Projek ini juga mendapat sokongan tajaan daripadaGINTELL(M)SdnBhdiaitusebuah syarikat korporat yang sentiasa mengamalkan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan membekalkan alat-alatan senaman dan kerusi urut di samping mendidik tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagiprojekini,GINTELLmembekalkan treadmill FT22 CyberAir yang dikuasai oleh “AIRcell Cushioning System” yang mempunyai produk tag yang berpadanan dengan tema projek iaitu “Pecah Rekod Tanpa Pecah Sendi” atau “Break The Record, Not Break The Joints”.

Majlis penyampaian sijil pengiktirafan dan penutup program ini dihadiri oleh Dato’ Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Profesor DatukDr.RohanaYusof,TimbalanNaibCanselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UM.

Penyampaian sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada pelajar UM oleh Y.B. Dato’ Dr. Hou Kok Chung sambil disaksikan oleh Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof

Dari kiri: Prasad Money Raj S (21), Amirul Syazwan Samad (22) dan Mohd Nor Hafizan Abdul Hamit (23)

67

Page 68: Bitara Jun 2011

BITARAditerbitkanoleh: UnitKomunikasiKorporat| Kementerian Pengajian Tinggiwww.mohe.gov.my

KUALA LUMPUR

PETALING JAYA

SUBANG JAYA

CYBERJAYA

PUTRAJAYA

TO KLIA

Pres

int 5

PUTRAJAYA INTERNATIONALCONVENTION CENTRE (PICC)

Interchange

TAMANWETLANDS

PERSIARAN UTARA

Hospital Serdang

IOI Palm Garden Resort

TerminalWestern Transport

Masjid Putra

Alamanda

Hospital

Plaza TolPLUS

Plaza TolSUNGAI BESI

Pullman

UPM

LEBUH

RAYA U

TARA

SELATAN

LING

KARAN TENGAH (ELITE)

M E X E X P R E S S W

AY

SHAH ALAM EXPRESSWAY (KESAS)

PERSIARA

N TI

MU

R

KompleksKementerian Kewangan

Centre Business District

KPTKementerian

Pengajian Tinggi

Menara G2 Mercu Tanda Baharu KPT

No 2, Menara 2 Jalan P5/6 Presint 5,

62200 PutrajayaTel : 03 – 8870 6000

Faks : 03 – 88706823