assignment typography

Download Assignment Typography

Post on 28-Mar-2016

227 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Zawani Zainal

TRANSCRIPT

  • ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

    Buku kenang Yasmin Ahmad

    > KETIKA hayatnya masih ada, Allahyarham Yasmin Ahmad seorang yang disayangi ramai dan ketiadaannya paling dirasai mereka yang pernah bekerja dengannya, bukan sahaja kerana profesionalisme malah sifat keibuan yang dimilikinya. lihat muka 2

    Usah pinggir pelakon senior-Noorkhiriahmuka 9

    Aktor India pertama di muka depan Time

    Nurul Syuhada Letak Jawatan

    TV3 muka 10

    Mahu dalami ilmu agama

    ISNIN 10 SEPTEMBER 2012 SEMENANJUNG RM1.20 SABAH/SARAWAK RM1.40 BIL 308 www.bzara.com.my

  • ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

    Oleh Zaidi Mohamadzaidimohamad@bzara.com.my

    Vokalis Peterpan masih disokong peminat walaupun dibenciTANGGAL 24 Mac lalu pasti terpahat kenan-gan manis buat penu-lis kerana berpeluang menemubual vokalis Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham di dalam Penjara Kebon Waru, Bandung. Namun, misi dan perte-muan yang diatur pihak Universal Music Malaysia dan PT Musica Studios, Indonesia, agak berbeza

    dan mencabar.

    Pertemuan empat mata bersama Ariel itu turut dihadiri lima peminat bertuahnya dari Jakarta dan Bandung yang di-pilih kedua-dua syarikat rakaman berkenaan dibenarkan pihak pen-gurusan penjara, namun tetap bersyarat. Kumpu-lan wartawan Malaysia juga perlu menyamar sebagai peminat Ariel.

    Kehidupan dalam sini memang agak membo-sankan. Tiga bulan perta-ma saya sendiri tak dapat menafikan betapa sukar untuk membiasakan diri. Lama kelamaan saya semakin OK... cuma ta-

    biat merokok saya lebih teruk daripada sebelum saya berada di dalam ini. - Ariel

    Bererti dalam tempoh hampir sejam bersama Ariel dalam sebuah bilik kreatif di penjara berke-naan, sesi borak atau lebih tepat temubual itu dijalankan tanpa sebarang buku nota, pen, kamera atau apa saja alat rakaman, selain tiada langsung soalan berbaur peribadi.

    Sebaliknya, daya in-gatan kuat amat diper-lukan ketika itu. Apatah lagi selesai pertemuan itu, rakan media harus

    bertungkus lumus me-nyiapkan berita untuk dihantar ke Kuala Lum-pur. Terdahulu, kedatan-gan kami disambut baik Ariel yang masih kekal kacakdan tenang wa-jahnya, sambil sesekali tersenyum.

    Rambutnya yang kembali panjang turut digayakan dengan cekak. Cuma, barisan giginya sudah kekuningan dek terlalu kuat merokok selepas hampir dua tahun menghadap jeriji besi dan dinding batu, selain dikelilingi tembok batu. Mesranya bukan main dan setiap persoalan yang diajukan disambut

    baik.

    Kehidupan dalam sini memang agak membo-sankan. Tiga bulan perta-ma saya sendiri tak dapat menafikan betapa sukar untuk membiasakan diri. Lama kelamaan saya se-makin OK... cuma tabiat merokok saya lebih teruk daripada sebelum saya berada di dalam ini, kata Ariel sambil meminta izin untuk menyalakan api rokok ketika pertemuan itu berlangsung.

    Sepanjang pertemuan, niat di hati mahu juga memberanikan diri mengajukan soalan peribadi membabitkan dirinya dengan Luna Maya. Khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah putus, selain masing-masing dikatakan sudah ber-temu pengganti. Namun, ia terus tersekat selain mengenang dan meng-hormati permintaan penganjur.

    Di Indonesia kisah ko-nonnya cinta mereka sudah terkandas di ten-gah jalan turut didorongi kisah Luna pernah dilihat mesra dengan seorang pemilik kafe di kawasan Kemang, Jakarta Selatan. Luna dan lelaki itu di-katakan asyik memadu kasih dengan suasana

    cukup romantis disulami senda tawa, manakala lelaki berkenaan turut di-katakan menggenggam erat tangan Luna.

    Spekulasi perpisahan mereka turut dikatakan berpunca dengan Luna yang sudah tidak lagi melawat Ariel di rumah tahanan seperti ke-biasaan. Ariel pula di-katakan beralih arah kepada Momo dengan kekerapan vokalis kum-pulan Geisha itu mela-watnya di penjara.

    Menurut pihak PT Musica Studios yang diajukan persoalan itu, mereka menidakkan bahawa hubungan Ariel dan Luna sudah putus di tengah jalan. Cuma kurang pasti tahap kesahihannya atau ia tidak lebih daripada sekadar jawapan selamat atau cover line Ariel atau Luna.

    Kisah perpisahan mer-eka terus menjadi tanda tanya kerana ia turut ditepis khabar konon-nya Ariel dan Luna sudah bernikah dalam penjara. Lagu nyanyian solo terba-ru ciptaan Ariel berjudul Dara dikatakan didedika-sikan khas buat Luna.

    Ariel makin glamor?Oleh Nor Akmar Samudinakmar@bzara.com.my

    KETIKA hayatnya masih ada, Allahyarham Yas-min Ahmad seorang yang di-sayangi ramai dan ketiadaan-nya paling dirasai mereka yang pernah bekerja den-gannya, bukan sahaja kerana profesionalisme malah sifat keibuan yang dimilikinya.

    Walaupun Yasmin sudah kembali ke alam baqa hampir empat tahun lalu, rakan-rakannya masih mengingati setiap patah kata-katanya dan selalu berasakan seolah-olah dia masih hidup. Kini sebagai mengenang segala pengorbanan, jasa dan kebaikannya, bekas majikannya iaitu agensi pengiklanan terkemuka, Leo Burnett menerbitkan buku

    diberi nama Yasmin How You Know? yang memuat-kan petikan kata-katanya yang kelakar dan memberi semangat yang pernah dilafazkan kepada rakan sekerja, kenalan rapat, ke-luarga dan pelakon yang pernah bekerja dengannya.

    Buku itu sedang dijual di rangkaian kedai buku Bor-ders dan Yasmin How You Know? akan diperkenalkan kepada umum pada hari ini, jam 10 pagi di Berjaya University College of Hos-pitality, tingkat 11, West West Wing, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

    Menurut wakil Bor-ders, Liza Ramli, jualan

    buku berharga RM35 itu adalah untuk tujuan amal mengisi dana Yayasan

    Kanak-Kanak Yasmin Ah-mad (Mercy Malaysia).Jelasnya, walaupun buku itu diterbitkan dalam ba-hasa Inggeris, tetapi ia mu-dah dibaca kerana ia hanya

    mengandungi petikan yang ringkas den-gan ilustrasi yang men-arik. Terdapat juga gam-bar Yasmin dan keluarg-anya dalam buku itu.

    Borders dan Leo Burnett ti-dak mengam-bil sebarang keuntungan daripada pen-jualan buku

    itu. Apa yang penting, kami

    mahu Yasmin sentiasa diin-gati ramai kerana dia seorang yang sangat istimewa. Dek kerana keistimewaannya itu, kami mahu menjadi-kan majlis ini juga istimewa

    dengan mengadakan tay-angan filem arahannya.

    Kepada mereka yang be-lum kesempatan untuk

    menonton filemnya sebelum ini atau ingin mengemba-likan nostalgia bersamanya, datanglah beramai-ramai ke majlis ini. Kami juga akan menjemput pelakon yang pernah membintangi filem-nya untuk datang menonton bersama peminat, katanya.

    Tayangan filem itu akan dia-dakan hari dan esok mulai jam 1 petang di mana setiap hari tiga filemnya akan di-tayangkan. Untuk acara hari ini, selepas majlis perkenalan buku itu selesai, orang ramai bermesra dengan pelakon undangan dan selepas itu bo-leh terus menonton wayang.

    Filem yang ditayangkan hari ini, Rabun (jam 1 pet-ang), diikuti oleh Sepet (3 petang ) dan Gubra (5 pet-

    Kata p e r s e t u j u a n sudah diberi dan lagu juga sudah terse-dia. Kini hanya menunggu kontrak ditandatangani.

    Jika perancangan berjalan lancar, album projek khas Datuk Siti Nurhaliza dengan syarikat rakaman Indonesia, Virgo, akan berada di pasa-ran seberang selewatlewat-nya pada hujung tahun. Ber-cakap kepada HIP menerusi telefon, semalam, Siti begitu teruja apabila bercakap men-genai buah tangan terbaru kerana secara tidak langsung ia menjadi penawar rindu buat peminat di republik berkenaan kepadanya. Sebaik saja berumah tangga dan terbabit dalam perni-agaan SimplySiti, ramai pe-minat di Indonesia sangka Siti tidak lagi aktif menyanyi.

    Siti sering mendapat per-tanyaan sebegitu daripada peminat di sana. Jadi, den-gan kehadiran album ini, Siti harap mereka akan gem-bira dan bersedia meneri-ma kehadirannya sebagai pengubat kerinduan, kata Siti mengenai album yang

    dibiayai sepenuhnya oleh syarikat rakaman berkenaan.

    Sempena kehadiran album itu nanti, Siti juga akan terbabit dengan siri pro-mosi termasuk mengada-kan konsert untuk pemu-janya di negara berkenaan.

    Konsert ialah antara perka-ra yang tercatat dalam kontrak, selain meng-hadiri sesi fotografi serta sidang media mempro-mosikan album berkenaan. Siti memang tak sabar un-tuk kembali mewarnai du-nia nyanyian di sana, kat-anya yang akan masuk ke studio pada bila-bila masa saja.

    Album serumpun

    Sambil menyifatkannya seb-agai karya penuh bermakna, Siti, 33, berkata, album yang belum berjudul itu ialah produk serumpun. Ia bukan saja menampilkan kom-poser Indonesia, tetapi turut mendapat kerjasama dari-pada komposer tanah air.

    Setakat ini ada beberapa komposer Indonesia yang

    sudah memberikan lagunya kepada Siti. Antaranya bekas vokalis kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir, dan juga Dewiq. Sebelum ini pun Siti pernah bekerjasama dengan Dewiq. Siti juga ada minta lagu daripada Melly.

    Selain itu, Siti turut menyum-bangkan sebuah lagu dalam album ini. Ia sudah pun siap dan memandangkan Siti mencipta lagu berentak moderate itu menerusi hum-ming, Siti serahkan kepada Aubrey Suwito untuk mem-buat susunan muziknya, kata Siti yang muncul dengan single berjudul Muara Hati, lagu duetnya bersama Hafiz.

    Meskipun pernah melahirkan hasrat menghasilkan album solo selepas pembikinan album Inggerisnya, sekitar tahun lalu, hasrat itu terpak-sa ditangguhkan seketika.

    Memandangkan projek al-bum khas ini sudah berjalan, jadi nampak gayanya Siti ter-paksa mendahulukan album ini. Lagipun album ini juga bakal dipasarkan di Malay-sia. Buat masa ini kami masih

    mencari pengedar sesuai. Siti tak mahu nanti, jika Siti teruskan juga penghasilan album solo di Malaysia, pe-minat akan keliru, jelasnya.

    Sementara itu, biarpun kon-sert Siti di Dewan Filhar-monik Petronas (DFP), yang dijadualkan berlangsung ta-hun depan masih samar-sa-mar, khabarnya sebuah lagi konsert membabitkannya akan dianjurkan November ini. Jika tiada aral melintang,

    kata Siti, konsert i