bab 9 - memplagiat dan membuat rujukan

12
Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan 1 BAB 9: MEMPLAGIAT DAN MEMBUAT RUJUKAN Plagiarisme atau plagiat ialah satu kegiatan sejagat yang telah lama wujud. Kegiatan ini tidak adil kepada orang yang berusaha keras menghasilkan karya aslinya. Pelajar yang mencari jalan mudah dan memplagiat hasil orang lain adalah tidak jujur dan sanggup mereka menerima pengiktirifan ke atas sesuatu yang bukan karya mereka. Tidak dinafikan bahawa belajar di universiti tidak semudah kerana is memerlukan usaha, bersusah payah dan berdepan dengan pelbagai rintangan sebelum berjaya. Barulah kejayaan yang dikecapi itu manis dan berbaloi. Apakah makna perjuangan ilmu, jika asyik memplagiat hasil orang lain? 9.1 PENGENALAN Pada akhir bab ini, anda akan dapat: 1. Menerangkan apa itu memplagiat 2. Mencadangkan cara mengatasai masalah memplagiat 3. Menerangkan cara-cara membuat rujukan

Upload: lyanglarhaltz

Post on 07-Aug-2015

135 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Pedagogi Pengajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

1

BAB 9: MEMPLAGIAT DAN MEMBUAT RUJUKAN

Plagiarisme atau plagiat ialah satu kegiatan

sejagat yang telah lama wujud. Kegiatan ini

tidak adil kepada orang yang berusaha keras

menghasilkan karya aslinya. Pelajar yang

mencari jalan mudah dan memplagiat hasil

orang lain adalah tidak jujur dan sanggup

mereka menerima pengiktirifan ke atas sesuatu

yang bukan karya mereka.

Tidak dinafikan bahawa belajar di universiti

tidak semudah kerana is memerlukan usaha,

bersusah payah dan berdepan dengan pelbagai

rintangan sebelum berjaya. Barulah kejayaan

yang dikecapi itu manis dan berbaloi. Apakah

makna perjuangan ilmu, jika asyik memplagiat

hasil orang lain?

9.1 PENGENALAN

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

1. Menerangkan apa itu memplagiat

2. Mencadangkan cara mengatasai masalah memplagiat

3. Menerangkan cara-cara membuat rujukan

Page 2: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

2

Plagiarisme berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris

„plagiarism‟ yang berasal daripada perkataan Latin „plagiarus‟

yang bermakna menculik atau mencuri sesuatu atau seseorang.

Berikut ini ialah beberapa definisi plagiarisme:

Kamus Dewan (2009) mentakrif plagiarisme sebagai

perbuatan meniru atau mencedok sebahagian atau

keseluruhan karya orang lain dan mengakui karya

tersebut sebagai usahanya sendiri.

Wikipedia (2010) mendefinisi plagiarisme ialah pengambilan idea atau pendapat

daripada orang lain dan menjadikannya sebagai idea atau pendapat sendiri.

Dasar Etika dan Integriti Penerbitan dan Penulisan, Universiti Kebangsaan

Malaysia (2011) mentakrif plagiarisme sebagai perbuatan meniru karya, maklumat

atau idea orang lain tanpa memperakui sumbernya (sama ada pengarang mahupun

karyanya) serta memperakukan bahawa karya atau maklumat tersebut merupakan

hasil kerja sendiri.

Universiti Stanford (2012) mentakrif plagiarisme sebagai penggunaan tanpa

memberi penghargaan yang munasabah kepada penulis atau sumber, hasil karya asli

orang lain, sama ada karya itu merupakan kod, fomula, idea, bahasa, kajian, strategi,

penulisan dan lain-lain format.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, (Tatatertib Pelajar-Pelajar) menyatakan tentang larangan

terhadap plagiarisme:

(1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain.

(2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah :

a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa

bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaannya sendiri;

atau

b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa

dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah

sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:

9.2 APAKAH PLAGIARISME?

Page 3: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

3

a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau

akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa

orang lain;

b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama

sesuatu ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak

langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau

akademik, atau buku;

c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi

sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan

apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai

penyelidik bersama atau pengarang bersama;

d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang

lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data yang diperolehi melalui

penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan

data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi

pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;

e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa

orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti

sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi

penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan

penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum

menerbitkan data;

f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada

bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam

apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan

mengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau

ciptaan itu.

g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama

ada atau tidak secara keleluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan

itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri; atau

h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian

tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusunnya semula dalam apa-apa cara

yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu. [Sumber: Petikan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti

Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999]

Gejala plagiarisme di kalangan pelajar kolej atau universiti di institusi pengajian tinggi

dianggap sebagai satu kesalahan yang serius dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat

termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Sesetengah individu yang ditangkap

kerana menpliagat dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat memepliagat,

melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan.

Page 4: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

4

[sumber: Clipart.com. 2009]

Kini dengan perkembangan internet dan berpuluh juta halaman web yang mudah diperolehi

telah memperluaskan amalam memplagiat. Rencana yang dipaparkan sebagai teks elektronik,

menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui „potong dan

tampal‟ (cut and paste) sesuatu teks dari sesebuah laman web (Lihat Rajah 9.2). Pada

dasarnya, semua bahan yang terdapat pada internet adalah hak cipta terpelihara, tidak kira

sama ada dinyatakan atau tidak. Jika anda mengambil apa jua bahan daripada internet tanpa

memberi penghargaan kepada penulis asal atau karya asal dianggap sebagai plagiarisme.

Rajah 9.2 Amalan ‘potong dan tampal’

dipermudahkan dengan perkembangan

internet.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan plagiarisme?

b) Bagaimana Akta Universiti dan Kolej Universiti mentakrifkan plagiarisme?

c) Terangkan aktiviti ‘potong dan tampal’.

Page 5: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

5

Berikut ini ialah lima jenis plagiarisme yang kerap diamalkan di kalangan pelajar universiti:

1. Potong dan tampal ialah amalan

mengambil beberapa ayat atau

perenggan atau artikel daripada sesuatu

sumber secara verbatim atau

sepenuhnya tanpa memberi

penghargaan atau membuat rujukan.

Rujuk kepada katun disebelah. Beri

pendapat anda tentang jawapan yang

diberikan oleh pelajar kepada gurunya.

Terdapat pelajar yang menyalin sesuatu

esei atau artikel daripada jurnal atau

internet dan menyerahkannya sebagai hasil karyanya.

2. Menggantikan ayat-ayat asal daripada sesuatu sumber dengan perkataan sendiri

tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, iaitu „parafrasa‟. Pelajar

membaca beberapa sumber dan tulis semula bahagian-bahagian tertentu menggunakan

perkataan sendiri dan kemudian mengabungkannya untuk menjadikan satu esei baru.

Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, ia adalah plagiarisme selagi anda

tidak memberi penghargaan sewajarnya serta menyenaraikan rujukan yang digunakan.

Contoh:

Penulisan Pelajar:

Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penakulan. Juga proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu mempunyai kuasa mengawal proses berkenaan.

Pelajar telah menggantikan penulisan asal menggunakan perkataannya sendiri tetapi tidak

memberi penghargaan kepada beberapa konsep dalam penulisan asal.

Pembetulan:

Pemikiran di andaikan sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penakulan (Presseisen, 1987). Menurut Ruggerio (1988) proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu mempunyai kuasa mengawal proses berkenaan.

Walau pun anda menggunakan perkataan sendiri, anda mesti memberi penghargaan kepada

keterangan Presseisen (1987) dan Ruggerio (1987) tentang „pemikiran‟.

9.3 JENIS PLAGIARISME

Page 6: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

6

3. Mengambil idea daripada sesuatu sumber tanpa

memberi penghargaan atau membuat rujukan.

Plagiarisme tidak hanya terhad kepada

mengambil ayat atau perenggan atau esei orang

lain. Sekiranya, pelajar meminjam idea (seperti

konsep, teori, kaedah) orang tanpa memberi

penghargaan sewajarnya kepada penulis asal,

anda dianggap sebagai telah memplagiat. Rujuk

kepada kartun disebelah. Apakah yang dilakukan

oleh orang dibelakang pelukis? Apakah

implikasinya?

Contoh:

Penulisan Pelajar:

Penyusunan grafik digunakan untuk mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan lama atau sedia ada pelajar.

Pelajar tidak memberi penghargaan kepada idea „penyusanan grafik‟ yang perkenalkan oleh

Ausubel pada tahun 1968.

Pembetulan:

Penyusunan grafik (Ausubel, 1968) digunakan untuk mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan lama atau sedia ada pelajar.

Apabila anda menggunakan idea orang lain, anda mesti memberi penghargaan kepada

pengasas idea berkenaan. Anda tidak boleh mengakui idea orang lain sebagai idea anda. Jika

anda tidak memberi penghargaan kepada idea orang lain, pembaca mungkin menganggap itu

adalah hasil karya anda.

4. Anda tidak boleh menggunakan esei atau tugasan yang anda telah menyerahkan

untuk satu kursus dan menyerahkannya untuk kursus yang lain. Walau pun anda

telah menggunakan perkataan sendiri dan idea-idea adalah hasil karya anda sendiri,

menyerahkannya untuk kursus lain dianggap sebagai plagariasme.

5. Sesetengah pelajar mengambil ayat dan perenggan yang ditulis dalam Bahasa

Inggeris dan kemudian menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa

Cina atau Bahasa Tamil atau Bahasa Arab dan sebagainya. Ini tidak salah sekiranya

idea-idea yang dikemukakan oleh penulis dalam Bahasa Inggeris diberi penghargaan

dalam esei bahasa yang telah diterjemahkan. Sesetengah pelajar beranggapan kerana

penulisan asal adalah dalam Bahasa Inggeris mereka tidak perlu memberi

penghargaan. Lebih-lebih dengan perisian terjemahan yang canggih (seperti Google

translate) sesetengah pelajar telah mengambil artikel dalam Bahasa Inggeris dan

terjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dan menyerahkannya sebagai hasil karya

mereka. Ini dianggap sebagai plagiarisme

Page 7: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

7

Di kebanyakan universiti, plagiarisme merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan

hukuman seperti diberikan gred gagal pada kerja kursus yang diambil atau dibuang universiti.

Jika pensyarah atau tutor membaca dengan teliti esei atau tugasan pelajar, di akan dapat

mengesan sama ada pelajar memplagait seperti berikut:

Kekerapan memilih sumber asli yang sama oleh beberapa orang pelajar yang

mengakhibatkan tulisan yang hampir sama di kalangan beberapa pelajar.

Mengesan sama ada pelajar menggunakan "suara" sendiri atau pun tidak".

Pelajar mungkin memilih sumber yang tidak sesuai, terkeluar daripada tajuk, ataupun

mengandungi maklumat salah.

Sesetengah tutor atau pensyarah mungkin menggunakan perisian untuk mengesan

plagiarisme, terutama bahan yang diperolehi atas talian.

Melakukan plagiat adalah sesuatu yang sangat mudah dengan adanya internet. Memplagiat

tidak memerlukan seseorang itu untuk mengeluarkan sebarang kos yang tinggi dan mereka

juga tidak perlu memerah otak untuk menghasilkan sebuah karya yang asli dan bermutu.

Masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah karya juga adalah singkat dan cepat.

Dengan memplagiat seseorang itu dapat menghasilkan karya atau artikel tanpa membuat

sebarang penyelidikan, pengumpulan data atau bersusah payah melakukan ujikaji di dalam

makmal. Apakah yang mendorong pelajar memplagiat? Berikut ini ialah beberapa faktor

mengapa pelajar melakukan plagiat.

Kesuntukan Masa

Ini merupakan suatu alasan yang kerap didengar mengap a

seseorang itu sanggup melakukan plagiat. Walaupun pada asalnya,

masa yang diberikan sememangnya mencukupi, namun bagi

mereka yang suka membuat tugasan pada saat-saat akhir pastinya

cenderung untuk melakukan plagiat. Terdapat juga tidak bijak

merancang masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Apabila

tugasan di lakukan di saat-saat akhir, berkemungkinan besar hasil

kerja diplagiat.

9.4 MENGAPAKAH PELAJAR MEMPLAGIAT?

a) Bincangkan secara ringkas beberapa cara plagiarisme yang lazim dilakukan pelajar universiti.

b) Bagaimana tutor atau pensyarah dapat mengesan plagiarisme?

Page 8: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

8

Tiada Idea dalam Menyiapkan Tugasan

Ada juga yang menghadapi situasi kekeringan idea ketika menyia pkan sesuatu tugasan. Jalan mudah mula diambil dengan meniru

hasil kerja orang lain yang boleh didapati di internet. Karya di

internet ini ada kalanya diubahsuai sedikit dari segi susunan ayat

agak tidak begitu ketara menyamai karya asal. Ada juga yang

mengambil „bulat-bulat‟ dari karya asal dan ada juga yang

bertindak lebih bijak dengan menggabungkan beberapa karya untuk menghasilkan satu karya

plagiat.

Tiada Kemahiran dalam Melakukan Penyelidikan

Terdapat juga kesalahan plagiat di mana pelajar mengambil hasil penyelidikan orang lain.

Hasil penyelidikan ini termasuklah data pengkaji-pengkaji lain, hasil prosedur makmal,

konsep dan penemuan daripada ujian-ujian yang telah dilakukan. Ada juga yang menyalin

semula lukisan, graf dan jadual penyelidikan orang lain untuk dijadikan penemuan dalam

karya sendiri. Mereka tidak mempunyai kemahiran dalam melakukan penyelidikan. Mereka

juga tidak tahu bagaimana merancang strategi untuk memperoleh dan menganalisis

maklumat. Jalan mudah ialah dengan mencedok hasil kajian orang lain.

Sikap

Kebanyakan mereka yang melakukan plagiat adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai

sifat-sifat tertentu:

Terdiri daripada mereka yang malas

Sudah biasa di beri segala-galanya (spoon-feed) sejak di sekolah lagi. Sifat ini

kemudiannya terbawa-bawa ke universiti.

Tiada rasa tanggungjawab terhadap hasil kerja yang dihasilkan dan merasakan tiada

siapa yang akan tahu jika hasil kerja mereka itu telah ditiru daripada hasil karya orang

lain. Bagi mereka, tidak salah jika mempliagat kerja orang lain.

Desakan

Ada juga mereka yang melakukan plagiat akibat

tertekan untuk menghasilan kerja yang paling baik.

Tekanan ini timbul kerana tugasan yang diberikan

itu sangat penting – mungkin tugasan pada tahun

akhir pengajian, desakan ibu bapa untuk melihat

anaknya menjadi seorang yang cemerlang dan atas

keinginan sendiri untuk memberikan yang terbaik

dalam tugasan tersebut.

Keyakinan Diri Mungkin pelajar memplagiat kerana kurang keyakinan diri dan takut dibandingkan dengan

hasil kerja orang lain. Mereka memplagiat untuk memastikan hasil karya mereka sampai

yang tahap yang meyakinkan.

Kurang Pendedahan Tentang Plagiarisme Terdapat segelintir masyarakat yang tidak faham sejauh mana aktiviti meniru itu boleh

dikategorikan sebagai plagiat. Ada yang menyangka plagiat itu hanyalah satu aktiviti di mana

Page 9: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

9

kata demi kata ditiru dan kemudiannya hasilnya diperakui sebagai hasil karya sendiri. Namun

tidak ramai yang sedar bahawa secara langsung plagiat itu juga terjadi apabila penulis itu

menyalin ayat-ayat penting sahaja tanpa sebarang perubahan atau mencantumkan beberapa

karya lain menjadi satu karya baru.

[Sumber: Masalah Plagiat dalam Dunia Perniagaan & Internet. http://www.usahawan.com]

Untuk mengelak daripada memplagiat “MEMBERI PENGHARGAAN” DAN “MEMBUAT

RUJUKAN”. Sesetengah pelajar berpendapat bahawa sekiranya esei yang tulis atau tugasan

yang dibuat mempunyai banyak „rujukan‟ tulisan itu tidak mencermin idea-idea penulis tetapi

adalah idea-idea orang lain. Ini adalah andaian yang tidak tepat. Anda hendaklah pandai

memilih sumber-sumber sesuai dan menggabungkannya dengan idea-idea anda untuk

menghasilkan sesuatu esei atau tugasan yang baik.

Dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang sains sosial yang lain, format American

Psychological Association (APA) digunakan.

Mengapa gunakan format APA?

Membolehkan pembaca merujuk kepada sumber-sumber yang anda gunakan dengan

mudah

Memberikan format atau gaya yang konsisten dalam sesuatu tulisan

Memberikan anda kredibiliti sebagai seorang penulis

Melindungi anda daripada plagiarisme

9.5 MEMBERI PENGHARGAAN DAN MEMBUAT RUJUKAN

a) Mengapakah pelajar memplagiat?

b) Berikan sebab-sebab lain.

Memberi Penghargaan

Memberi Penghargaan

Page 10: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

10

PETIKAN (CITATION)

a) Petikan Tidak Langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, ringkasan

atau kesimpulan daripada tulisan dengan gaya penulis sendiri. Berikut ialah contoh

menyatakan sumber dalam petikan tidak langsung:

Sternberg (1988) mengemukakan satu teori kecerdasan yang dipanggil „teori

kecerdasan triakik yang terdiri daripada tiga komponen.

b) Petikan Langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan

dan diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang kala

diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, membentang

sesuatu hujah atau memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik

(“ “) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat

(satu langkau) ataupun dikecilkan saiz huruf seperti contoh yang berikut:

Cara 1:

Menurut Flavell (1987), “metakognisi adalah proses kawalan atau eksekutif peringkt

tinggi yang digunakan dalam perancangan, pengesanan dan penilaian” (h: 34).

Cara 2:

Sepertimana disarankan oleh Hildard (1981),

The capacity to create useful or beautiful products and to find

ways of resolving perplexity is not limited to the highly gifted

person, but is the birthright of every person of average talent

(h:62)

Huruf Condong (Italics)

Oleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah,

pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong

diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan.

Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama

Melayu, Arab, Cina dan Barat.

SENARAI RUJUKAN yang diberikan dihujung esei, tugasan atau laporan

Pengarang Tunggal (Buku)

Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni.

Bangi: Penerbit UKM.

Pengarang Bersama (Buku)

Newell, A dan Simon, H. 1988. Human problem solving. New Jersey: Engelwood

Cliffs

Page 11: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

11

Organisasi/ Institusi

Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia

1991. Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara.

Majalah dan Surat Khabar

Gamal Nasir Mohd. Ali. 1994. Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia, 23 Mac.

Bahagian Buku

Nor Aini Hj Idris. 1997. Tenaga buruh wanita. Dlm. Pembangunan sumber manusia

di Malaysia, disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar

Adnan. Bangi: Penerbit UKM.

Edisi

Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. Edisi Kedua.

Bangi: Penerbit UKM.

Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku:

Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. Dlm. Kesatuan dalam

kepelbagaian penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah Abdullah,

Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM.

Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium

Ishak Shari. 1996. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Kertas kerja dibentangkan di

Seminar Kemiskinan Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 12-13

Julai, Kuala Lumpur.

Disertasi atau Tesis

Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. Disertasi

Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,

Selangor D. E.

Program Komputer

Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8 (SPSS Lev. M 8.1). SPSS,

Chicago. Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation, Cambridge, Mass.

Jurnal

Fatimah Abdullah. 1995. Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar.

Jurnal Antropologi dan Sosiologi 22: 55-71.

Page 12: Bab 9 - Memplagiat dan membuat Rujukan

Bab 9: Memplagiat dan Membuat Rujukan

12

Daripada Internet

Angeli, E., Wagner, J., Lawrick, E., Moore, K., Anderson, M., Soderlund, L., &

Brizee, A. (2010, May 5). Diperolehi daripada

http://owl.english.purdue.edu/owl/resource/560/01/

SENARAI SEMAKAN

Sebelum menyerahkan sesuatu esei, tugasan atau laporan semak setiap perkara yang berikut

untuk memastikan hasil kerja anda itu lengkap.

o Halaman teks draf akhir dinomborkan berurutan bermula dengan halaman

judul.

o Rajah-rajah dan jadual dinomborkan mengikut susunan petikan teks.

o Catatan pinggir hendaklah dibuat pada rajah atau jadual itu disebut dan

ditempatkan.

o Tuliskan nombor rajah dan nama pengarang pada rajah yang disampaikan

dengan menggunakan pensil di belakang rajah.

o Setiap rajah asal mestilah disampaikan dengan satu salinan fotokopi.

o Setiap sumber rujukan yang dipetik dalam teks, jadual dan peta hendaklah

disenaraikan di dalam Senarai Rujukan.

o Sumber rujukan yang disenaraikan dalam senarai rujukan hendaklah dipetik

sekurang kurangnya sekali dalam teks, jadual atau peta.

o Semua rujukan dalam senarai rujukan pada draf akhir mestilah disahkan

dengan sumber makalah.

o Draf akhir hendaklah disemak dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali, kali

pertama disemak dengan draf yang terdahulu.

Barnbaum, C. Plagiarism: A Student‟s Guide to Recognizing It and Avoiding It.

Valdosta State University.

http://www.valdosta.edu/~cbarnbau/personal/teaching_MISC/plagiarism.htm

(Diperolehi pada 28 Mar 2012).

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi

Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999