bahagian perkhidmatan kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  ·...

22
0 Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Anugerah Inovasi Kebangsaan 2010 Kementerian Kesihatan Malaysia

Upload: hathuan

Post on 21-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

0

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan

Anugerah Inovasi Kebangsaan 2010 Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 2: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1

KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka surat

1. Pengenalan

1.1 Latar Belakang Jabatan/Agensi

2. Inovasi

2.1 Pengenalan / Latar Belakang Projek Inovasi

2.2 Tujuan Projek Inovasi

2.3 Implikasi Kewangan

2.4 Proses Pelaksanaan (Kronologi)

2.5 Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar

/Perkhidmatan/Jabatan/Agensi/Negara

2.6 Pengiktirafan Dalam/Luar Negara

3. Penutup

Page 3: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

2

1. PENGENALAN

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan telah ditubuhkan pada tahun 1968

sebagai Unit Kejuruteraan dan Kesihatan Alam Sekitar. Ketika itu Bahagian ini

mengandungi dua Unit iaitu Unit Kejuruteraan Kesihatan Awam dan

Keselamatan Sinaran. Dalam tahun 1981 Bahagian ini telah dinaiktaraf kepada

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan yang mengandungi empat cawangan

utama iaitu :-

Cawangan Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar

Cawangan Kejuruteraan Kemudahan Kesihatan

Cawangan Keselamatan Sinaran

Cawangan Kawalselia Bagi Perkhidmatan Sokongan Hospital

Objektif Bahagian ini adalah :-

Mewujud dan melaksanakan program yang sesuai untuk melindungi

kesihatan awam

Memastikan Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan dilaksanakan

dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan

pengawasan dan keselamatan kepada pelanggan

Memastikan Program Kebersihan Alam Sekililing dilaksanakan secara lebih

efektif dengan memastikan sanitasi dan bekalan air yang selamat dapat

disediakan bagi setiap rumah di luar bandar dan diselenggara dengan baik

Menyediakan perkhidmatan teknikal yang berkualiti untuk perlaksanaan

projek pembangunan dan perolehan kejuruteraan dan peralatan perubatan

Menyelaras dan menyelia program penyelenggaraan dan kerja-kerja kecil

bangunan dan kemudahan Kementerian Kesihatan serta menyediakan

khidmat nasihat teknikal di mana perlu

Mengeluarkan lesen-lesen di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984

bagi penggunaan peralatan dan bahan-bahan sinaran di dalam perubatan

dalam jangka masa dua bulan jika semua keperluan dipatuhi

Menyediakan perkhidmatan di dalam perlaksanaan Program Jaminan Kualiti

(QAP) dan aktiviti perlindungan sinaran untuk memastikan peralatan dan

Page 4: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

3

bahan-bahan sinaran telah mencapai piawai dan keselamatan yang

dikehendaki

Page 5: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

3

Rajah 1: Carta Organisasi Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan tahun 2010.

Page 6: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

4

Jadual 1: Bilangan personel Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan mengikut

kategori.

Kategori Bilangan Jawatan

Yang Diluluskan

Bilangan Jawatan

Yang Diisi

Pengurusan Tertinggi 3 3

Pengurusan & Profesional 194 130

Sokongan 1 58 53

Sokongan 2 7 6

Keseluruhan 262 192

Page 7: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

5

2. INOVASI

2.1 Pengenalan / Latar Belakang Projek Inovasi

Seksyen Keselamatan Sinaran, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan

merupakan satu agensi yang berada di bawah Kementerian Kesihatan

Malaysia yang bertanggungjawab dalam pengawalan penggunaan sinaran

mengion bagi maksud perubatan. Aktiviti pengawalan sinaran mengion yang

termaktub dalam Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bertujuan

untuk memastikan penggunaan sinaran mengion yang selamat dan berkesan,

meminimumkan atau mengurangkan kesan sampingan ke tahap yang boleh

diterima akibat dedahan sinaran mengion dan memastikan keperluan regulatori

dipatuhi. Bagi memastikan tujuan tersebut boleh dicapai, pemantauan terhadap

pelaksanaan Program Perlindungan Sinaran (PPS) di institusi kesihatan yang

terlibat dengan sinaran mengion dalam perubatan adalah dijalankan oleh

Seksyen ini. Ini adalah untuk memastikan peralatan perlindungan sinaran yang

mematuhi standard-standard keselamatan sinaran digunakan semasa

penggunaan sinaran mengion. Antara peralatan perlindungan sinaran yang

sering diguna pakai oleh personel berkenaan dalam bidang diagnostik radiologi

adalah gaun/apron Plumbum.

