bahayasyiah

Upload: abdullah-abdullah

Post on 04-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    1/48

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK,

    UMMAH DAN NEGARA

    Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

    1.0 MUQADDIMAH

    Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun

    sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada

    pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

    Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat

    Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga,

    ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan

    umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat

    sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah

    dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang

    yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana

    besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta

    bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al Usrah. Rasulullah S.A.W.bersabda bermaksud : Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan

    Uthman.1

    Perancangan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam itu dengan cara

    penyusupan masuk ajaran yang bukan Islam ke dalam masyarakat Islam yang

    dikenali dengan gerakan Ibnu Saba telah berjaya memecahbelahkan perpaduan

    Umat Islam selama ini. Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan

    perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke

    muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya

    tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing

    mereka mula bergemerencang di medan perang saudara sehingga beberapa lama.

    Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-

    orang yang dididik oleh Rasulullah S.A.W. sendiri dan masih ramai orang yang

    1Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai

    hadis hasan sahih.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    2/48

    2

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang

    disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota

    masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan,

    bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan

    ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orang-

    orang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran

    Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam

    masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang

    sungguh menakutkan.

    Apakah intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba itu? Apakahfahaman-fahaman tajaan Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari

    dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu?

    Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini.

    Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan

    iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang

    berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkap-

    jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah

    muram mereka.

    Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang

    dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka

    dahulu kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

    2

    Maksudnya :

    Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi S.A.W. Sabdanya :

    Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama.

    2Sahih Muslim, Kitab Zuhdi wa al-raqaaiq, bab La yuldaghu al-mukminu min hujrin waahidin

    maratain, no hadith : 2998.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    3/48

    3

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang

    dibawa oleh Ibnu Saba dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa

    apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum

    termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama

    mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya

    tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab

    yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi. Sebahagian

    ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba adalah seorang Yahudi yang

    kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali A.S. Semasa beragama

    Yahudi dia berpendapat Yusya bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara

    ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama

    dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah S.A.W. sepeninggalan

    Baginda S.A.W. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik

    Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-

    musuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah

    orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah

    Agama Yahudi. 3

    Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah

    an-Naubakhti dalam Firaq asy-Syiah (hal. 43-44), al-Hulli dalam Kitab al-Rijal

    (hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam

    kitabnya Tanqihu al-Maqal Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab Manhaju al-

    Maqal (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam Syarah Mahju al-Balaghah (Jilid 2 hal.

    309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya Tuhfatu al-Ahbab (hal. 184) dan lain-

    lain. (lihat lampiran no.1)

    Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba dan

    peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam

    Maqalat al-Islamiyin (Jilid 1 hal. 50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam al-Farqu

    Baina al-Firaq (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam at-Tabsir fi ad-Din (hal. 108-109),

    Syahrastani dalam al-Milal wa an-Nihal (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam Tarikh al-

    Umam wa al-Muluk (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah

    3Kitab Rijal al-Kasyi, hlm.108.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    4/48

    4

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    (Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan (Jilid 3 hal. 289) dan lain-

    lain. (lihat lampiran no. 2)

    Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syiah darisemua aspek aqidah, syariah, akhlak dan lain-lain maka kita akan dapati ajaran-

    ajaran itu telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang

    sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar menganut dan mengamalkan

    ajaran-ajaran yang bukan berasal dari Islam sama sekali. Pada ketika itu Islam yang

    dianuti pada hakikatnya hanya nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam

    yang palsu itu tentu sekali tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan

    agama-agama dan fahaman-fahaman lain yang terdapat di dunia. Segala-galanyadisusun dan direncanakan sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak

    begitu mendalam tentang Islam dapat menerima ajaran yang dikemukakan mereka

    sebagai ajaran Islam.

    Di sini kita akan mendedahkan kepalsuan ajaran Syiah, percanggahannya dengan

    agama Islam yang suci dan bahayanya kepada umat Islam di setiap tempat supaya

    agama yang mereka mahu hapuskan dan lenyapkan dari muka bumi (Islam) ini tetap

    akan mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan firman Allah :

    4

    Maksudnya :

    Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya (dengan

    membawa) petunjuk (al-Quran) dan agama yang benar

    untuk dimenangnya atas segala agama walaupun orang-

    orang musyrikin tidakmenyukainya.

    Di antara bahaya dan percanggahan ajaran Syiah dengan Islam yang akan

    dikemukakan di sini ialah :

    1. Bahaya kepada aqidah

    4Al-Quran, Surah at-Taubah: 33.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    5/48

    5

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    2. Bahaya kepada syariat

    3. Bahaya kepada akhlak

    4. Bahaya kepada ummat

    5. Bahaya kepada negara

    2.0 BAHAYA KEPADA AQIDAH

    2.1 Aqidah Syirik Dengan Allah

    2.1.1 Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam Ushul Kahfi

    dari Abi Abdillah, kata beliau Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah

    kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan

    memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran

    dari pihak Allah kepadanya.5 (lihat lampiran no. 3)

    Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi :

    ""6

    Maksudnya :

    Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya

    kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-

    hambanya.

    Allah berfirman lagi :

    ""7

    Maksudnya :

    5

    al-Kafi, Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, jilid 1, hlm. 4096 Al-Quran, Surah al-Araf: 128.7Al-Quran, Surah al-Hadid: 2.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    6/48

    6

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi..

    2.1.2 Allah menyatakan sifatnya dalam al-Quran sebagai yang awal dan

    akhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana firman-Nya :

    ""8

    Maksudnya :

    Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin

    Tetapi Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali R.A. berkata :

    ""9

    Maksudnya :

    Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan

    akulah yangbatin, akulah pewaris bumi.

    Sedangkan Allah berfirman :

    ""10

    Maksudnya :

    Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di

    atasnya.

    2.1.3 Al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-

    Baqir berkata : Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan

    makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan

    rahmat kepada hambaNya.11. Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Jafar

    8Al-Quran, Surah al-Hadid: 3.9Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 21110

    Al-Quran, Surah Maryam: 40.11Al-Kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1: Intisyarat ilmiyyah

    Islamiyyah, hlm. 83.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    7/48

    7

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata : Akulah pembahagi

    syurga dan neraka bagi pihak Allahaku dikurniakan beberapa

    keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku,

    aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan

    mereka dan kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah

    berlaku tidak terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari

    pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku. 12

    Seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam

    tafsirnya ketika mentafsirkan ayat berbunyi :

    ""13

    Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah-Nya

    meriwayatkan bahawa Jafar as-Sadiq mentafsirkan ayat ini

    dengan: Kamilah wajah Allah itu.(lihat lampiran no. 4)

    2.1.4 Al-Kulaini mengadakan satu bab bertajuk :

    Para Imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak

    tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun.

    Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu riwayat dari Jaafar as -Sadiq

    bahawa beliau berkata :

    Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di

    bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka.

    Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan

    datang.14

    2.1.5 Di dalam kitab yang sama menyebut bahawa para Imam boleh

    menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka

    12

    Kitab al-Hujjah min al-kafi, hlm. 197.13Al-Quran, Surah al-Qashash: 88.

    14Ibid, hlm. 261.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    8/48

    8

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah.15

    Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Quran:

    16

    Maksudnya :

    Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang A llah

    halalkan bagimu.

    Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah dengan para Imam mereka dalam

    mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu juga al-Kulainimeriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata :

    Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya

    dan ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujah dari pihak Allah

    kepada makhluk-Nya. 17

    Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud :

    18

    Maksudnya :

    Katakan tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib di langit

    dan di bumi melainkan Allah.

    Di sinilah Syiah menyekutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalammengetahui perkara ghaib.

    15Al-Kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat ilmiyyah

    Islamiyyah, hlm. 441.16

    Al-Quran, Surah at-Tahrim: 1.17Op.cit, hlm. 285.

    18Al-Quran, Surah al-Naml:65.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    9/48

    9

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    2.2 Di antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah AqidahBada.

    Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba.

    2.2.1 Bada bermakna :

    (a) Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam

    firman Allah yang berbunyi :

    19

    Maksudnya :

    Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah

    terfikir oleh mereka.

    (b) Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan

    dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. Ini terpakai

    dalam firman Allah yang berbunyi :

    20

    Maksudnya :

    Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-

    tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka mesti

    memenjarakannya hingga ke suatu masa.

    Kesimpulannya Bada bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi.

    Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada.

    Di dalam al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari ar-

    Rayyan Bin as-Salt, dia berkata: Aku mendengar ar-Ridha A.S. berkata :

    Tidak ada seorang pun nabi yang diutus Allah melainkan ia membawa ajaran

    19Al-Quran, Surah az-zumar: 47.

    20Al-Quran, Surah Yusuf: 35.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    10/48

    1

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui Allah bersifat dengan al-

    Bada.21

    Hakikat Bada ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, iaituriwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim al-Jaafari

    katanya : Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan A.S. sepeninggalan

    anaknya Abu Jaafar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu

    menceritakan kepadanya apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu Jaafar

    dan Abu Muhammad dalam keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan

    Ismail bin Jaafar bin Muhammad. Kisah kedua-duanya sama kerana Abu

    Muhammad yang diharapkan (menjadi Imam sepeninggalan Abu Jaafar). Tiba-tiba Abu al-Hassan menghadap ke arahku sebelum lagi aku menceritakan isi

    hatiku kepadanya, terus dia berkata : Ya, Wahai Abu Hasyim memang telah

    berlaku kepada Allah berhubung dengan Abu Muhammad sepeninggalan Abu

    Jaafar apa yang Ia (Allah) tidak mengetahui sebelumnya seperti mana telah

    berlaku kepada Allah tentang Musa sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang

    seperti apa yang terlintas di hatimu walaupun tidak disenangi oleh orang-orang

    yang sesat. Abu Musa adalah anakku yang menjadi pengganti sesudahku

    kerana padanya ada pengetahuan yang diperlukan dan bersamanya ada alat

    Imamah.22

    An-Naubakhti menyebutkan bahawa Jaafar bin Muhammad al -Baqir telah

    menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah

    mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika

    beliau masih hidup. Maka Jaafar pun berkata : Tidak pernah berlaku kepada

    Allah (al-Bada) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya

    berhubung dengan Ismail anakku.23

    2.2.2 Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada ini golongan Syiah

    mengemukakan riwayat yang kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir

    bahawa Nabi Luth A.S. juga bimbang akan berlaku Bada pada Allah sehingga

    21Al-kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat ilmiyyah

    Islamiyyah, hlm. 148.22Ibid, hlm. 327.23

    Firaq as-Syiah hlm. 84.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    11/48

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Baginda tidak sabar-sabar lagi meminta para malaikat yang diutuskan untuk

    menyeksa kaumnya supaya menyegerakan penyeksaan terhadap mereka

    sebelum berlaku perubahan pada kehendak Allah kerana sesuatu sebab yang

    tersembunyi kepadaNya sebelum itu dan baru nyata kemudian setelah berlaku

    sebab itu (al-Bada). Inilah dialog Nabi Luth dengan para Malaikat yang tersebut

    di dalam riwayat itu :

    Luth berkata kepada mereka : Wahai utusan-utusan Tuhanku, apakah perintah

    Tuhanku kepada kamu terhadap mereka?

    Para Malaikat menjawab : Ia memerintah kami supaya menimpakan azab ke

    atas mereka pada dinihari nanti.

    Nabi Luth berkata : Aku ada hajat dengan kamu.

    Mereka Tanya : Apakah hajatmu itu?

    Nabi Luth berkata : Kamu timpakanlah azab ke atas mereka sekarang juga

    kerana aku bimbang akan berlaku Bada kepada Tuhanku tentang mereka.

    Para malaikat berkata : Wahai Luth! Sesungguhnya masa yang dijanjikan

    untuk menimpakan azab ke atas mereka itu ialah Subuh, bukankah Subuh itu

    sudah hampir?24.

    2.2.3 Al-Bada mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syiah

    sehingga mereka menganggapnya sebagai pernyataan ubudiyyah terhadap

    Allah yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka meriwayatkan dari Muhammad

    al-Baqir bahawa beliau berkata : Tidak ada satu pun pernyataan ubudiyyah

    kepada Allah yang menyamai al-Bada.25

    24al-Furu Min al-Kafi, jilid 5 hlm. 546

    25Opcit, hlm. 146.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    12/48

    2

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Daripada Jaafar as-Sadiq pula mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata :

    Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap Allah yang menyamai al -

    Bada.26

    Dari Jaafar as-Sadiq juga, mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata :

    Sekiranya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada memperkatakan

    dan mempercayai al-Bada tentulah mereka tidak jemu-jemu

    memperkatakannya.27

    Lihatlah bagaimana Syiah menghubungkan sifat jahil kepada Allah S.W.T. dan

    menganggapnya sebagai puncak pernyataan ubudiyyah kepada Allah

    sedangkan Allah S.W.T. telah berfirman :

    28

    Maksudnya :

    Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu.

    Firman Allah S.W.T.. :

    29

    Maksudnya :

    Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu.

    Firman Allah S.W.T.. :

    30

    Maksudnya :

    26Ibid.

    27Op.cit, 148.

    28

    Al-Quran, Surah at-Talaq:12.29Al-Quran, Surah An-Nisa: 176.

    30Al-Quran, Surah Ali-Imran: 5.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    13/48

    3

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Sesungguhnya tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada

    Allah baik di bumi mahupun di langit.

    Firman Allah S.W.T. :

    31

    Maksudnya :

    Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang

    ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha

    penyayang.

    2.3. Di antara aqidah Syiah ialah at-Tahrif fi al-Quran.

    Satu aqidah tentang al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah

    diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Di antara ulamak Syiah yang

    mengakui berlakunya tahrif kepada al-Quran adalah Allamah Husain binMuhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana beliau menukilkan kata-kata

    Sayyid Ni'matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu'maniyyah

    yang berbunyi :

    Terjemahannya :

    Sesungguhnya tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang

    sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir

    yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya

    penyelewengan terhadap al-Quran.32

    31Al-Quran, Surah al-Hasyr: 22.

    32Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab, hlm. 31.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    14/48

    4

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    2.4 Aqidah al-Imamah dan al-Walayah

    Kepercayaan bahawa Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan

    mereka adalah maasum serta wajib ditaati. Kepercayaan ini begitu penting didalam ajaran Syiah, sehingga ia merupakan salah satu syarat keimanan dan

    dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain. Setiap Nabi yang

    datang telah mengakui keimaman dan walayah Ali dan seseorang yang tidak

    mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak mengenal Allah. Kepercayaan ini

    terdapat dalam mana-mana kitab Syi'ah terutamanya kitab al-Kafi. Antaranya:

    ::

    .

    Terjemahannya :

    Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar A.S. Kata

    beliau : Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang,

    zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada

    rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan

    yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil

    keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah.33

    2.5 Aqidah Takfir as-Sahabah

    Akidah tentang majoriti para sahabat telah murtad yang tidak tersembunyi

    kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab-kitab Syiah, sehingga

    bolehlah dikatakan tidak ada sebuah kitab Syiah yang muktabar terutamanya

    yang ditulis oleh ulama-ulama mereka yang lalu melainkan pasti tersebut di

    dalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan para sahabat

    atau melaknat, memaki hamun dan melakukan tabarri (tabarra yakni

    33Al-kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p.Jilid 2: Intisyarat ilmiyyah

    Islamiyyah, hlm. 20.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    15/48

    5

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang)

    terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan mereka sahabat-

    sahabat besar Rasullullah s.a.w sekalipun seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar,

    Uthman, Abdul Rahman bin Auf, isteri-isteri Rasullullah s.a.w dan lain-lain.

    2.6 Ar-Rajah

    Satu aqidah dan kepercayaan Syiah tentang para Imam akan dibangkitkan

    sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang

    telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang

    telah diijmakkan oleh para ulama Syiah. Antaranya Syeikh Mufid

    menyebutkan:

    ""

    Terjemahannya :

    Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya rajah

    (kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia

    sebelum qiamat.34

    3.0 BAHAYA KEPADA SYARIAT

    Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui

    ajaran yang diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan

    syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu

    sekali akan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunah.

    3.1 Jika al-Quran menyatakan bahawa Seseorang akan diberi balasan

    dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya 35 Seseorang manusia

    tidak menanggung dosa seseorang yang lain36

    , Tiap-tiap diri

    34

    Awaailu al-Maqaalat, hlm 52.35Al-Quran, Surah an-naml: 39.

    36Al-Quran, Surah al-An am: 164.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    16/48

    6

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya 37, Orang-orang yang

    tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka 38, Orang-orang

    yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh orang-

    orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisikan

    kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali yang bertaubat, beriman dan

    mengerjakan amal soleh 39, maka Syiah pula akan mengatakan itu semua

    tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang

    dengan para Imam.

    Mereka meriwayatkan bahawa Jaafar as-Sadiq berkata kepada golongan

    Syiah : Ketahuilah demi Allah! Tidak akan masuk ke dalam neraka dua orangpun dari kalangan kamu. Tidak! Demi Allah! Tidak seorang pun! 40

    Jaafar as-Sadiq berkata kepada Syiah : Sesungguhnya suratan amalan setiap

    orang dari kamu akan dipenuhkan (dengan pahala tanpa sebarang amalan). 41

    Lebih dari itu Jaafar as-Sidiq berkata bahkan dia akan bersama Nabi dalam

    darjat mereka (Nabi) pada hari Qiamat nanti.42

    Ibnu Babwaih al-Qummi meriwayatkan dari Abi al-Hasan ar-Ridha (Imam

    Maasum yang kelapan di sisi Syiah) bahawa Qalam diangkat (tidak dicatitkan

    dosa) dari Syiah kita. Tidak seorang pun dari Syiah kita yang melakukan dosa

    atau kesalahan melainkan pasti akan ada perkara yang menghapuskan dosa-

    dosanya itu walau pun dia melakukan dosa sebanyak titisan hujan, sebanyak

    bilangan anak batu dan pasir, sebanyak bilangan duri dan pokok.43

    Mereka juga meriwayatkan satu hadis Qudsi (yang direka oleh mereka)

    bahawa Allah berfirman : Ali bin Abi Talib adalah hujahKu atas makhlukKu dan

    cahayaKu dalam kerajaanKu dan pemegang amanah ilmuKu. Tidak akan

    37Al-Quran, Surah al-Muddatsir: 38.

    38Al-Quran, Surah al-Muddatsir: 41-42.

    39Al-Quran, Surah al-Furqan: 68-70.

    40Ar-Raudhah Jilid 8 hlm. 78.

    41

    Ibid, Jilid 8, hlm. 315.42Muqadimah al-Burhan, hlm. 21.

    43Uyunu Akhbari ar-Ridha, Jilid 2, hlm. 236.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    17/48

    7

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    masuk ke dalam neraka orang yang mengenalinya walaupun ia

    mengingkariku. 44

    Ini bererti untuk masuk ke syurga seseorang itu tidak perlu terikat kepadasyariat asalkan ia telah mencintai Ali dan Imam-Imam sesudahnya dan untuk

    menghindarkan diri dari neraka tidak perlulah seseorang itu meninggalkan

    maksiat asalkan ia telah mengenali dan menerima Imam dua belas. Setelah itu

    bebaslah ia melakukan apa sahaja yang dikehendakinya kerana Allah akan

    mengampunkan mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga.

    3.2 Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat

    dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar as -Sadiq bahawa

    beliau berkata : Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan

    daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang

    yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah

    menghindarkan (azab dan siksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan

    zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat dan sesungguhnya Allah

    menolak azab dan siksaan daripada Syiah kita yang tidak mengerjakan haji

    dengan Syiah kita yang mengerjakannya. 45. Mereka tidak memandang berat

    kepada sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan

    daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji sudah

    mencukupi.

    Tetapi di sebalik pandangan sepi mereka terhadap ajaran dan syariat yang

    ditekankan dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W., mereka mengadakan

    syariat yang lain sebagai gantinya. Mereka menggalakan supayamengerjakannya dan diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang

    mengerjakannya iaitu syariat cintakan ahlulbait, ziarah kubur para Imam,

    menangisi dan meratapi kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan

    seks yang bebas atas nama kahwin mutah, mewajibkan khumus atas nama

    Imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah Karbala berbanding dengan

    44Muqaddimah al-Burhan, hlm. 23 dan Kitab al-Khisal al-Qummi, jilid 2, hlm. 583.

    45Tafsir al-Qummi, jilid 1 hlm. 83 dan 84 Tafsir al-Ayyasyi, jilid 1, hlm. 135.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    18/48

    8

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    tanah Mekah dan Madinah, menambah ucapan Syahadah dalam azan dan

    lain-lain lagi.

    3.3 Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan oleh mereka itu, merekamengemukakan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka) dan mentakwilkan

    ayat-ayat sebagai alasan dari pihak syarak atau sebagai surat-surat

    pengampunan dan keredhaan dari pihak Allah dan Nabi untuk masuk syurga.

    3.3.1 Mereka umpamanya meriwayatkan bahawa menziarahi Husain A.S.

    (kuburnya) menyamai seratus haji Mabrur dan seratus haji umrah yang diterima

    Allah.46

    3.3.2 Mereka meriwayatkan juga bahawa Nabi ada bersabda : Seseorang

    yang menziarahi Husain selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga.

    3.3.3 Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak mampu menziarahi

    kubur Saiyidina Husein, cukuplah ia menangisi kesyahidan beliau sebagaimana

    yang diriwayatkan daripada Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata tidak

    jatuh setitik air mata kerana menagisi al-Husain melainkan pasti Allah akan

    mengampunkan dosa seseorang itu walaupun banyaknya dosa itu seperti buih-

    buih di laut dan pastilah dia mendapat syurga. 47

    3.3.4 Begitu juga mereka meriwayatkan seseorang yang menangisi Ali ar-

    Ridha (Imam Maasum yang kelapan) pasti akan diharamkan Allah neraka ke

    atasnya. Ali ar-Ridha berkata ; Tiada seseorang Mukmin pun yang menziarahi

    kuburku dan mukanya dibasahi setitik air mata melainkan Allah akan

    mengharamkan tubuhnya atas neraka. 48

    3.3.5 Mereka meriwayatkan dari Imam Musa al-Kazim, (Imam Maasum yang

    ketujuh) bahawa beliau berkata : Sesiapa yang menziarahi kubur anakku Ali

    pahalanya di sisi Allah menyamai pahala tujuh puluh haji mabrur. Aku berkata

    (kata perawi) : Tujuh puluh haji? Dia berkata: 70,000 haji. Kemudian dia

    berkata : Alangkah banyak haji yang tidak diterima! Dan sesiapa yang

    46

    Al-Irsyad-Syeikh Mufid, hlm. 252.47Jila-u al-Uyun- al-Majlisi, jilid 2, hlm. 464 468.

    48Uyun Akhbari ar-Ridha, jilid 2, hlm. 227.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    19/48

    9

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    menziarahinya (Ali) lalu bermalam dikuburnya, dia seperti menziarahi Allah di

    arasyNya. (Kata perawi) : Seperti menziarahi Allah di arasy-Nya? Dia

    menjawab : Ya. 49

    3.4 Islam mengadakan institusi perkahwinan demi menjaga keturunan manusia

    dan kemurniaan hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi

    sebaliknya Syiah mahu menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam

    dengan mengemukakan syariah mutah, meminjam dan menyewakan seks dan

    menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan

    mutah ini begitu penting dalam syariah Syiah . Seseorang itu tidak dianggap

    sebahagian dari mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mutah.

    3.4.1 Al-Kulaini meriwayatkan dari Jaafar bin Muhamad al-Baqir bahawa

    beliau berkata Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai rajah

    (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum

    orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal

    mutah kita. 50

    Untuk menggalakkan amalan Mutah ini mereka mengadakan sekian banyakhadits palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan Nabi S.A.W.

    sendiri di mana mereka meriwayatkan dari Nabi, bahawa Baginda bersabda :

    Sesiapa yang keluar dari dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan

    mutah, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rompong.

    Ketika Nabi s.a.w miraj ke langit Baginda telah ditemui oleh Jibril, lalu berkata:

    Wahai Muhammad, Allah Tabarakawataala berkata : Sesungguhnya Aku

    telah mengampunkan orang yang melakukan mutah dengan perempuan dari

    kalangan umatmu. 51 (lihat lampiran no. 5)

    49Ibid, jilid 2, hlm. 259.

    50

    Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3, hlm. 458, Muntaha al-Amal-Syeikh Abbas al-Qummi, jilid 2, hlm.341.51

    Manla Yadhuruhu al-Faqih, jilid 3, hlm. 463.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    20/48

    21

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    3.4.2 Perkahwinan Mutah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan

    perisytiharan. 52 (lihat lampiran no. 6)

    Ini boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi

    dan dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeini di dalam

    kitabnya53

    Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada perempuan itu

    mempunyai suami atau tidak.54

    At-Thusi meriwayatkan dari Fadhal Maula Ahmad bin Rasyad bahawa dia

    menceritakan kepada Jaafar as-Sadiq A.S. : Bahawa aku telah berkahwin

    dengan seorang perempuan secara mutah setelah itu timbul dalam hatiku

    bahawa perempuan itu mempunyai suami. Tiba-tiba aku dapati memang benar

    dia mempunyai suami. Dia (Jaafar) berkata : Kenapa kamu selidiki?55

    Pernah Abdullah bin Umair al-Laisi menemui Abu Jaafar (Muhammad al-

    Baqir). Lalu Abdullah berkata kepadanya: Apa pendapatmu tentang mutah?

    Beliau berkata: Allah telah menghalalkan dalam kitab-Nya dan melalui Nabi. Ia

    adalah halal sampai hari kiamat. Lalu Abdullah bin Umair al -Laisi berkata :Wahai Abu Jaafar, adakah orang sepertimu berkata begini sedangkan Umar

    mengharamkan dan melarang daripada melakukannya? Berkata Abu Jaafar :

    Walaupun Umar mengharamkannya dan melarang daripadanya! Abdullah bin

    Umair berkata : Aku minta supaya engkau dilindungi Allah daripada

    menghalalkan sesuatu yang diharamkan Umar. Abdullah bin Umair berkata,

    maka Abu Jaafar berkata kepadanya : Engkau berada di atas pendapat

    ikutanmu dan aku berada di atas keputusan Rasulullah. Mari kita salingmemohon kepada Tuhan supaya dilaknatkan (orang yang tidak benar di antara

    kita). Aku yakin yang benar apa yang diputuskan oleh Rasulullah dan yang

    salah apa yang diputuskan oleh ikutanmu. Berkata perawi, Abdullah bin Umair

    pun mengadap Abu Jaafar seraya berkata : Adakah engkau suka isteri-

    isterimu, anak-anak perempuanmu saudara-saudara perempuan dan sepupu-

    52

    Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal 254, an-Nihayah, hlm. 489.53

    Tahrir al-Wasilah, jilid 2, hlm. 292 .54An-Nihayah at-Thusi hal: at-Thusi, hlm. 489, Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253.

    55Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    21/48

    2

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    sepupu perempuan dilakukan mutah? Berkata perawi, maka berpalinglah Abu

    Jaafar daripada Abdullah bin Umair ketika ia menyebutkan isteri-isterinya dan

    sepupu-sepupu perempuannya.56

    3.4.3 Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan

    yang boleh dilakukan Mutah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak

    tertipu. Berkata perawi, aku pun berkata : Semoga Allah mendamaikan

    engkau. Berapakah minima umur perempuan yang tidak tertipu. Beliau

    menjawab : Sepuluh tahun. 57

    Al-Hulli dalam kitab fiqahnya yang bernama Syaraain al-Islam 58 Seseorang

    gadis cerdik yang sudah baligh boleh mengakadkan mutahnya sendiri. Walinya

    tidak berhak membantah, samada ia masih dara atau janda.

    3.4.4 Perempuan boleh dikahwini secara mutah mengikut Syiah tanpa had.

    Ia tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka

    riwayatkan dari Jaafar as-Sadiq beliau ada berkata : Berkahwinlah dengan

    mereka secara mutah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu

    termasuk di antara perempuan yang disewakan.59

    3.4.5 Mas kahwin untuk nikah mutah pula tidak terlalu besar, hanya

    memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah

    tamar.60

    3.4.6 Berkenaan dengan jangkamasa mutah itu boleh dilakukan dapat kita

    ketahui dari riwayat yang dikemukakan oleh mereka dari Abu Hasan Ali bin

    Muhamad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya : Berapa lamakah

    sekurang-kurangnya tempoh mutah itu boleh dilakukan? Adakah harus

    seseorang melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan? Beliau

    56Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 449; Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 251.

    57Al-Istibsar, jilid 3, hlm.145, Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 225, al-FuruMin al-Kafi, jilid 5, hlm. 463.

    58

    jilid 2 hlm. 186.59Al-Istibar jilid 3 hlm. 147;Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 259.

    60Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457; Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 259.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    22/48

    22

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    menjawab : Ya, tidak mengapa tetapi bila selesai hendaklah memalingkan

    mukanya dan tidak memandang lagi (kepada perempuan itu).61

    3.4.7 Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mutah denganseorang perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Jaafar

    as-Sadiq bahawa beliau berkata : Tidak mengapa, seseorang boleh

    melakukan mutah dengan seseorang perempuan seberapa banyak kali yang

    dikehendakinya.62

    3.4.8 Bahkan lebih dari itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan

    faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari

    Abu Hasan bahawa dia berkata : Aku bertanya Abi Abdillah A.S. tentang

    peminjaman faraj. Dia menjawab : Tidak mengapa. 63

    Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya

    Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas

    tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya.

    3.4.9 Lebih dari itu lagi golongan Syiah mengharuskan seseorang

    mengamalkan amalan kaum Luth dengan isterinya atas nama Ahlil Bait. Al-

    Khulaili meriwayatkan dari al-Ridha bahawa beliau ditanya oleh Safuan bin

    Yahya : Salah seorang hamba bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau.

    Al-Ridha berkata: Apa pertanyaan itu? Aku berkata : Bolehkah seseorang

    mendatangi isterinya pada duburnya? Al-Ridha menjawab : Itu haknya.

    Berkata Safuan : Maka aku pun bertanya dia : Adakah engkau

    melakukannya?Ar-Ridha menjawab : Kami tidak melakukannya.64

    Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Masum yang kelapan) satu

    riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi

    meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang

    seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha

    61Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460, al-Istibar jilid 3, hlm. 151.

    62

    Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460 .63Al-Istibsr, jilid 3, hlm. 141.

    64Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 40, al-Istibsar, hlm. 243 244.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    23/48

    23

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    menjawab : Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya, iaitu kata-kata

    Nabi Luth A.S. yang dihikayatkan oleh Allah;

    65

    Maksudnya:

    Luth berkata: Wahai kaumku!Ini anak-anak perempuanku

    lebih suci untuk kamu.

    Sedangkan Nabi Luth sudah maklum bahawa mereka tidak menghendaki faraj.

    Sebagaimana mereka meriwayatkan dari Jaafar as-Sadiq melalui Abdullah binAbi Yaafur bahawa beliau berkata : Aku bertanya Abu Abdullah (Jaafar as-

    Sadiq) tentang seorang yang mendatangi isteri pada duburnya. Dia berkata :

    Tidak mengapa jika isterinya suka. Aku pun berkata di mana firman Allah

    yang berbunyi:

    Maksudnya :

    Datangilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah

    kepadamu.Lalu Jaafar bin as-Sadiq menjawab: Tempat itu

    untuk mencari anak.66

    4.0 BAHAYA KEPADA AKHLAK

    4.1. Kebiadaban dan penghinaan

    4.1.1 Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

    Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman

    Syiah pasti akan bersifat biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.

    65Al-Quran, Surah Hud: 78.

    66Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 414, al-Istibsar jilid 3, hlm. 243

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    24/48

    24

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan secara dusta dalam kitabnya Biharu al-

    Anwar daripada Nabi S.A.W. bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Ali : Wahai

    Ali! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu,

    sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya

    engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua

    orang anak laki-laki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan

    aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri

    bapa mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar.

    Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya.

    67.

    Al-Kulaini menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat

    kenabian, kerasulan dan khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah berdusta

    atas nama Jaafar as-Sadiq, bahawa beliau berkata : Sesungguhnya Allah

    menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai nabi dan

    menjadikannya sebagai nabi sebelum menjadikannya sebagai rasul dan

    sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya

    sebagai Imam.68

    Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif at-Tammar bahawa beliau berkata :

    Kami pernah bersama Abi Abdillah A.S. dalam satu kumpulan di Hijir Ismail,

    maka Abu Abdullah berkata : Adakah mata-mata gelap mengikut kita? Kami

    pun berpaling ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun.

    Maka beliau pun berkata : Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini! (3

    kali) Kiranya aku berada di antara Musa dan Khaidir A.S. tentu aku

    menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih alim daripada mereka

    berdua dan tentu aku akan menyatakan kepada mereka berdua apa yang tidak

    diketahui oleh mereka sesungguhnya mereka telah dikurniakan ilmu tentang

    masa lampau. Untuk mereka berdua tidak dikurniakan ilmu tentang apa yang

    akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari qiamat.69

    67

    Kitab Biharu al-Anwar Kitabu asy-Syahadah, jilid 5, hlm. 511.68Kitabu al-Hujjah Min al-Kafi, jilid 1, hlm. 175.

    69Usul Kafi, jilid 1, hlm. 261.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    25/48

    25

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Diriwayatkan juga dari Jaafar as-Sadiq : Sesungguhnya aku mengetahui apa

    yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di

    neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman

    akan datang. 70

    Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan Nabi Yunus ditelan

    ikan sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa lama

    itu, tidak kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari Walayah Ali.71

    4.1.2 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi S.A.W.

    Mulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang khusus dalam kitabnya,

    Hayatu al-Qulub bertajuk Bab Yang Ke 55 pada menyatakan kecelakaan

    Aisyah dan Hafsah72. Di dalam bab ini berkali-kali pengarangnya mengatakan

    Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan riwayat

    yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni

    Nabi sehingga mengakibatkan kewafatan Baginda. Al-Aisyyasyi telah

    meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Jaafar Sadiq bahawa

    Aisyah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasulullah S.A.W. dengan meracuniBaginda.

    Di suatu tempat yang lain didalam kitab yang sama Mulla Baqir al-Majlisi

    meriwayatkan dari tokoh tafsir Syiah yang terkemuka dari kalangan

    Mutaqaddimin, iaitu Ali bin Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan

    Saidina Umar bersama anak perempuan mereka masing-masing telah

    mengadakan pakatan untuk membunuh Nabi dengan meracuni Baginda, begini

    bunyinya, Maka dua munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu (Aisyah

    dan Hafsah) telah mengadakan pakatan untuk membunuh Baginda dengan

    memberikan racun kepada Baginda. 73

    4.1.3 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Sahabat-Sahabat Rasulullah

    S.A.W. yang lain.

    70Ibid.

    71

    Tafsir Nurr ats-Tsaqalain jilid 3 hlm. 435.72jilid 2, hlm. 610 612.

    73Ibid.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    26/48

    26

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Golongan Syiah mempercayai bahawa para sahabat telah murtad

    sepeninggalan Rasulullah S.A.W. kecuali tiga atau empat orang dari kalangan

    mereka. Tidak ada lagi kebiadaban dan penghinaan yang lebih dahsyat dari ini.

    Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan Syiah telah

    meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali

    tiga orang daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan

    Salman al-Farisi.74

    Perkara yang sama telah disebut oleh al-Majlisi yang dianggap sebagai

    Khatimatu al-Muhadditsin di kalangan Syiah bahawa, maksudnya :

    Para sahabat semuanya binasa, selepas wafat Rasulullah S.A.W. kecuali tiga

    orang iaitu Abu Zar, Miqdad dan Salman.75. (lihat lampiran 7)

    4.2 Di antara ciri yang tidak dapat dipisahkan dari Syiah ialah Taqiyyah.

    Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di

    zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka

    lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan kerana itu Imam Syafie

    berkata : Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang

    lebih pembohong dari golongan Syiah.

    4.2.1 Syiah ada meriwayatkan hadis dari Imam mereka tentang pentingnya

    mengamalkan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan

    taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitabnya al-Kafi bahawa Jaafar as-

    Sadiq berkata : Taqiyyah adalah di antara ajaran agamaku dan agama nenekmoyangku. Tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqqiyyah. 76

    (lihat lampiran 8)

    4.2.2 Taqqiyyah adalah amalan yang disukai oleh Imam Maksum dan satu

    amalan yang meninggikan darjat seseorang di sisi Allah. Al-Kulaini

    meriwayatkan lagi dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata : Demi Allah,

    74

    Al-Raudhah Min al-Kafi, jilid.8, hlm. 245.75Hayatul Al-Qulub, jilid 2, hlm. 640.

    76Al-Kafi, jilid 2, hlm. 223.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    27/48

    27

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    tiada sesuatu di atas muka bumi ini yang lebih disukai olehku daripada

    taqiyyah.

    4.2.3 Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan taqqiyyah diangkatdarjatnya oleh Allah dan Allah merendahkan darjat orang yang tidak

    mengamalkannya. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau

    berkata : Allah mengangkatkan darjat orang yang mempunyai taqiyyah dan

    merendahkan orang yang tidak mempunyai taqiyyah.77

    4.2.4 Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan kehidupan beragama

    sehingga ia diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan beragama. Al-

    Kulaini meriwayatkan lagi dari Jaafar as-Sadiq beliau berkata : Sesungguhnya

    sembilan persepuluh agama terletak dalam taqiyyah, Tiada agama bagi orang

    yang tidak bertaqiyyah. Taqiyyah boleh dilakukan dalam semua hal, kecuali

    dalam masalah nabiz dan menyapu khuf. 78

    4.2.5 Bahkan ajaran agama Syiah sebenarnya ditegakkan di atas taqiyyah.

    Al-Kulaini meriwayatkan dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata :

    Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapamenyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya

    akan dihina oleh Allah. 79

    4.2.6 Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang

    berfahaman Syiah. Akan terkeluar dari Syiah jika tidak mengamalkannya.

    Diriwayatkan dari Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata : Tiada

    agama bagi orang yang warak dan tiada iman bagi orang yang tidak

    bertaqiyyah. Maka beliau ditanya: Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah

    (perlu bertaqiyyah)? Beliau menjawab: Sampai hari tertentu, iaitu munculnya

    Imam Mahadi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluar

    Imam Mahadi, bukanlah ia dari kalangan kami.80

    77Usul Kafi, jilid 2, hlm. 217

    78

    Ibid.79Ibid,hlm. 222.

    80Kasyful Ghummah al-Ardabili, hlm. 341

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    28/48

    28

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    4.2.7 Kadang-kadang orang-orang Syiah berdalih dengan berkata bahawa

    taqiyyah itu bukanlah amalan yang bercanggah dengan Islam kerana

    seseorang boleh mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan

    dikasari seperti yang berlaku pada Ammar bin Yasir.

    Tetapi sebenarnya ini hanya dolak dalik mereka kerana terlalu banyak riwayat

    Syiah yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan tiada

    sebarang tekanan dan paksaan. Di antaranya adalah riwayat yang

    dikemukakan oleh al-Kulaini dari Muhamad bin Muslim bahawa beliau berkata :

    Aku masuk untuk menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq A.S.). Pada ketika itu

    disisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya : Semoga dirikudijadikan tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh. Maka

    beliau pun berkata kepadaku : Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu

    itu. Sekarang ada orang yang arif tentangnya di sini. Sambil dia

    mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan :

    Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan

    membawa banyak buah badam dan dihamburkannya buah badam itu

    kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini.

    Maka Abu Hanifah pun mentabirkan mimpiku dengan berkata: Engkau akan

    bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung

    dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah

    engkau akan mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah.

    Mendengar tabir itu Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata : Demi Allah!

    Tepat tabirmu itu, wahai Abu Hanifah! Berkata Muhamad bin Muslim : Tak

    lama kemudian Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku

    berkata kepadanya : Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka

    kepada tabir nasib ini. Lalu ia berkata: Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah

    tidak memburukkan padahmu! Tabir mereka tidak akan menepati tabir kita

    dan tabir kita pula tidak akan menepati tabir mereka, tabir mimpiku yang

    sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya.

    Muhammad bin Muslim berkata : Aku pun berkata kepadanya (Jaafar as-

    Sadiq): Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    29/48

    29

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    tadi, Tepat tabirmu dan engkau bersumpah pula atas tabirnya padahal dia

    salah? Beliau berkata: Memang benaraku bersumpah tadi dan mengatakan

    ia tepat, tetapi tepat salah. 81

    Kita semua maklum Abu Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah

    yang perlu digeruni dan ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak

    disenangi oleh pihak penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar as-

    Sadiq bersikap demikian jika tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah?.

    4.2.8 Khomeini sendiri mengajar Syiah mengamalkan taqiyyah ketika

    membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya :

    Perkara kedua (yang membatalkan sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan

    satu tangan di atas tangan yang lain (dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh

    orang-orang bukan dari kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya

    dalam keadaan taqiyyah. 82

    Dia berkata lagi : Dan sengaja mengucapkan amin selepas selesai membaca

    Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak

    mengapa mengucapkannya.83

    5.0 BAHAYA KEPADA UMMAH

    Kebanyakan orang Islam hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya

    tentang Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara

    kepada ajaran Syiah kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena

    mengenanya dengan ajaran Islam yang suci murni.

    Merekalah yang akan memaki hamun pejuang-pejuang Islam yang lampau terdiri

    daripada para sahabat, tabiin, tabii at-tabiin yang telah begitu berjasa kepada

    mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya dengan membawa Islam dengan

    penuh rasa tanggungjawab, generasi demi generasi sehingga ke hari ini.

    5.1. Memecahbelahkan Ummah

    81

    Op.cit, hlm. 292.82Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 186.

    83Ibid, hlm.190.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    30/48

    31

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    5.1.1 Kehadiran Syiah akan memecahbelahkan umat Islam kerana

    menganggap golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Quran

    dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dahsyat kekufurannya daripada iblis.

    Syeikh Mufid berkata : Golongan Imamiah sepakat bahawa semua

    pendokong-pendokong bidaah adalah kafir. 84

    Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang

    sangat benar) berkata : Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai)

    Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis.85

    5.1.2 Ahli Sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam pada pandangan

    Syiah adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi

    bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita. 86

    Riwayat yang sama dikemukakan juga oleh al-Majlisi di dalam al-Baiharu Al-

    Anwar87

    .

    5.1.3 Ahli Sunnah lebih hina dari anjing di sisi Syiah. Mulla Baqir al-Majlisi

    menulis :

    Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya

    Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah

    lebih hina daripadanya lagi.88

    5.1.4 Golongan Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh

    dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus

    daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi

    Abdillah, kata beliau : Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan

    keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.89

    84Awaailu al-Maqalat, hlm. 15

    85Ikmalu ad-Din, hlm. 13.

    86Ar-Raudhah min al-Kafi, hlm. 135.

    87

    Jilid 24 hlm. 311.88Haqqu al-Yaqin, jilid 2, hlm. 536.

    89Tahzibu al-Ahkam, jilid 4, hlm. 122-123.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    31/48

    3

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Tokoh-tokoh Syiah juga berpendapat bahawa harta Nashibi dan segala

    sesuatu yang dimilikinya adalah halal. 90

    Perkara yang sama disebutkan juga oleh al-Hurrru al-Amili dalam kitabnya91

    5.1.5 Golongan Syiah juga menganggap Ahli Sunnah najis. Khomeini

    berkata, Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka

    dilaknat oleh Allah) adalah najis dan ini tidak terhenti kepada penafian mereka

    terhadap risalah. 92

    5.1.6 Sembelihan Ahli Sunnah tidak halal di sisi Syiah seperti kata Khomeini

    : Halal sembelihan semua golongan-golongan dalam Islam kecuali sembelihan

    Nashibi walapun ia menyatakan Islamnya. 93

    Tidakkah ajaran-ajaran yang seperti ini akan memecahbelahkan umat Islam?

    Tidakkah fahaman-fahaman yang seperti ini akan menimbulkan permusuhan,

    suasana benci membenci dan menyimpan dendam kesumat yang

    berpanjangan di antara satu dengan yang lain?

    Tentu sekali! Inilah yang akan merupakan natijah dari kehadiran ajaran Syiah

    ke dalam masyarakat umat Islam. (Di antara perkara yang menambah

    kebencian terhadap Ahlus Sunnah ialah menganggap sahabat-sahabat adalah

    perampas hak ahlul bait dan musuh mereka. Begitu juga dengan pengikut-

    pengikut sahabat R.A. Memperbesarkan upacara mengingati kematian imam-

    imam mereka yang dianggap dizalimi oleh pemimpin-pemimpin dari kalangan

    ahlus sunnah adalah untuk memperbaharui kebencian terhadap ahlus sunnah).

    5.2 Mempercayai perkara-perkara bidaah, khurafat, tahyul serta

    mengamalkannya.

    90Tahzibu Al-Ahkam, jilid 2, hlm. 48.

    91

    Wasailu as-Syiah, jilid 6, hlm. 340.92Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 118.

    93Ibid, jilid.2, hlm. 146.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    32/48

    32

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    5.2.1 Golongan Syiah menganggap Kufah adalah tanah haram.

    Bersembahyang dan berbuat kebajikan padanya pasti mendatangkan pahala

    yang besar.

    Mereka meriwayatkan dari Abi Abdillah A.S. bahawa beliau berkata :

    Sesungguhnya Mekah adalah Tanah Haram Allah dan Madinah adalah Tanah

    Haram Muhammad dan Kufah adalah tanah Haram Ali A.S. Sesungguhnya Ali

    A.S. mengharamkan di Kufah apa yang diharamkan oleh Ibrahim di Mekah dan

    apa yang diharamkan oleh Muhammad di Madinah. 94

    Diriwayatkan dari Abi Abdillah bahawa beliau berkata : Membelanjakan satu

    dirham di Kufah sama dengan membelanjakan 100 dirham di tempat lain dan

    mengerjakan dua rakaat sembahyang padanya dikira sama dengan

    mengerjakan 100 rakaat di tempat lain. 95

    5.2.2 Tanah Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya juga

    digunakan oleh orang-orang Syiah sebagai tempat sujud dimana-mana sahaja

    di dunia ini. Jarang sekali ditemui rumah Syiah yang tidak mempunyai tanah

    Karbala di dalam berbagai-bagai bentuknya. Mereka juga menganggap tanahKarbala itu boleh dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan

    berbagai-bagai jenis penyakit.

    Keutamaan yang seperti ini tidak dipercayai ada pada tanah-tanah yang lain

    termasuklah tanah kubur Rasulullah S.A.W. dan para Imam. Khomeini berkata :

    Dikecualikan daripada tanah (yang haram dimakan) tanah kubur penghulu kita

    Abi Abdillah al-Husain A.S. sebagai ubat dan tidak harus dimakan tanah ini

    dengan tanah lain dan tidak boleh juga dimakan lebih dari kadar kacang putih

    yang sederhana, tidak termasuk didalam hukum boleh memakan tanah ini,

    tanah kubur orang lain walaupun tanah kubur Nabi S.A.W. dan tanah kubur

    para Imam A.S. yang lain.96

    94Syeikh Abbas al-Qummi- Safinatu al-Bihar jilid 2, hlm. 498 dan Mulla Mohsein al-Kasyani-al-Wafi,

    jilid 8, hlm. 215.95Ibid.

    96Tahriru al-Wasilah, jilid 2, hlm. 164.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    33/48

    33

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    5.2.3 Golongan Syiah juga merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi

    dan menganggap sunat mandi pada hari itu.

    Khomeini berkata : Di antaranya (di antara mandi-mandi yang disunatkan itu)ialah mandi dua Hari Raya dan di antaranya lagi ialah mandi pada hari

    Nauruz.97

    5.2.3 Mereka juga mengadakan hari perkabungan kerana kesyahidan

    Sayyidina Hussain di Karbala pada 10hb. Muharram di mana mereka

    melakukan bermacam-macam bidaah, khurafat dan kekufuran.

    5.3 Keganasan Akan Berlaku Di kalangan Ummah.

    5.3.1 Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal

    darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh

    sesiapapun. Diriwayatkan dari Daud bin Farqad katanya : Aku berkata kepada

    Abi Abdillah A.S. apa katamu tentang membunuh Nashibi? Beliau berkata:

    Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh

    merobohkan dinding ke atasnya atau engkau menenggelamkannya ke dalam

    air supaya tiada sesiapapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah.

    98

    At-Thusi mengemukakan satu cerita yang mengisahkan Abu al-Buhair telah

    membunuh 13 orang Islam kemudian datang bertemu Jaafar as-Sadiq dan

    menceritakan kepadanya cara-cara pembunuhannya namun Jaafar as-Sadiq

    tidak menyalahkannya. Abu Buhair menceritakan : Di antara mereka ada yang

    aku naik ke atas rumahnya dengan menggunakan tangga kemudian

    membunuhnya. Ada juga di antara mereka yang aku panggil di muka pintunya

    pada waktu malam, apabila ia keluar aku terus membunuhnya. Ada juga antara

    mereka yang aku temaninya di dalam perjalanan bila sampai di tempat yang

    97

    Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 98-99.98Ibn Babwaith Ilalu as-Syara, hlm. 200, Wasailu as-Syiah, jilid 18, hlm. 163, Biharu al-Anwar, jilid

    27, hlm. 231.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    34/48

    34

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    sunyi aku membunuhnya. Pembunuhan mereka itu tidak diketahui oleh sesiapa

    pun. 99

    5.3.2 Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejamsehingga kerjanya tidak lain selain dari membunuh dan menyembelih manusia,

    terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.

    Mereka menyatakan apabila muncul Imam Mahadi nanti orang-orang Syiah

    akan menghadapkan setiap nasibi di hadapan Imam Mahadi. Jika Nasibi itu

    mengakui Islam iaitu walayah, maka ia dibebaskan, jika tidak akan dipenggal

    lehernya atau ia bersedia membayar jizyah sebagai ahli Zimmi. 100

    Mereka mengatakan lagi bahawa pada ketika kemunculan Imam Mahadi nanti

    tiada layanan yang lain diberikan kepada orang Arab selain menyembelih

    mereka.101

    5.3.3 Imam Mahadi yang dinantikan kemunculannya itu yang mengikut

    kepercayaan ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah ianya

    dipenuhi dengan kezaliman, dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan

    merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah

    Haram.

    Syeikh Mufid menyebutnya bahawa : Apabila Imam Mahadi muncul dia akan

    merobohkan Masjidil Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian

    menggantungkannya di Kaabah serta ditulis kepadanya : Mereka inilah

    pencuri-pencuri Kaabah. 102

    5.4 Memusnahkan Imej Islam.

    5.4.1 Islam yang suci murni dengan ajaran tauhidnya akan tercemar dengan

    kepercayaan syirik yang dibawa oleh Syiah atas nama satu golongan dari

    Islam, seperti yang telah kita kemukakan sebelum ini.

    99Rijal Kasyi, hlm. 343.

    100

    Biharu al-Anwar, jilid 52, hlm. 373, Tafsir Furat bin Ibrahim, hlm. 100.101Kitab al-Ghaibah, hlm. 155, Biharu al-Anwar, jilid 52, hlm. 349.

    102Al-Irsyad, hlm. 411, at-Thusi- Kitabu al-Ghaibah, hlm. 282.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    35/48

    35

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    5.4.2 Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti pada 10 Muharram

    yang sungguh memalukan setiap orang Islam, perbuatan-perbuatan yang

    ditunjukkan oleh golongan Syiah di awal bulan Muharram dan kemuncaknya

    pada 10 Muharram itu, tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam

    dengan upacara-upacara keugamaan Hindu seperti Thaipusam dan Kawadi

    atau upacara-upacara yang dilakukan oleh orang-orang jakun di Afrika.

    5.4.3 Setiap orang Islam merasa sedih diatas kesyahidan Sayyidina Umar di

    tangan Abu Luluah yang beragama Majusi itu tetapi Syiah yang mendakwa

    dirinya Islam suka hati dengan tragedi itu bahkan mereka merayakan hari

    berlakunya tragedi pembunuhan ke atas Sayyidina Umar. Mereka gelarkan AbuLuluah dengan Baba Syujauddin sebagai menghargai keberaniannya. Ali bin

    Mudzahir al-Wasiti meriwayatkan dari Ahmad bin Ishaq (seorang tokoh Syiah di

    Qom dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu

    dengan Imam Mahadi dan merupakan orang yang rapat dengan Imam Hassan

    al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata : Hari Kebangsaan, Hari

    Penghormatan, Hari Kelepasan Besar, Hari Berkat dan Hari Hiburan.

    Sungguh ganjil ugama Islam yang dianuti oleh Syiah kerana kematian pejuang

    Islam disambut dengan keseronokan dan perayaan seperti yang dilakukan oleh

    orang-orang Majusi.

    5.5 Hilangnya keyakinan

    Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat

    kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai

    lagi kerana pembawa-pembawanya yang sudah dianggap sebagai perosak,

    pengkhianat dan perampas hak Ali dan Ahlul Bait selain dari orang yang

    bertanggungjawab mengubah kandungan al-Quran dan memalsukan hadith-

    hadith.

    Sementara ajaran Syiah yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka

    lantaran penuh dengan kekarutan dan khurafat yang tidak mungkin dapat

    diterima oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras. Pada ketika itu

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    36/48

    36

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    mereka akan menganggap agama tidak lebih dari candu seperti yang

    dipercayai oleh orang-orang komunis.

    6.0 BAHAYA KEPADA NEGARA

    6.1 Bahayanya kepada negara dapat dilihat bagaimana perpecahan yang

    berlaku di kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam hasil fitnah

    yang dicetuskan oleh mereka.

    6.1.1Gerakan Ibn Saba yang mencetuskan huru-hara di dalam khilafah Islamdi zaman Sayyidina Uthman.

    6.1.2 Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam peperangan

    Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin

    dan sebagainya.

    6.2 Mereka merupakan tangan-tangan yang memainkan peranan dalam

    menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang lalu dengan menyokong ataumembuka jalan kepada musuh-musuh Islam.

    6.2.1 Nasiruddin at-Thusi (W 627 H), Ibn al-Alqami dan penasihatnya Ibn Abil

    Hadid telah merancang pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai yang

    sungguh mengerikan dengan membuka jalan kepada Hulaku Khan pada tahun

    656 H untuk menyerang Baghdad, ibu negara Islam pada masa itu. 103

    Walaupun Nasiruddin at-Thusi ini dianggap sebagai seorang yang kejam oleh

    sejarawan-sejarawan Islam namun Khomeini sebaliknya menyanjung tinggi

    Nasiruddin at-Thusi ini dan orang-orang yang seumpamanya dengan

    mengatakan mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Islam. 104

    6.2.2 Negara Syiah akan bertindak kejam terhadap umat Islam dari kalangan

    ahli Sunnah umumnya dan golongan ulamak mereka khususnya. Syah

    103

    Syiah al-Muntaqa, Muhibbudin al-Khatib, hlm. 20, Ibn Qayyim, jilid 2, hlm. 263, al-Bahfan al-Hidayah wa an-Nihayah, jilid 3, hlm. 200-266.104

    Al-Hukumah al-Islamiah, hlm. 128.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    37/48

    37

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Waliyullah misalnya telah direnggangkan pergelangan tangannya semata-mata

    kerana beliau mengarang sebuah kitab yang bernama Izalatu al-Khafa untuk

    menghilangkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Syiah tentang Khilafah para

    Khulafa ar-Rasyidin.

    Hukuman terhadap Syah Waliyullah ini dijatuhkan oleh seorang pemimpin

    Syiah yang menguasai Delhi iaitu Najaf Ali Khan pada tahun 1175H.

    6.3 Peranan Syiah di dalam menjatuhkan sesebuah negara tidak boleh

    dipandang kecil kerana negara Iran yang dahulunya merupakan sebuah

    negara yang dikuasai oleh Ahli Sunnah dan telah melahirkan begitu ramai

    tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam di dalam berbagai-bagai bidang ilmu

    agama seperti Imam Tirmidhi, Imam Abu Dawud, Imam Razi dan lain-lain

    lagi, tetapi apabila agama Islam lemah kerana pengetahuan penganut-

    penganutnya tidak mendalam lagi, sementara pengaruh kebendaan dan

    dunia pula kuat, maka mereka telah dapat dikuasai oleh Syiah dengan

    mengemukakan hujjah-hujjah yang berupa ilmiah sehingga akhirnya Iran

    telah bertukar menjadi negara Syiah.

    Begitu juga Mesir yang di suatu masa dahulu merupakan negara ahli

    Sunnah tetapi kemudian ia bertukar tangan menjadi Syiah. Walaupun

    Syiah itu bukan Syiah Imamiyyah tetapi Syiah Fatimiyyah namun tidak

    kurang juga dahsyat dan bahayanya dari Imamiyyah Itsna Asyariyyah.

    Bagaimana pula agaknya negara kita Malaysia yang rata-rata

    pengetahuan penduduknya masih lemah tentang aqidah dan syariah

    Islam yang dianuti mereka.

    6.4 Di zaman-zaman akhir ini pun mereka tetap memainkan peranan dalam

    mengganggu kelahiran sebuah negara Islam seperti di Afghanistan.

    6.5 Sesebuah negara Syiah begitu mudah menjadi pusat kepada kelahiran

    berbagai-bagai bentuk bidaah, khurafat dan kekarutan amalan. Ini ialah

    kerana agama mereka dibina diatas asas-asas yang karut.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    38/48

    38

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    6.5.1 Pemimpin-pemimpin Negara Syiah selalunya merupakan pelopor kepada

    amalan-amalan bidaah.

    6.5.2 Orang yang dikatakan mula-mula mengadakan upacara perkabunganterhadap kematian Hussain mengadakan majlis-majlis nyanyian ratapan

    dengan diiringi muzik, mendirikan kubur-kubur yang besar sebagai tempat

    kunjungan ialah Maharaja yang zalim Taimurlang (Tamerlane) dan orang-orang

    seperti Syah Ismail Safawi (907 H) dan sampai sekarang ini pun pemimpin-

    pemimpin mereka menganggap perkara biasa. (Mahnamah al-Marifat

    Hyderabad, Muharram 1389H).

    6.6 Kuasa negara mengikut teori `Walayatul Faqih merupakan kuasa

    ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana

    ketentuan Syariat.

    6.6.1 Walayatul Faqih adalah satu teori baru dalam menegakkan sebuah

    kerajaan Syiah kerana mengikut Syiah tidak ada sebuah kerajaan Syiah pun

    yang boleh ditubuhkan atau ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi.

    Setiap negara yang ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi adalah

    tidak sah mengikut Syiah walaupun pembawanya berada di atas jalan yang

    benar.

    Al-Kulaini meriwayatkan menerusi Abi Basir dari Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq).

    Beliau berkata : Setiap orang yang menjulang bendera sebelum kemunculan

    al-Qaain adalah thaghut yang disembah. 105

    Pensyarah kitab al-Kafi Maula Muhamad Salleh al-Mazandarani (W 1080H) di

    dalam syarahnya terhadap kitab al-Kafi yang dianggap sebagai di antara

    syarah al-Kafi yang terpilih menulis ; Walaupun orang menjulang itu menyeru

    kepada kebenaran.106

    105Ar-Raudhah min al-Kafi, jilid 12, hlm. 295.

    106Syarah al-Kafi, jilid 12 hlm. 371.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    39/48

    39

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    6.6.2 Walayatul Faqih adalah satu teori penubuhan negara yang dikemukakan

    oleh Khomeni dengan alasan Naib Imam boleh menggantikan Imam dalam

    menubuhkan sesebuah negara dan penubuhan itu dianggap sah setelah

    mereka putus asa pada hakikatnya dengan kemunculan Imam Mahadi yang

    tidak kunjung datangnya.107

    6.6.3 Kerana itu kita lihat kuasa negara yang tegak di atas Walayatul Faqih

    adalah mutlak dan bersifat ketuhanan seperti yang dinyatakan oleh Khomeini

    sendiri dalam sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Presiden Republik Iran,

    Ali Khomeini yang kemudiannya disebarkan oleh sebuah akhbar resmi Iran

    Kayhan Bil. 182, yang diterbitkan pada 23 Jumadul Ula, 1408H dengan tajuk,Sesungguhnya kerajaan boleh menyepikan masjid-masjid atau

    merobohkannya dan kerajaan lebih utama dari sembahyang.

    Dalam surat itu Khomeini menulis :

    Sesungguhnya kerajaan merupakan cabang dari kekuasaan Rasulullah

    S.A.W. yang lurus dan di antara hukum-hukum Islam yang utama dan lebih

    diutamakan daripada semua hukum-hukum cabang termasuk solat, puasa danhaji.

    Oleh itu harus bagi penguasa-penguasa menyepikan masjid-masjid ketika perlu

    dan merobohkan masjid. Penguasa juga boleh membatalkan mana-mana

    hukum Islam walaupun yang berkaitan dengan perkara ibadat atau bukan

    ibadah jika hukum itu bercanggah atau bertentangan dengan kepentingan-

    kepentingan Islam.

    Penguasa boleh menghentikan ibadah haji yang merupakan kewajipan Islam

    yang penting apabila maslahah negara Islam menghendaki demikian kerana

    kerajaan ini adalah kekuasaan Ilahi yang mutlak.108

    107Al-Hukumat al-Islamiah, hlm. 74.

    108Al-Murtadha, hlm. 249.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    40/48

    41

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    7.0 PENUTUP

    Setelah kita meneliti perbincangan yang lalu, adakah kita dapati sesuatu

    percanggahan di antara Syiah yang dipropagandakan hari ini dengan Syiahyang dikenali oleh ulama-ulama Islam dahulu sebagai Syiah Ghulat yang telah

    mereka hukumkan terkeluar dari Islam.

    Adakah Syiah yang sedemikian ajarannya tidak merbahaya kepada aqidah,

    syariah, akhlak, ummah dan negara Islam?.

    Dan adakah Syiah yang fahamannya seperti yang telah kita kemukakan tadi

    tidak tepat jika dikatakan bahawa sebenarnya mereka adalah satu gerakan

    musuh Islam yang telah dirancang untuk menghancurkan Islam?.

    Apalah yang ada lagi pada aqidah, syariah dan nilai akhlak umat Islam seperti

    yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat

    Baginda yang mulia setelah ajaran Syiah yang begini dianggap sebagai ajaran

    Islam?.

    Tentu sekali tiada lagi yang tinggal dari ajaran Islam yang masih berbaki

    sesudah itu dan inilah yang dikehendaki oleh mereka.

    Sesungguhnya para Imam yang terdiri dari anak cucu Rasulullah S.A.W. yang

    dianggap sebagai Imam oleh Syiah tidak terlibat sama sekali dengan ajaran-

    ajaran yang diperkenalkan oleh Syiah kepada dunia atas nama mereka. Malah

    mereka itu telah pun mengetahui gelagat-gelagat dan jiwa-jiwa orang-orang

    yang mendakwa sebagai Syiah atau pendokong setia mereka.

    Nah! Imam Jaafar as-Sadiq sendiri pernah berkata tentang Syiah bahawa :

    Tidak ada satu pun ayat yang diturunkan oleh Allah tentang golongan

    munafiqin melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang yang mendakwa

    Syiah.109

    (lihat lampiran 9).

    109Rijal Kasyi, hlm. 299.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    41/48

    4

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Oleh itu di dalam menghadapi golongan yang mempunyai fahaman yang

    seumpama ini semestinya setiap muslim menyatakan pendiriannya seperti

    pernah dinyatakan oleh Nabi Ibrahim A.S. bahawa : Sesungguhnya kami

    berlepas diri dari kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah.

    Kami engkari (Kekufuranmu) dan telah nyata antara kami dan kamu

    permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman

    kepada Allah semata-mata .. . 110.

    8.0 LAMPIRAN

    Lampiran 1

    An-Naubakhti menyebutkan:

    "::

    :

    ..

    :

    ."

    As-Sabaiyyah: pengikut Abdullah Ibnu Saba. Dialah orang yang menyatakan

    celaan terhadap Abu Bakar, Umar, Uthman dan sahabat-sahabat yang lain serta

    menyatakan berlepas diri daripada mereka. Dia berkata, Sesungguhnya Ali A.S.

    telah memerintahkan begitu maka Ali A.S. menangkapnya lalu bertanya tentang apa

    yang diperkatakan olehnya lantas dia mengakuinya. Maka Ali A.S. memerintahkan

    supaya ia dibunuh. Lalu berteriaklah orang ramai, Wahai Amirul Mukminin, apakah

    engkau akan membunuh seorang yang menyeru kepada cintakan engkau Ahlul Bait

    110Al-Quran, Surah al-Muntahanah: 4.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    42/48

    42

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    dan kepada berlepas diri dari musuh-musuh engkau? Maka Ali A.S.

    menghantarnya ke Madain.

    Sebahagian ahli ilmu dari kalangan pengikut Ali A.S. menyebutkan bahawa Abdullah

    bin Saba adalah seorang Yahudi lalu dia memeluk Islam dan mengatakan wala

    terhadap Ali A.S.. Dia juga berpendapat ketika masih lagi di dalam agama

    Yahudinya tentang Yusa bin Nun (sebagai wasi) selepas Musa A.S. maka dia

    berkata selepas Islamnya tentang Ali A.S. sama seperti itu. Dialah orang yang mula-

    mula mempopularkan pendapat tentang kefarduan melantik Ali A.S. sebagai imam

    dan menyatakan berlepas diri terhadap musuh-musuhnya serta mendedahkan

    kekufurannya. Kerana itu orang yang menyalahi Syiah akan berkata,

    Sesungguhnya asal Rafidhah adalah daripada Yahudi. Bilamana sampai berita

    kematian Ali kepada Abdullah ibnu Saba yang ketika itu berada di al-Madain, dia

    berkata kepada orang yang membawa berita tersebut, Kalau engkau bawakan

    otaknya (Ali) di dalam tujuh puluh pundi-pundi dan engkau mengemukakan tujuh

    puluh orang yang adil sebagai saksi maka sesungguhnya kami yakin bahawa dia

    tidak akan dibunuh, dia tidak akan mati sehinggalah dia dapat menguasai

    dunia.(FiraqusSyiah ms. 23)

    Al-Kasyi menukilkan riwayat daripada Imam Jafar al-Sadiq yang berbunyi,

    :

    .

    Daripada Aban bin Uthman katanya, aku mendengar Abu Abdillah Jaafar al-Sadiqberkata, Semoga Allah melaknat Abdullah bin Saba, sesungguhnya dia mendakwa

    Rububiyyah (ketuhanan) pada Amirul Mukminin A.S. sedangkan demi Allah, Amirul

    Mukminin A.S. adalah seorang hamba Allah yang taat. Celakalah ke atas sesiapa

    yang berdusta atas nama kami. Sesungguhnya ada kaum yang memperkatakan

    tentang kami apa yang tidak kami perkatakan tentang diri kami sendiri. Kami

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    43/48

    43

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    berlepas diri kepada Allah dari mereka, kami berlepas diri kepada Allah dari

    mereka.111

    Lampiran 2

    Hafidz Ibnu Hajar menukilkan kata-kata Ibnu Asakir di dalam tarikhnya:

    "

    ."

    Asalnya adalah daripada Yaman, dia adalah seorang Yahudi lalu menyatakankeislaman dan mengelilingi negeri-negeri orang Islam untuk memalingkan mereka

    daripada ketaatan kepada pemimpin-pemimpin dan memasukkan kejahatan di

    kalangan mereka, Dia juga memasuki Damsyik untuk tujuan tersebut.112

    Abu al-Muzaffar al-Isfiraini menyebutkan :

    "."

    Sesungguhnya Ibnus Sauda adalah seorang Yahudi dan ia menyembunyikan dirinya

    dengan Islam. Dia mahu merosakkan agama ke atas orang-orang Islam.113

    Lampiran 3

    Daripada Abi Bashir daripada Abu Abdillah A.S. katanya, Tidakkah engkau (Abu

    Basir) tahu bahawa sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia

    boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang

    dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.

    111

    Rijal al-Kasyi, jilid, hlm. 325.112Lisanul Mizan, jilid 2, hlm. 39.

    113At-Tabsir fi ad- Din, hlm. 109.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    44/48

    44

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Lampiran 4

    Syeikh Saduq juga mengemukakan satu riwayat di dalam kitab At-Tauhid Bab Tafsir

    Firman Allah Taala Segala Perkara Akan Binasa Kecuali Wajahnya .

    ::.

    Daripada Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) berkenaan firman Allah Segala sesuatu

    akan binasa kecuali wajahNya beliau berkata, Kamilah (wajah Allah itu). 114

    Lampiran 5

    ( :.)

    Jafar as-Sadiq A.S. berkata: Bukan dari kalangan kami orang yang tidak

    mempercayai rajah (kebangkitan semula para Imam sebelum kiamat untukmenghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak

    menganggap halal mutah kita.115

    ( :

    ::.

    Jafar as-Sadiq A.S. berkata : Sesungguhnya aku tidak suka seseorang itu matidalam keadaan masih ada lagi mana-mana sifat (perbuatan) Rasulullah S.A.W. yang

    masih belum dilakukannya. Maka aku (perawi) bertanya kepadanya : Apakah

    Rasulullah S.A.W. melakukan mutah? Dia menjawab : Ya!.116

    114At-Tauhid Syeikh Saqud, hlm. 151, Tafsir Maqbul Ahmad.

    115Man Laa Yahdhruhul Faqih, jilid 3, hlm. 458, hadith no. 4583, Syeikh Abbas Al Qummi-Muntaha Al

    Amal, jilid 2, hlm. 34.116Man Laa Yahdhuduruhul Faqih, jilid 3, hlm. 467, hadith no 4615, Wassailu As Syiah, jilid. 14 hlm

    442, Qurbul Isnad, hlm. 21.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    45/48

    45

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    :

    .)

    Abdullah bin Sinan telah meriwayatkan dari Jaafar As-Shadiq A.S. katanya :

    Sesungguhnya Allah Tabaraka wataala telah mengharamkan bentuk minuman yang

    memabukkan ke atas Syiah kita dan menggantikannya dengan mutah.117

    ( :::

    :.)

    Jafar as-Sadiq A.S. berkata : Sesungguhnya Nabi S.A.W. ketika telah diperjalankan

    ke langit Baginda berkata, Jibril A.S. telah menemui aku lalu berkata, Wahai

    Muhammad, Allah Tabaraka waa taala berfirman : Sesungguhnya Aku telah

    mengampunkan orang yang telah melakukan mutah dengan perempuan dari

    kalangan umatmu.118

    Lampiran 6

    (::.

    Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) A.S. bahawa

    disebutkan kepadanya tentang mut'ah adakah ia termasuk daripada empat (isteri)?

    Beliau menjawab, Kahwinilah daripada mereka seribu pun kerana mereka termasuk

    perempuan-perempuan yang disewakan.119

    (:Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Jaafar A.S. (Muhammad al-Baqir) berkenaan

    mut'ah, katanya, ianya bukan termasuk daripada empat (isteri) kerana mereka tidak

    diceraikan dan tidak mewarisi, mereka hanyalah perempuan sewaan sahaja.120

    117Ibn Bahwaih Al Qummi-Man Laa Yahdhuruhul Faqih, jilid 3, hlm. 467, hadith no 4616, Al Muurru

    Almili-Wasaailu As Syiah, jilid 14, hlm. 438.118

    Man Laa Yahdhuruhul Faqih, jilid 3, hlm. 464 hadith no 4601, Wasaailu As Syiah, jilid 14 hlm. 442,Biharu Al Anwar, jilid 100, hlm. 306119

    Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 452, Al Istibshar, jilid 3, hlm. 461, Tahzib al-Ahkam, jilid 7 hlm. 259,Wasaail as-Syiah, jilid 14, hlm. 446120

    Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 452, hadith no 9954.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    46/48

    46

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    (:.

    Al-Kulaini meriwayatkan daripada Zurarah daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq)

    A.S. katanya, Tidak berlaku mut'ah kecuali dengan dua perkara iaitu tempoh yang

    telah ditetapkan dan upah (bayaran) yang tertentu.121

    :(--:.

    Al-Kulaini meriwayatkan daripada Muhammad bin Muslim katanya, aku bertanya

    Aba Abdillah A.S., Berapakah mahar (dia maksudkan pada mut'ah)? Beliau

    menjawab, Sekadar yang yang diredhai oleh keduanya sehingga tempoh yang ia

    kehendaki. 122

    :(::.Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ahwal katanya : Aku bertanya Aba Abdillah A.S.:

    Berapakah mahar yang paling rendah untuk perkahwinan mut'ah? Beliau A.S.

    menjawab : Segenggam gandum.123

    :(:

    :.

    Al-Kulaini meriwayatkan daripada Khalaf bin Hammad katanya: Aku menghantar

    orang kepada Abi al-Hasan A.S. untuk bertanya tentang tempoh paling singkat

    melakukan mut'ah, adakah harus seseorang melakukan mut'ah dengan syarat sekali

    (persetubuhan) sahaja? Beliau menjawab, Ya. 124

    :

    (:

    :

    (:

    .

    ::

    121Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457, hadith no 9967.

    122

    Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 459, hadith no 9977.123Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457, hadith no 9978, Tahzib Al-Ahkam, jilid 7, hlm. 260.

    124Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460.

  • 7/29/2019 BahayaSyiah

    47/48

    47

    Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan NegaraJabatan Agama Islam Selangor

    Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ismail bin al-Fadhl al-Hasyimi, katanya : Aku

    bertanya Abu Abdillah A.S. tentang mutah lalu dia berkata : Bertemulah dengan

    Abdul Malik bin Juraij maka tanyalah dia tentangnya kerana dia mempunyai ilmu

    tentangnya. Maka aku pun bertemu dengannya lalu dia membacakan kepadaku

    banyak perkara tentang penghalalan halalnya mutah, di antara apa yang

    diriwayatkan kepadaku oleh Ibnu Juraij ialah katanya : Tidak ada penentuan waktu

    dan bilangan yang tertentu dalam mutah, mereka hanyalah seperti hamba sahaja.

    Seseorang boleh berkahwin dengan mereka (perempuan secara mutah) sebanyak

    mana yang ia kehendaki. Begitu juga dengan orang yang telah mempunyai empat

    isteri dia boleh berkahwin dengan mereka mengikut yang ia kehendaki tanpa

    sebarang wali dan saksi. Bila telah habis tempoh maka berpisahlah mereka tanpa

    sebarang Talak dan dia hendaklah memberikan kepada perempuan itu sesuatu

    walaupun sedikit dan iddahnya adalah dua haid dan kalau dia tidak haid maka

    empat puluh lima hari. Lalu aku bawakan kitab itu kepada Abu Abdillah A.S. lalu aku

    kemukakan kepadanya maka Ia