assignmt individu kokum

16
TUGASAN INDIVIDU Sebagai seorang guru yang berdedikasi, anda juga adalah seorang pegawai, jurulatih dan pelaksana kegiatan pendidikan kokurikulum di sekolah anda. Dengan memilih salah satu aktiviti pendidikan kokurikulum sama ada Pasukan Berunifom, Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah anda, sediakan sebuah portfolio yang mengandungi keseluruhan aktiviti yang anda pilih selama SATU PENGGAL persekolahan (20 minggu). KOD KURSUS : HBEF2703 TAJUK KURSUS : KO-KOKURIKULUM SEMESTER : JANUARI 2012 NAMA : ROHANA BT HJ JUKARNA NO MATRIKS : 750620126206001 EMEL : [email protected] 1

Upload: asrahamid138156072

Post on 02-Aug-2015

86 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignmt individu kokum

1

TUGASAN INDIVIDU

Sebagai seorang guru yang berdedikasi, anda juga adalah seorang pegawai, jurulatih dan

pelaksana kegiatan pendidikan kokurikulum di sekolah anda. Dengan memilih salah satu

aktiviti pendidikan kokurikulum sama ada Pasukan Berunifom, Kelab/Persatuan,

Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah anda, sediakan sebuah portfolio yang

mengandungi keseluruhan aktiviti yang anda pilih selama SATU PENGGAL

persekolahan (20 minggu).

KOD KURSUS : HBEF2703

TAJUK KURSUS : KO-KOKURIKULUM

SEMESTER : JANUARI 2012

NAMA : ROHANA BT HJ JUKARNA

NO MATRIKS : 750620126206001

EMEL : [email protected]

Page 2: Assignmt individu kokum

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA NO.SLAID

Prakata

Latar Belakang Aktiviti 4

Pelaksanaan Aktiviti ( Pertandingan Bola Baling Antara Rumah Sukan )

5 - 6

Pelaksanaan Aktiviti ( Pertandingan Bola Baling Peringjat Zon ) 7

Gambar – Gambar Sepanjang Aktiviti 8 - 11

Hasil Aktiviti 12

Refleksi Aktiviti 13-14

Refleksi Tugasan 15

Kesimpulan 16

Page 3: Assignmt individu kokum

3

PRAKATA

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya,maka

dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan lancar . Kekangan masa dan pelbagai

dugaan yang telah saya hadapi , sedikit pun tidak melemahkan semangat saya untuk

menyiapkan tugasan saya ini .

Saya amat bersyukur kerana banyak mendapat tunjuk ajar daripada tuitor iaitu

Puan Asiah Bt Tahir dan rakan-rakan seperjuangan yang lain . Sesungguhnya tunjuk

ajar daripada kalian banyak membantu saya untuk memahami kehendak tugasan ini

dan menyiapkannya.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi

menyumbangkan idea dan berkongsi bahan-bahan rujukan .Sikap saling bantu –

membantu ini membolehkan tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna .

Insya-Allah, segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan dengan ikhlas

kepada saya akan medapat daripada Allah SWT .

Sekian,terima kasih.

Page 4: Assignmt individu kokum

4

LATAR BELAKANG AKTIVITI

Aktiviti Pilihan : Pertandingan Bola Baling Antara Rumah Sukan dan

Peringkat Zon Daerah Kinabatangan

Aktiviti yang saya pilih ini ialah Pertandingan Bola Baling Antara Rumah Sukan dan Pertandingan

Bola Baling Peringkat Zon Daerah Kinabatangan.Pertandingan ini dianjurkan adalah sebagai

persediaan dan pemilihan pelajar untuk menyertai Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Daerah

Kinabatangan.

Rasional :

Mengesan bakat murid dalam acara bola baling di peringkat awal.

Memberi peluang kepada semua murid untuk menonjolkan kecenderungan secara individu.

Menjadikan sukan sebagai salah satu perkara yang dapat memupuk semangat kekitaan yang tinggi.

Menarik minat murid supaya terlibat secara langsung dalam permainan bola baling .

Membentuk pasukan bola baling yang terbaik diperingkat sekolah yang boleh mewakili �

daerah dan bahagian

Kumpulan Sasaran

Pelajar Tahap 2 SK Paris Kinabatangan ( untuk Pertandingan antara kelas)

12 0rang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan ( untuk mewakili sekolah dalam

Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Daerah Kinabatangan )

Page 5: Assignmt individu kokum

5

PELAKSANAAN AKTIVITI ( PERTANDINGAN ANTARA RUMAH SUKAN)

AKTIVITI

SEBELUM

PERTANDING

AN

Minggu Aktiviti

113 Februari 2012

Mesyuarat kali pertama.Pembentangan Kertas Kerja Pertandigan Bola Baling Antara Rumah Sukan .

2 & 3 Latihan setiap rumah sukan yang terlibat . Latihan dilakukan setiap petang oleh guru rumah sukan masing-masing

45 Mac 2012

Mesyuarat kali kedua . Persiapan pertandingan dan laporan daripada setiap ahli jawatankuasa kerja.

5 13 Mac 2012

Membeli peralatan untuk keperluan pertandingan dan hadiah .

622 Mac 2012

Aktiviti gotong-royong menggaris /membuat gelanggang Aktiviti mendirikan khemah setiap pasukan yang bertanding

Page 6: Assignmt individu kokum

6

PELAKSANAAN AKTIVITI ( PERTANDINGAN ANTARA KELAS )

AKTIVITI

SEMASA

PERTANDING

AN

Minggu Aktiviti

7

28Mac 2012

Pertandingan Antara Rumah Sukan

Pertandingan dibuat secara Liga Berkumpulan

Pemerhatian dan pemilihan pemain untuk mewakili sekolah

dalam pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Daerah

Kinabatangan.

AKTIVITI

SELEPAS

PERTANDING

AN

8

2 April 2012

Membuat Laporan Penuh Pertandingan Bola Baling Antara

Rumah Sukan

9 Mesyuarat Post-Mortem

Membuat pengumuman pelajar-pelajar yang terpilih untuk

mewakili sekolah ke Pertandingan Bola Baling Peringkat

Zon Daerah Kinabatangan.

Page 7: Assignmt individu kokum

7

PELAKSANAAN AKTIVITI ( PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT

ZON DAERAH KINABATANGAN )

AKTIVITI

SEBELUM

PERTANDING

AN

Minggu Aktiviti

10

10 April 2012

Menerima surat dan borang penyertaan Pertandingan Bola Baling

Peringkat Zon Daerah Kinabatangan daripada PK KOKUM.

Perjumpaan dengan pelajar-pelajar yang terpilih dan

pengumuman

jurulatih pasukan bola baling lelaki dan perempuan bawah 12

tahun

11 - 16

16 April – 27 Mei

Latihan Insentif Selama 6 Minggu

Latihan dilakukan setiap petang oleh jurulatih yang telah dilantik

Encik Herman James ( Pasukan Lelaki )

Puan Rohana Jukarna ( Pasukan Perempuan)

17 Mesyuarat perbincangan tentang membawa pasukan bola baling

bawah 12 Tahun ke SK Kota Kinabatangan untuk menyertai

Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Daerah Kinabatangan .

Page 8: Assignmt individu kokum

8

PELAKSANAAN AKTIVITI ( PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT ZON )

AKTIVITI

SEMASA

PERTANDING

AN

Minggu Aktiviti

18 Pertandingan Bola Baling

Pertandingan dibuat secara Liga Berkumpulan

Pemerhatian dan pemilihan pemain untuk mewakili sekolah

dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat MSSD .

AKTIVITI

SELEPAS

PERTANDING

AN

19 Membuat Laporan Penuh Pertandingan Bola Baling

Zon Daerah Kinabatangan

20 Mesyuarat Post-Mortem

Membuat pengumuman pelajar-pelajar yang terpilih untuk

mewakili sekolah ke Pertandingan Bola Baling Peringkat

MSSD.

Page 9: Assignmt individu kokum

9

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI

Pasukan Bola Baling Perempuan Bawah 12 Tahun

Page 10: Assignmt individu kokum

10

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI

Pasukan Bola Baling Lelaki Bawah 12 Tahun

Score-Board Pertandinga Bola Baling Antara Rumah Sukan

Membincangkan Strategi Serangan

Page 11: Assignmt individu kokum

11

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI

Aktiviti Menggaris Padang / Gelanggang Bola Baling

Mesyuarat Pertandingan Bola Baling

Page 12: Assignmt individu kokum

12

Hasil daripada Pertadingan Bola Baling antara rumah sukan iaitu pasukan Rumah Merah , Rumah

Biru ,Rumah Hijau dan Rumah Kuning saya dapat mencungkil bakat dan kemahiran yang dimiliki

pelajar.

Dalam pertandingan tersebut,bagi pasukan lelaki ,Rumah Merah telah menjadi juara ,diikuti

Rumah Hijau di tempat yang kedua,manakala Rumah Kuning di tempat yang ketiga .Bagi Pasukan

perempuan pula,Rumah Merah masih lagi mengungguli kejuaran,manakala Rumah Biru di tempat

yang kedua,diikuti Rumah Hijau di tempat yang ketiga .

Selepas pertandingan berlangsung , saya telah mengenal pasti pelajar-pelajar yang boleh

dilatih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Baling peringkat Zon Daerah

Kinabatangan . Mereka terdiri daripada pelajar Tahap 2 SK Paris Kinabatangan .

Dalam pertandingan tersebut,kedua-dua pasukan sekolah saya berjaya mendapat tempat

ketiga.Pencapaian itu sudah cukup membanggakan ,ini kerana kali terakhir pasukan bola baling

sekolah saya mendapat tempat terbaik ialah enam tahun lalu. Lebih membanggakan lagi,seramai

tujuh orang daripada pasukan bola baling saya iaitu empat orang daripada pasukan lelaki dan tiga

orang daripada pasukan perempuan terpilih untuk mewakili pasukan Bola Baling Daerah

Kinabatangan dalam Kejohanan Bola Baling Peringkat MSSD

HASIL AKTIVITI

Page 13: Assignmt individu kokum

13

Sebagai guru penasihat bagi Persatuan Bola Baling terdapat pelbagai yang saya

tempuhi dalam merealisasikan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Dalam

pertandingan bola baling antara kelas misalnya,banyak masalah yang saya hadapi

termasuk dari segi pengurusan,kejurulatihan dan sebagainya.

Begitu juga semasa membawa cabaran sekolah untuk menyertai

pertandingan bola baling di peringkat zon .Walaubagaimanapun,hasil daripada

tunjuk ajar dan bantuan rakan-rakan , segala masalah yang timbul dapat diatasi

dan semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya .

REFLEKSI PERTANDINGAN BOLA BALING

Page 14: Assignmt individu kokum

14

REFLEKSI PERTANDINGAN BOLA BALING

Kekuatan

Mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan yang lebih

berpengalaman terutama daripada jurulatih utama Encik Herman James dan PK

Kokum sendiri Encik Fitiri Abd Ghani .

Kebanyakan Pelajar-pelajar SK Paris berasal dari estet-estet berdekatan dimana

daya tahan stamina mereka sangat tinggi walaupun kemahiran permaianan

mereka adalah kurang.Ini sangat membantu mereka semasa perlawanan

diadakan.

Dapat melakukan latihan insentif selama enam minggu . Ini membantu dalam

meningkatkan lagi stamina.

Kelemahan

Kurang pendedahan dari segi teknik permainan

Kekurangan dana untuk membeli peralatan seperti bola dan gawang gol yang sudah

uzur serta perbelanjaan semasa latihan pusat contohnya,makanan atlet ,pengangkutan

dan sebagainya.

Pertembungan jadual latihan dengan aktiviti yang lain seperti kelas tambahan UPSR

dan latihan permainan bola jaring dan bola sepak.

Pelajar yang terpilih untuk mewakili Peringkat Zon memilih untuk mewakili pasukan

bola sepak

Cadangan Penambahbaikkan

Membuat rujukan sama ada di internet ataupun buku-buku untuk memperbaiki teknik

permainan

Mencari dana dari luar contohnya estet-estet yang berdekatan

Pada masa yang akan datang pelajar Tahun Enam tidak akan dilibatkan

Memilih pelajar yang betul-betul berminat dengan sukan dan permainan Bola Baling .

Page 15: Assignmt individu kokum

15

Banyak yang saya telah pelajari.sepanjang saya membuat kerja kursus ini, Banyak cabaran yang

terpaksa saya hadapi namun itu semua mengajar saya menjadi pelajar dan pengajar yang lebih baik

REFLEKSI TUGASAN

Kekuatan

• Tunjuk ajar daripada tuitor

• Membuat rujukan daripada

internet,perbincangan dengan rakan-rakan di

forum Epic dan sebagainya.

•Minat yang mendalam dengan sukan Bola

Baling.

Kelemahan

•Tidak memahami kehendak soalan pada

peringkat awal

•Banyak pertindihan kerja dengan kerja ,aktiviti

sekolah,surirumah, tugasan lain di OUM.

Cadangan Penambahbaikkan

•Tuitor dapat mengadakan perjumpaan dengan

lebih kerap

•Memperbaiki sikap dan mengurus masa

dengan baik.

Page 16: Assignmt individu kokum

16

Secara keseluruhannya,tugasan ini telah memberi pengalaman baharu kepada saya

untuk lebih mendalami tentang cara pengurusan sesebuah pertandingan dan

kejurulatihan.

Sepanjang aktiviti pertandingan bola baling ini diadakan dan proses

menyiapkan tugasan ini , pelbagai pengalaman dan pengajaran yang telah saya

peroleh . Semua pengalaman dan pengajaran tersebut persebut akan saya gunakan

dan jadikan iktibar di masa yang akan datang .

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu

saya sama ada semasa menjalankan aktiviti mahupun semasa menyiapkan

tugasan ini.

Terima kasih.

KESIMPULAN