bahasa melayu teks kemahiran lisan mendengar bm 2017/teks mendengar tg... · bagi menggelakkan...

9
Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar D1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bab 1 Track 1 Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan yang telah anda dengar. Jangkitan cacing boleh berlaku pada semua peringkat usia manusia. Namun begitu, jangkitan cacing lebih kerap terjadi pada kanak-kanak. Antara tanda-tanda awal seseorang kanak-kanak itu telah dijangkiti cacing ialah gatal-gatal pada bahagian dubur, perut buncit, cirit-birit, kurang selera makan, pucat, muntah-muntah, dan turun berat badan. Jangkitan cacing boleh membawa maut jika tidak dirawat lebih awal. Kanak-kanak yang dijangkiti cacing akan mengalami masalah tumbesaran dan kecergasan fizikal. Hal ini demikian kerana, cacing yang terdapat dalam tubuh kanak-kanak akan merosakkan nutrien, menyerap laktosa, menghisap darah di dalam usus, dan mengganggu penghadaman. Cacing memasuki tubuh manusia melalui makanan dan minuman. Telur dan larva yang dihasilkan oleh cacing akan membesar di dalam usus manusia dan meninggalkan perumah melalui najis. Telur dan larva di dalam najis akan masuk ke dalam tubuh orang lain melalui makanan dan minuman yang telah dicemari oleh agen pembiakan cacing. Seseorang itu boleh terkena jangkitan cacing apabila tangannya terkena tanah ketika berkebun atau berjalan di atas tanah tanpa memakai kasut. Oleh itu, ibu bapa perlulah memastikan bahawa anak-anak membasuh kaki selepas bermain di luar rumah dan membasuh tangan selepas ke tandas. Amalan memakan sayur yang tidak dibasuh dengan bersih seperti ulam-ulaman boleh juga menyebabkan jangkitan cacing. Bagi menggelakkan jangkitan cacing, ibu bapa digalakkan memberi anak-anak makan ubat cacing sekali dalam tempoh enam bulan. Satu dos ubat cacing mampu menghapuskan semua cacing di dalam tubuh manusia. Track 2 Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar. Pada masa ini, remaja sangat prihatin tentang penjagaan kulit muka. Mereka ingin memiliki kulit muka yang cantik dan cerah. Mereka akan murung dan enggan melakukan aktiviti harian seperti yang lazim dilakukan sekiranya muka telah ditumbuhi jerawat. Sepatutnya, remaja tidak perlu bimbang jika muka ditumbuhi jerawat. Hal ini demikian kerana, jerawat merupakan suatu fenomena biasa kepada sesiapa sahaja yang sedang meningkat remaja. Pada usia remaja, tubuh akan mengeluarkan hormon androgen. Hormon ini akan menyebabkan minyak yang lebih berkumpul di dalam liang-liang roma pada kulit muka. Minyak yang berlebihan ini akan memerangkap habuk-habuk yang berterbangan di udara dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Jerawat bukan sahaja tumbuh pada muka, tetapi juga pada bahu, dada, dan belakang badan dalam bentuk bisul bernanah. Jerawat tumbuh lebih banyak jika remaja aktif di luar rumah. Bagi remaja yang kerap terdedah kepada cahaya matahari, kulit muka akan menjadi hitam dan kusam. Lazimnya, remaja menggunakan kosmetik untuk mengatasi masalah jerawat. Timbul pula masalah yang lain, iaitu sama ada kosmetik yang digunakan itu sesuai dengan kulit atau sebaliknya. Oleh itu, remaja mestilah berhati-hati agar tidak terpedaya oleh iklan yang ditaja oleh syarikat kosmetik. Sebaik-baiknya, temuilah pakar kulit untuk mendapatkan nasihat sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik. Teks Kemahiran Lisan Mendengar

Upload: vokiet

Post on 03-Mar-2019

273 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

D1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bab 1

Track 1

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan yang telah anda dengar.

Jangkitan cacing boleh berlaku pada semua peringkat usia manusia. Namun begitu, jangkitan cacing lebih kerap terjadi pada kanak-kanak. Antara tanda-tanda awal seseorang kanak-kanak itu telah dijangkiti cacing ialah gatal-gatal pada bahagian dubur, perut buncit, cirit-birit, kurang selera makan, pucat, muntah-muntah, dan turun berat badan. Jangkitan cacing boleh membawa maut jika tidak dirawat lebih awal. Kanak-kanak yang dijangkiti cacing akan mengalami masalah tumbesaran dan kecergasan fizikal. Hal ini demikian kerana, cacing yang terdapat dalam tubuh kanak-kanak akan merosakkan nutrien, menyerap laktosa, menghisap darah di dalam usus, dan mengganggu penghadaman. Cacing memasuki tubuh manusia melalui makanan dan minuman. Telur dan larva yang dihasilkan oleh cacing akan membesar di dalam usus manusia dan meninggalkan perumah melalui najis. Telur dan larva di dalam najis akan masuk ke dalam tubuh orang lain melalui makanan dan minuman yang telah dicemari oleh agen pembiakan cacing. Seseorang itu boleh terkena jangkitan cacing apabila tangannya terkena tanah ketika berkebun atau berjalan di atas tanah tanpa memakai kasut. Oleh itu, ibu bapa perlulah memastikan bahawa anak-anak membasuh kaki selepas bermain di luar rumah dan membasuh tangan selepas ke tandas. Amalan memakan sayur yang tidak dibasuh dengan bersih seperti ulam-ulaman boleh juga menyebabkan jangkitan cacing. Bagi menggelakkan jangkitan cacing, ibu bapa digalakkan memberi anak-anak makan ubat cacing sekali dalam tempoh enam bulan. Satu dos ubat cacing mampu menghapuskan semua cacing di dalam tubuh manusia.

Track 2

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Pada masa ini, remaja sangat prihatin tentang penjagaan kulit muka. Mereka ingin memiliki kulit muka yang cantik dan cerah. Mereka akan murung dan enggan melakukan aktiviti harian seperti yang lazim dilakukan sekiranya muka telah ditumbuhi jerawat. Sepatutnya, remaja tidak perlu bimbang jika muka ditumbuhi jerawat. Hal ini demikian kerana, jerawat merupakan suatu fenomena biasa kepada sesiapa sahaja yang sedang meningkat remaja. Pada usia remaja, tubuh akan mengeluarkan hormon androgen. Hormon ini akan menyebabkan minyak yang lebih berkumpul di dalam liang-liang roma pada kulit muka. Minyak yang berlebihan ini akan memerangkap habuk-habuk yang berterbangan di udara dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Jerawat bukan sahaja tumbuh pada muka, tetapi juga pada bahu, dada, dan belakang badan dalam bentuk bisul bernanah. Jerawat tumbuh lebih banyak jika remaja aktif di luar rumah. Bagi remaja yang kerap terdedah kepada cahaya matahari, kulit muka akan menjadi hitam dan kusam. Lazimnya, remaja menggunakan kosmetik untuk mengatasi masalah jerawat. Timbul pula masalah yang lain, iaitu sama ada kosmetik yang digunakan itu sesuai dengan kulit atau sebaliknya. Oleh itu, remaja mestilah berhati-hati agar tidak terpedaya oleh iklan yang ditaja oleh syarikat kosmetik. Sebaik-baiknya, temuilah pakar kulit untuk mendapatkan nasihat sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik.

Teks Kemahiran Lisan Mendengar

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D2

Track 3

Lihat pelan lokasi Kedai Buku Pintar dengan teliti. Kemudian, dengar arahan soalan dengan teliti.

Aisyah berada di Jalan Cheng Perdana berhampiran dengan stesen minyak. Dia ingin pergi ke Kedai Buku Pintar. Dia bergerak sehingga tiba di simpang empat. Dia membelok ke kiri memasuki Jalan Bertam Hulu. Dia melihat sebuah bengkel kereta di sebelah kiri. Dia meneruskan perjalanan dan melewati Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak di sebelah kiri. Dia membelok ke kanan memasuki Jalan Tembaga.Bulatkan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan lokasi kedai buku itu.

Bab 2

Track 4

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan yang telah anda dengar.

Tanpa mengira siang atau malam, kita sering menemukan pengemis berkeliaran di lokasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai seperti pasar raya, kedai makan, dan jejantas. Terdapat pelbagai jenis pengemis, antaranya pengemis buta. Pengemis buta bergerak dari sebuah meja makan ke sebuah meja makan untuk menagih simpati. Mereka menadah tangan sambil menghulurkan sebungkus tisu atau sebuah kelendar kepada pelanggan yang sedang menjamu selera. Mereka tidak akan berganjak selagi tidak mendapat wang. Pelanggan menjadi serba salah lantas menyeluk saku dan menghulurkan derma secara terpaksa. Kesannya, golongan pengemis semakin bertambah kerana menyangkakan kewujudan mereka direstui oleh masyarakat. Apabila golongan pengemis bertambah, bilangan orang malas bekerja turut bertambah. Mereka mengambil jalan mudah untuk meneruskan kehidupan dengan cara menjadi pengemis terutama di bandar-bandar besar. Mereka berpura-pura sakit dan cacat seperti buta, tempang, kudung, dan sebagainya untuk mendapatkan belas kasihan daripada orang ramai. Perkara yang lebih membimbangkan ialah wujudnya sindiket penculikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang diculik itu akan dihantar ke tempat yang lain untuk menjadi pengemis supaya tidak dikenali oleh ahli keluarga. Hasil mengemis itu akan dikaut oleh ketua sindiket. Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan yang penting untuk menghapuskan pengemis. Pegawai Kebajikan Masyarakat perlu menangkap pengemis untuk melatih mereka bekerja mengikut kemampuan masing-masing supaya mereka hidup berdikari pada suatu hari nanti.

Track 5

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Cuti semester akan bermula pada minggu depan. Idham berfikir-fikir untuk melakukan sesuatu yang berfaedah sepanjang percutian itu. Tiba-tiba Idham mendapat panggilan telefon daripada Pak Ngah. Pak Ngah berniaga buah-buahan di pasar malam. Pak Ngah memberitahu Idham bahawa pembantunya pulang ke kampung selama dua minggu. Pak Ngah meminta Idham membantunya. Pak Ngah menjanjikan upah RM35.00 untuk satu malam. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, Idham terus saja bersetuju dengan tawaran Pak Ngah itu. Pada hari pertama bekerja, Pak Ngah mengajak Idham pergi ke pasar borong untuk membeli buah-buahan seperti langsat, duku, rambutan, epal, limau, dan mangga. Buah-buahan itu dimasukkan ke dalam kotak dan kotak itu dinaikkan ke atas lori. Kemudian, kotak-kotak itu diturunkan di tapak pasar malam. Di gerai, Pak Ngah mengajar Idham cara-cara memilih, mengasing, dan menyusun buah-buahan. Idham melihat Pak Ngah sungguh cekap melakukan kerja-kerja itu. Maklumlah sudah lebih 10 tahun Pak Ngah berniaga buah-buahan. Buah-buahan yang elok dan segar disusun di atas meja manakala yang kurang elok dimasukkan ke dalam bakul. Menurut Pak Ngah, buah-buahan di dalam bakul itu akan dijual secara longgok supaya cepat laku. Kira-kira jam 10.00 malam, pengunjung pasar malam semakin berkurangan. Pak Ngah dan Idham berkemas. Buah-buahan yang tidak habis dijual disimpan di dalam kotak dan dibawa pulang ke rumah Pak Ngah. Selepas itu, Pak Ngah menghantar Idham pulang ke rumah. Pak Ngah berpesan kepada Idham supaya bersiap lebih awal pada hari esok kerana mereka akan berniaga di pasar malam yang lebih jauh.

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

D3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Track 6Dengar syarat-syarat Pertandingan Mewarna Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

Syarat-syarat Pertandingan Mewarna Melaka Bandaraya Warisan Dunia

1. Bagi kategori murid-murid sekolah rendah, lukisan diwarnakan dengan menggunakan pensel warna sahaja.

2. Bagi kategori sekolah menengah, lukisan diwarnakan dengan menggunakan krayon, cat air atau cat minyak.

Bab 3

Track 7

Dengar petikan berita dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan berita yang telah anda dengar.

HULU KLANG, 31 Mei – Suatu bencana alam yang mengorbankan tujuh nyawa berlaku di Kampung Batu, petang semalam. Kejadian tersebut melibatkan dua deret rumah panjang yang diduduki oleh pekerja asing. Kedua-dua rumah panjang tersebut runtuh dan musnah sama sekali. Berdasarkan siasatan awal pihak polis, kejadian tersebut bermula daripada tanah bukit di belakang rumah panjang itu runtuh. Hal ini demikian kerana, hujan lebat turun sejak beberapa hari yang lalu. Menurut beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian, mereka terdengar bunyi letupan dari arah hadapan rumah mereka. Mereka bergegas keluar dari rumah masing-masing dan melihat kedua-dua rumah panjang tersebut telah lenyap. Orang ramai berusaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus sebelum pihak bomba dan penyelamat tiba. Namun demikian, hanya empat orang penghuni rumah panjang yang tertimbus dapat diselamatkan. Kerja-kerja mencari mangsa yang tertimbus diteruskan dengan menggunakan jentolak dan jengkaut. Menurut penghuni rumah panjang yang lain, aduan sudah dibuat tentang kemungkinan kejadian tanah runtuh akan berlaku, namun pihak berkuasa tempatan tidak mengambil sebarang tindakan. Menteri Besar Selangor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan turut meninjau ke tempat kejadian. Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa yang tertimbus selesai selepas menemukan tujuh mayat tengah malam tadi. Mayat-mayat yang ditemukan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Track 8

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Akhir-akhir ini semakin banyak murid yang bekerja selepas waktu persekolahan seperti berniaga di restoran makanan segera, di pasar malam, dan di stesen minyak. Kebanyakan murid yang bekerja sambil belajar bersikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Oleh sebab itu, mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencari wang demi membantu ibu dan bapa menyara keluarga.

Antara kebaikan bekerja sambil belajar ialah murid dapat memanfaatkan masa lapang dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah. Contohnya, sebaik-baik saja habis waktu persekolahan, mereka akan bergegas ke tempat kerja. Setelah habis bekerja mereka segera pulang ke rumah untuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru dan mengulang kaji pelajaran. Kesan buruk bekerja sambil belajar ialah pelajaran akan terganggu sekiranya murid bekerja dari petang hingga jauh malam. Apabila pulang ke rumah, mereka sudah letih dan tidak berdaya untuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Pada keesokan harinya, mereka tidur di dalam kelas tanpa menghiraukan teguran guru.

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D4

Selain itu, murid akan hilang minat terhadap pelajaran kerana terpengaruh oleh gaya hidup pekerja-pekerja yang lebih dewasa di tempat kerja. Hal ini demikian kerana, murid bergaul dengan pekerja-pekerja yang tidak berfikir tentang pelajaran lagi. Tambahan pula, murid telah berasa seronok apabila mendapat gaji. Mereka akan menggunakan wang gaji tersebut untuk berhibur di pusat-pusat hiburan atau berfoya-foya. Tidak mustahil keseronokan itu akan melalaikan murid sehingga akhirnya mereka mengesampingkan pelajaran.

Track 9

Dengar cara-cara membuat jeruk mangga dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

Cara-cara Membuat Jeruk Mangga

1. Kupas kulit mangga. Kemudian, potong isi mangga memanjang. 2. Rendam mangga di dalam air garam selama lima jam. 3. Bilas dan tus mangga di dalam tapis. Kemudian, masukkan mangga ke dalam botol. 4. Masukkan air aiskrim soda, gula, garam, dan cuka ke dalam botol.

Bab 4

Track 10

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan yang telah anda dengar.

Rakyat Malaysia menghasilkan 18 000 tan sampah sehari. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada kadar dua peratus setahun bergantung pada pertambahan bilangan penduduk dan kegiatan ekonomi negara. Jumlah sampah yang banyak ini memaksa negara menambah tapak pelupusan sampah dan tenaga kerja untuk menyelenggarakan sampah. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan program kitar semula untuk melatih masyarakat berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran. Untuk menjayakan program kitar semula, Majlis Perbandaran Tempatan telah meletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang strategik seperti di kompleks beli-belah, pasar raya, stesen minyak, sekolah, pejabat, dan dewan orang ramai. Apabila tong kitar semula itu penuh, agen-agen dari Syarikat Konsesi Pengurusan Sisa Pepejal akan membawa barang-barang di dalam tong kitar semula ke Pusat Pengumpulan Barangan Terpakai. Pusat Pengumpulan Barangan Terpakai akan menilai barang-barang tersebut kemudian memberi imbuhan kepada agen-agen. Selain itu, pengguna yang membawa barangan terpakai terus ke Pusat Pengumpulan Barangan Terpakai akan diberi imbuhan yang berpatutan. Seterusnya, kerajaan telah menawarkan beberapa insentif yang lain seperti pengecualian cukai dan duti import bagi peralatan yang digunakan untuk aktiviti kitar semula. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) digalakkan turut serta dalam rangkaian aktiviti program kitar semula seperti menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan barangan kitar semula atau barangan terpakai sebagai bahan asas dalam proses pembuatan produk baharu demi menjimatkan penggunaan bahan mentah.

Track 11

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Pokok bunga cina atau Gardenia Jasminoides tumbuh setinggi dua meter. Daunnya berbentuk bujur telur, tumbuh bersusun dari bawah hingga ke atas. Bunga cina sangat cantik dan berbau sangat wangi. Maka tidak hairanlah jika bunga ini dimasukkan di dalam baju seperti yang dinyanyikan orang buai laju-laju sampai pokok sena, apa dalam baju sekuntum bunga cina. Sifat bunga cina yang sedemikianlah maka bunga ini banyak ditanam untuk industri pengeluaran minyak wangi. Pokok bunga cina membiak secara keratan batang. Rendam dahulu keratan batang yang agak tua di dalam air sebelum di tanam ke dalam tanah. Siram setiap hari untuk pertumbuhan akar yang baharu. Selepas musim bunga, ranting pokok bunga cina yang lama perlu dicantas untuk menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting yang baharu. Pokok bunga cina sesuai ditanam di tepi pagar kerana daunnya yang berwarna hijau pekat dapat menyejukkan mata yang memandang.

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

D5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Buah bunga cina berwarna kuning. Buah bunga cina yang telah diproses berbentuk serbuk. Serbuk bunga cina boleh dijadikan sumber warna kuning dan perisa makanan. Serbuk bunga cina dicampurkan dalam air minuman, mi, bubur, ais krim, gula-gula dan kek untuk menambahkan kelazatan. Selain itu, warna kuning yang terkandung di dalam buah bunga cina boleh digunakan untuk mewarnakan kain batik manakala kudup bunga cina boleh dicampurkan dengan daun teh untuk mewangikan air teh.

Track 12

Dengar maklumat yang terdapat dalam iklan ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

KERJA KOSONGPEKERJA PASAR RAYA JIMAT 2015

(Wanita dan Lelaki)PENGAMBILAN SEGERA TANPA TEMU DUGA

25 Jun hingga 8 Ogos 2015

Kelayakan • Warganegara Malaysia. • Berumur 19 tahun hingga 25 tahun. • Boleh membaca, menulis, dan mengira. • Fasih bertutur dalam bahasa Melayu.• Bekerja 8 jam sehari.

Faedah• Asrama yang selesa.• Elaun kerja lebih masa.• KWSP dan PERKESO.

Jika berminat, sila hubungi talian 019-6653261 (Fadhilah) atau

e-mel [email protected].

Bab 5

Track 13

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan yang telah anda dengar.

Cikgu Halimah tidak dapat melelapkan mata kerana asyik teringatkan hari esok. Esok merupakan hari terakhir Cikgu Halimah bertugas di sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Malek. Selepas itu dia akan bergelar pesara. Entah pukul berapalah Cikgu Halimah dapat melelapkan mata, yang pasti dia bangun sebelum azan subuh berkumandang di udara. Sebelum pukul 7.00 pagi dia telah berada di pekarangan sekolah. Guru-guru dan murid-murid masuk ke dalam Dewan Mutiara pada pukul 7.30 pagi. Terdapat banyak potret Cikgu Halimah tergantung di dinding dewan. Pentas dihias dengan belon dan bunga yang berwarna-warni. Yang mengejutkan Cikgu Halimah ialah kehadiran sekumpulan bekas muridnya di dalam dewan itu. Selepas ucapan wakil murid, Doktor Halim selaku Presiden Persatuan Bekas Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Malek dijemput naik ke atas pentas untuk berucap. “Cikgu Halimah tidak pernah jemu menjadi pendidik. Dia menabur bakti dengan hati yang ikhlas. Dia mengorbankan masa, tenaga, dan wang gajinya untuk membantu anak didiknya dalam pelajaran. Dia gembira melihat anak didiknya berjaya. Oleh itu, diharapkan Cikgu Halimah sudi menerima hadiah yang tidak seberapa daripada saya dan rakan-rakan. Hadiah ini sangat kecil nilainya jika dibandingkan dengan jasa yang telah dicurahkan oleh cikgu.” Cikgu Halimah tidak dapat menahan sebak. Air matanya mengalir bercucuran. Dia naik ke atas pentas untuk menerima kunci kereta Perodua Alza daripada Doktor Halim. Terdengar tepukan yang gemuruh di dalam dewan.

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D6

Track 14

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Pada 15 dan 16 April 2015, sebanyak 35 orang ahli Kelab Pencinta Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim telah mengadakan ekspedisi ke Pusat Perhutanan Bukit Kaca. Mereka diiringi oleh lima orang guru penasihat dan dua orang jurupandu dari Pusat Perhutanan Bukit Kaca. Mereka menaiki bas dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tempat letak bas di kaki Bukit Kaca pada pukul 9.15 pagi. Mereka bergerak dalam kumpulan yang telah ditetapkan, iaitu lima orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membawa sebuah khemah. Mereka melalui tiga buah kawasan pertanian, iaitu ladang tebu, ladang jambu, dan ladang belimbing. Keadaan tanah yang lembap dan becak menyebabkan mereka terpaksa berhenti sebanyak tujuh kali untuk membuang pacat yang menggigit betis dan paha mereka. Kira-kira pukul 11.30 pagi, mereka sampai di kemuncak Bukit Kaca yang terletak kira-kira enam kilometer dari kaki bukit. Beberapa orang peserta menghubungi keluarga masing-masing dengan menggunakan telefon bimbit. Setelah berehat setengah jam, mereka mendirikan khemah di tapak yang telah ditetapkan. Ketika inilah mereka sedar bahawa lima orang daripada peserta ekspedisi belum sampai di kemuncak. Seorang jurupandu dan dua orang guru penasihat turun untuk menjejaki mereka. Dua jam kemudian mereka membawa kumpulan yang sesat itu ke tapak perkhemahan. Pada sebelah malam, mereka berkumpul untuk berkongsi pengalaman. Sebelum tidur, mereka menulis catatan untuk membuat laporan.

Track 15

Dengar petikan tentang latihan kebakaran dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Menengah Seri Gelam Pada 27 April 2015, Sekolah Kebangsaan Seri Gelam mengadakan latihan kebakaran. Latihan tersebut diadakan sebelum waktu rehat. Apabila loceng amaran dibunyikan, guru yang mengajar pada masa itu berhenti mengajar. Guru menutup suis lampu dan merapatkan pintu kelas kemudian berjalan bersama-sama murid ke padang. Semasa berada di padang, guru mengira jumlah murid berpandukan Jadual Kedatangan. Selepas itu, murid-murid melihat anggota bomba mengadakan demonstrasi memadam api dengan menggunakan alat pemadam api.

Bab 6

Track 16

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan yang telah anda dengar.

Penjagaan gigi amat penting dalam kehidupan. Oleh sebab itu, penjagaan gigi perlu dilakukan secara berterusan kerana gigi yang cantik dapat menyerlahkan senyuman. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk mencegah kerosakan gigi. Antaranya ialah memberus gigi. Memberus gigi selepas makan dapat menyingkirkan sisa-sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi dan menanggalkan lapisan plak gigi. Sisa-sisa makanan di celah-celah gigi menjadi sumber makanan kepada bakteria. Bakteria-bakteria ini akan menukarkan gula dan kanji dalam makanan menjadi plak atau karang gigi. Bakteria pada plak menyebabkan gusi menjadi merah dan berdarah. Pemilihan berus gigi yang sesuai dapat mengurangkan risiko kecederaan pada gusi. Selain itu, berus gigi yang terlalu lama dipakai tidak dapat membersihkan gigi dengan sempurna. Oleh itu, doktor gigi menyarankan kita menukar berus gigi setiap dua bulan sekali. Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi yang mempunyai fluorida dapat membunuh bakteria. Penggunaan flos gigi pula dapat membersihkan kawasan dalam mulut yang sukar untuk diberus. Berjumpalah dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk membuat pemeriksaan gigi secara menyeluruh.

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

D7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Track 17

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Jika diberi peluang, tidak banyak pesakit yang suka tinggal di wad atau berulang-alik bertemu dengan doktor. Oleh sebab itu, pada hari ini ada pihak yang menawarkan rawatan penjagaan di rumah. Rawatan penjagaan di rumah bermaksud jururawat yang terlatih berkunjung ke rumah pesakit untuk merawat pesakit di rumah seolah-olah pesakit menerima rawatan di hospital. Matlamat utama rawatan penjagaan di rumah diadakan adalah untuk menyembuhkan pesakit dalam keadaan yang selesa dan menggembirakan. Berdasarkan pengalaman pesakit yang pernah melanggan perkhidmatan ini, mereka menyatakan bahawa mereka cepat sembuh daripada penyakit yang dihidapi dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas menjalani rawatan penjagaan di rumah. Sungguhpun begitu, rawatan penjagaan di rumah lebih sesuai untuk pesakit yang mengalami kecederaan seperti luka, lumpuh, strok, dan warga tua yang tidak memerlukan rawatan sepanjang masa. Pada kali pertama kunjungan jururawat ke rumah pesakit, ketua jururawat akan menentukan jenis rawatan, tempoh rawatan, dan kekerapan menerima rawatan. Bayaran untuk rawatan penjagaan di rumah bergantung pada jenis rawatan yang diperlukan, ubat-ubatan yang digunakan, kekerapan rawatan, dan jangka masa keseluruhan rawatan. Rawatan penjagaan di rumah dapat mengurangkan bebanan keluarga menjaga pesakit, bahkan keluarga pesakit boleh bekerja seperti biasa. Mereka tidak perlu menanggung kos tol, kos petrol, dan caj bermalam di hospital. Selain itu, ahli keluarga pesakit memperoleh pengalaman dan pengetahuan merawat pesakit.

Track 18

Lihat pelan lantai rumah Puan Sabariah dengan teliti. Kemudian, dengar arahan soalan dengan teliti.

Puan Sabariah membeli sebuah cermin muka. Beliau bercadang untuk meletakkan cermin muka itu di ruang tamu yang menghadap ke ruang makan.Di manakah kedudukan cermin muka itu?

Bulatkan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan kedudukan cermin tersebut.

Bab 7

Track 19

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan yang telah anda dengar.

Orang yang meminjamkan wang kepada orang lain dikenal sebagai ceti. Sikap suka meminjam wang daripada ceti ini sudah lama wujud dalam masyarakat. Pada hari ini, kegiatan ini telah diambil alih oleh “along”. “Along” meminjamkan wang dengan mengenakan faedah yang terlalu tinggi sehingga menjangkau 120 peratus. Sungguhpun begitu, “along” dianggap sebagai “penyelamat” kerana berurusan dengan “along” sangat mudah. Wang pinjaman diperoleh dengan cepat dan peminjam tidak perlu mengisi borang. Sejauh mana “along” membantu tidak dapat dipastikan kerana “along” bukanlah institusi kewangan yang beroperasi secara sah. Namun begitu, “along” tetap wujud kerana ada permintaan daripada peminjam. Mereka meminjam wang daripada “along” pada saat-saat mereka memerlukan wang. Contohnya, ketika ditimpa musibah yang tidak diduga seperti rumah terbakar, kematian ahli keluarga, dan kemalangan jalan raya. Ada juga yang meminjam wang untuk dijadikan modal berniaga dan ada juga yang mahu bersuka ria seperti berjudi, melancong, atau melangsungkan perkahwinan. Sepatutnya, peminjam haruslah berusaha sendiri untuk mendapatkan wang seperti membuat kerja sambilan, berniaga secara kecil-kecilan, atau sekurang-kurangnya meminta bantuan daripada keluarga atau memohon derma daripada orang ramai melalui media massa, bukannya menjerat diri dengan meminjam wang daripada “along”. Kegagalan bank dan syarikat kewangan yang sah memberikan pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah juga menyebabkan kegiatan “along” mendapat sambutan. Penggunaan kata-kata mengumpan dalam iklan amat berkesan. Contohnya, pinjaman seratus peratus lulus dan pinjaman tanpa penjamin. Pada hari ini, kegiatan “along” tidak dapat dibanteras kerana didalangi oleh kongsi gelap dan orang yang berkedudukan dalam masyarakat.

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D8

Track 20

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Setiap orang tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi masalah. Masalah yang gagal ditangani akan menimbulkan tekanan perasaan. Tekanan perasaan akan mempengaruhi cara berfikir dan bertindak. Berdasarkan kajian, tekanan perasaan ialah punca utama orang ramai menghidap penyakit jantung, terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terlibat dalam kes bunuh diri. Pada pendapat ahli psikologi pula, orang yang menghadapi tekanan perasaan cepat runsing, cepat naik angin, mudah kecewa, dan bertindak terburu-buru. Oleh sebab itu, seseorang yang berada dalam situasi tertekan perlu diberikan sokongan moral, tunjuk ajar, dan nasihat. Selain itu, pujuklah mereka agar meluahkan perasaan kepada seseorang yang boleh menyimpan rahsia, agar mereka berasa lega dan tenang. Lazimnya, dalam situasi yang tenang, seseorang itu dapat mengawal emosi dan dapat menggunakan akal fikiran bukan mengikut perasaan apabila bertindak. Antara langkah-langkah untuk mengelak daripada ditimpa tekanan perasaan ialah menerima hakikat bahawa tidak semua perkara yang kita idam-idamkan itu akan tercapai kerana manusia hanya merancang, Tuhan yang akan memakbulkannya. Selain itu, kita hendaklah menerima kegagalan itu sebagai suatu ujian dalam hidup dan yakin bahawa setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.

Track 21

Dengar pengumuman yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

Mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, pemilik premis yang menghalang laluan air longkang boleh dikenakan kompaun antara RM10 000 hingga RM100 000 atau hukuman penjara tidak lebih lima tahun.Notis Kompaun PertamaPemilik premis akan diberikan notis kompaun pertama selama 14 hari untuk merobohkan struktur yang menghalang laluan air longkang. Notis Kompaun KeduaJika notis kompaun pertama diabaikan, notis kompaun kedua akan diberikan selama 16 hari lagi. Seterusnya, tindakan pendakwaan di mahkamah akan dimulakan tanpa notis peringatan lagi.

Bab 8

Track 22

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan yang telah anda dengar.

Peperiksaan PT3 telah pun selesai. Pada hari terakhir peperiksaan, Shamsudin, Danial, dan Thana berbual-bual di tepi padang sekolah. Mereka berbual-bual tentang aktiviti selepas peperiksaan.

Shamsudin: Peperiksaan PT3 telah pun selesai. Apakah pandangan kamu jika kita berkelah di Hutan Lipur Air Kernas? Dapat juga kita merehatkan minda setelah berbulan-bulan belajar.

Danial : Saya tidak setuju dengan pendapat kamu. Walaupun Hutan Lipur Air Kernas tidak jauh dari tempat tinggal kita, tetapi kawasan air terjun itu curam dan licin. Lagipun kita perlu berjalan sejauh dua kilometer dan menyeberang sebatang sungai yang dalam untuk sampai ke tapak kawasan air terjun itu.

Thana: Ya, benar kata Danial itu. Saya ingin memberikan cadangan agar kita mengadakan rombongan ke Putrajaya. Pusat pentadbiran negara yang baharu itu sangat menarik untuk kita kunjungi. Tidaklah kita dikatakan seperti katak di bawah tempurung.

Danial : Saya pula ingin mencadangkan agar kita mengikuti kursus komputer. Secara tidak langsung, kita dapat menambah kecekapan berbahasa Inggeris.

Thana : Cadangan kamu itu bagus Danial, tetapi penat semasa belajar untuk menduduki PT3 pun belum hilang lagi, takkan pulak kita hendak belajar lagi.

Bahasa Melayu Ting. 1 KSSM Teks Kemahiran Lisan Mendengar

D9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Shamsudin: Benar kata Thana itu. Kita buatlah aktiviti lain dahulu, barulah kita belajar komputer.Danial : Kalau begitu, baik kita menjual air kelapa muda. Kita dapat pengalaman berniaga dan mendapat

wang. Bukankah wang itu penting kepada kita? Lagipun, di sekeliling rumah kita ada banyak buah kelapa?

Shamsudin: Di sekeliling rumah kita memang ada banyak buah kelapa tetapi hanya cukup untuk kegunaan keluarga kita sahaja.

Danial: Baiklah, saya rasa kita patut terima cadangan Thana, iaitu melawat Putrajaya. Kata orang, jauh berjalan banyak pengalaman.

Shamsudin: Saya juga bersetuju.Thana: Jika semua telah bersetuju, esok kita berjumpa dengan Cikgu Tahir. Cikgu Tahir pasti dapat

membantu kita menganjurkan rombongan tersebut.

Track 23

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Dalam era dunia tanpa sempadan, pasaran buku digital atau e-buku semakin berkembang di serata dunia. E-buku ialah buku digital yang dibaca menerusi komputer dengan menggunakan perisian elektronik. Perniagaan e-buku sangat menguntungkan kepada sesiapa sahaja yang berani mencuba berniaga melalui pasaran siber. Pengguna dapat melakukan proses pembelian e-buku melalui Internet. E-buku dapat diedarkan dengan serta-merta setelah transaksi bayaran diterima dan disahkan oleh penerbit. Setelah itu, barulah pengguna dibenarkan memuat turun buku yang dibelinya melalui Internet. Harga e-buku lebih murah kerana penerbit tidak menanggung kos kertas, kos pencetakan, dan kos pengangkutan. Selain itu, penerbit tidak perlu menggunakan ruang yang luas untuk mempromosikan atau mengiklankan e-buku. E-buku dapat dicetak semula jika pengguna kurang selesa membacanya melalui skrin komputer. E-buku dapat disimpan dalam komputer, senang dibawa ke mana-mana, dan dapat dibaca pada bila-bila masa. Semua penulis dan penerbit e-buku mengakui bahawa perniagaan dalam talian ini sangat menguntungkan kerana modal pendahuluannya kecil tetapi keuntungan yang diperoleh berlipat kali ganda. Perniagaan e-buku dapat dijalankan 24 jam sehari secara automatik. Risiko kerugian perniagaan e-buku dalam talian kurang berbanding dengan kerugian apabila berniaga di kedai buku.

Track 24

Dengar tip mengelakkan keracunan makanan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

TIP MENGGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan cara-cara untuk menggelakkan keracunan makanan:• Basuh tangan sebelum menyediakan makanan.• Makan makanan yang telah dimasak serta-merta kerana makanan yang sejuk mudah dijangkiti kuman.• Panaskan makanan yang telah disimpan sebelum dimakan kerana makanan yang disimpan mudah tercemar.• Asingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak kerana makanan yang telah

dimasak mudah tercemar.• Cuci dapur dan tempat menyediakan makanan sebelum memasak.