bab10 140224112729-phpapp02
TRANSCRIPT
Astronomi adalah bidang kajian tentang objek semula jadi di langit
Ahli-ahli astronomi purba daripada Timur Tengah, China dan India telah membuat pemerhatian terhadap pergerakan Matahari, bintang dan Bulan.
Ahli astronomi purba seperti orang Greek telah cuba menerangkan pergerakan planet dan bintang
Ahli astronomiARISTOTLE
Tahun 384-322 SM
• Mencadangkan Bumi berbentuk sfera dan bukannya mendatar
Ahli astronomiARISTARCHUS
Tahun 200 SM
• Ahli astronomi pertama yang mencadangkan Bumi
berputar pada paksinya dan bergerak mengikut
orbit yang tersendiri
• Mengelaskan bintang berdasarkan kecerahannya
Ahli astronomiHIPPARCHUS
Tahun 100 SM
Ahli astronomiCLAUDIUS PTOLEMY
Tahun 120 TM
• Memperkembangkan teori tentang Sistem Suria• Mencadangkan Bumi
adalah pusat Sistem Suria
Ahli astronomiNICHOLAS
COPERNICUS
Tahun 1473-1543
• Ahli astronomi pertama yang mencadangkan
Matahari adalah Pusat Sistem Suria
• Menyatakan setiap planet mempunyai orbit sendiri
dan orbit-orbit planet berbentuk bulatan
Ahli astronomiGALILEO GALILEI
Tahun 1564-1642
• Mencipta teleskop astronomi yang pertama dan menggunakannya
untuk memerhati:a)Permukaan Bulanb)Tompok mataharic)Planet Zuhal dan
gelangnyad)Empat bulan yang
mengorbit Planet Musytari
Ahli astronomiJOHANNES
KEPLER
Tahun 1571-1630
• Menyatakan orbit Bumi berbentuk elips
Ahli astronomiISAAC
NEWTON
Tahun 1642-1727
• Memperkenalkan hukum graviti
• Mengemukakan idea tentang satelit semula jadi dan planet kekal pada orbit
masing-masing adalah berkait rapat dengan daya
tarikan graviti• Mencipta teleskop
pantulan yang pertama
Ahli astronomiEDMUND HALLEY
Tahun 1656-1743
• Menemui Komet Halley (komet ini diramal muncul semula setiap 76 tahun)
Ahli astronomiALBERT
EINSTEIN
Ahli astronomiWILLIAM
HERSCHEL
Tahun 1781
• Menemui Planet Uranus
Ahli astronomiJOHANN G.
GALLE
Tahun 1848
• Menemui Planet Neptun
Ahli astronomiCLYDE W.
TOMBAUGH
Tahun 1930
• Menemui Planet Pluto
Penerokaan angkasa lepas pertama kali dilakukan dari Bumi dengan menggunakan teleskop
Roket, satelit buatan manusia, stesen angkasa lepas dan kapal angkasa ulang alik kemudian dicipta untuk meneruskan usaha penerokaan angkasa lepas.
16 MAC 1926
• Goddard melancarkan roket bahan api yang
pertama ke angkasa lepas
4 OKTOBER 1957
• Pelancaran satelit buatan manusia yang pertama, Sputnik 1, ke orbit mengelilingi Bumi.
Satelit ini tidak membawa sebarang hidupan
Sputnik 1
3 NOVEMBER 1957
• Sputnik 2 dilancarkan ke orbit
Sputnik 2
13 SEPTEMBER 1959
• Kapal angkasa yang pertama, Lunar 2,
dilancarkan. Namun demikian, kapal angkasa ini
terhempas di permukaan bulan 24 jam selepas
pelancaranLunar 2
12 APRIL 1961
• Yuri Gagarin, orang pertama yang sampai ke
angkasa lepas dalam kapal angkasanya dan
mengorbit Bumi
27 OGOS 1962
• Prob pertama, Mariner 2, dilancarkan ke Planet
Zuhrah
Mariner 2
Yuri Gagarin
28 NOVEMBER 1964
• Prob kedua, Mariner 4, dilancarkan ke Planet
Marikh
Mariner 4
3 FEBRUARI 1966
• Kapal angkasa Rusia, Lunar 9, mendarat di
permukaan Bulan. Kapal angkasa ini tidak
membawa angkasawanLunar 9
21 JULAI 1969
• Neil Armstrong ialah angkasawan pertama
yang mendarat di Bulan dalam kapal angkasa
Apollo 11
Apollo 11
1972
• Pionner 10 dilancarkan ke Planet Musytari
Pionner 10
1973
• Pionner 11 dilancarkan ke Planet Zuhal
• Mariner 10 dilancarkan ke Planet Utarid dan
Zuhrah• Stesen angkasa lepas,
Skylab, dilancarkan untuk mengorbit Bumi
Pionner 11
Mariner 10 Skylab
1976
• Viking 1 dan Viking 2 mendarat di Planet Marikh
Viking 1
1981
• Kapal angkasa ulang-alik Columbia dilancarkan
1986
• Voyager 2 bergerak melintasi ruang angkasa
Uranus
Voyager 2
1989
• Voyager 2 bergerak melintasi ruang angkasa
Pluto
25 APRIL 1990
• Kapal angkasa ulang-alik, Discovery,
membawa lima orang angkasawan. Teleskop Hubble ditempatkan di
orbit Bumi untuk mengumpulkan
maklumat tentang galaksi.
Hubble
Discovery
25 SEPTEMBER 1992
• Kapal angkasa Mars Observer mengorbit
Planet Marikh.
Mars Observer
10 OKTOBER 2007
• Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
angkasawan Malaysia yang pertama sampai ke
angkasa lepas
Soyuz TMA-11
Beberapa jenis alat teknologi moden telah direka untuk meneroka angkasa lepas.
Antaranya ialah:a) Teleskopb) Kapal angkasac) Stesen angkasa lepasd) Rokete) Kapal angkasa ulang-alikf) Satelit
Terdapat tiga jenis teleskop yang digunakan:a) Teleskop pembiasan (Refracting telescope)b) Teleskop pantulan (Reflection telescope)c) Teleskop radio (Radio telescope) Teleskop pembiasan (menggunakan kanta),
teleskop pantulan (menggunakan cermin) untuk mengambil gambar dan menghantar gambar foto tentang angkasa lepas
Teleskop radio digunakan untuk menerima isyarat elektrik dan sinaran dari angkasa lepas.
Kini, teleskop astronomi seperti teleskop Hubble digunakan untuk memerhatikan galaksi
Teleskop pembiasan
Teleskop pantulan
Teleskop radio
Kapal angkasa telah dilancarkan ke angkasa lepas untuk memperoleh pelbagai maklumat
Kapal angkasa yang membawa angkasawan dilancarkan oleh roket ke angkasa lepas
Prob ialah kapal angkasa yang tidak membawa manusia. Contoh: Voyager 2, Viking 1, Pioneer 10 dan Mariner 10
Prob angkasa lepas dilancarkan untuk mengumpulkan maklumat dengan mengambil gambar foto tentang Sistem Suria kita. Kemudian maklumat dihantar balik ke Bumi dalam bentuk isyarat radio dan diterima di Bumi melalui teleskop radio.
Kapal Angkasa
Stesen angkasa lepas menyediakan tempat di angkasa lepas bagi membolehkan angkasawan menjalankan penyelidikan semasa di angkasa lepas
Stesen angkasa lepas Rusia, Salyut dan stesen angkasa lepas Amerika Syarikat, Skylab, dilancarkan untuk tujuan tersebut
International Space Station ialah sebuah stesen angkasa lepas yang sedang dibina di orbit melalui usaha sama 16 buah negara.
Stesen Angkasa Lepas
Roket digunakan untuk melancarkan objek-objek seperti kapal angkasa atau prob dan satelit
Roket tidak boleh digunakan berulang kali. Hari ini, peranan roket telah kian diambil alih oleh kapal angkasa ulang alik.
Kapal angkasa jenis ini boleh dilancarkan, kembali ke Bumi, dan digunakan secara berulang kali
Kini, pelancaran kapal angkasa dengan roket telah digantikan dengan kapal angkasa ulang-alik
Sebagai contoh, kapal angkasa Discovery digunakan untuk melancarkan satelit ke dalam orbitnya.
Satelit kaji cuaca membantu kita meramalkan keadaan cuaca dengan tepat
Satelit jenis ini dapat mengesan perubahan suhu, angin dan tekanan di atmosfera.
Maklumat yang diterima, dapat meramal tempat dan masa berlakunya ribut,taufan,banjir dan pasang surut air laut.
Satelit ini dapat mengambil gambar foto sperti awan, litupan ais serta salji dan menghantar melalui isyarat ke stesen kaji cuaca.
Satelit dapat membantu ahli geologi untuk mencari gali minyak dan mineral tertentu
Dengan mengkaji gambar foto yang diambil daripada satelit, ahli geologi dapat mengesan kewujudan sumber semulajadi seperti petroleum, arang batu dan bijih logam yang terdapat di bawah permukaan Bumi.
Satelit boleh digunakan untuk mengesan tanah pertanian yang sesuai bagi tanaman tertentu
Dengan foto, satelit dapat mengenalpasti jenis tanaman yang terdapat di kawasan penanaman yang tertentu
Dapat memberi maklumat tentang kawasan penanaman yang telah dijangkiti penyakit tertentu.
Satelit juga dapat membantu petani mengawal pengairan dan meramalkan musim kemarau.
Satelit dapat memberi maklumat tentang produktiviti hutan dan padang rumput, keadaan habitat hidupan liar, penggunaan tanah hutan, pengurusan pembalakan, dan tempat yang sesuai untuk reakreasi.
Dengan itu, perlindungan hutan untuk masa hadapan dapat dirancang
Satelit juga dapat memberi maklumat tentang kemusnahan hutan akibat kebakaran, pembakaran terbuka, serangga perosak atau penyakit
Satelit membolehkan kita menguruskan kejadian bencana alam seperti ribut taufan dan kejadian musim kemarau di sesuatu tempat
Amaran awal dapat diberi kepada penduduk di kawasan yang terlibat.
Dengan itu, langkah-langkah awal dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Satelit dapat mengesan pencemaran seperti tumpahan minyak di laut
Satelit berupaya mengesan kejadian seperti penipisan lapisan ozon di suatu tempat dan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau
Satelit dapat membantu pihak tertentu untuk memerhatikan pangkalan tentera musuh dan gerak geri pihak musuh.
Keperluan meneruskan penerokaan
angkasa lepas
Membongkar rahsia Bumi, planet-planet dan objek angkasa lepas lain yang tersembunyi selama ini
Mencari petempatan baru bagi manusia di Bulan, planet
lain, atau di angkasa lepas
Memperoleh galian seperti aluminium, kalium,
magnesium dan ferum yang terdapat di Bulan, planet lain
atau asteroid
Mengkaji pendirian stesen jana kuasa yang
menggunakan tenaga suria di angkasa lepas. Tenaga
suria yang diperoleh kemudian dihantar balik ke
Bumi
END OF CHAPTER
Created by fariha subri