bab 1 pengenalan 1.1 pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). transmission. ... shaft...
TRANSCRIPT
2
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Aci pemacu atau lebih dikenali sebagai drive shaft merupakan satu komponen
pada kenderaan yang berfungsi sebagai sistem penghantaran kuasa atau sistem
pemacu bagi menggerakkan kenderaan. Ianya merupakan komponen yang
bersambung di antara enjin dan tayar di dalam kenderaan.
Sistem penghantaran atau sistem pemacu ialah suatu siri rangkaian
penghantaran kuasa enjin untuk menggerakkan kenderaan. Terdiri daripada clutch,
gear box, proppeller shaft, universal joint, diffrential unit dan drive shaft untuk
menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission.
1.2 Ciri- Ciri dan Penghantaran Kuasa
Penghantaran kuasa boleh dikenali dengan beberapa ciri yang terdapat
padanya iaitu seperti boleh menyambung dan memutuskan aliran kuasa daripada
transmission box ke roda kenderaan. Ianya juga digunakan sebagai alat bagi
menambah dan mengurangkan daya kilas serta kelajuan kenderaan.
3
Ianya juga boleh membezakan aliran kuasa antara roda kiri dan kanan semasa
membelok bagi mengimbangi kenderaan.
Peralatan yang bakal direkabentuk dan diberi inovasi diberi nama sebagai
Coupling remover. Peralatan ini dicipta bertujuan untuk menanggalkan Constant
velocity joint atau lebih dikenali sebagai Cv joint. Cv joint terletak diantara tayar dan
drive shaft serta diantara transmission box ke drive shaft. Cv joint merupakan sejenis
mekanisme yang menghubungkan dua peralatan yang berputar iaitu roda kenderaan.
Coupling remover merupakan satu alatan yang diperlukan bagi
memudahkan kerja-kerja menanggalkan cv joint pada drive shaft yang biasa
dilakukan dengan cara ketukan dengan menggunakan tukul.
Mencipta peralatan ini merupakan satu projek yang menarik minat penyelidik
untuk melakukannya kerana penyelidik yakin ianya merupakan satu projek yang
dapat membantu kerja-kerja membaikpulih atau menukar coupling drive shaft
dengan lebih efisen.
Dengan adanya peralatan ini penyelidik beranggapan agar kerja
membaikpulih menjadi lebih mudah dan juga dapat mengelakkan kerosakan pada cv
joint dan bearing pada drive shaft.
4
Gambarajah dibawah merupakan pepasangan yang terdapat didalam sebatang
drive shaft. Sebelum perlaksanaan projek ini, penyelidik melakukan analisa terhadap
setiap komponen bagi memastikan alat yang direka dapat berfungsi dengan baik.
1.Outer joint
2.Clamp
3.Gaiter
4.Clamp
5.Circlip
6.Shaft
7.Gaiter
8. Inner joint
9.Flinger
10. Circlip
Rajah 1.1 : Komponen Drive Shaft
Rajah 1.2 : Gambaran kedudukan drive shaft pada kenderaan
5
1.3 Penyataan masalah
Seorang mekanik yang bekerja di sebuah pusat servis kenderaan mempunyai
masalah ketika menukar coupling drive shaft kenderaan jika menggunakan kaedah
ketukan. Masalah pertama yang mungkin timbul ialah kerosakan pada coupling drive
shaft dan bearing.
Kos yang tinggi perlu ditanggung oleh pengguna sekiranya coupling drive
shaft dan bearing rosak semasa kerja menanggalkan cv joint dilakukan.
Berkemungkinan kerosakan yang sedikit pada permulaan yang masih boleh
diperbaiki tidak dapat diteruskan dan pengguna perlu menukar keseluruhan drive
shaft bagi membaikpulih kenderaan.
Keselamatan pekerja juga perlu dititikberatkan semasa kerja menukul
bahagian coupling dilakukan. Pekerja terdedah dengan bunyi ketukan yang
berfrekuansi tinggi high pitch yang boleh mendatangkan masalah pada pendengaran
pekerja. Semasa ketukan juga boleh berlakunya flying object iaitu serpihan daripada
ketukan besi pada drive shaft boleh melukakan anggota badan atau memasuki mata.
6
1.4 Objektif
1. Merekabentuk dan inovasi peralatan sediaada yang membolehkan cv
joint dikeluarkan tanpa diketuk.
2. Fabrikasi ‘Coupling Remover’ untuk mengeluarkan cv joint tanpa
diketuk.
3. Menguji keupayaan peralatan ini untuk mengeluarkan cv joint.
1.5 Skop Projek
Skop boleh ditakrifkan sebagai satu had atau keupayaan alat dalam
melakukan sesuatu kerja. Skop juga berperanan untuk menjaga keselamatan
pengguna dan memanjangkan jangka hayat alat itu sendiri. Antara skop dalam projek
ini adalah :
Digunakan hanya pada shaft kenderaan berdiameter mimimun
30mm – 35mm yang telah dikeluarkan daripada kenderaan /
transmission box.
Hanya boleh digunakan untuk membuka CV Joint.
7
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur merupakan satu proses kajian ilmiah dan kajian terdahulu yang
dijalankan terhadap sesuatu produk yang sedia ada tetapi memerlukan
pengubahsuaian atau penambahbaikan bagi mengatasi masalah pada produk tersebut
dan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dari yang sedia ada. Kajian yang
dijalankan adalah seperti mengkaji elemen-elemen yang digunakan dan bahan-bahan
serta prosedur kerja yang dijalankan. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk
mengetahui produk yang dihasilkan ini mampu memenuhi kehendak dan keselesaan
pengguna.
8
Kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian
serta kajian keatas produk tersebut. Selain itu juga, kajian juga boleh dilakukan
dengan mengumpul maklumat berkaitan produk tersebut melalui pelbagai sumber
seperti melayari internet, buku-buku ilmiah yang berkaitan dan juga majalah
majalah. Pelbagai bentuk maklumat diperolehi dan dikumpul untuk dianalisis bagi
memastikan maklumat yang diperolehi tepat dan menepati kehendak produk yang
ingin dihasilkan.
9
2.2 Pengenalan Kedudukan Drive Shaft Pada Kenderaan
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Drive Shaft yang berada di bawah
pada kenderaan. Drive Shaft menghubungkan di antara tayar kenderaan dan kotak
gear. Berfungsi menghantar kuasa dari enjin kepada kotak gear terus kepada tayar
dan diterjemahkan dengan pergerakan kereta ketika bergerak. Apabila berlaku
kerosakan pada komponen ini ianya perlu dikeluarkan dan diganti dengan alat ganti
yang baru. Dengan adanya projek Drive Shaft Coupling Remover dapat membantu
dalam proses-proses penggantian alat ganti yang baru pada komponen itu.
Rajah 2.1 Kedudukan Drive Shaft Pada Kenderaan
10
Rajah 2.2 Kedudukan Drive Shaft Pada Engine/ Transaxle Side
2.3 Jenis-Jenis Drive Shaft
2.3.1 Hotchkiss Drive
Merupakan jenis yang digunakan pada banyak kenderaan. Pada jenis
ini, drive shaft dilengkapi dengan external shaft dan universal joint. External
shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint
dipasang pada masing-masing hujungnya. Sebuah Hotchkiss drive boleh
dilengkapi dengan coil spring, pada saat penggunaan coil spring, digunakan
sebuah control arms untuk mengatur pergerakan dari rear drive axle.
Seringkali juga dijumpai penggunaan dua buah drive shaft pada kenderaaan
yang berukuran panjang, yang disertai dengan penggunaan universal joint
ketiga di antara dua bahagian shaft dan sebuah center bearing.
11
Rajah 2.3 Bahagian-bahagian Hotchkiss Drive
Rajah 2.4 Kedudukan Hothckiss Drive dengan Coil Spring
2.3.1 Torque Tube
Digunakan pada kenderaan yang mempunyai sistem independent rear
suspension danrear-mounted transaxle, seperti Corvette dan kereta-kereta
buatan Jepun yang mempunyai sistem RWD. Torque tube berhubung dengan
kedua-dua hujung, sehingga rotating inner drive shafts tidak perlu
menggunakan universal joint, kerana kedudukan transaxle tidak pernah
berubah terhadap lokasi mesin.
12
Rajah 2.5 Torque Tube
2.3.2 Flexible Drive Shaft
Jenis ini sangat jarang digunakan. Drive shaft yang digunakan berupa
kabel keluli yang fleksibel, yang sama dengan kabel speedometer bersaiz
besar. Pada jenis ini tidak digunakan universal joint antara mesin dengan
rear-mounted transaxle. Kenderaan yang menggunakan drive shaft jenis ini
antara lain Pontiac Tempest tahun pembuatan 1961-1963.
2.3.3 Front Wheel Drive (AWD)
Pada kenderaan berjenis front wheel drive (FWD), drive shaft
berfungsi untuk mengantarkan kuasa secara langsung, dari differential
menuju roda depan. Drive shaft berbentuk sebuah aci, dimana terdiri dari
inner stub yang dihubungkan dengan differential side gear dan outer stub
yang dihubungkan dengan aci roda depan. Sebagai media pemindahan kuasa
digunakan constant velocity universal joint.
13
Rajah 2.6 Front Wheel Drive (AWD)
2.3.3 Rear Wheel Drive (RWD)
Drive shaft / Propeller shaft pada kenderaan berjenis rear wheel drive
(RWD) biasanya berbentuk sebuah tabung hollow, yang menghantar kuasa
secara langsung dari penghantaran ke final drive. Terdapat dua buah slip yoke
yang dikimpal pada kedua drive shaft untuk menyambung dengan universal
joint. Universal joint bahagian belakang bersambung pada flanged yoke yang
dihubungkan dengan sebuah kompenan bebibir pada final drive pinion.
Sementara itu, pada bahagian depan bahagian dalam berhubung dengan slip
yoke, yang dihubungkan pada aci keluaran penghantaran, dan bahagian luar
bersambung pada slip yoke menuju extension housing penghantaran.
Sehingga slip yoke dapat bergerak secara tegak lurus terhadap aci dengan
pelbagai sudut suspensi.
14
2.4 Kerosakan Yang Berlaku Pada Drive Shaft Kenderaan
Rajah di bawah menunjukkan kerosakan yang kebiasaannya berlaku pada
Drive Shaft kenderaan seperti getah penutup pecah, gegaran semasa memandu,
gegaran atau bunyi bising ketika membelok adalah berpuncanya. Kerosakan ini
memerlukan alat ganti baru di tukar bagi mengelakkan perkara buruk berlaku semasa
pemanduan. Getah berfungsi untuk mengekalkan gris atau minyak pelincir kepada
Cv Joint supaya pergerakan sentiasa lancar. Sekiranya getah itu pecah gris atau
minyak pilincir itu akan terkeluar dan menyebabkan pasir atau bendasing akan
masuk pada sendi Drive Shaft dan menyebabkan kerosakan terjadi. Bearing pada
Drive Shaft juga lama-kelamaan akan haus dan perlu ditukar. Setiap pergerakan akan
menghasilkan geseran yang kuat mempengaruhi ketahanan sesuatu Drive Shaft itu.
Rajah 2.7 Cv Joint Yang Perlu Ditukar Pada Kenderaan
15
Rajah 2.8 Getah Pada Cv Joint Yang Perlu Ditukar Pada
Kenderaan
Rajah 2.9 Cv Joint Yang Telah Dibuka Pada Kenderaan
Rajah 2.10 Permukaan Cv Joint Yang Rosak Ketukan
Dugunakan Semasa Proses Membuka Cv Joint
16
2.5 Perbezaan Menggunakan Kaedah Ketukan Dengan Menggunakan
Coupling Remover
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan menggunakan kaedah ketukan dengan
menggunakan Coupling Remover di mana terdapat beberapa kebaikan yang di
tambahbaik dalam penghasilan projek ini pada kerja-kerja membuka Drive Shaft ada
kenderaan pada masa kini. Apabila komponen Drive Shaft perlu di buka terutamanya
Cv Joint formen akan mengetuk permukaan muka Cv Joint dan akan menyebabkan
permukaan akan rosak walaupon ianya dapat dikeluarkan. Ianya juga merbahayakan
pekerja kerana apabila ketukan dilakukan Cv Joint itu tadi akan tercabut dari shaft
dan terjatuh yang mane mungkin akan mengenai kaki pekerja sekiranya tidak
berhati-hati atau bersedia. Dengan adanya projek ini dapat membantu mengeluarkan
atau membuka Cv Joint dengan lebih selamat dan sistematik berbanding kaedah
ketukan yang selama ini dipraktikkan oleh formen atau pekerja bengkel kereta.
Kerosakan pada permukaan Cv Joint dapat dihalusi dengan kaedah serta keselamatan
pekerja lebih terjamin.
17
Jadual 2.1 Jadual Perbezaan Menggunakan Kaedah Ketukan Dengan
Menggunakan Coupling Remover.
Kaedah menggunakan Tukul
Coupling Remover
merosakkan komponen pada
drive shaft.
Membahayakan keselamatan
mekanik
Digunakan secara ketukkan
Kerja tidak bersistematik
Mengelakkan kerosakkan
pada komponen drive shaft.
Keselamatan mekanik lebih
terjamin.
Digunakan secara tolakan
Kerja lebih bersistematik
2.6 Kajian Bahan
Pengujian bahan ditakrifkan sebagai satu peringkat atau bahagian dalam
aktiviti kejuruteraan untuk memilih bahan yang sesuai sepanjang hayat
penggunaannya. Hampir semua produk baru akan melalui satu jujukan aktiviti yang
melibatkan rekabentuk, pemilihan bahan, farbikasi dan kemungkinan diubah suai.
Dalam kajian ini terdapat satu bahan yang dipertimbangkan dalam menghasilkan
kerangka drive shaft remover iaitu keluli dari jenis high tensile steel dan jack
hidraulik botol.
18
2.6.1 High Tensile Steel
Pemilihan keluli jenis high tensile steel ini sangat bertepatan kerana keluli
ini lebih kukuh dan kuat. Keluli ini juga mudah untuk di kimpal. Selain itu,
keluli yang digunakan ini juga tahan lasak.
Rajah 2.11 High Tensile Steel
2.6.1 Perbandingan High Tensile Steel Dengan Stainless Steel
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan bahan yang telah di pilih
dengan satu jenis bahan yang lain bagi mendapatkan hasil yang lebih efisen
dan mampu menghasilkan mutu atau kualiti bagi projek ini. Perbandingan ini
di antara High Tensile Steel dengan Stainless Steel supaya dapat menentukan
bahan yang tahan lasak, tahan beban, serta sesuai untuk dijadikan bahan
projek. Aspek kos juga di pertimbangkan bagi mengurangkan kos
penghasilan projek tetapi aspek ketahanan dan kualiti tetap dititikberatkan di
atas kos yang telah di pilih.
19
Jadual 2.2 Perbandingan High Tensile Steel dengan Stainless Steel
Bahan
Kebaikan
Keburukan
High Tensile
Steel
Harga murah
Mudah
didapati
Mudah
dilarik dan
ditebuk
Tahan lasak
Berat
Mudah
berkarat
Stainless Steel
Lebih ringan
Tidak
berkarat
Mudah
didapati
Harga
mahal
Sangat
lembut
Memerlukan
kepakaran
dalam
membuat
kimpalan
20
2.7 Jenis-Jenis Jek
2.7.1 Jek buaya
Kebanyakan bengkel kenderaan sekarang menggunakan saiz yang kecil
sehingga boleh dibawa di kenderaan.Kelebihan penggunaan crocodile jack atau
jek buaya berbanding yang lain adalah lebih mudah digunakan kerana senang
menggerakkannya ke arah posisi yang diinginkan, disamping itu masa yang
diperlukan untuk mengangkat kenderaan lebih cepat dan selamat Berputar diatas
empat roda, terdapat sebuah pam minyak yang toraknya digerakkan oleh tuas
panjang. Tuas tersebut boleh juga dipakai untuk mendorong atau menarik jek.
Jek hidraulik yang berbentuk menyerupai mulut buaya ini mempunyai sisi
praktikal penggunaan yang cukup tinggi. Dengan titik tumpu jek pipih serta
disertai roda kecil, menjadikan ia boleh digunakan pada kereta yang mempunyai
pembersihan tanah rendah sekalipun. Selain itu sistem hidraulik menjadikan kerja
menjadi semakin mudah tanpa perlu mengeluarkan banyak tenaga.
Akan tetapi pada saat digunakan, sebaiknya anda harus memperhatikan titik
tumpu yang tepat. Hujung tumpuan jek yang umumnya berbentuk lingkaran serta
bergerigi, perlu diletakkan dalam tempat berbeza pada jek standard. Hal ini
penting, mengelakkan kerosakan badan akibat tidak sesuainya hujung jek
terhadap titik tumpuan di badan kereta.
