bab2a

6
ciri dan kajian lepas berkaitan kaedah koperatif. Kajian terdahu membincangkan tentang strategi yang diunjurkan sebagai jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah dalam matematik ataupun penerangan ten pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah secara keseluruhannya. Ia merangkumi penggunaan Kaedah Polya iaitu memahami masalah, merangka satu perancangan, melaksanakan penerangan dan melihat semula. Str strategi dalam penyelesaian masalah juga ada dinyatakan iaitu memgenalpa corak, melukis gambar dan diagram penekaan atau pemeriksaan, mem jadual, penggunaan sebuah model, jalan kerja dari belakang dan pengguna kesimpulan induktif. Strategi-strategi ini adalah tidak asing bagi guru kebanyakkan murid-murid tidak diperjelaskan kaedah penggunaannya secara spesifik. 2.2 Konsep pendekatan pembelajaran koperatif Pembelajaran koperatif didefinasikan sebagai pembelajaran di d bilik darjah di mana pelajar dibahagikan kepada beberapa ku kecil. Setiap satu kumpulan adalah terdiri daripada pelajar kebolehan yang berbeza (heterogenus. Pelajar ini akan diberikan satu tugasan dan mereka perlu belajar cara menyelesaikannya dan memastikan setiap ahli kumpulan dapat menyelesaikannya. Pembelajaran koperatif ini memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi idea dan saling membantu dalam pembelajaran. Pelajar diaj berkemahiran sosial dan kumpulan disusundalam keadaan ahli mengadap satu sama lain. Kaedah ini menekankan perlunya meraikan kejayaankumpulan,ada matlamatkumpulan, dan kumpulan diberi ganjaran dalam bentuk mata. !hli kumpulan adalah bertanggungja"ab terhadap setiap ahli kumpulan dalam mencapai matlamat pembelajaran yang sama. #engan itu dapat meningkatkan minat serta peningkatan dalam pembelajaran mereka. $eberapa strategi diusahakan dalam pendekatan ini, antaranya penyiasatan kumpulan distrukturkan

Upload: naimah57

Post on 07-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SK

TRANSCRIPT

ciri dan kajian lepas berkaitan kaedah koperatif. Kajian terdahulu banyak membincangkan tentang strategi yang diunjurkan sebagai jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah dalam matematik ataupun penerangan tentang pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah secara keseluruhannya. Ia merangkumi penggunaan Kaedah Polya iaitu memahami masalah, merangka satu perancangan, melaksanakan penerangan dan melihat semula. Strategi-strategi dalam penyelesaian masalah juga ada dinyatakan iaitu memgenalpasti corak, melukis gambar dan diagram penekaan atau pemeriksaan, membuat jadual, penggunaan sebuah model, jalan kerja dari belakang dan penggunaan kesimpulan induktif. Strategi-strategi ini adalah tidak asing bagi guru tetapi kebanyakkan murid-murid tidak diperjelaskan kaedah penggunaannya secara spesifik.

2.2 Konsep pendekatan pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif didefinasikan sebagai pembelajaran di dalam bilik darjah di mana pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap satu kumpulan adalah terdiri daripada pelajar pada aras kebolehan yang berbeza (heterogenus). Pelajar ini akan diberikan satu tugasan dan mereka perlu belajar cara menyelesaikannya dan memastikan setiap ahli kumpulan dapat menyelesaikannya.Pembelajaran koperatif ini memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi idea dan saling membantu dalam pembelajaran. Pelajar diajar berkemahiran sosial dan kumpulan disusun dalam keadaan ahli mengadap satu sama lain. Kaedah ini menekankan perlunya meraikan kejayaan kumpulan,ada matlamat kumpulan, dan kumpulan diberi ganjaran dalam bentuk mata. Ahli kumpulan adalah bertanggungjawab terhadap setiap ahli kumpulan dalam mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dengan itu dapat meningkatkan minat serta peningkatan dalam pembelajaran mereka. Beberapa strategi diusahakan dalam pendekatan ini, antaranya penyiasatan kumpulan distrukturkan untuk menekankan kepada kemahiran berfikir tahap tinggi seperti proses analisa dan penilaian. Pelajar bekerja untuk menghasilkan projek kumpulan di mana mereka sendiri yang memilihnya. Pencapaian turut digunakan kepada pelajar dari pelbagai tahap keupayaan akademik.

Kaedah koperatif mengambilkira aspek berikut:

2.2.1 Kumpulan heterogenus, empat orang pelajar yang terdiri daripada pelajar berkebolehan tinggi,sederhana dan lemah.2.2.2Tiada ketua dalam kumpulan, tetapi pelajar yang berkebolehan perlu memastikan ahli kumpulannya tahu apa yang dibincangkan. Secara tidak langsung pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka.2.2.3Arahan dan halatuju tugasan yang jelas dan lengkap.2.2.4Semua pelajar mesti menganggap objektif yang ditetapkan sebagai objektif diri mereka sendiri dan juga objektif mereka sebagai satu unit di dalam satu pasukan

Menurut Johnson & Johnson(1990) untuk mencapai matlamat pembelajaran iaitu menghargai matematik,menaakul secara matematik,menanamkan rasa yakin terhadap kebolehan sendiri dalam matematik,dan membolehkan penyelesaian masalah matematik,guru harus beralih daripada kaedah tradisional kepada penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan pendekatan koperatif.

2.3 Kajian lepas

Kajian Meriam Ismail (1997) melalui kesan Strategi Team-Games- Tournament, salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri Sarawak. Kajian quasi-eksperimental ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif. Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke kelas. Pengkaji menganggap kedua-dua ini boleh dijadikan pununjuk tentang sikap pelajar terhadap penggunaan strategi Team-Games-Tournment dalam pengajaran matematik.Kajian Aranador berkaitan keberkesanan dan kesan atau implikasi pengajaran dan pembelajaran koperatif ke atas matapelajaran matematik. Ianya dijalankan menggunakan kaedah eksperimen dan melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Ujian-ujian ini dijalankan sebelum dan selepas kumpulan ini didedahkan kepada empat pendekatan yang telah dirancang. Kajian Aranador bolehlah dirumuskan seperti berikut;

2.3.1Pendekatan yang digunakan, iaitu koperatif adalah satu pendekatan yang paling berkesan di antara pendekatan pengajaran matematik dan aspek pencapaian kognitif dalam proses mengingat, memahami dan menyelesaikan masalah matematik dan seterusnya mengingat konsep dan kemahiran yang dipelajari.

2.3.2Melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran koperatif, pencapaian yang lebih baik ditunjukkan dikalangan pelajar baik, sederhana dan lemah berbanding pelajar yang mengikuti pendekatan lain.

2.3.3Pendekatan atau kaedah koperatif yang digunakan berupaya menghasilkan sikap yang lebih positif terhadap matapelajaran matematik.

2.3.4Konsep kendiri, ketidak bergantungan terhadap sumber, motivasi, kerjasama, sokongan akademik guru dan semangat kekitaan merupakan elemen-elemen yang signifikan dalam mempengaruhi peningkatan pencapaian dalam matapelajaran matematik.

Siti Khodzimah Sallip(2001)telah mengkaji tentang pola kemahiran pengajaran dan menumpukan kepada strategi penyelesaian masalah dikalangan guru pelatih pengajian matematik . Beliau menumpukan tentang penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah dalam matematik

Faridah Hanim Omar (1997)pula telah mengkaji pembelajaran koperatif dalam matapelajaran matematik di sebuah sekolah menengah . Kajian hanya menumpukan kepada strategi penerapan pendekatan kemahiran sosial dan refleksi kumpulan.

Saya mengambil pengalaman dan permasalahan pengkaji-pengkaji ini untuk mengkaji secara lebih mendalam terhadap penyelesaian masalah menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif bagi topik peratus secara terperinci.

2.4 Rumusan

Ternyata daripada dapatan-dapatan dan kajian-kajian lalu yang dikemukakan sepanjang penulisan ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif yang dikembangakan dengan sempurna dapat membantu murid-murid belajar mengenai sikap, keterampilan, informasi, perilaku sosial dan pandangan. Pembelajaran secara koperatif dapat menghilangkan sifat mementingkan diri sendiri atau egois dan meningkatkan rasa saling percaya antara satu sama lain. Justeru itu, dengan adanya kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dan meningkatkan sikap positif terhadap pelajaran mereka.Kaedah pembelajaran koperatif mempunyai manfaat-manfaat yang positif apabila diterapkan di dalam kelas. Melalui kaedah koperatif ini, mengajarkan murid-murid menjadi percaya kepada guru, berkemampuan untuk berfikir, mencari informasi dari pelbagai sumber dan belajar dari rakan-rakan lain di samping membantu murid-murid untuk mengungkapkan ideanya secara verbal dan membandingkan dengan idea rakan mereka. Secara umumnya kaedah pembelajaran koperatif masih kurang diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan adanya kajian ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dan memperkembangkan potensi individu, berketrampilan dan lebih bertanggungjawab.Para pengkaji terdahulu secara keseluruhannya mengenalpasti keberkesanan pendekatan koperatif ini dalam beberapa aspek termasuklah, perkongsian maklumat antara pelajar, penglibatan pelajar secara aktif secara verbal (idea) atau tidak seperti isyarat, eye contact dan lain-lain. Selain daripada itu kajian juga banyak menjurus kepada penggunaan Kaedah Polya dalam penyelesaian masalah matematik di kalangan pelajar. Namun demikian kajian mereka tidaklah menjurus kepada satu-satu topik tertentu. Inilah yang mendorong saya untuk mengkaji bagaimanakah keberkesanan pendekatan pembelajaran koperatif terhadap penyelesaian masalah bagi topik peratus. Pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau pendekatan koperatif yang digunakan akan membolehkan pelajar aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.