bil.10/julai 2010 issn :1675...

8
1 Keprihatinan Ketua Pustakawan Cik Zahariah bt Mohamed Shaharoon mengenai kepentingan sistem kualiti terhadap sesebuah organisasi telah mencetuskan saranan untuk mengadakan pertandingan KIK dan 5S di antara bahagian-bahagian yang terdapat di perpustakaan. Justeru itu, pada 9 Julai 2010, pertandingan KIK telah diadakan, manakala bagi pertandingan 5S telah diadakan pada 15 Julai 2010. Pertandingan ini telah disertai oleh Bahagian Perolehan, Bahagian Pengkatalogan, Bahagian Perkhidmatan dan Maklumat, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Koleksi dan Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia. Johan bagi pertandingan KIK, telah dimenangi oleh Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Koleksi dengan tajuk projek ‘pengesanan judul reading list tidak sistematik.’ Naib johan ialah Bahagian Perolehan dengan tajuk projek ‘maklumbalas kepada pencadang bahan perpustakaan tidak sistematik’, tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian Pengkatalogan yang membentangkan projek ‘ke arah mempercepatkan penampalan label bahan; dan tempat keempat oleh Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat dengan tajuk projek ‘peningkatan aduan ketiadaan kemudahan membawa buku di kalangan pelanggan perpustakaan.’ PERTANDINGAN KIK & 5S PERPUSTAKAAN ISI KANDUNGAN Pertandingan KIK & 5S perpustakaan 1&6 Aluan Penasihat 2 Aktiviti Bulan Membaca 3 Sidek Saniff 4-5 Netbook: Tren Dan Keperluan 6 Latihan @ Pustaka 7 Berita Kakitangan 8 BIL.10/JULAI 2010 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394 Juara pertandingan KIK, menerima piala pusingan daripada Ketua Pustakawan Kakitangan Bahagian Pengkatalogan sedang diaudit oleh Juruaudit 5S, Tn.Hj. Kasuddin b Yassin Pembentangan KIK oleh Bahagian Pembangunan & Pengurusan Koleksi Pembentangan KIK oleh Bahagian Perolehan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat mempamerkan cadangan penyelesaian yang dihadapi Sidang Redaksi Penasihat Zahariah Mohamed Shaharoon Ketua Pengarang Rusliza Yaacob Pen. Ketua Pengarang Muliati Abdul samad Pengarang Azura Adnan Chin Fei Sing Anizah Tumin Noriha Muhammad Mohamed Zaid Mohamed Idris Mohd Razalli Ahmad Termizi Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan Penerbitan dan Edaran Raja Radiah Raja Ahmad Pereka Web Rozman b Che Ross Bersambung di muka surat 6

Upload: vokhuong

Post on 15-Aug-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIL.10/JULAI 2010 ISSN :1675 ...pustaka.upsi.edu.my/Buletin/bil10julai2010/bil_10_julai_2010/files/2010latest.pdf · Sambungan dari muka surat 1 Manakala bagi pertandingan 5S pula,

1

Keprihatinan Ketua Pustakawan

Cik Zahariah bt Mohamed

S h a h a r o o n m e n g e n a i

kepentingan sistem kualiti

terhadap sesebuah organisasi

telah mencetuskan saranan

u n t u k m e n g a d a k a n

pertandingan KIK dan 5S di

antara bahagian-bahagian yang

terdapat di perpustakaan.

Justeru itu, pada 9 Julai 2010,

pertandingan KIK telah

diadakan, manakala bagi

pertandingan 5S telah diadakan

p a d a 1 5 J u l a i 2 0 1 0 .

Pertandingan ini telah disertai

oleh Bahagian Perolehan,

Bahagian Pengkatalogan, Bahagian

Perkhidmatan dan Maklumat,

Bahagian Pembangunan dan

Pengurusan Koleksi dan Bahagian

Pentadbiran dan Sumber Manusia.

Johan bagi pertandingan KIK, telah

d i m e n a n g i o l e h B a h a g i a n

Pembangunan dan Pengurusan

Koleksi dengan tajuk projek

‘pengesanan judul reading list tidak

sistematik.’ Naib johan ialah

Bahagian Perolehan dengan tajuk

projek ‘maklumbalas kepada

pencadang bahan perpustakaan

tidak sistematik’, tempat ketiga

dimenangi oleh Bahagian

P e n g k a t a l o g a n y a n g

membentangkan projek ‘ke arah

mempercepatkan penampalan

label bahan; dan tempat keempat

oleh Bahagian Pengurusan

Perkhidmatan dan Maklumat

dengan tajuk projek ‘peningkatan

aduan ketiadaan kemudahan

membawa buku di kalangan

pelanggan perpustakaan.’

PERTANDINGAN KIK & 5S PERPUSTAKAAN I S I K A N D U N G A N

Pertandingan KIK &

5S perpustakaan

1&6

Aluan Penasihat 2

Aktiviti Bulan

Membaca

3

Sidek Saniff 4-5

Netbook: Tren Dan

Keperluan

6

Latihan @ Pustaka 7

Berita Kakitangan 8

BIL.10/JULAI 2010 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394

Juara pertandingan KIK, menerima piala

pusingan daripada Ketua Pustakawan Kakitangan Bahagian Pengkatalogan sedang diaudit

oleh Juruaudit 5S, Tn.Hj. Kasuddin b Yassin

Pembentangan KIK oleh Bahagian

Pembangunan & Pengurusan Koleksi

Pembentangan KIK oleh Bahagian Perolehan

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat

mempamerkan cadangan penyelesaian yang dihadapi

Sidang Redaksi

Penasihat

Zahariah Mohamed Shaharoon

Ketua Pengarang

Rusliza Yaacob

Pen. Ketua Pengarang

Muliati Abdul samad

Pengarang

Azura Adnan

Chin Fei Sing

Anizah Tumin

Noriha Muhammad

Mohamed Zaid Mohamed Idris

Mohd Razalli Ahmad Termizi

Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan

Penerbitan dan Edaran

Raja Radiah Raja Ahmad

Pereka Web

Rozman b Che Ross

Bersambung di muka surat 6

Page 2: BIL.10/JULAI 2010 ISSN :1675 ...pustaka.upsi.edu.my/Buletin/bil10julai2010/bil_10_julai_2010/files/2010latest.pdf · Sambungan dari muka surat 1 Manakala bagi pertandingan 5S pula,

2

Sekapur Sirih

Dari Meja Penasihat

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

ertemu lagi kali ini dengan pelbagai informasi menarik untuk

dikongsi bersama. Pada keluaran kali ini, perpustakaan ingin

berkongsi aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Januari

sehingga Julai 2010. Pada keluaran kali ini, Info@pustaka lebih

mengetengahkan aktiviti yang telah dilakukan di mana aktiviti yang telah dirancang ini lebih menjurus kepada peningkatan

kerjaya kakitangan serta peningkatan sistem kualiti perpustakaan.

Oleh yang demikian, pertandingan KIK dan 5S yang telah diadakan banyak mendedahkan kakitangan mengenai sistem kualiti di samping memupuk kerjasama di antara setiap ahli pasukan dalam melaksana dan menjayakan sesuatu tindakan yang telah dipilih. Penubuhan pasukan KIK pada setiap bahagian di perpustakaan dan penerapan amalan 5S adalah sesuatu yang relevan dan wajar dilaksanakan kerana impaknya adalah sangat tinggi serta memberi kesan yang mendalam terhadap

sesebuah organisasi.

Sehubungan dengan itu juga, saya turut mengharapkan agar usaha dalam menerbitkan buletin Info@pustaka tetap diteruskan pada masa akan datang walaupun ketika itu saya tidak lagi menjadi peneraju Perpustakaan Tuanku Bainun. Besarlah harapan saya agar Perpustakaan Tuanku Bainun akan terus berusaha untuk menjadi sebuah pusat maklumat yang menjadi rujukan ramai tidak kira pelanggan dalam dan luar di samping mendokong misi universiti dalam menjadi sebuah universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui

perubahan global.

Zahariah bt Mohamed Shaharoon

Ketua Pustakawan

Dari Meja Ketua Pengarang

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

elamat bertemu kembali pada keluaran Info@pustaka bil.10

pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan

terima kasih kepada ahli sidang redaksi yang bertungkus lumus dalam

memastikan penerbitan Info@pustaka dapat diterbitkan dua kali setahun. Saya mengharapkan agar buletin ini dapat memberikan informasi terkini kepada pelanggan perpustakaan mengenai perkhidmatan perpustakaan, aktiviti yang telah diadakan dan yang akan dianjurkan oleh perpustakaan yang

memenuhi kehendak pelbagai golongan sama ada kakitangan, pelajar dan masyarakat setempat.

Pada keluaran kali ini, hal berkaitan aktiviti perpustakaan lebih diketengahkan bagi menyorot setiap peristiwa yang telah berlaku di perpustakaan di sepanjang pertengahan tahun 2010 ini. Ia bertujuan sebagai makluman serta informasi kepada para pembaca tentang peranan yang telah dimainkan oleh pihak perpustakaan bagi memastikan budaya membaca dan kualiti pembacaan warga UPSI terus

meningkat.

Saya mengharapkan penulisan Info@pustaka pada kali ini dapat menyumbang lebih

banyak informasi berguna kepada semua pembaca.

Rusliza bt Yaacob

Ketua Pengarang

Page 3: BIL.10/JULAI 2010 ISSN :1675 ...pustaka.upsi.edu.my/Buletin/bil10julai2010/bil_10_julai_2010/files/2010latest.pdf · Sambungan dari muka surat 1 Manakala bagi pertandingan 5S pula,

3

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA

elbagai aktiviti telah dianjurkan

dan akan diadakan sempena

Kempen Galakan Membaca 2010.

Antara aktiviti yang dianjurkan

adalah:-

1) Sepetang bersama penulis buku

Natrah pada 27 Julai 2010.

2) Pesta buku UPSI pada 26-30 Julai

2010.

3) Pameran Anime & Manga.

4) Pertandingan fotografi.

5) Wacana Buku.

6) Pertandingan menulis cerita

pendek.

7) Jelajah pustaka.

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

Pesta buku UPSI pada 26-30 Julai 2010

Penulis buku Natrah, Datin Seri Fatini Yaacob bergambar bersama

warga UPSI

Pameran Anime dan Manga di aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun

Program wacana buku

“Try not to become a man of success, but

rather try to become a man of value.”

-Albert Einstein-

Page 4: BIL.10/JULAI 2010 ISSN :1675 ...pustaka.upsi.edu.my/Buletin/bil10julai2010/bil_10_julai_2010/files/2010latest.pdf · Sambungan dari muka surat 1 Manakala bagi pertandingan 5S pula,

4

Oleh : Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan

Email : [email protected]

KENALI TOKOH SITC

idek bin Saniff juga dikenali dengan nama penanya Esbies dan

Sibisa, dilahirkan pada 18 April 1938 di Singapura. Beliau merupakan lulusan sijil perguruan dari

Sultan Idris Training College, Tanjong Malim pada tahun 1955 hingga 1957, dan memperolehi Ijazah

Sarjana Muda Sastera dari University of London. Kerjaya beliau dalam bidang perguruan telah diceburi

sejak tahun 1953 hingga 1980.

Sidek Saniff kemudian menceburi bidang politik dan memenangi Anggota Parlimen kawasan

undi Kolam Air, Singapura dalam tahun 1976. Beliau kemudiannya dilantik oleh Ketua Menteri Lee

Kuan Yew sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perhubungan dan Setiausaha Parlimen Kedua

Kementerian Kebudayaan Singapura pada

tahun 1980, Setiausaha Parlimen

Kementerian Hal Ehwal Masyarakat pada

tahun 1981, Setiausaha Parlimen Kanan

Kementerian Pendidikan pada tahun 1988,

Menteri Negara Kanan Kementerian

Pendidikan pada tahun 1996 dan Menteri

Negara Kanan Kesekitaran pada tahun

1997 sehingga bersara pada tahun 2002.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan

pengerusi Majlis Bahasa Melayu

Singapura dari tahun 1986 hingga 2002.

Penglibatan beliau dalam bidang

politik merupakan sumbangan paling besar beliau yang ingin melihat perubahan pada masyarakat

Melayu Singapura. Berkat kepercayaan dan tekadnya, beliau telah berjaya membawa masyarakat

Melayu Singapura ke satu tahap yang memberangsangkan melalui Yayasan

Mendaki yang diasaskannya.

Sidek Saniff (kanan) bersama penulis di kediaman beliau di Singapura

Page 5: BIL.10/JULAI 2010 ISSN :1675 ...pustaka.upsi.edu.my/Buletin/bil10julai2010/bil_10_julai_2010/files/2010latest.pdf · Sambungan dari muka surat 1 Manakala bagi pertandingan 5S pula,

5

Kepercayaan bahawa ilmu dapat membawa masyarakat Melayu ke tahap yang lebih tinggi, turut

dapat diperhatikan dalam usahanya mendesak pihak pemerintah untuk meluluskan pelajar-pelajar

Singapura melanjutkan pengajian mereka di Malaysia, khususnya di Universiti Malaya. Kehadiran

ramai pelajar Singapura di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merupakan bukti bahawa

Sidek Saniff merupakan seorang politikus yang berwawasan dan berpandangan jauh.

Walaupun beliau seorang ahli politik, namun sumbangan beliau dalam arena bahasa dan

persuratan amat terasa sekali oleh para aktivis dan masyarakat Melayu umumnya, kerana setiap inisiatif

yang dicadangkan mahupun direalisasikan menyumbang kepada anjakan paradigma masyarakat

Melayu di Singapura.

Sidek Saniff merupakan sebuah nama yang sinonim dengan perkembangan bahasa Melayu di

Singapura. Beliau banyak menulis sajak yang diterbitkan di akhbar Berita Minggu Singapura dan

majalah. Beliau merupakan aktivis tetap yang sering mengikuti persidangan-persidangan bahasa dan

sastera di dalam dan luar negara seperti MABBIM, MASTERA, PSN, GAPENA dan seumpamanya.

Beliau juga merencanakan dan merealisasikan penggunaan bahasa baku di Singapura sehingga hari ini

dan pembukaan Universiti Malaya kepada para guru bahasa Melayu Singapura bermula tahun 1993.

Beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan dan mencorakkan Anugerah Persuratan pada tahun

1992. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hadiah Sastera. Beliau juga menyarankan sambutan Anugerah

Persuratan dan Bulan Bahasa yang diselang-seli setiap tahun.

Sidek Saniff pernah bergiat dalam Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (1959-1976) sebagai

presiden; sebagai editor majalah GURU; Pengerusi bagi kongres Mendaki I dan II (1982) sehingga

tertubuhnya Mendaki; Pengerusi Jawatankuasa Ejaan Bahasa Melayu Singapura (1980) yang akhirnya

dikenali sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada tahun 1986, beliau juga merupakan

pengerusi MBMS sehingga tahun 2002.

Beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif. Antara karya-karya beliau ialah Education

and Singapore Malay Society: Prospects and Challenges (1992), Bahasa Melayu Dalam Cabaran:

Antologi Bersama (1994), Peranan dan Penggunaan Bahasa di Singapura (1994), Bukan Binatang

Buruan: Kumpulan Sajak 1955-2004 (2004).

Sebagai menghargai jasa-jasa beliau terhadap pembangunan bangsa dan bahasa, beliau telah

dianugerahi beberapa anugerah seperti Anugerah Friend of Labour NTUC (1997), Anugerah Tokoh

Guru KGMS (2002) dan Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI (2003).

Page 6: BIL.10/JULAI 2010 ISSN :1675 ...pustaka.upsi.edu.my/Buletin/bil10julai2010/bil_10_julai_2010/files/2010latest.pdf · Sambungan dari muka surat 1 Manakala bagi pertandingan 5S pula,

6

Tren terkini adalah Netbook. Dengan saiz skrin sekitar 10 inci ke bawah, ia

menjadi salah satu gajet yang mendapat perhatian ramai kerana saiznya yang

mudah dibawa ke mana-mana. Maka sebelum anda mendapatkannya di pasaran,

marilah kita sama-sama melihat apakah netbook benar-benar untuk kegunaan

seharian kita.

Pertamanya, netbook adalah berbeza dengan Komputer Riba. Rata-ratanya

netbook pada tahun 2010 mempunyai pemproses Intel Atom. Intel Atom adalah

pemproses yang dibina oleh Intel untuk memastikan netbook mempunyai kuasa

bateri yang dioptimumkan bagi kegunaan jangka masa yang lama. Pemproses ini juga tidak sesuai untuk

melaksanakan program-program atau perisian-perisian editan video dan grafik.

Kedua, melaksanakan kepelbagaian tugas atau multitasking. Netbook, dengan kuasa pemprosesannya yang

agak terhad, tidak memungkinkan anda melaksanakan kepelbagaian perisian yang terlalu memakan sumber

komputer dalam satu-satu masa yang sama. Netbook adalah untuk kegunaan yang kasual atau santai. Anda tidak

boleh sama sekali membuat keputusan pembelian netbook hanya untuk beranggapan ianya hanyalah komputer riba

kecil dan comel.

Ketiga, pemacu CD/DVD. Netbook tidak mempunyai pemacu CD/DVD. Untuk menggunakan CD/DVD anda

perlu membuat pembelian tambahan iaitu pemacu CD/DVD luaran yang menggunakan kabel sambungan USB.

Keempat, tujuan pembelian anda. Apakah tujuan anda membeli netbook ? Sekiranya hanya untuk melayari

internet, menyiapkan tugasan menggunakan perisian pejabat ringkas

seperti Word dan Excel atau mungkin hanya untuk mendengar lagu mp3

serta video; maka netbook adalah untuk anda. Anda mungkin juga selalu

mengembara dan memerlukan sebuah komputer riba kecil untuk

mengemaskini akaun Facebook atau Twitter; atau mungkin mencatat

catatan perjalanan dengan mudah dan pantas, maka netbook juga untuk

anda. Tetapi ini bukankah sama saja dengan sekiranya anda membeli

komputer riba ? Maka jawapannya adalah saiz. Saiz netbook yang kecil

adalah mudah untuk disimpan dan ianya juga mempunyai bateri yang

t a h a n l a m a ( b e r b a n d i n g k e b a n y a k a n l a p t o p ) .

Akan tetapi, adalah bersesuaian sekiranya anda mendapatkan komputer

riba dengan kuasa pemprosesan yang lebih baik sekiranya anda berhajat untuk menggunakan perisian pegeditan

video dan grafik atau mungkin bermain permainan 3D. Netbook tidak begitu sesuai dan mungkin saya boleh

katakan tidak sesuai langsung untuk tugasan sedemikian. Dengan skrin yang lebih besar, komputer riba juga

membolehkan anda melaksanakan berbilang tugas dalam masa yang sama dengan lebih mudah. Misalnya, penulis

sendiri menggunakan Photoshop dengan beberapa tetingkap perisian lain dibuka seperti pelayar web untuk

memperolehi bahan grafik dan juga Word untuk bahan teks. Maka sudah tentu dengan saiz skrin netbook yang

kecil, ianya bukan untuk pengguna seperti penulis.

Sambungan dari muka surat 1

Manakala bagi pertandingan 5S pula, johan ialah Bahagian Perkhidmatan dan Maklumat dan

naib johan adalah Bahagian Pengkatalogan. Pihak perpustakaan ingin merakamkan ucapan terima

kasih kepada para panel juri KIK Prof. Madya Taib Ariffin, Dr. Shakinaz Desa, dan En. Khalizul Khalid

serta juruaudit 5S Tn. Hj. Kassudin b. Yassin di atas komen serta cadangan yang membina semasa

mengadili pertandingan KIK dan 5S.

Oleh : Khairul Asyrani Sulaiman

Email : [email protected]

Page 7: BIL.10/JULAI 2010 ISSN :1675 ...pustaka.upsi.edu.my/Buletin/bil10julai2010/bil_10_julai_2010/files/2010latest.pdf · Sambungan dari muka surat 1 Manakala bagi pertandingan 5S pula,

7

LATIHAN @PUSTAKA K O M P E T E N S I K A K I T A N G A N

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

Puan Hamidah, pensyarah UiTM memberikan tunjuk ajar

kepada kakitangan perpustakaan ketika bengkel

pengkatalogan yang telah diadakan pada 14-17 Jun 2010

Peserta bengkel pengkatalogan bergambar bersama

penceramah disamping Ketua Pustakawan dan Timbalan

Ketua Pustakawan

Kursus etika pejabat sesi 1 dan 2 yang dikendalikan oleh Ketua Pustakawan

telah diadakan pada 26 Mac 2010 dan 24 Mei 2010

Pembentangan kumpulan ketika bengkel penyediaan penyelidikan

yang telah dikendalikan oleh Dr Lim Chong Hin pada 21-22 Jun

2010

Perbincangan kumpulan ketika sesi bengkel penyediaan

penyelidikan

Bengkel pameran yang telah diadakan pada 28 Jun 2010

Page 8: BIL.10/JULAI 2010 ISSN :1675 ...pustaka.upsi.edu.my/Buletin/bil10julai2010/bil_10_julai_2010/files/2010latest.pdf · Sambungan dari muka surat 1 Manakala bagi pertandingan 5S pula,

8

Nama : Nurul Kashfi b Subri

Jawatan : Pustakawan

Nama : Ruziah bt Ahmad

Jawatan : Pustakawan

Nama : Firdausiah bt Ahamad

Jawatan : Pustakawan

Nama : Ahmad Tamrin b Mohd Ali Hanafiah

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Wan Mohd Fazli b Abd Bakar

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Muhammad Zuhad b Abdul Aziz

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Muhammad Syukri b Mat Nor

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Elly Yuswanti bt Mohd Yusof

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Hairul Hafizi b Mohammed Ghazali

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Nurul Helmiza bt Azmi

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

BERITA KAKITANGAN

Nama : Nawal Alia bt Harun

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Noriha bt Muhamad

Jawatan : Pustakawan Kanan

Nama : Noraida bt Ahmad Tahir

Jawatan : Setiausaha Pejabat

Nama : Maizatul Akmam bt Awang

Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Wan Adnan b Wan Ab Rahman

Jawatan : Pembantu Am Pejabat