bab 11 penyelenggaraan makmal dan bilik sains · pdf filemakmal dan bilik sains yang...
TRANSCRIPT
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 186
BAB 11
PENYELENGGARAAN MAKMAL DAN BILIK SAINS
Penyelenggaraan merupakan proses penyemakan dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas bangunan, perabot dan juga peralatan sains yang dilakukan secara berkala dan sistematik. Langkah ini penting untuk memastikan bangunan, perabot dan juga peralatan sains sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan (Rajah 11.1). Makmal dan bilik sains yang diselenggara dengan sistematik membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan.
Rajah 11.1: Pengurusan Penyelenggaraan Makmal dan Bilik Sains.
Ketua Bidang Sains dan Matematik serta Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan penyelenggaraan makmal dan bilik sains dilaksanakan oleh kakitangan makmal sains dan guru mengikut prosedur penyelenggaraan yang betul. Sebarang kerosakan yang dikenalpasti hendaklah dibaiki segera dan sekiranya tidak boleh dibaiki, langkah keselamatan hendaklah diambil sebelum laporan dibuat kepada pihak sekolah. Rujuk Lampiran 11.1. Penyelenggaraan makmal dan bilik sains adalah bangunan, perabot dan peralatan makmal seperti Rajah 11.2 di bawah.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
187 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Rajah 11.2: Aspek Penyelenggaraan Makmal dan Bilik Sains.
11.1 Penyelenggaraan Bangunan
Penyelenggaraan bangunan makmal dan bilik sains merangkumi sembilan aspek yang perlu diberikan penekanan iaitu dari segi keretakan dan kerosakan, ketahanan warna cat, pendawaian elektrik, pengudaraan, saluran paip gas, singki, paip dan longkang, masalah kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai dan bubuk, kebersihan dan juga keceriaan makmal.
11.1.1 Keretakan dan Kerosakan
a. Kenalpasti jenis keretakan dan kerosakan yang berlaku.
b. Jika terdapat keretakan dan kerosakan, kakitangan makmal hendaklah membuat laporan segera kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik.
c. Jika keretakan atau kerosakan adalah teruk, pastikan kawasan tersebut dipasang pita rentangan keselamatan.
d. Laporan segera hendaklah dibuat kepada Unit Pembangunan di PPD dan
JPN.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 188
11.1.2 Kelunturan Cat
a. Kenalpasti bahagian makmal dan bilik sains yang luntur catnya.
b. Jika cat luntur terlalu serius, permohonan baikpulih segera perlu dibuat supaya proses mengecat semula dapat dijalankan dengan mengisi borang kerosakan dan dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. Rujuk Lampiran 11.2.
c Peruntukan pembaikan cat boleh dipohon dari pihak sekolah di bawah peruntukan LPBT atau dari PPD.
d. Kerja mengecat tembok bahagian dalam serta luar makmal dan bilik sains perlu dilakukan secara tender.
11.1.3 Pendawaian Elektrik
a. Pastikan pelan kedudukan suis utama, kuasa dan lampu disediakan bagi setiap makmal.
b. Pastikan peralatan elektrik berfungsi. c. Suis, soket dan pendawaian hendaklah kerap diperiksa supaya tidak ada
sebarang kerosakan. d. Fius hendaklah diganti segera apabila rosak. e. Jika berlaku kerosakan sistem pendawaian elektrik, sila buat laporan
kepada pihak sekolah secara mengisi borang aduan. Rujuk Lampiran 11.2.
f. Dilarang membaiki sendiri kerosakan sistem elektrik yang berlaku untuk
mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini. 11.1.4 Pengudaraan Makmal dan Bilik Sains.
a. Pastikan cermin tingkap atau langsir berwarna hitam atau berwarna gelap.
b. Pastikan tingkap makmal dan bilik sains sentiasa terbuka untuk
pengudaraan dan pencahayaan yang sempurna. c. Jika berlaku kerosakan yang menjejaskan pengudaraan makmal, sila
laporkan segera kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. Rujuk Lampiran 11.2.
d. Pastikan tingkap makmal dan bilik sains sentiasa terbuka untuk
pengudaraan dan pencahayaan yang sempurna. e. Alat pengedar udara hendaklah sentiasa dipasang terutama di bilik
penyimpanan bahan kimia.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
189 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
11.1.5 Saluran Paip Gas
a. Bilik penyimpanan silinder gas perlu mempunyai pengudaraan yang baik dan hendaklah sentiasa dikunci untuk mengelakkan diceroboh oleh mana-mana pihak.
b. Sistem saluran gas hendaklah sentiasa diperiksa untuk mengenal pasti
atau mengelakkan kerosakan dan kebocoran gas. c. Jika disyaki berlaku kebocoran, injap utama hendaklah ditutup dengan
serta merta. b. Laporkan sebarang kerosakan ke pihak sekolah untuk tindakan
selanjutnya.
11.1.6 Singki, Paip dan Longkang
a. Pastikan singki sentiasa bersih. b. Pasangkan alat penapis yang bersesuaian pada singki untuk menapis
sisa pepejal supaya singki tidak tersumbat. c. Jangan membuang bahan pepejal (bahan kimia reaktif dan bahan kimia
tidak reaktif) dan cecair organik (bahan kimia organik dan bahan kimia tak organik) ke dalam singki.
d. Paip air hendaklah sentiasa diperiksa dari masa ke semasa dan jika
berlaku kebocoran dan kerosakan, hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan susulan.
e. Longkang di dalam makmal dan bilik sains hendaklah sentiasa bersih dan
tidak tersumbat. Sementara longkang di kaki lima bangunan yang tersumbat hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
f. Jika longkang tersumbat, hendaklah dibersihkan segera dengan
menggunakan pancutan air yang kuat untuk membersih bahan buangan yang terdapat di dalam longkang.
g. Sekiranya masih tersumbat, laporan segera perlulah dibuat kepada pihak
sekolah untuk diajukan kepada unit Pembangunan dan Perolehan PPD dan JPN beserta dengan laporan dan gambar bukti.
11.1.7 Kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai dan bubuk.
a. Sebagai langkah pencegahan, semburan racun anai-anai hendaklah
dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
b. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan ke atas lantai dan dinding makmal sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
c. Jika serangan anai-anai dan bubuk mulai dikesan semula, tindakan
pembersihan hendaklah dibuat segera diikuti dengan semburan baru racun anai-anai.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 190
d. Jika serangan anai-anai sangat kritikal, laporan mestilah dibuat kepada pihak sekolah yang kemudiaannya akan memohon kepada unit Pembangunan dan Perolehan PPD dan JPN beserta dengan laporan dan gambar bukti untuk proses rawatan.
11.1.8 Kebersihan Makmal dan Bilik Sains.
a. Pastikan tiada air yang bertakung di dalam makmal dan bilik sains bagi
mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk. b. Alatan radas yang rosak hendaklah diasing dan dikumpulkan dan
dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan. c. Langsir makmal dan bilik sains hendaklah dicuci sekurang-kurangnya
setahun sekali.
Rajah 11.3: Contoh keadaan kaki lima yang bersih.
Rajah 11.4: Contoh keadaan makmal yang bersih dan ceria.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
191 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
11.1.9 Keceriaan Makmal dan Bilik Sains.
a. Pastikan makmal dan kaki lima bangunan makmal diceriakan dengan lukisan „mural‟ ataupun „istilah-istilah saintifik‟.
b. Kaki lima bangunan makmal boleh dihiasi dengan beberapa jenis pokok bunga yang berwarna warni.
c. Langsir makmal yang telah pudar warnanya perlu ditukar baru dengan
memohon peruntukan daripada pentadbir sekolah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
11.2 Penyelenggaraan Perabot
Terdapat dua jenis perabot di dalam makmal iaitu:
a. Perabot asas - terdiri dari almari, bangku murid, meja murid, meja guru, papan kenyataan, papan tulis , rak bahan kimia, rak buku dan almari mikroskop.
b. Perabot tambahan - merupakan kebuk wasap yang terdapat di dalam makmal
kimia .
11.2.1 Perabot Asas
a. Pastikan semua perabot asas sentiasa berkeadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan.
b. Baiki segera jika berlaku sebarang kerosakan pada perabot asas. Jika
berlaku sebarang kerosakan yang yang tidak boleh dibaiki hendaklah dilapor segera kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
c. Jika tidak boleh dibaiki, tindakan pelupusan hendaklah dibuat.
Kakitangan makmal perlu melaporkan kepada Ketua Bidang untuk menyediakan surat pelupusan.
d. Perabut kayu dan besi yang luntur perlu dicat atau syelek semula
mengikut keperluan.
11.2.2 Perabot Tambahan-Kebuk Wasap
a. Pastikan dinding, permukaan meja dan juga pintu kebuk wasap sentiasa bersih, berkeadaan baik dan berfungsi.
b. Guru dan kakitangan makmal perlu memastikan kipas penyedut sentiasa
berada dalam keadaan baik dan dihidupkan setiap kali kebuk wasap digunakan.
c. Jangan menyimpan bahan-bahan kimia atau alat radas dalam kebuk
wasap. d. Jika berlaku kerosakan, laporan hendaklah dibuat kepada pihak sekolah
yang kemudiannya akan memohon peruntukan pembaikan dari Unit Pembangunan dan Perolehan PPD dan salinan kepada JPN beserta dengan laporan dan gambar bukti.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 192
11.3 Penyelenggaraan Peralatan
Peralatan makmal dan bilik sains perlu disimpan mengikut jenis dan saiz. Peralatan tidak digalakkan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. Alat yang mahal seperti ”Kipp’s Apparatus” hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak dengan jelas. Terdapat lima kategori peralatan di dalam makmal iaitu:
a. Alat kaca b. Instrumen c. Alat optik d. Alat elektrik e. Alat ICT
11.3.1 Alat Kaca
a. Pastikan semua peralatan baik dan berfungsi. b. Pastikan semua peralatan disimpan mengikut spesifikasi dan dengan
cara yang betul. c. Alat kaca yang kotor hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci yang
sesuai dengan merendam dalam campuran tersebut sekurang-kurangnya sehari dan kemudian dibasuh dengan air.
d. Alat kaca yang sumbing dan boleh digunakan lagi diperbaiki oleh
kakitangan makmal dengan cara digosokkan dengan kertas pasir. e. Bahagian kerosakan alat kaca borosilikat hendaklah dilicinkan semula
dengan pengilat halus yang diperbuat daripada karborandum. f. Alat yang pecah hendaklah direkodkan dan disimpan di tempat yang
berasingan. g. Alat yang rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi, hendaklah dibuat
pelupusan.
11.3.1.1 Jenis Alat Kaca
Jenis Alat Kaca Penyelenggaraan
Tiub dan Rod Kaca
a. Diletakkan mengufuk agar tidak melentur. b. Tiub kaca yang berlubang hendaklah ditutup
kedua-dua hujungnya bagi mengelakkan kemasukan habuk
Buret dan Pipet
a. Disimpan secara menegak di rak khas.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
193 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Jenis Alat Kaca Penyelenggaraan
b. Gunakan buret untuk asid dalam proses titratan dan bukannya alkali; yang akan melekat padanya. Jika alkali yang digunakan, buret atau pipet hendaklah dibasuh dengan asid nitrik cair dan diikuti dengan air sebaik sahaja amali selesai.
c. Bagi penyediaan, pegangkan buret atau pipet
pada kaki retot bagi tujuan keselamatan.
Botol Reagen
a. Botol reagen hendaklah dilabelkan dengan
betul mengikut nama bahan, formula dan kepekatan seperti di bawah (30 cm x 20 cm)
b. Botol reagen yang mengandungi bahan kimia pekat serta mengkakis hendaklah menggunakan label warna merah.
c. Label yang rosak walaupun masih boleh dibaca hendaklah diganti baru.
d. Jika label botol reagen tidak boleh dibaca lagi, kandungannya hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul.
Termometer
a. Disimpan di dalam kotak khas yang sesuai.
b. Jika tanda skala pada termometer hilang selepas suatu jangka masa tertentu, buatkan tanda skala yang baru dengan menggunakan dakwat dan dikeringkan di dalam ketuhar pada suhu 500C-700C selama sehari.
c. Jika bebenang merkuri termometer terputus,
panaskan bebuli dalam kukusan minyak sehingga bebenang merkuri bercantum
ASID HIDROKLORIK HCl 1.0 mol dm-3
02/09/09
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 194
Jenis Alat Kaca Penyelenggaraan
semula dan dibiarkan sejuk. d. Setelah penggunaan, termometer klinik
hendaklah dicuci dengan alkohol. e. Bagi termometer digital, baterinya hendaklah
dikeluarkan jika termometer tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.
Sisip Kaca
a. Disimpan dalam kotak khas supaya tidak
terguris. b. Jika banyak, simpan dalam kabinet yang
mengandungi gel silika. c. Jika berspesimen, hendaklah dilabelkan dan
disusun mengikut kategori tertentu dengan menggunakan satu sistem indeks.
d. Sisip kaca yang kosong perlu dibersihkan
dengan alkohol dan disimpan dalam kotak.
11.3.2 Instrumen
a. Pastikan semua instrumen baik dan berfungsi. b. Semua instrumen hendaklah disimpan mengikut spesifikasi dan dengan cara
yang betul. c. Instrumen yang rosak hendaklah dibaiki dan sekiranya tidak boleh dibaiki lagi,
hendaklah dibuat proses pelupusan dan dibuat pembelian yang baru. 11.3.2.1 Jenis Instrumen
Jenis Instrumen Penyelenggaraan
Galvanometer
Ammeter
a. Ketatkan terminal yang longgar. b. Terminal galvanometer/ammeter/voltmeter
mestilah dibersihkan supaya tidak berkarat untuk menghasilkan sentuhan yang baik dengan wayar penyambung.
c. Pastikan pelaras sifarnya berfungsi untuk
bacaan yang tepat. d. Penggunaannya mestilah dikawal dengan satu
suis tekan dan perintang pengawal yang bersesuaian kerana wayar gelungnya mudah terputus.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
195 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Jenis Instrumen Penyelenggaraan
Voltmeter
e. Jauhi galvanometer/ammeter/volmeter daripada
magnet. f. Pastikan ammeter dan voltmeter jenis arus terus
hanya digunakan untuk litar arus terus sahaja.
1) Jam Randik
• 30 saat • 60 saat
2) Jam Randik Digital
a. Tombol disembur dengan minyak pelincir atau
anti karat. b. Lap dengan kain atau tisu berminyak. c. Disimpan di dalam kotaknya setelah digunakan. d. Pastikan permukaannya tidak bercalar supaya
tidak menjejaskan bacaan masa. e. Sapukan minyak pelincir atau anti karat pada
tombol untuk memastikan ianya tidak berkarat. f. Bagi jam randik digital, baterinya hendaklah
dikeluarkan jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.
Angkup Vernier
a. Sembur dengan minyak pelincir atau anti karat. b. Disimpan di dalam desikator untuk
mengelakkan daripada berkarat. c. Bagi angkup vernier yang berkarat, gosokkan
dengan cermat angkup tersebut dengan kertas pasir halus dan digris.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 196
Jenis Instrumen Penyelenggaraan
Tolok Skru Mikrometer
a. Disembur minyak pelincir atau anti karat dan
disimpan dalam kotaknya. b. Bidal digunakan untuk tujuan pelarasan kasar. c. Racet pula digunakan untuk tujuan pelarasan
halus.
Neraca Tiga Alur
a. Bersih dengan bulu ayam atau lap dengan kain
kering. b. Disimpan dalam stor atau dalam bilik persediaan
jauh daripada bahan kimia yang mengkakis. c. Tidak digunakan sebagai tempat meletak
barang-barang. d. Sapukan minyak pelincir atau anti karat tiga
bulan sekali pada alang aluminium, pivot dan tombol pada neraca untuk mengelakkan berlakunya pengoksidaan.
e. Jika rosak pulangkan semula ke pembekal untuk
dibaikpulih.
Neraca Elektronik
a. Bersih dengan kain kering jika berhabuk. b. Disimpan dalam stor atau dalam bilik persediaan
jauh daripada bahan kimia yang mengkakis. c. Tidak digunakan sebagai tempat meletak
barang-barang. d. Neraca elektronik hendaklah disimpan di tempat
yang khas (kotak kaca) untuk mengelak habuk dan tidak digalak dipindahkan kerana ia terlalu sensitif dan mudah rosak akibat gegaran.
e. Jangan menimbang melebihi had timbangan
supaya tidak rosak. f. Jika peralatan yang diterima rosak, pulangkan
semula ke pembekal untuk dibaikpulih
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
197 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Jenis Instrumen Penyelenggaraan
Neraca Spring
a. Simpan dalam almari. b. Sembur dengan bahan anti karat pada spring
bagi mengelakkan karat. c. Jangan menimbang melebihi had timbangan
supaya tidak rosak.
Picagari
a. Hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum
digunakan agar habuk yang terkumpul tidak menyebabkan bahagian dalam batang kaca terguris.
b. Simpan jarum picagari yang telah digunakan di
tempat yang berkunci.
Troli
a. Simpan dalam kabinet tertutup berlabel atau
kota berlabel. b. Pin pelepas dipastikan berfungsi. c. Bahagian perlu digris manakala bahagian
cerucuk dipastikan boleh dilepaskan dan dimasukkan dengan baik.
Landasan
a. Simpan di belakang makmal atau di lokasi
sesuai secara mendatar. b. Skru penghadang tepi landasan diketatkan
sebelum digunakan.
Jangka masa detik
a. Simpan dalam kotak atau almari bertutup yang
berlabel. b. Spring pengetar disembur dengan pelincir atau
anti karat.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 198
Jenis Instrumen Penyelenggaraan
Pita Detik
a. Simpan dalam almari bertutup dan berlabel. b. Pastikan pita detik sentiasa berada dalam
keadaan bergulung dengan baik.
Stroboskop Tangan
a. Disimpan dalam almari bertutup dan berlabel. b. Bahagian skru disapu dengan minyak pelincir.
Set Neraca Inersia
a. Disimpan dalam kotak bertutup dan berlabel. b. Bilah keluli dan pemberat disembur dengan
minyak pelincir atau anti karat supaya tidak berkarat.
Bilah Gergaji Keluli
a. Disimpan dalam kotak dan dilabel. b. Sapu dengan minyak supaya tidak berkarat.
Pemberat
(slotted weight)
a. Disimpan dalam kotak berlabel mengikut set
atau berat.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
199 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
11.3.3 Alat Optik
a. Pastikan semua alat optik berfungsi dengan baik. b. Semua peralatan hendaklah disimpan mengikut spesifikasi dan dengan
cara yang betul. c. Peralatan yang rosak hendaklah diperbaiki dan sekiranya tidak boleh
diperbaiki lagi, hendaklah dibuat proses pelupusan.
11.3.3.1 Jenis Alat Optik
Jenis Alat Optik Penyelenggaraan
Mikroskop
a. Disimpan dalam kotak khas dan kering dan
diletakkan di dalam sebuah almari khas yang dindingnya berlubang kecil untuk pengudaraan dan dipasangkan dengan lampu karbon untuk mengelakkan pembiakan kulat.
b. Juga boleh disimpan dengan cara membalut
mikroskop dengan menggunakan beg plastik yang diisi dengan gel silika.
c. Selepas digunakan, pastikan mikroskop itu
berada dalam kuasa yang rendah supaya kanta objek tidak menyentuh pentas.
d. Bagi mikroskop yang jarang digunakan, kanta
objek dan kanta mata hendaklah ditanggalkan dari mikroskop dan disimpan dalam desikator sementara lubang pada mikroskop hendaklah ditutup.
e. Hendaklah diselenggara setahun sekali.
Penyimpanan Mikroskop
Kanta dan Prisma
a. Kanta dan prisma perlu dibungkus dan
disimpan di dalam bekas khas yang sesuai. b. Dibersihkan selalu dengan menggunakan
kertas pembersih kanta.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 200
Jenis Alat Optik Penyelenggaraan
Teleskop
a. Disimpan dalam kotak kering yang
disediakan untuk mengelakkan kantanya berkulat.
b. Kantanya perlu ditanggalkan dan disimpan
dalam desikator.
11.3.4 Alat Elektrik
a. Pastikan semua alat elektrik bersih, berkeadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan untuk memastikan tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku.
b. Semua alat elektrik hendaklah disimpan di tempat yang kering dan jauh
dari bahan kimia. c. Pastikan sambungan wayar penyambung pada alat dan palam hendaklah
sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk mengelakkan litar pintas berlaku.
11.3.4.1 Jenis Alat Elektrik
Jenis Alat Elektrik Penyelenggaraan
Akumulator
a. Pastikan ketumpatan spesifik asid adalah
sekurang-kurangnya S.G. 1.25 dengan menggunakan hidrometer bateri untuk mengelakkan akumulator kehilangan cas serta tidak dapat dicaskan lagi.
b. Sapukan terminal akumulator dengan gris. c. Pastikan air suling sentiasa ditambah untuk
memastikan aras elektrolitnya berada pada aras maksimum
d. Caskan semula sekiranya ketumpatannya
kurang daripada S.G. 1.25.
Bekalan Kuasa
a. Pastikan bekalan kuasa sentiasa berfungsi. b. Jika bekalan kuasa tidak berfungsi, fius
hendaklah diperiksa dan diganti dengan fius yang baru ia rosak.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
201 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Jenis Alat Elektrik Penyelenggaraan
c. Servis hendaklah dibuat sekiranya bekalan
kuasa masih tidak berfungsi. d. Tombol terminal bekalan kuasa hendaklah
sentiasa bersih dan tidak berkarat.
Alat Penyulingan
a. Simpan di tempat yang jauh dari bahan
kimia. b. Pastikan air dialirkan sebelum suisnya
dipasang dan suisnya dimatikan dahulu sebelum pili air ditutup.
c. Pastikan suis dan pili air ditutup apabila
tamat waktu persekolahan pada setiap hari untuk mengelakkan kerosakan pada alat apabila tiada bekalan air.
OHP
a. Pastikan berfungsi dan disimpan dalam
keadaan bertutup dan selamat. b. Penggunaannya hendaklah direkodkan di
dalam buku rekod penggunaan. c. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan
dengan segera kepada staf sokongan makmal untuk dibaik pulih.
d. Elakkan penggunaan yang berterusan tanpa
henti (tidak melebihi 30 minit) untuk jangka hayat yang lebih panjang.
e. Elakkan mengangkat OHP ketika panas
kerana boleh menyebabkan kerosakan pada mentol.
Cerek Elektrik
Ketuhar
Pengisar Makanan
Peti Sejuk
Transistor
a. Pastikan peralatan-peralatan elektrik
berkeadaan sentiasa bersih dan di simpan secara berkumpulan.
b. Peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan
bahan kimia hendaklah diperiksa selalu. c. Jangan menyimpan sebarang makanan di
dalam peti sejuk yang disimpan dengan bahan kimia untuk mengelakkan sebarang keracunan makanan.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 202
Jenis Alat Elektrik Penyelenggaraan
d. Jika berlaku kerosakan, sila laporkan
kepada Ketua Bidang untuk urusan pembaikan.
11.3.5 Alat ICT
a. Pastikan semua alat ICT berkeadaan baik dan berfungsi untuk digunakan. b. Semua alat ICT hendaklah disimpan di dalam peti keselamatan atau di
tempat yang selamat dan berkunci. c. Tanggalkan plug punca sambungan elektrik selepas digunakan peralatan
ICT untuk mengelak berlakunya litar pintas. d. Peralatan ICT yang bermasalah hendaklah dilaporkan untuk dibaik pulih
dengan segera kepada unit ICT sekolah untuk tindakan selanjutnya untuk dilaporkan kepada unit ICT PPD dan JPN (gunakan borang Lampiran 10.3).
e. Peralatan ICT yang telah rosak dan tidak boleh dibaiki hendaklah
dilakukan proses pelupusan. 11.3.5.1 Alat ICT
Jenis Alat ICT Penyelenggaraan
Komputer Meja
a. Pastikan komputer meja berfungsi dan diletakkan di
tempat yang selamat dalam bilik persediaan. b. Penggunaannya hendaklah direkodkan di dalam
buku rekod penggunaan. c. Pastikan prosedur “shut down” dipatuhi. d. Pastikan tiada sambungan punca kuasa selepas
tidak digunakan. e. Urusan penyelenggaraan hendaklah dilakukan dua
kali setahun.
Komputer Riba
a. Pastikan setiap komputer riba dilabel dan
direkodkan agihan dan berfungsi dengan baik. b. Komputer riba yang berlebihan hendaklah disimpan
di dalam peti besi keselamatan/almari yang berkunci .
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
203 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Jenis Alat ICT Penyelenggaraan
c. Sebarang permasalahan yang berkaitan hendaklah
direkodkan dan dilaporkan ke unit ICT sekolah untuk dibuat tindakan susulan.
d. Komputer hendaklah dipulangkan pada akhir tahun
dalam keadaan yang selamat untuk dipastikan status keadaannya.
e. Penyelenggaran bagi komputer riba yang masih
dalam tempoh jaminan mestilah dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pembekal.
Mesin Pencetak
a. Semua penggunaan hendaklah direkodkan. b. Pastikan kertas yang digunakan sekurang-kurangnya
70 g untuk mengelakkan kerosakan pada printer. c. Tidak menggunakan mesin pencetak secara
berterusan untuk satu tempoh yang agak lama.
Pengecas Bateri
a. Pastikan tidak menggunakan pengecas bateri
sekiranya kuasa elektrik dibekalkan untuk jangka hayat yang lebih panjang.
b. Pastikan kabel wayarnya tidak terbelit, untuk
mengelakkan kerosakan kabel. c. Kerosakan pengecas bateri perlu dilapurkan dengan
segera kepada Unit ICT.
DLP
Pembesar Suara
a. Pastikan DLP sentiasa berfungsi dan berada dalam
keadaan selamat dan berkunci. b. Sebarang permasalahan hendaklah segera
dikenalpasti dan dibaikpulih. c. Pastikan DLP dibersihkan sebulan sekali untuk
mengelak daripada keadaan yang berdebu. d. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan
segera kepada unit ICT sekolah.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 204
Jenis Alat ICT Penyelenggaraan
Kabel VGA
UPS
AV Control Box
a. Pastikan semua sambungan tambahan sentiasa
berfungsi dan berada dalam keadaan selamat dan mudah diperolehi.
b. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan
segera kepada unit ICT sekolah untuk tindakan selanjutnya.
11.4 Cadangan Sumber Kewangan
11.4.1 Cadangan Kewangan Pembangunan dan Penyelenggaraan Makmal dan Bilik Sains menggunakan peruntukan seperti berikut:
a. Peruntukan PCG (Per Capita Grant) Sains b. Peruntukan Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun (LPBT). c. Unit Pembangunan PPD/ Jabatan/ KPM
11.4.2 Cadangan Pembahagian Peruntukan PCG Sains.
Mengikut peruntukan di bawah Pekeliling Bil. 5/2002 telah memperuntukkan PCG bagi;
a. Sains Teras
Peruntukan sedia ada sebanyak 40 % (60 % x Jumlah PCG mata Pelajaran Teras) adalah tidak mencukupi. Dicadangkan bagi setiap pelajar yang mengambil Sains Teras diperuntukkan sebanyak RM 15.00.
Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains
205 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
b. Sains Elektif (Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan) Peruntukan sedia ada RM 14.00 setiap pelajar adalah sangat tidak mencukupi terutama sekali sekolah yang mempunyai bilangan yang sedikit. Dicadangkan bagi setiap pelajar yang mengambil Sains Elektif dinaikkan kepada RM 25.00. Manakala peruntukan sedia ada bagi Tingkatan Enam sebanyak RM 30.00 setiap pelajar dinaikkan kepada RM 45.00.