big pismp panduan pelaksanaan big sem.4

Upload: cikgu-saiful

Post on 03-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    1/19

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Berkuat kuasa mulai November 2010

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    2/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 1 -

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2

    2. Falsafah Pendidikan Guru 2

    3. Pengenalan Program Bina Insan Guru Semester 4 3

    4. Matlamat dan Objektif Program BIG 3

    5. Objektif Buku Panduan dan Modul Pelaksanaan BIG 5

    6. Garis Panduan Pelaksanaan Ceramah/Bengkel 6

    7. Maklumat Pelaksanaan Ceramah/Bengkel 6

    8. Panduan Aktiviti Kemasyarakatan 10

    9. Peraturan dan Arahan Tetap Program BIG Semester 4 16

    10. Panel Penggubal dan Pemurnian Modul BIG Semester 4 18

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    3/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 2 -

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

    yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan

    Negara.

    Falsafah Pendidikan Guru

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

    menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang

    bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    4/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 3 -

    1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 4

    Program Bina Insan Guru Semester 4 mencakupi satu aktiviti ceramah, bengkel dan satu aktiviti khidmat

    masyarakat. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan

    insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti serta akauntabiliti profesionalisma guru ke

    arah meningkatkan kualiti pendidikan.

    Aktiviti ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan.Bakal-bakal guru

    dilatih supaya berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Mereka didedahkan dengan

    kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara.

    Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal

    pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara

    bersama. Mereka perlu dilatih supaya berfikir secara reflektif dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri

    serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan dalam kehidupan seharian.

    2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

    Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak,

    nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip

    Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan

    usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    5/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 4 -

    mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG bermula dengan Perkhemahan I (4 hari 3 malam) yang

    dilaksanakan pada awal semester pertama dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh

    pengajian mereka di Institut Pendidikan Guru. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan memberi pendedahan kepada

    pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG.

    Fokus aktiviti perkhemahan II, ceramah, seminar, bengkel dan khidmat masyarakat ini adalah untuk memberi peluang

    kepada pelajar :

    1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

    berbeza.

    2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

    3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

    4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya

    keguruan.

    5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan

    diri yang sesuai.

    6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.

    8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara

    berkumpulan.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    6/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 5 -

    9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil

    tindakan penambahbaikan secara berterusan

    3. OBJEKTIF BUKU PANDUAN DAN MODUL PELAKSANAAN BIG

    Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

    i. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG di semua institut perguruan guru,

    ii. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG di semua institut

    pendidikan guru, dan

    iii. Memastikan pelaksanaan BIG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang

    ditetapkan.

    .

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    7/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 6 -

    4. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CERAMAH/ BENGKEL

    1. Pengendalian ceramah/bengkel dilaksanakan di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG.

    2. Tugasan ceramah/bengkel ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 4 jam .

    3. Pelaksanaan ini mengambil kira kesesuaian tempat dan kemampuan kewangan semasa pihak institut berkenaan.

    4. Pengisian ceramah/bengkel hendaklah melibatkan gabungan ketiga-tiga tajuk yang diberikan berkaitan dengan

    tema-tema berkenaan.

    5. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/ bengkel yang dilaksanakan.

    Panjang laporan adalah antara 350-500 patah perkataan untuk dibentangkan dalam sesi pembentangan.6. Laporan hendaklah berbentuk refleksi kendiri ( Kepentingan kepada diri, kerjaya , organisasi dan komuniti )

    7. Laporan ini hendaklah dihantar kepada Tutor Kumpulan selepas aktiviti dilaksanakan.

    5. MAKLUMAT PELAKSANAAN CERAMAH/BENGKEL

    5.1 KANDUNGAN TAJUK

    Tajuk 1: Pembinaan Insan Guru yang Seimbang

    1.1 Guru sebagai insan mulia.

    1.2 Kualiti peribadi dan professionalisma seorang guru.

    1.3 Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    8/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 7 -

    TAJUK 2: Guru dan Hubungan Komuniti

    2.1 Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan.

    2.2 Guru sebagai agen perubahan masyarakat.

    2.3 Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan.

    TAJUK 3: Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme

    3.1 Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia.

    3.2 Guru reflektif menjana keberkesanan tugas.

    3.3 Etika dan moral professional.

    3.4 Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada peranan dan tanggungjawab guru.

    5.2 MASA : 4 Jam

    (2 Jam ceramah , 1 Jam bengkel, 1 Jam sesi pembentangan laporan refleksi)

    5.3 TEMPAT : Dewan/Bilik Syarahan

    5.4 BILANGAN PESERTA : Semua peserta PGSR

    5.5 SUMBER/ PERALATAN

    1. LCD

    2. Kertas ( A4 dan mahjong )

    3. Komputer riba

    4. Papan putih

    5. Pemadam papan putih

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    9/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 8 -

    5.6 HASIL PEMBELAJARAN DAN INDIKATOR PRESTASI

    Hasil Pembelajaran Indikator Presatasi

    1. Memahami konsep pembinaan insan yangseimbang meliputi aspek ilmu pengetahuan,kemahiran dan sahsiah keguruan.

    1.1 Menjelaskan konsep pembinaan insan guru yang seimbang.

    1.2 Menganalisis kepentingan ilmu dan kemahiran dalampembinaan insan guru.

    1.3 Menjelaskan ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorangguru.

    2. Memahami peranan guru sebagai agenperubahan, membina hubungan komuniti danmemberikan perkhidmatan pendidikan secara

    adil dan saksama.

    2.1 Menjelaskan peranan guru sebagai agen perubahan dalammasyarakat.

    2.2 Merancang strategi membina hubungan sekolah dan

    komuniti.

    2.3 Menjelaskan peranan guru dalam merealisasikan konseppendemokrasian pendidikan dan cabaran-cabaran yangdihadapi.

    3. Memahami akauntabiliti dan komitmen gurudalam konteks pelaksanaan tugas, kualiti

    perkhidmatan serta etika dan moralprofessional.

    3.1 Menjelaskan akauntabiliti dan komitmen guru dalammemberikan perkhidmatan berkualiti.

    3.2 Menganalisis peranan guru dalam melaksanakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara.

    3.3 Menjelaskan kepentingan mengahayati dan mengamalkannilai dan etika keguruan.

    3.4 Kebolehan menggunakan pemikiran reflektif dalammeningkatkan keberkesanan diri.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    10/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 9 -

    6. PROSEDUR PELAKSANAAN

    Langkah / Masa Isi Kandungan Strategi Pelaksanaan Fokus Hasil Pembelajaran

    2. Sesipenyampaianinput berkaitantajuk yang telahditentukan.

    (120 minit)

    2.1 Isi kandungan berkaitan tajukyang ditetapkan.

    Syarahan/ kuliah menggunakanbahan-bahan sokongantertentu.

    Membina kefahaman danpenghayatan pesertaterhadap kandunganceramah/ syarahan.

    3. Aktiviti pesertasecaraberkumpulanataubersendirianmenyiapkanlaporan refleksi

    ( 60 minit )

    3.1 Berdasarkan tugasan yangdikemukakan kepada pesertaberkaitan tajuk-tajuk dalamceramah/syarahan.

    Peserta menyiapkan laporan

    3.1 Memberikan taklimattugasan kepada setiappeserta.

    3.3 Peserta secara individuatau kumpulan menyiapkanlaporan refleksi hasilceramah/ syarahan

    Mengintegrasipengetahuan sedia pesertadan pembelajaran baruberkaitan tajukceramah/syarahan.

    Memantapkan penguasaankandungan tajuk ceramah/syarahan.

    4.Pembentangan/Soal jawab/Rumusan

    ( 60 minit )

    4.1 Penjelasan terperinci isikandungan ceramah/syarahan berdasarkanperspektif peserta.

    4.2 Rumusan penceramahberkaitan ceramah/ syarahandan membuat penilaianterhadap peserta.

    4.1Peserta membentangkanlaporan refleksi masing-masing yang telah disiapkan

    4.2 Penceramah membuatrumusan berkaitan ceramahyang telah dijalankan danmemberi penilaian hasillaporan berkenaan.

    Merangsang pemikiran danrefleksi peserta terhadaptajuk seminar ceramah/syarahan.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    11/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 10 -

    7. PANDUAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN

    Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagimenghadapi kemungkinan luar jangka.

    8. TUGASAN PELAJAR

    Peserta dikehendaki mengikuti program sehingga selesai danmenyediakan satu laporan reflektif berkaitan aktivitiyang telah diikuti berdasarkan panduan yang telah ditetapkan. Laporan ini perlu disediakan secara individu.

    9. AKTIVITI KEMASYARAKATAN

    9.1 Pengenalan

    Aktiviti khidmat masyarakat ini direncanakan dalam program Bina Insan Guru ( BIG ) Semester 4 dengan tujuan

    semua pelajar dapat menjiwai dan merasai kesempitan kehidupan di kawasan yang dipilih untuk aktiviti ini.Kesempitan dan kekangan kehidupan akan memberi pendidikan secara langsung kepada bakal pendidik,seterusnya mempengaruhi pelatih membuat keputusan dalam dunia pendidikan.

    9.2 Jenis Khidmat Kemasyarakatan.

    9.2.1 khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas)

    9.2.1 bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)

    9.2.3 gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, dan khidmatkebajikan).

    9.3 Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti.

    9.3.1 kelas tambahan

    9.3.2 klinik subjek/ bimbingan pembelajaran.

    9.3.3 kem motivasi dan kerjaya

    9.3.4 kempen kesedaran pendidikan.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    12/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 11 -

    Program Khidmat Masyarakat

    Tema

    1. Jenis Khidmat Kemasyarakatan.

    2. Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti.

    Tajuk

    1. Khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusatpenjagaan warga emas)

    2. Bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)

    3. Gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusatkomuniti, dan khidmat kebajikan).

    4. Kelas tambahan

    5. Klinik subjek/ bimbingan pembelajaran.

    6. Kem motivasi dan kerjaya

    7. kempen kesedaran pendidikan.

    Masa / Tempat1. 6 jam2. Kawasan yang difikirkan sesuai oleh pihak HEP

    Bilangan Peserta 1. Semua pelajar PGSR

    Sumber / Peralatan

    1. LCD2. Kertas ( A4 dan mahjong )3. Komputer riba4. Papan putih5. Pemadam papan putih6. Peralatan gotong royong / peralatan yang akan digunakan mengikut kesesuaian

    program.7. Kain rentang program.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    13/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 12 -

    Program Khidmat Masyarakat

    Hasil Pembelajaran danIndikator Prestasi Hasil Pembelajaran Indikator Presatasi

    1. Berjiwa merdeka danperkasa.

    1.1 Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.1.2 Membina kemahiran membuat keputusan dan

    menyelesaikan masalah.2. Kerohanian dan akhlak

    keguruan.2.1. Memahami konsep nilai dan etika keguruan.

    2.2. Membina pemikiran positif dan motivasi kendiriterhadap kerjaya keguruan.

    2.3. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

    3. Berilmu, beramal danberbakti.

    3.1 Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasamadan tanggungjawab.

    3.2 Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

    4. Berakauntabiliti danamanah.

    4.1. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

    4.2. Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secarapositif kepada realiti persekitaran.

    4.3. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusanhubungan dengan komuniti pendidikan dan pihakberkaitan.

    4.4. Menunjukkan komitmen dalam melaksanakanperanan.

    5. Kreatif dan inovatif 5.1. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

    5.2. Berupaya berfikir secara kritikal, analitikal dan

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    14/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 13 -

    Program Khidmat Masyarakat

    kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

    5.3. Berupaya berfikir secara reflektif dalam nilai

    kelemahan dan kekuatan diri untuk melakukanpenambahbaikan.

    Plan Kontigensi Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yangdilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    15/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 14 -

    Langkah /Masa Isi Kandungan Strategi Pelaksanaan Fokus Hasil Pembelajaran

    1. Persediaan Perancangan

    ( 2 Jam )

    Perancangan Persediaan Perancangan

    - Bentuk JK Kerja dan spesifikasitugas.- Memberi penjelasan,

    kefahaman tentang tujuanprogram.

    - Membina plan kerja.- Menyediakan proposal program.- Menentukan lokasi program.

    - Dapat menguasai

    kemahiran membuatpengurusan secarastrategik ( strategicplanning management )

    - Dapat mengaplikasikananalisa SWOT / 4WIHuntuk menjana strategi.

    - Melatih diri membuatrundingcara secara

    profesional

    - Dapat menguasikemahiran membuatkeputusan dan menghargaikeputusan secaramusyawarah.

    Hala tuju program - Mendapatkan mandat /maklumat program daripadapihak HEP dan pihak-pihak

    berkaitan.- Ketua Jabatan HEP- Ketua Unit BK-HEP- Pensyarah Tutor- Pihak atau agensi yang

    berkaitan denganprogram.

