bagaimana membentuk motivasi diri
DESCRIPTION
bmTRANSCRIPT
-
BAGAIMANA MEMBENTUK MOTIVASI DIRIDisediakan Oleh:Baharudin BasirDiploma Perguruan AsasMaktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu,Johor.Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pendidikan KhasUniversiti Kebangsaan Malaysia
-
Motivasi adalah dorongan dari dalam diri anda ke arah yang lebih baik atau bersifat positif. Orang yang bermotivasi leebih berjaya dalam hidup kerana agen penghalang kejayaan iaitu sifat negitif itu tiada di dalam diri mereka. Orang yang bermotivasi mempunyai minda yang positif dan mampu memilih yang terbaik untuk dirinya.Langkah untuk memiliki minda positifMinda yang positif mendorong motivasi diri positif.. Melakukan perkara yang positif Bersasiah terpuji Sentiasa berfikiran positif Sentiasa berpandangan luas.Pelajar yang bermotivasi adalah pelajar yang.B I J A K1234
-
MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI Sedar kelemahan diri1 Nilai kemampuan yang ada pada diri sendiri.
Berazam untuk berubah.
Bersungguh-sungguh melakukan perubahan.
Contohi gaya hidup pelajar pintar2 Bergaul dan menyertai aktiviti yang dilakukan oleh
mereka.
Nasihat mereka adalah penting untuk dijadikan panduan.
Cara belajar mereka akan mempengaruhi anda untuk
rajin belajar
-
Membaca, menonton dan menghadiri program motivasi3 Luangkan masa untuk menonton rancangan atau
program motivasi.
Jangan lokek untuk membeli buku-buku motivasi.
Hadiri kursus, seminar atau bengkel motivasi yang
diadakan.
Laksanakan dengan bersungguh-sungguh segala
maklumat yang di perolehi.
-
KENAL PASTI PENGHALANG KEJAYAAN
Mudah terpengaruh
Mudah terpengaruh dengan sikap tidak elok rakan. Mengikut kata rakan tanpa berfikir panjang. Bergantung hidup kepada rakan sebaya.
Disiplin diri yang rendah Melawan cakap ibu dan bapa. Terlalu asyik menonton televisyen. Malas membaca dan mengulangkaji. Tidak pandai membahagikan masa antara bermain & belajar Lebihkan perkara yang tidak penting daripada belajar. Tidak bersungguh-sungguh belajar atau melaksanakan tugas.
Minat untuk belajar rendah Tidak menganggap belajar itu sebagai satu tanggungjawab. Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya ketika belajar. Bermain-main semasa belajar. Tidak mengendahkan nasihat guru. Suka menangguh kerja yang diberi oleh guru.
-
Atasi segala rintangan dan berubah dengan
Oleh itu Pilih kawan yang rajin dan baik budi pekertinya1 Kawal diri supaya tidak mudah terpengaruh. Displinkan diri dalam semua perkara. Hormati ibu,bapa dan guru kerana kata-kata mereka adalah doa. Pandai membahagikan masa. Utamakan pelajaran. Jangan menangguh kerja. Anggap belajar adalah satu ibadah dan tanggungjawab.2345678
-
CARA MENGATASI TEKANAN Berat dan tenangkan fikiran1 2Curahkan perasaan kepada seseorang yangBoleh dipercayai Berhenti berfikir perkara yang membawa tekanan. Bersembang atau menonton televisyen. Berehat atau tidur. Mendengar muzik atau bermain dengan haiwan peliharaan.
Ceritakan kepada ibu, bapa atau guru segala masalah anda. Minta dan terima nasihat mereka dengan ikhlas. Cuba berubah dan bersungguh-sungguh mengatasi segala
tekanan yang dialami.
-
Berdoa dan bertawakal kepada tuhan3 Berwuduk (bagi yang beragama islam).
Sembahyang fardu jangan diabaikan.
