bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

15
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. Bab 2 Masalah Kemasyarakan dan budaya Berdasarkan kepada kajian literature dan maklumbalas respondent penghuni rumah pangsa kos rendah didapati beberapa masalah utama berkaitan masalah kemasyarakatan dan budaya. Antara masalah yang dihadapi ialah apabila melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, masalah sosial, keselamatan, kesihatan dan budaya. 2.0 Masalah dalam melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan Masyarakat melayu khususnya selalu melakukan aktiviti seperti majlis membaca yasin, marhaban dan kenduri doa selamat. Aktiviti-aktiviti seperti ini juga merangkumi aktiviti gotong royong menyiapkan juadah makanan. Dalam masyarakat malayu biasanya aktiviti seperti ini diadakan dirumah tuan rumah. Aktiviti seperti ini telah menjadi masalah kepada penghuni rumah pangsa kos rendah kerana menghadapi masalah kekurangan ruang. Rata rata rumah pangsa kos rendah bersaiz kurang 600 kaki persegi mempunyai ruang tamu dan dapur yang amad terhad. Menurut kajian Tajuddin Mohammad Rasdi 1 , beliau menyatakan bahawa aktiviti gotong royong menyediakan juadah dan persediaan untuk memasak kenduri di rumah melayu tradisional dilakukan dengan duduk 1 Housing Crisis – Back to Humanistic Agenda, 2007 6

Upload: nizam-hajizan

Post on 11-Apr-2017

457 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

Bab 2

Masalah Kemasyarakan dan budaya

Berdasarkan kepada kajian literature dan maklumbalas respondent penghuni

rumah pangsa kos rendah didapati beberapa masalah utama berkaitan masalah

kemasyarakatan dan budaya. Antara masalah yang dihadapi ialah apabila melakukan

aktiviti-aktiviti keagamaan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, masalah sosial,

keselamatan, kesihatan dan budaya.

2.0 Masalah dalam melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan

Masyarakat melayu khususnya selalu melakukan aktiviti seperti majlis membaca

yasin, marhaban dan kenduri doa selamat. Aktiviti-aktiviti seperti ini juga merangkumi

aktiviti gotong royong menyiapkan juadah makanan. Dalam masyarakat malayu biasanya

aktiviti seperti ini diadakan dirumah tuan rumah. Aktiviti seperti ini telah menjadi

masalah kepada penghuni rumah pangsa kos rendah kerana menghadapi masalah

kekurangan ruang. Rata rata rumah pangsa kos rendah bersaiz kurang 600 kaki persegi

mempunyai ruang tamu dan dapur yang amad terhad. Menurut kajian Tajuddin

Mohammad Rasdi1, beliau menyatakan bahawa aktiviti gotong royong menyediakan

juadah dan persediaan untuk memasak kenduri di rumah melayu tradisional dilakukan

dengan duduk bersila di lantai dapur beramai-ramai. Kenyataan ini menyokong

rekabentuk rumah tradisional melayu yang mempunyai ruang dapur yang besar.

Natijah dari permasalahan ini, masyarakat di rumah pangsa kos rendah sudah

kurang melakukan aktiviti keagaamaan dirumah dan jika diadakan pun hanya dilakukan

dalam kumpulan-kumpulan yang kecil. Pilihan yang masih ada bagi mereka ialah

melakukan aktiviti tersebut di dewan orang ramai. Namun begitu, sambutan,

keberkatannya masih belum dapat menandingi jika dilakukan di rumah tuam ruamah.

Misalannya rumah pangsa kos rendah di TTDI Jaya Shah Alam, kawasan

kediaman mereka tidak disediakan dengan dewan orang ramai. Ruang yang ada bagi

mereka untuk melakukan aktiviti seperti ini adalah di tingkat bawah yang kosong dan di

istiharkan oleh pemaju sebagai ruang pelbagai guna. Rata-rata penghuni mengatakan

bahawa ruang ini tidak sesuai untuk aktiviti keagamaan kerana ianya kotor disebabkan

1 Housing Crisis – Back to Humanistic Agenda, 2007

6

Page 2: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

tiada berdinding yang mana membolehkan haiwan sepeti kucing dan anjing masuk ke

dalamnya. Tambahan pula ruang tersebut dipenuhi saliran paip kumbahan dan lebih

menjijikkan lagi ada diantaranya sudah mengalami kebocoran.

Rumah pangsa kos rendah yang tingginya lima tingkat, rata-rata tidak mempunyai

kemudahan lif. Keadaan ini menjadi masalah kepada penghuni yang sakit, orang kurang

upaya dan juga jika ada berlaku kematian. Bagi rumah kos rendah di Taman Pandamaran

Jaya, Pandamaran, Klang, rumah mereka dilengkapi dengan kemudahan lif

memandangkan rumah mereka setinggi 18 tingkat, tetapi masalahnya rekabentuk lif yang

disediakan tidak sesuai untuk digunakan oleh orang kurang upaya. Ketinggian butang lif

disediakan mengikut antropo orang normal dan tidak memunyai siar ‘handrail’.

Bagi penghuni yang mengalami kematian ahli keluarga pula, kerja-kerja

mengapan mayat, dan membawa mayat kerumah atau menurunkan mayat untuk ke tanah

perkuburan juga menjadi masalah. Ini kerana lif yang disediakan tidak muat untuk

keranda tambahan pula kelebaran tangga yang disediakan terlalu kecil. Walaupun ahli

keluarga mempunyai pilihan untuk menguruskan mayat di hospital ataupun

menggunakan ruang dewan serbaguna untuk istiadat ziarah, namun ia tetap telah

mengganggu ritual tradisional yang biasanya dilakukan oleh orang Melayu.

Baru-baru ini satu tindakan yang proaktif telah diambil oleh kerajaan Pulau

Pinang kepada penempatan baru mangsa tsunami. Mereka telah ditempatkan di rumah

kos rendah baru mereka berdasarkan profile diri mereka dimana orang tua dan orang

yang tidak mempunyai keupayaan diletakkan di tingkat satu rumah pangsa tersebut2 .

Berdasarkan langkah ini, sekurang-kurangnya masalah jangka pendek penghuni dapat

diatasi, tetapi jika diamati, untuk pelan jangka panjang, kerajaan perlu mengambil kira

bahawa semua penghuni akan menjadi tua dan semakin ramai penghuni yang akan

mendapat sakit. Jadi masalah yang sama akan berulang kembali.

2.1 Masalah Sosial

Dewasa ini banyak masalah sosial telah berlaku dan apabila kajian dilakukan, ada

diantaranya dikenalpasti berpunca daripada remaja-remaja yang tinggal di rumah pangsa

2 Utusan Malaysia, 11 Oktober 2007

7

Page 3: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

kos rendah. Menurut Uthaya Sankar dan Raman Visualingom3 dalam artikel Masalah

Sosial di Kalangan Belia Kaum India (Punca dan Penyelesaian),

‘Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala

yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah

yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua

buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja

kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja

kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu

pulang ke rumah selepas sekolah. Semua perangkaan dan statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial di kalangan belia dan remaja tidak hanya tertumpu pada kaum tertentu. (Minda, November 2003 & Kavya, Januari 2004)’

Berdasarkan kenyataan diatas, kajian mendapati anak anak Melayu yang juga

merupakan majoriti yang mendiami kawasan perumahan rumah pangsa kos rendah, ramai

menghabiskan masa diluar selepas habis waktu sekolah. Ini disebabkan keadaan rumah

yang tidak selesa kerana saiznya yang kecil, sempit dan lain lain lagi. Isu keselesaan ini

akan dibincangkan lagi selanjutnya selepas ini.

Menurutnya lagi punca keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam

jenayah, persekitaran dan media massa dan pengaruh rakan sebaya di sekolah dan budaya

gangsterrisme. Antara saranan untuk mengatasi masalah seperti ini adalah peranan

penting ibu bapa untuk mendidik remaja, pendekaran akedemik, pengutkuasaan system

perundangan, perkhidmatan kaunseling dan peranan penting PIBG sekolah.

Menurut Nurizan Yahya4 dalam kertas kerjanya menyatakan bahawa:

3 Uthaya Sankar SB merupakan pensyarah bebas dan Presiden Kavyan (Yayasan SasterawanKaum India Malaysia) manakala Raman Visualingom pula Timbalan Presiden Kavyan dan Ketua Inspektor Polis Kontigen Bukit Aman.

4 Kertas kerja bertahuk Rumah Kos Rendah Awam: Memenuhi Keperluan Asasi dan Cara Hidup Penghuni, 2002

8

Page 4: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

‘permintaan perumahan bertambah dengan kadar tinggi di bandar dan semakin

menurun di kawasan desa. Seiring itu ia telah melonjakkan paras harga rumah di

bandar ke paras yang tidak termampu oleh golongan berpendapatan rendah.

Kekurangan bekalan perumahan yang termampu untuk dibeli dan disewa oleh

golongan berpendapatan rendah ini menyebabkan pertumbuhan kawasan

setinggan, kawasan sesak dan perkepadatan kadar penghuni setiap rumah yang

tinggi. Situasi ini akhirnya menghasilkan pelbagai masalah sosial lain yang

disebabkan oleh keadaan perumahan yang tidak sempurna seperti ketidak

cukupan ruang untuk menjalankan fungsi asas kehidupan dan keluarga,

persekitaran fizikal dan sosial perumahan yang mendorong kepada masalah

salah laku remaja, ketidakmampuan ibu bapa di rumah pangsa dalam

mencermerlangkan pencapaian akademik anak, dan keridak kepuasan

perumahan. Pada masa yang sama ia menunjukkan kelompok ini tidak dapat

memenuhi keperluan perumahan sebagai memenuhi keperluan asasai mereka’.

Berdasarkan kajian ini, apabila penghuni rumah setinggan yang mendiami kawsan

yang sempit dan sesak dipindahkan ke rumah pangsa kos rendah, budaya dan mentaliti

kehidupan yang sama dibawa ke penempatan baru. Jadi tiada bezanya mentaliti lama dan

baru.

Dalam kertas kerja yang disediakan oleh Nurizan Yahya juga ada menyebutkan:

berdasarkan kajian yang dilakukan di Kuala Lumpur (1990, 2003) dan Johor Bahru

(2000) keatas penghuni rumah kos rendah awam jenis teres dan rumah kos rendah jalan

tangga yang bertingkat tinggi menunjukkan hubung kait antara ciri-ciri latar belakang

penghuni, kemampuan mengadaptasi, harapan untuk generasi kedua dan akan datang,

reka bentuk dan cabaran persekitaran yang penghuni hadapi.

Manakala menerusi kajian Nurizan dan Halimah (1993) menunjukkan responden

yang tinggal di rumah pangsa bertingkat tinggi mendapat tahap kepuasan perumahan

yang terendah berbanding dengan rumah pangsa jalan tangga dan rumah teres. Isi rumah

yang tinggal di rumah pangsa bertingkat tinggi juga mempersepsikan bahawa mereka

mempunyai lebih banyak masalah walaupun latar belakang ekonomi dan sosial mereka

hampir seragam. Disebabkan saiz rumah yang terhad, aktiviti isi rumah yang biasa

9

Page 5: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

dipraktikkan dalam keluarga tidak dapat dijalankan dengan selesa dan cara hidup yang

biasa diamalkan.

Kegagalan untuk menyediakan ruang minimum ini sebagai memenuhi keperluan

asasi sudah nampak impaknya kepada generasi kedua. Keadaan ini diperburukkan oleh

ketidakmampuan ibu bapa dalam membimbing anak dalam persekitaran bandar yang

mencabar dan cepat berubah. Kajian oleh Nurizan dan Norlela (1993) yang dijalankan di

kalangan remaja yang tinggal di rumah pangsa jalan tangga di Kuala Lumpur

menunjukkan saiz rumah yang sempit menyebabkan ruang belajar tidak dapat disediakan

di rumah menjadikan keadaan tidak selesa untuk mengulang kaji pelajaran. Selain ruang,

faktor lain seperti bunyi bising dari radio dan televisyen serta bunyi anak jiran yang riuh

bermain juga mengganggu ketenteraman mereka. Ekoran dari masalah ini, remaja

berkaitan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seterusnya

menunjukkan prestasi akademik yang lemah. Kajian mengenai prestasi akedemik ini juga

kajian disokong oleh kajian yang dijalankan di rumah kos rendah di Johor Bahru (2000)

oleh Kementerian Pendidikan, apabila hanya 11% daripada anak yang berumur 18 tahun

ke atas yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Kajian Nurizan (2003) di kalangan pelajar tingkatan empat yang tinggal di lima

lokasi rumah pangsa di Kuala Lumpur menunjukkan sebahagian besar daripada mereka

mendapat markah B dan C dalam subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Prestasi

untuk Bahasa Malaysia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan mata pelajaran tadi.

Ibu bapa merupakan pembimbing utama kepada anak-anak agar generasi seterusnya

mempunyai sikap dan pengetahuan yang baik. Kasih sayang mencukupi dan positif

terhadap pendidikan anak-anak amat perlu dititik beratkan dan diberikan perhatian utama.

Sebagai contoh, ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada aspek yang

dianggap kritikal seperti menyediakan jadual waktu belajar, menunjuk ajar pelajaran,

menghadiri aktiviti sekolah anak dan penglibatan bapa yang rendah dalam aktiviti

pembelajaran anak menyebabkan kerenggangan hubungan antara anak dan ibu bapa.

Berdasarkan kajian-kajian yang disebutkan diatas tadi juga boleh disipulkan bahawa

rumah yang sempit, tiada ruang yang sesuai untuk belajar dan amalan ibu bapa yang

kurang menyokong proses pembelajaran mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak

mereka. Pihak berkaitan seperti kemanterian pendidikan memberikan tumpuan dan

10

Page 6: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

pemerhatian yang serius dalam permasalahan ini kerana melalui pendidikanlah generasi

kedua ini akan dapat menigkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah dan

menigkatkan taraf hidup keluarga mereka.

Berdasarkan banyak kajian-kajian yang telah dilakukan terdahulu mengatakan

bahawa saiz isi rumah kos rendah yang terhad (560 kaki persegi) telah secara langsung

mempengaruhi tingkah laku penghuninya. Pada mulanya rumah pangsa kos rendah hanya

mempunyai dua bilik tidur. Keadaan ini memaksa anak lelaki remaja tidur di ruang tamu

kerana kesempitan ruang. Keadaan dua bilik tidur juga mempengaruhi dan menyumbang

kepada risiko berlakunya salahlaku sumbang mahram diantara ahli keluarga. Disebabkan

permasalaha ini, pihak kerajaan telah mewajibkan pembinaan rumah kos rendah mestilah

mempunyai 3 bilik tidur. Sedikit sebanyak langkah yang diambil oleh kerajaan ini

berjaya mengurangkan masalah yang disebutkan tadi.

Kajian yang dilakukan di rumah pangsa tinggi di Johor Bahru (Ahmad Hariza,

Laily, Bukryman, 2000) menunjukkan anak lelaki dan perempuan mempunyai aktiviti

berbeza yang dipengaruhi oleh saiz rumah mereka. Sebagai contoh anak lelaki dan

perempuan yang masih bersekolah banyak menghabiskan masa di beranda dan di padang

permainan diluar rumah kerana ketidakselesaan disebabkan oleh kesempitan ruang

didalam rumah. Menjelang sekolah menengah, lebih ramai anak lelaki berbanding anak

perempuan yang menghabiskan masa di kawasan rekreasi, sekolah dan pusat membeli

belah. Menurut kajiannya lagi, pola yang sama juga dapat dilihat dikalangan mereka yang

telah bekerja dimana diluar waktu kerja lebih banyak menghabiskan masa diluar rumah.

Keadaan ini menyebabkan ibubapa tidak mampu untuk mengawal aktiviti harian mereka

dan memberikan pengawasan yang sewajarnya.

Kawasan penempatan kos rendah juga mempunyai pelbagai elemen yang tersedia

untuk memberikan kesan negative seperti penagihan dadah, minum minuman keras dan

masalah kenakalan remaja. Masalah mat rempit mat rempit junior adalah rata-rata dari

remaja adalah bukti remaja yang tidak selesa tinggal dirumah. Manakala ibu bapa pula

sibuk bekerja atau bekerja ’part time’ sehingga lewat malam untuk menyara kehidupan di

Lembah Klang yang serba mencabar. Keadaan menyebabkan pengabaian tanggungjawab

dan masalah anak-anak yang kekurangan kasih-sayang.

11

Page 7: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

Berdasarkan hasil kajian kadar pencapaian akademik yang rendah, remaja

bermasaalah, kekurangan didikan dan kasih sayang, kajian Nurizan dan Siti Nurjariah

(1993) menunjukkan bahawa tiada perubahan ketara dari segi pekerjaan bapa dan anak-

anak iaitu generasi kedua yang tinggal di rumah pangsa dimana keduanya bekerja sebagai

pekerja kilang, jurujual dan pemandu. Hasil kajian ini menunjukkan tidak ada

peningkatan kualiti hidup ketara diantara generasi pertama dan generasi ke dua yang

tinggal di rumah pangsa kos rendah. Keadaan ini dipercayai akan berlaku lagi kepada

generasi seterusnya dan bangsa Melayu akan kerugian.

2.2 Masalah Keselamatan

Masalah keselamatan adalah antara isu yang paling banyak diperkatakan oleh

mana-mana masyarakat di Malaysia. Langkah paling banyak diambil ialah mengupah

syarikat-syarikat keselamatan bagi membekalkan pengawal-pengawal keselamatan untuk

mengawal kediaman mereka. Manakala langkah individu yang diambil pula adalah

seperti pemasangan jeriji besi di tingkap dan pintu. Ada juga bagi penghuni yang mampu,

mereka memasang kamera litar tertutup bagi mengawasi kediaman mereka. Apapun

langkah yang diambil, tujuan mereka hanyalah satu iaitu melindungi harta benda mereka

daripada dicerobohi.

Kajian Mohammed Abbas & Cik Ida Norjulianti Sugiarto (2004)5 bertajuk

menyatakan kebanyakan kes pecah rumah yang berlaku bukannya pada waktu malam,

tetapi pada waktu siang, hari biasa bukannya hari hujung minggu ataupun hari kelepasan

am. Kaedah pecah masuk penjenayah pula adalah melalui pintu belakang, melalui

tingkap nako (louvered window), dan bumbung. Sinisnya daripada kajian ini

menunjukkan hubungan kejiranan yang semakin renggang diantara para penghuni dimana

ada diantara mereka tidak mengenali jiran masing-masing. Jadi apabila istilah `engkau-

engkau, aku-aku’ diguna pakai, masalah seperti ini pasti akan berlaku. Tambahan pula

ada diantara mereka yang tidak pernah bergaul sesama sendiri seperti di surau atau dewan

serbaguna memburukkan lagi keadaan

Selain daripada itu masalah kecurian meter air juga biasa berlaku di rumah-rumah

pangsa lebih lebih lagi di rumah pangsa yang baru dan belum ramai penghuni yang

5 Kertas kerja bertajuk “Malaysia Housing – Crime Privention”

12

Page 8: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

mendudukinya. Masalah ini terjadi kerana meter air yang digunakan sekarang dibuat

daripada tembaga yang berharga dipasaran pada waktu ini. Pendekatan Syarikat Bekalan

Air Selangor (SYABAS) untuk menggunakan meter air yang diperbuat daripada plastik

merupakan pendekatan yang boleh dipuji. Pendekatan lain ialah jurutera perunding

mekanikal boleh terus meletakkan spesifikasi penggunaan meter air plastik didalam

rekabentuk mereka. Namun begitu, mangsa kecurian masih lagi di `ditindas’ kerana

dikehendaki membayar harga meter air yang tinggi kepada SYABAS sebelum

mendapatkan gantian meter air baru. Keadaan ini boleh dikatakan seperti ’sudah jatuh

ditimpa tangga’. Sepatutnya pihak SYABAS perlulah mengambil beberapa langkah

keselamatan dan tidak hanya meletakan semua permasalah kepada pengguna.

2.3 Kemudahan awam dan komitmen penduduk

Nurizan Yahya dari Fakulti Ekologi Manusia6, Universiti Putra Malaysia (2006)

menyatakan:

Penyediaan perumahan sebagai keperluan asasi tidak lengkap tanpa

kemudahan, perkhidmatan, kejiranan dan komuniti yang perlu saling menyokong

dan sebagai pelengkap kehidupan penghuni berkaitan. Ini termasuklah

kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan telefon; kemudahan

pendidikan seperti tadika, sekolah rendah dan menengah; pengangkutan seperti

pengangkutan awam dan persendirian, kemudahan membeli belah dan

keselamatan seperti balai polis dan bomba. Kemudahan ini dianggap kritikal

kerana golongan berpendapatan rendah menghadapi kekangan daripada segi

kewangan. Jika kebanyakan daripada kemudahan ini terdapat dalam kawasan

kediaman (dalam jarak berjalan kaki) dengan secara langsung dapat

menjimatkan kos dan memudahkan urusan seharian. Di samping keperluan

fizikal, pengguna atau komuniti penduduk juga memerlukan ikatan kejiranan dan

aktiviti sosial untuk menghasilkan suatu komuniti yang sihat, prihatin dan

muhibah terhadap hal ehwal komuniti mereka. Kajian lalu ada menunjukkan

komuniti penduduk yang aktif dalam mengadakan aktiviti kejiranan dan sosial di

antara ahli (Nurizan, Ahmad Hariza, Laily dan Bukryman, 2000). Pada masa

6 Rumah Kos Rendah Awam: Memenuhi Keperluan Asasi dan cara hidup penghuni

13

Page 9: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

yang sama masalah sosial dan jenayah terutama di kalangan remaja dalam

komuniti tersebut dapat ditangani dan dikurangkan. Kerjasama dalam komuniti

sangat penting terutama di kawasan yang berkepadatan tinggi seperti di rumah

pangsa kerana terdapat kecenderungan untuk menghadapi pelbagai masalah jika

perkara ini tidak diambil perhatian. Golongan berpendapatan rendah juga sering

memerlukan pertolongan dan sokongan jiran tetangga apabila menghadapi

kesulitan. Secara tidak langsung peranan jiran tetangga dan komuniti sangat

penting dalam penyokong kehidupan kelompok penduduk ini.dapat merapatkan

hubungan ahli dalam komuniti dan memupuk kerjasama

Antara aktiviti yang lazim dilakukan dengan sokongan jiran tetangga dan

komuniti adalah seperti kenduri kendara, pengendalian jenazah dan sambutan hari

perayaan. Kemudahan yang disediakan dalam komuniti adalah penting untuk

menampung kekurangan ruang di rumah. Hasih daripada temubual dengan penduduk

rumah pangsa kos rendah di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor menunjukkan mereka

berusaha secara gotong royong menyediakan ruang /bilik belajar untuk kegunaan anak-

anak mereka belajar. Padang permainan untuk kanak-kanak dan rekreasi untuk remaja

pula sering diabaikan dan dibina secara ala kadar sekadar untuk mengikut apa yang

dikehendaki oleh kerajaan. Misalannya penghuni di Flat TTDI Jaya dibekalkan dengan

padang permainan yang terletak ditengah-tengah kelompok blok kediaman mereka dan

tanpa di sediakan teduhan seperti pokok, menyebabkan kanak-kanak ditempat tersebut

hanya boleh bermain ketika waktu petang atau malam. Keadaan ini juga menyebabkan

kemudahan padang permainan tadi cepat rosak disebabkan oleh cuaca panas.

Disebabkan oleh penggunaan yang intensif oleh kedua kelompok kanak-kanak

dan remaja. kawasan padang permainan dan rekreasi perlu diselia dengan baik oleh

majlis perbandaran, komuniti penduduk dan ibu bapa atau penjaga. Ia sentiasa

memerlukan pengawasan oleh orang dewasa dan urusan baik pulih yang cekap agar usia

kemudahan ini tahan lama. Dari kajian dan perbualan lisan dengan penghuni beberapa

komuniti rumah pangsa kos rendah juga menunjukkan kemudahan-kemudahan awam

akan mempunyai hayat yang lebih panjang jika berada di komuniti penduduk yang

14

Page 10: Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

komited bekerjasama dan mempunyai perasaan kepunyaan kepada kemudahan-

kemudahan tersebut.

Lazimnya rasa kepunyaan adalah lebih rendah di kalangan penyewa dibandingkan

dengan pemilik rumah dengan anggapan mereka tidak akan lama untuk tinggal di

kawasan tersebut. Sikap ini juga mempengaruhi tahap penglibatan dan komitmen mereka

terhadap kediaman dan persekitaran mereka. Bagi pemilik rumah, kawasan kediaman

mereka itu dianggap sebagai kampung halaman, kawasan untuk membina kehidupan dan

tempat meraka membesarkan anak-anak serta rumah untuk hari tua. Oleh itu komitmen

dan keterikatan mereka terhadap aktiviti dan kebajikan kawasan tersebut adalah lebih

tinggi.

15