bil: 1/2008 januari-april 2008 pusat · pdf filetel: (603) 8921 3890 (603) 8921 3891 fax:...
TRANSCRIPT
BIL: 1/2008 JANUARI-APRIL 2008 PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Audit Akademik olehMQA
Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor.
Tel: (603) 8921 3890
(603) 8921 3891
Fax: (603) 8926 4816
e-mel: [email protected]
web: www.ukm.my/ppa
MQA (Malaysian Qualification Agency)
telah menyatakan hasratnya untuk
melakukan audit prestasi akademik. Semua
program pengajian di Malaysia, termasuk di
UKM akan diaudit. Ini menyebabkan pihak
pengurusan fakulti, terutama penyelaras
program sedang bertungkus lumus untuk
menyiapkan laporan kendiri dan dokumen-
dokumen sokongan yang berkaitan.
PPA memandang audit ini amat penting yang
semestinya mendapat tumpuan perhatian.
Hasil audit ini akan menentukan program-
program yang bertaraf 5 bintang atau yang lebih rendah. Di samping itu, jika
sistem audit dalaman didapati telah wujud dan semua program-program
pengajian menunjukkan kualiti yang tinggi, UKM boleh mendapat status
institusi akreditasi kendiri. Dalam masa yang sama, jawatan kuasa penubuhan
universiti APEX juga mengambil kira hasil audit ini dalam membuat
keputusannya. Oleh itu PPA tidak ada pilihan melainkan membantu fakulti
dalam mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang menjadi asas
pengauditan dan mewujudkan sistem audit dalaman yang kemas.
Sehubungan dengan ini, PPA semenjak tiga tahun lepas telah mula
melatih pensyarah-pensyarah mengenai asas pengajaran-pembelajaran yang
terdapat dalam KKM melalui kursus PTK dan Program Pemantapan Tenaga
Akademik. Penekanan telah diberikan kepada perkara-perkara berikut:
• Pembelajaran Berasaskan Hasil
• Pembinaan kurikulum
• Berbagai-bagai kaedah pembelajaran-pengajaran
• Pengukuran kompetensi pelajar
• Penambah baikan berterusan
PPA berharap, dengan sedikit bantuan, fakulti-fakulti dapat memastikan
program-program pengajiannya mendapat 5 bintang dan seterusnya UKM
mendapat status institusi akreditasi kendiri. Walau bagaimana pun, apa yang
lebih penting ialah selepas melalui perjalanan pembelajaran di UKM selama
3 atau 4 tahun, graduan UKM akan menjadi modal insan yang dicari-cari
oleh majikan dan menjadi pemimpin yang membawa jati diri kebangsaan di
persada antarabangsa.
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi:
Pemenang Anugerah Akademik Negara
2006 & Anugerah Melayu Cemerlang
2007 ...2
Penstrukturan Semula Pusat
Pembangunan Akademik ...3
Pelaksanaan e-Pembelajaran di UKM
...4
Perkembangan & Inovasi Kurikulum :
Fungsi & Peranannya ...6
Bengkel Penyetaraan dan Penarafan
Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)
...6
Inovasi Kurikulum Untuk
Merealisasikan Potensi Pelajar ...7
Program Pemantapan Tenaga
Akademik
...8
Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatif
dan Kualitatif (SLAB) ...9
Lawatan Kerja dari Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia ...10
Penghargaan dan Terima Kasih Mantan
Pengarah dan Kakitangan PPA ...11
Penerbitan PPA ...12
Prof. Ir. Dr. Riza Atiq O.K
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008 • 1
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
PengarahProf. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat
Timbalan Pengarah(e-Pembelajaran)
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi
Timbalan Pengarah(Latihan & Perkembangan Akademik)Dr. Salleh Amat
Timbalan Pengarah(Perkembangan & Inovasi Kurikulum)
Dr. Rosadah Abd. Majid
Penolong PendaftarEn. Mohd. Najib Adun
Sidang PengarangBuletin Pembangunan Akademik
PenasihatProf. Ir. Dr. Riza Atiq O.K Rahmat
EditorProf. Dr. Mohamed Amin Embi
Mohd. Najib Adun
Pengeluaran
Md. Nora Md. Don - Ketua Pengeluaran
Shah Emasintan Halim - Grafik / Pereka /
Citra Elektronik
Mohd Qurbani Mohd - Pengedaran
Badris
MISI
Merancang, melaksana dan memantau program
latihan akademik, perkembangan dan inovasi
kurikulum serta e-pembelajaran.
VISI
Bertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak
program pembangunan akademik bagi
merealisasikan UKM sebagai pusat ilmu terpilih.
MATLAMAT
Memantap dan meningkatkan kualiti program
pembangunan akademik UKM
DASAR KUALITI
Menyediakan perkhidmatan secara profesional
bagi menjamin dan memantapkan program PPA
untuk menepati kepuasan pelanggan.
Tahniah! Prof. Dr Mohamed Amin Embi telah dinobat sebagai pemenang
sulung Anugerah Akademik Negara 2006 (Kategori Inovasi Pengajaran)
dan Anugerah Melayu Cemerlang 2007 baru-baru ini. Beliau yang kini
menyandang jawatan Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) di PPA, telah
menghasilkan pelbagai inovasi
pengajaran yang memberi manfaat
bukan sahaja kepada pelajar/
pensyarah universiti tetapi juga para
pelajar dan pensyarah institusi
pengajian tinggi di seluruh negara.
Antara inovasi yang dihasilkan
beliau ialah program cara belajar
bahasa Inggeris secara atas talian
untuk penuntut pengajian tinggi di
Malaysia melalui portal yang
dinamakan e-Learn. Sebelumnya,
beliau telah membangunkan sebuah portal pengajaran dan pembelajaran yang
dikenali sebagai VirTEC (Virtual Teacher Education) untuk kegunaan pensyarah
Fakulti Pendidikan IPTA di seluruh Malaysia khususnya dan di rantau ASEAN
amnya. Portal ini dibangunkan melalui UNESCO Participation Programme 2000/
2001. Menerusi inovasi VirTEC, beliau telah memenangi Pingat Emas di
Pameran Penyelidikan dan Inovasi UKM 2003 dan Pingat Perak di Pertandingan
Rekacipta dan Inovasi 2003 anjuran MOSTI.
Dalam usaha menyediakan persekitaran guided self-directed learning,
beliau telah mengasaskan pusat sumber online untuk pelatih TESL di Fakulti
Pendidikan, UKM khususnya dan pelatih TESL di seluruh Malaysia amnya
melalui portal ELT-TReC (English Language Teaching – Online Resource
Center). Beliau juga telah memperkenalkan alat pengarangan yang
membolehkan pensyarah IPT mengurus bahan kuliah secara atas talian yang
dikenali sebagai WeB-CEPT (Web-Based Creating, Editing, Publishing Tool).
Ciptaan beliau ini telah memenangi Anugerah Inovasi dan Rekacipta UKM 2003.
Pada tahun yang sama, beliau telah memperkenalkan sistem pengurusan e-
pembelajaran yang dikenali sebagai e-MAS (e-Learning Management System)
untuk membolehkan pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM mengendalikan
kursus secara atas talian. Sistem ini mendapat pengiktirafan universiti dan
memenangi Anugerah Pengurusan Maklumat UKM 2005. Beliau juga telah
memperkenalkan satu lagi inovasi pengajaran yang dikenali sebagai SaLMaS
(Self-access Learning Management System) yang kini dipakai bukan saja oleh
pelajar dan pensyarah UKM tetapi juga oleh 200 pensyarah IPT di seluruh
negara. Menerusi inovasi SaLMaS, beliau telah memenangi Pingat Emas di
Malaysia Technology Expo 2006 dan Anugerah Inovasi dan Rekacipta UKM
2005. Terkini, beliau telah membangunkan e-LOK (e-Learning Online Kiosk)
dan mengasaskan My e-LeaRN (Malaysian e-Learning Research Network).
Sebagai penerima Anugerah Akademik Negara 2006, beliau menerima
sebuah piala, sijil dan wang tunai RM20,000. Di atas sumbangan berterusan
beliau terhadap pendidikan negara, beliau telah menerima Anugerah Melayu
Cemerlang pada 10 Mei 2008 di Majlis Anugerah Melayu Cemerlang sempena
sambutan Ulangtahun UMNO ke 62.
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi:Pemenang Anugerah Akademik
Negara 2006 & Anugerah MelayuCemerlang 2007
SEMASA
2 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008 • 3
Pusat Pembangunan Akademik (PPA) yang
ditubuhkah pada April 1998 telah distruktur semula
bagi memantapkan peranan dan fungsinya selaras
dengan status UKM sebagai Universiti Penyelidikan.
Penstrukturan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat
Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) bertarikh 25
Februari 2008 dan sejajar dengan keputusan tersebut,
sebuah pusat baru dikenali sebagai Pusat Perancangan
dan Komunikasi Korporat (PPKK) ditubuhkan.
Penstrukturan SemulaPusat Pembangunan Akademik
Fungsi asal PPA iaitu Perancangan Strategik dan
Pengurusan Kualiti diletakkan di bawah PPKK, manakala
PPA memainkan peranan dalam Latihan dan
Perkembangan Akademik, Perkembangan dan Inovasi
Kurikulum serta e-Pembelajaran. Serentak dengan
penstrukturan tersebut, portfolio bagi jawatan Pengarah
dan Timbalan Pengarah baru dilantik untuk menerajui
PPA. Fungsi baru yang dimainkan oleh PPA untuk
memantap dan mempertingkatkan kualiti program
akademik kepada semua fakulti/ pusat/ institut yang
diharap dapat merealisasikan impian UKM sebagai
universiti ulung di dunia.
Pengarah
Prof. Ir. Dr. Riza Atiq AbdullahO.K RahmatB.Eng., M.Eng., PhD., M.I.H.T.
M.R.E.A.A.A, M.I.E.M, P.Eng.
Timbalan Pengarah
(e-Pembelajaran)
Prof. Dr. Mohamed Amin EmbiB.A. Hons. (Brock, Canada), Dip.
Pend. (UKM), M.Ed. TESOL,
PhD. (Leeds, UK)
Timbalan Pengarah
(Latihan & Perkembangan
Akademik)
Dr. Salleh AmatBimbingan & Kaunseling,
Personalia Pelajar
Timbalan Pengarah
(Perkembangan & Inovasi
Kurikulum)
Dr. Rosadah Abd. MajidB.S.(Phys), M.S.Ed. (Sec. School),
M.Sc. Ed. (Sp. Ed.)(N. Illinois),
PhD. (U.K. Malaysia)
SEMASA
•Menjalankan latihan dan kegiatan peningkatan yang
berkaitan dengan urusan akademik.
•Merancang dan melaksanakan program baru untuk
pemantapan tenaga akademik.
•Menjalankan penyelidikan untuk peningkatan
kemahiran pengajaran, pemyelidikan, penulisan dan
perundingan ahli akademik.
•Menyedia dan menerbitkan modul latihan.
•Menjalankan program pembangunan kepimpinan dan
pengurusan akademik.
• Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan
e-Pembelajaran.
• Meningkatkan literasi dan latihan berkaitan dengan
e-Pembelajaran.
• Mengawal, memantau dan menambahbaik kualiti
kandungan pengajaran dan e-Pembelajaran.
•Memantau dan menambah baik kualiti kurikulum
pengajaran dan pembelajaran.
•Memantau pelaksanaan sistem penilaian kompetensi
pelajar selaras dengan keperluan Kerangka
Kelayakan Malaysia (KKM).
•Menyokong pembangunan dan inovasi kurikulum
pendidikan berasaskan hasil (OBE).
•Mengembangkan penyelidikan berkaitan kualiti dalam
pengajian tinggi dengan menggabungkan kepakaran
dalaman dan luaran.
Memantau program pembangunan akademik meliputi:
•Perkembangan & inovasi kurikulum
•Latihan & perkembangan akademik
•e-Pembelajaran
4 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008
P ersaingan dalam era ICT dan masyarakat
berdasarkan pengetahuan telah menjadi lebih
mencabar bagi sesebuah organisasi kearah mencapai
kecemerlangan. Untuk bersaing, UKM sebagai sebuah
institusi terkemuka dunia perlu berubah dan mengasimilasi
budaya permodalan pengetahuan. Satu strategi untuk
bersaing adalah dengan pembangunan dan pengukuhan
e-pembelajaran dalam produk dan perkhidmatan
akademik. Dalam konteks ini, seorang Timbalan Pengarah
telah diwujudkan di Pusat Pembangunan Akademik khusus
untuk e-Pembelajaran. Antara lain, bahagian ini
bertanggungjawab
• merancang, menyelaras dan memantau
pelaksanaan e-Pembelajaran di UKM,
• meningkatkan literasi dan latihan berkaitan dengan
e-Pembelajaran di kalangan pensyarah dan pelajar
UKM dan
• mengawal, memantau serta menambahbaik kualiti
kandungan pengajaran dalam mod e-Pembelajaran.
Jawatankuasa e-Pembelajaran
Di peringkat governans, Jawatankuasa e-
Pembelajaran (JKeP) telah diwujudkan menggantikan
Jawatankuasa Akademik yang dahulunya di bawah
Jawatankuasa Induk Teknologi Maklumat (sekarang
dinamakan Majlis Teknologi Maklumat. JKeP
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (e-
Pembelajaran), PPA dan dianggotai oleh Dekan Fakulti
Teknologi & Sains Maklumat, Dekan Fakulti Pendidikan,
Pengarah Pusat Teknologi Maklumat, Pengarah Pusat
Kembangan Pendidikan, Pustakawan serta beberapa
pakar bidang e-Pembelajaran yang dilantik oleh pengerusi.