Sentiasa berdoa selepas setiap sembahyang.
Lakukan ibadah dengan tekun.
Usaha dan tawakal kepada Allah.
-
WUJUDKAN PERSAINGAN Kawal diri sendiri Lawan sifat malas. Paksa diri untuk melakukan perkara yang baik. Jangan biarkan diri leka dan alpa.
Jadilah diri yang terbaik Contohi insan yang berjaya Jadikan anda yang terbaik di kalangan mereka. Sentiasa ingin menang dan berada di tempat pertama. Bersaing dalam perkara positif, hindari yang negatif. Bersaing dengan rakan atau pelajar yang terbaik di sekolah.
Jadikan orang berjaya dalam hidup sebagai contoh. Capai impian untuk setanding dengan mereka. Jadikan diri anda yang lebih baik di kalangan saudara
mara anda.
-
ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI LANGKAHUNTUK BERJAYABersedia menerima teguran Setiap teguran ada hikmahnya. Jika anda ditegur bererti anda telah melakukan kesilapan
yang mungkin tidak anda sedari. Melalui teguranlah anda berjaya berubah ke arah yang
lebih baik.Ikhlas menerima teguran Terima teguran dengan hati yang terbuka. Jangan pandang remeh teguran yang diberi. Ambil berat dan ambil langkah positif untuk berubah. Anggap teguran sebagai cabaran untuk menuju mercu
kejayaan.
-
Pernahkah anda mengalami kegagalan?
Usah bimbang. Sesungguhnya kegagalan mengajar
kita erti kedewasaan dan berani menempuhi cabaran
dalam hidup. Bangkitlah daripada belenggu kegagalan
dengan semangat yang membara untuk terus
berjaya.
-
Kegagalan yang dialami adalah merupakan kekalahan yang bersifat sementara. Terlalu banyak pengajaran yang diper-olehi daripada kegagalan yang dialami. Daripada kegagalan, insan dapat :
(a) Membina akhlak yang mulia.(b) Membina azam dan tekad baru.(c) Merancang strategi yang lebih berkesan.(d) Melatih diri supaya lebih berhati-hati.
Anda perlu bangkit semula setelah mengalami kegagalan. Bina semangat baru kerana sekiranya anda tidak mengalami ke-gagalan,Pastinya anda tidak dapat mengembangkan peribadi diri anda. Berbanggalah pada diri anda . Lantaran di masa ini anda belum berjaya lagi, kejayaan akan menjadi milik kita dengan pengalaman kegagalanYang pernah dialami.
Sesungguhnya perkataan gagal adalah bagi insan yang tidak bangkit semula setelah mengalami kegagalan.Ambil iktibar daripada kegagalan yang dialami
-
KEGAGALAN
Insan yang gagal dalam hidupAdalah insan yang sentiasaMemberi alasan untukMengelak daripada tanggungjawab.
-
Oleh itu, insan yang gagal ialah insan yang Mudah berputus asa1 Tidak bangun semula dari kegagalan Tidak berani menempuh kekalahan Sekali mengalami kegagalan, tidak berani mencuba lagi. Putus asa sebenarnya mematikan cita-cita dan wawasan diri. Buangkan sikap mudah berputus asa dan berani mencuba
berulang kali sehingga berjaya. Keazaman yang membara terus pudar dengan sekali gagal. Membiarkan kegagalan itu menapak terus dalam kehidupan. Segera bangkit semula setelah gagal demi kejayaan akan datang.
Sekali gagal, anda merasakan akan gagal selama-lamanya. Luaskan pemikiran anda untuk mencari iktibar daripada
kegagalan yang anda alami. Sesungguhnya daripada kegagalanlah, kita mampu bertahan
untuk terus berjaya.23
-
TOKOH THOMAS CARLYLEJangan berserah diri , jangan
berputus asa melainkan bangkit
dan hadapi cabaran hidup dengan pandangan positif. Berjuanglah
untuk mengatasinya. Tuhan akan
membantu di samping anda.
-
TOKOH JULES HENRY FOINCAREIlmu yang diperolehi manusia,Hanyalah laksana beberapa butirMutiara yang dibongkar ombakDari dasar laut. Orang harus insafBahawa yang tersimpan di dasarLaut masih terlalu banyak, tidakAkan habis selamanya.
-
Kata-kata cerdik pandai tentang pentingnyapengetahuanAnda boleh pilih antara harta dengan pengetahuan. Harta dapat dimusnahkan tetapi pengetahuan tidak dapat dicuri. Harta akibatnya menyusahkan, sedangkan pengeta- huan menyenangkan. Pengetahuan menjaga kita, sedangkan harta, kita yang harus menjaganya. Harta diberikan semakin berkurangan. Harta tinggal di dunia, pengetahuan dibawa ke akhirat.
Oleh itu, tingkatkan usaha anda untuk mencapai tahap Pengetahuan yang tinggi demi masa depan yang cerah. Keta- huilah dengan pengetahuan kita dapat membina kekayaan di- dunia ini.
-
Definasi kejayaan
Kamus Dewan menjelaskan : Kejayaan membawa
maksud kemenangan,
hasil mencapai
cita-cita.
-
Yakin diri untuk mencapai kejayaan kerana dengan Keyakinan diri kita dapat memupuk rasa percaya dengan kebolehan dan kemampuan diri sendiri. Keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri ini mampu mendorong hati danminda anda untuk terus meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan.Insan yang mampu meningkatkan usaha dan keyakinantanpa menganggu kehidupan orang lain, sebenarnyatelah mendapat kejayaan.Kejayaan merupakan pencapaian keinginan seseorangdi Puncak yang lebih tinggi daripada kehidupan pada masakini. Oleh itu, jika anda berjaya mengubah keadaan yangtidak selesa kepada keadaan yang lebih selesa. Daripadakehidupan yang mundur kepada kehidupan yang lebihmaju, maka itulah kejayaan yang sebenarnya.Perlu diingat, jangan sekali-kali mengalah dalam usahamencapai kejayaan. Terus berusaha tanpa jemu sehingga Kejayaan dalam genggaman.
-
BuatlahPilihanYang bijakKegagalanKejayaan
Fahamilah kata-kata bijak pandai dan buatPilihan yang bijakKejayaan seseorang dinilai daripada bagaimana caranyaDia mengatasi kegagalan yang dialaminya dalam hidup.1Terus mencuba walaupun beberapa kali gagalSehingga kejayaan dalam genggaman.2
-
Ukuran kejayaan seseorang individu bukanlahKetika mereka dalam kesenangan. Namun, iaDiukur pada saat mereka berada di dalamKesulitan dan kesusahan.3Seseorang yang ingin berjaya mestilah belajarUntuk menjadikan kegagalan sebagai sesuatuYang sihat dan tapak untuk mencapaian kejayaan.4
-
-LANGKAH MENCAPAI KEJAYAAN- MEMUPUK SIKAP POSITIFSikap positif ialahSentiasa melakukan perkara yang baik danBerwawasan tinggi untuk meningkatkanPencapaian diri.Untuk berjaya kita mesti
Tabah Bersungguh-sungguhJujurTekunBersemangat tinggiRajinBerterusanKuatkan azam dan tekad2Bersungguh-sungguhmendapatkannya1Atasi kegagalan
-
Aku mahu jadi pelajarCemerlang !!!
Jadilah pelajar cemerlang, bukan pelajar yang
Malang. Jadilah insan yang berfikiran positif,
Bukan insan yang berfikiran negatif. Justeru, perkataan
Cemerlang dan positiflah pendorong kejayaan
Seseorang dalam apa sahaja bidang di dunia
Dan di akhirat
-
LANGKAH MENCAPAI KEJAYAAN JANGAN BERPUTUS ASA
Jangan putus asa. Peluang untuk berjaya masih terbentang luas. Bangkit danmulakan langkah baru. Bina azam baru setelah gagal Jangan layan perasaan sedih berpanjangan jika gagal.
Kesali diri dan segera tanam azam baru untuk terus berjaya.
Bekerja keras untuk membuktikan keazaman.
Ingat, hanya anda yang boleh mengubah nasib anda.
-
Ambil iktibar daripada kesilapan lalu.Kenal pasti punca kegagalan anda.Berusaha untuk berubah dan cari jalan menuju kejayaan.
Usah ulangi kesilapan laluTerus berusaha sehingga tercapai apa yang dicitaJangan jemu mencuba, walaupun usaha anda gagal.Sekali gagal tidak bererti akan gagal untuk selamanya.Jalan kejayaan terbentang luas selagi anda mahu berusaha.Ingatlah selangkah lagi sahaja untuk anda mencapai kejayaan.Doa dan terus berdoa, Insya-Allah, Allah s.w.t. bersama orang yang tidak berputus asa.
-
Saya ingin menjadiYang terbaik selalu.LANGKAH MENCAPAI KEJAYAAN SENTIASA INGIN MENJADI YANG TERBAIK Terbaik dalam keluarga Buktikan kejayaan anda kepada ayah dan ibu serta
adik-beradik yang lain. Ingatlah, mereka adalah insan yang pertama men-
didik anda. Sesungguhnya anak yang berjaya akan disayangi
keluarga. Jika anda berjaya menyenangkan hati mereka bererti
anda telah mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
-
Terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulumTanam azam di dalam hati untuk menjadi pelajar yang
terbaik dalam kelas.Rebut peluang untuk menjadi pelajar yang terbaik dalam
pelajaran.Ikut cakap guru agar hidup anda diberkati.Tingkatkan kesungguhan untuk belajar agar kekal menjadi pelajar yang terbaik dalam semua mata pelajaran.Libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan buat yang terbaik dalam aktiviti yang disertai.
-
Terbaik dalam perawakan dan sahsiah diriTanamkan sikap hormat kepada ibu, bapa, guru, orang yang lebih tua dan rakan-rakan. Berhati-hati ketika memilih kawan dan jangan mudah lupa diri.Berkawanlah dengan mereka yang baik sahsiahnya kerana kawan mudah mempengaruhi anda.Tingkatkan disiplin diri kerana disiplin dapat memupuk sahsiah diri positif yang akan menjadikan anda insan yang terbaik.Sahsiah diri yang tinggi akan menjadikan anda insan yang cemerlang.
-
-LANGKAH MENCAPAI KEJAYAAN-JANGAN BERSIKAP NEGATIF
JANGAN BERSIKAP NEGATIF Malu / Segan Jangan malu bertanya. Malu bertanya akan merugikan anda kerana
Bertanya Menambah Ilmu. Jangan malu jika anda salah menjawab kerana perasaan malu akan
mematikan semangat anda untuk terus mencuba. Rendah diri Jangan rendah diri jika anda berada di bawah kerana sikap rendah
diri ini mengajar anda untuk mudah berputus asa. Letakkan diri anda sama taraf dengan mereka yang berjaya dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ia satu kejayaan.
-
Takut gagal Jangan takut gagal kerana kegagalan akan mendorong anda untuk
berusaha lebih agar kegagalan tidak berulang. Kecewa semasa anda mengalami kegagalan akan membangkitkan
semangat anda untuk mencapai kejayaan. Malas Sikap malas akan membunuh cita-cita anda. Jangan layan dan biarkan sikap malas bermaharajalela di dalam hati
anda. Hanya orang yang berjaya mencampakkan sikap malasnya yang
akan berjaya. Kriteria/ciri yang membezakan anda pandai atau bodoh adalah sikap
malas anda. Menangguh kerja Sikap suka menangguhkan kerja akan menyebabkan kerja bertambah. Anda akan merasa bingung, beban, dan keliru kerana tugasan yang
semakin banyak.
