bahaya merokok

46
BAHAYA : PANDUAN KESIHATAN CAP Setiap 6.5 saat, seseorang akan mati akibat merokok- WHO

Upload: banyanyee

Post on 14-Jun-2015

5.020 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahaya merokok

BAHAYA :PANDUAN KESIHATAN CAP

Setiap 6.5 saat, seseorang akan

mati akibat merokok- WHO

Page 2: Bahaya merokok

ROKOK• Kronologi:

– Tembakau digunakan oleh kaum ‘red Indian’ sebagai alat dalam upacara keagamaan dan amalan perubatan pada kurun 1 S.M.

– kurun ke 16, perkembangan pesat berlaku dalam industri tembakau yang dikatakan dapat “menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser”.

– 1826, bentuk semulajadi nikotin ditemui oleh saintis. Saintis mengesahkan nikotin adalah racun merbahaya.

PANDUAN KESIHATAN CAP

Page 3: Bahaya merokok

ROKOK• Kronologi:

– 1923, Camel mengawal hampir 45% pasaran U.S!!

– 1952, gerakan mendedahkan kandungan sebenar rokok dimulakan.

– Tahun 80-an, pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser, telah menyebabkan kebanyakan negara mengeluarkan akta berkenaan rokok.

Page 4: Bahaya merokok

ROKOK• Kronologi:

– Syarikat terbesar masakini : British American Tobacco (BAT), Phillip Morris, Japan Tobacco (JT).

– Sasaran produk :belia.

– Jumlah keuntungan selepas cukai BAT Malaysia yang diperolehi pada tahun 2006 :

RM 382m

Page 5: Bahaya merokok

• Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

• Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja dibawah umur 18 tahun mula merokok.

• 30% daripada remaja lelaki – berumur 12 hingga 18 tahun merokok.

FAKTA YANG MEMBIMBANGKAN

Page 6: Bahaya merokok

• Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah.

• Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%.

• Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.

FAKTA YANG MEMBIMBANGKAN

Page 7: Bahaya merokok

• Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

• Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.

FAKTA YANG MEMBIMBANGKAN

Page 8: Bahaya merokok

Anggaran jumlah perokok dalam jangka masa 25 tahun

2000 2025

Populasi 22 juta 30 juta

15 tahun ke bawa h 7.5 juta (34%) 7.2 juta (24%)

15 tahun ke atas 14.5 juta (66%) 22.8 juta (76%)

Perokok dewasa sedia ada

Perokok lelaki 49% 30%

Perokok wanita 4% 10%

Keseluruhan 25% 20%

Jumlah perokok dewasa

3.6 juta 4.6 juta

FAKTA

Page 9: Bahaya merokok

• Kandungan dalam sebatang rokok: 4000 jenis bahan kimia

FAKTA YANG MENGGERUNKAN

Sekorang-kurangnya 43 jenis adalah bahan Karsinogen (menyebabkan Kanser)

Page 10: Bahaya merokok

NIKOTIN• menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama

dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain.

• Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai

satu “ambang dadah” yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram.

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Page 11: Bahaya merokok

NIKOTIN• Perokok akan mula merasa rengsa, pening kepala,

berpeluh dan merasa tidak selesa selagi 'bekalan' nikotin dalam tubuhnya (termasuk otak) tidak dapat ditingkatkan semula.

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Rengsa - rasa lemah badan, tidak bertenaga, malas dan kelesuan

Page 12: Bahaya merokok

AMMONIA • Gas yang tidak berwarna dan berbau busuk.

• Membantu menyerapkan lebih banyak nikotin dalam badan menyebabkan ketagihan terhadap rokok,

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Page 13: Bahaya merokok

ARSENIK• Elemen bahan kimia beracun yang berwarna

kelabu keputihan.

• Racun yang terlampau digunakan untuk

membuat racun serangga dan selalu digunakan untuk membunuh tikus.

• Digunakan untuk membunuh orang dengan ditaburkan kedalam makanan.

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Page 14: Bahaya merokok

Benzene• Digunakan didalam industri

untuk membuat pelbagai jenis bahan, daripada bahan perosak, getah sintetik, hinggalah kepada petrol.

• Bahan penyebab kanser, dan wujud hubungkait dengan penyakit leukimia.

