benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

6
BENARKAH TAUBAT NABI ADAM DITERIMA KERANA BERTAWASUL? Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya 1. Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertasawul ? 2. Percanggahan Dengan Al-Quran 3. Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam s.a.w Dan Alam Ini Kerana Rasulullah s.a.w Tawasul kepada orang yang soleh, terutamanya Rasulullah s.a.w. dipercayai oleh segolongan daripada umat Islam sebagai satu cara doa yang mudah dikabulkan. Di antara riwayat utama yang dijadikan hujah oleh orang yang mengatakan boleh bertawasul dengan Rasulullah s.a.w. ialah bertawassulnya Nabi Adam ketika bertaubat kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: دم و ا آ ه : ي ل آل ال ق ف ي ل رت ف غا م لد م ح م ق ح# ب%ا’ لك آ’س# ا رت ال ي ق ة ئ ي ط خ ل دم آ آ رف ت قا آ م لا وع ف ر م# ات ط خ ل ن: آ# ب ر م ع: ن ع" ى عل ت يرآ ف ى س رآ ت ع ف و ر%ك ن: روح م ى ف ت خ ف ن و% دك يR ب ى ن يU ق ل حا م ل% ك لأ’ ن# ا رت ال : ي ه ؟ ق ق ل م آ’ح ل مدآ و ح م ت ف ر ع ف ي ك: ه ل آل ال ق ف ق ل خ ل آ# ت ح ي آ لf آ% مك س ي آ لf آ ف ض ت م ل% ك آ’ن ت م عل ف ه ل آل ول س د ر م ح م ه لأ آل لf ه آ لf ا لأ آ# وي ت مكs رش لع م آ ئ وآ ف% ك ي ق ل حد ما م ح م ولأ ل و% لك رت ف غ د ق ف ه ق ح# ب ى عن آد ي لf آ ق ل خ ل آ# ت ح ه لأ نf دم آ ا آ ي ت ف صد. Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khattab secara marfu’ bahawa setelah Adam a.s. bersalah kerana melakukan kesilapan lalu baginda berkata, aku memohon ampun dari-Mu dengan hak Muhammad. Allah s.w.t. bertanya, Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya? Maka sahut Adam: Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakanku, dengan Tangan-Mu, Engkau tiupkan Roh–Mu

Upload: rr-darulkautsar

Post on 13-Apr-2017

164 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

BENARKAH TAUBAT NABI ADAM DITERIMA KERANA BERTAWASUL?

Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

1. Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertasawul ?

2. Percanggahan Dengan Al-Quran

3. Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam s.a.w Dan Alam Ini Kerana

Rasulullah s.a.w

 Tawasul kepada orang yang soleh, terutamanya Rasulullah s.a.w. dipercayai oleh segolongan daripada

umat Islam sebagai satu cara doa yang mudah dikabulkan. Di antara riwayat utama yang dijadikan

hujah oleh orang yang mengatakan boleh bertawasul dengan Rasulullah s.a.w. ialah bertawassulnya

Nabi Adam ketika bertaubat kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-

Mustadrak:

" : لما محمد بحق أسألك رب يا قال الخطيئة آدم اقترف لما مرفوعا الخطاب بن عمر عن

خلقتني : : لما ألنك رب يا قال ؟ أخلقه لم و محمدا عرفت كيف و آدم يا الله فقال لي غفرت

الله إال إله ال مكتوبا العرش قوائم على فرأيت رأسي رفعت و روحك من في نفخت و بيدك

آدم : يا صدقت الله فقال الخلق أحب إلى اسمك إلى تضف لم أنك فعلمت الله رسول محمد

خلقتك ما محمد لوال و لك غفرت فقد بحقه ادعني إلي الخلق ألحب إنه.

Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khattab secara marfu’ bahawa setelah Adam a.s. bersalah kerana

melakukan kesilapan lalu baginda berkata, aku memohon ampun dari-Mu dengan hak Muhammad.

Allah s.w.t. bertanya, Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum

menciptakannya? Maka sahut Adam: Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakanku, dengan

Tangan-Mu, Engkau tiupkan Roh–Mu padaku, dan aku telah mengangkat kepala tiba-tiba aku

terpandang pada tiang-tiang arasy tertulis La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah. Maka aku

meyakini bahawa sesungguhnya Engkau tidak menyandarkan pada nama Engkau melainkan orang

yang paling Engkau kasihi. Maka Allah telah mewahyukan kepada Adam, engkau benar wahai Adam,

dia adalah orang yang paling Aku kasihi. Berdoalah kepada-Ku dengan haknya sesungguhnya Aku

telah mengampunkan kamu dan kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau. (al-

Mustadrak, no: 4287, jil.1, hal. 722)

Riwayat ini juga dinuqilkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah dengan rantaian perawi yang

sama dengan al-Hakim iaitu daripada Abu al-Harith ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari daripada Ismail bin

Maslamah daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ayahnya, Zaid bin Aslam daripada

Aslam daripada Umar al-Khattab.

Page 2: benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

Setelah mengemukakan riwayat ini, al-Baihaqi memberikan komentarnya: “Hanya Abdul Rahman bin

Zaid bin Aslam meriwayatkan cerita ini dan dia seorang yang dha’if.” (Dala`il al-Nubuwwah, jil. 5, hal.

489) al-Hakim mengatakan riwayat ini sahih sanadnya tetapi al-Zahabi dalam komentarnya terhadap

Kitab al-Mustadrak membantah dengan mengatakan riwayat ini adalah palsu, kerana ‘Abdullah bin

Zaid seorang yang lemah dan ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari tidak dikenali siapakah dia. (al-

Mustadrak, , jil.1, hal. 723).

Dalam Mizan al-I’tidal di bawah biografi ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari, al-Zahabi menyebutkan

bahawa beliau ada meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman

bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan Wahai Adam kalaulah tidak kerana

Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau. Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-

Nubuwwah) al-Hakim sendiri dalam kitabnya al-Madkhal Ila al-Sahih menyatakan bahawa Abdul

Rahman bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang sememangnya diketahui

oleh semua ahli ilmu kerana dialah puncanya. Oleh itu, madar (paksi) sanad ini ialah ‘Abdul Rahman

bin Zaid bin Aslam. Beliau seorang yang lemah dalam hadis. Abu Zur’ah mengatakan dia seorang yang

dha’if. Abu Hatim mengatakan dia tidak kuat dalam hadis walaupun dia seorang yang baik pada

dirinya tetapi lemah dalam hadis. Ibn Sa’ad mengatakan dia banyak meriwayatkan hadis dan sangat

lemah. Ibn Khuzaimah mengatakan dia bukanlah seorang yang hadisnya dijadikan hujah oleh ahli ilmu

kerana buruk hafalannya dan dia seorang ahli ibadat bukan ahli dalam hadis. (Ibn Hajar, Tahzib al-

Tahzib, jil. 3, hal. 363-364)

Perawi utama yang dipertikai ialah ‘Abdullah bin Muslim al-Fihri. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan

‘Abdullah bin Muslim al-Fihri meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada

‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan: “Wahai Adam, kalaulah

tidak kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau.” Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam

Dala`il al-Nubuwwah. Saya (Ibn Hajar) mengatakan, tidak mustahil perawi sebelumnya (ya’ni dalam

kitab Lisan al-Mizan, ‘Abdullah bin Muslim bin Rusyaid) kerana dia sezaman dengannya. ‘Abdullah bin

Muslim bin Rusyaid disebutkan oleh Ibn Hibban sebagai seorang yang dituduh mereka-reka hadis.

(Lisan al-Mizan jil. 5, hal. 11-12)

Persoalannya mengapa terdapat pertentangan di antara apa yang ditulis oleh al-Hakim dalam kedua-

dua kitab itu? Jawapannya, al-Hakim menulis al-Mustadrak ketika mencapai usia 72 dalam keadaan

ingatannya sudah mengalami kemerosotan. Hafiz Ibn Hajar mengatakan: “Setengah ulama

menyebutkan bahawa berlaku perubahan pada ingatan al-Hakim dan menjadi lalai di akhir usianya. Ini

dapat dilihat apabila beliau menyebut sekumpulan perawi dalam kitabnya al-Dhu’afa` dan

memutuskan bahawa riwayat itu mereka ditinggalkan dan tidak boleh berhujah dengannya tetapi

kemudiannya beliau menyebutkan beberapa hadis mereka dalam al-Mustadrak kemudian

mentashihkannya! Antaranya ialah beliau mengeluarkan sebuah hadis daripada ‘Abdul Rahman bin

Page 3: benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

Zaid bin Aslam dan beliau sendiri menyebutkan di dalam al-Dhu’afa` dan mengatakan Abdul Rahman

bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang tidak tersembunyi lagi kepada

ahli ilmu kerana dialah puncanya.” (Lisan al-Mizan, hal. 7, hal. 257). Al-Sakhawi dalam Fath al-

Mughith menyebutkan: “Dikatakan sebabnya ialah beliau menyusun al-Mustadrak di hujung usianya

dan telah berlaku kepadanya perubahan ingatan dan kelalaian atau beliau tidak berkesempatan untuk

menyemak dan menyaringnya, ini dibuktikan sikap bermudahnya (tasahul) pada satu perlima awal

sedikit berbanding dengan yang bakinya. (jil.1, hal. 62)

Berdasarkan kepada ini, al-Hakim dikenali sebagai ulama yang longgar dalam menilai dan memberi

keputusan terhadap status perawi dan kesahihan hadis. Oleh sebab itu, para ulama hadis

mengingatkan supaya berhati-hati dengan riwayat-riwayatnya dan dalam hal ini, amat penting kepada

kita untuk merujuk kepada Hafiz al-Zahabi yang telah menilai kembali keputusan al-Hakim yang

mendakwa sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.

Percanggahan Dengan al-Qur`an

Selain dari sudut sanad, riwayat ini terbukti sebagai palsu kerana percanggahan dengan al-Qur`an.

Allah s.w.t. berfirman:

حيم الر واب الت هو ه إن عليه فتاب كلمات ه رب من آدم فتلقى

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang

diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun

(Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: 37)

Para mufassir seperti Ibn Kathir (Tafsir al-Qur`an al-‘Azim, jil. 1, hal. 238), al-Razi (al-Tafsir al-Kabir, jil.

2, hal. 43) dan al-Baidhawi (Anwar al-Tanzil, jil. 1, hal. 73) menyebutkan bahawa maksud beberapa

kalimah itu dijelaskan dalam ayat lain, iaitu firman Allah s.w.t.:

الخاسرين من لنكونن وترحمنا لنا تغفر لم وإن أنفسنا ظلمنا نا رب قاال

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau

Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari

orang-orang yang rugi". (Surah al-A’raf: 23)

Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam Dan Alam Ini Kerana Rasulullah s.a.w. ?

Page 4: benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

Pada potongan kedua riwayat al-Hakim itu terdapat lafaz yang bermaksud: kalaulah tidak kerana

Muhammad tidak Aku jadikan engkau.

Dalam sebuah riwayat lain yang dihukumkan palsu disebutkan kalaulah tidak kerana engkau tidaklah

Aku jadikan falak-falak ini.

Riwayat ini dihukum sebagai palsu oleh al-Saghani, al-Syaukani, Mulla ‘Ali al-Qari, al-Laknawi dan

ramai lagi. (lihat al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 295, Al-Athar al-Marfu’ah Fi al-

Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 44, al-Fawaid al-Majmu’ah, hal. 295)

Riwayat ini jelas kepalsuannya kerana bercanggah dengan kenyataan al-Qur`an.

ليعبدون إال واإلنس الجن خلقت وما

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan

beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat: 56)

Inilah matlamat penciptaan manusia, diutuskan para rasul dan dijadikan hari pembalasan supaya

manusia beribadat kepada Allah. Semua makhluk tidak diciptakan kerana makhluk yang lain.

Mendakwa penciptaan alam semesta kerana Rasulullah s.a.w. menyalahi kenyataan jelas yang

terkandung dalam al-Qur`an. Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Qur`an, para ahli tafsir menjelaskan

bahawa tujuan penciptaan alam semesta ini ialah supaya manusia mengenali Allah s.w.t. yang telah

menciptakannya dan menyakini akan kekuasaan dan kebesaran-Nya. Manusia itu sendiri diciptakan

untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Kebesaran Allah ini membuktikan bahawa hanya Dia yang berhak

disembah dan menegaskan betapa luasnya rahmat dan kurniaan-Nya.

Kesimpulannya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim ini jelas kepalsuannya dari sudut riwayah dan

dirayah. Tokoh-tokoh hadis yang terkenal seperti al-Zahabi dan Hafiz Ibn Hajar memutuskannya

sebagai palsu. Oleh itu, tidak harus sama sekali mengaitkan taubat nabi Adam dengan tawassul

kepada Rasulullah s.a.w. apatah lagi untuk mendakwa bahawa sebab penciptaan alam ini semata-

mata kerana Rasulullah s.a.w.

Related video: Hukum Bertawassul Dalam Islam http://www.youtube.com/watch?

list=UUJvY9asvRfe3mDHAGN7K3Iw&v=iTi8azCYRaE