Kursus e-Pembelajaran
PPA telah merancang beberapa Kursus Pengajaran
dan Pembelajaran secara Online serta Kursus Sistem
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif
(SPIN) untuk meningkatkan literasi dan kemahiran tenaga
akademik UKM berkaitan dengan e-Pembelajaran. Kursus
yang dirancang pada tahun 2008 adalah seperti yang
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Pelaksanaan e-Pembelajaran di UKMProf. Dr. Mohamed Amin Embi
Dasar e-Pembelajaran
Bagi memantapkan lagi pelaksanaan e-Pembelajaran
di UKM, Dasar e-Pembelajaran telah digubal dan
diperakukan oleh Senat. Dasar umum e-Pembelajaran
adalah seperti berikut:
• e-Pembelajaran di UKM adalah kaedah intruksi
pelengkap serta sistem sokongan yang digunakan
oleh pensyarah bertujuan meningkatkan kualiti dan
keberkesanan pengajaran & pembelajaran.
• e-Pembelajaran di UKM digunakan dalam mod
blended learning iaitu gabungan antara kaedah
pembelajaran konvensional dan kaedah
pembelajaran maya. Justeru, pensyarah dan pelajar
masih bertemu di bilik kuliah secara bersemuka
mengikut jadual yang ditetapkan oleh universiti.
• Maklumat asas (silibus) setiap kursus yang
ditawarkan oleh UKM pada setiap semester di
peringkat prasiswazah dan siswazah disediakan
secara atas talian mengikut format Kerangka
Kelayakan Malaysia (KKM).
• Kandungan kursus secara atas talian perlu
diperkayakan secara berperingkat.
• Semua pensyarah perlu meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran untuk menguruskan pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian.
• Semua pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran berkaitan e-pembelajaran.
• UKM bertanggungjawab menyediakan sumber,
latihan dan sokongan berkaitan dengan e-
pembelajaran.
e-PEMBELAJARAN
Kursus
Kursus Pengajaran & Pembelajaran
Secara Online
Kursus SPIN
Siri 1
17-20 Jun
31 Mac
Siri 2
13-16
Okt.
Siri 3
-
5 Mei
Siri 4
-
16 Jun
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008 • 5
PPA juga telah membangunkan pusat sehenti atas
talian tentang e-Pembelajaran yang dikenali sebagai
eLOK@UKM (e-Learning Online Kiosk) yang boleh dicapai
di www.ukm.my/elok. Antara komponen eLOK@UKM ialah
Buletin e-Pembelajaran, Seminar e-Pembelajaran, Pakar
e-Pembelajaran, Kursus e-Pembelajaran, Penerbitan e-
Pembelajaran, Penyelidikan e-Pembelajaran, Forum e-
Pembelajaran & Hiperangkai e-Pembelajaran.
Akhir sekali, UKM juga telah membangunkan SistemPengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif(SPIN) yang lebih user-friendly menggantikan portal
Learning Care yang sedia ada. Di Kampus Induk Bangi,
SPIN boleh dicapai di www.spin.ukm.my; manakala di
Kampus KL, SPIN boleh dicapai di spin.medic.ukm.my.
Sekitar Training of Trainers SPIN pada 17 Mac 2008 bertempat diMakmal Multimedia Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh
e-PEMBELAJARAN
6 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008
Perkembangan & Inovasi Kurikulum :
Fungsi & Peranannya
Dr. Rosadah Abd. Majid
Untuk meningkatkan kualiti kurikulum UKM, satu unit
khas yang menjurus kepada aspek Perkembangan &
Inovasi Kurikulum (PIK) telah diwujudkan di bawah Pusat
Pembangunan Akademik pada awal tahun 2008. Langkah
ini cukup bertepatan dengan matlamat universiti menjadi
pusat ilmu bertaraf dunia. Fungsi dan peranannya
dijelaskan seperti berikut.
Fungsi PIK
• Menyediakan garis panduan mengenai pelaksanaan
sistem penilaian kompetensi pelajar selaras dengan
keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).
• Menyokong pembangunan dan inovasi kurikulum
pendidikan berasaskan hasil (OBE).
• Memantau dan menambah baik kualiti kurikulum
pengajaran dan pembelajaran.
• Mengembangkan penyelidikan berkaitan kualiti
dalam pengajian tinggi dengan menggabungkan
kepakaran dalaman dan luaran bagi membantu
menambah baik pengajaran dan pembelajaran di
UKM.
Skop Peranan PIK
• Menyalurkan sokongan serta bimbingan kepada
fakulti dalam usaha untuk penambahbaikan kualiti
kurikulum pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan latihan bagi membantu fakulti untuk
membangunkan inovasi kurikulum seperti
pendidikan berasaskan hasil (OBE), dan
seumpamanya.
• Melatih panel untuk akreditasi program pengajian di
peringkat dalaman.
• Merancang dan melaksanakan akreditasi dalaman
untuk program pengajian.
• Menyalurkan sokongan serta bimbingan kepada
fakulti dalam melaksanakan sistem penilaian
kompetensi pelajar selaras keperluan Kerangka
Kelayakan Malaysia (KKM).
PERKEMBANGAN & INOVASI KURIKULUM
Bengkel Penyetaraan dan Penarafan
Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)
Mohd. Najib Adun
P usat Pembangunan Akademik (PPA) telah
melaksanakan Bengkel Penyetaraan dan Penarafan
Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) pada 15 April 2008
di Hotel Marriot, Putrajaya. Seramai 48 peserta telah hadir
dalam bengkel ini yang terdiri daripada Timbalan Dekan
(Akademik/Prasiswazah), Timbalan Pengarah Pusat,
Ketua Pengurus Kualiti dan Penolong Pendaftar. Tujuan
bengkel untuk membantu pihak fakulti/pusat bagi
penyediaan laporan kendiri yang akan diaudit pada bulan
Jun 2008.
Hasil bengkel adalah:
• Peserta memahami implikasi dan keperluan yang
didasari oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).
• Peserta memahami senario serta trend
perkembangan keperluan pendidikan di IPT.
• Peserta berkebolehan untuk menyediakan laporan
kendiri bagi setiap fakulti dan pusat.
Sebanyak dua kertas kerja yang telah dibentangkan
oleh Prof. Dr. Zita Hj. Mohd. Fahmi (Timbalan Ketua
Eksekutif, Jaminan Kualiti, Agensi Kelayakan Malaysia)
dan Prof. Dr. Che Husna Azhari (Pengarah Institut Alam
dan Tamadun Melayu, UKM).
Bagi tujuan persediaan awal audit oleh pihak MQA
pada bulan Jun 2008, PPA akan mengadakan Bengkel
Penilai Kerangka Kelayakan Malaysia pada 22 Mei 2008.
Bengkel MQF pada 15 April 2008 di Hotel MarriottPutrajaya
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008 • 7
Inovasi Kurikulum UntukMerealisasikan Potensi Pelajar
Dr. Rosadah Abd. Majid
Terpilihnya seseorang pelajar untuk mendaftar di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bererti dia
telah berjaya memenuhi syarat-syarat kemasukan yang
telah ditetapkan oleh pihak universiti. Dengan kata lain
pelajar tersebut dianggap layak dan berpotensi untuk
mengikuti pengajian di UKM. Berpotensi di sini bermaksud
berkemampuan dari segi mental, fizikal serta emosinya
untuk dibangunkan sehingga menjadi seorang graduan
yang cemerlang. Ahli akademik merupakan antara agen
yang mempunyai peranan dalam proses pembangunan
potensi para pelajar tersebut. Khususnya dalam mengikuti
program pengajian, proses pembangunan potensi pelajar
perlu kepada perancangan yang mantap dalam rekabentuk
kurikulum dan di dalam sistem penyampaian kurikulum.
Dimensi
Terdapat sekurang-kurangnya dua dimensi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat
pengajian tinggi. Dimensi pertama berkaitan dengan
domain ilmu serta kemahiran professional dalam bidang
pengajian yang dipilih, dan dimensi kedua berkaitan
dengan kemahiran generik. Pada dimensi pertama
kedalaman serta kompleksiti ilmu pengetahuan bidang
pengajian sewajarnya disebatikan dengan para pelajar
bagi memenuhi cabaran keperluan pembelajaran mereka
dalam aspek kognisi dan psikomotornya. Dengan kata lain,
kurikulum pengajian dibangunkan untuk kesinambungan
penerokaan ilmiah khususnya pada aspek penyelidikan
serta inovasi di kalangan para pelajar. Disamping itu
keberkesanan kurikulum dan sistem penyampaian
kurikulum terserlah didalam pembentukan tenaga
profesional yang cekap bagi menyediakan sumber
manusia yang berdaya saing.
Apakah pula yang dimaksudkan dengan kemahiran
generik? Kemahiran generik merujuk kepada kemahiran
yang wajar dikuasai oleh setiap graduan yang dapat
diperhatikan dalam pembangunan diri pelajar itu secara
holistik. Pembangunan holistik yang dimaksudkan
menuntut agar para pelajar terdidik menjadi seorang
graduan yang bijaksana. Bagaimanakah gambaran
seorang graduan yang bijaksana? Kebijaksanaan
seseorang terserlah melalui keterampilan dirinya yang
berwibawa dalam hubungan inter personal, mempunyai
kesedaran sosial yang tinggi serta beretika, mandiri serta
berpotensi melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat,
dan berhemah dalam membuat keputusan, dalam tindakan
serta dalam berkomunikasi.
