bil 1, 2015 pusat kokurikulum uthm.ori

Download BIL 1, 2015 PUSAT KOKURIKULUM UTHM.ORI

Post on 21-Jul-2016

263 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1

    Bil. 1/2015

    FIESKOM 2014 KEJOHANAN BOLA TAMPAR & BOLA JARING

    JEMPUTAN MTUN KOKURIKULUM UTHM

    DELEGASI UNIVERSITAS GADJAH MADA

    (UGM) KE UTHM

  • 2

    KANDUNGAN:

    03 - Bingkisan Tahun Baru (2015).

    04 - Dari Meja Pengarah Pusat Kokuriku-

    lum UTHM.

    05 - Carta Organisasi Pusat Kokurikulum

    UTHM & Direktori.

    06 - Peratusan Pelajar Kokurikulum Sem I

    Sesi 2014/2015

    07 - Bilangan Pelajar Kursus Kokurikulum

    Mengikut Teras Sem 1 Sesi 2014/2015.

    08 - MTUN 2014.

    09 - 10 Pelajar UTHM Sertai Program Mo-

    biliti Di Universitas Gadjah Mada (UGM)

    10 - UTHM Perkukuh Jalinan Kerjasama

    Malaysia - Indonesia Melalui Kebudayaan.

    11 - Siswa UTHM Bina Rumah Produksi Baja

    Organik di Yogyakarta

    11 - Penuntut UTHM Ajar Pelajar Sekolah

    Asas Pertolongan Cemas.

    12 - Pementasan Muzikal Uji Keberanian

    Penuntut.

    14 - Memeriahkan FIESKOM 2014 UTHM.

    15 - Bengkel-Bengkel Yang Dianjurkan Oleh

    Pusat Kokurikulum UTHM.

    16 - Tangisan Al-Aqsa (FIESKOM 2014).

    17 - Night Relay (FIESKOM 2014).

    18 - Perhimpunan Pagi & Pertandingan Ka-

    wad Kaki Badan Uniform (FIESKOM 2014).

    19 - Ekspo & Pameran (FIESKOM 2014)

    20 - Kempen Derma Darah & Malam Ke-

    budayaan (FIESKOM 2014).

    21 - Ceramah Kuliah Kerja Nyata & Bengkel

    Angklung Dan Tarian.

    22 - Program Lawatan Kerja Delegasi Uni-

    versitas Gadjah Mada (UGM) Ke UTHM.

    23 - Persembahan Angklung & Senitari Dari

    Universitas Gadjah Mada (UGM) Sempena

    Majlis Konvokesyen UTHM Ke 14.

    24 - Majlis Makan Malam Dan Majlis Penye-

    rahan Angklung Daripada Universitas Gad-

    jah Mada (UGM) Kepada UTHM.

    25 - Lawatan Kerja Pusat Kokurikulum

    UTHM Ke UNIMAP & UUM.

    26-31 - Program-Program Kokurikulum

    Sepanjang Semester I Sesi 2014/2015.

    32 - Bengkel Pemurnian Fail Meja Pusat Ko-

    kurikulum UTHM.

    33 - Bengkel Penulisan Buku & Panduan

    Akademik Pusat Kokurikulum UTHM.

    34 - Bengkel Penerapan Nilai-Nilai Hots

    Dan Training Of Trainers (TOT) Pengajar

    Kokurikulum UTHM Semester I Sesi

    2014/2015.

    35 - Majlis Perpisahan Staf Sambilan Hari-

    an.

    SIDANG REDAKSI

    PENAUNG

    Prof. Madya. Dr.Ahmad bin Esa

    KETUA EDITOR

    Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman

    EDITOR

    Dr. Mohd. Khir bin Mohd. Nor

    Pn. Zalinah binti Salehon

    Pn. Nor Azwa binti Mohammad

    PENASIHAT

    Prof. Madya Nawawi bin Jusoh

    FOTOGRAFI & GRAFIK

    En. Mohd Suffian bin Md Nor

    PENGARANG

    Pn. Hjh. Sarebah binti Warman

    En. Zamhairuddin bin Ahmad Izomi

    Pn. Nor Azila binti Kelewon

    Cik Nur Afifah binti Shahidan

    EDARAN

    Pn. Siti Khadijah binti Hj.Md Som

  • 3

    BINGKISAN BICARA TAHUN BARU (2015)

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Se-jahtera dan Salam 1Malaysia dan Salam 1 Pusat Kokuriku-

    lum UTHM

    Marilah kita, keluarga Pusat Kokurikulum UTHM (PK) me-

    manjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahim dan rahmat-Nya kita bertemu dengan tahun

    2015. Semoga kita semua dilanjutkan usia, dimurahkan

    rezeki, dikurniakan kesihatan yang terbaik dan sentiasa be-

    rada dalam perlindungan-Nya. Selawat dan salam ke atas

    junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga kita semua sentiasa memperoleh syafaat daripada Baginda.

    Saya ingin memulakan bingkisan bicara bagi tahun 2015 ini

    dengan berpesan kepada diri saya dan ahli keluarga PK sen-

    tiasa istiqamah dalam beribadat terutamanya dalam

    mengerjakan Solat wajib 5 waktu. Sebaiknya juga kita mem-

    perbanyakkan membaca Al-Quran dan melakukan ibadat sunat seperti solat Tahajud dan Duha. Selain biasakan lidah

    mengucap Astaghfirullah dan berselawat seperti, Allahumma salli `ala Muhammad wa'ali Muhammad.

    Insya-Allah dengan sentiasa mengingati Allah dan Nabi Mu-

    hammad SAW, dan menuntaskan tanggungjawab mengikut amalan agama masing-masing, keperibadian kita akan

    cemerlang. Apabila diri kita cemerlang, PK akan gemilang

    dan UTHM, Malaysia dan dunia akan terbilang.

    Pada ruang dan kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan rasa kagum saya terhadap kapasiti, ini-

    siatif, kreativiti dan inovasi, kelembutan budi dan keikhlasan hati semua sahabat PK dan jurulatih/

    pengajar sehingga membolehkan kita mampu menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh negara, masyarakat, UTHM dan PK. Paling penting kita berjaya mendidik insan pelajar dalam pen-

    guasaan kemahiran insaniah, kemahiran dan ilmu berkaitan kursus kokurikulum yang mereka ikuti.

    TAHNIAH SEMUA.

    Antara kejayaan 2014 ialah PK berjaya daripada segi pengantarabangsaan dengan menghantar pelajar

    mengikuti kursus kokurikulum berkredit di Universitas Gadjah Mada. Di peringkat Universiti pula, ber-laku pertambahan jumlah kursus kokurikulum yang melaksanakan University Community Engagement (UCE). Di samping PK berjaya meneruskan tradisi penglibatan pelajar dalam Hari Kokurikulum meneru-

    si FIESKOM 2014 dan mengeratkan silaturahim dengan Universiti MTUN menerusi Pertandingan Koku-

    rikulum Sukan MTUN. Pastinya yang paling manis, PK berjaya menepati dan melepasi keperluan audit

    surveillance tanpa OFI dan NCR. SYABAS SEMUA

    Bagi menjamin kelestarian dan meningkatkan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan kendiri dan PK, marilah kita bersama-sama menjana idea, mengatur bicara, mencurah tenaga pada tahun 2015

    dan seterusnya dalam merancang dan melaksanakan program PK, Universiti dan Negara. Semoga

    pelanggan kita menjadi modal insan berdaya saing di pasaran glokal.

    Akhir kata, siapalah saya tanpa tuan-tuan? Manalah arah PK tanpa tuan-tuan? Apalah status UTHM

    tanpa tuan-tuan? Bagaimanalah situasi Negara tanpa tuan-tuan? Bilalah negara berjaya tanpa tuan-

    tuan? Tuan-tuanlah jawapan kepada semua persoalan tadi. Kerana apa? Kerana tuan-tuan insan yang ditakdirkan bersama PK dan tuan-tuan sebenarnya HEBAT!!! Terima kasih Semua. SELAMAT MENYAM-

    BUT TAHUN 2015

    KOMITED, KOMPETEN, BERDIKARI

    Major Kehormat (RELA) Profesor Madya Dr Hj. Ahmad Bin Esa

    Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM

  • 4

    DARI MEJA PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM

    Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Ko-

    kurikulum.

    Marilah kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya,

    tercernanya minda kita, sasanya tubuh kita dan optimumnya masa

    kita, sehingga beranjak usia Buliten PK kepada keluaran yang ke-3.

    Penerbitan kali ini pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai khalayak

    pembaca. Ini kerana, selain Laman Web PK, Newsletter, Facebook,

    WhatsApp dan media perdana, Buletin Pk juga merupakan saluran

    rasmi PK UTHM berkongsi rasa dan minda jaya bersama masyarakat

    kampus, warganegara dan penduduk dunia.

    Setiap butir peristiwa yang dicoret, setiap gambar yang dipaparkan

    dan setiap wahana yang dilontarkan adalah cerminan kejayaan PK

    UTHM dalam memantapkan kemahiran insaniah pelajar. Rentetan pelaporan di Buletin PK adalah se-

    lari dengan Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia untuk melahirkan graduan seimbang, holistik dan

    berminda keusahawanan.

    Dengan hati terbuka dan berlapang dada, kami keluarga PK UTHM bersedia menerima kritikan mem-

    bina dan cadangan penambahbaikan untuk keluaran akan datang. Sekalung budi kepada yang sudi

    meluangkan masa menelusuri bait-bait bahasa kami.

    Terima kasih tiada bertepi, tanpa limitasi

    Wassalammualaikum...

    Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Bin Esa

    DARI KACA MATA KETUA EDITOR

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah buletin Pusat

    Kokorikulum edisi Bil 1. 2015 telah berjaya diterbitkan sebagai satu

    medium untuk pusat kokurikulum berkongsi dengan warga UTHM

    aktiviti-aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh pelajar-

    pelajar kursus-kursus kokurikulum dan warga Pusat Kokurikulum

    sepanjang bulan Jun 2014 sehingga Disember 2015.

    Program yang dijalankan adalah bertujuan mendidik pelajar-pelajar

    supaya bukan sahaja menjadi pelajar yang cemerlang dalam

    akademik malah cemerlang dalam bidang sahsiah, rohani dan

    jasmani. Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian pendidikan

    tinggi untuk melahirkan pelajar siswazah yang mempunyai

    kemahiran insaniah yang tinggi. Terima kasih kepada mereka yang

    terlibat dalam menjayakan visi dan misi Pusat kokurikulum seterusnya visi dan misi universiti.

    Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman

  • 5

    CARTA ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM

    UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

    Nama Jawatan No. Telefon Email.uthm

    .edu.my

    Prof. Madya Dr. Hj Ahmad Bin Esa Pengarah (DS54) 07-4537480 ahmad

    Nor Azwa Binti Mohammad Setiausaha Pejabat (N27) 07-4537481 azwa

    Hjh. Sarebah Binti Warman Timbalan Pengarah Dan Ketua Jabatan

    Kepimpinan, Khidmat Masyarakat Dan Pen-

    gucapan Awam (DS52)

    07-4537011 sarebah

    Zalinah Binti Salehon Pengawai Tadbir Kanan (N44) 07-4537483 zalinah

    Mohd. Suffian Bin Md. Nor Penolong Jurutera (JA29) 07/4537484 msuffian

    Zamhairuddin Bin Ahmad Izomi Pembamtu Tadbir (P/O) Kanan (N22) 07-4537484 zam

    Siti Khadijah Binti Hj. Md. Som Pembantu Operasi (N11) 07-4537484 skhadija

    Nama Jawatan No. Telefon Email.uthm

    .edu.my

    Prof. Madya Nawawi Bin Jusoh Ketua Jabatan Keusahawanan, Daya Usaha

    Dan Inovasi (DS54)

    07-4537781 nawawi

    Dr. Mohd Khir

Recommended

View more >