2.1.1 Keperluan Perisai untuk melindungi pesakit dan pekerja sinaran

Aplikasi sinaran mengion dalam bidang perubatan agak meluas di Malaysia,

terutamanya bagi perkhidmatan pengimejan diagnostik (diagnostic imaging)

dan radioterapi (radiotherapy). Sinaran mengion mempunyai tenaga yang

cukup tinggi bagi menguja atau mengionkan molekul-molekul dalam badan

manusia.

Kesan dedahan sinaran mengion tersebut boleh dikategorikan kepada 2 jenis,

iaitu Deterministic effects dan stochastic effects. Deterministic effects adalah

kesan kesihatan yang boleh dikesan oleh manusia setelah terdedah terhadap

sinaran mengion yang melebihi threshold, contohnya erythema dan cataract.

Manakala stochastic effects adalah kesan kesihatan yang berkemungkinan

Page 8: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

6

berlaku setelah terdedah terhadap sinaran mengion, contohnya perubahan

genetik dan pertumbuhan sel-sel kanser.

Bagi mengoptimumkan kegunaan sinaran mengion bagi tujuan perubatan dan

mengurangkan dedahan yang tidak munasabah terhadap badan manusia

khasnya organ-organ kritikal seperti otak, saraf tunjang dan organ pembiakan,

prinsip-prinsip perlindungan sinaran perlu diamalkan semasa kerja-kerja klinikal.

Ini bagi memastikan had dos yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan

Perlindungan dan Keselamatan Sinaran (Asas Standard Keselamatan) 2010 di

bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi pekerja sinaran

dan orang awam dipatuhi. Jadual 1 menunjukkan had dos bagi pekerja sinaran,

orang awam dan apprentice/pelajar yang ditetapkan:-

Jadual 2: Had Dos Sinaran Mengion yang ditetapkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia

Had Dos Tahunan

Pekerja

Sinaran Orang Awam

Apprentice/Pelajar

(16-18 tahun)

Keseluruhan Badan 20 mSv 1 mSv 6 mSv

Fetus 1 mSv 1 mSv 1 mSv

Kanta Mata 150 mSv 15 mSv 50 mSv

Kulit 500 mSv 50 mSv 150 mSv

Orang awam yang

membantu dalam prosedur

diagnostik @ terapi

5 mSv

Nota: mSv (mili Sievert - unit pengukuran untuk dos setara)

Pengawalan dos dedahan sinaran mengion adalah berdasarkan tiga (3) faktor

berikut:-

a) Masa: Semakin pendek masa dedahan terhadap sinaran mengion, semakin

rendah dos sinaran yang diterima.

b) Jarak: Semakin jauh dari punca sinaran, semakin rendah dos sinaran yang

diterima.

c) Perisai (Shielding): Pertambahan perisai boleh mengurangkan dos sinaran.

Semakin tebal perisai, semakin rendah sinaran yang boleh melepasinya.

Page 9: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

7

Untuk tujuan klinikal terutamanya perkhidmatan diagnostik pengimejan, perisai

digunakan untuk mengurangkan dos sinaran terhadap pekerja sinaran dan

pesakit. Gaun/apron/perisai dengan ketebalan setara 0.25 mm Plumbum

digunakan sebagai langkah-langkah perlindungan semasa prosedur

pengimejan diagnostik dijalankan. Memandangkan gaun/apron mempunyai

jangka masa hayat lebih kurang 5 tahun (bergantung kepada beban kerja dan

cara digunakan), maka ia perlu dilupuskan setelah disahkan telah koyak atau

Beyond Economic Repair (BER).

Ini menyebabkan gaun/apron di kebanyakan institusi kesihatan terpaksa

dilupuskan mengikut peraturan yang ditetapkan. Aktiviti lawatan pemeriksaan

ke premis-premis yang menggunakan sinaran mengion bagi memastikan

pematuhan terhadap Akta 304 sepanjang tahun 2008-2009 mendapati bahawa

kebanyakan premis menyimpan gaun/apron di sekitar kawasan dalam jabatan

untuk dilupuskan. Jadual 2 menunjukkan bilangan institusi kesihatan yang

menggunakan sinaran mengion bagi tujuan perubatan.

