bab 5-6 sj
DESCRIPTION
sejarah!!TRANSCRIPT
BAB 5 – KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT ‘SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH’ (SBUB)
Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi.
5.1 SBUB Bertapak Di Sabah Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana
potensi ekonomi. Antaranya kuasa Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan
Sepanyol. Syarikat-syarikat asing mula bertapak di Sabah.
Amerika Syarikat Tahun 1865 Sultan Brunei beri konsesi tanah di Sabah
kepada wakil Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses. Tempoh sewaan selama 10 tahun. Moses menjual konsesi kepada The American Trading
Company diketuai oleh J.W. Torrey dan T. B. Harris. Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis. Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck.
Britain Von Overbeck menghadapi masalah kewangan. Tahun 1877 Overbeck meminjam wang daripada syarikat
Alfred Dent dan Edward Dent. Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu
Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah kekuasaan British.
Tahun 1877 Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’mein perbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent melalui perjanjian.
Sultan Brunei serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku.
1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Kesultanan Sulu).
Sultan Sulu serahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku.
Tahun 1880 Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent.
Dent tubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
Saham syarikat dijual kepada rakyat British bagi menambah modal perniagaan.
Persatuan berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan.
November 1881 kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
Tahun 1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB SBUB berkuasa mentadbir Sabah. Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock. Pengarah urusannya ialah Alfred Dent. Brtish dapat memperluaskan pengaruh dan menghalang
kuasa Barat lain bertapak di Sabah. Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan
Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British.
British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar Sabah.
Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan kerajaan British.
SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan British.
SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan.
SBUB hendaklah mentadbir Sabah dengan adil dan saksama.
SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British.
5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah Pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher. Gabenor dilantik oleh pengarah syarikat dengan
persetujuan kerajaan British. Gabenor dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan tahun
1883. Ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua
Pasukan Keselamatan. Pusat pentadbirannya di Sandakan. SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan
pentadbiran.
Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan Melicinkan Pentadbiran Sabah
(i.) Menubuhkan Jabatan Kerajaan Dalam Pentadbiran- Antaranya Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis,
Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah dan Ukur.- Mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar
Orang kaya-Kaya – O.K.K. ) dan Ketua Kampung.
(ii.) Membahagikan Sabah Kepada Beberapa Residensi / Daerah / Kampunga) Peringkat Residensi Pada peringkat awal Sabah dibahagi kepada dua residensi
iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur. Tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai
Barat, Residensi Sandakan, Residensi Tawau dan Residensi Pedalaman.
Setiap residensi diketuai seorang Residen.
b) Peringkat Daerah Setiap residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah
yang diketuai oleh Pegawai Daerah (berbangsa Eropah). Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah
Dewhurst, Daerah Keppel, Daerah Martin, Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe, Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone.
Tahun 1915 jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan disandang oleh penduduk tempatan.
Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya – O.K.K.) tugasnya membantu Pegawai daerah dalam pentadbiran.
Diberi surat kuasa yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat tempatan.
c) Peringkat Kampung SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua. SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam
pentadbiran kerana mereka memahami adat dan budaya masyarakat tempatan.
SBUB tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah kewangan.
(iii.) Melaksanakan Undang-Undang Barat dan Tempatan Tujuan untuk menjaga keamanan negeri. Tahun 1900 diwujudkan Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Anak Negeri di Jesselton.
a.) Mahkamah Majistret- Dihakimi Pegawai Daerah.- Mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik dan
rompakan.
b.) Mahkamah Anak Negeri- Hakim dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif
dalam bidang agama Islam dan adat.- Mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undang-undang
Islam dan adat.
Organisasi Pentadbiran SBUB Lembaga Pengarah di London. Gabenor di Sabah yang dinasihati oleh Majlis Penasihat. Setiausaha Kerajaan yang bertanggungjawab kepada :- Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan,
Jabatan Tanah dan Ukur).- Residen yang merupakan ketua pentadbir di peringkat
residensi.- Pegawai Daerah merupakan ketua pentadbir di peringkat
daerah.
- Tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan pegawai buruh.
Ketua Anak Negeri pula tugasnya menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip cukai dan memajukan pertanian.
Ketua Kampung pula tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung.
5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah Matlamat SBUB menguasai Sabah adalah untuk membolot
kekayaan ekonomi Sabah SBUB mengeksploitasi kekayaan Sabah seperti hasil-hasil
tradisional, hasil pertanian dagangan, pembalakan dan perlombongan.
(i.) Hasil-Hasil Tradisional Sabah SBUB memaksa penduduk tempatan menambah hasil
keluaran tradisional. Hasil jualan penduduk dikenakan cukai seperti cukai tanah,
cukai kepala, lesen perahu dan senjata. Tujuan cukai untuk mengatasi masalah kewangan SBUB. Antara hasil-hasil utama: a) Sarang burung Eksport tradisional SBUB yang menguntungkan. 1926 nilai eksport sebanyak 125 000 dolar. Kawasan utama ialah di Gua Gomantong, Gua Kuamut dan
gua Magdalene.
b.) Pokok lanut Dikenali sebagai abaka, manila hemp atau musa textiles. Hidup meliar di kawasan pamah dan lembah. Gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali
kapal. Di eksport ke Eropah.
c.) Rotan
Di eksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat.
d.) Pokok sagu / rumbia Merupakan tanaman tradisional Sabah. Hidup subur di kawasan berpaya di muara sungai. Harga sagu sangat mahal di pasaran dunia. SBUB menggalakkan rakyat Sabah mengusahakannya
secara komersial. Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah. 1888 nilai eksport sagu Sabah sebanyak 93 433 dolar.
e.) Hasil laut Seperti mutiara, trepang dan sirip ikan yu. Diusahakan oleh masyarakat Bajau. Dieksport ke China.
(ii) Hasil Pertanian Dagangan SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan
tembakau. Sabah mempunyai tanah luas dan subur.
a.) Tembakau Tanaman dagangan yang penting. Tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia. Daun tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut. Mendapat pasaran tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat. SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang
tembakau bertujuan menggalakkan tanaman tembakau. Tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah. 1902 hasil eksport tembakau Sabah bernilai lebih 2 juta
dolar. Kawasan utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk
Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.
b.) Getah Ladang-ladang getah dibuka di Beauford, Jesselton dan
Tenom. Berkembang akibat pembinaan landasan kereta api.
SBUB memberi 4% dividen kepada pengusaha getah bertujuan menggalakkan penanamannya.
SBUB juga memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada pengusaha getah.
Buruh ladang getah dibawa masuk dari China dan Jawa. Getah menjadi hasil eksport utama SBUB.
(iii) Pembalakan SBUB menguasai hasil balak Sabah. Kaya dengan sumber balak seperti seraya, ramin, kapur,
belian dan meranti. Kawasan pembalakan utama di Sandakan, Lahad Datu dan
Tawau. Tahun 1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan SBUB
dibina. Buruh dibawa masuk dari Filipina dan Indonesia. Hasil kayu balak dieksport ke China, Singapura, Britain dan
Australia melalui pelabuhan Sandakan.
(iv) Perlombongan SBUB giatkan perlombongan Sabah seperti emas, arang
batu dan mangan.
a.)Emas Tahun 1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai Segama.
b.)Arang batu Dilombong di Silimpopon dan Labuan. Silimpopon mempunyai longgokan arang batu terbesar Asia
Tenggara. Diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.
c.)Mangan Diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo
Exploration. Dieksport ke Britain.
5.4 Perubahan Sosial SBUB Di Sabah
SBUB membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api jalan raya, sekolah, hospital dan telegraf.