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Page 15: Bahaya merokok

HIDROGEN CIANIDA• Salah satu bahan paling bertoksid didalam rokok.

• Pendedahan waktu singkat bahan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala, pening, dan muntah

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Page 16: Bahaya merokok

Karbon Monoksida

• Gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan.

• Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya

boleh menyebabkan maut sekiranya

paras karbon monoksida di dalam

badan melebihi 60%.  

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Page 17: Bahaya merokok

• DDT : Racun serangga• Plumbum: Kimia beracun• Formaldehiyde: Pengawet Mayat• Methane : Gas Tahi Lembu• Methyl isocyanate: Gas racun penyebab

kematian 2000 orang di Bhopal, India 1984

• Polonium: Radioaktif penyebab kanser

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Page 18: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 19: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 20: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 21: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

PSIORASIS• Kebanyakan perokok berpotensi mendapat ini. • Simpton yang boleh dilihat adalah kegatalan pada kulit yang melampau.

Page 22: Bahaya merokok

KATARAK• Kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata

berselaput dan rabun. • Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat

menembusinya. • Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan

akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. • Perokok akan terdedah 40% lebih cepat kepada katarak

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 23: Bahaya merokok

KATARAK

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 24: Bahaya merokok

KANSER• 40 jenis bahan kimia boleh menyebabkan kanser.• Perokok terdedah 20 kali ganda penyakit kanser

berbanding bukan perokok.• Kanser paru-paru boleh mengidap hampir 90% lelaki

dan 80% wanita yang menghisap rokok.

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 25: Bahaya merokok

KANSER• Bukan setakat kanser paru-paru, marah perokok juga

boleh mengidap kanser dibahagian lain termasuklah kepala dan leher (merangkumi kanser esofagus, larinks, lidah, kelenjar bibir, mulut dan farinks), pundi kencing dan buah pinggang, uterin, serviks, kolon dan payudara.

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 26: Bahaya merokok

• KANSER

SAKIT SEBAB ROKOK

Satu sel kanser cukup untuk memulakan kanser

Sel kanser merebak didalam paru-paru

Page 27: Bahaya merokok

• KANSER

SAKIT SEBAB ROKOK

Keadaan paru-paru Kanser paru-paru

Page 28: Bahaya merokok

• KANSER

SAKIT SEBAB ROKOK

Kanser Mulut

Kanser Bibir

Kanser lidah

Proses memotong lidah

Page 29: Bahaya merokok

• KANSER

SAKIT SEBAB ROKOK

Wajah-wajah selepas pembedahan membuang kanser

Page 30: Bahaya merokok

• KANSER

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 31: Bahaya merokok

SAKIT JANTUNG• 1 daripada 3 penyakit kematian didunia adalah disebabkan oleh

penyakit kardiovaskular.

• Merokok adalah pembawa risiko paling besar dalam pembentukan penyakit tersebut.

• Lebih 600,000 orang meninggal dinegara membangun kesan daripada merokok.

• Merokok menyebabkan jantung mengepam darah dengan laju, menyebabkan tekanan meningkat dan boleh membawa kepada serangan jantung dan strok.

SAKIT SEBAB ROKOK

Page 32: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

SAKIT JANTUNG

Page 33: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

VS

Jantung Sihat Jantung Perokok

SAKIT JANTUNG

Page 34: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

STROK• Asap rokok boleh menyebabkan darah membeku dan

mengakibatkan strok. • Strok boleh membunuh, menyebabkan buta atau

lumpuh.• Kes strok berlaku apabila aliran darah ke satu bahagian

otak terhalang.• Pembuluh darah atau arteri yang tersumbat atau

tersekat akan menyebabkan berlakunya strok.

• Tanpa bekalan darah, sel-sel otak akan mula mati.

Page 35: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

Pendarahan pada Otak

Page 36: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

MATI PUCUK• Apabila menghisap rokok, anda menyedut hidrokarbon

yang akan merosakkan pengalas arteri.

• Ini akan mula membentuk plak di dalam pengalas dalamannya dan memperlahankan aliran darah.

• Nikotin pula akan menyempitkan arteri dan terus menjadikannya lebih sempit lagi.

• Apabila arteri ke jantung anda tersumbat sepenuhnya, anda akan mengalami serangan penyakit jantung.

Page 37: Bahaya merokok

SAKIT SEBAB ROKOK

MATI PUCUK• Apabila arteri ke zakar lelaki tersumbat, beliau akan

mengalami mati pucuk. • Arteriosklerosis dipercayai menjadi penyebab paling

umum dalam kes-kes mati pucuk di Amerika Utara.

Page 38: Bahaya merokok

ASAP ROKOK MERBAHAYA

Perokok Pasif• Tergolong bagi orang yang menghisap asap yang

dikeluarkan oleh perokok.• Mempunyai risiko lebih tinggi daripada perokok.

– Jantung 30% – Kanser 25%

Page 39: Bahaya merokok

KOS PEMBEDAHAN

• Pembedahan pintasan koronari di pusat perubatan swasta memerlukan kos rawatan dalam lingkungan

RM30,000

Page 40: Bahaya merokok

TAK NAK ROKOK !!!

BERHENTI MEROKOK• Berpuasa• Memahami bila dan kenapa anda merokok. • Ubah kebiasaan merokok. • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. • Dapatkan sokongan. • Rancang kehidupan harian tanpa merokok.

Page 41: Bahaya merokok

TAK NAK ROKOK !!!

BERHENTI MEROKOK• Dua kaedah

– Farmokologi (Produk preskripsi & bukan preskipsi)– Bukan Farmakologi (Alternatif)

• Kaedah Farmakologi– Boleh diperolehi melalui Klinik Berhenti Merokok di hospital dan

klinik Kerajaan.– menjalani Terapi Penggantian Nikotin untuk tempoh selama 3

hingga 6 bulan.

Page 42: Bahaya merokok

Mereka akan diberi pilihan seperti berikut:– Gam resin nikotin

Ini diletakkan di antara pipi dan gusi selama 30 hingga 45 minit. (Nicorette Gum)

– Tampalan trans-dermal nikotin

Ini digunakan pada bawah lengan atau bahagian atas badan dan ditanggalkan selepas 24 jam. Kemudian, satu tampalan baru digunakan pada bahagian kulit yang lain.

(Nicotine Patch)

– Semburan hidung nikotin

Ini memberi serapan yang cepat. (Inhaler)

– Lozenges nikotin

cara menggunakannya sama seperti menggunakan gam tadi.

TAK NAK ROKOK !!!

Page 43: Bahaya merokok

• Kaedah bukan farmakologi pula merangkumi – Akupunktur.– Hipnosis.

– Merokok aversis.

– Pelbagai bentuk pengurangan secara beransur-ansur.

– Pencegahan berbalik.

– Sokongan berkumpulan.

TAK NAK ROKOK !!!

Page 44: Bahaya merokok

1. Bersihkan dan buang. – Bersihkan dan buang semua rokok yang ada dalam simpanan anda.

2. Buat nota galakan dan peringatan.– Tulis nota seperti "Anda sekarang bukan perokok" dan tampalkan pada

tempat-tempat yang kerap anda kunjungi - di dalam bilik tidur, atas meja.

3. Lakukan terus.– Terus sahaja berhenti merokok pada hari yang telah anda tetapkan untuk

berbuat demikian. Jangan berhenti secara beransur-ansur.

4. Tumpukan perhatian pada hari-hari yang dilalui.

5. Fikir positif. – Fikirkan diri anda sebagai seorang yang bukan perokok. Sekiranya ada

pelawaan, katakan kepada rakan anda itu "Saya tidak merokok".

6 CARA UNTUK MEMBANTU ANDA BERHENTI MEROKOK..

Page 45: Bahaya merokok

6. Melawan keinginan untuk merokok.– Menarik nafas panjang. Tarik nafas panjang selama lima saat dan

lepaskan perlahan-lahan.

– Minum air dengan banyak. Elakkan pengambilan air yang mengandungi kafein seperti kopi, teh atau kola.

– Penuhkan masa anda dengan aktiviti. Ini penting supaya anda tidak selalu terfikir untuk merokok. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berkebun, membaca buku dsb.

– Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

– Kunyah sesuatu seperi karot, chewing gum dsb.

– Berdoa semoga anda diberi keazaman yang cekal untuk berhenti merokok.

6 CARA UNTUK MEMBANTU ANDA BERHENTI MEROKOK..

Page 46: Bahaya merokok

SEKIAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang