bab5

20
TAJUK : BAB 5 KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957 PITOS 106 PROJEK PEMBANGUNAN BLOG ILI IZDIHAR MOHD SABRI (840830145746) MUNIRAH KASSIM (730215025534) HARDIYANNA SHAHLAN (810802015808)

Upload: mhipitos

Post on 26-Jun-2015

1.180 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab5

TAJUK :BAB 5 KEMERDEKAAN NEGARA

31 OGOS 1957

PITOS 106 PROJEK PEMBANGUNAN BLOG

ILI IZDIHAR MOHD SABRI(840830145746)

MUNIRAH KASSIM

(730215025534)

HARDIYANNA SHAHLAN

(810802015808)

Page 2: Bab5

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

ROMBONGAN MERDEKA

MATLAMAT ROMBONGAN

MERDEKA

PERJANJIAN LONDON

PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

TANAH MELAYU

SURUHANJAYA REID

PERLEMBAGAAN MERDEKA

PEMASYHURANKEMERDEKAAN

PERISTIWA PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

KANDUNGAN PEMASYHURANKEMERDEKAAN

RAJAH 1 ALIRAN KEMERDEKAAN NEGARA

Page 3: Bab5

ROMBONGAN MERDEKA

Usaha mendapatkan kemerdekaan negara telah dibuat oleh Parti Perikatan pada awal tahun 1956

Melalui kemerdekaan, rakyat bebas memerintah mengikut cara dan hala tuju ditentukan sendiri

Tunku Abdul Rahman, sebagai Ketua Menteri telah berunding dengan raja-raja Melayu dan British untuk mendapatkan kemerdekaan

Rombongan Merdeka dibentuk yang terdiri daripada 4 orang wakil raja-raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan

Tunku Abdul Rahman mengetuai Rombongan Merdeka ke London

Page 4: Bab5

MATLAMAT ROMBONGAN MERDEKA

Bertujuan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British

Beberapa keputusan telah dicapai sebagai asas perundingan mendapatkan kemerdekaan negara

Page 5: Bab5

PERJANJIAN LONDON

Rundingan di London telah dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British

Rundingan telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956

Kedua-dua pihak telah bersetuju menandatangani satu perjanjian dinamakan Perjanjian London

Rombongan Merdeka telah kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956

Sambutan meriah dan besar-besaran di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

Orang ramai yang hadir menyambutnya dengan laungan “Merdeka”

Page 6: Bab5

PERSETUJUAN PERJANJIAN LONDON

Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957

Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka

Parti perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Persekutuan Tanah Melayu

Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu

Konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan Pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan

negeri diteruskan

Page 7: Bab5

PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Sebuah perlembagaan yang dipersetujui oleh semua kaum adalah penting

Parti Perikatan telah bersetuju dengan perlantikan sebuah suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid bertujuan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka bagi berlaku adil kepada semua kaum

Page 8: Bab5

SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Suruhanjaya dipengerusikan oleh Lord William Reid

Menerima sebanyak 131 memorandum daripada pelbagai pihak termasuklah raja Melayu

Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid mengeluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk dan parti politik tempatan

Page 9: Bab5

TUGAS SURUHANJAYA REID

Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka

Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri

Menjamin kedudukan khas raja-raja Melayu Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan

Tanah Melayu

Page 10: Bab5

SURUHANJAYA REID DIPINDA DAN DIPERSETUJUI

Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri

Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu

Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain

Institusi raja-raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan

Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, Bahasa Cina dan Tamil boleh diperkembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, agama lain boleh terus diamalkan

Page 11: Bab5

SURUHANJAYA REID

Cadangan Suruhanjaya Reid yang telah dipinda diterma oleh Parlimen British pada Jun 1957

Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan

Pada 15 Ogos 1957, upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah diadakan antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur

Page 12: Bab5

PERLEMBAGAAN MEDEKA

Perlembagaan Merdeka 1957 telah memberikan hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk menerajui sebuah negara berdaulat

Kesemua kaum telah mendapat faedah daripada perkara yang dipersetujui dalam Perlembagaan Merdeka

Pemimpin Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T. Sambathan dan Tun H.S. Lee perlu diingati

Dato’ Onn Ja’afar, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Dato’ Panglima Bukit Gantang perlu dihargai

Page 13: Bab5

FASAL PERLEMBAGAAN MEDEKA

Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara Pembentukan sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan

Rakyat dan Dewan Negara Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara

dengan dibantu oleh sebuah kabinet Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah

Melayu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di

Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan

Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain

Page 14: Bab5

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Pemasyhuran ialah suatu perisytiharaan atau pengumuman penting

Pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan detik penting negara kita

Dengan pemasyhuran itu beerti Persekutuan Tanah Melayu telah pun dibebaskan daripada penjajahan British untuk selama-lamanya

Page 15: Bab5

PERISTIWA PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Tepat pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack telah diturunkan

Peristiwa menurunkan bendera Union Jack telah disaksikan oleh ribuan rakyat

Laungan merdeka bergema menandakan kemenangan rakyat terlepas daripada penjajah

Beberapa orang pemuda UMNO telah menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu

Page 16: Bab5

PERISTIWA PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilakukan dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Stadium ini dibina khas untuk upacara pengisytiharaan kemerdekaan negara telah siap sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan diadakan

Bangunan ini dibina khas untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka

Page 17: Bab5

PERISTIWA PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Raja-raja Melayu berpakaian songket dan dipayungi payung diraja, duduk berbaris bersemayam di pentas khas

Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa

Ucapan wakil Baginda Ratu England, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharaan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu

Kemerdekaan menandakan pemulangan kuasa politik negara ini kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjajah selama hampir 446 tahun

Page 18: Bab5

PERISTIWA PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan yang bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara, telah membacakan pengisytiharaan kemerdekaan itu dengan lantang

Tunku melaungkan seruan MERDEKA! Sebanyak tujuh kali

Disambut laungan MERDEKA! Oleh para hadirin Rakyat menunjukkan semangat cintakan kepada

negara

Page 19: Bab5

KANDUNGAN PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

Antara kandungannya ialah : i) Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf

sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat setaraf dengan negara-negara lain di dunia

ii) Raja-raja Melayu dengan Ratu England menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu

Page 20: Bab5

KANDUNGAN PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

iii) Semua penguasaan Baginda Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal

iv) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 hari bulan Ogos 1957

v) Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka mengandungi negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelanta, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang

vi) Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyatnya