bank pusat negara
TRANSCRIPT
INSTITUSI KEWANGAN
Definisi-Badan / organisasi yang menjalankan kegiatan utama berikut:
a)Mengumpulkan wang drpd orang ramai & syarikat
b)Meminjamkan wang kpd orang ramai & syarikat yg memerlukan
- Memainkan peranan penting dlm perkembangan ekonomi sesebuah negara
- Urusan kewangan institusi kewangan akan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.Seterusnya,bekalan wang dalam ekonomi akan mempengaruhi tingkat pelaburan,guna tenaga,keluaran negara & pendapatan negara.
JENIS INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA Institusi kewangan bank -Bank pusat -Bank perdagangan Institusi kewangan bukan bank -Bank simpanan/tabungan -Bank saudagar -Bank pembangunan -Syarikat kewangan -Syarikat insurans -Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Institusi kewangan Islam -Bank Islam -Takaful Islam -Lembaga Urusan Tabung Haji(LUTH)
Pasaran modal -Pasaran saham -Tabung amanah
BANK PUSAT
-Merupakan Bank Negara Malaysia yg ditubuhkan pada thn 1959
-Institusi kewangan utama yg ditubuhkan oleh kerajaan utk :-
*menstabilkan ekonomi sebuah Negara melalui pelaksanaan dasar kewangan.
*mentadbir urusan kewangan kerajaan *mengawal keseluruhan system
kewangan Negara
FUNGSI BANK PUSAT a) Mengeluarkan mata wang Negara-merupakan pengeluar tunggal bagi mencetak wang
kertas & duit syiling-jumlah mata wang yg dikeluarkan =bergantung kpd DD ekonomi =ditentukan oleh jumlah urus niaga & pertumbuhan
ekonomi Negara-mesti memastikan bhw jumlah mata wang yg
dikeluarkan adalah setakat mencukupi sahaja mengikut keperluan ekonomi asas.
= tidak boleh mencetak wang berlebihan –kerana boleh mewujudkan Inflasi.
= memastikan tidak berlaku kekurangan – kerana boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi.
-mata wang yg dikeluarkan mempunyai sandaran emas & mata wang asing.
b) Sebagai jurubank kepada kerajaan1)Menguruskan akaun kerajaan-segala hasil & perbelanjaan kerajaan spt hasil cukai
diuruskan dan disimpan di bank pusat.-apb kerajaan ingin membuat pembayaran,perkhidmatan
bayaran melalui cek akan disediakan oleh bank pusat.2)Mentadbir hutang Negara-apb kerajaan melaksanakan belanjawan kurangan(perbelanjaan kerajaan > jumlah hasil yg diperolehi) pinjaman akan diuruskan oleh bank pusat. -jika pinjaman melibatkan pinjaman dlm negeri,bank
pusat bertanggungjawab mentadbir urusan jualan bon/surat jaminan kpd orang ramai dan institusi kewangan.
-bank pusat juga menguruskan pinjaman dari luar Negara seperti Tabungan Kewangan Antarabangsa & Bank Dunia.
-segala pembayaran balik & bayaran bunga juga diuruskan oleh bank pusat.
3)Memberikan pendahuluan sementara/ Sebagai sumber pinjaman kepada kerajaan
-Bank pusat akan memberikan pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila perbelanjaan kerajaan>jumlah hasil yg diperoleh.
-Pendahuluan sementara mesti dibayar balik oleh kerajaan tidak lewat drpd 3 bulan setelah tamat tahun kewangan kerajaan.
-Pinjaman hanya boleh dilakukan setelah pinjaman terdahulu diselesaikan.
4)Memberikan nasihat kewangan
-Bank pusat akan memberikan nasihat kewangan kpd kerajaan Malaysia tentang hal-hal kewangan/perbelanjaan seperti : pelaburan awam,kadar pertukaran asing
-menasihati kerajaan sama ada pelaksanaan sesuatu projek awam memanfaatkan negara.Projek yang tidak produktif tidak akan dilaksanakan.
c) Sebagai jurubank kepada bank perdagangan1)Menyediakan akaun penjelasan
-membolehkan penjelasan hutang antara bank perdagangan yang wujud daripada kemudahan penggunaan cek.
2)Mengawal akaun cadangan / rizab berkanun
-rizab berkanun bermaksud simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat mengikut nisbah rizab berkanun yg ditetapkan oleh bank pusat.Ia juga dikenali sbg cadangan wajib.
- Bank pusat boleh menggunakan nisbah rizab berkanun sebagai satu alat dasar kewangan untuk mempengaruhi keupayaan mencipta kredit bank-bank perdagangan demi mengatasi masalah inflasi & kemelesetan ekonomi.
Nisbah Rizab berkanun= Deposit di Bank Pusat
x100 Jumlah Deposit Semasa
3)Mengawal harta mudah tunai/harta cair
-Harta mudah tunai/harta cair bank perdagangan termasuk
wang tunai yg disimpan dlm bank perdagangan sendiri,baki
penjelasan bank perdagangan di Bank Negara Malaysia &
pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun.
-Bank Negara Malaysia akan menetapkan nisbah mudah
tunai bank perdagangan =bertujuan memastikan semua
bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yg
mencukupi & mampu menunaikan semua cek yg dikeluarkan
oleh pelanggan-pelanggan mereka.
Nisbah harta cair = Jumlah Harta Cair
x100 Jumlah Deposit Semasa
4)Sumber Pinjaman terakhir
-bank pusat merupakan sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yg menghadapi kesulitan kewangan.
-apb bank perdagangan gagal memperoleh pinjaman drpd sumber lain,bank perdagangan boleh meminjam drpd bank pusat sbg langkah terakhir.
-bertujuan melegakan bank-bank perdagangan yg menghadapi masalah kecairan sementara dan mengekalkan keyakinan orang ramai thdp kekukuhan sistem kewangan dalam negara.
d) Melaksanakan dasar kewangan -dasar kewangan ialah langkah-langkah oleh bank pusat utk
menstabilkan ekonomi melalui perubahan penawaran wang & kadar bunga.
- 2 bentuk:-
1)Dasar kewangan mengembang(semasa deflasi) -bank pusat akan menurunkan kadar bunga utk meningkatkan
jumlah pinjaman dan seterusnya menambahkan penawaran wang.
-maka, AE ↑ - Y serta Guna Tenaga turut ↑ -langkah ini sesuai utk mengatasi kemelesetan ekonomi & pertumbuhan ekonomi.2)Dasar kewangan menguncup(semasa inflasi) -bank pusat akan menaikkan kadar bunga utk mengehadkan
jumlah pinjaman dan seterusnya mengurangkan penawaran wang,
-maka,AE ↓ - Y serta Guna Tenaga turut ↓ -langkah ini sesuai utk mengatasi masalah inflasi yg disebabkan
oleh kenaikan AE.
e)Mempertahankan nilai mata wang sesebuah Negara
-nilai mata wang dipengaruhi oleh kestabilan sector asing,iaitu perdagangan antarabangsa.
-sebarang usaha utk menstabilkan sector asing & seterusnya nilai mata wang sesebuah Negara merupakan tanggungjawab bank pusat.
-bank pusat akan menggunakan cadangannya utk membeli dan menjual mata wang asing demi menstabilkan kadar pertukaran asing.
-bank pusat menyimpan rizab pertukaran asing dan emas bagi pihak kerajaan.
-bank pusat boleh menetapkan kadar pertukaran asing antara R.M dgn mata
SOALAN OBJEKTIF
STPM 2005 1. Usaha untuk menstabilkan kadar
pertukaran asing adalah tanggungjawab A. syarikat kewangan B. bank perdagangan C. bank saudagar D. bank pusat
Jawapan : D
STPM 2005 2. Dasar kewangan menguncup digunakan
untuk mengatasi masalah A. stagflasi B. kemelesetan ekonomi C. pengangguran kitaran D. inflasi tarikan permintaan
Jawapan : D
STPM 2010 3. Yang manakkah fungsi bank pusat
sebagai jurubank kepada bank perdagangan? A. Mengawal kestabilan bank perdagangan B. Mengurus akaun kewangan bank
perdagangan C. Memberikan pinjaman terakhir kepada
bank perdagangan D. Mengendalikan pertukaran mata wang
asing untuk bank perdagangan
Jawapan : C
STPM 2010 4. Penawaran wang akan bertambah dalam
ekonomi sesebuah Negara apabila bank pusat
A. menaikkan kadar diskaun B. menjual surat jaminan kerajaan C. membeli surat jaminan kerajaan D. menaikkan kadar cadangan minimum
Jawapan : C
STPM 2010 5. Yang berikut ialah dasar kewangan yang
digunakan untuk mengatasi masalah inflasi kecuali
A. menaikkan nisbah rizab tunai B. memendekkan tempoh pinjaman dan
sewa beli C. menaikkan jumlah pinjaman kepada bank
perdagangan D. menjual surat jaminan kerajaan kepada
institusi kewangan
Jawapan : C
SOALAN ESEI RINGKAS (BAHAGIAN B) STPM 2005 4b) Apakah nisbah rizab berkanun? Bagaimanakah nisbah
rizab berkanun mempengaruhi keupayaan bank mencipta deposit? (6)
Jawapan: -Nisbah rizab berkanun ialah rizab tunai yang wajip disimpan
oleh bank perdagangan di bank pusat. -Semakin tinggi nisbah rizab berkanun,semakin banyak rizab
tunai yang wajib disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat.
-Maka,jumlah simpanan yang boleh dipinjamkan kepada orang ramai semakin berkurangan.Oleh itu,keupayaan bank perdagangan mencipta kredit turut berkurangan.
-Sebaliknya,semakin rendah nisbah rizab berkanun,semakin kurang rizab tunai yang wajib disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat.
-Maka,jumlah simpanan yang boleh dipinjamkan kepada orang ramai semakin bertambah.Oleh itu,keupayaan bank perdagangan untuk mencipta kredit turut bertambah.
STPM 2008 6) Jelaskan bagaimana kenaikan nisbah rizab berkanun
dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi.(6) -Nisbah rizab berkanun merupakan alat dasar
kewangan yang digunakan untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi.
-Kenaikan nisbah rizab berkanun menyebabkan bank perdagangan terpaksa menyimpan lebih banyak wang tunai dalam bank pusat.
-Ini menyebabkan kecairan bank perdagangan berkurangan dan keupayaan bank perdagangan member pinjaman juga berkurangan.
-Bekalan wang dalam ekonomi berkurang menyebabkan kadar bunga di pasaran meningkat.
-Peningkatan kadar bunga menyebabkan pelaburan berkurang.Pengurangan pelaburan menyebabkan AE berkurang dan ini mengurangkan kegiatan ekonomi yang akhirnya menyebabkan pendapatan Negara berkurang sebanyak nilai pengganda.
SOALAN ESEI PANJANG (BAHAGIAN C)
STPM 2000 2a)Terangkan secara ringkas fungsi utama
Bank Negara Malaysia (8m)
Jawapan: 1)Mengeluarkan mata wang Negara Bank pusat merupakan pengeluar tunggal untuk
mengeluarkan dan mengedarkan wang kertas dan duit syiling.
Memastikan bekalan wang mencukupi,iaitu selaras dengan pertambahan penduduk dan pertumbuhan ekonomi.
2)Sebagai jurubank kepada kerajaan Mentadbirkan akaun kerajaan iaitu meguruskan segala
hasil dan perbelanjaan kerajaan.Kutipan cukai akan disimpan dalam bank pusat.Apabila kerajaan perlu membuat pembayaran,perkhidmatan bayaran melalui cek akan disediakan oleh bank pusat.
Mentadbirkan hutang kerajaan dengan memperoleh pinjaman dari dalam dan luar Negara bagi pihak kerajaan apbila kerajaan melaksanakan dasar belanjawan kurangan.
Memberikan pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila perbelanjaan kerajaan melebihi hasil yang diperoleh.
3)Sebagai jurubank kepada bank perdagangan Mengawal rizab berkanun iaitu bank perdagangan wajib
menyimpan sejumlah wang di bank pusat berdasarkan nisbah rizab berkanun yang ditetapkan oleh bank pusat yang bertujuan mempengaruhi keupayaan mencipta kredit bank-bank perdagangan demi mengatasi inflasi atau kemelesetan ekonomi.
Bank perdagangan dikehendaki membuka satu akaun penjelasan di bank pusat supaya penyelesaian hutang antara bank perdagangan dapat dilaksanakan.
4)Melaksanakan dasar kewangan Semasa inflasi,dasar kewangan menguncup akan
dilaksanakan supaya bekalan wang dalam ekonomi dapat dikurangkan untuk mengatasi masalah inflasi.
-MS↓ - r↑-kos pinjaman ↑- I ↓-AE↓-Y↓ Semasa deflasi/kemelesetan ekonomi,dasar kewangan
mengembang dilaksanakan supaya bekalan wang dalam ekonomi dapat ditambahkan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
-MS↑-r ↓-kos pinjaman↓-I ↑-AE↑-Y↑