bank soalan kbat sains form 1 ella

7
KBAB BAB 2 : SEL UNIT ASAS KEHIDUPAN Subtopik 2.1 MEMAHAMI SEL 1. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sel haiwan mempunyai dinding sel. 2. Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang berisi klorofil bagi membantu penghasilan glukosa. Keadaan ini dapat dilihat pada bahagian daun yang bewarna hijau. a) Jika satu pokok A tidak mempunyai daun akibat gugur, adakah tumbuhan itu masih mampu hidup?Jelaskan jawapan anda. b) Ada sesetengah pokok yang mempunyai daun bewarna merah atau kuning ( bukan hijau). Adakah pokok tersebut tidak membuat makanan sendiri kerana ketiadaan klorofil? 3. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang menyimpan air. Bincangkan bagaimana vakuol membantu tumbuhan beradaptasi dalam menjamin kemandiriannya dalam semua keadaan. 4. Terangkan perbezaan diantara sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan Peta Buih Berganda ( Guru perlu menunjukkan beberapa contoh Peta Buih Berganda) Subtopik 2.2 Organisma Unisel dan Multisel 1. Berdasarkan gambar di bawah, kelaskan mikroorganisma kepada kumpulan unisel atau multisel.

Upload: miz-mia

Post on 28-Dec-2015

443 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kbat sc smkk

TRANSCRIPT

Page 1: Bank Soalan Kbat Sains Form 1 Ella

KBAB BAB 2 : SEL UNIT ASAS KEHIDUPAN

Subtopik 2.1 MEMAHAMI SEL

1. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sel haiwan mempunyai dinding sel.2. Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang berisi klorofil bagi membantu penghasilan

glukosa. Keadaan ini dapat dilihat pada bahagian daun yang bewarna hijau. a) Jika satu pokok A tidak mempunyai daun akibat gugur, adakah tumbuhan itu masih

mampu hidup?Jelaskan jawapan anda.b) Ada sesetengah pokok yang mempunyai daun bewarna merah atau kuning ( bukan

hijau). Adakah pokok tersebut tidak membuat makanan sendiri kerana ketiadaan klorofil?

3. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang menyimpan air. Bincangkan bagaimana vakuol membantu tumbuhan beradaptasi dalam menjamin kemandiriannya dalam semua keadaan.

4. Terangkan perbezaan diantara sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan Peta Buih Berganda ( Guru perlu menunjukkan beberapa contoh Peta Buih Berganda)

Subtopik 2.2 Organisma Unisel dan Multisel

1. Berdasarkan gambar di bawah, kelaskan mikroorganisma kepada kumpulan unisel atau multisel.

Page 2: Bank Soalan Kbat Sains Form 1 Ella

2. Huraikan mengapa kucing merupakan organisma multisel.

Subtopik 2.3 : Organisasi sel

1. Mengapakah organisasi sel dalam badan manusia memainkan peranan yang sangat penting? Bincangkan kepentingan organisasi sel tersebut.

2. Apabila seseorang itu demam, biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik dan paracetamol. Mengapakah seseorang itu demam? Bincangkan peranan sel darah putih dalam situasi tersebut.

3. Apakah kesan sekiranya salah satu organ dalam badan manusia gagal berfungsi, contohnya ginjal?

4.

Apakah kemungkinan organ ysng bertanda X?

Subtopik 2.4 Manusia ialah Organisma yang Kompleks

Bincangkan penyataan ‘Manusia Organisma Kompleks’. Terangkan bukti-bkti yang menyokong penyataan tersebut.

SEL OTOT TISU OTOT SISTEM OTOT

X MANUSIA

Page 3: Bank Soalan Kbat Sains Form 1 Ella

BAB 5 UDARA DI SEKELILING KITA

SUBTOPIK 5.1 KOMPOSISI UDARA

1. Mengapakah udara merupakan campuran? Huraikan beserta dengan bukti yang menyokong penyataan tersebut.

2. Gas nitrogen merupakan gas yang paling banyak dalam udara kita.a) Apakah sumber-sumber gas nitrogen?b) Apakah kepentingan gas nitrogen di dalam ekosistem kita sedangkan ia langsung tidak

terlibat di dalam pernafasan dan respirasi kita?

3. Terangkan satu ujikaji bagaimana anda ingin membuktikan bahawa gas oksigen adalah 21% darpada kandungan udara kita? Anda diberikan sebatang lilin, balang gas, alas balang gas dan besen. Huraikan pemerhatian anda.

4. Apakah kaitan wap air dalam udara dengan awan dan hujan?

5. Apabila ketulan ais diletakkan di dalam tabung didid, didapati beberapa titisan tidak bewarna terbentuk di luar tabung didih. Rujuk rajah diberikan)a) Apakah larutan tersebut?b) Terangkan mengapa titisan terbentuk di luar tabung didih?

Page 4: Bank Soalan Kbat Sains Form 1 Ella

SUBTOPIK 5.2 SIFAT-SIFAT OKSIGEN DAN KARBON DIOKSIDA

1. Lihat rajah di bawah. Mengapa kayu uji bernyala terpadam selepas beberapa ketika apabila dimasukkan ke dalam gas karbon dioksida?

2. Mengapa kertas litmus perlu dilembapkan terlebih dahulu sebelum diuji ke atas gas?3. Gas karbon dioksida tidak membantu pembakaran. Mengapakah alat pemadam api tidak

menggunakan gas karbon dioksida sebagao bahan utamanya?

SUBTOPIK 5.3 OKSIGEN DIPERLUKAN SEMASA RESPIRASI

1. Terangkan mengapa kita bernafas dengan lebih cepat semasa dan selepas berlari?2. Mengapak peratusan oksigen di dalam udara hembusan lebih rendah daripada udara

sedutan?3. Semasa seseorang sedang selsema, hidungnya tersumbat. Secara normalnya, manusia

bernafas melalui hidung. Sekiranya seseornag sedang selsema, bagaimanakah dia dapat bernafas? Adakah oksigen yang diperolehi tidak mencukupi berbanding normal?

Page 5: Bank Soalan Kbat Sains Form 1 Ella

SUBTOPIK 5.4 OKSIGEN DIPERLUKAN UNTUK PEMBAKARAN

1. Rajah di atas menunjukkan kesan bekas ke atas jangka masa nyalaan lilin.a) Nyatakan pembolehubah :

i) Dimanipulasikan : ______________________ii) Bergerak balas : ______________________iii) Dimalarkan : _______________________

b)Nyatakan lilin manakah yang menyala lebih lama?________________________________________________________________

c) Mengapakah lilin tersebut menyala lebih lama?_________________________________________________________________

d)Kedua-dua lilin itu akhirnya padam. Terangkan sebabnya.__________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Mengapakah pembakaran bahan api karbon tidak menghasilkan air seperti pembakaran bahan api hidrokarbon?

Page 6: Bank Soalan Kbat Sains Form 1 Ella

SUBTOPIK 5.5 PENCEMARAN UDARA

1. Mengapa di bandar yang mempunyai banyak kenderaan lebih panas udaranya berbanding di kawasan kampung?

2. Penggunaan kaca sebagai cermin pada bangunan-bangunan tinggi tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh meningkatkan suhu Bumi iaitu pemanasan global. Terangkan fenomena ini.

4 Sekiranya lapisan ozon berlubang akibat gas pencemar, apakah kesan kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan?