bab 2 konsep asas hubungan etnik

23
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK 2.1 Konsep Masyarakat 2.2 Konsep Budaya 2.3 Konsep Perpaduan & Integrasi BAB 2

Upload: farid-hasan

Post on 05-Jul-2015

673 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

KONSEP-KONSEP

ASAS

HUBUNGAN ETNIK

2.1 Konsep Masyarakat

2.2 Konsep Budaya

2.3 Konsep Perpaduan & Integrasi

BAB

2

2.1 KONSEP MASYARAKAT

Masyarakat

Etnik

Etnisiti

Etnosentrisme

Ras

Rasisme

Prejudis

Stereotaip

Diskriminasi

Masyarakat

Kumpulan manusia yang hidup bersama di

sesuatu tempat dengan aturan dan cara

tertentu.

Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan

kecil merupakan anggota sesebuah

masyarakat.

Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut,

khususnya melalui hubungan bersemuka.

Etnik

Sekelompok manusia yang mengamalkanbudaya yang hampir seragam, termasuk adatresam, pakaian, bahasa dan kegiatanekonomi.

Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budayaseperti adat resam, pakaian, pandangankecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan.

Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagidianggap etnik.

Etnisiti

Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu

kumpulan etnik tertentu.

Wujud satu kebudayaan atau sub budaya

yang menyatukan anggotanya dengan satu

tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme

Merujuk kepada kepercayaan atau rasa

bangga yang wujud dalam kalangan anggota

sesebuah kelompok etnik bahawa budaya

mereka adalah lebih baik daripada kelompok

lain.

Ras

Kelompok sosial yang mempunyai tanda

pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri

fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit,

warna mata dan sebagainya.

Rasisme

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan

negatif sesuatu kelompok sosial atau para

anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain

berdasarkan ras semata-mata.

Ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan

terbuka.

Berkait rapat dengan konsep prejudis,

stereotaip dan diskriminasi.

Prejudis

Pandangan negatif mengenali ahli atau

kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati

seseorang atau kelompok etnik tertentu.

Prejudis tidak diluahkan secara terbuka.

Stereotaip

Kenyataan umum yang negatif terhadap

sesuatu etnik.

Contoh : Orang Belanda itu bersifat kedekut.

Diskriminasi

Pandangan, pemikiran dan kepercayaan

negatif seseorang atau kelompok etnik

terhadap anggota lain.

Merupakan perbuatan membanding bezakan

seseorang individu atau sesuatu kelompok

etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-

mata.

2.2 KONSEP BUDAYA

Budaya Kebendaan

Budaya Bukan Kebendaan

Ciri Budaya

Budaya

Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan

tertentu meliputi sistem

sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan,

adat resam, sikap dan nilai.

Budaya Kebendaan – seperti

rumah, kereta, perahu, senjata dan

sebagainya.

Budaya Bukan Kebendaan –

kepercayaan, adat istiadat dan undang-

undang.

Ciri-ciri budaya

Dipelajari

Dikongsi

Bersifat sejagat

Diwarisi

Berubah-ubah

Mempunyai unsur simbolik

2.3 KONSEP PERPADUAN &

INTEGRASI

Perpaduan

Integrasi

Segregasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi

Pluraliti

Perpaduan

Satu proses yang menyatupadukan seluruh

masyarakat dan negara supaya setiap

anggota masyarakat dapat membentuk satu

identiti dan nilai bersama serta perasaan

cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi

Satu proses bagi mewujudkan satu identiti

nasional dalam kalangan kumpulan terpisah

dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi

dalam sesebuah unit politik.

Unsur integrasi terdiri daripada integrasi

wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendi

dikan dan politik.

Segregasi

Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Contoh : Dasar Apartied di Afrika Selatan (1948-1994)

Akomodasi

Proses yang menyebabkan setiap kumpulan

etnik menyedari serta menghormati norma

dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap

mempertahankan budaya hidup masing-

masing.

Formula : A+B+C = A+B+C

Pelbagai kumpulan etnik hidup harmonis dan

menghormati antara satu sama lain.

Contoh : Negara Malaysia & Switzerland

Akulturasi

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan

dalam kalangan individu atau kelompok dari

sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

Terjadi apabila satu kelompok manusia

dengan suatu kebudayaan tertentu

dihadapkan dengan unsur dari suatu

kebudayaan asing yang berbeza sehingga

unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima

dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi

Satu proses percantuman dan penyatuan antara

kumpulan etnik berlainan budaya sehingga

membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan

identiti yang sama.

Formula : A+B+C = A

Kejayaan asimilasi bergantung kepada

kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti

mereka dan menerima identiti kumpulan etnik

majoriti.

Contoh : Masyarakat Jawa, Cina Kelantan dan Baba

dan Nyonya (Malaysia) & orang Melayu di Thailand.

Amalgamasi

Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur aduk untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama melalui perkahwinan campur.

Formula : A+B+C = D

Contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu dan budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

Pluraliti

Satu proses perpaduan yang membenarkan

setiap kelompok yang terlibat mengekalkan

budaya masing-masing di samping

membentuk perpaduan.

Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab

Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah

(Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad

ke-5 Masihi lagi.