big keseluruhan

2
REFLEKSI KESELURUHAN OLEH: NGO PEI WEN (A1- AMITAV GHOSH) Kami telah menjayakan kedua-dua seminar dan khidmat masyarakat Kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2. Saya berasa kursus BIG ini telah memberi banyak pengajaran kepada saya untuk menjadikan saya seorang guru yang prihatin. Pada pendapat saya, pihak kolej perlulah memanjangkan masa untuk berkhidmat di rumah anak yatim. Hal ini kerana saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bergaul dengan mereka. Di samping itu, sesi soal jawab haruslah disediakan oleh penceramah bagi menambahbaikkan seminar BIG ini. Ini adalah penting untuk menyelesaikan keraguan kami dan meningkatkan kefahaman kami terhadap pembangunan profesional guru. Kelebihan BIG semester ini ialah kerjasama antara semua ahli jawatankuasa. Kami telah membuat persiapan awal dan memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap kursus ini demi menjayakannya. Kami juga mengadakan mesyuarat apabila mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh kumpulan lain. Ini adalah untuk mendapatkan idea-idea semua ahli bagi mencari penyelesaian jika kami menghadapi masalah seperti kumpulan lain. Tambahan pula, kami mengalami kesuntukan kewangan pada mulanya. Namun, ia telah diatasi dengan

Upload: ngopeiwen

Post on 23-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: BIG Keseluruhan

REFLEKSI KESELURUHAN

OLEH: NGO PEI WEN (A1- AMITAV GHOSH)

Kami telah menjayakan kedua-dua seminar dan khidmat masyarakat

Kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2. Saya berasa kursus BIG ini telah memberi

banyak pengajaran kepada saya untuk menjadikan saya seorang guru yang

prihatin.

Pada pendapat saya, pihak kolej perlulah memanjangkan masa untuk

berkhidmat di rumah anak yatim. Hal ini kerana saya tidak mempunyai masa

yang mencukupi untuk bergaul dengan mereka. Di samping itu, sesi soal jawab

haruslah disediakan oleh penceramah bagi menambahbaikkan seminar BIG ini.

Ini adalah penting untuk menyelesaikan keraguan kami dan meningkatkan

kefahaman kami terhadap pembangunan profesional guru.

Kelebihan BIG semester ini ialah kerjasama antara semua ahli

jawatankuasa. Kami telah membuat persiapan awal dan memberi komitmen

yang sepenuhnya terhadap kursus ini demi menjayakannya. Kami juga

mengadakan mesyuarat apabila mengetahui masalah-masalah yang dihadapi

oleh kumpulan lain. Ini adalah untuk mendapatkan idea-idea semua ahli bagi

mencari penyelesaian jika kami menghadapi masalah seperti kumpulan lain.

Tambahan pula, kami mengalami kesuntukan kewangan pada mulanya. Namun,

ia telah diatasi dengan kerjasama ahli yang berusaha mencari sumber kewangan

daripada pelbagai saluran.

Saya juga mendapati satu kelemahan BIG ini iaitu kebanyakan aktiviti

yang disediakan oleh kami adalah untuk memupuk kerjasama mereka. Oleh itu,

saya ingin mencadangkan aktiviti yang dirancang dapat merangkumi aspek

akademi pada masa kelak. Jadi, peserta dapat mendalami pengetahuan mereka

melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Page 2: BIG Keseluruhan

Konklusinya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

ahli jawatankuasa dan pensyarah yang melibatkan diri secara langsung atau

tidak langsung. Semua ahli jawatankuasa telah bekerjasama dan memberi

komitmen yang tinggi untuk menjayakan program ini. Saya juga amat

menghargai bimbingan pensyarah sepanjang kursus ini. Saya berharap kami

boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermakna seperti ini pada masa

hadapan.