bab 1 dan 2 asas kepada perdaganan

9
Macgs: Matapelajaran Perdagangan Koleksi soalan bab 1 dan bab 2: Asas kepada Perdagangan dan bantuan perniagaan. Soalan 2005 1 ( a ) Gambar 1 menunjukkan suatu aktiviti pengeluaran. Huraikan tiga faktor pengeluaran terlibat dalam aktiviti itu. [9 markah] ( b ) Terangkan bagaimana aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu oleh bantuan perniagaan berikut: i. Perbankan ii. Promosi [5markah] [5 markah] ( c ) Terangkan tiga sebab pasaraya menjadi pilihan pengguna. [6 markah] Cara menjawab soalan perdagangan Cara menjawab soalan menggunakan faktor dan sebab…. Soalan 1 (a) Faktor-faktor yang terlibat dalam aktivti nelayan ialah, Tanah (1 markah) Tanah terdiri daripada sumber semula jadi dan bahan mentah dari sumber bumi (1m). Contohnya ikan dan hasil laut yang lain (1m). Modal (1m) Modal terdiri daripada wang, peralatan dan jentera yang digunakan aktivti pengeluaran (1m). contohnya sampan, pukat atau jala dan wang untuk membeli semua alatan itu (1m). Usahawan (1m) Disediakan oleh Henry ak Mihin muka surat 1

Upload: muhammad-faizal-sanip

Post on 10-Aug-2015

190 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Dan 2 Asas Kepada Perdaganan

Macgs: Matapelajaran Perdagangan

Koleksi soalan bab 1 dan bab 2: Asas kepada Perdagangan dan bantuan perniagaan.Soalan 2005

1 (a) Gambar 1 menunjukkan suatu aktiviti pengeluaran.

Huraikan tiga faktor pengeluaran terlibat dalam aktiviti itu. [9 markah](b) Terangkan bagaimana aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu

oleh bantuan perniagaan berikut:i. Perbankan ii. Promosi

[5markah][5 markah]

(c) Terangkan tiga sebab pasaraya menjadi pilihan pengguna. [6 markah]

Cara menjawab soalan perdagangan Cara menjawab soalan menggunakan faktor dan sebab…. Soalan 1 (a)Faktor-faktor yang terlibat dalam aktivti nelayan ialah,

Tanah (1 markah)Tanah terdiri daripada sumber semula jadi dan bahan mentah dari sumber bumi (1m). Contohnya ikan dan hasil laut yang lain (1m).

Modal (1m)Modal terdiri daripada wang, peralatan dan jentera yang digunakan aktivti pengeluaran (1m). contohnya sampan, pukat atau jala dan wang untuk membeli semua alatan itu (1m).

Usahawan (1m)Usahawan ialah undividu yang menggabungkan faktor pengeluaran lain untuk menghasilkan keluaran (1m). Contohnya nelayan itu menggunakan sampan dan pukat untuk menangkap ikan (1m).

Soalan 1(b)iCara menjawab soalan berbentuk terangkan dan jelaskan.Perbankan Aktiviti perniagaan dalam negeri boeh dibantu oleh bantuan perniagaan perbankan seperti..

Menyediakan kemudahan simpanan seperti akauan simpanan, akauan simpanan semasa dan akauan simpanan tetap (1m).

Menyediakan kemudahan penerimaan dan pembayaran wang seperti perkhidmatan cek, arahan tetap dan pindahan kredit (1m).

Menyediakan pembiayaan seperti member pinjaman kredit (1m). Menyediakan khidmat nasihat dan bertindak sebagai perujuk (1m) Menyediakan mesin ATM, mesin deposit wang dan cek, perbankan elektronik (1m)

Disediakan oleh Henry ak Mihin muka surat 1

Page 2: Bab 1 Dan 2 Asas Kepada Perdaganan

Macgs: Matapelajaran Perdagangan

Soalan 1 (b)iiPromosi

Aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu oleh bantuan perniagaan promosi seperti… Menyampaikan malumat berkaitan dengan sesuatu keluaran dan memperkenalkan keluaran baru.

(1m) Meluaskan pasaran dan mewujudkan pasaran baru(1m). Mengekalkan pasaran sedia ada dan mewujudkan kesetiaan pelanggan.(1m) Memujuk dan mempengaruhi pelangan untuk membeli.(1m) Meningkatkan jualan serta keuntungan syarikat(1m) Memantapkan imej dan nama baik keluaran(1m) Mengatasi pesaing(1m) Membolehkan peniaga membuat pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti.(1m)

Soalan 1CCara menjawab soalan berbentuk sebab-sebab, kebaikan dan kelemahan serta faktor.Sebab-sebab pasar raya menjadi pilihan.Pelbagai pilihan barang(1m)

Pasar raya mempunyai pelbagai aneka jenis band dan jenama untuk dipilih oleh pembeli.(1m)

