bab 9 rancangan mengajar harian
TRANSCRIPT
-
1
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
mengenal pasti format untuk rancangan pengajaran harian;
menjelaskan perkara-perkara yang perlu ada dalam rancangan pengajaran harian; dan
membina rancangan pelajaran untuk mana-mana topik dalam Pendidikan Moral
1.1 Pengenalan 1.2 Rancangan Pengajaran Tahunan 1.3 Rancangan Pengajaran Harian
1.3.1 Perancangan Rancangan Pengajaran Harian
1.4 Kandungan Rancangan Pengajaran Harian 1.5 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian 1.6 Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Bab 1: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Bab 2: Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral - 1 Bab 3: Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral - 2 Bab 4: Pemikiran Menakul Merentasi Pendidikan Moral Bab 5: Pemikiran Kreatif & Inovasi Merentasi Pendidikan Moral Bab 6: Dilema Real Life dalam Pengajaran Pendidikan Moral Bab 7: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 1 & 2 Bab 8: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 3 & 4 Bab 9: Rancangan Mengajar Harian Bab 10: Keadah Mengajar Pendidikan Moral
-
2
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
1.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek Pendidikan Moral
yang merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran-pembelajaran yang disediakan oleh untuk
beberapa waktu pelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru
untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang
diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan
berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting
untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu
sebelum masuk ke dalam kelas.
Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran
dengan baik. Malah, terdapat hasil kajian yang mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar
dan prestasi rendah pelajar di sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang
dengan baik dalam bilik darjah. Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan
menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak
efektif.
1.2 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)
Rancangan Pelajaran Tahunan dirancang dan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
(DSK) yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Malah, RPT turut
juga merangkumi sepanjang tahun sesi persekolahan berdasarkan takwim sekolah. RPT turut
diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi murid yang ada di sekolah masing-masing. Sebagai
rujukan tambahan membina RPT, buku teks boleh digunakan.
-
3
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
Dalam Rancangan Pelajaran Tahunan, pemetaan Standard Prestasi turut dicatatkan di mana DSK
(Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) dan DSP (Deskriptor dan Evidens) adalah
sebagai rujukan utama. Guru perlu mengkaji, meneliti, memahami dan memasukan cadangan
evidens (DSP) yang bersesuaian dalam Rancangan Pelajaran Tahunan. Kebolehlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran adalah bergantung kepada perancangan dan
pemetaan guru.
Bincangkan kepentingan Rancangan Pelajaran Tahunan dan kaitannya dengan
Dokumen Standard Kurikulum.
1.3 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Berdasarkan petikan Surat Pekeliling Ikhtisas BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) yang menjadi satu arahan yang mesti bagi setiap orang
guru di Malaysia untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran bagi setiap mata
pelajaran yang diajar. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu rekod khas yang
disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk
mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran /
standard pembelajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat
menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. RPH juga adalah bahan
bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di blik darjah.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk
kepada Dokumen Standard Kurikulum, Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Rancangan
Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan
Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak
mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu
tercapai. Secara ringkas, RPH adalah sebagai penulisan
tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari
tertentu menggunakan format-format yang telah ditetapkan.
-
4
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
1.3.1 Perancangan Rancangan Pengajaran Harian
Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan
kreativiti guru. Model perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and act boleh digunakan sebagai garis panduan penyediaan rancangan pengajaran harian.
1.3.1.1 Plan (Rancang)
Aktiviti pengajaran yang dirancang dengan rapi dan sistematik dapat mengelakkan pelaksanaan
secara ad-hoc. Guru perlu menyemak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran supaya
semua kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang murid telah dicakupi dalam perancangan
pengajaran harian tersebut.
1.3.1.2 Do (Buat)
Setelah perancangan dihasilkan, guru mesti melaksanakan dengan sepenuhnya. Peringkat ini
adalah paling penting dan kritikal kerana dapat menentukan kejayaan setiap rancangan harian.
1.3.1.3 Check (Semak/Refleksi)
Semakan / Refleksi perlu dilakukan oleh guru-guru supaya rancangan harian yang telah
dilakukan mencapai standard pembelajaran dan objektif pembelajaran. Kaedah penilaian juga
begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran, oleh itu, semakan perancangan dapat
menambah baik lagi aktiviti penilaian yang telah dirancang supaya mencapai objektif seperti
terkandung dalam standard kandungan.
1.3.1.4 Act (Bertindak)
Tindakan perlu diambil oleh setiap guru adalah apabila mendapati perancangan yang telah
dibuat tidak mencapai sasaran atau wujudnya kelemahan. Guru perlu membuat tindakan susulan
terhadap kelemahan dan kekurangan dalam perancangan yang telah dibuat.
-
5
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
1.4 KANDUNGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas,
masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau
refleksi.
Guru akan menggunakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) untuk menulis RPH. Malah, guru
perlu menyesuaikan dan memasukkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam RPH. Jika
pentaksiran standard prestasi dibuat pada suatu P&P, maka kod evidens (contoh: B1D1E1)
perlu diletakkan dalam penilaian P&P.
Objektif Pembelajaran adalah satu pernyataan ringkas dan tepat yang ingin dicapai oleh guru
selepas tamat sesi pengajaran. Objektif pengajaran perlulah spesifik, boleh diukur (measurable),
boleh dicapai (attainable) sebenar dan relevan (realistic and relevant).
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para
pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu
pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen
ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti bahasa, sains dan teknologi, pendidikan alam sekitar,
nilai murni dan patriotisme.
-
6
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan, serta
teknologi maklumat dan komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen
merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi
melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bahan Bantu Belajar (BBM) adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca,
dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Bahan bantu belajar boleh dibahagikan
kepada tiga kategori: bukan elektronik, elektronik dan bahan bercorak pengalaman dan bahan
sebenar daripada alam sekitar.
Penilaian di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu proses untuk mengesan
perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Malah, melalui penilaian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran ianya dapat mengesan samada hasil pembelajaran telah
dikuasai atau belum, mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu mata pelajaran,
menentukan aktiviti pemulihan, pengayaan atau pengukuhan dan menentukan keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi adalah penting di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984). Guru-guru sedar tentang kepentingan
membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran
mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan di dalam
sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar atau menulis
rancangan mengajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang
lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi
ialah dengan mengimbau kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.5 KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar
daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan
penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH,
persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat
menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan
dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan
penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil pembelajaran
yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu
dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun
dan berfokus.
Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu
pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan
membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.
-
7
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH
membantu guru menyampaikan isi kandungan
pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik
daripada mudah ke sukar membolehkan murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
disampaikan dengan mudah dan jelas.
Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat
dimanfaat dengan optimum apabila perancangan
dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan
apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam
pengajaran semasa mereka menyediakan RPH.
a. Apakah tujuan utama Rancangan Pengajaran Harian?
b. Bagaimanakah pengajaran dapat dipersembahkan dengan berkesan selepas mengambil kira segala kandungan utama Rancangan
Pengajaran Harian?
c. Apakah kepentingan refleksi selepas selesai pengajaran pembelajaran seseorang guru?
-
8
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
1.6 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
-
9
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
-
10
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
-
11
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
-
12
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
-
13
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
-
14
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
-
15
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
-
16
Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian
RINGKASAN:
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang
guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.
Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi
sebelum memulakan sesi pengajaran.
Rancangan Pengajaran Harian adalah penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari tertentu
menggunakan format-format yang telah ditetapkan.
Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru.
Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan
serta impak atau refleksi.
RUJUKAN:
Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan pendidikan moral. Petaling Jaya, Selangor: Fajar
Bakti.
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral: Teori etika dan amalan moral.
Serdang: University Putra Malaysia.
Chang Lee Hoon. (2001). Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan
pelajar tingkatan empat. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan moral: Siri pendidikan tinggi. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia.
Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and womens development.
Cambridge, MA: Harvard University Press.
Koo, K.P. dan Tang, C.Y. (1990). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota, Department of
Children, Families & Learning and University of Minnesota.
Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education. Berkeley:
University of California Press.
Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University
Press.