    Analisa Persekitaran - Tinjauan lokasi- Analisa SWOT atau 4W1H

    Isu dan matlamatprogram

    - Bergantungan kepada lokasidan sasaran di mana program

    ini akan dilaksanakan.Contoh:-- Program yang melibatkan

    Rumah Anak Yatim, agensiyang terlibat seperti Jbtn.Kebajikan Masyarakat Negeri,

    ADUN, JKKK dan lain-lain.

    Menyediakan Plan - Menyediakan kertas cadanganyang lengkap

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    16/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 15 -

    Langkah /Masa Isi Kandungan Strategi Pelaksanaan Fokus Hasil Pembelajaran

    Tindakan Program - Mengadakan mesyuarat JKKerja dan agihan kerja.

    - Menyediakan jadual programyang lengkap untuk edaransemua JK dan pihak-pihak yangterlibat.

    - Melaksanakan taklimat awalprogram kepada semua ahliyang terlibat.

    2. Semasa dan SelepasProgram dilaksanakan(4 Jam)

    Semua JK Kerjabertindak danmelaksanakan

    tanggungjawabmengikut bidang danspesifikasi kerja yangtelah ditetapkan

    - Melaksanakan semua tugasandalam bidang kuasa yang telahditetapkan.

    - Berhubung dengan pihakbertanggungjawab jika berlakusesuatu masalah .

    - Menyelaras semua kerjamengikut keperluan semasa.

    - Membantu JK-JK lainmelicinkan program.

    - Melaksanakan semua aktivitiyang telah dirancangkanmengikut jadual.

    - Dapat mengetahui prinsinppenggunaan ruang dantanggungjawab.

    - Mendalami jiwa masyarakatyang pelbagai dalamproses menyesuaikan diridi alam pendidikan.

    Membuat penilaian

    program dan membuatrefleksi.

    - Mesyuarat akhir / postmortem.

    - Menyediakan laporan reflektifuntuk dihantar kepada tutor.- Mengembalikan semua barang

    dan peralatan pinjaman.- Menghantar surat penghargaan

    terima kasih kepada agensi luaryang terlibat.

    -

    - Dapat menguasi

    kemahiran membuatkeputusan dan menghargaikeputusan secaramusyawarah.

    - Dapat membuat penilaiandan refleksi diri tentangmenghadapi perubahandalam bidang perguruan.

    PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG SEMESTER 4

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    17/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 16 -

    Peraturan dan arahan tetap program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan

    aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

    Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

    1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti

    BIG.

    2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama

    lain.

    3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang

    perkhemahan .

    4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk

    waktu solat.

    5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.

    6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan.

    (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

    7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.

    8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

    9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

    10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

    11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang aktiviti

    adalah ditegah.

    12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama )..

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    18/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 17 -

    13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti .

    14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

    15. Peserta dilarang menganggu dan merosakkan flora dan fauna atau merosakkan habitatnya.

    16. Peserta dilarang keluar dari lokasi aktiviti kecuali dengan kebenaran.

    17. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

    18. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.

    19. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

    20. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

    21. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan /

    Urusetia.

    PERINGATAN

    Semua petugas yang dilantik / tutor diminta berada di lokasi dari mula sehingga tamat aktiviti . Mentor / tutor diminta bersama pelajar pada setiap aktiviti yang dijalankan.

  • 7/29/2019 BIG PISMP Panduan Pelaksanaan BIG Sem.4

    19/19

    PANDUAN PELAKSANAANDAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

    - 18 -

    AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIANMODUL PRORAM BINA INSAN GURU ( BIG ) SEMESTER 4

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PGSR )NOVEMBER 2010

    Nama Jabatan / Institut

    1. Haji Aleas bin Md Isa(Penyelaras)

    Penolong PengarahPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pelajaran MalaysiaAras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200Jalan Persiaran Apec Cyber 6, 63000 Cyberjaya

    2. Encik Ahmad Sukri bin Mustaffa Pensyarah/Fasilitator BIGInstitut Pendidikan GuruKampus DarulamanBandar Darulaman06000 Jitra, Kedah

    3. Encik Mohamad Hafedz bin Salleh Pensyarah/Fasilitator BIGInstitut Pendidikan GuruKampus DarulamanBandar Darulaman06000 Jitra, Kedah

    4. Haji Norhizan bin Zainol Pensyarah/ Fasilitator BIGInstitut Pendidikan GuruKampus Temenggong IbrahimJalan Datin Halimah80350 Johor Bahru