Menjimatkan masa (1m) Pasar raya juga membolehkan pengguna membeli pelbagai barang dalam satu bumbung. (1m)

Harga barang yang berpatutan.(1m) Pasar raya kerap mengadakan promosi jualan dan penguna boleh mendapat diskaun(1m)

.Lokasi mudah dikunjungi (1m)

Pasar raya terletak di kawasan perumahan, pinggir Bandar dan Bandar kecil. Oleh itu, pengguna mudah berkunjung membeli barang di pasar raya kerana berkedekan dengan rumah pelanggan.(1m)

Suasana membeli belah yang selesa (1m)

Pasar raya menyediakan tempat letak kereta, troli dan penghawa dingin, muzik, tandas dan lain-lain. (1m)

Cara pembayaran yang mudah. (1m) Pasar raya turut menerima pembayaran menggunakan kad kredit untuk memudahkan pelanggan

membeli barang dengan banyak tanpa membawa wang.(1m)

Soalan 20061 (a) Hierarki keperluan maslow terdiri daripada tiga tahap.

Disediakan oleh Henry ak Mihin muka surat 2

Page 3: Bab 1 Dan 2 Asas Kepada Perdaganan

Macgs: Matapelajaran Perdagangan

Huraikan ketiga-tiga tahap tersebut. [8 markah](b) Gambar rajah 1 menunjukkan perkembanan perniagaan Encik Selamat di

kawasan perlancongan Kukup, Pontian Johor.

(i) Jelaskan empat ciri-ciri keusahawan yang dimiliki oleh encik selamat.

(ii) Terangkan empat sumbangan beliau kepada masyarakat.

[4 markah]

[8 markah](c) Gambar rajah 2 menunjukkan seorang tukang jahit menyerakan pakaian yang

telah dijahit kepada seorang pelanggan.

(i) Namakan jenis saluran agiahan yang terlibat dalam situasi itu?(ii) Terangkan dua sebab saluran tersebut digunakan.

[1 markah][4 markah]

Jawapan Kalau soalan yang menyentuh tentang tahap,,, maka cara menjawab ialahSoalan 1 (a)Tahap –tahap dalam Hierarki Keperluan Maslow terdiri daripada tiga tahap iaitu, keperluan fisiologi, sosial dan rohani.

Keperluan Fisiologi (1m) Keperluan fisiologi terdiri daripada keperluan asas dan keperluan keselamatan. Contohnya makanan, tempet tinggal, pakaian, kawalan polis dan keamanan.(1m)

Keperluan sosial (1m) Keperluan sosial merangkumi keperluan kasih kasang dan penghargaan. Contohnya kasih sayang dan penghargaan.(1m)

Disediakan oleh Henry ak Mihin muka surat 3

Page 4: Bab 1 Dan 2 Asas Kepada Perdaganan

Macgs: Matapelajaran Perdagangan

Keperluan rohani (1m) Keperluan rohani merupakan keperluan kesempurna kendiri atau kepuasan yang dirasai apabila mencapai kejayaan (1m). Contohnya memenangi pingat emas di sukan olimpik dan mampu merentasi selat inggeris (1m).

Soalan 1(b)Jika soalan meminta anda menjelaskan ciri-ciri, faktor, sebab, maka anda perlu menjawab dengan cara dibawah.

Ciri-ciri usahawan yang ada pada Encik Selamat ialah, Kreatif dan inovatif

Encik Selamat mempunyai sifat yang kretif dan inovatif kerana berkebolehan menghasilkan perkhidmatan baru dan mengubahsuaikan perkhidmatan sedia ada menjadi lebih baik.(1m)

Bijak merebut peluang Encik Selamat bijak merebut peluang kerana menyediakan perkhidmatan resort kepada pelancong.(1m)

Berani mengambil risiko Encik Selamat berani mengambi risiko kerana sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk membina resort.(1m)

Berpandangan jauh Encik Selamat mempunyai pandangan jauh kerana mengetahui potensi perniagaan resort.(1m)

Bertanggungjawab Encik Selamat sangat bertanggungjawab memelihara alam sekitar tempat resort yang dibina.(1m)

Kebolehan mengurus. Encik Selamat berkebolehan mengurus restoran dan resort secara serentak.(1m)

Soalan 1(b)iiApabila soalan berkehendakan sumbangan yang membawa 8 markah, calon perlu memberi empat isi dan huraian yang lengkap.

Encik Selamat banyak memberi sumbangan kepada masyrakat. Antaranya ialah, Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna (1m)

Encik Selamat menyediakan perkhidmatan penginapan dan makanan kepada pengguna setempat dan pelancong.(1m)

Menyediakan peluang pekerjaan (1m) Encik Selamat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat. Beliau telah Berjaya mengurangkan pengangguran dengan mengaji penduduk setempat bekerja di restoranya.(1m)

Meningkatkan taraf hidup (1m) Encik Selamat berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan menambahkan pendapatan penduduk dengan pelbagai kegiatan ekonomi.(1m)

Menyediakan kemudahan pasarana (1m) Encik Selamat juga menyediakan kemudahan pasarana kepada penduduk disekirtarnya.

Disediakan oleh Henry ak Mihin muka surat 4

Page 5: Bab 1 Dan 2 Asas Kepada Perdaganan

Macgs: Matapelajaran Perdagangan

Model masyarakat (1m) Encik Selamat menjadi model masyarakat kerana menggalakan ramai penduduk menceburi bidang keusahawan.(1m)

Soalan 20071 (a) Nyatakan dua perbezaan antara keperluan dan kehendak [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Roni.

(i) Terangkan faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran di kilang tersebut?

(ii) Mengapakah Encik Roni mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran kilangnya?

[8 markah]

[5 markah]

(c) Huraikan perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan. [8 markah]

Jika soalan berkehendakan perbezaan, maka calon perlu menjawab soalan berbentuk petak.Soalan 1(a)

Perbezaan keperluan dan kehendakKeperluan Kehendak Perlu dipenuhi untuk terus hidup Pelengkap untuk hidup lebih selesaSama bagi semua manusia Berbeza mengikut taraf hidupMudah dipenuhi dan terhad Tiada had dan sukar dipenuhiMerupakan tuntutan semula jadi manusia Dipelajari dari pengalaman dan persekitaranContohnya, makanan, pakaian dan tempat tinggal Contohnya, rumah bangle dan kereta mewah

(pilih mana-mana 2)

Soalan 1(b) Jika soalan berkehendakan faktor, maka calon perlu menjawab soalan seperti berikut.

Faktor- faktor yang terlibat dalam pinneapale Caner ialah, Tanah (1m) Tanah terdiri daripada tapak kilang dan lading nenas Encik Roni.(1m)

Modal (1m) Modal termasuk wang tuna, pinjaman bank, bangunan kilang dan mesin.(1m)

Disediakan oleh Henry ak Mihin muka surat 5

Encik Roni ialah pemilik kilang Pineapple Canners, di Pekan Nenas Johor. Kilang tersebut didirikan atas sebidang tanah milik keluarga. Pekerja di kilangnya seramai 50 orang ditugaskan di bahagian lading dan pemprosesan. Beliau telah mendapat pinjaman bank untuk membeli lapan buah mesin baru di kilangnya bagi memperbesarkan perniagaannya.

Page 6: Bab 1 Dan 2 Asas Kepada Perdaganan

Macgs: Matapelajaran Perdagangan

Buruh (1m) Buruh terdiri daripada 50 orang pekerja di lading dan pembahagian pemprosesan.(1m)

Usahawan (1m) Encik Roni merupakan pemilik kilang Pineapple Canners.(1m)

Soalan 1(b)iiJika soalan berkehendakan ‘mengapa’, maka calon perlu menjawab soalan ini dengan cara di bawah..

Encik Roni mengamalkan pengkhususan kerana… Menjimatkan masa dan proses pengeluaran lebih cepat (1m) Meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja. (1m) Membolehkan pekerja melakukan kerja yang sama berulang-ulang atau satu tugas sahaja.(1m) Meningkatkan kualiti pengeluaran.(1m) Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran besar-besaran.(1m) Pekerja lebih produktif.(1m) Mengurangkan kos dan masa melatih pekerja.(1m) Membolehkan penggunaan mesin dan alatan moden.(1m)

Soalan 1CJika calon menjawab soalan berkaitan dengan hubungkait, maka calon perlu menjawab soalan seperti berikut:Hubung kait antara pengeluar, perdagangan dan peniagaan ialah, pengeluaran adalah kegiatan menghasilkan barang dan perkhidmatan.(1m) Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia (1m). Pengeluaran terdiri daripada pengeluaran langsung dan tidak langsung (1m). Pengeluaran tak langsung akan mewujudkan pengkhususan. (1m)

Pengkhususan mewujudkan banyak lebihan barang yang perlu diagihkan (1m). Oleh itu, perdagangan diperlukan untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir.(1m) Perdagangan terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan (1m). Perniagaan ialah aktiviti jual beli bang dan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.(1m) Perniagaan terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.(1m)

Bantuan perniagaan membentu melancarkan aktiviti perniagaan (1m). Bantuan perniagaan terdiri perbankan, insurans, promosi,pengangkutan, pergudangan dan komunikasi.(1m)Oleh itu, perniagaan adalah sebahagian daripada aktiviti perdagangan, manakala perdagangan merupakan sebahagian daripada aktiviti pengeluaran.(1m)

Disediakan oleh Henry ak Mihin muka surat 6