Tujuannya untuk kepentingan dan keuntungan SBUB.
i.) Landasan kereta api 1896 landasan kereta api pertama dari Weston ke Beauford
sepanjang 32 km. 1904 dibina landasan dari Jesselton yang dikenali sebagai
North Borneo Railway. 1905 landasan disambung dari Beauford ke Jesselton dan
dari Tenom ke Malalap. Tujuannya untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil
keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan.
(ii)Jalan raya SBUB menumpukan pembinaan jalan raya di bandar-bandar
besar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau.
Tujuannya untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan bandar dan pelabuhan.
1930-an perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu.
(iii)Pengangkutan air 1890 Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan
perkhidmatan. Tujuannya untuk mengangkut penumpang dan barangan.
(iv)Pendidikan SBUB kurang memberi perhatian. SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah
kerana kekurangan wang. SBUB anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan. Kebanyakan sekolah dibina oleh mubaligh Kristian bagi
tujuan menyebarkan agama Kristian. Antara sekolah yang wujud ialah Sekolah Inggeris, Sekolah
Melayu dan Sekolah Cina.
a.) Sekolah Inggeris 1883 sekolah Inggeris pertama iaitu Institut Byron dibina di
Sandakan oleh mubaligh Roman Katolik . Tahun 1887 Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan. 1909 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan
sekolah-sekolah di Sabah. Tahun 1939 terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan
pelajar seramai 3700 orang.
b.) Sekolah Latihan Dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915. Merupakan sekolah latihan bagi anak-anak Ketua Anak
Negeri. Dibina bertujuan untuk melatih anak-anak menjadi pegawai
pentadbiran peringkat rendah. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu. Dari segi kurikulum pelajar diajar tentang membaca,
menulis dan mengira. Jawatan yang dikhaskan bagi lulusan sekolah ini ialah
renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri.
c.) Sekolah Melayu dan Bumiputera Tahun 1921 sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud. 1930 terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung
400 orang pelajar. 1924 ditubuhkan Sekolah Bumiputera Keningau di
Keningau.
d.) Sekolah Cina Dibina sendiri oleh masyarakat Cina. 1940 terdapat 11 000 pelajar berdaftar di sekolah Melayu,
sekolah mubaligh dan sekolah Cina.
(v)Pembinaan Hospital dan Pusat Kesihatan SBUB bina hospital di bandar-bandar besar seperti
Jesselton, Sandakan, Beauford dan kudat. 1924 Hospital Besar Tawau di bina.
1940 terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik di Sabah. Di kawasan luar bandar disediakan pusat-pusat kesihatan. Kelemahan – bilangan doktor tidak mencukupi. Perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh
rakyat Sabah.
(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru Akibat daripada kemajuan dalam bidang ekonomi dan
social. Bandar-bandar berkembang pesat sebagai pusat
pentadbiran dan perdagangan. Antaranya Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad
Datu.
a) Sandakan Diasaskan William Pryer tahun 1879. Menamakannya sebagai Elopura bermaksud bandar yang
cantik. Berkembang maju sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan
antarabangsa dan pusat pembalakan.
b) Tawau Sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai Timur Sabah. Eksport utamanya getah, abaka, mutiara dan kayu balak.
c) Kudat Tahun 1881 SBUB menjadikannya sebagai pusat
pentadbiran yang pertama. Pedagang menetap dan membina kedai di Kudat. Gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana
keadaan geografinya tidak sesuai untuk pertanian. Tahun 1884 SBUB memindahkan pusat pentadbirannya ke
Sandakan.
d) Jesselton Diasaskan tahun 1900 oleh Charles Jessel. Nama asalnya Jessel Town sempena nama pengasasnya. Kemudiannya disingkatkan kepada Jesselton.
Juga dikenali dengan nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka.
Jesselton maju kerana pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman getah dan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan penting.
1967 nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu.
Perubahan Sosial dan Kemajuan Lain Pejabat pos 1883 SBUB mengeluarkan setem pertama Sabah. Tahun 1883 juga akhbar pertama di Sabah diterbitkan iaitu
The North Borneo Herald. 1890-an kontinjen polis tempatan ditubuhkan. 1900 SBUB telah menubuhkan ‘Skuad Terbang’ untuk
menjamin keselamatan dan dianggotai pegawai polis tempatan.
1903 loji air di Kota Kinabalu dibina untuk membekalkan air bersih.
Tahun 1905 menara jam Jesselton dibina dan kekal hingga sekarang di Sabah.
BAB 6 – BRITISH MENGEKSPLOITASI EKONOMI (TANAH MELAYU, SARAWAK DAN SABAH)
6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan - Peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional
seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas.- Diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik.- British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang
asing untuk mengusahakan pertanian dagangan.- Penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat.
a) Lada hitam dan gambir - Untuk tujuan eksport.
- Diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.- Kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor
melalui Sistem Kangcu.- Di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari
Singapura.- Tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga
awal kurun ke-20.- Gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan
mencelup sutera.
b) Buah pala dan cengkih - Banyak ditanam di Pulau Pinang.- Tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih
tinggi.- Dieksport ke Eropah dan China.- Cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat.- 1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil.
c) Tebu - Ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak.- Permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia.- 1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran
gula utama di negeri-Negeri Selat.- Tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula
terbesar di Tanah Melayu.- Gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir
50 tahun.
d) Ubi kayu - Meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu.- Banyak ditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
e) Nanas - Industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan
Johor.- Sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan
pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia.
6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi - Kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang penting
kerana harganya tidak stabil di pasaran dunia.- British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa
sawit, tembakau dan teh.
a) Kopi - Diusahakan besar-besaran di Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Johor- Harga kopi meningkat di pasaran dunia
b) Kelapa sawit - Berasal dari Afrika.- Diperkenalkan di Kuala Selangor.- 1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport.- Ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor.- Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit.
c) Tembakau - Ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang.
d) Teh - Diusahakan di Cameron Highlands, Pahang.- Teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan
dikenali sebagai ‘Teh Ceylon’.
6.3 Perkembangan Perusahaan Getah - Akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia.- Getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk
memulihkan ekonomi.- Kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu.
(i) Sejarah Asal-Usul Getah- Berasal dari Brazil.- Getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis.
- Tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham.- Kemudian disemai di Kew Garden, England.- Sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara
naungan British terutamanya Sri Lanka.- 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura
dan ditanam di Botanical Garden.- Dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke
Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak.- Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang
bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di Tanah Melayu.
(ii)Perkembangan Getah- Awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di
pasaran dunia.- Permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan
membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat.- Ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor,
Perak, Negeri Sembilan dan Johor.- 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah
pengeluaran getah dunia.- Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia.- Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di
Tanah Melayu seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons and Crosfield dan United Plantation.- Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun
kecil.
Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getaha) Permintaan Getah Meningkat - Diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di
Amerika Syarikat dan Eropah.- Diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar
kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik.
b) Kejatuhan Harga Kopi
- Harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak.- Peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah.
c) Tenaga Buruh Mencukupi - Buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran untuk
bekerja di ladang-ladang getah.
d) Usaha H.N.Ridley - Memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem
‘ibedem’ atau sistem tulang ikan herring.- Kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu getah.
e) Pelaburan Modal - Banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan
getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby dan Guthrie.
f) Cukai Rendah - British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang
rendah.- Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru
dibuka.
Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah- Tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi
dunia.- Harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan
getah.
Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah- Diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian
Peraturan Getah Antarabangsa.
a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922- Tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan
meningkatkan harga getah.
- Disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka.- Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini
sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getah.- Tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila
gagal mencapai matlamat.
b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934- Tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan
menstabilkan harga.- Disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka,
India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand.- Setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran
mengikut kuota yang ditetapkan.- Berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran
dunia sebelum Perang Dunia II.