Kerangka Kelayakan Malaysia
Bagi memastikan para graduan dari institusi pengajian
tinggi di Malaysia mendapat pendidikan secara seimbang
atau holistik, Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian
Qualification Agency (MQA) telah menggabungkan ciri-ciri
graduan yang ingin dilahirkan dari IPT dalam satu kerangka
yang dikenali sebagai Kerangka Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualification Framework–MQF). Walaupun
terdapat satu penetapan di sini namun ia dimuatkan di
dalam sebuah kerangka. Justeru ia memberi ruang untuk
diterjemahkan secara lebih luwes oleh ahli akademik asal
sahaja tidak melepasi batas kerangka yang diberikan.
Inovasi Kurikulum
Kurikulum dilihat sebagai satu alat yang penting
bertujuan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai
ciri-ciri seperti yang ditetapkan oleh MQF. Kurikulum
merujuk kepada aspek komposisi bidang ilmu dalam satu-
satu bidang pengajian. Ia seterusnya diperincikan lagi
menerusi isi kandungan kursus. Turut diberi perhatian
sistem penyampaian kurikulum tersebut. Ini termasuk
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta proses
penaksiran dalam perlaksanaan kursus. Persoalannya,
bagaimanakah kurikulum serta sistem penyampaiannya
boleh dijadikan berfungsi bagi menghasilkan pelajar seperti
yang diharapkan, ia itu graduan yang bijaksana dan berjaya
mencapai potensinya serta berdaya saing di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Justeru kurikulum serta
mekanisma penyampaian kurikulum perlu kepada inovasi
agar ia lebih mampu mencapai kepada hasrat yang
diharapkan. Inovasi kurikulum bukanlah sekadar cuba jaya
malah ia boleh dilaksanakan secara sistematik seperti
pendekatan kajian tindakan yang menjadikan pengajaran
dan pembelajaran sebagai sebahagian dari sumber
penyelidikan. Kesimpulannya, kurikulum dan penyampaian
kurikulum dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang perlu
kepada inovasi serta pembangunan dari masa ke masa
bagi memenuhi keperluan tuntutan peredaran zaman
dalam membangunkan potensi individu.
PERKEMBANGAN & INOVASI KURIKULUM
8 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008
Program Pemantapan Tenaga Akademik
Md. Nora Md. Don
P enggunaan sistem kursus secara maya
menggunakan Portal Learning Care UKM dengan
kerjasama Pusat Komputer secara tidak langsung memberi
perkhidmatan jaringan kepada keseluruhan peserta yang
mengikuti kursus di bawah Pusat Pembangunan
Akademik (PPA). Tidak ketinggalan dengan pengendalian
program pemantapan tenaga akademik yang bertujuan
bagi membantu ahli akademik mengikuti kursus-kursus
yang diperlukan dalam perkembangan kerjaya.
Sehingga bulan April 2008, Pusat Pembangunan
Akademik telah berjaya mengendalikan 5 kursus di bawah
Program Pemantapan Tenaga Akademik.
Ini menunjukkan program yang dirancang ini digubal
dan dikemaskini dari masa ke semasa dan amat bertepatan
dalam kemajuan kerjaya sebagai ahli akademik dan
mampu untuk menarik dan menggunakan peluang yang
tersedia ini bagi meningkatkan kualiti sama ada dalam
aspek pengajaran dan pembelajaran, penulisan jurnal,
penyeliaan, penyelidikan dan sebagainya melalui program
latihan yang dilaksanakan agar kualiti akademik dapat
bersaing di persada antarabangsa.
Kursus Analisis Data Penyelidikan KuantitatifKursus Pengajaran dan Pembelajaran Efektif di IPT
LATIHAN & PERKEMBANGAN AKADEMIK
Nama Kursus
Kursus Pengajaran dan
Pembelajaran Efektif di IPT
Kursus Analisis Data
Penyelidikan Kuantitatif
Kursus Penulisan Makalah
Jurnal Berimpak dan Berindeks
Kursus Analisis Data
Penyelidikan Kualitatif
Kursus Kemahiran Penyeliaan
Efektif di IPT
Tarikh Tempat Jumlah Peserta
22-24 Februari
2008
11-13 Mac
2008
25-27 Mac
2008
11-13 April
2008
18-20 April
2008
Hotel Royale Bintang
Seremban, Negeri Sembilan
Palm Garden, IOI Resort,
Putrajaya
Cyberview Lodge Resort dan
Spa, Cyberjaya
Hotel Bayview, Melaka
Hotel Regency Beach Resort,
Tanjung Tuan, Port Dickson
30
25
39
24
24
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008 • 9
Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatifdan Kualitatif (SLAB)
Md. Nora Md. Don
Pelaksanaan kursus kaedah penyelidikan kuantitatif
dan kualitatif di bawah Program SLAB adalah
persetujuan bersama Unit Latihan, Pejabat Pendaftar dan
PPA mulai tahun 2006. Kursus SLAB ini diadakan khas
kepada tenaga akademik
yang hendak bercuti belajar
sama ada di peringkat
Sarjana (Master) dan Doktor
Falsafah (PhD).