-
Jangan mudah pandang rendah pada kebolehan seseorangKerana pelajar yang akan kekal cemerlang adalah pelajarYang sedar akan kemampuan diri dan berusaha kuatUntuk memperolehi kejayaan.Pencapaian seseorang tidak dapat diukur melalui per-Watakan fizikalnya, tetapi melalui perubahan sikapYang positif dan ingin maju setapak untuk keluar daripadaBelenggu kegagalan dan mencapai kejayaan.
-
Anda akan menjadi insan contoh dalam keluarga, sekolah dan rakan.Anda akan dapat melihat senyuman berpanjangan daripada ayah, ibu dan guru.Anda akan sentiasa dihormati dan diberi perhatian.Anda akan diutamakan dalam semua hal.
PUPUK MINDA POSITIF FIKIRKAN APA YANG MENANTI ANDA JIKA ANDA BERJAYA ANDA AKAN DISAYANGI DAN DISANJUNGIJALAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA ANDA SEMAKIN JELASKejayan pertama anda menjadi teras kejayaan yang akan datang.Dengan jiwa yang tenang anda mudah menelaah pelajaran.Keazaman dihati anda semakin kuat untuk terus mendapat yang terbaik sehingga cita-cita anda tercapai.
Kita sering terlena dengan sekali kejayaan yang dicapai.Kita lupa bahawa kegagalan sentiasa menanti kerana ia adalah cabaran yangMesti dilawan sekerasnya jika ingin kekal berjaya.
-
Anda akan dibenci dan tersisih daripada rakan-rakan.Anda juga akan dipandang hina oleh keluarga dan masyarakat .Hidup anda akan sunyi dan jauh daripada keriangan.
FIKIRKAN APA YANG MENANTI ANDA JIKA ANDA GAGAL ANDA AKAN DIHINA DAN DIBENCIIMPIAN ANDA TIDAK MUNGKIN MENJADI KENYATAANApa yang anda cita-citakan akan menemui jalan buntu.Insan di sekeliling anda akan hilang kepercayaan terhadap kebolehan anda.Anda akan terus menempah hidup yang susah dan derita.
Oleh itu bangunlah segera, tanamkan minda positifdalam diri anda. Pasti kegagalan tidak sempat menjengah hidup anda.
-
Asuh minda agar sentiasa berfikiran positif.Fikir dahulu sebelum bertindak.Tetapkan hati dan yakin diri.
BELAJAR KAWAL DIRI AGAR CONDONG KE ARAH PERKARA YANG BAIK ATAU POSITIF Kawal perasaanBuang segala aktiviti yang membazirkan masaLebih bermain, bersembang dan menonton televisyen.Makan dan mandi lama-lama.Melambat-lambatkan tugasan yang diberi oleh guru atau ibu bapa.
-
Perasaan malas boleh dibuang dengan memaksa
diri untuk berubah.Tanamkan sikap tekun dan bersungguh-sungguh
ketika belajar.Jadikan masa untuk belajar sebagai wajib dan menyronokan.
Pujuk atau paksa diri untuk belajarBersemangat tinggi dan tidak mudah mengalahTanamkan semangat yang tinggi semasa pembelajaran
berlangsung.Sungguh-sungguh hendak belajar dengan memberi tumpuan
sepenuhnya.Tingkatkan pengetahuan dengan rajin bertanya dan menjawab
Soalan guru.Malas bertanya dan banyak tidak tahu akan menjadikan anda lemah
Semangat.Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat A.
-
Peluang yang terbentang luas sentiasamenanti anda, jika dilaksanakan dengankesungguhan dan semangat yang berkobar-kobar kerana sikap begini adalah kuncikejayaan seseorang