Jadual 3: Jumlah Institusi Kesihatan (Kerajaan dan Swasta) yang

menggunakan sinaran mengion (setakat Jun 2010)

Jenis Permis Premis

Jumlah Kerajaan Swasta

Hospital 145 119 264

Pengamal Perubatan Am TB 1040 1040

Klinik Pakar TB 52 52

Pusat Radioterapi 5 23 28

Perubatan Nuklear 5 15 20

Klinik Radiologi TB 46 46

Pusat Siklotron 1 1 2

Klinik Pergigian 375 1000 1375

Klinik Haiwan 1 47 48

Klinik Kesihatan 177 TB 177

Hospital Angkatan Tentera 26 TB 26

JUMLAH 735 2,343 3,078

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM

Page 10: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

8

Nota : TB (Tidak Berkenaan)

Bagi tujuan perbandingan dalam kajian ini, bilangan gaun/apron yang hendak

dilupuskan didapatkan secara jangkaan (estimation). Dalam jangkaan ini, 50 %

daripada keseluruhan premis (3078) yang mempunyai 1 helai gaun/apron yang

hendak dilupuskan. Maka jumlah keseluruhan gaun/apron yang dijangka

hendak dilupuskan di Malaysia adalah 1539 helai.

Walaupun kuantiti sebanyak 1539 helai gaun/apron bukan merupakan satu

bilangan yang besar berbanding dengan sisa-sisa klinikal yang lain, tetapi

plumbum adalah salah satu unsur yang bertoksik dan berbahaya sepertimana

yang dikategorikan oleh Jabatan Alam Sekitar.

2.1.2 Isu Pencemaran Alam Sekitar Akibat Pelupusan unsur Plumbum

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya

kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah

sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle yang menjadi salah satu rujukan

bagi menyedarkan tentang kepentingan tanggungjawab setiap manusia,

masyarakat atau penduduk yang tinggal di bumi ini.agar menjaga alam sekitar

kita. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat

terhadap isu ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat

yang akan datang.

Gaun/apron Plumbum tidak sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah dengan

begitu sahaja dan dianggap sebagai sampah biasa. Ia sepatutnya dikendalikan

dan dilupus sebagai bio-hazardous waste. Sekiranya gaun/apron Plumbum

dilupuskan tanpa mengikut kaedah yang betul, gaun/apron yang mengandungi

unsur Plumbum tersebut boleh menyebabkan kesan kesihatan yang mudarat

terhadap manusia, flora dan fauna dan juga alam sekitar. Antara kesan-

kesannya adalah kerosakan pada sistem saraf, peningkatan tekanan darah,

anemia, nepropathy, kemandulan dan lain-lain. (Wikipedia, 2010) Tambahan

pula, dioxins yang dilepaskan akibat daripada pembakaran unsur Plumbum

juga akan memasuki tubuh manusia melalui minuman dan makanan kita seperti

susu, daging, ikan dan ayam.

Page 11: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

9

Menurut kempen yang dijalankan, penghasilan sampah-sarap boleh

dikurangkan melalui konsep "3R – Reduce, Reuse, Recycle" (kurangkan, guna

semula, kitar semula). Kita boleh mengitar semula (bererti menggunakannnya

semula dan bukan membuangnya begitu sahaja) dan mengambil langkah

awalan sebelum mengitar semula (bererti tidak membeli barangan yang tidak

boleh digunakan semula seperti pembungkus plastik dan bahan bungkusan).

Maka, pertimbangan yang sewajarnya atau justifikasi seharusnya dilakukan

oleh pihak yang berkenaan sebelum membeli gaun/apron Plumbum baru. Ini

adalah penting untuk melakukan pembelian berdasarkan kehendak jabatan

masing-masing tanpa mengakibatkan sebarang kebaziran. Kita tidak

sepatutnya membebankan alam sekitar dengan penambahan unsur Plumbum

yang bakal menimbulkan isu perlupusan pada masa hadapan.

Selain itu, gaun/apron Plumbum yang ingin dilupuskan juga boleh dijahit

semula dengan membuang bahagian yang rosak dan menjahit mengikut saiz

yang dikehendaki bagi menjadikannya sebagai perisai bagi bahagian thyroid

dan gonad yang saiznya lebih kecil. Idea ini dapat mengitar semula dan

mengguna semula gaun/apron tersebut bagi kegunaan yang lain tanpa

menyebabkan kebaziran dan pencemaran kepada alam sekitar. Baki

gaun/apron yang tidak digunakan akan dilupuskan dengan kaedah sepertimana

yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

2.2 Tujuan Projek Inovasi

Projek ini bertujuan untuk mengitar semula gaun/apron plumbum yang hendak

dilupuskan bagi menghasilkan peralatan perlindungan sinaran yang mesra

pengguna dan kos efektif di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar.

2.3 Implikasi Kewangan

Jadual berikut menunjukkan kos yang diperlukan untuk menghasilkan perisai

thyroid dan gonad.

Page 12: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

10

Jadual 4: Kos pembuatan

No. Komponen Kuantiti Harga (RM)

1 Upah penjahitan gonad shield 1 100

2 Upah penjahitan thyroid shield 1 50

Jumlah 150

Untuk tujuan perbandingan dengan perisai komersial (perisai thyroid-RM550;

perisai gonad-RM600), penjimatan kos adalah sebanyak RM 1000 untuk satu

set perisai ini. Sehubungan itu, penjimatan sebanyak RM 1,539,000 dapat

dicapai sekiranya anggaran bilangan gaun/apron yang hendak dilupuskan

adalah 1539 helai di keseluruhan Malaysia, sepertimana yang dianggarkan

dalam kajian ini.

2.4 Proses Pelaksanaan (Kronologi)

2.4.1 Penerangan Pelaksanaan Projek

Penjanaan idea rekabentuk perisai Plumbum untuk thyroid dan gonad ini

adalah melalui perbincangan dengan ahli kumpulan dan berdasarkan

rekabentuk perisai Plumbum komersial yang terdapat di pasaran pada masa

kini.

Pada peringkat permulaan sebelum jahitan dimulakan, gaun Plumbum yang

ingin dilupuskan akan diuji/ diimbas dengan menggunakan fluoroskopi bagi

mengesan bahagian yang terdapat kecacatan serta menentukan bahagian

yang sesuai untuk diguna semula. Pengujian tersebut telah dijalankan oleh

pegawai-pegawai Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM bersama dengan

bantuan Juru X-ray di Hospital Putrajaya seperti yang ditunjukkan dalam rajah

(6.1) dan rajah (6.2).

Page 13: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

11

Rajah 2: Gaun Plumbum yang ingin dilupuskan perlu diimbas dengan radas

fluoroskopi bagi mengesan bahagian kecacatan dan menentukan bahagian

yang sesuai untuk diguna semula.

Rajah 3: Skrin paparan yang menunjukkan bahagian gaun Plumbum yang

mengalami keretakan.

Penghasilan perisai Plumbum untuk thyroid adalah dimulakan dengan

menggunting saiz perisai yang dikehendaki dari gaun Plumbum yang ingin

Page 14: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

12

dilupuskan. Ianya digunting berdasarkan saiz yang sama dengan perisai

komersial dan dijahit semula seperti yang ditunjukkan dalam rajah-rajah di

bawah. Selain daripada gaun Plumbum, velcro strap juga merupakan antara

bahan jahitan yang diperlukan bagi memudahkan end-user memakainya

dengan mengikut saiz atau keperluan masing-masing.

Rajah 4: Tukang jahit mengukur perisai yang ingin dijahit dengan berdasarkan

saiz yang sama dengan perisai komersial.

Rajah 5: Tukang jahit menggunting saiz perisai yang dikehendaki.

Page 15: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

13

Rajah 6: Hasil guntingan yang belum dijahit.

Rajah 7: Jahitan bermula.

Penghasilan perisai Plumbum untuk gonad adalah sama seperti proses

penghasilan untuk perisai Plumbum bagi thyroid. Proses-proses kerja adalah

ditunjukkan dalam rajah-rajah di bawah. Velcro strap juga diperlukan dalam

jahitan bagi memudahkan end-user memakainya dengan mengikut saiz atau

keperluan masing-masing.

Page 16: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

14

Rajah 9: Tukang jahit mengukur perisai yang ingin dijahit dengan berdasarkan

saiz yang sama dengan perisai komersial.

Rajah 10: Gaun Plumbum yang boleh dikitar semula dengan menghasilkan

perisai-perisai yang saiznya lebih kecil.

Page 17: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

15

Rajah 11: Hasil produk yang setanding dengan perisai komersial.

2.4.2 Spesifikasi Teknikal Produk

Rajah-rajah lakaran dan spesifikasi teknikal perisai Plumbum untuk thyroid dan

gonad yang direka adalah seperti di bawah:-

Rajah 12: Perisai Plumbum untuk gonad.

c

b

a

d

Page 18: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

16

Jadual 5: Spesifikasi untuk perisai Plumbum gonad (termasuk bahagian Velcro

strap).

(i) Untuk perisai Plumbum gonad:

Parameter Spesifikasi

Tinggi,a (cm) 37.0

Lebar, b (cm) 37.0

(ii) Untuk waist band with Velcro strap:

Parameter Spesifikasi

Lebar, c (cm) 5.0

Panjang, d (cm) 112.5

Rajah 13: Perisai Plumbum untuk thyroid.

Jadual 6: Spesifikasi untuk perisai thyroid.

Parameter Spesifikasi

Panjang perisai, a (cm) 62.5

Tinggi, b (cm) 13.0

Lebar, c (cm) 5.5

Panjang bahagian dengan strap, d (cm) 23.0

Lebar di bahagian lengkung, e (cm) 16.5

b

c

d

a

e

b

Page 19: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

17

2.5 Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar /Perkhidmatan /Jabatan/

Agensi/ Negara

Kriteria 1: Output

Berdasarkan konsep kreaktif dan inovasi, perisai Plumbum untuk thyroid dan

gonad telah dihasilkan setelah menjalani pengumpulan maklumat secara

elektronik dan perbincangan dengan pihak end-user (klinik dan hospital). Ia

adalah berpandukan rekabentuk perisai Plumbum komersial dan saiznya

diubahsuai mengikut keperluan. Kebolehgunaan hasil inovasi ini boleh

diaplikasikan di mana-mana institusi kesihatan di dalam negara yang

berkenaan malah di luar negara.

Gaun/apron yang diguna semula telah mengurangkan kadar pelupusan pada

satu masa yang sama. Perisai yang baru dijahit boleh digunakan sekurang-

kurangnya 5 tahun seterusnya sekiranya digunakan secara berjaga-jaga.

Dengan itu, kuantiti gaun/apron plumbum yang hendak dilupuskan semakin

kurang dan kadar pelupusan secara haram juga menurun. Ini boleh

meminimumkan tahap pencemaran alam sekitar akibat kebakaran unsur

plumbum yang bertoksid.

Kriteria 2: Replicability

Konsep rekacipta perisai Plumbum ini adalah berasaskan konsep kos rendah,

fleksibel dan boleh dibina semula (replicability) di mana-mana tempat. Bagi

institusi-institusi yang memerlukan perisai ini, mereka boleh menghasilkannya

berdasarkan lakaran teknikal dan spesifikasi yang dicatat, atau mengubahsuai

mengikut keperluan di tempat kerja masing-masing.

Kriteria 3: Penjimatan Masa

Proses pelupusan yang membebankan dan memerlukan masa yang panjang

boleh diminimumkan. Masa untuk pembelian gaun/apron plumbum dapat

Page 20: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

18

dipendekkan kepada masa untuk menghasilkan perisai plumbum yang

diperlukan dengan menggunakan gaun/apron plumbum terpakai.

Kriteria 4: Penjimatan Kos

Kos pelupusan boleh diminimumkan sekiranya gaun/apron diguna semula.

Institusi kesihatan boleh menjimatkan kos pelupusan yang tinggi untuk

mendapatkan perkhidmatan syarikat swasta bagi melupuskan gaun/apron

plumbum lama.

Penghasilan perisai pelbagai saiz dan rekabentuk dengan kualiti yang

munasabah membolehkan pembelian baru perisai dapat dikurangkan. Ini

menjimatkan kos pembelian perisai baru di mana ia melibatkan kos yang agak

tinggi untuk mendapatkannya daripada luar negara.

Kriteria 5: Peningkatan Produktiviti

Penggunaan perisai Plumbum untuk thyroid dan gonad ini dapat

mengurangkan dos dedahan kepada pekerja sinaran serta pesakit yang

berkenaan. Pemakaian perisai Plumbum tersebut amat penting terutamanya

melibatkan penggunaan radas penyinaran yang aras dedahan sinaran adalah

tinggi, contohnya radas fluoroskopi, CT scanner dan sebagainya. Selain itu,

pengurangan sisa-sisa gaun/apron plumbum akan mengurangkan pencemaran

alam sekitar (sekiranya tidak dilupuskan dengan kaedah yang ditetapkan) dan

menjimatkan perbelanjaan jabatan untuk membeli perisai yang baru.