Pengisian
Sepanjang berkursus
peserta diberi pendedahan
dalam penulisan cadangan
penyelidikan kuantitatif
berbentuk experimental/
tinjauan/survey manakala
penulisan cadangan
penyelidikan kualitatif
berbentuk kajian kes atau
analisis dokumen/grounded
theory/ ethnography. Di
samping itu penggunaan
kaedah penyelidikan yang berbentuk tunjuk ajar
menganalisis data menggunakan perisian SPSS, SAS,
AMOS dan Nvivo versi 7 dan 8 dalam pelbagai strategik
pengumpulan, analisis data dan mengintergrasikan data
dalam menentukan kebolehpercayaan serta kesahan reka
bentuk data kedua-duanya juga diperlihatkan kepada
peserta. Peserta kursus juga dapat membezakan pelbagai
reka bentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif di
samping dapat mengamalkan etika penyelidikan.
Proposal,Pembentangandan Penilaian
Peserta kursus diminta
menyediakan proposal
penyelidikan dan
membentangkan mengikut
kumpulan kecil yang telah
dipecahkan kepada 3
Kumpulan iaitu Gugusan
Sains Sosial, Gugusan Sains
dan Gugusan Perubatan dan
Kesihatan. Peserta perlu
menghantar proposal
penyelidikan yang telah
dibentangkan serta
diperbaiki untuk dinilai
semula oleh penceramah.
Penilaian proposal
penyelidikan akan diperakukan oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Penilaian yang akan menentukan status
peserta sama ada proposal penyelidikan yang dihasilkan
baik, sederhana dan lemah.
Jadual di bawah menunjukkan tarikh kursus
penyelidikan SLAB yang telah dilaksanakan sehingga
bulan April tahun 2008.
Kursus SLAB pada 24 - 27 Januari 2008 diKLIA, Sepang
LATIHAN & PERKEMBANGAN AKADEMIK
Kursus
Kaedah Penyelidikan Kuantitatif
& Kualitatif (SLAB) Siri 1/2008
Kaedah Penyelidikan Kuantitatif
& Kualitatif (SLAB) Siri 2/2008
Tarikh
24-27 Jan
24-27 April
Tempat
Hotel Concorde Inn,
KLIA, Sepang
Hotel Concorde Inn,
KLIA, Sepang
Jumlah Peserta
36
38
10 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008
Prof. Ir. Dr. Riza Atiq O.K Rahmat menyampaikanucapan aluan kepada delegasi
Taklimat disampaikan oleh Dr. Salleh Amat
Delegasi di Muzium Warisan Akademik Para Pegawai PPA dan delegasi bergambarkenangan
Pada 29 April 2008, PPA menerima kunjungan seramai
tujuh orang kakitangan dari Jabatan Pengajian
Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Lawatan bertujuan berkongsi pengalaman
mengenai pelaksanaan Kursus Penilaian Tahap
Kecekapan (PTK) kakitangan Akademik UKM.
Kehadiran delegasi tersebut disambut oleh Prof. Ir.
Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Pengarah PPA di Bilik
Senat, Bangunan Canselori. Dr. Salleh Amat, Timbalan
Lawatan Kerja dari Kementerian PengajianTinggi Malaysia
Mohd. Najib Adun
Pengarah (Latihan dan Perkembangan Akademik)
memberikan taklimat mengenai perancangan dan
pelaksanaan PTK Akademik UKM kepada semua delegasi.
Delegasi tersebut juga berkesempatan melawat
Muzium Warisan Akademik untuk melihat kejayaan dan
kegemilangan UKM sejak ditubuhkan pada tahun 1970
hingga kini.
HUBUNGAN LUAR
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008 • 11
Penghargaan dan Terima KasihMantan Pengarah dan Kakitangan PPA
Mohd. Najib Adun
Prof. Dato’ Dr. Muhammad
Yahaya telah berkhidmat
dengan cemerlang sebagai
Pengarah PPA sejak tahun 2001
hingga 2007. Dengan sifat
kepimpinan yang tegas dan
berkeperibadian yang low
profile, beliau telah berjaya
menggerakkan PPA ke arah
kecemerlangan universiti.
Walaupun serius ketika
menjalankan tugas sebagai
pentadbir dan ahli akademik, namun beliau sentiasa mesra
dengan kakitangannya.
Sejak memegang tampuk pemerintahan PPA,
beberapa kejayaan dan kegemilangan telah dicapai oleh
PPA dan UKM:
• Anugerah Kualiti Perdana Menteri
• Universiti Penyelidikan
• Persijilan ISO Pengajian Prasiswazah
• Pelan Strategik UKM 2000-2020
• Penstrukturan Fakulti dan Pusat
• Sambutan 30 dan 35 tahun UKM
• Penabayu dan Pekabayu
• Anugerah Kualiti UKM
Seluruh warga PPA mengucapkan syabas dan tahniah
kepada beliau yang telah bersara dan sekarang berkhidmat
sebagai Profesor di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti
Sains dan Teknologi.
Warga PPA juga ingin mengambil kesempatan
mengucapkan terima kasih kepada semua mantan
kakitangan PPA yang telah tamat tempoh perkhidmatan
dan bertukar ke jabatan lain selaras dengan penstrukturan
semula PPA. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian
di PPA amatlah dihargai. Selamat maju jaya ditempat baru.
Jasamu tetap dikenang.
PENTADBIRAN
Nama
Prof. Dato' Dr. Muhammad Yahaya
Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah
Prof. Madya Md. Zhahir Kechot
Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin
Pn. Ruziyah Ahmad
Pn. Norizwati Ibrahim
Pn. Norjismi Abdul Malek
Pn. Nila Kandi Juita Idris
Pn. Mahanom Md. Yassin
En. Ahmad Hazreen Wagiman
En. Shahrin Anuar
Pn. Norhayati Ibrahim
Jawatan
Pengarah
Timb. Pengarah (Perancangan Strategik)
Timb. Pengarah (Pengurusan Kualiti)
Timb. Pengarah (Latihan Akademik)
Ketua Penolong Pendaftar
Pegawai Teknologi Maklumat
Penolong Pegawai Tadbir
Pem. Tadbir (Kesetiausahaan)
Pem. Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pem. Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pem. Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pem. Tadbir Rendah
Tempat Baru
Fakulti Sains dan
Teknologi
Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan
Fakulti Ekonomi dan
Perniagaan
Fakulti Pendidikan
Pusat Perancangan dan
Komunikasi Korporat
Penerbitan PPA
Buku ini mengandungi himpunan kertas kerja terpilih
daripada Prosiding Seminar Kebangsaan e-
Pembelajaran yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan
Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan
Disember 2006. Buku ini juga mengandungi tiga tema
utama iaitu Amalan Pedagogi dalam Persekitaran e-
Pembelajaran, Pembangunan Bahan, dan Pelaksanaan
Sistem Pengurusan Pembelajaran serta Isu dan Cabaran
e-Pembelajaran.
Tema pertama membincangkan pelbagai amalan
pedagogi dalam persekitaran e-pembelajaran yang
dipraktikkan oleh ahli akademik di IPT di Malaysia. Tema
kedua mengemukakan elemen pembangunan bahan dan
pelaksanaan sistem pengurusan pembelajaran yang
dilaksanakan di IPT di Malaysia. Tema ketiga
membahaskan isu dan cabaran yang diharungi oleh ahli
akademik IPTA dalam pengimplementasian e-
pembelajaran di Malaysia.
Pedagogi & Pembangunan e-Pembelajaran diInstitusi Pengajian Tinggi
2007
Penerbit Pusat Pembangunan Akademik, UKM
ISBN 978-983-2975-88-5, 245 hlm. RM20.00
Siti Rahayah Ariffin, Norazah Mohd. Nordin
The success of e-learning depends on the policy
governing its implementation strategies and the
application factors. Policies governing the applications and
usage of e-learning at tertiary education have to be in place
in order to take advantage of the technological advances
so that Malaysia’s aspiration to be the educational hub for
the Asian region can be achieved.
This book is to prepare the readers to better
understand the policy and implementation issues of e-
learning. The chapters presented are a collection of
research and experience of educationists from various
disciplines and universities in Malaysia and an overview
of current research in e-learning for researchers,
educators, policy makers and those who are involved in
online learning.
Policy and Implementation of e-Learning AtInstitutions of Higher Learning
2008
Penerbit Pusat Pembangunan Akademik, UKM
ISBN 978-983-2975-89-2, 239 hlm. RM20.00
Norizan Abdul Razak, Abd. Ghafur Ahmad
Pembelian/Pesanan :e-mel : [email protected]
Tel : 03-8921 5233
Pembelian/Pesanan :e-mel : [email protected]
Tel : 03-8921 5233
12 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • JAN-APR 2008