bahasa kebangsaan pendidik pejuangkan (bahasa jiwa … · 2016. 9. 6. · tidak merujuk kepada...
TRANSCRIPT
-
32 0 -NASIONAL
BAHASA KEBANGSAAN
Pendidik pejuangkan (Bahasa Jiwa BangsaJ
U ngkapan 'Bahasa Jiwa Bangsa' ayat ringkas yang sangat klise. Se-nang disebut dan sedap didengar. Narnun, ada
amanah, tanggungjawab dan makna yang signiflkan dalarn ung-kapan tersebut bagi setiap bangsa di dunia ini. Seperti diutarakan oleh Sasterawan Negara, Anwar Ridhwan, bahawa Bahasa Melayu tidak merujuk kepada bangsa dan negara tertentu. .
Di Malaysia, bahasa Melayu adalah milik semua etnik di ne-gara ini. Melayu, Cina, India, Ka-dazan dan Iban perlu berganding
. bahu mendaulatkan bahasa Me-layu. Sesiapa sahaja yang men-cemarkan bahasa Melayu sarna ada dalarn bentuk pertuturan, penulisan dan perlambangan memberi kesan langsung kepada jiwa bangsa Malaysia.
Sekiranya orang bukan Melayu tidak menggunakan bahasa Me-layu dengan betul, hakikatnya bu-kan mencemarkan maruah etnik Melayu, tetapi maruah dan re-putasi Malaysia. Ini kerana ba-
t- hasa Melayu ialah bahasa rasmi negara ini seperti termaktub da-larn Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.
FORUM Pembaca yang iogin
menyuarakan pandangan berhubung
isu semasa boleh menghatat sumbangan
menerusi e-mel: bhforu ....
bhariIn.-.my
Kita masih boleh bertolak an-sur dengan slanga Melayu-Cina, Melayu-Jndia dan dialek Melayu mengikut daerah dan negeri ke-rana slanga sedernikian masih terkandung jiwa Melayu dari segi kesopanan dan kesusilaannya.
Perkosaan bahasa Melayu Perkosaan bahasa Melayu merun-tun jiwa bangsa berlaku apabila penggunaannya dicarnpuraduk-kan dengan bahasa lain dan di-pendekkan ejaannya sesuka hati.
® KHAMIS 10 OGOS 2015
• Warga pendidik menjadi teladan memperkasakan 'Bahasa Jiwa Bangsa' dalam memastikan ke/estarian bahasa Melayu terus diperkasa dan melahirkan generasi patriotik. [GAMBAR HIASAN)
Penggunaan bahasa sedernikian, menghilangkan jiwa bangsa dari segi kelembutan budi danjati diri Malaysia.
Pendidik adalah ejen peruba-han. Pada masa sarna, mereka adalah ejen kelestarian tradisi bangsa. Justeru, pendidik bertang-gungjawab mempertahankan 'Ba-hasa Jiwa Bangsa.' Pendidik mesti menjadi teladan kepada pelajar dan masyarakat dan segi mem-pertahankan tradisi penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Penulisan menerusi Short Mes-saging System (SMS), Facebook dan WhatsApp pada hari inijelas menunjukkan tidak rarnai yang menggunakan penulisan bahasa Melayu yang betul, termasuklah dalarn kalangan pendidik dan ba-kal pendidik. Kesalahan dan ke-pendekan yang tidak mengikut
garis panduan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh ditemui da-larn penulisan akademik pelajar pada semua peringkat pengajian. Merekajuga tidak boleh bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu ringkas, padat dan tepat.
Senario membimbangkan Senario tersebut sememangnya membimbangkan. Apabila pen-didik sendiri tidak dapat menilai 'Bahasajiwa bangsa,' siapa lagi di negara ini yang kita harapkan untuk mempertahankan warisan bangsa untuk generasi masa ha-dapan. Generasi akan datang ti-dak lagi mengenali jati diri bang-sa Malaysia, sekiranya tiada siapa yang mempertahankan ketule-nan bahasa Melayu.
Penggunaan kependekan ejaan dan kesalahan bahasa yang di-
sengajakan atau tidak menjadi petunjuk kepada sikap malas ber-fikir sebelum menulis. Apabila kemalasan ini berulang secara ke-rap, proses melemahkan daya fl-kir berlaku secara berterusan yang akhirnya melahirkan rarnai individu yang tidak beridentiti bangsa Malaysia.
Kepada pendidik budiman dan sejati, luaskan akal budi, tajarn- . kan jati diri, berbaktilah kepada ibu pertiwi dengan mengguna-kan bahasa Melayu betul dan ter-kini. Jadilah pemimpin bahasa yang boleh diteladani. Di tangan anda keperkasaan, 'Bahasa Jiwa Bangsa, sepatutnya tercipta se-cara realiti dan hakiki.
Prof Madya Dr Ahmad Esa, Pengarah, Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia