bab 2 hubungan etnik

24
1 BAB 2 MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SEJARAH

Upload: cyrilraincream

Post on 02-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SADN1043

TRANSCRIPT

  • *BAB 2

    MASYARAKAT MALAYSIADALAM SEJARAH

  • *KONSEP PLURALITI DEFINISI BAHASA Perkataan plural berasal dari perkataan Inggeris iaitu plurality. Akar kata asalnya ialah plural. Ia membawa maksud lebih dari satu, jumlah besar dan majoriti. Perkataan ini dipinjam secara langsung oleh bahasa Melayu menjadi plural.

  • *KONSEP PLURALITI DEFINISI BAHASA

    Sebelum ini istilah majmuk digunakan. Ia dipinjam terus dari perkataan Arab iaitu majmu. Asal akar katanya ialah jama yang membawa maksud mengumpulkan dan menghimpunkan. Ijma membawa maksud permuafakatan dan persatuan @ perkumpulan dan perhimpunan. Majmu membawa maksud yang dihimpunkan dan yang dikumpulkan.

  • *KONSEP PLURALITI DEFINISI BAHASA

    Majmuk dalam bahasa Melayu menurut Kamus Dewan didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat, mengikut peraturan dan cara hidup tertentu yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, ras atau etnik, negara, keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam.

  • *DEFINISI ISTILAH Istilah plural pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnival di dalam bukunya Colonial policy and practice: A comparative study of Burma and Netherland India.

    Kajian itu dilakukan ke atas masyarakat plural di Burma dan Indonesia. Ia digunakan untuk menghuraikan tentang masyarakat yang mempunyai ciri-ciri perpecahan dan konflik antara kumpulan etnik di bawah satu sistem pemerintahan atau politik. Dalam lain perkataan, plural membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai agama, budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya yang tersendiri, berbeza di antara satu sama lain.

  • *PERSPEKTIF POLITIKTerdapat dua kumpulan berdasarkan pandangan dari sudut politik iaitu:

    (i) Pendapat pakar sosiologi dahulu atau lama yang bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural terdiri daripada kelompok yang wujud pembahagian kuasa politik. Mereka disatukan berasaskan kepada ketaatan dan kesetiaan yang mencorakkan nilai bersama (cross-cutting). Contohnya ialah di Amerika Syarikat,sebagai sebuah negara demokrasi yang stabil yang dicorakkan oleh kerajaan.

  • *PERSPEKTIF POLITIK

    (ii) Pendapat pakar sosiologi terkemudian atau baharu yang bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural adalah masyarakat yang terbentuk berasaskan kepada hubungan etnik dan ras yang berlainan di bawah satu sistem pemerintahan.

  • *PERPEKTIF PEMERINTAHAN Dari sudut golongan pemerintah juga terbahagi kepada dua kumpulan pendapat iaitu:

    (i) Golongan pemerintah adalah dari kaum majoriti ataugolongan terbesar.

    (ii) Golongan pemerintah adalah terdiri dari etnik minoriti.

  • *PERSPEKTIF SOSIAL DAN BUDAYA Dari sudut sosial dan budaya juga terdapat dua pendapat yang berbeza:

    (i) Plural dari segi sosial. Di mana masyarakat plural lahirhasil dari perbezaan struktur sosial dari kalangan pelbagaietnik atau sosial, bukan berasaskan budaya.

    (ii) Plural dari segi budaya. Di mana kelahiran masyarakatplural itu berlaku atas dasar perbezaan budaya antarapelbagai etnik, bukan perbezaan struktur sosial.

  • *CIRI Dari sudut ciri masyarakat plural pula terdapat juga dua pendapat yang bertentangan:

    Mesti wujud konflik

    (ii) Tidak mesti wujud konflik.

  • *TINGKATMasyarakat plural mempunyai tingkat-tingkatnya yang tersendiri. Ada masyarakat plural yang lebih tinggi kedudukannya dari masyarakat plural yang lain. Contohnya di Afrika Selatan yang terdiri daripada empat etnik utama iaitu etnik berkulit putih, etnik berkulit hitam, etnik rendah dan lain-lain etnik. Di Amerika Syarikat terdiri dari dua kumpulan etnik utama iaitu etnik berkulit putih dan etnik berkulit hitam. Di Malaysia mempunyai tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, di samping 200 etnik kecil di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

  • *SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA Pribumi-Orang Asli Etnik Melayu Etnik CinaEtnik IndiaZaman Kesultanan Melayu Melaka

  • *MASYARAKAT PLURAL Kemunculan Masyarakat plural di Semenanjung Tanah Melayu hanya bermula selepas kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran, bermula apabila berlaku campur tangan Inggeris di Tanah Melayu untuk memajukan sektor ekonomi perlombongan bijih timah dan ladang getah mulai tahun 1848. Dalam tahun 1870-an penduduk Tanah Melayu hanya berjumlah 500,000 orang. Jumlah itu meningkat secara mendadak. Contohnya pada tahun 1921 berjumlah 3.3 juta orang.

  • *Ciri Masyarakat Plural Malaysia (a) Ekonomi

    Pemisahan etnik berlaku atas perbezaan bidang ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya pemisahan dari segi demografi. Etnik Cina di lombong bijih, etnik India di estet getah dan etnik Melayu di pedalaman dan menyebabkan interaksi dan sosialisasi antara tiga etnik utama ini adalah terhad dalam jual beli sahaja di pasar dan kedai.

  • *(b) Agama

    Aspek agama merupakan ciri masyarakat plural Malaysia yang terpenting.Jadual 1.1 ini menerangkan perangkaan l957.

    AgamaEtnikPeratusIslamMelayu53BuddhaCina/India17.3Confucious/TaoismeCina11HinduismIndia7KristianCina/India dll7

  • *

    Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di sepanjang tahun Hijriah seperti sambutan Awal Muharram, Maulidur Rasul, Nuzul al-Quran, Idil Fitri dan Idil Adha. Penganut Buddha mengutamakan perayaan hari Wesak. Penganut Konfusius dan Toisme memuja roh dato nenek, merayakan hari jadi dewa-dewa yang dipuja dan diraikan pada setiap tahun. Penganut Hinduisme merayakan hari Deepavali dan Thaipusam. Penganut Kristian merayakan hari Krismas dan Easter.

  • *(c) Pendidikan

    Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957, pendidikan Melayu bersifat tradisional yang berteraskan pengajian al-Quran dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Cina juga bersifat tradisional iaitu berasaskan pengetahuan klasik konfusius yang masih berorientasikan tanah besar Cina. Pendidikan India menggunakan bahasa Tamil sebagai pengantar di mana kebanyakan buku teks diimport dari India yang memberi pengetahuan mengenai kebudayaan, sejarah dan geografi benua kecil India.

  • *(d) Politik

    Demi kepentingan politik dan ekonomi, penjajah Inggeris menjalankan dasar divide and rule. Pemisahan etnik Melayu, Cina dan India disengajakan melalui faktor ekonomi dan demografi. Sebab itulah hanya etnik Melayu tetap menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Sedangkan etnik Cina pula kesetiaan mereka berkiblatkan tanah besar China. Etnik India pula berkiblatkan benua kecil India.

  • *(e) Kebudayaan

    Setiap etnik utama di negara ini mewarisi tamadun dan kebudayaan besar dunia. Etnik Melayu dengan warisan tamadun dan kebudayaan Melayu, etnik Cina mewarisi tamadun dan kebudayaan antara yang tertua di dunia dari tanah besar China dan etnik India mewarisi tamadun dan warisan terkenal dari benua kecil India.

  • *MASYARAKAT PLURAL BARU Masyarakat plural Malaysia berwajah baru selepas tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.

    Etnik SabahMereka boleh dibahagikan mengikut pembahagian pertempatan mereka seperti berikut:

  • *MASYARAKAT PLURAL BARU

    (a) Persisiran Penduduk peribumi di pesisiran pantai Sabah terdiri daripada keturunan seperti berikut:

    Orang Brunei ii) Orang Bajau

    (iii) Orang Suluk (iv) Orang Kadazan

  • *(b) Pendalaman

    Di kawasan pendalaman Sabah, penduduk utamanya ialah Orang Murut. Pusat pertempatan mereka ialah Tenom, Rundum dan Pesiangan. Tempat tinggal mereka ialah di dalam rumah panjang. Sumber ekonomi mereka bergantung kepada padi huma, memburu binatang dan mengutip hasil hutan. Dari segi agama mereka percaya kepada Aki Kopuno. Ia mempunyai kuasa penciptaan alam dan penyelesaian semua masalah. Terdapat etnik-etnik kecil yang lain mendiami Sabah seperti Orang Rungus, Orang Tambanuo, Orang Sungai, Orang Maragang, Orang Bisaya, Orang Idahan, Orang Tidong dan Orang Bamarau.

  • *Etnik Peribumi Sarawak

    Pada umumnya penduduk peribumi atau bumiputera Sarawak terbahagi kepada dua golongan:

    (a) Persisiran

    Pesisiran pantai Sarawak didiami oleh peribumi daripada etnik berikut:

    Orang Melayu (ii) Melanau

  • *Etnik Peribumi Sarawak

    (b) Pedalaman

    Di pedalaman Sarawak didiami oleh beberapa etnik peribumi seperti di bawah ini:

    Orang Iban(ii) Bidayuh

    (iii) Orang Kayan (iv) Orang Penan

    (v) Etnik-etnik lain iaitu Kenyah dan Kelabit.