bahaya elektr k - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/oct - dis.pdf · bahaya elektr k....

8
ISU 12 JABATAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KUMPULAN ALAM SEKITAR ::MS 6 INSIDEN PENCEMARAN ALAM SEKITAR KESELAMATAN ::MS 2 KESELAMATAN ELEKTRIK KESIHATAN PEKERJAAN ::MS 7 KESELAMATAN BAHAN KIMIA BAHAYA ELEKTR K

Upload: phamminh

Post on 17-Jul-2019

264 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAYA ELEKTR K - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/Oct - Dis.pdf · BAHAYA ELEKTR K. BULETIN HSE DISEMBER 2 KESELAMATAN KESELAMATAN ELEKTRIK M ... Merokok di tempat yang

ISU 12

JABATAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITARBAHAGIAN SUMBER MANUSIA KUMPULAN

ALAM SEKITAR::MS 6INSIDEN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

KESELAMATAN::MS 2KESELAMATANELEKTRIK

KESIHATAN PEKERJAAN::MS 7KESELAMATANBAHAN KIMIA

BAHAYAELEKTR K

Page 2: BAHAYA ELEKTR K - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/Oct - Dis.pdf · BAHAYA ELEKTR K. BULETIN HSE DISEMBER 2 KESELAMATAN KESELAMATAN ELEKTRIK M ... Merokok di tempat yang

BULETIN HSE DISEMBER 2016

KESELAMATAN2

KESELAMATAN ELEKTRIKMematuhi langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik adalah sangat penting bagi mengelak berlakunya

kemalangan yang serius.

Pencegahan kemalangan elektrik

a)Punca semulajadi

- Kilat

- Banjir

- Gempa bumi

- Guna peralatan elektrik yang disahkan oleh SIRIM

- Lakukan pemeriksaan pendawaian pada bangunan

oleh kontraktor yang berdaftar

- Pastikan tiada kerosakan pada peralatan elektrik

- Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan

basah

b)Punca daripada peralatan

- Kerosakan pendawaian

- Tiada pembumian pada perkakas elektrik

Kurang alat perlindungan jika terdapat arus

berlebihan contohnya fius atau pemutus litar

c) Punca daripada tindakan manusia

- Pendawaian dilakukan oleh orang yang tidak kompeten

- Pemasangan wayar yang salah

- Tiada pemeriksaan secara berkala pada peralatan elektrik

- Kegagalan membaiki peralatan elektrik yang telah rosak

- Melakukan pengubahsuaian pada peralatan elektrik

- Gagal mematuhi peraturan keselamatan

4

1

- Pastikan pemasangan peralatan elektrik dilakukan

oleh kontraktor berdaftar / orang yang kompeten

- Pamer papan tanda amaran untuk kerja elektrik yang

sedang dijalankan

- Pastikan tiada kabel bervoltan tinggi berdekatan

kawasan kerja

- Jangan bebankan satu soket dengan terlalu banyak

peralatan elektrik

- Elak menggunakan penyambung soket yang tidak

diluluskan

Punca kemalangan berkaitan elektrik

3

Guna bahan penebat seperti baju atau kayu untuk tarik mangsa daripada kawasan berarus. Jangan sentuh secara terus dengan mangsa.

Pindah mangsa ke kawasan lapang

Beri rawatan kecemasan sebelum bantuan tiba

Tutup suis utama

Hubungi klinik / hospital yang berhampiran

Kesan kemalangan berkaitan elektrik2

- Renjatan elektrik

- Kekejangan otot

- Kesukaran bernafas

- Pengsan

- Otot jantung terhenti

- Tisu badan terbakar

- Kematian

- Kebakaran harta benda

Rawatan kepada mangsa renjatan elektrik

Page 3: BAHAYA ELEKTR K - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/Oct - Dis.pdf · BAHAYA ELEKTR K. BULETIN HSE DISEMBER 2 KESELAMATAN KESELAMATAN ELEKTRIK M ... Merokok di tempat yang

DISEMBER 2016 BULETIN HSE

KESELAMATAN KEbAKARAN

Lakukan

Punca-punca kebakaran di tempat kerja

Pembuangan puntung rokok atau mancis api

Lebihan beban (Overloading) kepada plug atau soket

Bahan-bahan mudah terbakar tidak disimpan dalam kabinet

bersesuaian

Tidak membuang puntung rokok sembarangan

Pembuangan sampah sarap secara kerap

Peralatan elektrik diperiksa dan diuji secara berkala

Sediakan alat pemadaman api yang mencukupi

Sentiasa amalkan kebersihan dan kekemasan

Laluan kecemasan bebas dari halangan

Merokok di tempat yang dibenarkan sahaja

SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN & KESIHATAN 3

Timbunan sampah sarap, kertas atau bahan mudah

terbakar

Page 4: BAHAYA ELEKTR K - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/Oct - Dis.pdf · BAHAYA ELEKTR K. BULETIN HSE DISEMBER 2 KESELAMATAN KESELAMATAN ELEKTRIK M ... Merokok di tempat yang

BULETIN HSE DISEMBER 2016

KESELAMATAN4

PENGAJARAN DARIPADA KEJADIAN KEMALANGANTarikh: 20 Januari 2016

Bilangan hilang hari bekerja: 19 hari

Butir-butir kejadian:

Semasa sedang melakukan kerja-kerja penukaran tayar, mangsa telah menggunakan bongkah kayu sebagai penahan pada jenangkut. Ketika sedang memindahkan tayar, mangsa telah tersadung pada bongkah kayu tersebut lalu menyebabkan

mangsa terjatuh dan muka tersembam pada permukaan lantai.

Langkah pembaikan:1. Memberi taklimat kepada pekerja berkaitan prosedur operasi selamat semasa kerja penukaran tayar pada jenangkut.2. Melakukan pemantauan untuk memastikan prosedur kerja dipatuhi.

LATIHAN bERKAITAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR bAGI bULAN JANUARI 2016 SEHINGGA MAC 2017Berikut adalah senarai latihan yang telah dan akan dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, UMW

Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Latihan dan Pembangunan bagi bulan Januari 2016 sehingga Mac 2017. Peserta terdiri daripada kakitangan Kumpulan Motor dan Bukan Motor UMW.

Januari – Disember 2016

Januari – Mac 2017

Bil. Latihan Tarikh Bil. Peserta 1. OHSAS 18001:2007 & ISO 14001:2004 Internal Audit 20 & 21 Januari 262. Basic Occupational First Aid, CPR and AED 24 & 25 Februari 303. Basic Occupational First Aid, CPR and AED 10 & 11 Mei 284. Emergency Preparedness and Response 20 & 21 September 205. Workplace Ergonomic and Manual Handling 19 & 20 Oktober 166. Basic Occupational First Aid, CPR and AED 21 & 22 November 18

Bil. Latihan Tarikh 1. ISO 14001:2015 Internal Audit 13 & 14 Februari 2. Basic Occupational First Aid, CPR and AED 8 & 9 Mac

Page 5: BAHAYA ELEKTR K - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/Oct - Dis.pdf · BAHAYA ELEKTR K. BULETIN HSE DISEMBER 2 KESELAMATAN KESELAMATAN ELEKTRIK M ... Merokok di tempat yang

DISEMBER 2016 BULETIN HSE

PENGAJARAN DARIPADA KEJADIAN KEMALANGANTarikh: 3 November 2016

Bilangan hilang hari bekerja: 25 hari

Butir-butir kejadian:

Mangsa dan rakan setugas telah diarahkan untuk memasang penutup enjin dan alat ganti jentera berat. Ketika sedang melakukan penalaan sistem hidraulik yang menggunakan besi untuk mengunci travel motor, besi tersebut terjatuh

menyebabkan jari mangsa tersepit.

Langkah pembaikan:1. Menilai semula keberkesanan latihan pengendalian jentera berat yang dijalankan. 2. Memberi latihan kesedaran berkaitan keselamatan di tempat kerja.3. Melakukan pemantauan secara berkala untuk memastikan langkah keselamatan dipatuhi.

5KESELAMATAN

*Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diambil kira

SERTAI PERADUAN CADANG & MENANG

Kongsikan cadangan anda bagi meningkatkan tahap

keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di UMW.

Syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut:

Pekerja bukan motor UMW adalah layak menyertai

peraduan ini.

Sertakan cadangan anda bersama maklumat berikut:• Nama• No. kakitangan• Alamat syarikat• No. untuk dihubungi

Cadangan mestilah dihantar selewat-lewatnya

pada atau sebelum 27 Februari 2017.

Cadangan yang diberi mestilah memenuhi kriteria berikut:• berkaitan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di UMW sahaja• melibatkan kos pelaksanaan yang rendah• memberi impak yang besar kepada syarikat• membantu mengurangkan kemalangan di tempat kerja• membantu meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pekerja

Cadangan boleh dihantar secara terus ke pejabat Group HSE, melalui emel ke alamat [email protected] atau melalui aplikasi whatsapp di talian 013 200 3670.

Page 6: BAHAYA ELEKTR K - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/Oct - Dis.pdf · BAHAYA ELEKTR K. BULETIN HSE DISEMBER 2 KESELAMATAN KESELAMATAN ELEKTRIK M ... Merokok di tempat yang

BULETIN HSE DISEMBER 2016

ALAM SEKITAR6

INSIDEN PENCEMARAN ALAM SEKITARAsma Yokkaichi

Tumpahan Minyak Deepwater Horizon

Pencemaran Air Sungai Selangor

Pengajaran Daripada Insiden Pencemaran Alam Sekitar

Lokasi Bandar Yokkaichi, Wilayah Mie, Jepun

Tarikh 1960 hingga 1972

Punca Kejadian Pencemaran udara daripada industri petrokimia

Butir Kejadian • Pada tahun 1955, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Jepun menukar penggunaan sumber bahan api fosil utama daripada arang batu kepada petroleum

• Kompleks Petrokimia Daichi pertama di Jepun dibina bagi menempatkan kilang penapisan minyak, loji petrokimia dan stesen kuasa

• Kilang-kilang ini melepaskan asbut berwarna putih yang mengandungi oksida sulfur ke sekitar bandar Yokkaichi

• Antara tahun 1960 dan 1969, kes berkaitan bronkitis kronik, asma bronkitis, emfisema paru-paru dan sakit tekak menjadi penyakit utama di bandar tersebut

• Beberapa kes tuntutan mahkamah dibuat oleh penduduk setempat akibat daripada masalah kesihatan yang dialami

Lokasi Teluk Mexico

Tarikh 20 April 2010

Punca Kejadian Tumpahan minyak

Butir Kejadian • Pencemaran air berpunca daripada tumpahan minyak melalui tiub telaga dasar laut yang digali oleh Deepwater Horizon iaitu sebuah semi-sub (Mobile Offshore Drilling Unit – MODU)

• Teluk Mexico dicemari oleh sekurang-kurangnya 150-170 juta gelen minyak mentah selepas letu-pan dan kebakaran besar selama 2 hari yang menenggelamkan Deepwater Horizon ke dasar laut

• Minyak mentah memenuhi Teluk Mexico dan berjaya ditutup setelah hampir 3 bulan • Kira-kira 900 dolfin serta 500 penyu laut daripada 5 spesis berbeza mati akibat tumpahan minyak

tersebut

Lokasi Sungai Selangor

Tarikh 30 Ogos 2013

Punca Kejadian Tumpahan minyak pelincir terpakai

Butir Kejadian • Pencemaran berpunca daripada tumpahan minyak pelincir terpakai di dalam longkang daripada bengkel penyelengaraan lori di Sungai Bakau, Rawang

• Dianggarkan sebanyak 4,000 liter tumpahan minyak mencemari Sungai Gong dan memasuki Sungai Selangor yang merupakan punca bekalan air utama bagi empat loji air di Rantau Panjang dan Bukit Badong

• Akibat pencemaran, kira-kira 880,000 pengguna air Selangor terjejas

1 3

2 4

Membuat kajian menyeluruh terhadap kesan kepada alam sekitar sebelum sebarang aktiviti perindustrian dilaksanakan.

Sentiasa mematuhi peraturan perundangan yang telah ditetapkan.

Memastikan asap yang dilepas ke udara ditapis dan dipantau secara berkala.

Mewujudkan sistem kawalan tumpahan dan memastikan sistem sentiasa di selenggara dengan baik.

