badan perundangan parlimen

77
BADAN PERUNDANGAN Parlimen http://www.parlimen.gov.my/penge nalan-lblakng.htm munni/mbsskl

Upload: munnianwar

Post on 08-Aug-2015

3.493 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Badan Perundangan Parlimen

BADAN PERUNDANGANParlimen

http://www.parlimen.gov.my/pengenalan-lblakng.htm

munni/mbsskl

Page 2: Badan Perundangan Parlimen

Apa itu Perundangan?

• Perundangan merupakan undang-undang yang digubal

dan diluluskan oleh badan perundangan

munni/mbsskl

Page 3: Badan Perundangan Parlimen

Badan Perundangan di Malaysia

• Badan Perundangan di Malaysia terbahagi kepada:

a. Parlimen – Badan Perundangan Persekutuan

b. Dewan Undangan Negeri – Badan Perundangan Negeri

munni/mbsskl

Page 4: Badan Perundangan Parlimen

Tugas Badan Perundangan

• Tugas utama Badan Perundangan ialah untuk mengubal dan meluluskan Undang-Undang Persekutuan dan negeri

munni/mbsskl

Page 5: Badan Perundangan Parlimen

Istilah Undang-Undang• Statut - Gubal di Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri

• Akta - Diluluskan oleh Parlimen dari 11 Sept 1959 hingga sekarang

• Ordinan – Diluluskan oleh Badan Perundangan Persekutuan pada 1 Februari 1948 hingga 10 Sept serta Dewan Undangan Sabah SEBELUM MERDEKA dan DUN Sarawak

• Enakmen – Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Semenanjung dan Sabah munni/mbsskl

Page 6: Badan Perundangan Parlimen

Badan Perundangan Persekutuan

• Perlembagaan Persekutuan jadual ke- 9.• Kuasa Perundangan Malaysia terbahagi 2

i. Badan Perundangan Persekutuan

ii. Badan Perundangan Negeri

Bidang kuasa Badan terbahagi kepada tiga senarai iaitu:

a. Senarai Persekutuan

b. Senarai Negeri

c. Senarai Bersamamunni/mbsskl

Page 7: Badan Perundangan Parlimen

PARLIMEN

munni/mbsskl

Page 8: Badan Perundangan Parlimen

Keistimewaan Parlimen – Majlis Parlimen dan jawatankuaasa

Perkara 631. Prosiding tidak boleh disoal di

mahkamah.

2. Ahli Parlimen tidak boleh didakwa di mahkamah atas apa-apa yang dikatakan atau dilakukan di dewan.

3. Seseorang tidak boleh didakwa kerana menyiarkan apa-apa maklumat yang ditimbulkan dalam persidangan Parlimen.

4. Pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.

munni/mbsskl

Page 9: Badan Perundangan Parlimen

5. Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing.

6. Mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah.

7. Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut.

munni/mbsskl

Page 10: Badan Perundangan Parlimen

PerkaraYang Tidak Boleh Dibincang

• Hak Istimewa orang Melayu

• Kerakyatan

• Bahasa Kebangsaan

• Kedaulatan Raja-Raja Melayu

munni/mbsskl

Page 11: Badan Perundangan Parlimen

Fungsi Parlimen

1. Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

2. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.munni/mbsskl

Page 12: Badan Perundangan Parlimen

3. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

4. Merupakan tempat untuk ahli Dewan

munni/mbsskl

Page 13: Badan Perundangan Parlimen

Saraan Ahli Majlis Parlimen

• Parlimen boleh membuat peruntukan undang-undang mengenai saraan ahli-ahli setiap Majlis Parlimen

• Dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan

munni/mbsskl

Page 14: Badan Perundangan Parlimen

YANG DI PERTUAN AGONG

1. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.

2. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

3. Baginda tidak ikut serta dalam persidangan Parlimen.

munni/mbsskl

Page 15: Badan Perundangan Parlimen

Fungsi dalam Perundangan

• Memanggil Parlimen bersidang

• Membubarkan Parlimen

• Memberhentikan persidangan Parlimen

• Memberi ucapan dan merasmikan Majlis Parlimen

• Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen

munni/mbsskl

Page 16: Badan Perundangan Parlimen

• Melantik ahli-ahli Dewan Negara

• Melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara

• Membatalkan kehilangan kelayakan menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen

* Baginda mempunyai hak untuk tidak mengikut nasihat Perdana Menteri dalam hal pembubaran Parlimen

munni/mbsskl

Page 17: Badan Perundangan Parlimen

Persidangan Parlimen1. Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh

Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

2. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

munni/mbsskl

Page 18: Badan Perundangan Parlimen

Pembubaran Parlimen1. Pada penghujung tempoh lima tahun

Parlimen dengan sendirinya dibubarkan atau atas permintaan perdana menteri Parlimen akan dibubarkan oleh Yang di Pertuan Agong.

2. Dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan

munni/mbsskl

Page 19: Badan Perundangan Parlimen

3. Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

4. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

munni/mbsskl

Page 20: Badan Perundangan Parlimen

DEWAN NEGARA

munni/mbsskl

Page 21: Badan Perundangan Parlimen

munni/mbsskl

Page 22: Badan Perundangan Parlimen

Dewan Negara1. Mempunyai 70 orang ahli yang terdiri dari

dua kategori (blh ditambah atau dikurangkan)

2. 26 orang ahli yang dipilih daripada 13 buah negeri ( 2 orang setiap negeri yang dipilih oleh kerajaan negeri)

3. 44 orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (40 + 2 +1+1)-40 yang berjasa, dua orang dari Wilayah Persekutuan dan seorang dari Labuan dan seorang dari Putrajaya munni/mbsskl

Page 23: Badan Perundangan Parlimen

Kelayakan

1. Warganegara

2. Tidak kurang daripada umur 30 tahun

3. Bukan seorang muflis

4. Tidak memegang jawatan berpendapatan

5. Boleh menjalankan perniagaan dan profesion sendiri

6. Waras fikiran

munni/mbsskl

Page 24: Badan Perundangan Parlimen

7. Tidak dikenakan penjara setahun dan ke atas kecuali sudah diampunkan

8. Tidak didenda RM2000 dan ke atas oleh mana-mana mahkamah di Malaysia kecuali sudah diampunkan

9. Dilantik oleh Yang diPertuan Agong

munni/mbsskl

Page 25: Badan Perundangan Parlimen

10.Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

munni/mbsskl

Page 26: Badan Perundangan Parlimen

11.Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara.

munni/mbsskl

Page 27: Badan Perundangan Parlimen

Tempoh Jawatan/Gelaran

• Satu penggal iaitu 3 tahun

• Maksimum boleh dilantik untuk 2 penggal

• Tempoh jawatan tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen

• Ahli dewan di gelar Senator

munni/mbsskl

Page 28: Badan Perundangan Parlimen

Yang di Pertua Dewan

• Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara.

• Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Dewan Negara.

• Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara.

munni/mbsskl

Page 29: Badan Perundangan Parlimen

• Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti berikut:-

1.bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin;

2.memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan

3.membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalaha

munni/mbsskl

Page 30: Badan Perundangan Parlimen

4. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.

munni/mbsskl

Page 31: Badan Perundangan Parlimen

Setiausaha Dewan Negara

1. Setiausaha Dewan Negara bertanggungjawab memantau perjalanan persidangan di Dewan Negara dan juga membantu dan memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara ketika Dewan bersidang.

2. Dilantik oleh Yang di Pertuan Agong di kalangan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

munni/mbsskl

Page 32: Badan Perundangan Parlimen

3. Tidak boleh dipecat kecuali melalui tribunal

4. Menghantar notis untuk memulakan persidangan, menguruskan kertas-kertas cadangan dan soalan-soalan ahli dewan, mengeluarkan penyata rasmi (hansard) bagi persidangan, prosedur mesyuarat dan juga tugas-tugas pentadbiran dan kewangan

munni/mbsskl

Page 33: Badan Perundangan Parlimen

Kedudukan Ahli Dewan

munni/mbsskl

Page 34: Badan Perundangan Parlimen

Fungsi Dewan Negara

1. Membahas Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan terperinci

2. Menangguh Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tidak berkuasa menolaknya (setahun untuk undang-undang biasa dan sebulan utk undang-undang kewangan)

3. Meluluskan Rang Undang-Undang

munni/mbsskl

Page 35: Badan Perundangan Parlimen

4. Dewan Negara boleh memulakansesuatu rang undang-undang kecuali Rang Undang-Undang Kewangan

munni/mbsskl

Page 36: Badan Perundangan Parlimen

DEWAN RAKYAT

munni/mbsskl

Page 37: Badan Perundangan Parlimen

Dewan Rakyat• Keahlian• Dewan Rakyat mempunyai seramai 222

ahli• setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan

raya.• Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai

melalui pilihan raya.• Setiap ahli Dewan Rakyat memegang

jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru diadakan

munni/mbsskl

Page 38: Badan Perundangan Parlimen

• Ahli Dewan Rakyat mesti berumur 21 tahun ke atas

• Warganegara Malaysia

• Bermastautin di Malaysia

• Sempurna akal• Tidak melakukan kesalahan yang

menyebabkan keahliannya dibatalkan

munni/mbsskl

Page 39: Badan Perundangan Parlimen

Hilang Kelayakan

1. Sabit kesalahan penjara dan denda

2. Memperoleh kewarganegaraan asing

3. Tidak hadir persidangan berturut-turut selama 6 bulan tanpa kebenaran dewan

4. Tidak sempurna akal

5. Diisytiharkan muflis

6. Kesalahan pilihanraya dan disabitkan

munni/mbsskl

Page 40: Badan Perundangan Parlimen

Bilangan Ahli Dewan

• 1959-104 ahli

• 1964-159 ahli

• 1969-144 ahli

• 1974-154 ahli

• 1990-180 ahli

• 1994-192 ahli

• 1999-193 ahli

• 2004-219 ahlimunni/mbsskl

Page 41: Badan Perundangan Parlimen

Hilang Kelayakan• Tidak sempurna akal

• Bankrap/muflis yang belum dilepaskan

• Memegang sesuatu jawatan bergaji (dalam perkhidmatan awam)

• Disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara lebih dari satu tahun dan denda RM2000 dan ke atas tanpa mendapat pengampunan

munni/mbsskl

Page 42: Badan Perundangan Parlimen

• Tidak menghadiri mesyuarat selama 6 bulan secara berterusan tanpa kebenaran dewan

• Tidak mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh persidangan dewan kali pertama

• Tidak boleh menjadi ahli kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang sama

• Tidak boleh dipilih menjadi ahli Dewan Negara bagi mewakili lebih daripada satu kawasan pilihanraya

munni/mbsskl

Page 43: Badan Perundangan Parlimen

Yang di Pertua

• Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP)..

munni/mbsskl

Page 44: Badan Perundangan Parlimen

Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:- • bertanggung jawab mengawasi perjalanan

mesyuarat supaya berjalan dengan licin • memastikan perbahasan ada berkaitan

dengan perkara yang dibahaskan • membuat keputusan mengenai Peraturan-

peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan

• mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat

munni/mbsskl

Page 45: Badan Perundangan Parlimen

• Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

munni/mbsskl

Page 46: Badan Perundangan Parlimen

Setiausaha Dewan Rakyat

• Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

• Anggota perkhidmatan awam am Persekutuan

• Memegang jawatan sehingga umur persaraan

• Tidak boleh dipecat

• Melalui tribunal- diketuai oleh seorang Speaker DN atau DR

munni/mbsskl

Page 47: Badan Perundangan Parlimen

• Bertanggugjawab terhadap perjalanan persidangan dan juga memberi nasihat kepada Yang di Pertua Dewan

• Menghantar notis untuk memulakan persidangan, menguruskan kertas-kertas cadangan dan soalan-soalan ahli dewan, mengeluarkan penyata rasmi (hansard) bagi persidangan, prosedur mesyuarat dan juga tugas-tugas pentadbiran dan kewangan

munni/mbsskl

Page 48: Badan Perundangan Parlimen

KEDUDUKAN

munni/mbsskl

Page 49: Badan Perundangan Parlimen

Peranan Rakyat

• Merupakan tempat rakyat mendapat pembelaan melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya umum

• Dewan Rakyat lebih berkuasa berbanding Dewan Negara

• Parti yang memenangi kerusi majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan

munni/mbsskl

Page 50: Badan Perundangan Parlimen

• Pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di Parlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di Pertuan Agong

• Apabila Perdana Menteri hilang sokongan dan kepercayaan daripada ahli Dewan Rakyat-beliau mesti meletak jawatan atau memohon pembubaran Parlimen

munni/mbsskl

Page 51: Badan Perundangan Parlimen

• Dewan Rakyat mempunyai kata pemutus dalam undang-undang kewangan seperti:

• Rang Undang-Undang Percukaian

• Rang Undang-undang Perbelanjaan Wang Awam

• Dewan Rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk memulakan Rang Undang-Undang Kewangan

munni/mbsskl

Page 52: Badan Perundangan Parlimen

• Dewan Rakyat turut mempunyai kuasa untuk

• Meluluskan Rang Undang-undang kewangan yang tidak diluluskan oleh Dewan Negara sesudah tempoh masa satu bulan

• Meluluskan Rang Undang-Undang lain yang tidak diluluskan oleh Dewan Negara sesudah tempoh masa satu tahun

munni/mbsskl

Page 53: Badan Perundangan Parlimen

Fungsi Dewan Rakyat

• Membahaskan Rang Undang-undang yang mendapat kelulusan kabinet

• Membahaskan Belanjawan Negara dan Rang Undang-Undangnya

• Sebagai kata pemutus berhubung dengan undang-undang kewangan

• Mengkaji semula Rang Undang-Undang pada masa Dewan Negara menangguhkannya

munni/mbsskl

Page 54: Badan Perundangan Parlimen

JAWATAN KUASA DEWAN

munni/mbsskl

Page 55: Badan Perundangan Parlimen

Jawatankuasa Dewan

• Terdapat lima jawatankuasa Dewan Rakyat dan empat jawatan kuasa Dewan Negara

• Jawatankuasa Dewan Rakyat: Dewan, Pemilih, Hak dan Kebebasan, Peraturan Mesyuarat dan Kira-kira Wang Negara

• Jawatankuasa Dewan Negara: Dewan, Pemilih, Hak dan Kebebasan, Peraturan Mesyuarat

munni/mbsskl

Page 56: Badan Perundangan Parlimen

Jawatankuasa Dewan

• Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera.

• Penasihat kepada Yang Di Pertua atas segala perkara berkaitan dan keselesaan ahli Majlis Parlimen

munni/mbsskl

Page 57: Badan Perundangan Parlimen

Jawantankuasa Pemilih

Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen

Bertanggungjawab memilih ahli-ahli untuk jawatankuasa Majlis Parlimen

Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata.

munni/mbsskl

Page 58: Badan Perundangan Parlimen

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan• Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini

terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli .

• Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.

munni/mbsskl

Page 59: Badan Perundangan Parlimen

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat• Terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua

sebagai pengerusi dan enam orang ahli

• Menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan.

munni/mbsskl

Page 60: Badan Perundangan Parlimen

JawatankuasaKira-Kira Wang Negara

• Terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis.

• 6-12 orang ahli lain

• Memastikan akauntabiliti kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen ;

munni/mbsskl

Page 61: Badan Perundangan Parlimen

• Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;

• Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.

• munni/mbsskl

Page 62: Badan Perundangan Parlimen

Lain-lain jawatankuasa

munni/mbsskl

Page 63: Badan Perundangan Parlimen

Ketua Majlis

• Ketua Parti yang membentuk kerajaan.

• Menentukan tarikh mengadakan mesyuarat

munni/mbsskl

Page 64: Badan Perundangan Parlimen

Ketua Whip

• Ahli parlimen yang dilantik oleh parti untuk menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul

munni/mbsskl

Page 65: Badan Perundangan Parlimen

Ketua Pembangkang

• Dilantik daripada kalangan ahli parti pembangkang untuk mengetuai parti pembangkang

munni/mbsskl

Page 66: Badan Perundangan Parlimen

Hilang Kelayakan

munni/mbsskl

Page 67: Badan Perundangan Parlimen

DR dan DN

• Disabit kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah dan dihukum penjara melebihi 1 tahun atau didenda lebih dari RM2000.00 serta tidak diampunkan

• Memperolehi kewarganegaraan lain• Tidak Hadir Persidangan 6 bulan berturut-

turut• Tidak sempurna akal• Diistihar muflis oleh Mahkamah Tinggi

munni/mbsskl

Page 68: Badan Perundangan Parlimen

• Melakukan kesalahan pilihanraya dan disabitkan

• Tidak boleh menjadi ahli dewan rakyat untuk tempoh lima tahun dari tarikh hilang kelayakan

munni/mbsskl

Page 69: Badan Perundangan Parlimen

PERSIDANGAN PARLIMEN

munni/mbsskl

Page 70: Badan Perundangan Parlimen

Persidangan Parlimen

• Mula bersidang selepas ucapan Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong

• Jarak bersidangan antara satu sama lain adalah tidak lebih dari 6 bulan

• Takwim Parlimen dibahagikan kepada 5 penggal

• 1 penggal mewakili satu tahun

munni/mbsskl

Page 71: Badan Perundangan Parlimen

Proses Penggubalan Undang-Undang

munni/mbsskl

Page 72: Badan Perundangan Parlimen

Jenis Undang-Undang

1. Rang Undang-Undang Awam/Kerajaan

2. Rang Undang-Undang Persendirian

3. Rang Undang-Undang Ahli Persendirian

4. Rang Undang-Undang Hibrid

munni/mbsskl

Page 73: Badan Perundangan Parlimen

Proses Pengubalan Undang-Undang Dewan Rakyat

• Kementerian merangka dasar Rang Undang-Undang bersama pegawai kementerian

• Persetujuan Kabinet

• Peguam Negara – membuat draf rang undang-undang

• Persetujuan Kabinet

• Dicetak di Jabatan Percetakan Negara

• Menghantar notis ke setiausaha Dewan

munni/mbsskl

Page 74: Badan Perundangan Parlimen

• Bacaan Pertama

• Bacaan Kedua

• Peringkat Jawatankuasa

• Bacaan Ketiga

• Dewan Negara-tidak boleh menolak (blh tangguhkan)

• Yang Di Pertuan Agong

• Diwartakan

• Di kuatkuasakan

munni/mbsskl

Page 75: Badan Perundangan Parlimen

Proses Pengubalan Undang-Undang Dewan Negara• Pejabat Peguam Negara

• Bacaan Pertama

• Bacaan Kedua

• Peringkat Jawatankuasa

• Bacaan Ketiga

• Dewan Rakyat- boleh menolak

• Yang Di Pertuan Agong

• Diwartakanmunni/mbsskl

Page 76: Badan Perundangan Parlimen

• http://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=228%3Awhat-is-the-drafting-work-process&catid=80%3Adrafting-division&Itemid=44&lang=bm

munni/mbsskl

Page 77: Badan Perundangan Parlimen

TERIMA KASIH

munni/mbsskl