21
Rajah 2.12 Jek Buaya
2.7.2 Jek Botol
Jek ini disebut bottle jack kerana bentuknya seperti botol. Fungsi
bottle jack sama seperti crocodile jack, iaitu untuk mengangkat kenderaan
pada ketinggian tertentu untuk boleh melakukan pembaikan pada bahagian
bawah kenderaan. Perbezaannya adalah penggunaan bottle jack boleh
dimasukkan kedalam kenderaan sebagai kelengkapan utama kenderaan yang
mutlak diperlukan untuk menukar tayar sewaktu ban kempes / bocor.Untuk
mengangkat sebuah kenderaan, dongkrak harus diletakkan tegak lurus pada
torak pengangkatnya supaya jangan sampai bengkok.
a) Prinsip kerja Jek botol
Kedudukan naik untuk mengangkat kenderaan harus diputar tutup
pengalir pembalik minyak dengan batang pam yang juga berfungsi
sebagai kunci, sesudah torak pengangkat pada kedudukan yang rendah.
Selepas itu, batang pam digeserkan naik turun, di mana pam mengapit
22
minyak dari bilik persediaan ke bawah torak pengangkat. Bila dipam terus
pada kedudukan yang tinggi katup pengaman kecil bekerja.Kedudukan
turun: Kenderaan diturunkan dengan cara memutar skru ke kiri hingga ¾
pusingan memakai batang pam, di mana injap pengalir
Rajah 2.13 Jek Botol
2.7.3 Jek gunting
Kekuatan jek gunting, ini mempunyai daya angkat berkisar 1.5 - 2 tan.
Mekanisme kerja dari jek ini, akan mengangkat kenderaan ketika batang skru
diputar. secara beransur-ansur bahagian dari sisi jek akan meninggi kerana
ditarik oleh skru. Untuk memutar skru, biasanya menggunakan tongkat
panjang berupa engkol ataupun boleh menggunakan kunci pembuka roda
kenderaan.
23
Rajah 2.14 Jek Gunting
2.8 Jenis-Jenis Apit
2.8.1 Ragum Meja
Terdapat pada meja kerja kayu dan logam.Ragum meja dilapik
dengan kayu pada rahangnya. Ragum meja logam pula dilapik dengan logam
lembut untuk menjaga permukaan kerja.Kegunaan utama ragum meja ialah
untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.
Rajah 2.15 Ragum Meja
24
2.8.2 Apit G dan apit F.
Apit G dan apit F diperbuat daripada bahan keluli. Saiz apit G dan
apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.
Kegunaan apit G dan apit F adalah untuk memegang kayu atau logam ketika
proses mengglukan dua kepingan untuk digerudi, dipahat atau digergaji. Apit
digunakan digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja untuk melindungi
permukaan benda kerja.
Rajah 2.16 Apit G dan Apit F
2.8.3 Apit Panjang.
Diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang 0.6
meter, 1.2 meter,1.5 meter dan 1.8 meter. Ia digunakan untuk proses
pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak
dicantum atau diglukan.
25
Rajah 2.17 Apit Panjang
2.8.4 Apit Rencong
Diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan. Fungsinya
ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggan
rencong apabila hendak diglu atau dipakukan dalam pemasangan
kerangka gambar.
Rajah 2.18 Apit Rencong
26
2.9 Jenis- Jenis Paip
2.9.1 Paip Bergalvani
Paip bergalvani biasanya boleh dilihat pada meter air. Paip ini
warnanya silver. Paip jenis ini tahan lama akan tetapi akan menjadi karat di
dalam dan menyebabkan paip tersumbat.Harganya juga lebih mahal
berbanding paip lain. Paip jenis ini mempunyai ulir luar untuk menyambung
antara paip.
Rajah 2.19 Paip Bergalvani
2.9.2 Cast Iron Paip
Cast Iron juga merupakan paip besi dan perlu menggunakan welding
rod untuk cast iron. Paip ini biasanya tebal lebih kurang space.Sama seperti
paip bergalvani sambungan antara paip spigot-end. Sekiranya dipotong,
hendaklah menggunakan Long Collar atau Coupling Joint,jika mengimpal
ianya mudah retak. Paip jenis ini jarang digunakan pada masa sekarang
kerana tidak tahan hentakan.Boleh pecah sekiranya terdapat hentakan.
27
Rajah 2.20 Cast Iron Paip
2.10 Jenis-Jenis Engsel
2.10.1 Engsel Kupu-kupu
Engsel ini bentuknya tipis dan bahannya yang dibuat dari logam besi
dan tembaga. Engsel ini biasanya dipakai untuk beban yang tidak terlalu berat
misalnya untuk jendela, lemari, loker, peti dan sebagainya. Engsel ini
mempunyai beberapa ukuran mulai dari 1,5 inch, 2 inch, 2,5 inch, 3 inch, dan
4 inch.
Rajah 2.21 Engsel Kupu-kupu
28
2.10.2 Engsel Panel
Engsel ini bentuknya seperti engsel kupu-kupu ianya lebih tebal
dan lebih kukuh dan engsel ini biasa dipakai untuk beban yang lebih berat.
Engsel ini digunakan untuk pintu panel (pintu yang terbuat dari kayu).
Engsel ini mempunyai beberapa ukuran ada yang 3 inch, 4 inch, 5 inch dan 6
inch. Untuk jendela biasanya memakai ukuran 3 inch.
Rajah 2.22 Engsel Panel
2.10.3 Engsel Patrom / H
Engsel ini berfungsi untuk Pintu yang bebannya tidak terlalu berat.
Dengan menggunakan engsel ini pintu biasa dicabut dan dipasang kembali
dengan mudah.
Rajah 2.23 Engsel Patrom/ H
29
2.10.4 Engsel Sendok
Engsel ini bentuknya seperti sendok. Engsel ini biasanya dipakai
untuk pintu almari, peti dan kabinet. Engsel ini mempunyai 2 model iaitu
model lurus dan model bengkok. berikut adalah perbedaan dari keduanya:
Rajah 2.24 Engsel Sendok
2.10.5 Engsel Koboi
Engsel koboi berguna untuk mengayunkan daun pintu dengan
jangkauan gerak pintu yang penuh dan berfungsi untuk menutup pintu dengan
menggunakan tekanan per di dalam. Engsel ini dapat disesuaikan untuk
berbagai gaya (tegangan) penutupan dan dapat dipasang pada pintu tanpa
ditakik.
Rajah 2.25 Engsel Koboi
30
2.10.6 Engsel Gudang
Engsel ini biasanya digunakan pada pintu kayu gudang. Engsel ini
mempunyai bentuk yang panjang dan mengecil. Untuk beban pintu yang
lebih berat engsel ini harus dipasang berjejari sesuai dengan beratnya daun
pintu.
Rajah 2.26 Engsel Gudang
2.11 Jenis-Jenis Skru
2.11.1 Socket Button Head
Allen diperbuat daripada Keluli tahan karat. Biasa untuk kegunaan
perkakasan umum .Dirawat dengan keluli aloi haba yang tinggi.Saduran
Chrome gred 8 .Gred 8 adalah lebih kuat daripada gred 5, dan boleh jumpa
dalam aplikasi automotif. Zink aloi keluli bersalut untuk ketahanan kakisan
sederhana.
Rajah 2.27 Socket Button Head
31
2.11.2 Socket Cap
Socket cap mempunyai kepala silinder kecil dengan sisi menegak
tinggi. Pemacu Allen enam ceruk belah bahagian untuk digunakan dengan
perengkuh allen .Keluli tahan karat untuk kegunaan perkakasan umum .Gred
316 keluli tahan karat,sesuai di air garam dan klorin.Harga lebih mahal
dibandingkan Socket Button Head.Zink aloi keluli bersalut untuk ketahanan
kakisan sederhana.
Rajah 2.28 Socket Cap
2.11.3 Flange Nuts Serrated
Nat yang dibuat sekali dengan washer yang bergerigi untuk
menentang longgar. Keluli tahan karat dan biasa untuk kegunaan perkakasan
umum .keluli karbon rendah dan zink bersalut untuk ketahanan kakisan
sederhana.Zink bersalut gred 5.
Rajah 2.29 Flange Nuts Serranted
32
2.11.4 Hex Nuts and bolts
Keluli tahan karat yang untuk kegunaan perkakasan umum.Keluli
tahan karat gred 316.Sesuai di dalam air garam dan klorin persekitaran. Zink
keluli bersalut.Keluli karbon rendah untuk kegunaan umum. Zink bersalut
untuk ketahanan kakisan sederhana.Zink bersalut gred 5 keluli.Kebiasaan
guna diaplikasi Automotif.
Rajah 2.30 Hex Nuts and bolts
2.11.5 Partial Thread
Ia juga dipanggil bolt Frame. Kepala hex enam digunakan dengan
spanar. Zink bersalut gred 5.Kebiasaan dijumpai dalam aplikasi automotif.
Zink bersalut untuk ketahanan kakisan sederhana.
Rajah 2.31 Partial Thread