Page 7: BAHAYA ELEKTR K - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/Oct - Dis.pdf · BAHAYA ELEKTR K. BULETIN HSE DISEMBER 2 KESELAMATAN KESELAMATAN ELEKTRIK M ... Merokok di tempat yang

DISEMBER 2016 BULETIN HSE

CARA MENGENAL PASTI bAHAN KIMIA MERbAHAYA baca label pada produk!!

KESIHATAN PEKERJAAN 7

KESELAMATAN bAHAN KIMIA BAHAN KIMIA BERBAHAYA KESAN PENGGUNAAN CONTOH PRODUK Asbestos •Kanserparu-paru •Penapisrokok

•Atap•Bahanpenebat•Lantaiseramik

Arsenik •Kanserkulit•Paru-paru

•Racunserangga•Pembuatangelas•Komponenelektronik

Benzena •Pendarahanberlebihan•Sistemimunisasimenjadi lemah

•Bahanpencuci•Petrol•Diesel

Bisphenol a (BPA) dan phthalates •Mandul • Terdapat pada vinil plastik seperti baju hujan, beg galas, bekas makanan dan tirai mandi

• Mengekalkan aroma pada sabun, losyen, dan minyak wangi.

Kadmium •Kegagalanbuahpinggang •Mainankanak-kanak•Peralatanelektrikdanelektronik•Penstabilplastik

Merkuri •Kerosakkanparu-parudan buah pinggang•Bolehmembawamaut

•Termometeryanglama•Produkkosmetik

Hydroquinone •Kanser•Kesantoksikpadasistemorgan•Masalahpernafasan

•Produkkosmetiksepertikrimpencerahmuka, pelembap muka dan pewarna kuku

Isosianat •Asma•Radangkulit,paru-paru

•Cat•Wayarpenebat•Pelekat•Fiber

Formaldehid •Kerengsaanpadakulit •Gamdanpelekat•Produkkosmetik

Fluorida •Gigiberubahwarna•Tulangrapuh

•Ubatgigi•Ubatkumur

Plumbum •Sakitabdomen•Kesanneurologi•Kerencatanmental

•Mainankanak-kanak•Cat•Seramik•Paip•Bahankosmetik

Page 8: BAHAYA ELEKTR K - umw.irchartnexus.comumw.irchartnexus.com/doc/Oct - Dis.pdf · BAHAYA ELEKTR K. BULETIN HSE DISEMBER 2 KESELAMATAN KESELAMATAN ELEKTRIK M ... Merokok di tempat yang

BULETIN HSE DISEMBER 2016

LAWATAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR Toyota SPLDSungai Buloh

TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEPADA PEMBEKAL DAN KONTRAKTOR ANJURAN GROUP PROCUREMENT UMW Corporation Sdn. Bhd. Shah Alam

LATIHAN PERSEDIAAN DAN TINDAKAN KECEMASAN UMW Corporation Sdn. Bhd.Shah Alam

AUDIT DALAMAN OHSAS 18001UMW Bukit MinyakPulau Pinang

1 SEPTEMBER 20 & 21 SEPTEMBER 27 – 29 SEPTEMBER

LATIHAN ERGONOMIK DAN PENGENDALIAN MANUAL UMW Corporation Sdn. Bhd.Shah Alam

AUDIT DALAMAN OHSAS 18001 UMW Johor BaharuJohor

PEMANTAUAN PENDEDAHAN BAHAN KIMIA UMW Equipment Sdn. Bhd. Shah Alam

19 & 20 OKTOBER 11 – 13 OKTOBER 4 OKTOBER

UJIAN AUDIOMETRIK Lubetech Sdn. Bhd.Shah Alam

LATIHAN KESELAMATAN BAHAN KIMIA DAN BUNYI BISING UMW Industrial Power Sdn. Bhd. Shah Alam

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN UMW (East Malaysia) Sdn. Bhd.Sandakan

3 & 11 NOVEMBER 10 NOVEMBER 21 NOVEMBER

TAKLIMAT KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API UMW Industrial Power Sdn. Bhd.Shah Alam

LATIHAN ‘BASIC OCCUPATIONAL FIRST AID & CPR’ UMW Corporation Sdn. Bhd.Shah Alam

9 DISEMBER 24 NOVEMBER 21 & 22 NOVEMBER

AKTIVITI8

BULETIN HSE DISEMBER 2016