Pengeluaran Getah Tiruan- Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas
Perang Dunia II.- Menjadi pesaing kepada getah asli.- Dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat
Perang DuniaII.- Getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan
dapat menandingi getah tiruan.
6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan- British memajukan kegiatan perlombongan- Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu,
bauksit, bijih besi dan ilmanita) Emas - 1890-an dilombong secara komersial di raub, Pahang.- Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah
Melayu.- Diusahakan oleh syarikat dari Australia.
b) Arang batu - Dilombong di Batu Arang, Selangor.- Digunakan sebagai bahan api.
c) Bauksit - Sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium.- Dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk
Emas di Melaka.
d) Bijih besi - Dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang.- Lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor.
e) ilmanit - Galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan
perlombongan bijih timah- Dihasilkan di batang Padanf, Perak.
Perkembangan Perlombongan Bijih Timah- Bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu.- British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih
timah.- Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong
timah.- Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu
peringkat sebelum dan selepas campur tangan British.
a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah Melayu- Kegiatan melombong adalah bercorak tradisional.- Diusahakan oleh orang Melayu.- Menggunakan cara mendulang dan melampan.- Tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di
lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang.- Orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih
timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu.
b) Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu
- Perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina.- Banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur
dan di Lembah Kinta, Perak.- Orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam
kelikir dan palung.- Akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan
melombong bijih timah.
Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah- Akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang
utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%.- Perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi
Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden.
a) Revolusi Perindustrian di Eropah - Permintaan bijih timah semakin meningkat.- Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin
makanan.
b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden - Diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-
20.- Menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih
banyak bijih timah.- Tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh
Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak.- Pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah
Melayu.- 1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah
sebanyak 68%.
Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi- 1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan
ekonomi dunia.- 1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai langkah memulihkan semula harga bijih timah.
- Negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia.- Semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran
bijih timah.- Hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan.- Tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah.- Kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah.
6.5 Pengeluaran Hasil Hutan
- Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus, getah perca dan getah jelutung.- Diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu.- Semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan
ekonomi bercorak komersial.- British menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk
dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah.- Tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan.- Tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan
dengan lebih sistematik.
a) Damar - Diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan.- Damar digunakan untuk menutup renggangan pada papan
perahu.- Dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk
menggilap permukaan papan atau rotan.
b) Getah perca - Diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam
hutan.- Digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf dan
bahan penebat kabel telegraf dasar laut.- Untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi
mengeluarkan susunya.- Kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk
menjadi bebola atau jongkong.
c) Getah jelutung - Kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah
dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu.- Tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan
tabung buluh.- Ia biasanya dieksport.
d) Rotan - Dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak
dieksport ke China.- Kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat,
tangkai payung dan perabot.
e) Pembalakan - Banyak dieksport ke China dan Britain.- Antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti
dan keruing.- Digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan
perahu.- 1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk
mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu.
Kegiatan Dwiekonomi- Diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah
Melayu.- Ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi
tradisional.
a) Ekonomi Dagangan - British lebih mengutamakan ekonomi dagangan seperti
kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan.- Dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah
Melayu.- Dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi
moden dan disokong kemudahan asas yang baik seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur.- Lebih berorientasikan eksport.
- Dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah.- Tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan
getah.- Melibatkan tenaga buruh yang ramai.- Melibatkan pelaburan modal yang besar.- Teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan
dalam kegiatan perlombongan bijih timah.
b) Ekonomi Tradisional - Kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh British.- Diusahakan oleh orang Melayu di luar Bandar.- Bercorak sara diri.- Tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap
ikan.- Menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk
membajak sawah padi.- Melibatkan modal kecil.
Kesan Kegiatan Dwiekonomi- Berlaku perkembangan tidak seimbang.- Mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar
dengan masyarakat luar Bandar.
6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan
- Kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan.- Perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh
luar, kemajuan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-bandar baru.
i) Penggunaan Buruh Luar - British menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India.- Tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan
ladang getah.
- British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu.
a) Orang Cina - Dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak,
Selangor dan negeri Sembilan.- Berasal dari China Selatan.- Kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak.- Ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian
dan bekerja di sektor pertanian dan menjadi pekerja mahir di Bandar.
Sistem Kontrak- Orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui
majikan.- Tambang perjalanan dibayar oleh majikan.- Majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat
tinggal.- Mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga
hutang tambang selesai.- Selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan
majikan lain.
b) Orang India - Dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah.- Berasal dari selatan India.- Dibawa masuk melalui Sistem Kangani.- Ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api,
jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan.
Sistem Kangani- Kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang
getah.- Kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk
mencari tenaga buruh.- Kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-
buruh sehingga selamat tiba di ladang majikan.- Kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang
dapat dibawa masuk.
- Buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani.- Buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga
segala hutang tambang selesai.
Kesan Kemasukan Buruh- Mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi
seperti - Orang Cina - tinggal di kawasan lombong dan di
Bandar,bekerja sebagai pelombong dan peniaga.- Orang India – tinggal dan bekerja di ladang getah.- Orang Melayu – tinggal di kawasan luar bandar (desa).- Menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan
nelayan.-Masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada
arus perkembangan ekonomi.- Dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum.- Mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri
daripada pelbagai keturunan yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza.
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
- British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas.- Tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah
dan getah ke pelabuhan untuk dieksport.- Pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya.- Perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan
telefon.
a) Perkembangan Landasan Kereta api - Perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu
akhir kurun ke-19.- Terdapat tiga fasa perkembangan:i) Frasa Pertama (1885-1896)- Dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah.- Landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan
kawasan lombong dengan pelabuhan.
- Tujuan memudahkan bijih timah dieksport.- Antara landasan kereta api yang dibina ialah dari Taiping
ke Port Weld ( Kuala Sepetang.- Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang).- Seremban ke Port Dickson.- Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan).- Tahun 1886 landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke
Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat.
ii.) Frasa Kedua (1897-1909)- Tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat
ini iaitu;- Untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan
apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.- Untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah
dan getah yang semakin berkembang pesat.- Untuk memudahkan pentadbiran British.- Tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
ditubuhkan- Ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu – KTM tahun
1948.- Hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad –
KTMB.
ii.) Fasa Ketiga (1910-1931)- Landasan kereta api dibina selepas British berjaya
memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.- Tujuannya adalah untuk:- Menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu
yang tiada landasan kereta api).- Sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah
Melayu.- Memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British.
Perkembangan Jalan raya- Peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan
kawasan lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api.- Jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur
dengan Ipoh dan Seremban.- Awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat
meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas.- Jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan
dengan kenderaan bermotor.- Banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan
kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-bandar kecil.- Tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang
menghubungkan seluruh Tanah Melayu.- Tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai
kepentingan ekonomi dan memudahkan pentadbiran British.
Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara- Kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan
perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang
Kapal Wap- Tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di
Singapura.- Tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada
pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu.- Kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera
dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah.- Contoh: kapal wap The SS Perak memberikan
perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang.
Kapal Terbang- Tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam
diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service iaitu hak milik Wearne bersaudara.- Syarikat ini beribu pejabat di Singapura.- Memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura,
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.- Kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat
Wearne adalah dari jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides.
Kemajuan Sistem Perhubungan- Antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf,
telefon dan radio.- Tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu
dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas.- Mla diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat
pentadbiran, pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan.- Tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping,
Perak.- Kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi
Taiping melalui Telegraf.- Tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau
Pinang.
Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain
a) Perkhidmatan Kesihatan - Masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan
penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru.- Persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor
menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria mudah merebak.- Penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada
perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India.
- Bitish mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan- Tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan
Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang- Pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan penduduk di luar Bandar.- 1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan
kebersihan Bandar.- 1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala
Lumpur.- Tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari
punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri.
b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi - Pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem
pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan.- Terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun
1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat Saman.- Ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana
Menteri Kedah yang pertama).- Terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke
Gurun, Kedah- Ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan
tradisional seperti cangkul.- Untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada
jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus.- Berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan
sistem pengairan di Tanah Melayu.- Thun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk
memajukan tanaman padi.- Banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan
penduduk- Kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai
Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor.
c) Bekalan Tenaga Elektrik - Tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan
ekonomi.- Awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur.- 1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk
menampung keperluan tenaga elektrik.- Empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-
Electric Power Company Limited.- Tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa
elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta
Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru- Pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka
di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah.- Ptempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat
pentadbiran dan perniagaan.- Perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama
munculnya bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban.
a) Ipoh - Terletak di Lembah Kinta.- Dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu.- Nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu
sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu.- Tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong
Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot.- Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk.- Tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi
menggantikan Taiping.
b) Taiping - Terletak di daerah Larut.- Nama asalnya Kelian Pauh.
- Tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah.- Selepas Perang Larut tamat British menyusun semula
pentadbiran di Larut.- Nama ‘Taiping’ bermaksud ‘kedamaian yang abadi’ .- Berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan
ibu negeri Perak.
c) Kuala Lumpur - Pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah
Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah.- Ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana
kawasan itu berlumpur.- Tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk
menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur.- Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuah
perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat perdagangan yang maju.- Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab
membangunkan Kuala Lumpur.- 1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor
menggantikan Klang.- British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar
yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan.- 1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu.- 1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan
menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.- Kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan
Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.- Pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia
yang pesat membangun.
Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum
- Sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan.- British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil
berkembang mengikut cara masing-masing.- Sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan Bandar.
a) Sekolah Vernakular Melayu - Didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-
anak petani dan nelayan.- Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira
serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan.- Pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah
enam.- Sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu
Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar, Pekan, Pahang.- Sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai,
Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain.- British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak
Melayu.- Pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai
petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.- Sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak
Melayu menyambung pelajaran.- Lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis
dan menjawat jawatan rendah di jabatan ketajaan.- Lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran
ke maktab-maktab perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu.- Antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang
Dunia II ialah:- 1900 Maktab Perguruan Melaka.
- 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak – MPSI.
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti – UPSI)- 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
b) Sekolah Vernakular Cina - Diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di
kawasan Bandar.- Peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat
bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka.- Pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan
selama enam tahun.- Ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga
ke peringkat menengah.- Menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari
negara China.- Guru-guru juga dibawa dari China.- Tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada
sekolah Cina.- 1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan.- Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British
untuk mengawal sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu.- Menurut enakmen ini:
(i) Semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan.(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan british.
c) Sekolah Vernakular Tamil - Diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan
masyarakat India.- Kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah.- Sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India.- Ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di
sekolah tersebut.- Memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan
kebanyakannya hingga ke darjah empat.
- Tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya.- Keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil
bertambah.- Terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti
Sekolah thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur.- Masyarakat India yang kaya akan menghantar anak-anak
mereka ke sekolah Inggeris yang lebih sempurna.
d) Sekolah Vernakular Inggeris - Mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free
School (1816) dan Malacca Free School (1826).- Sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri
Melayu dan tertumpu di kawasan bandar.- Pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh
kristian.- Menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah
dan terbuka kepada semua kaum.- Sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan di England.- Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran
dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran.- Lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang
baik dalam perkhidmatan kerajaan.- 1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria Institution
ditubuhkan oleh mubaligh Kristian di Kuala Lumpur.- 1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan.- Tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke
peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu.- Anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untuk
berkhidmat dengan kerajaan Inggeris.- Kesannya – lahir kumpulan pemimpin Melayu yang
berpendidikan Inggeris.- British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi
kepada orang Melayu.
- 1930-an bilangan anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%), dan India (27%).