Kriteria 6: Penjanaan Pendapatan (Sekiranya berkaitan)

Gaun/apron yang terpakai/lama boleh diguna semula walaupun dianggapkan

sebagai aset yang tidak bernilai. Ini telah menambah nilai (added value) kepada

gaun/apron plumbum yang BER tersebut dimana ia dapat digunakan selepas

dikenalpasti dan dijahit semula. Bagi agensi yang mempunyai kepakaran dalam

jahitan perisai sebegini, kos jahitan boleh dikenakan ke atas institusi kesihatan

yang memohon untuk menjahit perisai yang diperlukan daripada perisai lama.

Page 21: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

19

Kriteria 7: Mesra Pelanggan

Penggunaan perisai Plumbum untuk thyroid dan gonad ini dapat menangani

masalah pelupusan gaun/apron Plumbum yang terpakai, perisai tersebut juga

senang dipakai pada bahagian badan tertentu mengikut keperluan masing-

masing dan berupaya menjimatkan kos berbanding dengan pembelian perisai

Plumbum komersial yang baru. Dengan adanya ciptaan ini, ia bukan sekadar

berkos rendah, tetapi juga berupaya mengurangkan pencemaran alam sekitar

dengan menyahut saranan kerajaan bagi kempen 3R, iaitu “Reduce, Reuse,

Recycle" dengan mengurangkan pembelian, diguna semula dan dikitar semula.

2.6 Pengiktirafan Dalam/Luar Negara

Tiada

3. PENUTUP

Konsep penghasilan peralatan perlindungan sinaran secara kitar semula ini

adalah feasible, kos efektif dan mengurangkan sisa-sisa klinikal yang

berbahaya. Ia bukan setakat dapat melindungi pekerja sinaran dan pesakit

daripada dedahan sinaran yang tidak munasabah dengan melibatkan kos yang

lebih rendah, malah membolehkan end-user mereka perisai yang dikehendaki

berdasarkan kehendak semasa, misalnya saiz pengguna dan tujuan

penggunaan perisai tersebut. Konsep projek ini bukan sahaja sesuai

dilaksanakan di semua institusi kesihatan di Malaysia, tetapi juga boleh

diaplikasi di mana-mana agensi yang menggunakan gaun/apron plumbum di

luar Negara. Rekabentuk perisai yang boleh direkacipta bukan sekadar bagi

bahagian organ thyroid dan gonad, tetapi juga boleh merekacipta perisai untuk

melindungi organ sensitif lain seperti mata, payu dara, ovari atau sebagai lead

marker.

Page 22: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/41-rekacipta-perala… ·  · 2010-11-25dengan lebih efektif mengikut garis panduan untuk memastikan ... (QAP)

LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH INOVASI KEBANGSAAN 2010

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

20

MAKLUMAT RINGKAS PENCIPTA:

Nama Jawatan Alamat No.

Telefon

Penaung

Datuk Chin Goo Chai Pengarah Bahagian

Perkhidmatan

Kejuruteraan, KKM

88832154

Penasihat

1. Engku Azman bin

Tuan Mat

Timbalan Pengarah

Kanan (Regulatori)

Bahagian

Perkhidmatan

Kejuruteraan, KKM

88832152

2. Zunaide bin Kayun

@ Farni

Timbalan Pengarah

(Keselamatan

Sinaran)

88832338

Ahli Kumpulan

1. En. Richard Ee

Yew Kim Juru X-ray U41/42

Bahagian

Perkhidmatan

Kejuruteraan, KKM

88832369

2. En. Ng Aik Hao Pegawai Sains

(Fizik) C41

88832353

3. En. Gynasegaran

Latchumanan Juru X-ray U36

88832352

4. En. Mohd Khadri

bin Abdullah Juru X-ray U36

88832344

5. Pn. Boon Oi Min Juru X-ray U41/42 88832353

6. Pn. Soh Hwee Shin Pegawai Sains

(Fizik) C41

88832353

7. Pn. Premah

Muniandy Juru X-ray U36

88832346